... dan aku menulis untuk diri sendiri

Kak Sue : Heyyy!!!! Mesti dia rakam ni... tengok !!
Kak Wan : Ya Allah... Ya Allah...

p/s : jangan tiru aksi ni, boleh menyebabkan serangan jantung...


~Salam Sayang~
  • 5 Comments



Mengikutkan perancangan, jadual dan temujanji yang diberikan, sepatutnya aku sudah pon boleh menikmati semua kemudahan yang ditawarkan oleh Unifi. Malangnya, oleh kerana masalah teknikal dan kecuaian kakitangan TM, semua itu hanyalah angan kosong buat sementara waktu, dan kalau tiada masalah lagi, minggu depan barulah aku boleh menikmati kemudahan Unifi ni.

Semuanya bermula minggu lepas bila aku menerima satu panggilan dari pihak Unifi. Selalunya kalau nombor yang aku tak kenal ni, macam malas jer aku nak jawab. Tetapi memandangkan aku memang sedang menunggu satu panggilan laen, aku jawab la jugak panggilan tu. Terus lah orang itu membuat promosi Unifi kepada aku yang membuatkan aku sangat tertarik walaupon bayaran yang dikenakan dua kali ganda dari aper yang aku bayar sekarang. Blah.. blah.. blah.. aku pon register melalui telefon sahaja dan temujanji untuk pemasangan telah ditetapkan pada hari ahad 25 Mac 2012. Teruja sungguh aku minggu lepas dan tak sabar2 menanti hari Ahad.

Semalam, lebih kurang pukul 9.30 pagi, technician Unifi telah telefon aku mengatakan bahawa beliau akan datang pada pukul 12.30 tengahari seperti yang dijanjikan. Kemudian dalam pukul 11.00 pagi, technician itu menelefon aku sekali lagi mengatakan bahawa beliau telahpon berada di depan rumah. Aku membuka pintu, technician itu sedang memerhatikan tiang telefon yang berada di depan rumah aku. Kemudian aku dimaklumkan bahawa kotak Unifi yang sepatutnya dipasangkan di tiang telefon di hadapan rumah aku tu telah dipasangkan di tiang yang laen, yang terletak selang dua rumah dari rumah aku. Aku dimaklumkan lagi bahawa terlalu jauh untuk ditarik cable dari tiang itu dan dikhuatiri cable akan patah dalam masa terdekat.

Technician tu juga memberitahu aku bahawa pihak yang memasang kotak itu tidak bertugas pada hari ahad dan pemindahan kotak tu terpaksa dilakukan dahulu sebelum Unifi boleh dipasang. Ape2 pon technician itu akan memaklumkan kepada aku perkembangan terkini kes aku tuh. Tetapi... sampai sekarang, jangan kata nak telefon, batang kon*k dia pon tak nampak2. Dems...

Oleh kerana kecewa dengan perkara ini, aku telah keluar ke The Mines dan terus membeli Samsung Galaxy S2... dengan tiba2 habis duit aku RM1000++.


~Salam Kecewa~
  • 4 Comments
Semalam berpeluang untuk menonton wayang. Kali ini aku dan sahabat2 telah menonton sebuah filem animasi tempatan yang bertaraf dunia iaitu Seefood. Saya bukan salah eja yer, tp memang tajuk dia macam tu, Seefood.

Seefood mengisahkan bagaimana Pup, seekor ikan tembakul (agaknye lah, tp ade org kate ikan jerung) yang baru mendapat tau bahawa dia boleh bernafas di daratan, telah naik ke darat untuk menyelamatkan telur2 ikan yang telah diambil oleh manusia. Dalam masa yang sama, Julius, sahabat baek Pup seekor ikan jerung, juga telah naek ke daratan dengan sebuah kenderaan yang dicipta oleh Octo untuk menyelamatkan Pup. Dalam usaha Julius untuk menyelamatkan Pup, dia telah berdepan dengan pelbagai rintangan dan halangan yang akhirnya menyebabkan dia tertangkap.

Berjayakan Pup dalam usahanya untuk menyelamatkan telur2 itu dan bagaimanakan nasib Julius selepas ditangkap oleh manusia.

Aku dapat melihat, filem animasi ini banyak menayangkan nilai2 persahabatan berlainan spesies yang dapat diadaptasikan ke dalam kehidupan manusia sebagai nilai2 persahabatan berlainan bangsa dan agama, saling bantu membantu dan sayang menyayangi antara satu sama lain. Aku juga dapat melihat bagaimana naluri perikemanusiaan (dalam cerita ini, perikehaiwanan), walaupon mereka bermusuhan, tetapi akhirnya musuh itu menjadi sahabat. Banyak yang boleh dipelajari dalam filem ini.

