... dan aku menulis untuk diri sendiri
Di suatu ketika dahulu, semasa aku masih lagi di alam persekolahan. Sekolah Menengah Selayang Bharu menjadi medan untuk aku menimba ilmu. Lima tahun bukan satu jangka masa yang panjang, tidak puas rasanya hidup di alam itu. Ramai kawan, pelbagai kerenah, tiada masalah. Rindu rasanya...

Beberapa hari lepas seorang kawan baik zaman persekolahan mengupload beberapa keping gambar zaman sekolah dulu di facebook. Ramai member lama yang komen. Keluar semua cerita2 lama. Seronok rasanya bile dapat kenang balik kisah2 lama. Zaman budak2, ntah ape2 ntah perangai sekor2... hahaha...


Gambar Kelas Tingkatan 4 Mawar


Bersama kawan2 rapat di majlis perasmian satu
program di Shah Alam - Hasan, Syarizul, Zamri, Fairus dan Tuah



Best friend... Mudanya masa tuh.. hahaha

Ahh... rindunya aku masa itu...


~Salam Sayang~
  • 15 Comments
Hujung minggu lepas penuh dengan aktiviti menghadiri undangan ke rumah terbuka. Kadang2 terasa malas plak nak pergi memandangkan letih bekerja sepanjang minggu dan sabtu dan ahad pon kene keluar juga. Tapi memandangkan telah mendapat undangan, jadi tidak manislah kalau tak pergi lebih2 lagi orang yang menjemput tu kawan sepejabat dan kawan baik juga.

Hari sabtu hanya dapat memenuhi 2 undangan sahaja, undangan dari teman sepejabat di Taman Medan Petaling Jaya. Terima kasih kerana menjemput kepada tuan rumah Kak Pora dan Kak Sharifah.

Kemeriahan Di Rumah Kak Sharifah


(1) Sebahagian tetamu sedang menjamu selera
(2) Tuan rumah sedang berbincang sesuatu, berapa nak bg duit raya kot...



(1) Sebahagian lagi tetamu yang hadir
(2) Ida dan Kak Ruby tah hengat org laen klu dpt makan



(1) Ramai gak budak2.. (2) Kak Ruby tak habis makan lagi..


(1) Kemeriahan jamuan di rumah terbuka

Hari ahad pula memenuhi undangan ke rumah Kak Mas di Dengkil. Walaupun jauh perjalanan, terasa amat berbaloi bila dihidangkan dengan nasi ayam dan laksa nyonya yang marvellous. Terima kasih kepada Kak Mas kerana menjemput.

Kemeriahan Di Rumah Cikgu Mas


(1) Kuih Tat rumah Kak Mas
(2) Kekenyangan selepas dijamu nasi ayam



(1) Second round, laksa nyonya....
(2) aper le yg dok diceritakan oleh Hanis tuh...



(1) Bergambar ramai-ramai sbg kenangan
(2) Makan lagi......



~Salam Sayang~
  • 9 Comments
Sepanjang bulan Syawal ni adalah bulan untuk menganjurkan Rumah Terbuka, jemput keluarga, jemput sedara mara, jemput kawan2, jemput jiran tetangga dan jemput semuanya. Hidang makanan itu hidang makanan ini dan hidang semuanya. Makan itu, makan ini dan makan semuanya. Minggu lepas ke rumah Mama Shidah, tengahari tadi ke rumah seorang rakan sepejabat pula di Pantai Dalam. Pergi masa lunch hour dan tuan rumah hidang beehoon goreng dan sate. Makan kenyang yang amat sampai ke petang.

Hujung minggu ni banyak juga jemputan yang harus dipenuhi. InsyaAllah cube untuk hadir kesemuanya, bergantung kepada kesempatan masa dan tenaga dalam diri. Minta maaf banyak2 sekiranya tidak dapat hadir.


Wajah2 yang kekenyangan


Makan time.. jemput2 jangan malu2


Juadah yang dihidangkan



Ramai gak jemputannya, penuh satu rumah

Terima kasih kepada tuan rumah.


~Salam Sayang~

  • 12 Comments


Tak mahu tulis lebih2, nanti aku dilabelkan sebagai seorang chauvinist plak. Tapi perlu kah bende ni?

Nak dengar pendapat kawan2 lelaki - Ayah Zain, Sahromnasrudin, Madey dan Pijal. Kepada rakan lelaki lain, bole juga memberi komen anda. Kepada rakan wanita, aper pula pendapat anda?

Maaf klu ade yang tersinggung, sekadar nak berkongsi pendapat.


