... dan aku menulis untuk diri sendiri


Di pagi hari terakhir bulan Ramadhan yang berkat ini diiringi hujan renyai2, aku ingin mengucapkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua sahabatku yang sentiasa mengunjungi dan menyokong AMUDS. Semoga kalian semua bergumbira menyambut lebaran tak kira di mana jua kalian berada. Aku juga menyusun semua jari jemariku yang ada memohon maaf zahir dan batin sekiranya (semestinya) ada salah dan silap kata dan penulisan aku yang menyinggung perasaan mana2 pihak sama ada yang disengajakan atau tidak. Semoga ukhwah yang terjalin akan sentiasa mekar di hati kita.

TAQABBALULLAH MINNA WAMINKA


Ku memohon maaf serta ampun
Salam kan ku kirim pengganti diri
Doa restu ayah serta ibu
Menjadi penawar rindu syahdu
Di hari raya


~Salam Sayang~
  • 0 Comments
InsyaAllah kalau tiada aral yang melintang, kite akan menyambut hari lebaran pada hari Selasa akan datang. Ramai dah kawan2 yang telah pulang ke kampung halaman masing2 untuk berhari raya bersama keluarga tersayang. Aku tahun ni akan berhari raya di kampung aku di Selayang saja seperti tahun2 sebelumnya. Ape2 pon, terserah kepada kite untuk menjadikan hari itu hari yang gembira walaupon di mana kite menyambutnya.

Semalam pertama kami dalam bulan Ramadhan tahun ni aku menjejakkan kaki di Jalan TAR, jalan yang tersohor di KL ni setiap kali bulan Ramadhan. Aku rasa hampir seluruh warga kota pergi ke Jalan TAR untuk membeli persiapan raya. Aku takde niat pon untuk membeli ape2, cume menemankan seorang kawan mencari songkok dan butang baju melayu.

Walaupon dikatakan ramai warga kota telah pulang ke kampung halaman masing2, tetapi suasana di Jalan TAR masih tidak berubah. Jalan2 masuk ke kawasan tersebut sesak dengan kenderaan walaupon pada masa kami tiba sudah pon hampir pukul 12.00 tengah malam. Aktiviti jual beli masih meriah, lautan manusia semua dengan tujuan masing2. Berhimpit2, berlaga bontot, teraba itu dan teraba ini perkara biasa kalau dah bersesak2 macam ni. Jumlah pengunjung aku rasa jauh lebih ramai dari jumlah peserta demonstrasi Bersih 2.0 tempoh hari. Alhamdulillah, rakyat Malaysia masih lagi mencintai keamanan.

Pengunjung dari setiap pelusuk KL, melayu ade, cine, india malah orang putih pon ade. Yang datang dengan kawan2, yang datang dengan pasangan, yang datang dengan anak berkoyan2, yang bawak baby pon ade. Kesian baby tu kene usung ke sana ke mari dek mak bapak dia yang exited membeli dan membelah.

Kami beli terus aper yang terniat di hati kerana tak sanggup lagi nak bergasak2 dalam lautan manusia itu. Berjalan dari satu hujung je hujung yang satu lagi memakan masa yang agak lama. Jem di jalan raya pon tak seteruk jem di sini.. hehehe... Ape2 pon, kami dapat aper yang kami cari. Walaupon penat gile, tapi best gak lah, setahun sekali wat bende ni kan.. Sebelum balik, singgah McD untuk bersahur...



~Salam Sayang~
  • 2 Comments
Beberapa hari lagi kite akan menyambut hari lebaran. Ramai kawan2 opis dah mula bercuti dan pulang ke kampung masing2. Tapi aku, hari isnin nanti masih lagi bertugas. Bukannya aper, terasa rugi plak nak cuti pasal, telah pon diisytiharkan hari isnin nnt kerja separuh hari saje. Pukul 1.30 petang dah boleh balik dan membantu ape2 yang patut untuk menyambut hari raya nnt.

