Esok aku akan berkursus di Glory Beach Resort, Port Dickson. Satu office akan pergi. Balik hari ahad, lepas check-out tengahari dalam pukul 1. Mengikut perancangan, bas akan bertolak esok pukul 11.30 pagi tapi aku akan pergi naik kenderaan jabatan. Tak tau lah kursus tahun ni macam mana, banyak betul cabaran sebelum pergi, harap2 sukses. Jangan jadi macam tahun lepas dan tahun sebelumnya, penceramah dia bosan gile. sampai mati kutu dengar ceramah dia. Dengar je ler, pasal dah tak boleh buat aper. Dan untuk esok, aku telah dilantik sebagai MC, seperti tahun-tahun sebelumnya, aku sorang jer yg berbakat kot, pasal, asik2 aku jer yg kene lantik jadi MC..
Dah 2 hari tersebar cerita orang kene kacau kat opis aku. Bukan kene kacau dengan orang, tapi kene kacau dengan benda yang bukan orang. Hihi... seram gak dengar. Alhamdulillah, so far memang aku tak pernah kene lagi, di sini mahupon di mana2 sahaja.
Dua2 story terjadi pada orang yang sama. Memandangkan dia kene bertugas malam, dia dah mintak izin boss untuk tidor kat opis jer memandangkan rumah dia kat Sepang, jauh utk balik malam dan esok pagi dah kene datang opis semula. Kisah pertama terjadi pada hari Isnin, dia tidor sorang2 kat Bilik Kawalan (Observation Room). Ntah macam mana, pagi tu dia bangun, ade kesan darah macam kene cakar kat cadar tilam tu. Dia check badan dia, tapi takde ape2 pon yang luka atau berdarah. Dia cakap dengan nurse, apasal cadar ade darah tu tak tukar. Nurse bagitau, semalam mana ade patient kat bilik tu. Jeng.. jeng.. jeng..
Semalam pon dia bertugas malam dan sekali lagi dia tidor kat opis. Malam semalam dia tidor kat Bilik Rawatan pulak, sorang2. Masa dia tengah tidor tu, ada orang atau ada sesuatu yang membisik kat telinga dia, suruh bukak pintu pasal ade tetamu datang. Yang best nyer, dia ni pi bangun dan bukak pintu tu. Bukak jer pintu, dia nampak ade satu lembaga ala2 pocong tengah berdiri mengadap pintu tandas. Berderau darah dia, terus dia packing dan keluar dari opis. Katanya, dia terus pi Masjid Ar-Rahman, tidor kat sana.
Actually, ni bukan kali pertama orang kene kacau kat opis aku, malah boss sendiri pon pernah kena. Boss memang suka stay-back, tak tau ler dia buat aper. Pada malam dia stay-back tu, dia dengar ada orang bercakap2 kat ruang menunggu, pastu dengar kerusi ditolak2. Dia keluar dari bilik dia, dan dia nampak ada 2 orang (atau bukan orang) tengah duduk berbual dalam gelap. Aku tak tau dia buat aper lepas tu, tp yang sure, aku rasa mesti dia terus balik rumah.
Adalah lagi 2-3 cerita lagi pasal orang kene kacau ni. So, far aku tak pernah kene lagi, dan aku pon takde le nak dok opis sampai malam2. Tapi kat opis aku ni, klu malam mmg scary. By the way, masa tempat ni masih dalam pembinaan, ade kes orang mati kene bunuh. Indon kontrak yang kene kat sini mati keje bunuh.
Huhuh.....
Bebrapa perkara terjadi sepanjang minggu lepas.
Hari rabu hari tuh, 18/3 aku masuk opis lewat, 9.30 pagi baru aku clock-in. The reason is, pagi tu hujan. Standard le bg aku, klu hujan pagi2 hari bekerja ni, aku akan sambung tido balik sampai le hujan reda. Best betul tido klu hari2 hujan macam ni. Sampai termimpi2 aku pagi tu.
Ntah aper le mabuk aku pagi tu, aku pegi kene tak bawak wallet. So pagi tu aku pi keje tak bawak duit, ic, lesen dan sebagainya yang ade dalam wallet tu. Klu nasib tak baik, kene tahan polis, mau tidor lokap aku hari tu. Disebabkan aku takde duit dan duit yg ade dalam laci aku cume RM2 jer, maner cukup nak beli nasik, aku pon dengan muka tak malu membuat announcement, "hari ni ade sesiapa nak belanja saya lunch tak?". Org opis aku pelik, "nak buat aper belanja ko?". "saya tak bawak wallet lah hari ni".
Then ade sorang kakak ni sudi pinjamkan aku RM5, dapat lah aku beli nasi dengan air sekali. Terima kasih kepada kakak itu...
Hari khamis plak, rezeki aku murah. Pagi tu ade orang belanja roti telor pastu tengahari orang yang sama belanja aku mcD. Alhamdulillah.... orang tu dengarnya baru dapat claim, ratus2 plak tu. Tu pasal le belanja, harap2 murah lagi rezeki ko yer. And as for supper petang tu, ade orang bagi aku apple pie mcD, pasal aku bg pinjam moto. Hihihi... terima kasih kepada semua yang membelanja aku.