~Salam Sayang~
  • 20 Comments
Aktiviti hari raya aku berterusan. Sepanjang minggu ni asik keluar beraya jer, klu tak keluar beraya, orang datang ke rumah beraya. Orang kata raya kan sebulan, selagi tak habis Syawal, selagi tu lah orang akan menyambut hari raya dan memenuhi jemputan ke rumah terbuka.

7 Syawal - Hari ni lah hari yang aku dapat lepak di rumah dengan aman dan damai. Dalam pada melepak2 di rumah tu, terima juga undangan berhari raya dari jiran depan rumah. So aku pergi je lah, rezeki jangan ditolak. lagi pon bukan nya jauh, depan rumah jer.

8 Syawal - Seorang kawan datang beraya di rumah. Malangnya takde aper yang dapat dihidangkan kepada kawan aku yg sorang ni. Selepas solat Jumaat, dan setelah sempat kawan aku tu tidor di bilik aku, aku bawak kawan aku tu ke Wangsa Walk untuk belanja dia makan. Kata orang Wangsa Walk tu best, tapi aku tengok biase2 jer, same jer macam shopping2 complex yang lain. Memandangkan tiada aper yg menarik untuk di makan di sana, kami hanya makan di Pizza Hut jer. Kemudian kami menuju pula ke The Curve untuk bermain boling.

9 Syawal - Menerima satu jemputan open house dari seorang teman sepejabat. Kami berpakat berjumpa di KL Gate dan berkonvoi sebanyak 3 buah kereta ke Cheras Utama. Kami ke rumah Kak Rubi dahulu dan kami dijamu dengan hidangan ringan seperti nugget ayam, jagung rebus, ais krim dan buah tembikai. Kemudian barulah kami ke rumah yang mengundang, Kak Tipah. Di sana kami dihidangkan dengan nasi beriyani, rojak buah, soto ayam dan bubur jagung. Makan banyak smpi sendat perut. Kemudian, tanpa dirancang, kami menuju pula ke Salak Tinggi ke rumah seorang lagi rakan, Kak Sue. Kami dihidang dengan kuih muih memandangkan kunjungan ini secara mengejut sahaja.

10 Syawal - Ingatkan nak berehat hari ni memandangkan esok akan mula bekerja semula. Tetapi menerima satu undangan makan dari seorang rakan blogger, Mama Shidah, dan kawan karib aku hendak beraya di rumah. Lebih kurang pukul 11.30 pagi, kami semua telah berada di rumah Mama Sidah, AZ sekeluarga, Hanis, Syima, Kak Taj, Tikah dan Atuk. First time jumpe dengan Atuk, dah semuanya panggil Atuk, so aku pon panggil Atuk gak ler... hehehe. Sedap makan kat umah Mama sampai ade yang bawak balik mee goreng mama, hehehe... Kemudian aku menjemput Hanis, Syima, Kak Taj dan Tikah ke rumah aku. Dah terlanjur ke sini so datang saja lah. Kawan aku dengan keluarganya telah sampai ke rumah aku pon pada masa tu. Tiada aper yang dapat dihidangkan kepada tetamu aku hanya kuih muih sahaja. Disebabkan itu, aku membawa tetamu aku untuk makan di luar sahaja. Kami ke The Curve dan hidangan kami pada petang itu cume Ayam Penyet sahaja. Pertemuan kami tamat di situ dan semua membawa ke haluan masing2. Aku pula menuju ke rumah seorang kawan aku di Bandar Baru Selayang. Makan mee bandung plak kat umah dia, pastu dok layan adik kawan aku tu main PS3 sampai ke maghrib.

11 Syawal - Esok dah mula kerja...


~Salam Sayang~
  • 7 Comments
Salam Aidil Fitri kepada semua. Nampaknya semua kawan2 meriah sakan menyambut hari lebaran tak kira di mana mereka berada. Aku cume beraya di KL sahaja. Ramai yang kata beraya di bandar tak best. Tapi bagi aku, beraya di mana pon sama saje, kite yang membuatkannya best atau tidak. Klu kite nak raya tu jadi tak best, di kampung bersama keluarga pon raya itu akan menjadi tak best. Terpulanglah kepada hati masing2.

Macam mana raya aku tahun ni. Tahun ni kurang meriah la pulak. 1) Sebab tak semua ahli keluarga aku dapat berkumpul di Selayang. Adik beraya di Kedah dan abang pula tak dapat dikesan raya kat mane. 2) Tak ramai tetamu yang bertandang, rasanya kami dah takde saudara mara yang tinggal area KL ni. 3) Aku pon tak beraya ke mana2. Member semuanya pulang berhari raya di kampung, tinggallah aku sebatang kara di sini.. hahaha.

