... dan aku menulis untuk diri sendiri

Awal bulan ini, sewaktu aku sedang berbosan-bosan keseorangan tanpa berteman di rumah, aku pun terajin nak cuba buat satu cookies yang aku jumpa resepinya di IG. Sebenarnya, bahan-bahan untuk membuat cookies ini semuanya sudah ada cuma aku perlukan butter sahaja. Bila butter sudah dibeli, kita  menunggu pula mood untuk membuatnya datang. Kalau takde mood, memang tak buat lah jawabnya. 

Cornflakes Crunchy Chocolate Chips Cookies yang enak.

Berikut adalah resepi untuk Cornflakes Crunchy Chocolate Chips Cookies kepada sesiapa yang berminat. Aku dapat resepinya dari IG resepiorangkita. Boleh lawat IG tersebut untuk lebih banyak resepi.

Bahan-Bahan

250g Buttercup atau Planta yang mana suka (aku gunakan brand Emborg sahaja pasal dia tengah murah masa tu).

1 cawan gula aising (aku guna gula biasa ajer, boleh kurangkan sebab cookies tu agak manis pada taste aku)

1 sudu kecil esen vanilla

3/4 cawan tepung jagung

2 cawan tepung gandum

Cornflakes (terpulang la nak guna brand ape, aku guna yang beli kat kedai bakery jer, itu pon lebihan hari raya dulu)

Chocolate chips (ni aku tak masuk pasal masa tu aku terkonfius antara chocolate chips dengan chocolate rice)

Chocolate rice (optional, tapi aku letak, pasal ada dalam stok, lebihan raya dulu)

Almond cincang (optional juga dan aku letak pasal ada dalam stok, lebihan raya jugak ni)

Cara-Cara

Kacau sebati butter, gula aising dan esen vanilla. Guna tenaga diri sendiri, tak perlu kacau sampai kembang.

Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati. Resepi ni kata tak payah ayak tepung tu pon takpe, tapi aku ayak gak sebab terlebih rajin dan sebab ada pengayak baru. Bila dah sebati adunan ni akan lembik sedikit, makanya jangan panik.

Kemudian boleh lah masukkan cornflakes yang telah dihancurkan dengan cara meramas-ramas sahaja, chocolate chips, chocolate rice, almond dan apa-apa bahan lain yang disukai anda.

Sudukan adunan ke atas loyang yang telah disapu butter/planta. Aku guna baking paper jer sebab malas nak basuh loyang tu nanti. Nak guna style cubit-cubit pon boleh ikut kekrevitian masing-masing. Lepas tu kalau korang nak golek-golekkan aduan tu dalam lebihan cornflakes yang telah diramas-ramas itu pon bisa. Tiada masalah.

Cookies sebelum dimasukkan ke dalam oven. Pastikan penjarakkan
sosial antara cookies itu mematuhi SOP

Cookies yang baru dikeluarkan dari oven. Takdelah kembang 
sangat cookies dia sebenarnya.

Pastikan penjarakan sosial antara adunan tersebut dipatuhi sebab aduan itu akan kembang sedikit.

Kemudian masukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 20 minit atau sehingga masak. Api atas bawah katanya.

Bila dah confident masak, boleh dikeluarkan. Biarkan di atas loyang sehingga sejuk. Lepas dikeluarkan dari oven, biskut ni agak lembik, bila dah sejuk baru ia mengeras.

Sebelum makan, jangan lupa baca Bismillah.

Selamat mencuba, anda mampu melakukannya.

  • 10 Comments

Semua orang berdoa untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Sama seperti kebanyakkan orang diluar sana, aku juga sering berdoa agar dikurniakan kesihatan yang baik. Walau bagaimanapun, berdoa sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkan kesihatan yang baik itu tidaklah berguna. Maka tak perlulah kita berdoa kalau macam tu. 

Kali terakhir aku berusaha je arah kesihatan dan cara hidup yang lebih baik adalah lebih kurang dua bulan sebelum ke aku Korea pada tahun lepas. Di mana pada masa itu, boleh dikatakan aku amat komited untuk mendapatkan berat badan unggul. Maka aku pon berusaha mengamalkan diet sihat dengan mengawal pemakanan dan juga membuat beberapa senaman ringan. Keputusannya, aku berjaya menurutkan berat badan hampir empat kilogram. Alhamdulillah. 

Malangnya, selepas kembali ke tanah air yang tercinta, habis punah program diet aku. Aku kembali makan apa yang aku hendak mengikut selera. Selera pulak menjadi-jadi masa tu. Senaman memang tak buat dah. Sehingga berat badan aku kembali ke berat asal mungkin lebih. Takut nak timbang masa tu.. hahaha.

Nampak sedap burger ni kan. Cobaannnn.... (gambar google)

Tersentak dengan berat badan yang sudah berlebihan itu, aku sekali lagi berusaha untuk mengamalkan cara hidup yang sihat. Kali ini aku lebih komited. Sehingga ke hari ini, sudah masuk bulan kedua aku mengamalkan pemakanan dan diet secara sihat. Aku tidak mengambil apa-apa produk pelangsing atau pil menurunkan berat badan malah apa-apa jua bentuk supplement lain. Apa yang aku amalkan hanya pemakanan yang seimbang dan mengurangkan pengambilan karbohidrat, gula dan makanan yang berminyak. Kadang-kadang ada juga tercheat day, macam semalam, aku termakan McD.