Hari ni aku dapat kuih2 hari raya yang aku tempah, biskut tart nenas dan biskut almond london dan dua jenis kek. Habis dah duit bonus yang dapat hari tuh. Tahun ni tak beli banyak pon pasal takut berlaku pembaziran seperti tahun2 sebelum nya. Jadi beli ala kadar jer mane2 kuih yang aku suke dan cume beli dalam 100 biji jer setiap jenis. InsyaAllah kalau takde aral melintang, raya nnt menu utama seperti mengikut tradisi kami adalah nasi impit, rendang samada daging atau ayam, kari atau kurma ayam dan kuah kacang. Kalau tahap kerajinan tinggi, akan disediakan kuah lodeh juga. Perghh.. sedapnye. Hidangan ni selalunya akan disediakan 2 kali saja setahun iaitu pada hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladha. Dihidangkan pada hari raya pertama sahaja pasal kalau ikut kebiasaannya, raya kedua semuanya dah tinggal sisa2 jer.


Dua jenis kek, kek oren dan kek marble


~Salam Sayang~
  • 4 Comments
Sepanjang Ramadhan tahun ni, baru tiga kali aku berbuka puasa di luar, selebihnya berbuka di rumah sahaja. Bagi aku berbuka di rumah lebih selesa dan best walaupon makanan yang dihidangkan takde le sedap maner pon. Yang penting dapat berbuka dengan orang tersayang (huh... saper tuh??.. Family lah, saper lagi).

Kali pertama aku berbuka di luar pada tahun ini adalah di Mid Valley. Kebetulan ade seorang kawan yang terpaksa menghadiri meeting di The Garden, so diajaknya aku berbuka sekali. Kami just berbuka dekat food court atas tu jer sambil mengamalkan dasar berjimat cermat (pasal tu tak pi makan kat tempat yg best2). Walau bagaimanapun, juadah yang dibeli takde le sesedap maner walaupon harganya kalau dibandingkan agak mahal. Sedap lagi makan kat umah walaupon beli kat param jer.

Kali kedua dan kali ketiga aku berbuka puasa di dalam kereta sahaja. Sedih kan. Bukannya aper, asyik sangat berjalan kat param sampai tak dan nak sampai umah, dah masuk waktu berbuka. Jadinya, terpaksalah berbuka dengan aper yg telah dibeli, walaupon cume sebungkus nasi ayam penyet berempah.

Kali kedua, aku dan seorang kawan pergi ke param Seri Serdang. Timing dah baek punya, tibe2 si kawan aku yang sorang ni mengidam ayam goreng McD plak. Terpaksa lah masuk ke McD, dah le beratur panjang, pekerja plak agak slow and steady. Kene tunggu dalam 15 minit sebab ayam baru masuk kuali. Keluar2 McD tu dah dekat waktu berbuka walaupon tak kedengaran azan Maghrib. Masuk dalam kereta, orang kat kedai depan tu tengah sedap makan. Dah masuk waktu rupenye, terpaksa lah kami berbuka dalam kereta jer petang itu, menjamu nasi ayam penyet berempah dan ayam goreng McD jer.

Kali ketiga plak kami ke param Putrajaya. Pusing punya pusing tak sedar masa telah menghampiri waktu berbuka. Bergegas pulang dengan kelajuan maksima. Tapi tak sempat gak, azan Maghrib telah berkumandang tatkala kami lebih kurang 2km lagi dari destinasi. Terus jer berbuka dalam kereta menjamu selera dengan nasi ambeng, murtabak dan cempedak goreng. Kalau lambat tak dapat plak sunat berbuka awal tuh.

p/s : juadah berbuka dalam kereta itu hanya rekaan semata, juadah tersebut di makan di rumah.. hehehe...


~Salam Sayang~
  • 12 Comments
Semalam turn aku plak pi bershopping utk raya. Asik2 dok tengok orang laen pi bershopping, jeles gak rasanya hati. Takkan nak melepaskan peluang jualan murah hari raya ni. Bonus kan dah dapat, aper lagi, kite gunakan duit itu ke arah kebaikan, kebaikan untuk diri sendiri.

