... dan aku menulis untuk diri sendiri

Mari berhibur dengan sebuah lagu sedih dari Allahyarham Sudirman Haji Arshad yang berjudul Patah Hati. Tiba-tiba hari ni terlayan lagu ni semasa mendengar lagu Ayah dan Ibu. Terus tangkap lentuk dan tangkap cintan ngan lagu ni. Bukannya aku sedang berpatah hati, tapi hatiku tenang mendengar irama yang sungguh indah dengan lenggok suara yang begitu merdu. Patutlah beliau digelar Penyanyi No. 1 Asia suatu ketika dahulu. Al-Fatihah buat beliau.


~Salam Sayang~
  • 5 Comments
Semalam seorang rakan mengajak aku pergi mandi sungai. Disebabkan aku takde aper2 perancangan semalam, aku bersetuju saja dengan cadangan kawan aku tuh. Masalahnya kami tak tau nak ke mana dan tak tau pulak jalan nak ke sana. Dengan bantuan seorang rakan kepada rakan aku tu, kami berjaya sampai ke Daerah Hulu Langat.

Tapi sebelum itu kami telah dibawa melencong ke rumah rakan kepada rakan aku tu di kawasan yang sama. Kami dijamu dengan durian di sana. Kebetulan mmg musim durian, aper lagi, pulun durian smpi tak sedar diri. Rumah rakan kepada rakan aku tu mmg dalam kawasan dusun. mmg tenang dan damai jer. Banyak pokok buah2an, durian, manggis, langsat... nak datang lagi rasanya masa musim manggis plak... hahhaa... tak malunye aku..


Durian... nyam3...

Puas makan durian, kami menaiki moto pergi ke Sungai Congkak untuk mandi-manda. Dah banyak sgt makan durian, badan pon jd panas, so berendam dalam air sungai yg sejuk tu lah untuk menyejukkan diri. Tak ramai sangat orang, so kami pon mencari port yg best untuk berendam. Sejuk rasa badan... kecut segala2nya.


Sungai Congkak

Seronok dapat mandi sungai, dah lama tak mandi sungai sampai aku tak ingat bila last time aku mandi sungai.

Puas berendam, kami balik ke rumah rakan kepada rakan aku tu. Dijamu pulak makan tengahari, masak lemak ikan talapia, ikan masin, sambal sardin, cencaluk. Sampai tambah dua kali aku makan semalam. Alhamdulillah... kenyang... Then.. durian time lagi.. hahhaha

Seronok semalam, terisi gak hari2 aku yang membosankan. Hehehe... terima kasih kepada rakan aku tu kerana mengajak aku makan durian bersama. Terima kasih gak kepada rakan kepada rakan aku tu untuk segalanya. Hehehe... best3...


~Salam Sayang~
  • 9 Comments
Pada hari sabtu malam semasa berada di Johor, aku berjumpa dengan seorang rakan blogger. Siapa lagi di Pontian tu kalau bukan Mr. Ayah Zain. (Sorry AZ terpaksa bocor rahsia, lagi pon gambar2 kat entry ni same jer macam entry AZ, hahahah.) AZ telah membawa aku makan ke sebuah restoren kegemarannya, Restoran Mandela. Susah betul nak ke Mandela ni, terpaksa meredah hutan dan belukar, rasa macam berada di Africa Selatan plak. Sesuwai betul dengan namanya. Ape2 pon terima kasih kepada AZ. Gambar2 berikut hanya untuk jamuan mata rakan2 yang lain. Klu ke Pontian, jangan lupe contect AZ.


Ikan Siakap Tiga Rasa - nyam3
(sila abaikan dua jari tersebut)





(1) Udang Goreng Kunyit (2) Lala Masak Sambal
(3) Kailan Ikan Masin (4) Siakap Tiga Rasa
(5) Tom Yam Sayur (6) Ketam Lada Hitam


Wajah ceria sebelum menikmati juadah yang dihidangkan


~Salam Sayang~
  • 11 Comments
Selamat sudah perjalanan aku pergi dan kembali dari Johor Darul Takzim. Perjalanan jauh sulung ku bersama Cik Siti Nur, seronok tetapi amat memenatkan.

