... dan aku menulis untuk diri sendiri

Assalamualaikum...

Dalam bulan Oktober 2026 ini, dua perpisahan yang tidak dapat dielakkan telah berlaku pada aku. Pertama dulu dan telah aku ceritakan mengenai motorsikal kesayangan aku yang telah aku jual kepada kakak aku. Kedua, satu-satunya kereta aku juga telah bertukar tangan walaupon masih tidak bertukar hak milik. Kereta itu juga telah bertukar tangan kepada kakak aku juga. Kali ini bukan aku jual tetapi hanya memberikan kepada kakak aku untuk digunakan memandangkan aku juga sudah tidak boleh memandu kereta.

Abang WoTonG di Kuala Kemaman, Terengganu

Kereta itu dari jenis Honda City telah aku beli pada Disember 2009. Keadaannya masih lagi elok walaupon sudah tua. Banyak kenangan manis dah pahit sepanjang kami bersama. Seluruh negeri di Semenanjung Malaysia telah dijejaki dan pernah juga dipandu sehingga ke Krabi, Thailand. 

Abang WoTonG di Kuala Kangsar, Perak

Abang WoTonG di Bukit Fraser

Sejak aku membeli motorsikal Yamaha LC 135 aku pada Julai 2023, aku sudah jarang menggunakan kereta aku itu yang aku beri nama Abang WoTonG. Dan Abang WoTonG terus ditinggalkan semasa aku jatuh sakit sehingga ia tidak dapat dihidupkan lagi. Niat di hati memang ingin memberi kepada ahli keluarga lain yang mahu menggunakannya tetapi sehingga ke sudah tiada siapa yang sudi. Sedih juga melihat keadaannya sehingga ada juga terlintas di hati untuk menjualnya sahaja.

Abang WoTonG atas feri Pulau Pinang

Abang WoTonG di Pantai Merdeka, Kedah

Tiba-tiba pada suatu hari, kakak aku menghantar pesanan ringkas bertanyakan tentang kereta itu dan memohon kebenaran untuk menggunakannya. Aku bersetuju dan memaklumkan keadaan kereta itu di mana ia perlu diperbaiki dan bersetuju untuk berkongsi jumlah pembayarannya. Pada 4 Oktober 2026 percubaan untuk 'jump start' enjinnya berjaya, bermakna enjinnya masih baik cuma baterinya yang sudah kong. 

Abang WoTonG di Jeli, Kelantan

Keesokkann harinya kakak dan suaminya datang mengambil kereta itu dan dibawa untuk ditukar baterinya dan terus dibawa ke bengkel untuk pemeriksaan seterusnya. Dan sekarang ia telah mendapat tuan yang baru untuk memberikan khidmatnya selagi diperlukan. 

Gambar terakhir Abang WoTonG semasa percubaan 'jump-start'

  • 3 Comments

 


Ini adalah motor aku, kalau diikutkan motor kedua aku. Motor pertama atas nama aku dah lama tersadai di kampung, takda siapa yang nak guna. Kesian dia.

Motor kedua ni aku beli pada Julai 2023. Aku beli motor ni kerana aku dah tak tahan lagi nak drive kereta hari-hari ke tempat kerja. Semua orang pon tahu macam mana tahap kesesakan lalu lintas di KL ni pada setiap waktu puncak. Jarak dari rumah aku ke tempat kerja, kalau tak jem dalam 30 - 40 minit saja boleh sampai. Tapi kalau waktu puncak boleh mencapai 1 jam 30 minit ke 2 jam. Memang tua aku di jalan raya hari-hari macam ni. Tak larat dah kalau tiap-tiap hari terpaksa meluangkan masa 3 - 4 jam terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Lalu aku pon mengambil keputusan untuk membeli sebuah motor baru saja untuk ke tempat kerja. Aku dan dua orang rakan telah ke sebuah kedai motorsikal di Puchong Utama memandangkan tiada kedai motorsikal yang best sekitar tempat aku ni. Aku telah mengambil sebuah motorsikal Yamaha LC 135 berwarna merah. Aku siap beli nombor plat khas yang agak mahal juga la untuk motor ni, dan siap pasang box dibelakangnya untuk simpanan topi keledar. 

