992 : Hadiah Kelima dan Keenam Tahun 2021 : Top 10 Komentator August 2021 Blog Sihatimerahjambu dan Top Pengomen September 2021 Di Blog Rabia

Alhamdulillah, pada bulan ini aku telah tersenarai sebagai pemenang dan penerima hadiah dari dua orang rakan blogger yang aku senangi. 

Gambar hiasan


Pertamanya, aku telah tersenarai sebagai salah seorang penerima hadiah Top 10 Komentator August 2021 Blog Sihatimerahjambu. Aku berjaya tersenarai di Tangga Ke Sembilan daripada sepuluh orang yang tersenarai. Terima kasih ingin aku ucapkan kepada Kak Fiza, tuan punya Blog Sihatimerahjambu. Sebagai tanda penghargaan, tuan punya blog telah menghadiahkan sebuah header blog yang direka secara eksklusif kepada kesemua pemenang. Header ini boleh juga digunakan sebagai watermark. 

Kedua, aku juga telah tersenarai sebagai salah seorang pemenang Top Pengomen September 2021 Di Blog Rabia, di mana aku telah berjaya mendapat tempat ke lima daripada lima orang yang tersenarai. Tuan punya blog, Cik Rabiatul Adawiyah telah bermurah hati untuk menghadiahkan kepada lima orang pemenang sebuah header blog yang direka khas oleh beliau. Terima kasih aku ucapkan kepada Cik Rabiatul Adawiyah.

Untuk melihat design header oleh mereka, boleh klik link yang diberi seperti di atas. Cube lah ampu-ampu sikit, manelah tau mereka boleh buatkan untuk korang jugak. Hehehe...

Gambar Hiasan

Terima kasih daun padi
Bulan depan saya nak menang lagi

You Might Also Like

24 comments

  1. Tahniah Afeezz. Macamana nak mengampu....kihkihkihhhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. terima kasih kak.. nak mengampu tu kene ikut kretiviti sendiri kak..

      Delete
  2. Terima kasih Afeezz sudi terima hadiah kecil ni, terima kasih untuk entri ni juga dan terima kasih juga selalu blog saya. Terima kasih berjuta juta lemon.
    Tahniah sekali lagi :)

    ReplyDelete
  3. tahniah kerana selalu singgah dan memeriahkan blog rakan blogger yang lain

    ReplyDelete
  4. Wow,tahniah.Ampulah blog kita pulak.Kot2 boleh menang motor sebijik.Hi3

    ReplyDelete