... dan aku menulis untuk diri sendiri

Peringatan Mesra : Jangan kita lupa untuk menunaikan tanggungjawab kita yang satu ni, tanggungjawab kepada negara. Jika gagal melaksanakan tanggungjawab ini, maka kita akan dilabel sebagai pengkhianat negara, begitulah kata-kata mantan Perdana Menteri Malaysia yang kita sayangi suatu ketika dahulu (sekarang dah tak sayang dah). Tanggungjawab yang dimaksudkan itu adalah tanggungjawab mengisytihar dah membayar cukai pendapatan.

gambar hiasan

Aku telah menunaikan tanggungjawab ini pada 13 Mac 2021 yang lepas. Tak sanggup rasanya dilabel sebagai pengkhianat negara. Pada tahun ini, jumlah pelepasan yang aku tuntut agak lumayan banyak nye. Berbanding tahun lepas, tahun ini aku dapat menuntut pelepasan untuk gaya hidup, di mana pada tahun lepas aku mula melanggan perkhidmatan jalur lebar untuk kegunaan peribadi. Agak lumayan jugaklah tuntutan itu. Yang lain-lain adalah tuntutan biasa sahaja.

Setelah dihitung semuanya, terdapat sedikit lebihan bayaran tahun taksiran 2020. Semuanya sudah selesai dan hanya menunggu pihak LHDM mem'bank-in'kan wang tersebut.

Setelah difikir-fikir apakah yang akan aku lakukan dengan lebihan wang itu, aku putuskan untuk simpan sahaja untuk kegunaan hari tua untuk mencapai wawasan aku 'Retire@50'.


  • 22 Comments

Hehehe.. Alhamdulillah, birthday aku pada tahun ini ada juga sahabat yang sudi memberi aku hadiah. Terasa spesial sangat dapat hadiah sebab rasanya dah lama tak dapat hadiah macam ni sempena birthday aku. Kepada sahabat yang memberi, terima kasih daun kelapa aku ucapkan, tahun depan ko nak bagi apa plak? Hehehe...

Hadiah yang diberi oleh sahabat. Dalam paper bag jer
(Sebenarnya dalam paper bag lain, tapi dia dah amik balik
paper bag tu). Takpe lah, janji hadiah tu dia tak amik balik.

Dia bagi terus kotak macam ni. Atleast balut la sket dengan
wrapping paper. Baru la seronok nak koyak-koyak sampul tu.
Baru la ada rasa macam birthday present

WAHHH... Inilah hadiahnya. Tempat letak jam tangan
I likee...

Ada enam slot. Koleksi jam tangan aku pon tak cukup enam

Excited plak nak letak koleksi jam aku 
yang tak berapa nak ada tu. Hehehehe

Koleksi peribadi jam tangan aku. Kurang satu. Kene beli 
jam tangan baru nampakya, baru penuh tempat tuh.

Koleksi jam tangan aku sekarang cuma ada lima jer, itu pon dua dah habis bateri, dua malas nak charge dan satu jer yang masih berjalan dan yang itu jer aku guna hari-hari. Empat daripadanya adalah dari jenama terkenal juga dan satu tu aku tak tau jenama ape. Range harga dari yang mahal tu agak lumayan mahal juga harganya dan yang paling murah pula aku dapat percuma. Apa-apa pun, semahal mana jam tangan yang kita beli, kita tak mampu beli masa, hatta walau sesaat.

Apa-apa pon, terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan kepada sahabat yang sudi memberi aku hadiah. Aku suka sangat-sangat. 

  • 26 Comments

Kadang-kadang tekak ni terasa nak makan sesuatu walaupon perut sebenarnya dah kenyang. Buka peti sejuk tiada apa yang boleh dimakan. Nak beli di luar, malas pulak nak start enjin kereta dan drive mencari makanan. Nak order melalu Grabfood atau Food Panda rasanya tak berbaloi, derivery charges mahal, lagi pon, makanan yang available sekitar Cyberjaya ni tak berkenan di hati pulak. 

Ni cerita lama, pada 21 Februari yang lepas, aku ada mencuba resepi Agar-Agar Buah-Buahan Cocktail. Sebenarnya aku pernah buat agar-agar ni dahulu tapi tak berapa menjadi, walaupon rasanya sedap. Rupanya pon tak berapa cantik. Kali ni aku mencuba lagi dengan harapan ia menjadi lebih baik dari dahulu. 