Malangnya, pada bulan April 2024 aku telah jatuh sakit dan menyebabkan aku bercuti sakit hampir satu tahun. Dan setelah sembuh, aku tidak lagi boleh menggunakan motorsikal itu. Maka tersadailah ia sehingga aku terpaksa membeli sebuah lagi motorsikal lain semata-mata untuk membolehkan aku bergerak ke tempat kerja. Pelan asal untuk menolak motor itu ke kedai motorsikal dan mengambil motor baru tidak kesampaian apabila sahabat baik aku berniat untuk membeli motor itu dari aku. Aku pon setuju kerana aku masih lagi sayang motor itu. 

Pada Februari 2025, motor itu pon bertukar tuan walaupon tidak bertukar hak milik. Walaupon telah bertukar tuan, aku masih lagi boleh melihatnya kerana ia diletakkan di kawasan parkiran yang sama dengan aku. Setelah bertukar tuan, ia masih lagi tersadai tidak bergerak walaupon dijaga dengan baik. Sahabat yang membelinya pon tidak menggunakannya. 

Pada Oktober 2026, akhirnya motor itu bertukar tuan sekali lagi walaupon hak milik masih nama aku. Motor itu dibeli pula oleh kakak aku sendiri setelah mengetahui yang motrsikal itu hanya tersadai tidak bergerak. Keadaan masih tip-top dan mileage baru melepas 10,000km dan kakak aku juga memang berniat untuk membeli sebuah motrsikal untuk kegunaan mereka sekeluarga. Kalau ikutkan standard kedai, itu consider masih baru. Setelah berbincang dengan sahabat baik aku tu, dia bersetuju tanpa banyak bicara. 

Sekarang motor itu telah berpindah kediaman. Semoga ia lebih berguna bersama tuan barunya. Bak kata Eomer son of Eomund dalam The Lord of the Rings: The Two Towers, 'may these horses bear you to better fortune then their former masters'.

  • 9 Comments

 Assalamualaikum

Sejak-sejak ada tiga budak hitam ni, group family whatsapp banyak je cerita dan gambar pasal mereka. 

Semuanya bermula dengan dia ni... 

Diadopsi oleh kakak aku semasa dia masih bayi lagi. Satu-satunya boboy dalam
keluarga majikan kakak aku. Oleh sebab dia ni hitam legam, 
pekerjanya menamakan beliau sebagai Aswad. 
Masa kecil dulu comel jer, dah besar dah tak comel..

Gambar Aswad masa tengah moody. Dah la tidor dari pagi sampai malam dan
sampai ke esok paginya, dah bangun pon moody.. 

Ni budak hitam yang kedua diadopsi oleh kakak aku, 
tak pasti samada dia ni adik beradik si Aswad ke bukan. Dia ni gegurl sebab tu
walaupon dah besar, beliau masih comel.

Oleh kerana dia ni hitam legam gak, kuli menamakannya Arang. 
Kesian, dah la gegurl, bagi nama Arang plak. 

Ni pulak majikan adik aku, baru diadopsi, aku pon tak pernah jumpe lagi.
Adik aku pula dah ada 3 majikan. Majikan dia yang pertama yang dikutip 
dalam longkang dulu amatlah garang, tak mengenang budi sungguh.

Si hitam legam ni pula nama dia Salem. Amacam, hensem tak?

Dan aku pulak, aku tak suka bela kucing. Aku suka kucing tapi tak suka nak bela. Baik kite hidup senang-senang je tanpa majikan.

  • 14 Comments

Pusat Pembedahan Harian, Pusat Perubatan Universiti Malaya

20 Julai 2026 yang lepas sepatutnya aku menjalani satu pembedahan kecil di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Temujanji untuk pembedahan ini telah diberikan setelah aku dirujuk oleh Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Presint 18 Putrajaya. Aku boleh saja ke mana-mana hospital kerajaan terutamanya ke Hospital Putrajaya kerana berhampiran dengan kediaman aku, tetapi aku memilih untuk berjumpa pakar di PPUM memandangkan ia lebih hampir dengan tempat kerja aku, kemudahan pakar yang lebih baik dan mudah untuk aku berurusan. Setelah 2 kali konsultasi dengan pakar di PPUM, tarikh pembedahan telah ditetapkan pada 20 Julai 2026. 

