... dan aku menulis untuk diri sendiri

 ... episod sebelumnya (episod 1)

If the path be beautiful, let us not ask where it leads - Anatole France

Hari kedua kami di pulau lagenda, Pulau Langkawi, Kedah, Darul Aman. Oleh kerana trip kami kali ini tiada perancangan awal, maka kami hanya santai-santai sahaja pagi itu. Perancangannya nak ke Air Terjun Telaga 7, satu tempat pelancongan menarik di Langkawi. Dah beberapa kali ke Langkawi, tapi tidak pernah berkunjung ke sini. Maka, ini kali lah kite menjejakkan kaki di Air Terjun Telaga 7. 

Air Terjun Telaga 7 Langkawi - air tak banyak
mungkin sebab musim panas masa tuh

Kami memandu hingga ke Pekan Kuah untuk bersarapan pagi. Jauhnya perjalanan untuk bersarapan hingga ke Pekan Kuah. Bukannya apa, semua tempat sarapan pagi yang di temui melalui waze sama ada tutup atau pon tidak menarik. Susah nak parkir pon satu hal juga. Akhirnya kami berhenti sahaja di sebuah kedai di tepi jalan yang agak meriah dengan pelanggan. Menu biasa sahaja, Nasi Lemak dan Roti Canai dengan segelas Teh Ais. Makan pula tatkala hujan turun dengan lebat pagi itu, Nasib baik dah sampai kedai, kalau tidak, tak sarapan la jawab nye.

Alhamdulillah, hujan lebat pagi itu tidak lama. Reda sahaja hujan kami terus memandu ke tempat yang dituju yang agak jauh juga dari Pekan Kuah. Sesampai di sana, suasana agak mendamaikan. Masih tidak ramai pengunjung waktu itu, mungkin kerana masih pagi atau memang hari itu weekday, maka tak ramai pengunjung. 

Caj RM2 dikenakan untuk parkir kenderaan. Kawasan parkir masih lagi lengang, hanya nampak kami bertiga sahaja. Kami membawa sedikit makanan untuk dimakan di kawasan air terjun itu tapi ditegah oleh penjaga parkir di situ. Banyak monyet di atas katanya, takut diserang dan dirampas makanan itu. 

Perjalanan dari bawah ke kawasan air terjun agak jauh dan sedikit mendaki walaupon disediakan denai berjalan kaki yang selesa. Penat juga terasa mendaki anak-anak tangga di situ. Kami singgah di kawasan perkelahan paling bawah, tak sanggup rasanya untuk terus ke atas lagi. Kawasan di bawah ini pon sudah cukup cantik dan selesa sebab tak ramai pengunjung. Di kawasan ini boleh nampak air terjunnya yang tinggi. Kuantiti air agak sedikit walaupon hujan pagi tadi. Kawasan agak luas dan ada kemudahan tandas untuk membuang air atau bersalin pakaian. Kami hanya berkelah dan mandi manda di sini. Disebabkan tidak ramai pengunjung, kawasan itu ibarat kami yang punya. 

Tak ramai pengunjung. Air terjun ini kamu yang punya

Setelah puas hati, kami mohon permisi dan turun semula ke bawah. Perjalanan kami turun ke bawah diperhatikan oleh ribuan mata dengan renungan yang tajam. Sekumpulan monyet sedang menanti disepanjang jalan untuk menyerang mana-mana pengunjung yang membawa makanan. Cuak juga aku kalau diserang monyet-monyet itu, haiwan ni kan unpredictable kelakuannya. Memandangkan kami tidak membawa apa-apa makanan, kami tenangkan diri turun ke bawah. Alhamdulillah, selamat.

Di bawah kami singgah di salah satu tandas yang disediakan untuk mandi dan bersalin pakaian, Tandas biasa-biasa sahaja tetapi bersih untuk digunakan (tandas berbayar tapi tiada pekerja pula masa tu, oleh kerana kami ni rakyat yang jujur kami tinggalkan jer wang atas meja depan tandas tu). Kami keluar dari kawasan air terjun itu untuk mencari makan tengahari pula memandangkan sudah masuk waktu makan tengahari. 

Kami singgah di salah sebuah tempat makan yang agak viral juga, tapi aku dah lupa namanya, kalau tak silap HBL Food Corner. Tempat ini agak popular dengan menu-menu makan tengahari dari lauk-lauk kampung hingga ke ikan bakar. Oleh kerana kami dah terlewat untuk makan tengahari, makanya kami makan sahaja apa yang masih ada. Alhamdulillah untuk rezeki hari itu. Selesai bersantapan, kami telah singgah di salah sebuah kedai menjual produk-produk berasaskan gamat. Lupa sudah nama kedai ni, tapi agak besar jugalah kedai dia, dah macam RnR nampaknya. Kami telah membeli beberapa jenis produk berasaskan gamat dan minyak-minyak angin panas sekadar menyokong pertumbuhan ekonomi masyarakat tempatan. Dah sampai Langkawi, harus la beli gamat sebagai buah tangan.

Selepas itu kami telah memandu tanpa hala tujuan sehingga menbawa kami ke Kompleks Kraf Langkawi. Pertama kali kami menjejakkan kaki di sini setelah beberapa kali sampai di Langkawi ni. Kawasan kompleks ini sangat besar dan terbahagi kepada beberapa bahagian seperti bahagian batik, lukisan, kraftangan dan sebagainya. Bagi aku tempat ini amat menarik kerana kita boleh melihat hasil kerajinan tangan masyarakat tempatan yang ada diantaranya yang kita tak tahu pon. Di sini juga pengunjung boleh membeli barang-barang yang dipamerkan. Tidak ramai pengunjung semasa kami di sana. Sepatutnya, PBT membuat promosi yang lebih bagus untuk menarik lebih ramai pengunjung terutama pelancong asing ke sini.