Menjelang Hari Lebaran - Pagi menjelang hari lebaran aku bertugas seperti biasa. Masing2 sudah demam raya. Tak sabar2 nak balik kol 1.30 petang nnt. Sesampai saje kat umah, mak ngan kakak dah mula menyediakan juadah istimewa hari raya. Nasi impit telah siap direbus. Mak ngan kakak sedang menyediakan bahan2 untuk membuat rendang ayam. Macam biasa aku ditugaskan untuk menumbuk kacang tanah untuk dibuat kuah kacang. Menu tahun ini, nasi impit, rendang ayam, kurma ayam dan kuah kacang. Yang lawaknya tahun ni, kami tak sempat nak menyediakan hidangan berbuka puasa. Dalam pada sibuk2 tuh, azan maghrib bergema, semua kelam kabut, minum air je dulu untuk berbuka puasa. Malam pula menerima kunjungan jemaah surau untuk bertakbir hari raya dan berdoa. Mmg telah menjadi tradisi di Kampung Selayang Indah ni, malam raya mesti ada aktiviti bertakbir dan berdoa dari rumah ke rumah. Malam tu jugak aku berjaya menggegarkan kampung dengan letupan mercun bola. Hehehe... best, malam tu kedengaran letupan mercun aku jer, macam org lain tak main mercun plak malam tuh...

1 Syawal - Pagi pi sembahyang raya di surau berdekatan. Ramai sungguh jemaah sampai melimpah ruah ke luar surau. Tetapi sembahyang sunat Aidilfitri dan khutbah Aidilfitri tetap diteruskan. Menerima kunjungan tetamu terutamanya budak2 dan jiran2 berdekatan. Bersembahyang jumaat di surau berhampiran juga. Petang pula membawa ibu dan ayah ke rumah besan mereka di Kampung Kerinchi, KL. Malam pula menerima kunjungan tetamu lagi.

2 Syawal - Berkunjung ke rumah seorang kawan di Selayang tetapi bukan untuk beraya tapi untuk membantu mengopak pintu bilik dia yang telah terkunci dari dalam. Penat jugak lah sampai berpeluh2 ketiak dibuatnya. Akhirnya berjaya juga kami memecahkan tombol pintu itu tanpa merosakkan pintu itu.

3 Syawal - Beraya di The Curve Mutiara Damansara bersama seorang kawan dari Banting. Kami makan di Kenny Rogers dan berjalan2 sekitar The Curve dan Ikea.

4 Syawal - Beraya di Mid Valley bersama seorang kawan yang lain. Tapi sebelum itu aku ke opis untuk menyelesaikan sedikit tugas dan menyelesaikan urusan di Pejabat Pos. Kami beraya dengan menonton wayang filem Senario Asam Garam. Ceritanya biasa sahaja tetapi adegan lawaknya sungguh melucukan.

5 Syawal - Beraya di Hospital Kuala Lumpur dan Mid Valley sekali lagi. Pagi itu aku dengan seorang kawan pergi ke Hospital Kuala Lumpur untuk mengambil ubat untuk mak aku. Urusan di Farmasi tu tidak begitu lama kerana tidak ramai pesakit pada masa itu. Kemudian kami ke Mid Valley kerana ada janji dengan kakak aku untuk bermain boling bersama. Ini adalah pertama kali kami bermain boling sekeluarga. Turut sama bermain adalah kakak aku dan suaminya, adik aku dan suaminya, adik kepada abang ipar aku dan isterinya, aku dan kawan aku tuh. Keputusannya aku mendapat no. 2 daripada 8 orang pemain. Hehehe... best sangat, gamat betul kami bermain. Harap2 dapat wat aktiviti macam ni lagi next time.

6 Syawal - Beraya di Hospital Kuala Lumpur dan Putra Perdana. Pagi itu aku bawak mak aku untuk appointment di HKL. Disebabkan tarikh appointment yang diberikan pada 16/9/2010 yang merupakan cuti umum, Klinik tersebut akan ditutup pada hari itu. Makanya aku membawa mak aku pada 15/6/2010. Tidak ramai pesakit pada hari itu dan urusan telah dijalankan tidak sampai 1 jam. Kemudia kami terus menuju ke rumah kakak di Putra Perdana, Puchong untuk berhari raya. Di rumah kakak, kami telah dijamu dengan soto ayam, nasi impit bersama kuah lodeh dan kuew teow goreng.

Esok tiada ape2 perancangan. Ade sesiapa nak menjemput aku ke rumah masing2?

Begitulah cerita seminggu aku di Hari Raya Aidilfitri. Sehingga bertemu lagi, Sayang Sayang.
  • 10 Comments

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin


Sempena kedatangan Syawal dan Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan dan kekurangan diri ini dari hujung rambut hingga hujung kaki daripada ayahanda dan bonda serta keluarga tersayang.