Sebelum ini selalunya on weekdays, aku akan bersarapan pagi dengan mengambil sama ada nasi goreng, mee goreng atau bihun goreng bersama dengan telur goreng atau telur rebus sambal. Kadang-kadang aku akan ambil nasi lemak juga. Kadang-kadang siap beli kuih lagi. Untuk tengahari pula, aku akan makan nasi, beserta lauk utama samada ayam atau ikan, satu jenis sayur dan satu lauk lain. Malam pula aku akan makan nasi sekali lagi dan selalunya nasi goreng. Aku akan makan lebih banyak on weekend. Ermmm....

Sejak mengamalkan pemakanan sihat ni, untuk sarapan pagi aku akan mengambil overnight oats dengan buah pisang (selalunya), dan aku akan selang-selikan dengan roti wholemeal bersama telur rebus. Untuk makan tengahari, aku akan mengambil nasi, bersama lauk utama samada ikan atau ayam, sayur dan lauk sampingan lain. Sebelum ini, kalau amik nasi selalunya aku akan amik satu bungkus penuh, kemudian aku kurang kepada 1/2 bungkus dan sekarang aku sudah boleh ambil 1/4 bungkus sahaja. Lauk utama pula aku akan amik yang kurang berminyak dan kurang berlemak. Sebelum ini aku memang suka sangat kari dan masak lemak, sekarang, rasanya dah lama aku tak ambil kari dan juga masak lemak itu. Untuk cukupkan satu bungkusan itu, aku akan ambil banyak sayuran, selalunya sayur kobis lah sebab itu jer yang ada kat sini (asik-asik kobis, asik-asik kobis, takde sayur lain ke diaorang ni). Malam pula aku akan makan yang paling minima. Selalunya aku akan ambil buah-buahan sahaja atau minum susu Omaega Plus secawan. Aku juga sudah meminimakan pengambilan gula tambahan atau sebarang makanan atau minuman manis. Aku cuba untuk mengambil minuman yang manis sekurang-kurangnya 1 atau 2 kali seminggu sahaja. 

Aku juga menggunakan applikasi MyFitnessPal oleh Under Armour untuk aku menghitung jumlah pengambilan kalori setiap hari. Sebagai seorang lelaki dewasa seperti aku, jumlah kalori yang disyorkan setiap hari adalah sebanyak lebih kurang 2,200cal/day. Untuk menurunkan berat badan yang telah disasarkan, pengambilan kalori yang disarankan oleh apps itu untuk aku adalah sebanyak 1,500cal/day dan aku boleh mencapai berat badan yang aku sasarkan itu dalam tempoh lima hingga enam bulan. Untuk mencapai sasaran itu, pengambilan kalori aku setiap hari aku tetapkan pada kadar lebih kurang 1,200cal sahaja. Aku juga cuba untuk meminimakan cheat day aku. Aku penah terbaca somewhere, semasa kita sedang diet, kita boleh sahaja untuk makan burger McD, tapi pastikan jumlah kalori harian kira adalah pada kadar yang telah kita sasarkan. Ini yang aku amalkan.

Applikasi MyFitnessPal by Under Armour
Boleh mengira dan merekod pemakanan 
kita setiap hari

Aku juga sekarang sedang mengamalkan senaman ringan dan senaman yang aku jalankan hanyalah brisk walking. Untuk orang macam aku dengan lemak berlebihan, senaman berjalan kaki ada yang terbaik dengan risiko untuk mendapat kecederaan yang rendah. Sekurang-kurangnya enam kali seminggu aku akan brisk walking di taman-taman berhampiran kediaman aku. Pada mulanya, setakat 3km hingga 4km sahaja dan sehingga hari ini, jarak paling jauh aku pernah brisk walking adalah sejauh hampir 9km. Walau bagaimanapun, memandangkan PKPP sedang dijalankan di Selangor, maka aktiviti brisk walking aku tidak dapat dilakukan. Aku perlu mencari alternatif senaman lain agar program aku ni tidak terjejas.

Untuk aktiviti brisk walking ini, aku menggunakan applikasi MapMyWalk by Under Armour. Apps ini akan mencatat dan menyimpan rekod jarak, masa, kelajuan, purata kelajuan dan jumlah kalori yang dibakar untuk aktiviti yang dilakukan samada berjalan, berlari atau berbasikal. Ia juga merekod dan menyimpan data laluan aktiviti yang kita lakukan itu. 

Applikasi MapMyWalk. Mengira dan merekod aktiviti 
riadah kita setiap hari. Yang best nye boleh tengok
map perjalanan kita sepanjang aktiviti itu

Ini rekod aktiviti brisk walking aku yang terakhir sebelum
Selangor dan Putrajaya dikenakan PKPB. Berjalan dari
Cyberjaya ke Putrajaya

Sehingga ke hari ini, Alhamdulillah sehingga ke hari ini nampaknya usaha aku membuahkan hasil. Doakan semoga aku terus komited dan istikomah untuk meneruskan usaha ini. Wiah me luck guys...