Beberapa hasil seni yang dipamerkan

Kalau suka bole juga dibeli, tapi aku tak tanya
pula berapa harganya.

Salah satu laluan di Kompleks Kraf Langkawi

Di sini aku hanya membeli sebuah kraftangan berbentuk kaligrafi Allah dan Muhammad dari kayu dan sahabat pula membeli sebuah mangkuk buatan tangan yang unik. Nak buat makan meggi katanya.

Aktiviti petang hari itu, kami telah lepak di Pantai Pasir Hitam yang terletak tidak jauh dari Kompleks Kraf. Pertama kali juga aku sampai ke pantai ini. Orang kata, nama Pantai Pasir Hitam ini diberikan kerana pasir pantainya yang berwarna hitam. Maka benarlah kata-kata orang itu, memang pasir pantainya berwarna hitam tetapi bukan semuanya butir-butir pasirnya berwarna hitam, ada yang berwarna seperti pantai-pantai yang lain. Pandangan pertama aku, pantai ini tidak dijaga dengan baik kerana tidak begitu bersih tidak seperti Pantai Cenang dan sebagainya. Air lautnya juga nampak seperti tidak bersih, mungkin kerana pasir pantainya yang berwarna hitam, maka air laut juga nampak keruh dan tidak bersih. Pengunjung juga tidak ramai, hanya kelihatan beberapa orang kanak-kanak yang aku agak penduduk tempatan yang mandi-manda pada waktu itu. 

Permandangan di Pantai Pasir Hitam. 
Terdapat juga bot-bot nelayan di sini

laju,, laju, buaiku laju..
pohon beringin, tegaknya tinggi.. 
kalau rendah, menyapu bumi...

Permandangan petang Pantai Pasir Hitam yang mendamaikan

Terdapat juga sebuah medan niaga berhampiran pantai itu tetapi nampak seperti tidak terurus dengan baik. Kawasan yang agak kotor, sampah yang tidak terurus dan banyak kedai yang usang dan tidak beroperasi. Nak duduk minum di satu-satunya gerai yang buka di situ pon macam takde selera melihatkan keadaannya. Sayang sekali ...


... bersambung (episod 3)


  • 12 Comments
... episod sebelumnya (Episod 3)

Hari terakhir percutian kami dan kini kami berada di Cameron Highlands. Cuaca sangat baik semalam dan pagi ini, tidak panas dan tidak terlalu sejuk. Dapat tidor dengan lena walaupon sekali sekala terjaga juga sebab seram juga duduk dalam bilik besar itu seorang diri. Nasib baik tiada yang datang tanpa diundang. 


Segar bugar bunga-bunga kat Rumah Peranginan Persekutuan ni
Rasa macam nak petik jer, tapi takut kantoi plak...  

Kami check out awal kerana perancangannya kami akan terus bertolak pulang selepas selesai segala urusan di sini. Untuk sarapan pagi, perjalanan kami agak jauh (tempat-tempat di CH ni jauh jugak ek antara satu tempat ke satu tempat, baru aku perasan.. ). Kami telah ke satu tempat yang aku pon tak berapa nak ingat namanya untuk menikmati scone dan teh CH. Sampai di tempat yang dituju, masih belum ada pengunjung lain, mungkin sebab hari Isnin. Kami telah menikmati scone dan donut serta teh panas (tak ingat pulah teh ape) sambil dihidangkan dengan permandangan kebun teh. Bagi aku, tak berapa sangatlah scone dia, agak keras dan aku pernah rasa yang lebih sedap dari tu. Teh dia oklah, rasa teh dan harga sarapan kami pagi itu agak mahal, harga golongan orang ada-ada.

Ni la tempat aka restoran yang aku lupa akan namanya

Menu sarapan pagi. Macam tak berbaloi jer dengan harga.. hehehe

Scone. Agak keras... sib baek share ngan sahabat

Twisted Doughnut, aku main bagi jer nama dia

Teh CH. Ada macam-macam jenis teh, tak tau mane yang sedap
main belasah je beli. Sib baik sedap 

Selesai menikmati sarapan pagi ala orang putih itu, kami singgah sekali lagi di Kea Farm. Masih ada lagi yang perlu dicari di sini untuk orang yang tersayang yang ditinggalkan. Hasil kerugian di Kea Farm pagi itu agak lumayan juga, strawberry, limau, teh CH dan sayur-sayuran menjadi hasil tangkapan. Tak lupa juga souvenir CH untuk aku, ahaks. Klimak kepada urusan shopping di situ, aku terbeli sepasu pokok strawberry dan pokok bunga matahari. 

Pokok strawberry yang di beli di Kea Farm
Terus amik yang dah berbuah...

Hasil tuaian strawberry aku. Dapat la empat bijik.