Kepada sesiapa yang mengenali, sahabat-sahabat tak kira di mana jua anda berada, kemaafan juga dipohon sekiranya ada salah dan silap aku terhadap kalian. Aku akur, sebagai manusia, kita memang tidak lari dari membuat kesilapan. Semoga kalian semua bergembira di hari yang mulia ini dan semoga keeratan dan persahabatan kita berkekalan selama mana yang mungkin, InsyaAllah.

~Salam Sayang dan Salam Aidilfitri~
  • 5 Comments
Menjelang hari lebaran, dah siap ke persiapan menyambut hari raya? Klu kat FB tu sibuk dah org mengetag kad2 raya ni. Meriah sungguh raya kat FB. Kat blog ni pon tidak kurang hebatnya, ramai dah buat entry mengucapkan ucapan selamat hari raya, cume aku jer yang belum buat lagi, tunggu lah yer, saat2 akhir nnt ade lah entry itu di sini.

Camner persiapan raya? Dah ready ke nak sambut 1 Syawal? Tahun ni banyak ke buat kuih raya Cikgu Mas? Ler... takkan beli jer, bukan Cikgu Mas pandai buat kuih ker? Kuih aper tu yg Cikgu buat tahun lepas yang sedap tuh? Batang buruk kan? Tahun ni tak buat ker Cikgu oi?

Saya ni biase jer cikgu, orang lain yang tolong buatkan kuih. Banyak sangat sampel yg orang hantar kat opis, semua saya rasa, klu tak beli, malu le pulok.. hehehe... tak banyak pon saya order, ade ler 5-6 jenis, kerepek ubi, kuih goyang, biskut anika bijirin, biskut peanut butter, kuih suji, coklet chip. Saya ade order tempeyek, tapi nasib tak baik, makcik tu masuk hospital plak, tak siap tempeyek kacang tanah saya tuh. Takde rezki nampaknyer.

Amboi2... megherlik baju raya ko Syima. Labuci sana labuci sini noe. Dah ghupa lampu lip-lap aku tengok, kalah pokok krismas. Pssttt... berapa duit hang habih tempah baju raya tuh? Hah... beli kat Jalan TAR jer. Biaq betoi. Berapa pasang hang rembat taun ni. Meriah hang noe, raya taun ni.

Raya tahun ni aku takde beli baju raya. Recycle baju raya yang tahun2 lepas jer. Lagi pon semuanya nampak masih baru lagi. Mane tak nyer, pakai setahun sekali jer, itu pon mase pi semayang raya jer. Pastu cabut pakai t-shirt.

Tahun ni aku dalam dilema, tak tau nak pakai yang mana satu. Bukak almari ade 6 pasang tergantung. 3 lama 3 baru. Yang lama tu ade yang dah mencapai 10 tahun umurnya tp still nampak cam baru sebab dicuci dengan Daia... Lupakan yang lain. Kaler, Hitam, Coklat Cair dan Hijau Pucuk Pisang. Rasanya tahun ni tak pakai kot baju dalam kelompok ni. Yang baru dan agak baru berwarna Biru Laut, Kuning Air dan Ungu. Nak pakai salah satu daripada 3 tuh. Tapi tak tau nak pakai yang maner satu? Ade cadangan?


Empuk betul sofa baru Ayah Zain. Bole lena ni. Baru ke ni? Sofa raya. Ape? Beli kat Kedai Mahmud... Owh.. Court Mammoth, igtkan Kedai Mahmud tepi kubur tuh. Uish.. mahalnyer AZ, RM3,ooo.. Hutang kan.. ahaks.

Rumah Kak Shami pon tak kurang hebatnya. Langsir baru ke tuh? Mesti beli kat Nilai 3 kan. Saya tau lah... hehehe. Kan kite terserempak kat Nilai 3 hari tuh, wat2 lupe plak dia. Ape? Tikah yang jahit, wow.. pandai anak dara tu menjahit. Tahun depan bole bukak bisnes jahit langsir ni. Pijal sure jad orang pertama yang tempah, maklumlah, umah dia tak pernah berlangsir pon. Rumah bujang lah katekan.

Rumah saya takde yg baru pon. Semua seperti dahulu cume sekeping permaidani baru sahaja. Emak dah mula berkemas ape2 yang patut sebelum merdeka lagi. Tertonggeng2 orang tua tu mengemas untuk memastikan kebersihan untuk hari raya nanti. Sekarang rumah dah bersih, langsir telah ditukar walaupon bukan baru. Nampak lain sikit rumah aku dari selalu.

Tahun ni raya kat maner? Dengarnya si Sahrom on the way balik ke utara? Aku harap ko berhati2 di jalan raya. Klu letih mengantuk tu, berhentilah kat maner2 R&R. Ingatlah kat aku yang sayang ko ni.. hahaha...