Semalam hanya ke Mid Valley sahaja, tak sanggup rasanya nak mengharung lautan manusia di Jalan TAR dan Sogo. Rasanya lebih mudah mengharungi lautan bara daripada lautan manusia dia sana. Mid Valley pon bukannya tak bole dapat barang macam kat Jalan TAR dan Sogo. Jusco ade, Metro pon ade, Carefour, Kamdar, Isetan, Robinson hanya menyebut beberapa nama gedung2 terkenal di Mid Valley. Ape2 pon kan, aku akui, Jalan TAR dan Sogo adalah the best kalau nak shopping kan...

Tak banyak pon aku bershopping, tak habis pon bonus yang dpt hari tuh. Sekadar membeli dua helai baju, sehelai seluar dan lampu lip-lap jer. Baju melayu tak beli pasal recycle je lah yang lepas2. Pilih jer yang maner nak pakai untuk tahun ni. Hitam, coklat cair, pepel, hijau pucuk pisang, biru laut, kuning air, hijau ade garis2. Sampin songket pon ade dua. Dua2 matching dengan semua baju melayu yang ade. Pilih je lah yang maner berkenan. Hehehe...


Barang2 yang dishopping semalam -
2 helai baju, sehelai seluar dan lampu lip-lap



~Salam Sayang~
  • 21 Comments
Barang2 yang diorder sudah sampai, walaupon tak semuanya. Cepat pulak dapat, selalunya dah dekat2 nak raya baru dapat. Tahun ni tak beli banyak pon, cukup lah sekadar untuk menjamu para tetamu yang datang dan untuk makan2 sendiri. Beli pon ape yang aku suke jer.

Diantara yang dah dapat adalah kerepek ubi pedas basah febret aku, kuih samprit dan 2 jenis kacang. Yang masih menunggu adalah kuih tart nenas, 2 jenis kek dan 2-3 jenis biskut raya yang aku pon tak ingat aku order aper. Pada sesiapa yang nak merasa kuih muih aku, jemput lah datang ke rumah saya pada hari raya pertama.

Ape2 pon, yang paling best, barang yang diorder ni pon dah dapat...


Mercun bola tu lebihan tahun2 lepas. Dragon eggs tu jer
yang diorder...


Hahaha... jom maen!!! Kabooom!!!...


~Salam Sayang~
  • 11 Comments


"Pecah Kaca Pecah Gelas
Sudah Baca Harap Balas"

Dah lama tak dengar pantun dua kerat tuh. Cukup glemer pantun tu masa hari raya. Kalau boleh semua kad yang kite kirimkan, mesti kite nak tulis pantun ni. Pastu kepada yang dapat tu, sila2 lah balas. Tapi zaman tu sudah berlalu. Zaman sekarang mana ade orang wat macam tu lagi. Ade ke orang bagi2 kad raya ni lagi? Silap2 budak2 zaman sekarang kad raya pon tak kenal, aper lagi pantun dua kerat yang malasegar tuh.

Sebut pasal kad raya ni, alhamdulillah, masih ade lagi orang yang mengekalkan tradisi ini walaupon aku sendiri rasanya dah pupus keinginan untuk melakukannya. Sabtu lepas aku dapat sekeping kad raya. Terima kasih kepada pengirim yang nampaknya setiap tahun mengirim kepada aku walaupon aku tak pernah membalasnya (hik..hik..hik...). Tanda ingatan tulus ikhlas.

Cerita pasal kad raya lagi, ade gak kenangan manis pasal kad raya ni. Berlaku masa aku menuntut di salah sebuah institusi pengajian tinggi di utara tanah air. Untuk memeriahkan lagi sambutan hari raya yang bakal menjelma, kami tak melepaskan peluang untuk mengirimkan kad raya ni. Untuk menjimatkan kos, kami telah mengirim sekeping kad raya kepada 2 atau 3 orang. Maksudnya di sini, sekeping kad ditujukan untuk 2 atau 3 orang penerima. Siap dengan ucapan2 hari raya untuk setiap penerima. Yang lucunya, kad raya itu datangnya juga dari 2 atau 3 orang pengirim. Yang bestnya, penerima2 itu jugak melakukan perkara yang sama kepada kami, sekeping kad dari 2-3 orang pengirim kepada 2-3 orang penerima. Jadilah... tanda ingatan tulus ikhlas kan.