Cepat-cepat meninggalkan Kea Farm agar tidak mengalami kerugian lagi. Kami bergerak dan menuju ke destinasi terakhir kami untuk percutian singkat kali ini. Kami telah singgah di Agro Highlands Cafe. Di sini ada juga menjual sayur-sayuran dan buah-buahan, pokok-pokok bunga, cenderahati dan cafe. Kami telah makan di sini untuk makan tengahari. Nasi yang aku makan tengahari itu agak sedap bagi tekak aku dan harganya juga tidaklah begitu mahal. Disamping itu, kami juga telah terbeli pokok-pokok kaktus yang kecik-kecik tu. Di sini pokok-pokok kaktus itu dijual pada harga 6 pasu untuk RM10.00, kalau nak murah lagi, bole beli di Kea Farm, harga nya 7 pasu, RM10.00. Tambahan daripada itu, aku juga terbeli sepasu pokok bunga raya dan sahabat lagi hebat, membeli sepasu pokok cili dan dua pasu pokok bunga rose. Katanya, tempat ini milik orang kita, jadi kepada sesiapa yang menyokong kempen #BMF, boleh lah datang ke Agro Highlands Cafe. 

Suasana di dalam Agro Highlands Cafe. Penuh dengan pokok-pokok.
Haiwan pon ada macam burung, ayam, itik, angsa....

Makan tengahari di Agro Highlands Cafe
Sedap nasi ni, ayam goreng tu rasa macam segera punya tapi sedap

Pokok Bunga Raya yang dibeli di Agro Highland
Masa beli bunganya belum kembang so tak tau bunga dia kaler ape
Bila tanya adik manis dekat kaunter pambayaran tu, dia pon tak tau, dia minta
tanya pada abang bangla, sebab abang bangla yang pakar dalam bidang tu

Bila bunganya dah kembang, surprise!!!! kaler pink ko nyah...
Sebelah tu pokok bunga matahari yang di beli di Kea Farm
Hidup segan mati tak mahu plak dia... 

Kami meninggalkan CH melalui jalan menuju ke Tapah. Sepanjang perjalanan kami mengekori sebuah lori yang dibawa dengan laju. Ntah macam mana, terhibur plak kami melihat kehebatan pemandu lori itu mengawal kenderaannya dan mencilok-cilok jalan di situ. Akhirnya, lori itu hilang dari pandangan kami. Laju gila lori tu...

... Fin

  • 6 Comments
Episod sebelumnya (Episod 2)

Hari ketiga kami di Pulau Pangkor (1 Mac 2020). Cuaca pagi itu juga sangat baik seperti hari-hari sebelumnya. Sebelum memulakan perjalanan kami hari ini, seperti biasa kami bersarapan pagi dulu di hotel kediaman. Menu sarapan pagi yang dihidangkan juga agak sedap seperti semalam, nasi lemak dan bihun goreng, dua jenis manisan, roti bakar dan cereal. Selesai makan, kami bersiap-siap dan terus check-out dari hotel berkenaan. Sengaja check-out awal kerana perjalanan kami masih jauh lagi. Hari ini kami ke Cameron Highlands, kalau mengikut applikasi waze, masa perjalanan adalah tiga jam setengah. 

Kami meninggalkan hotel kediaman itu lebih kurang pukul 9.30 pagi dan terus sahaja ke Jeti Pulau Pangkor. Motor yang disewa ditinggalkan sahaja di tempat pakir motor berhadapan dengan jeti itu tempat di mana kami mengambil motor-motor itu. Tiket feri yang dibeli semasa datang hari itu boleh digunakan untuk perjalanan pulang. Cuma perlu di cop masa perjalanan terlebih dahulu di kaunter tiket sebelum dibenarkan masuk ke kawasan berlepas. Feri bergerak on-time lebih kurang pukul 10.30 pagi dan kami meninggalkan Pulau Pangkor untuk seketika dan berazam untuk datang kembali suatu hari nanti.

Salah satu permandangan yang mendamaikan di Pulau Pangkor - Telok Dalam

Sesampai sahaja di Jeti Lumut, kami window shopping dahulu di kawasan perjualan di sekitar situ yang akhirnya kami terbeli juga beberapa barangan produk hasil laut keluaran tempatan. Rugi jugaklah beberapan puluh RM di situ. Dari pengamatan kami, harga ikan bilis mata biru di sini adalah lebih murah berbanding dengan di pulau. Harga ikan bilis mata biru di Jeti Lumut dijual pada harga RM8/100g manakala di pulau pula berharga RM9/100g. Di kedai Pak Su pula harganya adalah RM10/100g. Tapi kualiti tu tak pasti pulak yang mana adalah yang terbaik, sebab aku bukan pakar ikan bilis. Korang bolehlah buat perbandingan sendiri nanti ye. 

Kami mengambil kenderaan kami yang ditinggalkan di bangunan pakir kenderaan bertingkat itu. Harga pakir untuk dua hari adalah RM30.00 sahaja. Kenderaan juga dalam keadaan selamat, alhamdulillah. Sebelum meninggalkan Lumut, kene isi petrol dan beli jajan sedikit dan kami meneruskan perjalanan kami ke Cameron Highland berpandukan applikasi waze. Perjalanan mengambil masa lebih kurang tiga setengah jam melalui jalan biasa ke Simpang Pulai. 

Pada mulanya, percutian ke Cameron Highlands ni tidak termasuk di dalam itinerary kami. Entah macam mana, tiba-tiba teringin pulak nak ke Cameron Highlands setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki ke sama. Sahabat lain pon bersetuju dan masing-masing terus menambah satu hari lagi cuti tahunan masing.masing. Alang-alang dan bercuti, kita all-out semuanya. Janji berbaloi-baloi.