Sekadar gambar hiasan

Seperti biasa, resepi untuk agar-agar ni aku dapat dari IG. Kali ini dari IG foxycosmetics_hq. Boleh la cube-cube stalk IG tersebut untuk lebih banyak resepi, tips dan produk-produk kecantikan. Di sini aku sharekan resepi untuk Agar-Agar Buah-Buahan Cocktail tersebut.

Bahan-bahan

1 bungkus atau 20g agar-agar bertali

900ml air

1 tin koktel buah-buahan

1 tin susu cair

1 1/2 cawan gula pasir (ini aku kurangkan - kurangkan manis dalam makanan, lebihkan manis dalam senyuman)

1 helai daun pandan (tak letak sebab daun pandan takde)

Cara-cara

Basuh agar-agar dan rebus bersama air sehingga larut.

Setelah agar-agar larut, masukkan gula pasir, daun pandan dan buah-buahan koktel beserta airnya.

Masukkan susu cair dan masak di atas api yang perlahan selama 2-3 minit

Tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan

Setelah agar-agar tersebut sejuk dan mengeras, boleh lah di potong dan dihidangkan. Sedap di makan ketika sejuk.


Ini lah hasilnya. Agar-Agar Buah-Buahan Cocktail
Sedap dimakan ketika sejuk

Kesilapan yang aku kenal pasti masa pertama kali aku mencuba agar-agar ini dahulu adalah aku merebusnya terlalu lama setelah aku memasukkan susu cair. Kalau terlalu lama, susu itu akan mula berketul-ketul dan agar-agar akan menjadi tidak cantik.

Alhamdulillah, kali ini agar-agar aku menjadi. Rasanya juga sedap dan rupanya juga cantik. Aku sedekahkan sedikit kepada jiran-jiran tetangga.

Selamat mencuba kepada yang berminat.


  • 20 Comments

Seperti yang pernah aku ceritakan dulu, aku ada mendaftar untuk dua sesi Virtual Half Marathon pada tahun lepas. Memandangkan PKP, PKPP, PKPB dan ntah apa ke jadah PKP lagi yang berlanjutan, larian yang sepatutnya tamat pada bulan November tahun lepas, dilanjutkan sehingga Februari tahun ini. Makanya banyak masa bagi aku untuk menyelesaikan larian ini.

Oleh kerana tempoh masa larian hampir due bagi kedua-dua sesi, hendak tak hendak aku terpaksa menyelesaikan larian itu (aku tengok hari ini, larian dilanjutkan lagi ke 30 April 2021, hahaha). Dah bayar mahal kan, rugi pulak kalau tak dapat entitlement yang disediakan. Pada 13 Februari 2021, aku berjaya menyelesaikan larian aku sejauh 5km sahaja untuk larian Tokyo Virtual Half Marathon. Dengan menggunakan apps yang disediakan, maklumat larian aku terus dihantar kepada pihak penganjur secara online. Senang.

Entitlements untuk larian ini yang berupa sehelai dry fit t-shirt dan finisher medal telah aku terima pada 17 Februari by post ke alamat pejabat aku. Katanya ada e-certificate, tapi sampai sekarang tak dapat pon, sudah lupe ke? Hehehe

Finisher Medal Tokyo Virtual Half Marathon. Comel medal dia,
sebab tu aku join larian ni.

Runner T-Shirt

Dan pada 14 Februari, tatkala orang di luar sana sibuk berkasih sayang, aku berjaya pula menamatkan larian aku sejauh 5km juga untuk London Virtual Half Marathon. Entitlements untuk larian ini pula telah aku terima pada 18 Februari 2021.

Finisher Medal London Virtual Half Marathon
Cantik kan, macam fridge magnet London plak

Kat belakang aku engraved nama aku. 
Caj tambahan RM10.00 (mahal!!)

Runner T-Shirt

Aku ade juga register satu lagi larian secara virtual ni untuk larian bulan April nanti (ehhh... April dah puasa kan??? camne ni???)

  • 12 Comments

Terima kasih aku ucapkan kepada tuan punya blog Syazni Rahim Blog, Kak Syaz kerana telah memilih aku sebagai salah seorang Komentor Bertuah blog beliau.