Wah.. Kak Ummi plak dah ade kat kampung. Tak sabar2 dia nak balik kampung. Orang lain masih lagi kat KL dia dah syok2 lepak kat kampung. Jangan dok melepak jer Kak Ummi, buat2 le keje sket macam bercucuk tanam ker, bg ayam makan ker.. hahhaa

Tahun ni aku beraya di KL. Jangan kata tak seronok raya kat KL ni. Famili aku ade kat sini, so seronoklah beraya kat sini.. hehehe... bukannya aku beraya sorang2.


Kad raya dari sahabat Sahrom
Terima kasih...


~Salam Sayang, Salam Lebaran~
  • 13 Comments
Minggu ni minggu terakhir sebelum kite menyambut 1 Syawal. Tak sampai seminggu lagi Ramadhan akan meninggalkan kite dan kita akan merayakan kemenangan kite melawan nafsu. Hari Sabtu lepas aku dengan seorang rakan telah keluar untuk bershopping raya (kononnya). Tujuan utama sebenarnya hanya nak mencari lampu lip-lap untuk dipasang di rumah aku, memandangkan lampu lip-lap yang lama telah pon rosak.

Mengikut perancangan awalnya, nak mencari di Giant Batu Caves, malangnya takde pon lampu lip-lap yang dijual di pasaraya yang sebesar itu. Dan akhirnya aku hanya membeli 4 tin buah2an dalam tin buat juadah berbuka puasa nnt. Perjalanan kami diteruskan dan rancangannya nak ke Jalan TAR. Tetapi jalan telah jem giler menuju ke KL dari Batu Caves itu dan menyebabkan kami melencong mengikut jalan jauh melalui Damansara. Dalam perjalanan itu, kami telah melencong lagi dan hasrat ke Jalan TAR telah bertukar tatkala terlihat poster filem terbaru di pawagam. Dan kami telah pergi ke E@Curve Damansara dan menonton filem terbaru ini.

Piranha.. Filem ini mengisahkan bagaimana Lake Victoria telah diserang sekumpulan pirahna semasa berlangsungnya Festival Musim Panas di tasik berkenaan. Jalan cerita filem ini biase jer tetapi banyak unsur2 suspen yang akan membuat anda terkejut. Kepada yang lemah jantung atau darah gemuruh, adalah tidak digalakkan menonton filem ini. Ape yang menarik dalam filem ini adalah efek mekap yang digunakan sehingga kecederaan dek serangan piranha itu nampak begitu tulen sekali. Dan kepada penggemar darah, filem ini adalah untuk anda. Filem ini tidak sesuai untuk underage kerana banyak aksi ganas seperti pecah kepala, badan putus dan terlalu banyak darah dan terdapat banyak juga adegan2 hampir lucah.


Contoh adegan hampir lucah dan efek mekap yang begitu real

Setelah selesai menonton filem Piranha, lebih kurang pukul 1.00 pagi, baru lah kami menuju ke Jalan TAR. Nampaknya masih ramai lagi warga kota yang sedang bershopping di masa itu. Masih hebat urusan jual beli dilakukan. Semuanya murah semuanya lelong. Manusia begitu padat sampai nak jalan pon susah dan berlaga2 punggung itu perkara biasa pada masa itu, hahaha. Kami hanya berjalan2 sahaja, takde mood nampaknya nak bershopping dalam keadaan sedemikian. Lagi pon, bukan nak beli baju melayu pon. Tahun ni aku pakai yg lepas2 punya jer. Masih elok, masih baru. Di sini aku jumpe aper yang aku cari. Terus amik jer since malas nak mencari lagi. Kawasan bazar Ramadhan di Jalan TAR itu masih lagi meriah tatkala kami beredar meninggalkan kawasan tersebut.



Jalan TAR di subuh hari

Pada masa ini dah dekat2 pukul 3.00 pagi. Nak ke mane yer? Perut terasa lapar plak. Nak pi McD lah, nak makan GCB burger. Hari tu dah makan sekali, sedap le plak, nak makan lagi lah. Cari2 punya cari McD 24 Jam, membawa kami ke Bangsar. Masih meriah juga McD ni dalam waktu2 sebegini. Walaupon ramai orang, tetapi keadaannya begitu aman dan damai sekali. Memang tenang, tak pernah aku jumpe McD yg setenang ini. Aku pekene GCB burger dan kawan aku makan bubur McD dengan ayam goreng McD. Ni kira sahurlah pada hari itu.


GCB Burger.. nyam3...

Time to go home. Dah pukul 4.30 pagi pon. Hantar kawan aku balik dan aku smpi umah pukul 5.00 pagi.