"Pecah kaca pecah simen
Sudah baca harap komen"


~Salam Sayang~
  • 12 Comments
Ini adalah merupakan entry aku yang ke-400. Sungguh aku tak sangka yang aku boleh bertahan sehingga berjaya melakukan 400 entry di dalam blog aku yang berusia 3 tahun ini. InsyaAllah, dengan akal fikiran dan perjalanan hidup yang dikurniakanNya, aku akan terus menulis dan bercerita di dalam blog ini. Terima kasih kepada pengunjung tegar blog ini dan juga pengunjung2 lain yang sentiasa memberi sokongan. Tanpa kalian, blog ini takkan meriah...

Bercerita mengenai cerita2 di bulan Ramadhan ni, ade satu pengalaman lucu aku di bulan yang mulia ini. Tajuk entry ini adalah Sahur Piranha, bukannya aku bersahur makan piranha goreng macam gambar di atas (nampak macam sedap kan) dan bukannya aku pergi memancing ikan piranha ketika orang sedang bersahur.

Kisah ini berlaku ketika aku sedang menuntut salah sebuah institusi pengajian tinggi di utara tanah air. Sepanjang bulan ramadhan, waktu bersahur yang telah ditetapkan adalah di antara pukul 12.00 tengah malam hingga ke pukul 2.00 pagi. Nak dijadikan ceritera, maka aku dengan beberapa orang sahabat bersiap sedia untuk turun makan sahur. Dalam perjalanan ke dewan makan, kami sempat singgah sebentar di bilik TV. Wah... ade cerita Piranha lah. Layan sat....

Tamat cerita tu kami berjalan kaki ke dewan makan, singgah sebentar di bilik seorang kawan yang terletak di tingkat bawah tuh. Alamak!!... dah pukul 2.30... dewan dah tutup lah. Adoi... Makanya, pagi itu kami bersahur minum air sejuk jer. Semuanya piranha punya pasal....

Oleh sebab itu lah kami menggelarkan kejadian ini "Sahur Piranha".


~Salam Sayang~
  • 6 Comments
Yang lama sudah berganti baru. Yang lama tu memang dah lama digunakan, ade lah dalam 12 tahun sepanjang aku berkhidmat di sini. Tak pernahnya nak tukar walaupon sudah bertukar jawatan lebih kurang 10 tahun yang lepas. Semuanya gara2, kalau nak ganti kene bayar gak. Kedekutnya pasal, gunalah kad lama tu selama yang mungkin.

Semalam, kad lama sudah diganti baharu. Gambar baru, jawatan baru. Tak perlu bayar. Tak sia2 menunggu selama ini. Hahaha...


Kad Lama : 1999 - Ogos 2011


Kad Baru : Ogos 2011


~Salam Sayang~
  • 15 Comments


Hahaha... bahasa apakah yang digunakan oleh Google Translate ini? Mungkin laptop aku rosak kot. Cube anda translatekan ....

"Do not snatch philippines money the people of bangladesh are angry pakistani people hate national row"

dan tengokkan aper yang keluar? Kalau sama mesti ade sesuatu ni kan...


~Salam Sayang~
  • 12 Comments
Assalamualaikum kepada semua peminat blog ini (ade peminat ker). Semoga kalian semua terus berpuasa tanpa mengantoikan diri atau berniat untuk mengantoikan diri. Semoga kite semua dilimpahi dengan semua rahmat yang dikurniakanNya sepanjang bulan mulia ini.

Sepanjang empat hari kite di bulan Ramadhan ini, aku sampai sangat awal ke pejabat, sebelum pukul 7.00 pagi aku dah tercegat di dalam pejabat walaupon waktu berkerja di bulan Ramadhan bermula pada pukul 8.00 pagi. Seperti biasa aku akan membuka pintu, on lampu, on air-con dan membuka kunci palang tempat meletak kenderaan. Kalau dalam bulan tak puasa, jangan harap aku nak buat bende ni semua, hahaha...