Bertolak pada hari Jumaat 18 Jun lepas lebih kurang pukul 9.30 pagi. Singgah di Hentian Rehat dan Rawat Seremban untuk menunggu adik dan kakak tiba, kemudian perjalanan diteruskan. Keadaan jalan sungguh selesa sehingga tidak perasan kelajuan telah mencecah 150km/j. Kenderaan diperlahankan demi keselamatan diri dan keluarga. Tiba di rumah abang sulung lebih kurang pukul 2.30 petang.

Aktiviti petang pula, kami pergi ke Ayer Hitam. Aku hanya menjadi driver jer, takde niat nak membeli ape2. Just emak ngan adik nak mencari bunga. Katenya bunga2 murah kat sini. Entah lah, ade aku kesah. Aku follow mak memilih bunga yang di berkenan. Rambang mata dia nak pilih, last2 dia cakap "ko pilih lah maner yang ko suka". Erk... aku plak yg kene pilih, aku ni bukan tau pon pasal bunga2 ni. Setelah hampir maghrib berlegar2 di ruang kedai tu, akhirnya ayah yang membuat pilihan. Dipilihnya bunga orkid ungu, yang mana aku pon berkenan pada bunga ni. Harga selepas diskaun, tak sampai RM100. Dalam lebih kurang pukul 8.30 malam, kami berangkat pulang ke rumah abang sulung.

19 Jun 2010 : Kami semua ke Johor Bahru untukmenghadiri kenduri seorang sepupu. Kami tiba lebih kurang pukul 11.30 pagi dan tetamu masih tidak ramai. Pengantin pon masih berseluar pendek ke hulu dan ke hilir. Selepas menjamu selera, takde ape yang boleh dibuat hanya lepak2 di dalam rumah smpi terlelap aku dibuatnya. Akibat kebosanan itu, aku menjadi resah, duduk salah, berdiri salah, ke luar pon salah, tak tahu aku nak buat ape. Last2 aku duduk di dalam kereta, bukak air-con dan radio kuat2 dan aku tidor sorang2. Pukul 4.00 petang aku ajak kakak aku balik tatkala ahli keluarga lain masih belum mahu balik.

Malam selepas maghrib, aku keluar berjumpa seorang kawan di Pontian. Memang dah berjanji dengan dia. Kami ke kedai pebret kawan aku tu di Kukup. Nama kedai tu Mandella. Not bad... makan sampai tak sedar diri kekenyangan. Ape2 pun aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada kawan aku tu kerna sudi membelanja aku makan malam itu.

20 Jun 2010 : Pukul 8.00 pagi matahari dah tinggi, tak macam kat KL. Hari dah cerah, tengok jam masih pukul 8.00 pagi. Pagi ni ade beberapa program sebelum berangkat pulang ke KL. Pertama sekali, aku membawa ayah, mak ngan nenek ke rumah keluarga ayah di kampung yang sama gak. Tak smpi 10 minit perjalanan. Cume menjenguk dan bertanya khabar kepada orang tua itu. Dalam perjalanan pulang kami singgah pula di kedai Pak Uda. Sekadar menjenguk dan bertanya khabar sambil mengepow buah2 yang ada di kedainya. Dapat le jugak manggis, pisang dan durian. Pak Uda ni tak kedekut klu nak amik buah2 di kedai dia. Kemudian, kami beramai2 pergi ke rumah kak ipar aku yang juga tak jauh dari situ. Alang2 dah sampai, kami melawat le saudara mara yang ade di sana. Bile lagi nak menjenguk, entah esok lusa, dah tak dapat berjumpa lagi, manelah tau kan.

Aku tiba di Selayang lebih kurang pukul 5.30 petang selepas singgah berehat di rumah kakak di Puchong dan mengambil ayah di rumah abang di Jalan Duta. Sungguh letih tidak terhingga. Nasib baik hari ni aku cuti. Dapat merehatkan diri.


~Salam Sayang~
  • 11 Comments

Pontian, Johor

Salam kawan-kawan. Saya akan berada di Johor dari 18 hingga 20 Jun 2010.
Sehingga kita bertemu lagi, silalah merindui saya.


~Salam Sayang~

  • 5 Comments
Kalau ikutkan jadual harian aku yang biasa, pagi pergi kerja (tapi takde keje) pastu balik keje, sampai rumah lepak sampai ke malam. Itu lah rutin harian hidup aku yang agak membosankan. Tapi minggu ni aku rasa rutin jadual harian aku agak berbeza sikit. Atleast ade gak aktiviti yang aku lakukan, takde le aku akan boring sepanjang minggu ni.

