990 : Shopee 9.9 - Beli Monstera Deliciosa

Aku adalah salah seorang pengguna platform membeli-belah Shopee. Sudah lama aku menggunakan platform Shopee ini untuk mendapatkan barang dari yang semahal-mahal RM399.00 sehinggalah ke semurah-murah 50 sen. Pembelian pertama aku mengikut sejarah pembelian di Shopee adalah pada bulan Oktober 2018 sehinggalah yang terkini pada 30 Ogos 2021 yang lepas.

Gambar Hiasan

Untuk pembelian pada 30 Ogos lepas, buat pertama kalinya aku telah membeli pokok hidup. Aku ni gemar bercucuk tanam tetapi lebih kepada tanaman hiasan. Tinggal di atas angin ni, kawasan untuk bercucuk tanam itu amatlah terhad, maka aku memaksimakan sebaik mungkin ruang yang ada itu untuk menghijaukan permandangan. Banyak juga pokok yang aku cuba tanam, namun kebanyakkan darinya tidak membesar seperti yang diharapkan dan akhirnya mati. Tak tahulah kenapa, tanah tak sesuaikah, terlebih siramkah, terkurang siramkah, terkurang atau terlebih pengcahayaankah? Malas nak pikirkan kadang-kadang. 

Pokok yang aku beli melalui Shopee itu adalah jenis Monstera Deliciosa, tak tahulah nama Melayu dia apa. Pokok itu sampai dalam keadaan yang elok dan sihat walafiat. Dibungkus dengan cermat di dalam bubble warp dan dimasukkan ke dalam kotak. Bahagian tanahnya pula dibungkus dengan plastik agar tidak tertumpah atau pokoknya tercabut semasa penghantaran. Diletakkan juga secebis suratkhabar basah di tanah pokok agar pokok tidak layu semasa penghantaran. Semasa penerimaan, kotak pokok itu diterima dalam keadaan terbalik. Oleh kerana pembungkusan dilakukan dengan cermat, maka pokok tersebut tidak cedera dan tanahnya tidak tumpah walaupon dalam keadaan terbalik. Tahniah kepada seller.

Pokok yang aku beli - Monstera Deliciosa
Nama Melayu dia Raksasa Sedap kot

Diletakkan ditepi tingkap untuk pengcahayaan
yang secukupnya


Pokok yang diterima itu setinggi lebih kurang 1 kaki, mempunyai empat daun, dua daripadanya daun yang koyak-koyak dan dua lagi tidak koyak. Hasil pembacaan aku, pokok ini tidak memerlukan penjagaan rapi. Sebagai pokok indoor, ia tidak memerlukan direct sunlight, cukuplah sekadar diletakkan di tepi-tepi tingkap untuk mendapatkan sedikit sahaya dan tidak memerlukan air yang banyak, cukuplah disiram seminggu sekali. 

Close-up daun

Diharap pokok ni dapat membesar dengan sihat. Sayang aku dengan pokok ni. Ada lagi pokok yang aku dah simpan dalam Shopee Shopping Cart aku untuk projek Taman Dalam Rumah aku. Doa-doakan projek aku ni berjaya ye...

Harap pokok aku dapat membesar macam ni..

You Might Also Like

22 comments

  1. Cantik.. Saya pun suka menanam pokok-pokok hijau.. Kalau boleh, nak jadikan rumah seperti dalam rimba.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru jer berjinak2 nak suka menanam ni. Wow.. bagus tu nak jadikan rumah di dalam rimba. mesti tenang suasana

      Delete
  2. Tak pernah lagi beli pokok di shopee sebab ada favourite nursery yang dekat. Saya pun ada beberapa jenis monstera. Harga pokok Monstera deliciosa ni memang mahal. Lagi lagi dah besar dan banyak daun. Harap berhasil membesar macam tu. Best betul tengok orang tanam besar sampai macam tu sekali. Saya letak luar sebab dalam rumah tak berapa nak ada cahaya masuk. Rumah tertutup sikit. Jenis yang koyak banyak lagi mahal kan. Nak cari yang variegated tapi mahal gila ratusan harganya. Mampu pandang je lah. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya beli dalam RM50 pokok tu termasuk shipping, ok lah tu, takde la mahal sangat. Saya tak boleh letak luar, tak cukup ruang dah dan sayang kalau mati sebab matahari selalunya terik waktu siang. Kat area rumah saya ni tak pasti plak ade nursery ke tak.. nanti klu dah bebas, boleh lah jalan2 survey

      Delete
    2. RM50 untuk saiz besar macam tu termasuk shipping okay lagi lah tu. Terik sangat pun tak sesuai juga. Okaylah letak dalam ada cahaya masuk banyak juga. Kalau lagi mudah beli online, better beli online. nanti masuk nursery banyak pulak angkut bawak balik. hihi

      Delete
    3. Saya letak tepi tingkap, dapat la jugak cahaya. pokok ni org kata leceh nak jaga, air pon tak boleh banyak. ni dah seminggu saya tak siram tp masih segar bugar lagi.. klu pergi nursery nanti banyak pulak terbeli, pernah gak jadi mcm tu kat saya..

      Delete
  3. Oooo... ini la pokoknya

    Wha! Kagum dengan pokok besar2 tu! Cantik rumah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time beli melalui shopee ni uncle. harap2 dapat la membesar macam dalam gambar tu.. puas hati klu dapat besar macam tu..

      Delete
  4. Wah! Ada dedaunan hijau dalam rumah. Dapat bekalan oksigen segar setiap hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru nak berjinak2 kak.. insyaAllah pasni lagi banyak saya beli, nak hijaukan rumah.. hehehe

      Delete
  5. tak sangka afeezz suka tanaman hehee :) mesti jenis tgn sejuk ni!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tangan takde la sejuk mane kak, banyak dah try tanam pokok ni, memula bertunas pastu mati...

      Delete
  6. Wah . Cantik pokok tu . Harga pun boleh tahan juga kan . Semoga pokok monstera membesar dengan jayanya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik kan, hehehe. harga kira ok lah termasuk postage. moga-moga dia membesar dengan jayanya, insyaAllah...

      Delete
  7. sama la pengguna tegar shoopee btw done follow #136

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih cik munirah kerna sudi singgah sini dan follow. InsyaAllah saya akan follow back..

      Delete
  8. Replies
    1. hehehe.. ade org bagi header, kite ubah sikit. klu tak guna nanti apa pula kata org yg memberi tu...

      Delete
  9. Replies
    1. dah lama dah terjebak shopping2 kat shopee ni, tp first time beli live plant. maybe not the last time. ade 2 lg pokok dalam shopping cart saya.. hehehe

      Delete
  10. Berbudi kpd tanah pasti akan dpt hasilnya. Keep it up... Abe suka konsep kitchen garden. Tanam benda2 yg memang selalu guna d dapur spt pandan, cili, serai, kesom dsb...

    ReplyDelete
    Replies
    1. best jugak konsep kitchen garden tu. InysaAllah boleh diusahakan..

      Delete