Yang bestnye, filem ini berlatarbelakangkan Malaysia, dengan perkampungan melayu, rumah orang cina Malaysia, kawasan bendang, orang bermain wau dan kain2 batik. Animasi yang baik dan latarbelakang yang sangat cantik. Jalan cerita yang not so bad. Tahniah kepada rakyat Malaysia yang membikin filem ini.


Pup (yg kecik) dan Julius (yg besar)


~Salam Sayang~
  • 11 Comments
Hari Lahir aku yang ke 21 telah hampir sebulan berlalu. Terima kasih kepada semua yang mengucapkan ucapan selamat dan sudi mendoakan untuk aku.

Seperti tahun2 yang lalu, sambutan hari lahir tahun ini takde buat aper2 sambutan pon, maklumlah, dah tua, tak perlu lah nak wat sambutan yang besar2an. Hadiah pon tak dapat. Walau bagaimanapun, masih ada seorang sahabat yang sudi memberikan aku hadiah. Katanya, walaupon tak seberapa, ia tetap menjadi tanda persahabatan yang terjalin antara kami. Terima kasih kepada sahabat yang sudi memberi.

Alhamdulillah... masih ada yang sayang.






















Inilah hadiahnya... Smiley and Smelley
Terima kasih kepada sahabat yang sudi menghadiahkan



~Salam Sayang~
  • 8 Comments

visited 3 states (1.33%)
Create your own visited map of The World or Like this? try: Google Chat Bot

Hehehe... menurut bende ni, aku pernah melawat hanya 1.33% daripada jumlah negara kat dunia ini bersamaan dengan 3 daripada beratus negara. Tak dpt banyak peluang nak pegi melancong. Banyak kekangan dari segi masa, tenaga dan kewangan yang menghalang daripada aku berjimba2 ke negara orang.

Kalau di Malaysia ni, semua negeri aku dah sampai. Dari Perlis sampailah ke Sabah, aku sudah menjejakkan kaki dengan negeri terakhir aku sampai adalah Sarawak pada bulan Februari lepas.

Kalau negara luar, yang pertama aku pernah sampai adalah Thailand. Dua kali aku sudah menjejakkan kaki ke bumi Thailand. Yang pertamanya cume sampai di bandar Hatyai, tak ingat pada tahun berapa. Kali kedua pula, aku telah mengikuti rombongan sekali lagi ke Bandar Hatyai kemudian ke Pattani dan Songkhla. Tak ingat juga pada tahun berapa aku sampai di Thailand untuk kali kedua ini.

Negara kedua yang aku pernah sampai adalah United Kingdom. Juga dua kali aku pernah sampai ke negara penjajah ini. Kali pertama pada tahun 2004. Pada masa itu, kakak aku ade di sana, jadi save la sikit perbelanjaan untuk penginapan dan makanan. Aku lepak di rumah kakak aku di Nottingham, lebih kurang 3 jam perjalanan ke utara London. Selama 2 minggu aku di sana, aku telah melawat sekitar kawasan Nottingham dan London. Kali kedua pula adalah pada tahun 2008. Kali ini aku tinggal bersama kakak aku selama hampir 1 bulan. Selama itu aku telah dibawa berjalan2 ke Wales Utara dan Birmingham di samping berjalan2 sekitar Nottingham.

Negara ketiga pula adalah negara jiran Indonesia. Aku telah mengikuti rombongan ke Propinsi Sumatera Utara - Medan, Berastagi, Danau Toba, selama 5 hari 4 malam pada penghujung tahun 2011.


~Salam Sayang~
  • 2 Comments
Pada sesiapa yang ada blog pasti suke kalau ade orang yang komen entry yang dibuat. Lagi banyak komen lagi kite suke. Tapi blog aku ni, sejak2 kebelakangan ni kurang plak orang yg komen. Nak banyak komen camner, pengunjung pon tak ramai, camner nak dapat komen yang banyak kan. Tapi takpe lah, takkan nak paksa plak kan, orang dah tak mau (kalau bg duit agaknye mahu tak? huhu). Tapi tak juga dinafikan, ade yang taknak orang komen blog dia, mungkin orang ni tak suke menerima komen2 yg kurang baek jika ade, atau pon memang tak suke orang komen. Terpulang lah pada tuan empunya blog kan.