Aku mengikuti blog beliau tidak lama, rasanya pada akhir tahun lepas. Apa yang membuatkan aku menjadi pengikut blog beliau adalah kerana catatan ataupon posting-posting di blog beliau sangat menarik, berceritakan tentang perkara-perkara yang berlaku di sekeliling beliau. Posting-postingnya pula ringkas dan padat dan enjoyable untuk di baca. Blog juga sangat aktif dan banyak posting-posting yang terkini sehinggakan setiap kali aku singgah, banyak posting-posting lama yang belum dibaca dan dikomen oleh aku. Beliau juga rajin membalas komen-komen yang ditinggalkan. Syabbaz bette. Kipidap the good work.

Seperti yang dijanjikan, pada 4 Mac yang lepas, aku menerima hadiahnya.

Sup Game Box. 400 in 1. Larat ke nak main sampai 400 games?

Memula tak reti nak onkan camne. Picit-picit tak on jugak.
Lepas refer manual baru jumpe button on nye.

Stress main 1901 Tank ni. Sampai ke sudah
stage 1 pon tak lepas-lepas.

Seronok aku dapat game ni, teringat zaman kecik-kecik dulu aku selalu main game macam ni. Ayah belikan untuk adik guna duit pencen dia. Aku share maen jer ngan dia. Boleh kira hebat jugak lah aku masa tu. Tapi sekarang, bila main, kadang-kadang sampai stress dibuatnya. Nak lepas stage pertama pon susah. Super Mario jer pon...

Apa-apa pon, terima kasih daun keladi, bulan depan nak lagi....

  • 18 Comments

Sebelum ni memang viral pasal Daging Harimau Menangis ni. Pada mulanya aku tak pasti apa dia Daging Harimau Menangis tu, daging harimau betul kah? Masakan boleh jual daging harimau di pasaran terbuka.

Rimau pon sedih orang makan daging dia.. (gambar google)

Daripada pembacaan aku di google yang kadang-kadang tidak boleh dipercayai itu, Harimau Menangis adalah bahagian daging paling lembut dan mungkin sangat mudah empuk bila di masak. Nama Harimau Menangis adalah kerana bahagian itu tidak boleh dicapai oleh mulut atau gigi harimau disebabkan kedudukannya di celah tulang belakang lembu. Jadi, harimau tidak boleh memakannya dan akan menangis. Sebab itulah bahagian daging itu dinamakan Daging Harimau Menangis. Sekian.

Oleh kerana telah viral akan kesedapannya itu, pucuk yang dicita ulam pula mendatang, seorang sahabat telah datang ke rumah aku membawa daging tersebut. Jangan katakan harimau, aku pon menangis, tak sangka ada orang belanja daging mahal ni. Tapi bukan daging mentah lah, daging yang telah diperap dengan rempah-rempah terpilih dan lada hitam. Produk tempatan, Aunty Tini Kitchen. 

Ini lah satu peket Daging Harimau Menangis Aunty Tini Kitchen.
Harga lumayan mahal, RM30.00++ sepeket

Harganya lumayan mahal juga untuk satu peket seberat 250g (rasanya lah). Satu peket ini datang bersama sos pencicah nya sekali. Cara penyediaanya agak mudah, cuma perlu bakar di atas pemanggang selama 10 minit atau sehingga masak mengikut cita rasa masing-masing, nak medium rare ke atau raw sahaja.

Ini kuantiti satu peket bersama dengan sos pencicahnya.
Cukup untuk makan dua orang. Kalau tak cukup kene lah
beli lebih.

Oleh kerana tiada pemanggang, aku masak atas kuali jer.
Masak tanpa minyak.

Dah siap, sedia untuk dihidangklan untuk keluarga tersayang

Sedap tak Daging Harimau Menangis Aunty Tini Kitchen ni? Bagi aku sedap, perapannya mantap dan sos pencicahnya juga sedap. 

Apa beza rasanya dengan bahagian daging yang lain? Ntah... rasa macam sama jer. Ada jugak bahagian yang keras dan liat masa aku makan, dan ada juga yang lembut. Mungkin aku kene beli dan rasa daging yang fresh kot, baru dapat membezakannya.

Kepada sesiapa yang dah rasa, cube komen sket...