Pagi ini aku clock-in pada pukul 6.58 pagi. Aku staf pertama yang sampai ke opis pagi ni. Suasana pagi ni gelap dan suram jer, maklumlah, pagi2 dah macam nak hujan. Macam biasa, aku onkan segalanya kemudian aku ke tandas. Aku perhatikan, tandas kelihatan basah macam baru lepas dicuci. Aku tengok lantai pon basah dan macam baru lepas dimop. Aku pelik.. takkan kakak cleaner tu dah cuci toilet pagi2 macam ni, dia pon tak mai keje lagi. Masuk air hujan kot.. Eh, tak juga, tingkap tertutup. Ermmm... Ahh... biarlah...

Takde ape plak yang meremangkan bulu tengkok aku dengan kejadian ini. Walaupon pernah gak lah beberapa kes paranormal activity pernah terjadi kat sini. Bulan pose maner ade hantu, semuanya kene rantai kan....


~Salam Sayang~
  • 15 Comments
Ramadhan kembali lagi bertemu kita. Selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa kepada yang tak berpuasa pada hari ini dan kepada yang merancang untuk tidak berpuasa sepanjang Ramadhan ini. Semoga kalian mendapat hidayat Allah sepanjang bulan mulia yang mengandungi seribu malah berjuta2 kerahmatan. Kepada yang berpuasa, tak perlulah aku ucapkan selamat, kerana kita akan selamat di bawah lindunganNya sepanjang bulan ini.

Pagi ini seawal pukul 5.00 pagi aku sudah terjaga dari lena. Wah.. bersemangat nak bersahur bersama keluarga. Makan ala kadar jer, biasa lah, pagi2 macam ni tak selera nak makan. Tapi, Alhamdulillah, selera makan tu masih ade. Habis jugak lah aper yg dihidangkan tanpa pembaziran.

Sepanjang bulan Ramadhan ni, niat di hati lepas subuh nak terus ke pejabat. Bulan ni waktu pejabat masuk pukul 8.00 pagi dan balik pukul 4.30 petang. Mengikut pengalaman yang lepas2, trafik akan menjadi sesak luar biasa sepanjang bulan puasa ni. Mungkin semua keluar awal. Untuk mengelakkan kesesakan yang menguji kesobaran itu, pagi ini selepas subuh seawal pukul 6.15 pagi aku telah keluar dari rumah. Jalan sangat lengang dan aku memandu dalam keadaan yang santai. Tak perlu nak marah2 yang boleh membuatkan my blood go up stairs. Pukul 6.53 pagi aku dah clock in, sempat singgah beli sarapan bank keluarkan duit.

Bulan puasa ni gak nak tgk samada jisim badan boleh dikurangkan atau tidak. As per pagi tadi, jisim aku adalah sebanyak x2.0kg.


~Salam Sayang~
  • 8 Comments

Search This Blog

About Me

My photo
afeezz
Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
'afeezz tu memang cukup indah untuk dicintai tapi cukup susah untuk dimiliki' - anonymous 2010
View my complete profile

Total Pageviews (since July 2008)

Follow Me

  • instagram
  • facebook
  • Twitter

My Followers (Thank You)