  • 6 Comments

Selama aku travel ke beberapa destinasi antarabangsa ni, jujur aku katakan yang aku tidak pernah mengambil travel insurance. Bukannya sebab aku ni jenis berani mati atau hati kering, tetapi sebenarnya aku tak tahu pon wujudnya travel insurance ni ketika aku mula-mula belajar travel dulu. Tambahan pula aku hanya ke destinasi yang dekat-dekat jer sekitar Asia Tenggara, maka aku fikir, tak mengapa lah. 

Aku mula membeli travel insurance untuk melindungi diri aku sejak aku ke Tokyo, Jepun pada tahun 2017. Masa itu aku hanya menggunakan polisi insuran yang ditawarkan di jabatan aku, maka ianya percuma sahaja dan coverage dia aku tak berapa pasti sebab takde lah nak baca sangat polisinya. Aku terlintas untuk mendapatkan travel insurance semasa ke Jepun adalah kerana aku akan berada di Jepun bagi tempoh 7 hari dan aku akan menggunakan kenderaan awam. Tambahan lagi, perancangan perjalanan ke Jepun itu dirancang sendiri dan aku tidak menggunakan apa-apa khidmat travel agency. Tambahan lagi, aku mula terbaca kisah-kisah traveller yang ditimpa kesusahan semasa berada di luar negara. Belanja terutamanya belanja perubatan di luar negara adalah sangat mahal bagi orang-orang asing.

Untuk perjalanan ke Korea Selatan pada 2019, sekali lagi perancangan perjalanannya dirancang sendiri oleh kami dan kami tidak menggunakan khidmat mana-mana travel agency.  Untuk travel kali ini aku telah mendapatkan perkhidmatan travel insurance dari Etiqa. Aku telah memilih plan Trip Care 360 pada kadar premium RM48.70. Apa yang menarik tentang plan ini adalah faedah Cashless Overseas Medical Care yang diberikan yang mana ia bermaksud semua perbelanjaan perubatan yang berlaku di luar negara itu akan ditanggung oleh pihak syarikat penanggung dan kita tidak perlu membayar dahulu kemudian claim dengan syarikat insuran. Jika sebarang musibah berlaku, kita hanya perlu call Etiqa Travel and Medical Assistance Helpline yang dibuka 24 jam sehari, dan pihak Etiqa akan menguruskan semuanya.

Tidak banyak syarikat insuran yang aku survey yang menawarkan faedah seperti ini. Kebanyakannya, menawarkan pembayar balik sebarang tuntutan yang dibuat. Ini bermakna, jika sebarang musibah berlaku ke atas diri kita di luar negara, kita perlu membayar dahulu perbelanjaan perubatan tersebut, dan membuat tuntutan semula perbelanjaan tersebut. Kalau dalam RM100 - RM200 mungkin boleh didahulukan, kalau kene RM10,000, mana nak cari duit masa tu. Takkan nak menjual tubuh plak, hahaha...

Bagasi aku setibanya di Incheon International Airport

Alhamdulillah, tiada apa-apa musibah yang berlaku kepada aku dan juga sahabat-sahabat aku sepanjang kami di Korea. Malangnya, setibanya aku di KLIA2, sahabat menyedari yang bagasi aku telah mengalami kerosakkan. Satu dari empat rodanya telah hilang dan bahagian roda itu juga telah terkopak. Memandangkan travel insurance yang aku beli juga melindungi kerosakkan dan kehilangan harta, maka ianya boleh dituntut dari syarikat insuran tersebut.

Bagasi aku yang mengalami kerosakkan setibanya di KLIA2

Sebelum membuat tuntutan, kita perlu mendapatkan laporan dari pihak penerbangan. Kalau anda naik Air Asia seperti aku, kena mendapatkan laporan dari pihak Air Asia. Untuk KLIA2 dan Air Asia, laporan boleh dibuat di Pejabat Lost and Found (MLO) di lantai Ketibaan berhampiran bahagian Tuntutan Bagasi. Pejabat ini terletak berhampiran conveyor belt No. 10 (atau J, kalau tak silap). Setelah laporan dibuat, pihak Air Asia akan mengeluarkan Property Irregularity Report dan laporan ini perlu dihantar kepada syarikat insuran semasa membuat tuntutan. Jika bernasib baik seperti aku, pihak Air Asia akan bermurah hati untuk memberikan sebuah bagasi sebagai ganti kepada bagasi yang rosak itu. Tetapi dengarnya, jika kita ambil beg itu maka kita tidak boleh membuat tuntutan insuran dan laporan juga tidak akan dikeluarkan. Macam kes aku, pegawai tu siap cakap, 'Encik ambil jer beg ni kemudian buatlah tuntutan insuran'. Terima kasih aku ucapkan kepada dua orang pegawai yang bertugas ketika itu

Property Irregularity Report yang dikeluarkan.

Bagasi-bagasi yang dibawa pulang ke Malaya
1. Bagasi Hitam Besar adalah bagasi yang diberi oleh Air Asia sebagai ganti bagasi yang rosak itu
2. Bagasi Pepel adalah bagasi yang rosak itu
3. Bagasi Hitam Kecil adalah bagasi yang dibeli di Korea tatkala bagasi sedia ada ada
tidak mencukupi untuk memuatkan hasil tangkapan di Korea.
4. Bagpack Hitam pon penuh jugak untuk perjalanan pulang.

