993 : Terima Kasih Daun Keladi - Pemberian Seorang Rakan Blogger
Pada 11 September 2021 yang lepas, tatkala aku sedang seronok menikmati makan tengahari berlaukkan Ayam Masak Serai Ala Thai dan Telur Goreng bersama nasi panas, kedengaran macam ada orang di muka pintu hadapan rumah kecilku. Tapi aku membiarkannya sahaja kerana kalau orang yang dikenali mesti dia akan bagi salam, tak pon telefon. Tambahan lagi, laluan depan rumah aku tu memang laluan utama penghuni menuju ke Multi Level Car Park A. Oleh yang demikian, memang selalu sahaja akan dengar orang lalu lalang.
Usai makan, aku pon pergi mengendap. Owh... abang delivery rupanya, ade parcel untuk aku. Diletakkannya di rak kasut di hadapan rumah aku. Memang macam tu lah kalau ada parcel delivery, kalau muat dimasukkan melalui celah-celah grille, akan diletakkan sahaja di atas rak kasut, kalau tak muat akan ditinggalkan dihadapan pintu grille. Selalu jugak aku tak dengar mereka ni datang, tengok-tengok dah ada barang depan pintu. So far, memang tak pernah lagi ada aduan barang hilang kerana dicuri whatsoever di perumahan aku ni. Harap-harap begitulah selama-lamanya.
Aku ambik bungkusan itu, tengok nama penerima, memang nama dan alamat aku. Tengok pulak nama pengirim, owh... dia ni, memang aku tunggu-tunggu bungkusan dari beliau. Aku ramas-ramas bungkusan tersebut, katanya nak beri satu barang jer, tapi rasa macam ada banyak jer ni.
Aku pon buka bungkusannya.....
34 comments
Alhamdulillah..dapat banyak hadiah dan tambah koleksi duit. Tumpang happy. Orang memberi, kita berbesar hati terima dengan ikhlas. Semoga murah rezeki kak Amie dan Afeezz. Aaaminn...
ReplyDeletesaya sangat menghargai setiap pemberian orang. akan saya simpan sebaiknya
DeleteItulah sebaiknya :) Orang memberi kita hargainya.
Deletekan... sepatutnya macam tu lah.. walau apa pon yang diberi
DeleteTahniah kpd sahabatku. Bertambah lagi la koleksi wang kertas. Jika disimpan lama2 nanti ia naik harga. Boleh demand rego. Pakcik kayo!
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat juga tambah koleksi. Klu Abe Kie berminat sila PM ye.. hehehe
Deletealhamdulillah , ccl pun tumpang happy .
ReplyDeletesaya happy sgt2 dapat hadiah ni... terima kasih kepada yang sudi memberi..
DeleteAlhamdulillah..ingat satu tapi banyak. Kalau ingat banyak mesti dapat lagi banyak hahahha.
ReplyDeleteSemoga murah rezeki Kak Amie
hahaha... laen kali saya akan pikirkan hadiah yang diterima tu banyak.. maka banyaklah ia...
DeleteTahniah dapat kiriman yang menarik
ReplyDeleteterima kasih kepada yang sudi memberi
DeleteSama-sama Afeezz.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Selamat sampai ke tangan penerima.
Duit syiling tu Kak Amie pun tak berapa nampak mata wang negara mana sebab waktu pilih-pilih tu tak pakai kaca mata. Tapi direnung lama-lama pun ada juga yang Kak Amie tak dapat baca, mungkin kena pakai kanta pembesar hihihiii.
Moga murah rezeki kak Amie :)
Deletehehehe.. mmg ada yang tak nampak kak.. saya pon kene pakai kanta pembesar. Terima kasih sekali lagi kak.. suka sangat dapat hadiah2 tuh
Deletemoga Kak Amie dimurahkan rezeki selalu
DeleteMenarik hadiahnya. Kiriman yg sangat berharga sebagai kenangan kan.
ReplyDeleteSinggah follow dari sesi blogwalking :)
akan saya simpan hadiah ini sebaiknya. Terima kasih kak nadzirah kerana sudi singgah blog saya
DeleteCollector tegar rupanya
ReplyDeletetakde lah tegar uncle.. biase2 jer
DeleteAlhamdulillah.. Semoga ukhwah terus terjalin.
ReplyDeleteinsyaAllah.. semoga terus terjalin
DeleteAlhamdulillah! Tahniah afeezz..kalau kak shida dapat pun kak shida happy :)
ReplyDeletesiapa yang tak suka dapat hadiah kan.. hehehe
Deletesyoknya ada akak support hobi afeez... alhamdulillah... take care feez
ReplyDeletekan... boleh tmbah2 koleksi yang ada. terima kasih kepada yang sudi memberi
DeleteTahniah dapat hadiah menarik
ReplyDeleteTerima kasih wak, terima kasih kepada yang sudi memberi
DeleteBagus ni. Koleksi peribadi sepanjang zaman.
ReplyDeleteBUkan niat nak buat koleksi, tapi bila dah ada tu sayang juga.. lama2 jadi lah macam ni..
DeleteKemanisan berblog hehehee...
ReplyDeleteWah! macam-macam ada Mrs. A pulak excited sekali.
Semoga yang memberi dilimpahi rezeki selalu.
betul tu, ini adalah salah satu kemanisan berblog, dapat kawan2 baru yang share minat yang sama..
DeleteAlhamdulillah,, best betul! Tak dinafikan, networking dgn blogger paling best..Mmg kuat support systemnya.
ReplyDeletebetul tu.. semua rakan blogger sporting sgt..
Delete