  • 14 Comments

Search This Blog

About Me

My photo
afeezz
Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
'afeezz tu memang cukup indah untuk dicintai tapi cukup susah untuk dimiliki' - anonymous 2010
View my complete profile

Total Pageviews (since July 2008)

Follow Me

  • instagram
  • facebook
  • Twitter

My Followers (Thank You)

Blog Lists

  • AMMI
    Alip dan MU
    2 hours ago
  • ABAM KIE : Man of The House
    Cara mengelak terlibat dalam kemalangan bagi penunggang motosikal
    2 hours ago
  • CikCappuccinoLatte
    Mutiara Terhasil, Luka Jadi Nilai
    5 hours ago
  • Bola Katok
    Layan Ejen Ali The Movie kat TV3.
    12 hours ago
  • AMIE'S LITTLE KITCHEN
    Selamat Tinggal Hotel Sofea Yang Seindah Namanya!
    13 hours ago
  • Monolog Kakmim
    Kerja di Hujung Minggu
    14 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    May 18, 2025
    15 hours ago
  • Syazni Rahim Blog
    Keychain Anak-Anak
    20 hours ago
  • Travel My Way
    Cafe Nanas Montel - Breakfast Tepi Tasik Di MAEPS Serdang
    23 hours ago
  • fairus.com
    Selamat Hari Muzium Antarabangsa 2025: Warisan Terus Hidup Dalam Komuniti Moden
    1 day ago
  • Blog Sihatimerahjambu
    Nasi Impit Kuah Kacang Untuk Minum Petang
    1 day ago
  • Warisan Petani
    OJ (Oyen Jasin)
    1 day ago
  • BLOG RABIA ADAWIYAH
    Shopping today with my cousin and grandmother
    1 day ago
  • 🌷Rasyidasheresimpleblog🌷
    Review kamera Samsung Galaxy A35
    1 week ago
  • SEMUT SENYUM
    Lebih Sedekad Krisis Air Di Selangor
    3 weeks ago
  • KomenSen
    KISAH SELEPAS BERSARA.
    5 weeks ago
  • MRS.A my blog my stori
    Pra-Raya Photo Shoot
    1 month ago
  • PESONA ETUZA
    Serba Putih Family Etuza Sempena Perkahwinan Azie & Fikri
    1 month ago
  • Aiman Abdullah
    Itinerari Trip Mount Fuji 3H2M - Nikmat Keindahan Alam Di Lake Yamanaka Jepun
    3 months ago
  • cikguzim
    Petua & Cara Membersihkan Hati
    3 months ago
  • LADY LIKE ME !
    Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️
    1 year ago
  • As Samsudin
    Pelari Misteri vs Turtle Runner
    1 year ago
  • SITI.YANG.MENAIP
    Salam Dari Tanah Suci
    1 year ago
  • Shida Radzuan Blog
    Aku Masih Ingin Menaip
    1 year ago
  • Tiga Lalat 2021
    NEW BLOG I AM
    2 years ago
  • Adinda Baizura Mazlan
    Tenang. Kamu Mampu.
    2 years ago
  • ! acuyuhan
    Nineteen61 Cafe Kuantan
    3 years ago
  • ixa-rism
    One Hundred Eighty Seven
    5 years ago
  • Dunhill guy
    Seketika di bangi
    10 years ago
Show 10 Show All

Blog Archive

  • ►  2025 (6)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
  • ►  2024 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2023 (2)
    • ►  December (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2022 (3)
    • ►  December (1)
    • ►  June (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2021 (77)
    • ►  December (7)
    • ►  November (8)
    • ►  October (7)
    • ►  September (8)
    • ►  August (6)
    • ►  July (7)
    • ►  June (5)
    • ►  May (8)
    • ►  April (6)
    • ▼  March (6)
      • 956 : Tertunai Sudah Tanggungjawab (Episod 7) - Na...
      • 955 : My 2021 Birthday Presents (Episod 2)
      • 954 : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 31) - Ag...
      • 953 : Menuju Ke Arah Gaya Hidup Yang Lebih Sihat (...
      • 952 : Hadiah Kedua Tahun 2021 - Komentor Bertuah S...
      • 951 : Daging Harimau Menangis
    • ►  February (5)
    • ►  January (4)
  • ►  2020 (40)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (1)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (36)
    • ►  December (3)
    • ►  November (3)
    • ►  October (4)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (2)
    • ►  March (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2018 (28)
    • ►  December (4)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (29)
    • ►  December (1)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (4)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (37)
    • ►  December (2)
    • ►  November (3)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2015 (50)
    • ►  December (6)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (6)
    • ►  August (4)
    • ►  July (4)
    • ►  June (4)
    • ►  May (3)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  February (6)
    • ►  January (3)
  • ►  2014 (50)
    • ►  December (3)
    • ►  November (4)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (4)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (1)
    • ►  March (4)
    • ►  February (5)
    • ►  January (5)
  • ►  2013 (106)
    • ►  December (6)
    • ►  November (7)
    • ►  October (6)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (10)
    • ►  June (9)
    • ►  May (10)
    • ►  April (10)
    • ►  March (10)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2012 (117)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (9)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (8)
    • ►  May (9)
    • ►  April (10)
    • ►  March (10)
    • ►  February (9)
    • ►  January (10)
  • ►  2011 (124)
    • ►  December (13)
    • ►  November (10)
    • ►  October (8)
    • ►  September (9)
    • ►  August (12)
    • ►  July (10)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (10)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (10)
  • ►  2010 (132)
    • ►  December (11)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (11)
    • ►  August (13)
    • ►  July (14)
    • ►  June (8)
    • ►  May (9)
    • ►  April (15)
    • ►  March (9)
    • ►  February (11)
    • ►  January (9)
  • ►  2009 (146)
    • ►  December (9)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (14)
    • ►  August (18)
    • ►  July (19)
    • ►  June (16)
    • ►  May (9)
    • ►  April (13)
    • ►  March (7)
    • ►  February (13)
    • ►  January (6)
  • ►  2008 (45)
    • ►  December (2)
    • ►  November (7)
    • ►  October (7)
    • ►  September (12)
    • ►  August (9)
    • ►  July (8)