Sebenarnya just nak share, sejak akhir2 ni, word verification for comment di blog ni susah2 kan. Kadang2 dua tiga kali buat baru betul. Kadang2 nampak macam 'j' tapi sebenarnya 'i', nampak macam 'w' tapi sebenarnye 'vv'. Susah2 macam ni yang wat orang malas jer nak komen kan. Tapi kalau tak dibuat macam ni, ade plak orang yang suke menyepam (spam) blog kite. Satu masalah plak nak mendeletenye nnt, kalau dibiarkan menyemakkan mata memandang kan.

Kepada sesiapa yang nak tukar setting word verification blog mereka, bolehlah pergi ke dashboard > setting > comments dan seterusnya ke bahagian ini ...


dan tick jer yang maner berkenan.

Jika tick 'YES' maka setiap kali orang nak komen, akan keluarlah bende ni....


Kepada orang yang nak komen tu, pepandailah taip semula aper yang disuruh tu. Kalau salah, taip balik yg baru punya, buatlah sampai berjaya jer. Good luck.


~Salam Sayang~
  • 12 Comments
Alhamdulillah, selepas tiga hari tiga malam bertungkus lumus menyediakan segala persiapan, semua majlis yang dirancang berlangsung dengan sempurna. Walaupun hujan turun agak lebat petang hari itu, majlis tetap berlangsung dengan meriah dan tetamu tidak putus datang. Aku telah diminta untuk membantu keluarga dan sahabat aku tu dalam membuat persediaan majlis. Oleh yang demikian, aku terpaksa berkampung selama tiga hari tiga malam itu dari Jalan Kelang Lama ke Bandar Kinrara hingga lah ke Bandar Baru Selayang. Penat tapi aku seronok melihat sahabat baik aku tu menamatkan zaman bujangnya.

9 Mac 2012 - Majlis Akad Nikah


Aku nikahkan dikau dengan ....


Sebelum akad nikah berlangsung, kene dengar khutbah nikah dulu


(1) Adik beradik pihak lelaki
(2) Gumbira dah mereka berdua...


10 Mac 2012 - Majlis Persandingan Sebelah Perempuan di Taman Bukit Jalil


Majlis Persandingan pihak perempuan



Sama cantik sama sepadan ...


Gambar bersama Geng Buaya

11 Mac 2012 - Majlis Persandingan Sebelah Lelaki di Bandar Baru Selayang


Persandingan Dua Pasangan Pengantin


Apin dan Emy, Ayin dan Nisya


Kemeriahan majlis walaupon hujan petang itu..



Tahniah dan Selamat Pengantin Baru
Semoga Berbahagia Sehingga Akhirnya


~Salam Sayang~
  • 12 Comments
Perancangan untuk makan malam bersama telah lama dirancang. Mengikutkan perancangan asalnya, ingin diadakan pada akhir bulan Februari lepas sempena Hari Lahir aku yang ke 21 (hahaha). Tetapi pada masa itu, aku dan seorang lagi rakan tidak dapat join kerana kami terpaksa berada di Kelantan untuk menghadiri majlis perkahwinan abang rakan aku tuh. Oleh yang demikian, perancangan itu terpaksa ditunda sehingga ke hari Ahad lepas.

Menu utama kami malam itu adalah Ketam Masak Lemak, Lala Masak Ape Ntah, Udang Goreng Tepung, Sayur Kacang Panjang Goreng Dengan Telur dan air oren. Terima kasih kepada geng buaya wanita kami yang sudi menyediakan hidangan kami malam itu. Sedap dan menepati selera kami. Habis jugak lah nasi dan lauk yang disediakan tanpa pembaziran. Untuk desserts pula, birthday cake.. hehehe...


(1) Hidangan yang disediakan, semuanya sedap2 belaka..
(2) Kek beli kat Jusco jer



Wajah2 ceria sebelum makan...


(1) Dah sedia untuk makan.. Bismillah...
(2) Permandangan malam Putrajaya



... Salam Sayang
  • 6 Comments
Hujung minggu ini merupakan hujung minggu yang sangat memenatkan bagi aku. Banyak aktiviti yang dilakukan, banyak juga mendapat undangan dan jemputan, banyak pula janji2 yang perlu ditunaikan. Semuanya bermula dari jumaat malam hinggalah ke ahad malam. Penat nya...