Blog Lists

  • Blog Sihatimerahjambu
    Check Out Hotel Hilton Garden Inn KL-North
    2 hours ago
  • AMMI
    Ada apa dengan Gen X
    4 hours ago
  • Monolog Kakmim
    Teringat Blogger Kak Ret
    5 hours ago
  • AMIE'S LITTLE KITCHEN
    Sanah Helwah Encik Suami
    16 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    June 18, 2025
    19 hours ago
  • Syazni Rahim Blog
    Abah
    21 hours ago
  • Travel My Way
    Uzbekistan Part 3 : Lunch At Anjir Restaurant With Mr Hafiz & Mr Salahudin
    1 day ago
  • KomenSen
    SIAPA PERLUKAN SIAPA SEBENARNYA?
    1 day ago
  • fairus.com
    WW : Self Portrait by AI
    1 day ago
  • ABAM KIE : Man of The House
    10 Tanda Rasa Dalam Rumah Tangga Sudah Mula Pudar
    1 day ago
  • BLOG RABIA ADAWIYAH
    Cucur ikan bilis adabi by Rabia
    1 day ago
  • Bola Katok
    Demam sebab bisul.
    1 day ago
  • CikCappuccinoLatte
    Kawan Racun Beli ANAS Lipmatte Masa Sale !!
    2 days ago
  • Warisan Petani
    WW 590 : Shopping Keperluan Kebun
    1 week ago
  • MRS.A my blog my stori
    Barakallah Fii Umrik
    1 week ago
  • 🌷Rasyidasheresimpleblog🌷
    Review kamera Samsung Galaxy A35
    5 weeks ago
  • SEMUT SENYUM
    Lebih Sedekad Krisis Air Di Selangor
    1 month ago
  • PESONA ETUZA
    Serba Putih Family Etuza Sempena Perkahwinan Azie & Fikri
    2 months ago
  • Aiman Abdullah
    Itinerari Trip Mount Fuji 3H2M - Nikmat Keindahan Alam Di Lake Yamanaka Jepun
    4 months ago
  • cikguzim
    Petua & Cara Membersihkan Hati
    4 months ago
  • LADY LIKE ME !
    Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️
    1 year ago
  • As Samsudin
    Pelari Misteri vs Turtle Runner
    1 year ago
  • SITI.YANG.MENAIP
    Salam Dari Tanah Suci
    1 year ago
  • Shida Radzuan Blog
    Aku Masih Ingin Menaip
    2 years ago
  • Tiga Lalat 2021
    NEW BLOG I AM
    2 years ago
  • Adinda Baizura Mazlan
    Tenang. Kamu Mampu.
    2 years ago
  • ! acuyuhan
    Nineteen61 Cafe Kuantan
    3 years ago
  • ixa-rism
    One Hundred Eighty Seven
    5 years ago
  • Dunhill guy
    Seketika di bangi
    10 years ago
Show 10 Show All

Blog Archive

  • ►  2025 (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
  • ►  2024 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2023 (2)
    • ►  December (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2022 (3)
    • ►  December (1)
    • ►  June (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2021 (77)
    • ►  December (7)
    • ►  November (8)
    • ►  October (7)
    • ►  September (8)
    • ►  August (6)
    • ►  July (7)
    • ►  June (5)
    • ►  May (8)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (5)
    • ►  January (4)
  • ►  2020 (40)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (1)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (36)
    • ►  December (3)
    • ►  November (3)
    • ►  October (4)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (2)
    • ►  March (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2018 (28)
    • ►  December (4)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (29)
    • ►  December (1)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (4)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (37)
    • ►  December (2)
    • ►  November (3)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2015 (50)
    • ►  December (6)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (6)
    • ►  August (4)
    • ►  July (4)
    • ►  June (4)
    • ►  May (3)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  February (6)
    • ►  January (3)
  • ►  2014 (50)
    • ►  December (3)
    • ►  November (4)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (4)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (1)
    • ►  March (4)
    • ►  February (5)
    • ►  January (5)
  • ►  2013 (106)
    • ►  December (6)
    • ►  November (7)
    • ►  October (6)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (10)
    • ►  June (9)
    • ►  May (10)
    • ►  April (10)
    • ►  March (10)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2012 (117)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (9)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (8)
    • ►  May (9)
    • ►  April (10)
    • ►  March (10)
    • ►  February (9)
    • ►  January (10)
  • ▼  2011 (124)
    • ►  December (13)
    • ►  November (10)
    • ►  October (8)
    • ►  September (9)
    • ▼  August (12)
      • 407 : Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan...
      • 406 : Menjelang Hari Lebaran II
      • 405 : Menjelang Hari Lebaran
      • 404 : Berbuka Di Mana ?
      • 403 : Shopping-Shopping Raya
      • 402 : Barang Yang DiOrder Sudah Sampai
      • 401 : Pecah Kaca Pecah Gelas
      • 400 : Sahur Piranha
      • 399 : Yang Lama Sudah Berganti Baru
      • 398 : Jangan Percaya Pada Google Translate
      • 397 : Di Suatu Pagi Yang Sepi Dan Dingin
      • 396 : Selamat Berpuasa Kepada Yang Tak Berpuasa
    • ►  July (10)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (10)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (10)
  • ►  2010 (132)
    • ►  December (11)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (11)
    • ►  August (13)
    • ►  July (14)
    • ►  June (8)
    • ►  May (9)
    • ►  April (15)
    • ►  March (9)
    • ►  February (11)
    • ►  January (9)
  • ►  2009 (146)
    • ►  December (9)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (14)
    • ►  August (18)
    • ►  July (19)
    • ►  June (16)
    • ►  May (9)
    • ►  April (13)
    • ►  March (7)
    • ►  February (13)
    • ►  January (6)
  • ►  2008 (45)
    • ►  December (2)
    • ►  November (7)
    • ►  October (7)
    • ►  September (12)
    • ►  August (9)
    • ►  July (8)