Kami tiba di daerah Cameron Highlands melalui jalan Simpang Pulai lebih kurang pukul 3.00 petang. Oleh kerana telah penat memandu dan perjalanan ke rumah penginapan masih jauh, kami singgah dahulu di Al-Mashoor Strawberries. Sahabat kata ada ais krim strawberry kat kat situ.

Al-Mashoor Strawberries Cameron Highlands (gambar Google)

Ais krim strawberry di Al-Mashoor Strawberries

Ladang strawberry di Al-Mashoor Strawberries 

Selepas menikmati ais krim strawberry di situ, kami meneruskan perjalanan kami ke rumah penginapan kami di Cameron Highlands, di Rumah Peranginan Persekutuan Premier dan Eksekutif Cameron Highlands. Rumah ini last minit aku booking, nasib baik ada kekosongan. Harga semalam sangat murah iaitu sebanyak RM100.00 semalam untuk apartment dua bilik dan kene bayar deposit juga sebanyak RM50.00 yang akan dikembalikan kemudian (tapi sampai sekarang aku tak dapat lagi, katanya dalam tempoh empat bulan, gila lambat, nasib baik RM50.00 sahaja). Kami check-in lebih kurang pukul 3.30 petang. Upon checked-in dia akan berikan kunci rumah, remote astro (yang tak boleh guna) dan sebuah kettle. 

Apartment dua bilik yang kami dapat sangat besar untuk menempatkan kami bertiga. Kalau ikutlah rasanya dalam 20 orang boleh masuk dan tidor dengan selesa. Di dalam apartment itu terdapat dua bilik tidor (satu bilik ada satu katil queen dan satu katil single dan satu bilik lagi ada dua katil single), dua bilik air (bilik air aku water heater dia rosak, terpaksalah aku mandi air sejuk), dapur dan ruang tamu. Tapi tidak dibenarkan memasak ye di dalam rumah ini.

Bilik-bilik tidor di Rumah Peranginan Persekutuan 
Primier dan Eksekutif  Cameron Highland 

Ruang dapur dan ruang tamu 

Permandangan dari balkoni

Kami berehat sebentar dan selepas asar kami keluar semula untuk mencari makan tengahari. Sedari tengahari kami tak makan apa-apa, perut pon sudah lama memainkan lagu-lagu irama keroncong. Kami menuju ke 200 Seeds Cafe atau lebih dikenali sebagai Abang Strawberries. Menu makan tengahari aku cum makan malam aku hari itu adalah Nasi Lemak Strawberry Bersama Rendang Daging dan Strawberry Coklat. Agak sedap jugaklah makanan kat situ bagi aku. Kalau nak rasa, bolehlah ke sana ye.

Nasi Lemak Strawberry bersama rendang ayam. Memula makan dengan 
sambal strawberry tu memang sedikit perlik rasanya.

Abang Strawberry

Sesudah itu kami menuju pula ke Kea Farm untuk shopping apa-apa yang patut. Masa kami sampai, dah nak lewat petang makanya ada kedai yang telah ditutup tetapi pelanggan masih lagi ramai. Seperti biasa kalau ke Kea Farm ni, mesti beli strawberry, jagung ngan sayur-sayuran. Makanya kami pon tak mahu ketinggalan. Habis lah juga beberapa puluh RM di situ.

... bersambung (Episod 4)

  • 4 Comments
Episod sebelumnya (Episod 1)

Hari kedua kami di Pulau Pangkor (29 Februari 2020, Sabtu). Cuaca pagi itu amat baik. Pagi itu kami bersarapan di hotel kediaman kerana penginapan kami datang bersama dengan sarapan pagi. Pada mulanya, agak keliru kami di mana tempat untuk bersarapan kerana pandang kiri dan kanan macam takde jer tempat makan. Nak tanya kat bahagian reception pon takde staf ketika itu. Maka berpeleseranlah kami sebentar di depan hotel itu. Rupa-rupanya, tempat makan terletak di bahagian paling belakang hotel tersebut.

Tatkala kami sampai, telah ramai yang telah turun untuk bersarapan pagi. Sarapan pagi yang disediakan tidaklah mewah tetapi cukup berbaloi dengan apa yang telah dibayar. Menu yang disediakan pagi itu adalah nasi lemak beserta sambal, timun dan telur rebus, mee goreng, roti bakar, cereal, dua jenis kek dan minuman panas serta jus. Aku rasa semuanya  dan jujur aku katakan nasi lemak dan mee goreng dia sedap, kene dengan tekak aku dan dua orang sahabat aku.

Sebelum makan kene tukar koupon makan untuk esok dulu, 
kang tak dapat sarapan pagi plak esok

Sarapan pagi di Pangkor Palm Bay Resort. Sedap walaupon simple jer

Aktiviti kami pagi itu adalah Island Hoping. Selepas bersarapan pagi dan bersiap serba sedikit, kami berjalan kaki sahaja menuju ke tempat yang dikatakan, tidak jauh dari hotel kediaman kami. Tempat yang ada signboard 'Karaoke' berhampiran hentian teksi di Pantai Teluk Nipah itu. Tidak susah mencari tempat itu kerana signboard 'Karaoke' itu memang jelas kelihatan dari jauh. Nama syarikat pengendali Island Hoping itu adalah Lie Pang Water Sport. Ada banyak lagi syarikat yang mengendalikan program Island Hoping ni, boleh buat pilihan yang sewajarnya yang cocok dengan kehendak kalian.

Di dalam bot, cuma ada kami bertiga sahaja. Seronok bila tak bercampur 
dengan perngunjung lain. Tapi kene bayar lebih lah.