~Salam Sayang~
  • 9 Comments
Semalam aku menerima dua khabar berita, satu berita gembira satu berita sedih. Berita gembira tentang kelahiran seseorang ke dunia dan berita sedih pemergian seseorang meninggalkan dunia ini.

Lebih kurang pukul 9.00 pagi aku menerima panggilan telefon dari seorang rakan di Kota Bharu Kelantan. Perkhabaran gembira, dia sudah menjadi bapa. Menerima kelahiran seorang bayi lelaki pada pagi 2 September 2010. Aku pon tumpang gumbira, ntah bile turn aku plak. Hehehe... Bayi diberi nama Tuan Muhammad Aidil Iqbal bin Tuan Mohd Anuar. Tahniah kepada Abe Tuan semoga tabah menempuh hari2 sebagai seorang bapa yang penyayang dan bertanggungjawab. Zaman bujang ko dah berakhir.. hehehe... Sempat juga aku berselorong dengannya semalam, "kalau ko tak nak baby tu, bagi aku tau... " hahaha....

Lebih kurang pukul 12.00 tengahari semalam, aku menerima sms dari adik aku membawa perkhabaran duka. Pakcik aku a.k.a Poksu telah meninggal dunia. Beberapa minit kemudian aku menerima panggilan dari emak mengajak aku melawat jenazah di Kampung Baru. Pukul 1.30 petang aku bergegas pulang ke rumah, mengambil emak, ayah dan abang dan terus ke Kampung Baru. Sesampai kami di Kampung Baru, kami dimaklumkan bahawa jenazah masih lagi belum sampai dan ahli keluarga telah berkumpul di Masjid Kampung Baru.

Kami telah dikhabarkan bahawa Allahyarham telah diserang stroke dan jatuh semasa bertugas di pejabat. Allahyarham meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Jenazah terpaksa menjalani post-mortem atas sebab2 yang tidak dapat aku pastikan. Kami tidak dapat berlihat jenazah kerana terpaksa pulang awal. Perkhabarannya jenazah telah selamat dikebumikan pada pukul 7.00 malam semalam. Semoga Allahyarham ditempat bersama orang yang beriman. Amin.
  • 14 Comments
Semalam aku dengan seorang sahabat keluar untuk shopping raya. Sebenarnya sahabat aku tu yang nak shopping raya, aku sekadar meneman sahaja. Tempat tujuan kami adalah SOGO. Tempat kegemaran untuk shopping. Tak tau lah kenapa macam best jer shopping kat Sogo tu especially klu nak membeli belah pakaian. Mungkin pilihan dia banyak dan harga tidaklah keterlaluan. Dan Sogo juga sentiasa mengadakan sale tak kira lah untuk aper jua tujuan.

Malangnya terlalu ramai rakyat Malaysia yang ber1Malaysia shopping kat Sogo tu. Sampai nak jalan pon terpaksa berlaga2 punggung (kurang pahala puasa aku). Dek kerana terlalu ramai rakyat, mood nak shopping raya pon terbantut. Kami pon menuju ke Pertama Kompleks yang terletak bersebelahan sahaja. Di sini tak berapa ramai rakyat, jadi kami memilih sebuah kedai dan sahabat aku tu pon bershopping di situ sahaja. Akhirnya aku juga terbeli sepasang seluar khaki dan sahabat aku tu membeli dua pasang jeans.

Dalam pukul 4.00 petang, kami menaiki Putra LRT menuju ke KLCC. Macam biasa lah KLCC ni tempat golongan kelas atasan, tak mampu nak masuk kedai2 macam Prada, LV, Armani, CK dan sebagainya. Hanya jalan2 dan membeli belah tingkap jer. Terpegun seketika di sebuah tingkap yang mempamerkan seutas jam tangan bernilai RM304K dan sebentuk cincin bernilai RM60K. Terfikir sejenak, saper le yg nak membelinya? Mesti ada, klu tak, takkan dia nak jual plak kan... Kami masuk ke Parkson jer, di sini aku terbeli sepasang kemeja manakala kawan aku tu 3 pasang kemeja dan t-shirt...


Parkson KLCC


Agak2nya, couple tu nampak ke aku amik gambar depa?


Tengah tunggu member dalam fitting room

Untuk berbuka puasa petang itu, kami ditemani pula oleh 2 orang rakan yang lain. Rakan tu yang membuat reservation kat restaurant ni. Aku pon tak pernah masuk dan mencuba makanan kat sini. Ape2 pon, makanan yang disediakan secara bufet ala melayu dan barat. Sedap jugak, kenyang sampai tak sedar diri. Sesiapa berminat, cume RM55.90++ jer...