14 - 15/6 : Kerja macam biasa, tp still takde kerja yang bole aku lakukan. So, melepak je lah sampai balik. Ade sesiapa yg nak offer aku kerja part-time tak? Desperate ni.... hahaha

16/6 : Aku dah mohon cuti tapi tak diluluskan lagi. Pelulus pertama masih bercuti. Klu tak diluluskan gak, aku akan still pergi bercuti. Pedulik aper aku. 16/6 pagi aku nak ke bank di Batu Caves. Orang bank sibuk dah call aku, katenya ade masalah dengan aku nyer SI, tak boleh nak deduct katenye. Ape problem pon aku tak tau. Kacau betullah. Rasa nak kensel jer SI tu. Pastu aku rasa nak singgah kedai moto, nak beli helmet nak ganti helmet lama. Nak naik moto balik pi keje. Then aku nak servis Cik Siti Nur. Dah sampai masa untuk diservis, baru servis yang ke-3, masih free, sayang plak klu biarkan begitu saje. Dalam menunggu Cik Siti diservis, aku nak ronda2 Mid Valley, nak shopping le kununnya. Nak beli Tissot. Ade sesiapa nak temankan aku? Starbucks on me...

17/6 : Nak bawak mak pi HKL, ade appointment. Mungkin sekejap jer. Petang tak tau nak wat aper. Jom tengok wayang?

18/6 : Nak balik Johor lepas Jumaat. Tapi tak tau lagi programnya macam mana. Abang, kakak, adik semua nak balik juga, ade kenduri kawen kat JB. Abang nak balik Sabtu. Kakak nak tumpang aku, adik tak tau nak balik bile. Jumaat malam mungkin ade di Pontian. Jom AZ, kite pi makan2 tmpt pebret AZ tuh... aper name dia, Mandela??

19/6 : Pi JB, sepupu kawen, Aku gak yang still single.

20/6 : Mak kata pagi2 dah nak balik KL. Takut jalam jem, maklumlah cuti sekolah dah habis. Harap pagi2 tu tak jem lah...

21/6 : Aku on leave hari ni... Nak berehat


~Salam Sayang~
  • 6 Comments
Mee Rebus


Menu sarapan aku pagi tadi dan pagi semalam, mee rebus. Baru sedap dan berselera makan sarapan hari ni dan semalam, kalau tak asik makan bende yang sama jer. Muak dah rasa tekak bila hari2 makan mee goreng, beehoon goreng, kuew teow goreng, nasi goreng dan yang seangkatan dengan nya. Kedai2 kat tempat aku keje ni macam dah tak tau masak bende yang lain, asik2 bende2 goreng tuh jer. Setiap hari bende yang sama. Sesekali cube lah buat bende yang lain. Ermmm....


~Salam Sayang~
  • 9 Comments
Macam ni lah keadaan aku sekarang. Pergi kerja tapi takde kerja nak dibuat. Ramai yang kata "best la macam tu, takde kerja". Bagi aku mmg best, kalau sehari dua macam tu best lah, tapi klu dah hari2 macam tu, bole biol aku dibuatnya.

Tak tau nak discribe tugas aku macam mana. Tugas2 yang tertulis di dalam senarai tugas semuanya on and off, kalau ade baru aku buat, klu takde, melepak le smpi ke petang.

Tapi, kalau ade bende yang aku kene buat, mmg susah aku nak selesaikan. Tensi dan penat kepala dan otak berfikir nak menyelesaikan nye. Kadang2 sampai 3-4 hari pon tak selesai, dan selalunya aku dah tak bertegur saper ngan kawan sepejabat pasal punye lah tekun menyelesaikan tugas yang diberi. Baru lah aku bersemangat nak pergi kerja. Hahaha...

Gambar di atas tu diambil beberapa hari lepas. Bila boss tak buat tugas dia, orang akan tanya aku, dan aku plak kene menyelesaikannya. Diaorang bukan nak tanya boss tu sendiri. Bende dah due date, terpaksa aku selesaikan segera. Nak makan biskut pon tak sempat, terus letak atas meja, tak dan nak cari piring.

Kenapa aku post entry ni, saje nak cerita...