Selepas menunggu seketika tatkala staf Lie Pang itu menyediakan peralatan, kami dibekalkan dengan life jacket, goggle dan sepasang kasut getah. Kami diberi sedikit taklimat keselamatan dan cara-cara penggunaan peralatan tersebut oleh staf yang bertugas sebelum kami dibenarkan untuk naik ke bot yang sudah sedia menunggu. Seperti yang dijanjikan, cuma kami bertiga sahaja di dalam bot yang besar itu. Pada mulanya, kami di bawa singgah di tempat yang mempunyai formasi-formasi batu yang terbentuk secara semula jadi. Antara formasi yang dapat dilihat adalah batu berbentuk ikan paus, penyu, buaya dan kalimah Allah dan beberapa lagi. Tidak lama kami di bawa ke tempat-tempat itu, tak sampai setengah jam pon, tidak turun dari bot cuma lihat dari kejauhan sahaja. Kemudian kami di bawa ke Pulau Giam aktiviti pantai dan snorkling.

Batu berbentuk buaya... nampak tak buaya itu?

Batu berbentuk penyu. Nampak tak?

Batu dengan kalimah Allah. Kalau tak nampak sila pergi check mata

Batu berbentuk ikan paus. Mesti tak nampak kan..

Pada masa kami tiba, pengunjung masih tidak ramai kerana masih awal. Sempat kami memilih port terbaik untuk membentangkan tikar yang dibeli khas untuk aktiviti ini. Selepas itu, kami memulakan aktiviti snorkling. Ikan-ikan di sini agak banyak cuma spesiesnya sama saja macam ikan yang boleh dilihat di Langkawi atau Krabi, banyak ikan yang belang-belang kuning tu jer.

Seronok memberi makan kepada ikan-ikan. Pakej island hoping yang 
kami ambil ni datang sekali dengan seplastik roti untuk diberi kepada ikan. 
Kalau lapar, boleh jer makan roti tu sebab tengok roti tu yang elok lagi dan fresh.


Ikan-ikan seronok dapat makan. Silap-silap boleh kene gigit tangan tu 

Aktiviti air dan snorkling di sini sering terganggu dengan kehadiran bot-bot yang ingin mengambil dan menurunkan pengunjung. Setiap kali bot datang, pengunjung yang berada di dalam air terpaksa ke tepi untuk memberi laluan kepada bot. Di Pulau Giam ini terdapat dua pantai untuk aktiviti air dan snorkling, pantai yang satu lagi agak kurang menarik bagi aku dan airnya agak gelap. Di pantai yang bot mengambil dan menurunkan penumpang itu, pantainya agak cantik dan airnya lebih jernih. Oleh kerana pulau ini tiada jeti, maka bot terpaksa ke pantai untuk mengambil dan menurunkan pengunjung, dan ini mengganggu kebanyakkan pengunjung di sana termasuklah kami. Lagi satu perkara yang kurang best, batu-batu di pulau ini agak tajam dan perlu berhati-hati semasa melakukan aktiviti di dalam air. Walaupon telah berhati-hati, terluka juga beberapa bahagian tangan aku terkena batu yang tajam itu, sehingga sekarang masih kelihatan parutnya.

Bot yang membawa pengunjung

Oleh kerana pengunjung makin ramai dan tidak lagi tertampung oleh pulau itu, kami mengambil keputusan untuk mengakhiri aktiviti kami lebih kurang pukul 11.00 pagi. Bot dipanggil dan kami meninggalkan pulau itu. Kami di bawa pula ke Coral Bay, tapi tak turun pon, sekadar melihat dari jauh. Kata kapten bot, ramai mat salleh kat kat pantai tu. Tapi mostly yang tua-tua lah yang sedang mendugong tepi pantai, nak tengok pon tak selera. Ahaks (ni aku yang cakap). Akhir sekali, bot meluncur laju ke Pantai Teluk Nipah semula. Kami mengakhiri aktiviti pantai kami hari itu dengan bermandian dan bermain air di Pantai Teluk Nipah. Pantainya bersih dan pengunjung juga tidak ramai. Sebelum kami pulang ke hotel kediaman, kami singgah di sebuah gerai untuk minum dan makan hasil jualan gerai tersebut, cekodok.


Bermain air di Pantai Teluk Nipah 

Lebih kurang pukul 3.00 petang selepas berehat, kami keluar semula untuk mencari makan tengahari. Kami makan di deretan gerai sepanjang Pantai Teluk Nipah itu sahaja. Menu makan tengahari kami simple cuma, nasi putih bersama tom yam ayam, telur dadar dan kangkung ikan masin beserta minuman. Sedap juga masakan di gerai ni dan harganya juga standard sahaja, tidak murah dan juga tidak terlalu mahal.


Makan tengahari di hari kedua di gerai tepi pantai

Selesai bersantapan kami menuju pula ke Sungai Pinang Kecil Baru ke tempat perniagaan Hasil Laut Pak Su, yang menjual produk-produk hasil laut seperti ikan bilis, satay ikan, sotong dan macam-macam lagi. Oleh kerana kami penyokong kempen Buy Muslim First (#BMF), sebab itulah kami ke sana untuk menyokong perniagaan orang Muslim kita.  Agak jauh dari tempat kami menginap. Jalan menuju ke sana juga agak sempit dan bersimpang siur.