Untuk membuat tuntutan pula, pada mulanya aku menggunakan Live Chat dari website Etiqa untuk bertanya bagaimana untuk membuat tuntutan. Aku kemudiannya diberikan satu nambor telefon dan diminta untuk membuat tuntutan tersebut dengan menghantar laporan dan juga gambar bagasi yang rosak itu. Nanum, setelah 4 hari laporan dihantar melalui applikasi WhatsApps, dan hampir setiap hari juga aku menghantar peringatan, aku masih belum menerima apa-apa maklumbalas dari pihak Etiqa. Pada hari ke-5 barulah aku menerima jawapan dan pihak Etiqa telah meminta nombor akaun bank aku untuk tujuan pembayaran. Tiga hari kemudian aku mendapat message mengatakan bahawa tuntutan aku akan diproses oleh pihak Etiqa. 

Kemudian ......

Setelah dua minggu menunggu tanpa apa-apa makluman, aku menghantar message sekali lagi. Malangnya, nombor tersebut tidak lagi digunakan dan meminta aku untuk menghubungi satu nombor yang lain. Aku segera menghantar message kepada nombor yang baru itu, tetapi seakan mesin pulak yang menjawabnya, 'Type 1 for English, Balas 2 untuk Bahasa Malaysia'. Aku pon macam bodoh ikut lah arah mesin tu sehingga sampai ke satu ketika, mesin tu balas 'Maaf, kami tidak menerima sebarang jawapan. Sesi perbualan telah berakhir'... Ahh.. sialan, getus hatiku. 

Aku mencuba lagi. Sampai ke suatu ketika mesin tu menjawab, 'Terima kasih atas maklum balas anda. Waktu operasi kami adalah... blah.. blah.. blah..'. Aku yang dah sakit hati ni terus saja memaki, 'Apa status claim saya? Saya bukan nak tau waktu operasi'. Dengan serta merta, ada orang pulak yang menjawab dan memaklumkan bahawa tuntutan aku sekarang sedang dalam proses pembayaran. Dan pada 5 November 2019, setelah hampir sebulan menunggu dan berusaha, aku telah berjaya mendapat tuntutan ke atas kerosakan bagasi aku itu sebanyak RM700.00. 

Dalam marah-marah tu bahasa aku masih lagi berlapis. 
Sib baek dia jawab sebelum aku maki secukupnya.

Dalam kes tuntutan ini, aku rasa aku memang untung besar. Sebab apa? Pertama, berjaya menuntut sebanyak RM700.00. Kedua, aku juga telah mendapat sebuah bagasi baru untuk menggantikan bagasi aku yang rosak itu. Ketiga, bagasi aku yang rosak itu sebenarnya aku dapat free jer. Dan jumlah premium insuran yang aku bayar hanya RM48.70.

Jadi kepada sesiapa yang nak travel jauh selepas musim Covid19 ni, aku syorkan untuk ambil sahaja travel insurance ni. Tak mahal mana pon tapi perlindungannya amat berbaloi sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku.

Till then, travel safe, stay safe.

(disclaimer : jalan cerita ini dan cara tuntutan dari syarikat insuran tersebut adalah benar pada hari kejadian. Jika tidak sama sekarang, mungkin prosedurnya telah berubah)

  • 14 Comments

Setahun sudah berlalu, atau lebih tepat lagi pada 3 hingga 9 Oktober 2019, aku bersama dengan tiga orang sahabat yang lain telah berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Korea Selatan. Kami hanya melancong di kawasan Seoul dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya sahaja. Masih belum berpeluang untuk mengembara lebih jauh dalam negara itu. Walaupon begitu, ia tetap memberikan sedikit sebanyak pengalaman kepada kami tentang negara itu. 

Sepanjang kami di sana, banyak pengalaman manis dan tak dapat dinafikan ada juga kenangan-kenangan kurang manis yang berlaku kepada kami. Walaupon kenangan-kenangan itu tidak sehebat apa yang kami alami semasa kami di Tokyo sehingga melibatkan pihak polis Jepun, ia tetap menjadi pengalaman yang tetap kami ingati. 

Di sini aku senaraikan beberapa kenangan kurang manis itu untuk aku tatapi di hari tua kelak. 

1. Roda Bagasi Sahabat Yang Tercabut

Seawal hari pertama kami sudah mengalami masalah walaupon tidaklah begitu serius. Setibanya kami di Seoul, dengan perasaan yang sangat gembira apabila dapat melepasi pihak imigresen dan kastam Korea yang ketat itu, kami terus menuju ke stesen keretapi untuk mengambil keretapi AREX menuju ke bandar Seoul. Dalam perasaan gembira itu, sahabat perasan yang bagasi yang ditariknya seperti tidak stabil. Setelah diperiksa, didapati bahawa salah satu dari empat rodanya telah hilang. Tercabut dan bukannya disebabkan oleh kerosakan bagasi. Berlarilah si sahabat itu menaiki eskelator kembali ke atas untuk mencari roda bagasinya itu. Beberapa ketika kemudian, sahabat turun dengan roda bagasinya di tangan bersama skru yang tercabut itu. Dipasangnya kembali dan Alhamdulillah, sehingga pulang ke Malaysia dan kemudian ke Jakarta pula, roda itu masih utuh.
         