~Salam Sayang~
  • 15 Comments

Search This Blog

About Me

My photo
afeezz
Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
'afeezz tu memang cukup indah untuk dicintai tapi cukup susah untuk dimiliki' - anonymous 2010
View my complete profile

Total Pageviews (since July 2008)

Follow Me

  • instagram
  • facebook
  • Twitter

My Followers (Thank You)

Blog Lists

  • Blog Begins At Forty
    March 24, 2023
    2 hours ago
  • Aiman Abdullah
    Siaran Langsung Live Malaysia B-22 Merlion Cup 2023
    3 hours ago
  • CikCappuccinoLatte
    Menu Berbuka Khairulaming : Ayam Gepuk Sambal & Kicap
    4 hours ago
  • AMIE'S LITTLE KITCHEN
    Tiru Macam Saya!
    5 hours ago
  • Blog Sihatimerahjambu
    4 Menu Air Berbuka Puasa Khairul Aming 2023
    8 hours ago
  • As Samsudin
    Ramadan Kareem 1444H
    9 hours ago
  • ABAM KIE : Man of The House
    Kes remeh hingga bercerai
    11 hours ago
  • BLOG RABIA ADAWIYAH
    Hadiah untuk Raydah Blogger
    13 hours ago
  • Syazni Rahim Blog
    Makanan Yang Tidak Sesuai Untuk Berbuka Puasa
    1 day ago
  • Monolog Kakmim
    Throwback Thursday - 1 Ramadhan Zaman PKP
    1 day ago
  • KomenSen
    KENAPA SAYA DAH MALAS NAK PERGI HYPERMARKET?
    1 day ago
  • Bola Katok
    Review filem anime The First Slam Dunk.
    2 days ago
  • MRS.A my blog my stori
    Potluck Pra-Ramadhan 1444H
    3 days ago
  • AMMI
    Aku takut
    4 days ago
  • Warisan Petani
    'Yut' Hanyut Buat Selama-lamanya
    5 days ago
  • cikguzim
    Lancarkan kencing dengan air barli
    2 weeks ago
  • fairus.com
    Sehari di Pekan Baru, Riau, Indonesia
    4 weeks ago
  • SEMUT SENYUM
    Tenang Lubuk Jiwa
    5 weeks ago
  • SITI.YANG.MENAIP
    Happy New Year 2023 | SitiYangMenaip Masih Ada
    2 months ago
  • LADY LIKE ME !
    HAPPY 2023 !!
    2 months ago
  • ixa-rism
    One Hundred Nine One
    4 months ago
  • PESONA ETUZA
    Johor Kami Datang Dengan Hati Girang
    6 months ago
  • Tiga Lalat 2021
    NEW BLOG I AM
    6 months ago
  • Shida Radzuan Blog
    Susahnya untuk konsisten
    7 months ago
  • Adinda Baizura Mazlan
    Tenang. Kamu Mampu.
    7 months ago
  • ! acuyuhan
    Nineteen61 Cafe Kuantan
    1 year ago
  • Dunhill guy
    Handmade Design Phone Case
    1 year ago
Show 10 Show All

Blog Archive

  • ►  2023 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2022 (3)
    • ►  December (1)
    • ►  June (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2021 (77)
    • ►  December (7)
    • ►  November (8)
    • ►  October (7)
    • ►  September (8)
    • ►  August (6)
    • ►  July (7)
    • ►  June (5)
    • ►  May (8)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (5)
    • ►  January (4)
  • ►  2020 (40)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (1)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (36)
    • ►  December (3)
    • ►  November (3)
    • ►  October (4)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (2)
    • ►  March (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2018 (28)
    • ►  December (4)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (29)
    • ►  December (1)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (4)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (37)
    • ►  December (2)
    • ►  November (3)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2015 (50)
    • ►  December (6)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (6)
    • ►  August (4)
    • ►  July (4)
    • ►  June (4)
    • ►  May (3)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  February (6)
    • ►  January (3)
  • ►  2014 (50)
    • ►  December (3)
    • ►  November (4)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (4)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (1)
    • ►  March (4)
    • ►  February (5)
    • ►  January (5)
  • ►  2013 (106)
    • ►  December (6)
    • ►  November (7)
    • ►  October (6)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (10)
    • ►  June (9)
    • ►  May (10)
    • ►  April (10)
    • ►  March (10)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2012 (117)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (9)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (8)
    • ►  May (9)
    • ►  April (10)
    • ►  March (10)
    • ►  February (9)
    • ►  January (10)
  • ►  2011 (124)
    • ►  December (13)
    • ►  November (10)
    • ►  October (8)
    • ►  September (9)
    • ►  August (12)
    • ►  July (10)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (10)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (10)
  • ▼  2010 (132)
    • ►  December (11)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (11)
    • ►  August (13)
    • ►  July (14)
    • ▼  June (8)
      • 252 : Mari Berhibur
      • 251 : Sehari Di Hulu
      • 250 : Johor - Part III
      • 249 : Johor - Part II
      • 248 : Johor
      • 247 : Jadual Minggu Ini
      • 246 : Menu - Mee Rebus
      • 245 : Kerja Tapi Takde Kerja
    • ►  May (9)
    • ►  April (15)
    • ►  March (9)
    • ►  February (11)
    • ►  January (9)
  • ►  2009 (146)
    • ►  December (9)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (14)
    • ►  August (18)
    • ►  July (19)
    • ►  June (16)
    • ►  May (9)
    • ►  April (13)
    • ►  March (7)
    • ►  February (13)
    • ►  January (6)
  • ►  2008 (45)
    • ►  December (2)
    • ►  November (7)
    • ►  October (7)
    • ►  September (12)
    • ►  August (9)
    • ►  July (8)