Hari jumaat selepas opis, ade training untuk sukan staf. Memandangkan aku antara senior dalam aktiviti sukan ni, maka kehadiran aku amatlah diharapkan. Walaupon hujan turun, training tetap dijalankan. Training berlanjutan sehingga ke pukul 7.30 malam. Selepas itu, aku bergegas ke Serdang dalam keadaan basah baju kerana hujan dan peluh kerana telah berjanji untuk ke pasar malam Putrajaya bersama Geng Buaya Sungai Melaka. Aku sampai ke rumah kawan aku agak lewat, lebih kurang 8.15 malam, mandi2 dan terus keluar semula. Geng Buaya yang laen telah setia menunggu.

Memandangkan hujan yang tiada tanda2 untuk berhenti, maka plan untuk ke Pasar Malam Putrajaya terpaksa dibatalkan. Jadi kami menuju ke tempat makan kegemaran kami, Sofina Seafood untuk makan malam. Perancangan selepas makan malam nak pi tengok wayang kat Alamanda, tapi takde cerita yang best plak. Makanya, plan utk tengok wayang pada malam itu terbatal dengan sendirinya. Dan plan B plak kami ke Kajang, ke pusat karok kegemaran kami. By the time kami meninggalkan pusat karok itu, jam sudahpon menunjukkan pukul 1 pagi. Sebelum pulang, kami singgah di sebuah restoran mamak untuk minum2 dan juga makan2.

Pada hari Sabtu, seawal pukul 11.00 pagi aku membawa mak dan ayah ke rumah besan untuk memenuhi undangan majlis pernikahan anak perempuan dan majlis akikah cucu mereka di Gombak. Majlis diadakan sederhana tetapi meriah berjalan lancar dan mempelai selamat diijab qabulkan dengan sekali lafaz sahaja. Tahniah kepada kedua2 mempelai, semoga berbahagia sehingga ke akhirnya.

Pada pukul 4.00 petang pula, aku bersama dua orang sahabat telah pergi ke Ikea Damansara kemudian ke Mid Valley seterusnya ke NSK Selayang dan akhirnya balik dan melepak di rumah sahabat aku tu di Bandar Baru Selayang sehingga pukul 1.00 pagi.

Hari Ahad, pada pukul 12.30 tengahari aku telah membawa mak dan ayah ke majlis perkahwinan mempelai semalam tuh di Dewan Merak Kayangan. Makanan agak mewah dan boleh tahan sedap. Jemputan juga ramai. Pada pukul 4.00 petang hari yang sama, aku ke Serdang sekali lagi kerana telah berjanji dengan Geng Buaya Sungai Melaka untuk makan malam bersama2. Kali ini Geng Buaya telah sudi untuk memasak Ketam Masak Lemak dan Sotong Goreng Tepung untuk hidangan makan malam itu. Kami telah makan malam ala2 piknik di Putrajaya. Terima kasih kepada Geng Buaya yang sudi memasak makan yang heven tuh.


... Salam Sayang
  • 12 Comments
Tarikh hari lahir aku yang ke 21 pada tahun ini sudah hampir satu minggu berlalu. Namun masih lagi mendapat ucapan selamat dari kawan2 tak kiralah di mana jua mereka berada, di alam ini atau alam yg satu lagi (alam maya lah). Sangat menghargai semua ucapan yang diberikan. Terima kasih saya ucapkan. Jauh di sudut hati, i love u all... muah3.

Sengaja tidak menayangkan tarikh lahir di FB, tetapi masih ade sahabat yang ingat tarikh lahir saya. Ini lah sahabat yang sejati. Jujur sy katakan, sy pon tak ingat tarikh lahir dia, hehehe ... Berkisar dari ucapan selamat hari lahir darinya, aku mendapat banyak lagi ucapan hari lahir pada hari itu, tetapi aku tidak dapat membalas ucapan mereka kerana aku berada di luar kawasan dan aku tidak mempunyai capaian kepada dunia maya. Maaf yang harus sy pinta.

Terima kasih yang tak terhingga sekali lagi aku ucapkan atas semua ucapan selamat dan doa kepada aku.