Ini lah restaurant nyer, The Apartment KLCC


Wajib posing sebelum berbuka


Wajah2 control ayu dan control lapar


Lauk pilihan aku untuk round pertama
Nasi hujan panas, kerabu mangga, butter prawn
sotong paprik dan kembung gulai tempoyak... nyam3



Belom waktu berbuka tp tak sabar dan nak melantak...

Menu of the day : Kerabu Pucuk Kayu

Sambil makan dan sambil berbual tak sedar masa telah melepasi pukul 9.00 malam. Kami berpisah pada pukul 9.15 malam.

Terima kasih kawan2


~Salam Sayang~
  • 11 Comments

Search This Blog

About Me

My photo
afeezz
Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
'afeezz tu memang cukup indah untuk dicintai tapi cukup susah untuk dimiliki' - anonymous 2010
View my complete profile

Total Pageviews (since July 2008)

Follow Me

  • instagram
  • facebook
  • Twitter

My Followers (Thank You)

Blog Lists

  • Syazni Rahim Blog
    Apa Itu Google Search Console
    34 minutes ago
  • Blog Begins At Forty
    March 24, 2023
    3 hours ago
  • Aiman Abdullah
    Siaran Langsung Live Malaysia B-22 Merlion Cup 2023
    4 hours ago
  • CikCappuccinoLatte
    Menu Berbuka Khairulaming : Ayam Gepuk Sambal & Kicap
    5 hours ago
  • AMIE'S LITTLE KITCHEN
    Tiru Macam Saya!
    6 hours ago
  • Blog Sihatimerahjambu
    4 Menu Air Berbuka Puasa Khairul Aming 2023
    9 hours ago
  • As Samsudin
    Ramadan Kareem 1444H
    10 hours ago
  • ABAM KIE : Man of The House
    Kes remeh hingga bercerai
    12 hours ago
  • BLOG RABIA ADAWIYAH
    Hadiah untuk Raydah Blogger
    14 hours ago
  • Monolog Kakmim
    Throwback Thursday - 1 Ramadhan Zaman PKP
    1 day ago
  • KomenSen
    KENAPA SAYA DAH MALAS NAK PERGI HYPERMARKET?
    1 day ago
  • Bola Katok
    Review filem anime The First Slam Dunk.
    2 days ago
  • MRS.A my blog my stori
    Potluck Pra-Ramadhan 1444H
    3 days ago
  • AMMI
    Aku takut
    4 days ago
  • Warisan Petani
    'Yut' Hanyut Buat Selama-lamanya
    5 days ago
  • cikguzim
    Lancarkan kencing dengan air barli
    3 weeks ago
  • fairus.com
    Sehari di Pekan Baru, Riau, Indonesia
    4 weeks ago
  • SEMUT SENYUM
    Tenang Lubuk Jiwa
    5 weeks ago
  • SITI.YANG.MENAIP
    Happy New Year 2023 | SitiYangMenaip Masih Ada
    2 months ago
  • LADY LIKE ME !
    HAPPY 2023 !!
    2 months ago
  • ixa-rism
    One Hundred Nine One
    4 months ago
  • PESONA ETUZA
    Johor Kami Datang Dengan Hati Girang
    6 months ago
  • Tiga Lalat 2021
    NEW BLOG I AM
    6 months ago
  • Shida Radzuan Blog
    Susahnya untuk konsisten
    7 months ago
  • Adinda Baizura Mazlan
    Tenang. Kamu Mampu.
    7 months ago
  • ! acuyuhan
    Nineteen61 Cafe Kuantan
    1 year ago
  • Dunhill guy
    Handmade Design Phone Case
    1 year ago
Show 10 Show All

