Terima kasih aku ucapkan kepada tuan punya blog Syazni Rahim Blog, Kak Syaz kerana telah memilih aku sebagai salah seorang Komentor Bertuah blog beliau.
Aku mengikuti blog beliau tidak lama, rasanya pada akhir tahun lepas. Apa yang membuatkan aku menjadi pengikut blog beliau adalah kerana catatan ataupon posting-posting di blog beliau sangat menarik, berceritakan tentang perkara-perkara yang berlaku di sekeliling beliau. Posting-postingnya pula ringkas dan padat dan enjoyable untuk di baca. Blog juga sangat aktif dan banyak posting-posting yang terkini sehinggakan setiap kali aku singgah, banyak posting-posting lama yang belum dibaca dan dikomen oleh aku. Beliau juga rajin membalas komen-komen yang ditinggalkan. Syabbaz bette. Kipidap the good work.
Seperti yang dijanjikan, pada 4 Mac yang lepas, aku menerima hadiahnya.
Seronok aku dapat game ni, teringat zaman kecik-kecik dulu aku selalu main game macam ni. Ayah belikan untuk adik guna duit pencen dia. Aku share maen jer ngan dia. Boleh kira hebat jugak lah aku masa tu. Tapi sekarang, bila main, kadang-kadang sampai stress dibuatnya. Nak lepas stage pertama pon susah. Super Mario jer pon...
Apa-apa pon, terima kasih daun keladi, bulan depan nak lagi....