Dalam perjalanan ke sana, sebelum sampai ke Pekan Pangkor, tiba-tiba KAU mengalami sedikit masalah dan bergerak secara tersengguk-sengguk. Dipulas-pulas pedal minyak, masih tidak boleh bergerak laju dan akhirnya terhenti dan mati enjinnya di tepi jalan. Aku cuba hidupkan kembali, tetapi tidak berjaya. Check minyak, kering sudah tangki KAU. Pelik aku camne boleh kering minyak KAU, padahal semalam dah isi RM5.00 yang aku lihat hampir penuh satu tangki. Nak kata tangki bocor, tak ada pulak nampak kesan-kesan minyak masa keluar dari hotel kediaman tadi. Takkan lah ada orang sedut minyak KAU. Pelik aku sekejap. Nak tak nak terpaksalah sahabat aku menolak KAU sehingga ke stesen minyak terhampir yang hanya 1km sahaja jaraknya dari situ.

 Sedang dibantu oleh seorang pemuda tempatan, Terima masih bro....

Dalam pada sahabat bersusah payah hendak menolak, datang seorang hamba Allah, seorang penduduk tempatan, memberi bantuan. Dia cuma tanya, 'minyak abis ke?', dan terus mengambil alih tugas sahabat yang sedang menolak itu dan terus menolak KAU dengan lajunya. Aku pon agak cuak bila dia menolak dengan laju, 'aku tau la kau dah biasa dengan jalan ni, tapi aku tak biasa bro...'. Sib baik aku dapat mengawal KAU dengan baik. Tengah-tengah dia menolong aku, sempat lagi dia menolong seorang lagi penunggang motorsikal warga tempatan yang bakulnya hampir terjatuh dari motornya. Mulia sunggah hati kau bro. Sesampai sahaja di stesen minyak, aku mengucapkan terima kasih kepada brother itu dan dia berlalu pergi merempit dengan lajunya dan terus hilang dari pandangan.

Selesai adegan drama itu, kami menuju ke destinasi tujuan kami. Sesampai sahaja di sana, kebetulan Pak Su, tuan punya kedai ada di situ, dan di beri kebenaran kepada kami untuk membuat lawatan sambil belajar ke dalam kilang beliau. Kami di bawa masuk oleh seorang staf Pak Su melihat cara-cara pemprosesan produk-produk makanan hasil laut seperti satay ikan dan sotong. Keadaan kilang bersih dan semua pekerja nampaknya juga menjaga kebersihan masing-masing seperti memakai topeng muka, sarung tangan, penutup kepala dan juga apron. Maka produk-produknya dijamin bersih. InsyaAllah. Kami memborong beberapa produk di situ seperti satay ikan dan sotong dan ikan bilis mata biru. Habis jugaklah beberapa puluh RM di situ.



Perniagaan Hasil Laut Pak Su, Pangkor

Selesai membeli belah di situ, kami menuju ke Pekan Pangkor, sekadar window shopping sahaja tetapi akhirnya kami terbeli t-shirt Pangkor sorang sehelai. Kami pulang ke hotel kediaman selepas itu hanya untuk meletakan barang yang dibeli tadi. Kemudian kami keluar semua menuji ke arah Telok Dalam.

Jalan menuju ke Telok Dalam agak tenang dan tidak banyak kenderaan. Cuma masyarakat tempatan sahaja. Ada sebuah lapangan terbang di sini, tak tak pastilah samada beroperasi atau tidak kerana semasa kami lalu, pintu pagarnya tertutup dan tidak nampak sebarang kelibat manusia di situ.


Permandangan petang di Pantai Telok Dalam

Kami lepak di Pantai Telok Dalam. Tenang sahaja pantai ini takpa sebarang aktiviti pantai, yang ada cuma orang melepak tepi pantai dan sekumpulan monyet. Kemudian kami melalui jalan tidak berturap dan membawa kami ke Coral Beach. Kami lepak pula di Coral Beach. Pantai ini juga agak tenang, walaupon ada pengunjung tetapi ia tetap tenang sesuai kalau nak tengok matahari terbenam.

Permandangan petang di Coral Beach 

Panorama Coral Beach

Laju.. laju, buaiku laju. Pohon beringan tegaknya tinggi...
aku nak kawin dengan anak raja...

Kami meninggalkan Coral Beach tatkala matahari sedang terbenam dan menuju ke hotel kediaman kami. Sesampai sahaja di hotel kediaman, ada pula aktiviti memberi makan burung enggang tidak jauh dari situ. Rupa-rupanya memang ada aktiviti tersebut di situ setiap hari pada pukul 6.30 petang. Pengunjung boleh cuba memberi makan berupa buah pisang (tak tau la kalau hari lain dia bagi buah lain) kepada burung-burung enggang liar yang ada di situ dengan pengawasan Atok, tuan punya chalet di situ. Katanya, beliau telah lama memberi makan setiap petang kepada burung-burung enggang tersebut. Tiada bayaran yang dikenakan oleh Atok, cuma pemberian ikhlas sahaja untuk membeli makanan burung. Kalau berminat bolehlah ke Sunset View Chalet, Teluk Nipah.


Hornbill feeding di Sunset View Chalet, Teluk Nipah
Boleh cuba beri makan kepada burung enggang
tanpa bayaran 

Malam itu, kami ke deretan gerai makan sepanjang Pantai Teluk Nipah itu. Dalam perjalan pulang petang tadi, ada ternampakm gerai menjual ikan bakar, makanya malam itu kami bercadang untuk makan ikan bakar. Kami mampir di sebuah gerai yang ada menjual ikan bakar. Selepas membuat order, kami turun ke pantai untuk duduk di meja. Makan malam tepi pantai malam ni, nasib baik cuaca baik malam itu. Kami order ikan merah bakar sambal, sotong goreng tepung, tomyam ayam, telur dadar, kailan ikan masin dan minuman.