2. Tersalah Rumah

Selesai adegan dengan roda bagasi itu kami menaiki keretapi AREX menuju ke Seoul Station. Dari Seoul Station, kami decided untuk berjalan kaki sahaja menuju ke rumah kediaman yang pada jangkaan kami itu tidak jauh (rupa-rupanya jauh...). Sesampai sahaja di rumah kediaman, mengikut maklumat yang diperolehi dari tuan rumah, rumah kami adalah di tingkat 1, kami cuba untuk membuka pintu rumah itu menggunakan nombor PIN yang diberi, tetapi tidak berjaya (dah la kawasan rumah tu gelap, tak nampak ape pon). Banyak kali jugaklah kami mencuba tetapi masih tidak berjaya sehingga kami ditegur oleh seorang lelaki. Lelaki itu mengatakan bahawa rumah itu adalah rumah beliau (nasib baik dia tak marah. Daripada slang dia cakap tu rasanya dia orang Malaysia, tak sempat plak nak tanya). Dalam keadaan yang keliru, dah la penat dengan perjalanan yang panjang, tiba-tiba salah rumah pula, kami mencuba nasib untuk rumah yang di bawah pula. Alhamdulillah, pintu rumah dapat dibuka.

3. Masalah Menggunakan Google Map

Di Tokyo, aplikasi Google Map amat membantu kami dalam mencari jalan ke satu-satu destinasi, sama ada untuk menaiki train atau berjalan kaki. Tetapi lain pula di Seoul, Google Map tidak membantu seperti yang diharapkan. Jika kita set sesuatu lokasi yang ingin ditujui, Google Map akan menyarankan untuk menaiki bas walaupon lokasi yang hendak dituju itu boleh sampai dengan berjalan kaki sahaja, dan setting untuk berjalan kaki nampaknya tidak boleh digunakan. Google Map juga akan menyarankan kita untuk menaiki bas walaupon stesen Metro adalah lebih dekat dan mudah. Jalan di Seoul ni jem jugak tau macam kat KL, maka kalau naik bas akan sangkut jugak dalam jem. Makanya, kepada yang hendak ke Seoul, gunalah applikasi lain yang lebih membantu.

4. Namdaemun Market

Namdaemun Market adalah sebuah kawasan wisata wajib lawat jika kalian ke Seoul. Banyak barangan yang boleh dibeli di sini dari cenderahati, pakaian, perhiasan diri hinggalah ke barangan kelengkapan rumah. Kalau kaki shopping, inilah syurganya. Bagi aku Myongdong tu tempat kedua. Kami tak sempat untuk menjelajah Namdaenum Market ini kerana kami tersalah waktu. Untuk pengetahuan, Namdaemun Market ini dibuka waktu pejabat sahaja iaitu seawal pukul 7.00 pagi hingga ke 5.00 petang, kalau lajak pon sampai 6.00 petang. Dua kali kami cuba ke Namdaemun Market ini, malangnya kali pertama kami sampai, ianya telah ditutup dan kali kedua pula ianya hampir ditutup. Kali ketiga kami pergi waktu pagi, tetapi disebabkan kekangan masa ketika itu, hanya sempat menjelajah sedikit sahaja walaupon masih banyak KRW untuk dihabiskan dan dibazirkan.

5. Hilang Arah di Seoul Station

Hari terakhir kami di Seoul, dalam perjalanan untuk ke lapangan terbang, kami telah ke Seoul Station untuk sekali lagi mengambil keretapi AREX untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon. Semasa di Seoul Station, kami telah sesat barat untuk mencari arah ke platform untuk AREX. Kami berpusing-pusing hampir 1/2 jam mencari arah kerana tiada papan tanda arah untuk ke platform keretapi AREX. Kami bertanya beberapa orang di sana tetapi tidak membantu kerana masalah komunikasi. Kami turut dibantu oleh seorang rakyat Malaysia setelah melihat kami macam hilang arah, malangnya beliau juga gagal membantu. Setelah mengikut kata hati, bertanya lagi kepada penduduk tempatan, mencuba kaedah trial an error akhirnya kami sampai juga ke tempat yang dituju dengan susah payah. Punya lah susah, tak sangka besar rupanya Seoul Station ni. Selama ini aku gunakan Metro je, semua stesen bawah tanah. Rupa-rupanya stesen untuk AREX ni ada atas tanah, patut la tak jumpa. 

Teringat kembali kenangan dengan masalah yang hampir sama semasa di Tokyo. Shinjuku Station, Tokyo pon bapak besar...

6. Nyaris tak dibenarkan check-in di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon

Akibat kelewatan di Seoul Station itu, kami tiba agak lewat dari perancangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon. Semasa membuat checking-in, pekerja kaunter Air Asia itu memaklumkan bahawa nama aku tidak terdapat di dalam senarai penumpang dan mempertikaikan kenapa nama aku di tiket penerbangan tidak sama dengan nama seperti di pasport. Aku menjadi kaget seketika tak tau ape nak jawab. Nasib baik di pasport aku ada tertulis 'Bearer also known as....' aku tunjukkan yang itu, nasib baik di paham. Dibuatnya dia tak paham dan melarang aku untuk checking-in, maka terpaksalah aku berkelana di Seoul untuk seketika dan menjadi PATI.