... Salam Sayang
  • 5 Comments

Search This Blog

About Me

My photo
afeezz
Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
'afeezz tu memang cukup indah untuk dicintai tapi cukup susah untuk dimiliki' - anonymous 2010
View my complete profile

Total Pageviews (since July 2008)

Follow Me

  • instagram
  • facebook
  • Twitter

My Followers (Thank You)

Blog Lists

  • Blog Begins At Forty
    March 24, 2023
    2 hours ago
  • Aiman Abdullah
    Siaran Langsung Live Malaysia B-22 Merlion Cup 2023
    4 hours ago
  • CikCappuccinoLatte
    Menu Berbuka Khairulaming : Ayam Gepuk Sambal & Kicap
    5 hours ago
  • AMIE'S LITTLE KITCHEN
    Tiru Macam Saya!
    5 hours ago
  • Blog Sihatimerahjambu
    4 Menu Air Berbuka Puasa Khairul Aming 2023
    8 hours ago
  • As Samsudin
    Ramadan Kareem 1444H
    10 hours ago
  • ABAM KIE : Man of The House
    Kes remeh hingga bercerai
    11 hours ago
  • BLOG RABIA ADAWIYAH
    Hadiah untuk Raydah Blogger
    13 hours ago
  • Syazni Rahim Blog
    Makanan Yang Tidak Sesuai Untuk Berbuka Puasa
    1 day ago
  • Monolog Kakmim
    Throwback Thursday - 1 Ramadhan Zaman PKP
    1 day ago
  • KomenSen
    KENAPA SAYA DAH MALAS NAK PERGI HYPERMARKET?
    1 day ago
  • Bola Katok
    Review filem anime The First Slam Dunk.
    2 days ago
  • MRS.A my blog my stori
    Potluck Pra-Ramadhan 1444H
    3 days ago
  • AMMI
    Aku takut
    4 days ago
  • Warisan Petani
    'Yut' Hanyut Buat Selama-lamanya
    5 days ago
  • cikguzim
    Lancarkan kencing dengan air barli
    2 weeks ago
  • fairus.com
    Sehari di Pekan Baru, Riau, Indonesia
    4 weeks ago
  • SEMUT SENYUM
    Tenang Lubuk Jiwa
    5 weeks ago
  • SITI.YANG.MENAIP
    Happy New Year 2023 | SitiYangMenaip Masih Ada
    2 months ago
  • LADY LIKE ME !
    HAPPY 2023 !!
    2 months ago
  • ixa-rism
    One Hundred Nine One
    4 months ago
  • PESONA ETUZA
    Johor Kami Datang Dengan Hati Girang
    6 months ago
  • Tiga Lalat 2021
    NEW BLOG I AM
    6 months ago
  • Shida Radzuan Blog
    Susahnya untuk konsisten
    7 months ago
  • Adinda Baizura Mazlan
    Tenang. Kamu Mampu.
    7 months ago
  • ! acuyuhan
    Nineteen61 Cafe Kuantan
    1 year ago
  • Dunhill guy
    Handmade Design Phone Case
    1 year ago
Show 10 Show All

Blog Archive

  • ►  2023 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2022 (3)
    • ►  December (1)
    • ►  June (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2021 (77)
    • ►  December (7)
    • ►  November (8)
    • ►  October (7)
    • ►  September (8)
    • ►  August (6)
    • ►  July (7)
    • ►  June (5)
    • ►  May (8)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (5)
    • ►  January (4)
  • ►  2020 (40)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (1)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (36)
    • ►  December (3)
    • ►  November (3)
    • ►  October (4)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (2)
    • ►  March (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2018 (28)
    • ►  December (4)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (29)
    • ►  December (1)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (4)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (37)
    • ►  December (2)
    • ►  November (3)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2015 (50)
    • ►  December (6)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (6)
    • ►  August (4)
    • ►  July (4)
    • ►  June (4)
    • ►  May (3)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  February (6)
    • ►  January (3)
  • ►  2014 (50)
    • ►  December (3)
    • ►  November (4)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (4)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (1)
    • ►  March (4)
    • ►  February (5)
    • ►  January (5)
  • ►  2013 (106)
    • ►  December (6)
    • ►  November (7)
    • ►  October (6)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (10)
    • ►  June (9)
    • ►  May (10)
    • ►  April (10)
    • ►  March (10)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ▼  2012 (117)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (9)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (8)
    • ►  May (9)
    • ►  April (10)
    • ▼  March (10)
      • 476 : Mesti Dia Rakam Ni... Tengok !!
      • 475 : Say HALLO To UNiFi :(
      • 474 : Mari Menonton - Lihat Makanan @ Seefood
      • 473 : Masih Ada Yang Sayang
      • 472 : Visited Three States (1.33%)
      • 471 : Blog Word Verification For Comments Yang Men...
      • 470 : Selamat Pengantin Baru Kepada Sahabat Baik Ku
      • 469 : Makan Malam Di Bawah Cahaya Kerlipan Bintang...
      • 468 : Hujung Minggu Yang Sungguh Memenatkan
      • 467 : Terima Kasih Yang Tidak Terhingga Atas Ucapa...
    • ►  February (9)
    • ►  January (10)
  • ►  2011 (124)
    • ►  December (13)
    • ►  November (10)
    • ►  October (8)
    • ►  September (9)
    • ►  August (12)
    • ►  July (10)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (10)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (10)
  • ►  2010 (132)
    • ►  December (11)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (11)
    • ►  August (13)
    • ►  July (14)
    • ►  June (8)
    • ►  May (9)
    • ►  April (15)
    • ►  March (9)
    • ►  February (11)
    • ►  January (9)
  • ►  2009 (146)
    • ►  December (9)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (14)
    • ►  August (18)
    • ►  July (19)
    • ►  June (16)
    • ►  May (9)
    • ►  April (13)
    • ►  March (7)
    • ►  February (13)
    • ►  January (6)
  • ►  2008 (45)
    • ►  December (2)
    • ►  November (7)
    • ►  October (7)
    • ►  September (12)
    • ►  August (9)
    • ►  July (8)