Semalam plak, kene masuk meeting kat Sumber, pasal Perancangan Sumber Manusia 2009 - 2011. Yang tensinya, kata pukul 10 pagi, tunggu punya tunggu, kol 11 pagi baru masuk. Biasa le kan. Pastu kami dimaklumkan yang permohonan kami untuk jawatan bagi tahun 2008 ngan 2009 tidak diluluskan oleh pihak2 tertentu dengan alasan takde bajet disebabkan kemelesetan ekonomi. Tambah tensen kepada tensen yang sedia ada, kami kene wat permohonan baru untuk tahun 2009. Dah le kene wat laen, pastu kene hantar hari isnin. WTF!!! Rasa macam bodoh jer kene wat lagi sekali pastu nak urgent. Pantang betul aku. Ape2 pon, kertas kerja permohonan tu aku dah berjaya siapkan petang tu jugak, tinggal 2 carta jer yang perlu aku buat isnin nanti. Aku akan hantar petang isnin. Wah... cekap ke aper ni... haha...
Top 5 - Things that are not suppose to be in my bedroom
No. 5 - Broken Standing Fan
(sekarang dah jadi tempat penyidai tuala)
(sekarang dah jadi tempat penyidai tuala)
No. 4 - Decorated Basket
(ntah saper le yang letak bakul ni kat dalam bilik aku?)
No. 3 - Childish Carpet
No. 2 - Pornographic Material
(Who does'nt have one)
No. 1 - Explosive Agents
(lebihan raya 2 tahun lepas)
Pagi ni nyaris kantoi ngan VC (Vice Chancellor). Nasib baek aku cekap dan pantas untuk meloloskan diri. Hahah...
Entah aper ke mimpi VC pagi ni datang kat opis aku. Khabar nya nak amik ubat, uish... takkan VC pon nak amik ubat kat tempat aku? Chokia betol.. dah le tak bayar RM2 untuk pendaftaran... Pagi tu tengah aku syok2 makan sarapan pagi yang tak berapa syok tu, ade plak sorang mamat ni call aku. Ape ntah mimpi dia hari ni nak call aku, tak pernah2 dibuatnya. Pastu dan2 plak dia mengutuk aku, cis... katenya suara aku kecik, tak padan dengan badan aku yg gagah perkasa ni.. ahaks.. ah... takpe2, pagi ni pagi dia.. nnt aku akan balas.. hahah .. siaplah dia.
Nak dijadikan cerita, aku nak sikit privasi, aku masuk ke Secondary Office, tak sempat nak tutup pintu Secondary Office, aku ternampak VC ade kat bilik sebelah. Alahai... kantoi plak nnt kalau dia lalu kat sini. So.. aku pon keluar, pi bergayut kat belakang van jabatan. Beberapa orang staf aku nampak, pastu gelak2, ngutuk le tu, diaorang kata aku nak nyorok daripada VC, takut kantoi.
Sedang syok2 aku bergayut, aku ternampak plak VC lalu kat depan, cis!!! Aku dengan segera bergerak dengan pantas ke satu arah yang lain dengan harapan dia tak nampak. Aku jalan slowly tanpa menoleh kebelakang ala2 tak bersalah gitu. Tak tau le dia nampak ke tak. Rasanya kalau dia nampak dan syak sesuatu, sure dia dah panggil, ni takde... sib baek aku.. hahah...
Moral of the story, klu big boss datang, duduklah kat tempat masing2. Buat2 busy walaupon tak busy maner pon. Tapi bagi kes aku ni, sekali-sekala orang nak tipon, takkan taknak layan. Wrong timing kot, tapi saper yg wrong timing, mamat yg tipon aku semasa kehadiran VC atau VC yg wrong timing datang semasa aku tengah on the phone?? Lu pikirlah sendiri...
My first and only birthday present for this year. Thanks to Izura Yusof of (maner yer??) Cheras for this Slumdog Millionaire cd.
Memula dulu agar tensi nak play cd ni, semua player aku cube, Windows Media Player, Quicktime malah Winamp, semua tak boleh, hanya kedengaran suara sahaja tanpa gambar. At last aku cuba WinDVD, download and install (1 jam 11 minit) tapi kecewa jugak, suara je dengar gambar takde. Next attemp, aku cube kat dvd player, "format not supported", wtf!!
Kecewa aku ketika itu tapi aku tak berputus asa. Aku tengok folder cerita tu. Wah... extension .xvid? Tak pernah nampak pon extension macam ni. Terus aku on google.com cari aper ke bende nyer .xvid ni. Blah.. blah.. blah.. kene download satu code. Aku pon download jer, kene warning ngan anti-virus, tapi aku teruskan gak. Finally..... dapat gak tgk cerita tu.. yea..
To Izura : Thanks a lot..
Bills, bills, bills - Destiny's Child
Bil Elektrik : RM161.70Total : RM366.80
Bil Air : RM9.50
Bil Telefon : RM35.65
Astro : RM93.95
Streamyx : RM66.00