 Makan malam di pantai sambil dihiburkan bunyi deruan 
ombak pantai dan angin sepoi-sepoi bahasa

Menu makan malam  

Walaupon makanan kat sini sedap, tapi ada beberapa perkara yang membuatkan rasa macam taknak datang makan sini lagi, hahaha. Firstly, makanan sampai lambat pasal diaorang sibuk buat untuk orang yang dah booking dulu. Walaupon orang tu tak sampai lagi, makanan dia dah sedia. Orang yang tunggu ni, terkebil-kebil jer menunggu makanan masing-masing. Maka sejuklah makanan orang itu ditiup bayu laut, tak tau lah kalau dah dihurung lalat sekali. Secondly, stupid asshole smokers still smoke di premis makanan walaupon telah diwartakan tidak boleh merokok di premis menjual makanan. Dan aku lihat, tiada signboard larangan merokok pon di situ. Ini bermakna, pihak PBT tidak menjalankan tugas mereka di pulau yang baru mendapat status Pulau Bebas Cukai ini. Thirdly, harga bapak mahal. Makan tiga orang sampai RM130.00. Mau kene makan dengan pinggan-pinggan sekali baru berbaloi dengannharga yang di bayar..

Selesai makan, kami lepak di Pantai Teluk Nipah.

Ramai orang sepanjang jalan utama ni

Ramai yang beratur di gerai ni, menjual lempeng pisang
mesti sedap, tak sempat rasa pasal dah habis

Kemeriahan malam minggu di Pantai Teluk Nipah

Happening malam minggu kat Teluk Nipah...

... bersambung (Episod 3)

  • 6 Comments
Older Posts Home

Search This Blog

About Me

My photo
afeezz
Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
'afeezz tu memang cukup indah untuk dicintai tapi cukup susah untuk dimiliki' - anonymous 2010
View my complete profile

Total Pageviews (since July 2008)

Follow Me

  • instagram
  • facebook
  • Twitter

My Followers (Thank You)

Blog Lists

  • AMIE'S LITTLE KITCHEN
    Ikan di Laut Ayam di Darat, di Meja Hidangan Bertemu Jua!
    2 minutes ago
  • Bola Katok
    Tumis sayur guna serbuk perasa MySuka dari Bon Chef.
    2 hours ago
  • AMMI
    Eh ada lagi rupanya
    3 hours ago
  • Blog Sihatimerahjambu
    Ride To Bentong Pahang
    8 hours ago
  • CikCappuccinoLatte
    Working Mode On! Lepas Cuti Panjang Sebab Demam
    8 hours ago
  • Syazni Rahim Blog
    Maksud Flotilla
    8 hours ago
  • ABAM KIE : Man of The House
    Langkah Strategik Untuk Memajukan Pelancongan di Kelantan
    11 hours ago
  • PESONA ETUZA
    Cabaran Masa Menyiapkan Artikal Berkualiti Di Blog.
    17 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    September 9, 2025
    21 hours ago
  • Monolog Kakmim
    Adil Ke?
    1 day ago
  • Warisan Petani
    Rezeki Itu Hak Allah
    1 day ago
  • BLOG RABIA ADAWIYAH
    Barang dibeli di shopee
    2 days ago
  • Travel My Way
    Salam Merdeka.. Salam Maulidur Rasul..
    2 days ago
  • KomenSen
    JANGAN TIMBULKAN FITNAH.
    3 days ago
  • fairus.com
    Menjamu Selera di Restoran TOP D' Alor Setar
    1 month ago
  • MRS.A my blog my stori
    Kursus Ahsan Madani Di Pusat Latihan DRB-HICOM Port Dickson
    1 month ago
  • SEMUT SENYUM
    Cottage Pie Idea Untuk Port Luck
    1 month ago
  • 🌷Rasyidasheresimpleblog🌷
    Busy siapkan FYP_Kerja Kursus
    2 months ago
  • Aiman Abdullah
    Itinerari Trip Mount Fuji 3H2M - Nikmat Keindahan Alam Di Lake Yamanaka Jepun
    6 months ago
  • cikguzim
    Petua & Cara Membersihkan Hati
    7 months ago
  • LADY LIKE ME !
    Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️
    1 year ago
  • As Samsudin
    Pelari Misteri vs Turtle Runner
    1 year ago
  • SITI.YANG.MENAIP
    Salam Dari Tanah Suci
    2 years ago
  • Shida Radzuan Blog
    Aku Masih Ingin Menaip
    2 years ago
  • Tiga Lalat 2021
    NEW BLOG I AM
    2 years ago
  • Adinda Baizura Mazlan
    Tenang. Kamu Mampu.
    3 years ago
  • ! acuyuhan
    Nineteen61 Cafe Kuantan
    3 years ago
  • ixa-rism
    One Hundred Eighty Seven
    6 years ago
  • Dunhill guy
    Seketika di bangi
    10 years ago
Show 10 Show All