Nama bapa aku ade 'alias', semasa membeli tiket penerbangan aku menggunakan 'alias' kedua dan di pasport tertera 'alias' pertama. Macam manalah aku lupa pasal nama aku kat pasport semasa booking tiket penerbangan dulu. Kat situlah timbulnya masalah aku tu. Nasib baik dia tak mintak I/C aku, kalau tidak lagi konfius kakak Korea kat kaunter tu nanti. Kat I/C nama penuh. Hahaha...

Semasa pemeriksaan untuk masuk ke balai berlepas pon, kakitangan di situ bertanya perkara yang sama. Aku tunjuk jer di pasport aku yang tertulis 'Bearer also known as....' tu. Syukur aku dilepaskan masuk.

Menjadi pengajaran kepada aku, next time gunakan nama seperti di PASPORT!!!

7. Bermarathon di Incheon International Airport

Akibat dua drama itu, drama di Seoul Station dan semasa check-in, kami sudah sangat lewat. Ditambah pula, kami ke kaunter tax claim dahulu untuk membuat tuntutan cukai ke atas barangan yang telah di beli. Nak cari kaunter ni pon punya susah, sampai dua tiga tempat pergi, akhirnya sampai juga. Jumlah tax claim yang aku dapat cuma KRW2,000. Selepas itu, kami terpaksa berlari-lari macam emak dan bapak mengejar anak untuk ke pintu pelepasan. Penerbangan kami sudah Final Call. Kenapalah kalau naik flight pintu pelepasan aku mesti yang jauh-jauh. Sesampai sahaja di pintu pelepasan, masih ramai lagi penumpang yang belum boarding. Sib baek...

8. Kerosakan Bagasi

Setelah lebih kurang enam jam penerbangan, kami selamat sampai di KLIA2 lebih kurang pukul 10.00 malam. Setelah semua bagasi kami diambil, sahabat perasan yang roda bagasi aku telah hilang dan terdapat kerosakan pada bagasi aku itu. Walau bagaimanapun, kami terus sahaja keluar dari kawasan tuntutan bagasi itu. Kami sempat singgah makan KFC terlebih dahulu kemudian baru nak berbincang bagaimana untuk membuat tuntutan dari syarikat insuran memandangkan aku ada membeli travel insurance sebelum aku ke Korea dulu.

Untuk membuat tuntutan insuran atas kerosakan bagasi aku tu, aku memerlukan surat laporan dari pihak penerbangan. Tetapi kami tidak tahu di mana untuk membuat laporan dan mendapatkan surat laporan itu. Setelah bertanyakan kepada dua buat information counter, akhirnya kami diarahkan untuk ke pejabat Lost and Found (MLO) di dalam kawasan tuntutan bagasi tadi. Aku terpaksa masuk semula ke kawasan tuntutan bagasi itu untuk ke pejabat yang dikatakan. 

Setelah laporan dan pemeriksaan kepada bagasi aku dibuat, pihak Air Asia telah mengeluarkan Property Irregularity Report dan bermurah hati untuk memberikan aku sebuah bagasi sebagai ganti bagasi aku yang telah rosak itu. Hehehe.. terima kasih Air Asia.

Walau apa pun halangan yang berlaku, jangan kita serik untuk travel lagi.

Baca juga pengalaman pahit manis kami di Tokyo, Jepun pada tahun 2017 : baca di sini

Setibanya kami di Seoul Station

"Travel isn't always pretty. It isn't always comfortable. Sometimes it hurts, it even breaks your heart. 
But that's OK. The journey changes you; it should change you. It leaves marks on your 
memory, on your consciousness, on your heart, and on your body. 
You take something with you. Hopefully, you leave something good behind".
 - Anthony Bourdain

  • 10 Comments

Beberapa minggu yang lepas, disebabkan ada beberapa biji pisang yang telah terlalu masak, aku pon dengan rajinnya mencuba satu resepi baru yang aku jumpa di FB. Resepi tu adalah kek pisang. Oleh kerana nampak biasa saja nama kek pisang itu, maka aku pon upgrade dia sikit menjadi Banana Cake With Chocolate Rice and Almond. Kalau guna nama orang putih ni nampak sedap sikit walaupon sama je sebenarnya.

Kepada yang berminat untuk mencuba, aku sertakan resepinya yang aku perolehi dari buatoranglapo.com. Nama yang diberi, Kek Pisang Gebu Bersama Coklat Chips Yang Mudah.

Bahan-bahan

        4 biji Pisang Berangan (aku guna pisang ape ntah, tak tau namanya)
        3 biji telur
        1 cawan minyak jagung (aku guna minyak masak biasa jer sebab takde minyak jagung)
        1/2 cawan gula putih
        1/2 cawan gula perang (aku tak guna sebab takde gula perang dalam stok)
        1 sudu kecil esen vanilla
        2 cawan tepung penaik (diayak)
        1/4 cawan coklat rice

Cara-cara

Kisar telur, minyak, gula dan esen vanilla lebih kurang 3-5 minit, kemudian baru kisar bersama pisang (part ni aku tak ikut resepi, pasal tak baca dulu. Aku lenyek pisang tu dulu, pastu baru masuk ke dalam bahan yang di kisar tadi). Actually sama jer kan...