Pada hari kejadian, aku dengan bantuan seorang sahabat telah ke PPUM untuk temujanji pembedahan itu pada pukul 8.00 pagi. Malangnya, aku telah gagal saringan awal apabila Jururawat bertugas telah mengesan jangkitan kulit di pangkal hidung di antara kedua-dua mata aku. Setelah berbincang dengan  Pegawai Perubatan bertugas, banyak risiko boleh terjadi jika pembedahan diteruskan. Oleh itu, beliau telah menunda pembedahan aku ke tarikh yang belum ditentukan bergantung kepada pengesahan 2 pakar yang lain yang aku akan temui pada bulan Oktober 2026 dan November 2026 akan datang. Aku juga telah diberi temujanji yang lain untuk bertemu Pegawai Perubatan di Bahagian Rawatan Utama, PPUM pada keesokan harinya. 

Sejujurnya aku terasa sedikit kecewa kerana pembedahan ini ditangguhkan. Aku juga berasa sakit ini sedikit sebanyak mengganggu kehidupan seharian dan tugas-tugas aku di pejabat. Sehingga ke tarikh itu, aku terpaksa membiasakan diri dengan keadaan ini. Insyaallah, semuanya akan dipermudahkan. Amiinn...

  • 22 Comments

 Assalamualaikum

Bila bekerja di sektor awam ni, aktiviti makan free ni memang tidak dapat dipisahkan. Pejabat lain tak tahu lah, tapi di pejabat aku ni pantang ada meeting, mesti ada makan. Kalau meeting pagi, ada sarapan pagi, paling busuk pon dapat 2 jenis kuih serta kopi dan teh. Kalau meeting pagi membawa ke tengahari, akan dapat lunch sekali. Kalau meeting petang selalunya dapat minum petang. 

Sebelum ni aku bertugas di pejabat lain tetapi dalam jabatan yang sama, rezeki makan free ni tak dapat banyak peluang sangat. Kalau ade orang buat aktiviti kat tingkat 8 atau 9, ada lebih, dapat lah. Kalau tak, kite telah air liur sahaja.

Tapi sekarang aku telah bertugas di Pejabat Pengurus, rezeki makan free ni makin bertambah. Mana tidaknya, 2 bilik mesyuarat utama jabatan di tingkat yang sama, makanya rezeki makan free tu sentiasa ada kalau ada orang buat meeting atau aktiviti lain. Alhamdulillah. Dan untuk bulan Ogos ni, rezeki makan free ni paling murah. Ada satu minggu tu, setiap hari dapat makan free. Hehehe...

Ini adalah beberapa gambar yang dapat aku ambil sebelum makanan itu masuk ke perut. Kalau takde tu, maksudnya tak sempat nak amik ye. Kadang-kadang dalam satu-satu masa tu sampai ada 2 meeting, so ada 2 menu makan tengahari. Kami pon bole pilih nak amik yang mana, nak amik kedua-duanya pon bole. 

11 Ogos 2026 (Selasa) - Tak ingat ada meeting atau event apa pagi tu. 
Ni sarapan pagi yang aku ambil, kuih Puteri Ayu dan teh tarik. Ada lagi
satu jenis kuih, tak ingat plak kuih ape.

11 Ogos 2026 (Selasa) - Ini pula hidangan makan tengahari. 
Ada nasi putih, ayam goreng berempah (kot), kentang berlado 
dan vegetarian kurma, buah-buahan dan minuman.

13 Ogos 2026 (Khamis) - Makan tengahari tak ingat mesyuarat apa, 
tapi minggu tu, ada mesyuarat Bahagian Kewangan dengan Pembangunan. 
Menu tengahari itu, ayam goreng, ikan masin masak lemak dengan nenas 
dan ada juga sambal udang (aku tak amik), buah-buahan dan minuman.

13 Ogos 2026 (Khamis) - Petang tu ada birthday celebration 
Pembantu Tadbir (P/O) dari Bahagian Kewangan. Dapat 2 biji kek.
Kek je ada, minum petang sendirian berhad.