My Travel Story - To Infinity and Beyond

  • 2008 : United Kingdom (1)
  • 2011 : Indonesia - Medan (8)
  • 2013 : Indonesia - Bandung (6)
  • 2014 : Singapura (2)
  • 2015 : Kemboja - Siem Reap (6)
  • 2016 : Thailand - Krabi (5)
  • 2017 : Jepun - Tokyo (10)
  • 2019 : Korea Selatan - Seoul (10)

My Travel Story - Malaysia

  • 2009 : Pulau Pinang (1)
  • 2011 : Kedah - Pulau Langkawi (4)
  • 2011 : Sabah - Kota Kinabalu (6)
  • 2012 : Road Trip 1.0 (3)
  • 2012 : Sarawak - Kuching (6)
  • 2013 : Road Trip 2.0 (3)
  • 2014 : Pulau Pinang (2)
  • 2015 : Kedah - Pulau Langkawi (4)
  • 2018 : Pahang - Cherating (3)
  • 2020 : Pahang - Cameron Highlands (2)
  • 2020 : Perak - Pulau Pangkor (3)

Top 5 Weekly Popular Posts

  • 1000 : Bila Lampu Brek Menyala Tak Padam-Padam
    Korang pernah ada pengalaman tak, bila lampu brek kereta korang termasuk lampu brek ketiga menyala tapi tak mahu padam? Macam ada satu entit...
  • 999 : Throwback Thursday - October 2021
    Pada hari ini (7 Oktober) pada tahun 2019, aku berjaya menjejakkan kaki ke Pulau Nami, Korea Selatan. Hujan turun membasahi bumi pada pagi ...
  • 1001 : Satu Ribu Satu Cerita Aku
    Perasan atau tidak, jumlah post di dalam blog aku yang tak seberapa ni sudah mencapai ke angka 1001 termasuk post ini. Tak pernah ku sangka ...
  • 812 : Big Home Expo 2017
    Poster Big Home Expo 2017 Big Home Expo 2017 telah diadakan dari 16 hingga 19 Februari 2017 bertempat di Stadium Bukit Jalil. Ini ada...
  • 813 : Wishing Myself A Happy Birthday (Episod 2)
    Tanggal 25 Februari yang lepas adalah hari ulang tahun kelahiran aku. Seperti tahun-tahun sebelumnya, pada tahun ni aku masih berusia 21 t...

Labels

Hanya Nak Cerita (298) Jalan-Jalan (145) Makan-Makan (90) Cuti - Cuti Malaysia (82) Ucapan Dari Hati (80) Hiburan (79) Saje Nak Tayang (73) Gambar (46) Cuti - Cuti Luar Negara (43) Masak Sendiri Makan Sendiri (35) Sukan (30) Kerja (26) Luahan Perasaan (24) Kerinduan (21) Takde Idea Nak Menulis (17) Famili (10) Pengetahuan Bersama (8) Wordless Wednesday (8) GiveAway (3)

Mereka Yang Rajin Memberi Komen

instagram

Template Created By : ThemeXpose . All Rights Reserved.

Back to top