Kemudian, masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam tepung dan kacau sebati. Masukkan coklat rice atau apa-apa bahan lain yang disukai. Aku masukkan kacang badam yang telah dihiris halus.


Kemudian, tuangkan ke dalam acuan yang disukai.


Bakar pada suhu 170 darjah selsius selama 40 minit atau sehingga masak. Aku bakar selama 60 minit, baru confident masak.


Bila dah sejuk, boleh dihidangkan bersama minuman kegemaran anda sekeluarga.


Banana Cake with Chocolate Rice and Almond.
Hasil air tangan aku. Sedap, akan cuba lagi

Walaupon sukses dan rasanya sedap dan kurang manis (pasal aku kurangkan gula), tapi kek aku ni agak padat dan terlalu moist. Mungkin sebab gunakan minyak. Aku ni tak berapa gemar buat kek guna minyak, pasal selalumya mesti tak berapa nak jadi. Mesti akan jadi terlalu padat dan terlalu moist macam tak berapa nak masak dalamnya. Mungkin kene belajar lebih lagi dalam bidang baking ni.

Apa-apa pun aku akan terus mencuba lagi resepi ni, mungkin akan try guna butter plak.

Selamat mencuba.

  • 6 Comments

Search This Blog

About Me

My photo
afeezz
Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
'afeezz tu memang cukup indah untuk dicintai tapi cukup susah untuk dimiliki' - anonymous 2010
View my complete profile

Total Pageviews (since July 2008)

Follow Me

  • instagram
  • facebook
  • Twitter

My Followers (Thank You)

Blog Lists

  • Blog Begins At Forty
    March 24, 2023
    2 hours ago
  • Aiman Abdullah
    Siaran Langsung Live Malaysia B-22 Merlion Cup 2023
    3 hours ago
  • CikCappuccinoLatte
    Menu Berbuka Khairulaming : Ayam Gepuk Sambal & Kicap
    4 hours ago
  • AMIE'S LITTLE KITCHEN
    Tiru Macam Saya!
    5 hours ago
  • Blog Sihatimerahjambu
    4 Menu Air Berbuka Puasa Khairul Aming 2023
    8 hours ago
  • As Samsudin
    Ramadan Kareem 1444H
    9 hours ago
  • ABAM KIE : Man of The House
    Kes remeh hingga bercerai
    10 hours ago
  • BLOG RABIA ADAWIYAH
    Hadiah untuk Raydah Blogger
    13 hours ago
  • Syazni Rahim Blog
    Makanan Yang Tidak Sesuai Untuk Berbuka Puasa
    23 hours ago
  • Monolog Kakmim
    Throwback Thursday - 1 Ramadhan Zaman PKP
    1 day ago
  • KomenSen
    KENAPA SAYA DAH MALAS NAK PERGI HYPERMARKET?
    1 day ago
  • Bola Katok
    Review filem anime The First Slam Dunk.
    2 days ago
  • MRS.A my blog my stori
    Potluck Pra-Ramadhan 1444H
    3 days ago
  • AMMI
    Aku takut
    4 days ago
  • Warisan Petani
    'Yut' Hanyut Buat Selama-lamanya
    5 days ago
  • cikguzim
    Lancarkan kencing dengan air barli
    2 weeks ago
  • fairus.com
    Sehari di Pekan Baru, Riau, Indonesia
    4 weeks ago
  • SEMUT SENYUM
    Tenang Lubuk Jiwa
    5 weeks ago
  • SITI.YANG.MENAIP
    Happy New Year 2023 | SitiYangMenaip Masih Ada
    2 months ago
  • LADY LIKE ME !
    HAPPY 2023 !!
    2 months ago
  • ixa-rism
    One Hundred Nine One
    4 months ago
  • PESONA ETUZA
    Johor Kami Datang Dengan Hati Girang
    6 months ago
  • Tiga Lalat 2021
    NEW BLOG I AM
    6 months ago
  • Shida Radzuan Blog
    Susahnya untuk konsisten
    7 months ago
  • Adinda Baizura Mazlan
    Tenang. Kamu Mampu.
    7 months ago
  • ! acuyuhan
    Nineteen61 Cafe Kuantan
    1 year ago
  • Dunhill guy
    Handmade Design Phone Case
    1 year ago
Show 10 Show All