Blog Archive

  • ►  2023 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2022 (3)
    • ►  December (1)
    • ►  June (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2021 (77)
    • ►  December (7)
    • ►  November (8)
    • ►  October (7)
    • ►  September (8)
    • ►  August (6)
    • ►  July (7)
    • ►  June (5)
    • ►  May (8)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (5)
    • ►  January (4)
  • ►  2020 (40)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (1)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (36)
    • ►  December (3)
    • ►  November (3)
    • ►  October (4)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (2)
    • ►  March (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2018 (28)
    • ►  December (4)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (29)
    • ►  December (1)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (4)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (37)
    • ►  December (2)
    • ►  November (3)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2015 (50)
    • ►  December (6)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (6)
    • ►  August (4)
    • ►  July (4)
    • ►  June (4)
    • ►  May (3)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  February (6)
    • ►  January (3)
  • ►  2014 (50)
    • ►  December (3)
    • ►  November (4)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (4)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (1)
    • ►  March (4)
    • ►  February (5)
    • ►  January (5)
  • ►  2013 (106)
    • ►  December (6)
    • ►  November (7)
    • ►  October (6)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (10)
    • ►  June (9)
    • ►  May (10)
    • ►  April (10)
    • ►  March (10)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2012 (117)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (9)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (8)
    • ►  May (9)
    • ►  April (10)
    • ►  March (10)
    • ►  February (9)
    • ►  January (10)
  • ►  2011 (124)
    • ►  December (13)
    • ►  November (10)
    • ►  October (8)
    • ►  September (9)
    • ►  August (12)
    • ►  July (10)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (10)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (10)
  • ▼  2010 (132)
    • ►  December (11)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ▼  September (11)
      • 290 : Di Suatu Ketika Dahulu
      • 289 : Kemeriahan Rumah Terbuka
      • 288 : Rumah Terbuka
      • 287 : Perlukah?
      • 286 : Hari Raya 2010 - Part II
      • 285 : Hari Raya 2010
      • 284 : Menjelang Hari Lebaran - Part II
      • 283 : Menjelang Hari Lebaran
      • 282 : 5.00 Pagi
      • 281 : Kelahiran dan Kematian
      • 280 : Dari Sogo Ke Pertama Ke KLCC
    • ►  August (13)
    • ►  July (14)
    • ►  June (8)
    • ►  May (9)
    • ►  April (15)
    • ►  March (9)
    • ►  February (11)
    • ►  January (9)
  • ►  2009 (146)
    • ►  December (9)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (14)
    • ►  August (18)
    • ►  July (19)
    • ►  June (16)
    • ►  May (9)
    • ►  April (13)
    • ►  March (7)
    • ►  February (13)
    • ►  January (6)
  • ►  2008 (45)
    • ►  December (2)
    • ►  November (7)
    • ►  October (7)
    • ►  September (12)
    • ►  August (9)
    • ►  July (8)

My Travel Story - To Infinity and Beyond

  • 2008 : United Kingdom (1)
  • 2011 : Indonesia - Medan (8)
  • 2013 : Indonesia - Bandung (6)
  • 2014 : Singapura (2)
  • 2015 : Kemboja - Siem Reap (6)
  • 2016 : Thailand - Krabi (5)
  • 2017 : Jepun - Tokyo (10)
  • 2019 : Korea Selatan - Seoul (10)

My Travel Story - Malaysia

  • 2009 : Pulau Pinang (1)
  • 2011 : Kedah - Pulau Langkawi (4)
  • 2011 : Sabah - Kota Kinabalu (6)
  • 2012 : Road Trip 1.0 (3)
  • 2012 : Sarawak - Kuching (6)
  • 2013 : Road Trip 2.0 (3)
  • 2014 : Pulau Pinang (2)
  • 2015 : Kedah - Pulau Langkawi (4)
  • 2018 : Pahang - Cherating (3)
  • 2020 : Pahang - Cameron Highlands (2)
  • 2020 : Perak - Pulau Pangkor (3)

Top 5 Weekly Popular Posts

  • 1000 : Bila Lampu Brek Menyala Tak Padam-Padam
    Korang pernah ada pengalaman tak, bila lampu brek kereta korang termasuk lampu brek ketiga menyala tapi tak mahu padam? Macam ada satu entit...
  • 999 : Throwback Thursday - October 2021
    Pada hari ini (7 Oktober) pada tahun 2019, aku berjaya menjejakkan kaki ke Pulau Nami, Korea Selatan. Hujan turun membasahi bumi pada pagi ...
  • 1001 : Satu Ribu Satu Cerita Aku
    Perasan atau tidak, jumlah post di dalam blog aku yang tak seberapa ni sudah mencapai ke angka 1001 termasuk post ini. Tak pernah ku sangka ...
  • 812 : Big Home Expo 2017
    Poster Big Home Expo 2017 Big Home Expo 2017 telah diadakan dari 16 hingga 19 Februari 2017 bertempat di Stadium Bukit Jalil. Ini ada...
  • 813 : Wishing Myself A Happy Birthday (Episod 2)
    Tanggal 25 Februari yang lepas adalah hari ulang tahun kelahiran aku. Seperti tahun-tahun sebelumnya, pada tahun ni aku masih berusia 21 t...

Labels

Hanya Nak Cerita (298) Jalan-Jalan (145) Makan-Makan (90) Cuti - Cuti Malaysia (82) Ucapan Dari Hati (80) Hiburan (79) Saje Nak Tayang (73) Gambar (46) Cuti - Cuti Luar Negara (43) Masak Sendiri Makan Sendiri (35) Sukan (30) Kerja (26) Luahan Perasaan (24) Kerinduan (21) Takde Idea Nak Menulis (17) Famili (10) Pengetahuan Bersama (8) Wordless Wednesday (8) GiveAway (3)

Mereka Yang Rajin Memberi Komen

instagram

Template Created By : ThemeXpose . All Rights Reserved.

Back to top