996 : Top 10 Commentators - August 2021

Sudah tiba masanya sekali lagi kita ke segmen Top 10 Commentators bagi bulan Ogos 2021. Aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua blogger di luar sana yang sudi singgah ke blog aku yang tak seberapa ini. Kesudian kalian singgah dan mampir ke sini amat aku hargai. Jutaan terima kasih daun ubi juga aku ingin lemparkan kepada blogger-blogger yang sudi memberikan komen kepada setiap posting aku. Setiap komen aku cuba ku balas walaupon dalam keadaan susah payah atau ketermalasan yang amat. Itulah tandanya aku menghargai setiap komen kalian. Kalau ada yang terlepas, harap maklumkan kepada aku je, akan ku balas secepat mungkin.

Untuk Top 10 Commentators - August 2021 ni ada beberapa keistimewaan. Pertama, Top 10 untuk bulan Ogos ni ada 12 orang pemenang. Kenapa 12? Biarlah ia menjadi rahsia. Kedua, kita ada juara yang baru!! Mari kita lihat siapa yang kena...

Gambar Hiasan


TOP 12 COMMENTATORS - AUGUST 2021

1. SHIDA RADZUAN - Shida Radzuan Blog
(Tahniah kepada Kak Shida kerana berjaya merampas kejuaraan carta untuk kali pertama)

2. AZHAFIZAH - BlogSiHatiMerahJambu
(better luck next time Kak Fiza)

3. FAIRUS - fairusmamat.com

3. KAK MIM - Monolog Kak Mim

3. UNCLE GEDEK - Blog Begins At Forty

3. ABAM KIE - Abam Kie: The Man Of The House

3. AMIE - Amie's Little Kitchen

8. ANONYMOUS

9. CIK CAPPUCINO LATTE - CikCappucinoLatte

9. DUNHILL GUY - Dunhill Guy

9. WARISAN PETANI - Warisan Petani

9. SYAZ RAHIM - Syaz Rahim Blog

Tahniah kepada Puan Shida Radzuan kerana berjaya menjuari carta Top 10 Commentators buat kali pertama sejak segmen ini diperkenalkan pada bulan April 2021 yang lepas. Sehingga kini, terdapat 2 orang blogger yang berjaya menempatkan diri mereka di persada carta bulanan ini. Mari kita lihat siapakah mereka...

1. AZHAFIZAH
telah menjadi juara carta sebanyak 4 kali (April 2021, Mei 2021, Jun 2021 dan Julai 2021)

2. SHIDA RADZUAN
Ogos 2021

Daun Ubi untuk semua pemenang (Gambar Hiasan)

You Might Also Like

30 comments

  1. Fuh hampir tergelincir dari carta ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk makluman kak syaz, sudah 4x kalau tak silap kak syaz di tangga tercorot. apa-apa pon tahniah kerana masih tersenarai dalam carta. bukan senang tu nak kekalkan tangga tercorot tu... heheheh

      Delete
  2. Masya Allah... kongsi tempat dengan 5 pengomen lain!
    Memang semuanya pengomen sporting!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat ketiga yang dikongsi bersama 5 blogger tu adalah par. dua orang berjaya di atas par dan selebihnya di bawah par. eh... dah macam sukan golf plak

      Delete
  3. Tahniah kpd semua pemenang. Harap2 ada ole2 lain kali. Aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah abam kie, tengah terfikir2 lagi bentuk ole2 penghargaan yang hendak diberikan..

      Delete
  4. Eh eh tergelincir masa naik tangga. Terima kasih untuk daun ubinya. Sedap tu buat ulam cicah sambal belacan. Tahniah untuk semua top komentator dan juara carta blogger Shida Radzuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. tergelincir sikit jer kak fiza. apa-apa pon terima kasih kerana selalu sokong blog saya. pucuk ubi rebus kalau cicah ngan kuah kacang adalah fevret saya. arwah ibu dulu selalu buat.

      Delete
    2. Hihi..tak kuat nak naik bila dah tergelincir. Sama-sama..Terima kasih jugak.
      Tu macam macam pecal tu, pucuk ubi rebus dengan kuah kacang. Sedap jugak tu.

      Delete
    3. hehehe... kalau usaha boleh berjaya... lama juga tak makan pecal, sedapnye

      Delete
  5. Tahniah semua yang tersenarai terutama yang dapat no 1

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah juga kepada wak kerana tersenarai. terima kasih kerana menyokong blog saya.

      Delete
  6. Oh my.....serius ke nama saya dalam entri ini ^_^ mcm tak percaya lah!!!
    tq afeezz..bukan mudah nk duduk dlm carta blog ni tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. percayalah kak, kisah benar ni. Tahniah jadi juara untuk edisi kali ini. terima kasih kerana sentiasa menyokong blog saya

      Delete
  7. Alhamdulillah . Tahniah pada semua yg selalu singgah dan komen

    ReplyDelete
  8. tahniah kpd semu pengomen tegar! x sangka nama kakmim pun ada... bln ni rasanya paling x aktif.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah dan terima kasih kak min. masih lagi tersenarai walaupon tak berapa aktif...

      Delete
  9. Wahhhh, ini rasa macam nak terjahhhh je..hohooo.. Tahniah to all

    ReplyDelete
  10. Hebat.. Tahniah pemenang.. yang lain cuba lagi..ehehehe

    ReplyDelete
  11. Fiza sentiasa jadi Pengomen top di blog ammi

    ReplyDelete
    Replies
    1. blog saya juga, tetapi bulan lepas jatuh tmpt ke dua pulak..

      Delete