Blog Archive

  • ►  2023 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2022 (3)
    • ►  December (1)
    • ►  June (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2021 (77)
    • ►  December (7)
    • ►  November (8)
    • ►  October (7)
    • ►  September (8)
    • ►  August (6)
    • ►  July (7)
    • ►  June (5)
    • ►  May (8)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (5)
    • ►  January (4)
  • ▼  2020 (40)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ▼  October (5)
      • 933 : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 24) - Co...
      • 932 : Menuju Ke Arah Gaya Hidup Yang Lebih Sihat (...
      • 931 : Catatan Perjalanan - Seoul, Korea Selatan (E...
      • 930 : Catatan Perjalanan - Seoul, Korea Selatan (E...
      • 929 : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 23) - Ba...
    • ►  September (4)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (1)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (36)
    • ►  December (3)
    • ►  November (3)
    • ►  October (4)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (2)
    • ►  March (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2018 (28)
    • ►  December (4)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (29)
    • ►  December (1)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (4)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (37)
    • ►  December (2)
    • ►  November (3)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2015 (50)
    • ►  December (6)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (6)
    • ►  August (4)
    • ►  July (4)
    • ►  June (4)
    • ►  May (3)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  February (6)
    • ►  January (3)
  • ►  2014 (50)
    • ►  December (3)
    • ►  November (4)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (4)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (1)
    • ►  March (4)
    • ►  February (5)
    • ►  January (5)
  • ►  2013 (106)
    • ►  December (6)
    • ►  November (7)
    • ►  October (6)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (10)
    • ►  June (9)
    • ►  May (10)
    • ►  April (10)
    • ►  March (10)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2012 (117)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (9)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (8)
    • ►  May (9)
    • ►  April (10)
    • ►  March (10)
    • ►  February (9)
    • ►  January (10)
  • ►  2011 (124)
    • ►  December (13)
    • ►  November (10)
    • ►  October (8)
    • ►  September (9)
    • ►  August (12)
    • ►  July (10)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (10)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (10)
  • ►  2010 (132)
    • ►  December (11)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (11)
    • ►  August (13)
    • ►  July (14)
    • ►  June (8)
    • ►  May (9)
    • ►  April (15)
    • ►  March (9)
    • ►  February (11)
    • ►  January (9)
  • ►  2009 (146)
    • ►  December (9)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (14)
    • ►  August (18)
    • ►  July (19)
    • ►  June (16)
    • ►  May (9)
    • ►  April (13)
    • ►  March (7)
    • ►  February (13)
    • ►  January (6)
  • ►  2008 (45)
    • ►  December (2)
    • ►  November (7)
    • ►  October (7)
    • ►  September (12)
    • ►  August (9)
    • ►  July (8)

My Travel Story - To Infinity and Beyond

  • 2008 : United Kingdom (1)
  • 2011 : Indonesia - Medan (8)
  • 2013 : Indonesia - Bandung (6)
  • 2014 : Singapura (2)
  • 2015 : Kemboja - Siem Reap (6)
  • 2016 : Thailand - Krabi (5)
  • 2017 : Jepun - Tokyo (10)
  • 2019 : Korea Selatan - Seoul (10)

My Travel Story - Malaysia

  • 2009 : Pulau Pinang (1)
  • 2011 : Kedah - Pulau Langkawi (4)
  • 2011 : Sabah - Kota Kinabalu (6)
  • 2012 : Road Trip 1.0 (3)
  • 2012 : Sarawak - Kuching (6)
  • 2013 : Road Trip 2.0 (3)
  • 2014 : Pulau Pinang (2)
  • 2015 : Kedah - Pulau Langkawi (4)
  • 2018 : Pahang - Cherating (3)
  • 2020 : Pahang - Cameron Highlands (2)
  • 2020 : Perak - Pulau Pangkor (3)

Top 5 Weekly Popular Posts

  • 1000 : Bila Lampu Brek Menyala Tak Padam-Padam
    Korang pernah ada pengalaman tak, bila lampu brek kereta korang termasuk lampu brek ketiga menyala tapi tak mahu padam? Macam ada satu entit...
  • 999 : Throwback Thursday - October 2021
    Pada hari ini (7 Oktober) pada tahun 2019, aku berjaya menjejakkan kaki ke Pulau Nami, Korea Selatan. Hujan turun membasahi bumi pada pagi ...
  • 1001 : Satu Ribu Satu Cerita Aku
    Perasan atau tidak, jumlah post di dalam blog aku yang tak seberapa ni sudah mencapai ke angka 1001 termasuk post ini. Tak pernah ku sangka ...
  • 812 : Big Home Expo 2017
    Poster Big Home Expo 2017 Big Home Expo 2017 telah diadakan dari 16 hingga 19 Februari 2017 bertempat di Stadium Bukit Jalil. Ini ada...
  • 813 : Wishing Myself A Happy Birthday (Episod 2)
    Tanggal 25 Februari yang lepas adalah hari ulang tahun kelahiran aku. Seperti tahun-tahun sebelumnya, pada tahun ni aku masih berusia 21 t...

Labels

Hanya Nak Cerita (298) Jalan-Jalan (145) Makan-Makan (90) Cuti - Cuti Malaysia (82) Ucapan Dari Hati (80) Hiburan (79) Saje Nak Tayang (73) Gambar (46) Cuti - Cuti Luar Negara (43) Masak Sendiri Makan Sendiri (35) Sukan (30) Kerja (26) Luahan Perasaan (24) Kerinduan (21) Takde Idea Nak Menulis (17) Famili (10) Pengetahuan Bersama (8) Wordless Wednesday (8) GiveAway (3)

Mereka Yang Rajin Memberi Komen

instagram

Template Created By : ThemeXpose . All Rights Reserved.

Back to top