My Travel Story - To Infinity and Beyond

  • 2008 : United Kingdom (1)
  • 2011 : Indonesia - Medan (8)
  • 2013 : Indonesia - Bandung (6)
  • 2014 : Singapura (2)
  • 2015 : Kemboja - Siem Reap (6)
  • 2016 : Thailand - Krabi (5)
  • 2017 : Jepun - Tokyo (10)
  • 2019 : Korea Selatan - Seoul (10)

My Travel Story - Malaysia

  • 2009 : Pulau Pinang (1)
  • 2011 : Kedah - Pulau Langkawi (4)
  • 2011 : Sabah - Kota Kinabalu (6)
  • 2012 : Road Trip 1.0 (3)
  • 2012 : Sarawak - Kuching (6)
  • 2013 : Road Trip 2.0 (3)
  • 2014 : Pulau Pinang (2)
  • 2015 : Kedah - Pulau Langkawi (4)
  • 2018 : Pahang - Cherating (3)
  • 2020 : Pahang - Cameron Highlands (2)
  • 2020 : Perak - Pulau Pangkor (3)

Top 5 Weekly Popular Posts

  • 1000 : Bila Lampu Brek Menyala Tak Padam-Padam
    Korang pernah ada pengalaman tak, bila lampu brek kereta korang termasuk lampu brek ketiga menyala tapi tak mahu padam? Macam ada satu entit...
  • 999 : Throwback Thursday - October 2021
    Pada hari ini (7 Oktober) pada tahun 2019, aku berjaya menjejakkan kaki ke Pulau Nami, Korea Selatan. Hujan turun membasahi bumi pada pagi ...
  • 1001 : Satu Ribu Satu Cerita Aku
    Perasan atau tidak, jumlah post di dalam blog aku yang tak seberapa ni sudah mencapai ke angka 1001 termasuk post ini. Tak pernah ku sangka ...
  • 812 : Big Home Expo 2017
    Poster Big Home Expo 2017 Big Home Expo 2017 telah diadakan dari 16 hingga 19 Februari 2017 bertempat di Stadium Bukit Jalil. Ini ada...
  • 813 : Wishing Myself A Happy Birthday (Episod 2)
    Tanggal 25 Februari yang lepas adalah hari ulang tahun kelahiran aku. Seperti tahun-tahun sebelumnya, pada tahun ni aku masih berusia 21 t...

Labels

Hanya Nak Cerita (298) Jalan-Jalan (145) Makan-Makan (90) Cuti - Cuti Malaysia (82) Ucapan Dari Hati (80) Hiburan (79) Saje Nak Tayang (73) Gambar (46) Cuti - Cuti Luar Negara (43) Masak Sendiri Makan Sendiri (35) Sukan (30) Kerja (26) Luahan Perasaan (24) Kerinduan (21) Takde Idea Nak Menulis (17) Famili (10) Pengetahuan Bersama (8) Wordless Wednesday (8) GiveAway (3)

Mereka Yang Rajin Memberi Komen

instagram

Template Created By : ThemeXpose . All Rights Reserved.

Back to top