Blog Archive

  • ▼  2025 (15)
    • ▼  July (4)
      • 1039 : Orang Berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi...
      • 1038 : Terbiar
      • 1037 : Throwback Thursday (Episod 5) - Donut Peach...
      • 1036 : Catatan Perjalanan Cuti-Cuti Malaysia : Pul...
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
  • ►  2024 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2023 (2)
    • ►  December (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2022 (3)
    • ►  December (1)
    • ►  June (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2021 (77)
    • ►  December (7)
    • ►  November (8)
    • ►  October (7)
    • ►  September (8)
    • ►  August (6)
    • ►  July (7)
    • ►  June (5)
    • ►  May (8)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (5)
    • ►  January (4)
  • ►  2020 (40)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (1)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (36)
    • ►  December (3)
    • ►  November (3)
    • ►  October (4)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (2)
    • ►  March (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2018 (28)
    • ►  December (4)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (29)
    • ►  December (1)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (4)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (37)
    • ►  December (2)
    • ►  November (3)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2015 (50)
    • ►  December (6)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (6)
    • ►  August (4)
    • ►  July (4)
    • ►  June (4)
    • ►  May (3)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  February (6)
    • ►  January (3)
  • ►  2014 (50)
    • ►  December (3)
    • ►  November (4)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (4)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (1)
    • ►  March (4)
    • ►  February (5)
    • ►  January (5)
  • ►  2013 (106)
    • ►  December (6)
    • ►  November (7)
    • ►  October (6)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (10)
    • ►  June (9)
    • ►  May (10)
    • ►  April (10)
    • ►  March (10)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2012 (117)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (9)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (8)
    • ►  May (9)
    • ►  April (10)
    • ►  March (10)
    • ►  February (9)
    • ►  January (10)
  • ►  2011 (124)
    • ►  December (13)
    • ►  November (10)
    • ►  October (8)
    • ►  September (9)
    • ►  August (12)
    • ►  July (10)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (10)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (10)
  • ►  2010 (132)
    • ►  December (11)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (11)
    • ►  August (13)
    • ►  July (14)
    • ►  June (8)
    • ►  May (9)
    • ►  April (15)
    • ►  March (9)
    • ►  February (11)
    • ►  January (9)
  • ►  2009 (146)
    • ►  December (9)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (14)
    • ►  August (18)
    • ►  July (19)
    • ►  June (16)
    • ►  May (9)
    • ►  April (13)
    • ►  March (7)
    • ►  February (13)
    • ►  January (6)
  • ►  2008 (45)
    • ►  December (2)
    • ►  November (7)
    • ►  October (7)
    • ►  September (12)
    • ►  August (9)
    • ►  July (8)

My Travel Story - To Infinity and Beyond

  • 2008 : United Kingdom (1)
  • 2011 : Indonesia - Medan (8)
  • 2013 : Indonesia - Bandung (6)
  • 2014 : Singapura (2)
  • 2015 : Kemboja - Siem Reap (6)
  • 2016 : Thailand - Krabi (5)
  • 2017 : Jepun - Tokyo (10)
  • 2019 : Korea Selatan - Seoul (10)
  • 2022 : Thailand - Krabi (4)

My Travel Story - Malaysia

  • 2009 : Pulau Pinang (1)
  • 2011 : Kedah - Pulau Langkawi (4)
  • 2011 : Sabah - Kota Kinabalu (6)
  • 2012 : Road Trip 1.0 (3)
  • 2012 : Sarawak - Kuching (6)
  • 2013 : Road Trip 2.0 (3)
  • 2014 : Pulau Pinang (2)
  • 2015 : Kedah - Pulau Langkawi (4)
  • 2018 : Pahang - Cherating (3)
  • 2020 : Pahang - Cameron Highlands (2)
  • 2020 : Perak - Pulau Pangkor (3)
  • 2023 : Kedah - Pulau Langkawi (2)

Top 5 Weekly Popular Posts

  • 1039 : Orang Berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Merasa - Rendang Daging Landak
      Rendang Daging Landak  Selasa lepas ada seorang sahabat singgah ke rumah, nak beri lauk katanya untuk makan malam. Kecil tapak tangan nyir...
  • 986 : Money Collection Album dan Koleksi Yang Tak Berapa Nak Ada
    Minggu lepas, semasa aku sedang window shopping di Shopee, aku came across dengan Paper Money Album. Paper Money Album ni adalah sebuah albu...
  • 988 : Top 10 Commentators - July 2021
    Sudah tiba masanya sekali lagi untuk aku menghargai semua pengunjung setia blog aku yang sentiasa memberi sokongan kepada aku untuk terus be...
  • 294 : Jalan-Jalan Hujung Minggu
    Hari ahad lepas pi melepak2 sambil mandi-manda di Taman Negeri Selangor di Hulu Yam daerah Gombak Negeri Selangor Darul Ehsan. Sebelum puasa...
  • 978 : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 33) : Pad Kra Pao Ayam
    Soal makan masa musim-musim PKP-PKPD ni kadang kala menjadi satu isu yang rumit, terutama kepada orang yang hidup sebatang kara di kota raya...

Labels

Hanya Nak Cerita (302) Jalan-Jalan (145) Makan-Makan (90) Cuti - Cuti Malaysia (83) Ucapan Dari Hati (80) Hiburan (79) Saje Nak Tayang (73) Gambar (46) Cuti - Cuti Luar Negara (45) Masak Sendiri Makan Sendiri (35) Sukan (30) Kerja (26) Luahan Perasaan (24) Kerinduan (21) Takde Idea Nak Menulis (18) Famili (10) Wordless Wednesday (10) Pengetahuan Bersama (8) GiveAway (3)

Mereka Yang Rajin Memberi Komen

instagram

Template Created By : ThemeXpose . All Rights Reserved.

Back to top