My Travel Story - To Infinity and Beyond

  • 2008 : United Kingdom (1)
  • 2011 : Indonesia - Medan (8)
  • 2013 : Indonesia - Bandung (6)
  • 2014 : Singapura (2)
  • 2015 : Kemboja - Siem Reap (6)
  • 2016 : Thailand - Krabi (5)
  • 2017 : Jepun - Tokyo (10)
  • 2019 : Korea Selatan - Seoul (10)
  • 2022 : Thailand - Krabi (3)

My Travel Story - Malaysia

  • 2009 : Pulau Pinang (1)
  • 2011 : Kedah - Pulau Langkawi (4)
  • 2011 : Sabah - Kota Kinabalu (6)
  • 2012 : Road Trip 1.0 (3)
  • 2012 : Sarawak - Kuching (6)
  • 2013 : Road Trip 2.0 (3)
  • 2014 : Pulau Pinang (2)
  • 2015 : Kedah - Pulau Langkawi (4)
  • 2018 : Pahang - Cherating (3)
  • 2020 : Pahang - Cameron Highlands (2)
  • 2020 : Perak - Pulau Pangkor (3)

Top 5 Weekly Popular Posts

  • 1029 : Catatan Perjalanan - Krabi, Thailand (Episod 3) : Emerald Pool, Blue Pool Dan Kawasan Yang Sewaktu Dengannya
     ... episod sebelumnya ( Episod 2 ) Danger is real but fear is a choice - After Earth (2013) Hari ketiga dan kami masih lagi di sini, Krabi,...
  • 1028 : Catatan Perjalanan - Krabi, Thailand (Episod 2) - Islands Hoping di Perairan Krabi
    ... episod sebelumnya ( Episod 1 ) There's no place like home but there's no reason to stay Hari kedua kami di Thailand. Pagi itu ka...
  • 1030 : Surprise Birthday Party
    Birthday aku dah lama berlalu. Tahun ni gara-gara telah terbongkar tarikh lahir aku, maka mereka secara senyap-senyap telah surprise aku den...
  • 1027 : Wordless Wednesday (Episod 9) - April 2025
      Title : Gorengan Location : Situ Patenggang, Bandung, Indonesia ( Link ) Date : 5 September 2013 (Thursday) Time : 3.55 pm
  • 1000 : Bila Lampu Brek Menyala Tak Padam-Padam
    Korang pernah ada pengalaman tak, bila lampu brek kereta korang termasuk lampu brek ketiga menyala tapi tak mahu padam? Macam ada satu entit...

Labels

Hanya Nak Cerita (299) Jalan-Jalan (145) Makan-Makan (90) Cuti - Cuti Malaysia (82) Ucapan Dari Hati (80) Hiburan (79) Saje Nak Tayang (73) Gambar (46) Cuti - Cuti Luar Negara (44) Masak Sendiri Makan Sendiri (35) Sukan (30) Kerja (26) Luahan Perasaan (24) Kerinduan (21) Takde Idea Nak Menulis (18) Famili (10) Wordless Wednesday (9) Pengetahuan Bersama (8) GiveAway (3)

Mereka Yang Rajin Memberi Komen

instagram

Template Created By : ThemeXpose . All Rights Reserved.

Back to top