My Travel Story - To Infinity and Beyond

  • 2008 : United Kingdom (1)
  • 2011 : Indonesia - Medan (8)
  • 2013 : Indonesia - Bandung (6)
  • 2014 : Singapura (2)
  • 2015 : Kemboja - Siem Reap (6)
  • 2016 : Thailand - Krabi (5)
  • 2017 : Jepun - Tokyo (10)
  • 2019 : Korea Selatan - Seoul (10)
  • 2022 : Thailand - Krabi (4)

My Travel Story - Malaysia

  • 2009 : Pulau Pinang (1)
  • 2011 : Kedah - Pulau Langkawi (4)
  • 2011 : Sabah - Kota Kinabalu (6)
  • 2012 : Road Trip 1.0 (3)
  • 2012 : Sarawak - Kuching (6)
  • 2013 : Road Trip 2.0 (3)
  • 2014 : Pulau Pinang (2)
  • 2015 : Kedah - Pulau Langkawi (4)
  • 2018 : Pahang - Cherating (3)
  • 2020 : Pahang - Cameron Highlands (2)
  • 2020 : Perak - Pulau Pangkor (3)

Top 5 Weekly Popular Posts

  • 1035 : Catatan Perjalanan Cuti-Cuti Malaysia : Pulau Langkawi, Kedah (Episod 1) - Dari KUL ke LGK
    Sepanjang tempoh berehat aku dulu dari tahun 2022, 2023 dan berlanjutan sehingga ke tahun 2024, sempat juga aku bercuti ke Pulau Langkawi. P...
  • 1034 : Surat Beranak Yang Hilang? Pengalaman Mendapatkan Sijil Kelahiran Yang Baru
    Simpan punya simpan last-last masa nak guna, masa tu lah tak jumpa. Beberapa minggu yang lalu, setelah beberapa hari melakukan proses mencar...
  • 1033 : Wordless Wednesday (Episod 10) - June 2025
      Title : Lembaga Hitam (The Black Entity) Location : Cyberjaya, Selangor, Malaysia Date : 13 February 2023 (Monday) Time : Unknown
  • 325 : Angan-Angan, Bila Mencari ....
    Tahun ni menyimpan angan-angan untuk beli henset baru lah. Dah lama benar guna henset yang ni. Inilah satu2nya henset yang aku ada, inilah s...
  • 1032 : Throwback Thursday (Episod 4) : Malang Tidak Berbau - Akibat Micro Sleep
      Malang tidak berbau. Walaupun sudah berhati-hati, bak kata pepatah Melayu, kalau dah nak kene akan kene juga.. Kejadian berlaku pada 31 Og...

Labels

Hanya Nak Cerita (300) Jalan-Jalan (145) Makan-Makan (90) Cuti - Cuti Malaysia (82) Ucapan Dari Hati (80) Hiburan (79) Saje Nak Tayang (73) Gambar (46) Cuti - Cuti Luar Negara (45) Masak Sendiri Makan Sendiri (35) Sukan (30) Kerja (26) Luahan Perasaan (24) Kerinduan (21) Takde Idea Nak Menulis (18) Famili (10) Wordless Wednesday (10) Pengetahuan Bersama (8) GiveAway (3)

Mereka Yang Rajin Memberi Komen

instagram

Template Created By : ThemeXpose . All Rights Reserved.

Back to top