14 Ogos 2026 (Jumaat) - Menu tengahari itu, ayam masak kicap, 
sayur goreng jawa dan ikan masin. manisan pudding caramel dan 
minuman. Ni sedap ni, i likee...

18 Ogos 2026 (Selasa) - Hari ini ada Mesyuarat Akreditasi. 
Untuk sarapan pagi diaorang sediakan bihun goreng, sambal kicap, 
telur goreng dan dua jenis kuih bererta teh o.

18 Ogos 2026 (Selasa) - Menu tengahari itu pula ada nasi putih, ayam 
masak black pepper, sayur campur dan ikan dori masak masam manis
buah-buahan dan minuman

Ini menu minum petang pula, dapat pai ayam dan jelly. 
Minuman petang ada disediakan tapi aku malas nak pegi amik.

19 Ogos 2026 (Rabu) - Hari ni ada Mesyuarat Akreditasi hari kedua. 
Menu sarapan pagi dia western and local style dan hot americano 
(kopi o je tu sebenarnya).

Ini menu makan tengahari pula, nasi beriyani, ayam masak merah, 
acar jelatah dan papedom. Ada juga buah-buahan dan minuman.

Ni kek ke brownie?

Sedap kek ni...

27 Ogos 2026 (Khamis) - Ada birthday party, Penolong Setiausaha Pejabat 
kepada TD Pembangunan. Dapat 2 jenis kek. Huntong la dia kan...
Minuman petang tidak disediakan.

Apabila dah banyak sangat makan macam ni, musuhnya adalah peningkatan berat badan dan pertambahan kolesterol dalam badan... hehehe. berhati-hatilah semua ye...


  • 22 Comments

 ... Episod sebelumnya (Episod Akhir)

First of all, sebelum aku sambung cerita aku, aku ingin mengucapkan ucapan, 

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia 2026 : 
Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati

kepada semua rakyat Malaysia

____________________________________________________

Hari ketujuh dan kami telah kembali dari Armenia ke Georgia semula. Aktiviti untuk hari ini diteruskan. Kami telah bersetuju untuk menggunakan perkhidmatan seorang pemandu Bolt yang kami temui semasa kami mula-mula tiba di Tbilisi tempoh hari. Kami menggunakan perkhidmatan pemandu itu yang bernama Arasthun untuk menziarahi tempat-tempat menarik lain disekitar Tbilisi. Harga yang telah kami persetujui adalah sebanyak GEL200 dari pagi sehingga ke petang.

Arasthun tiba di hotel kediaman kami tepat pada waktu yang dijanjikan iaitu pada pukul 10.00 pagi. Destinasi pertama yang akan kami kunjungi adalah The Chronicle of Georgia. The Chronicle of Georgia terletak lebih kurang 15km dari hotel kediaman dan perjalanan memakan masa lebih kurang 45 minit.

The Chronicle of Georgia. Terpaksa menaiki anak tangga 
yang tinggi untuk sampai ke atas. Ramai juga pengunjung pada pagi itu

Agak besar binaan ini bila sudah sampai di atas.

The Chronicle of Georgia (საქართველოს მატიანე / Sakartvelos Mat'iane) juga dikenali sebagai History Memorial of Georgia. Telah dibina pada tahun 1985 oleh seorang pengukir berbangsa Georgia bernama Zurab Tsereteli dan terletak atas di Keeni Hill berhampiran Tbilisi Sea. Monumen ini dikatakan masih belum siap sepenuhnya. Terdiri dari 16 buah tiang setinggi 30 hingga 35 meter dan diperbuat dari tembaga. Monumen ini memaparkan figura raja-raja dan permaisuri serta wira-wira dan juga kisah-kisah dari kehidupan Jesus Christ. 

Sebahagian besar monumen ini adalah berkaitan dengan agama Kristian dan St. Nino, seorang tokoh wanita yang menyebarkan Kristian di Georgia. Georgia telah dijadikan sebuah negara Krisitan pada tahun 337M apabila Raja Mirian III mengisytiharkan Kristian sebagai agama rasmi negara.



Berjalan-jalan sekitar The Chronicle of Georgia. 

  
Beberapa permandangan lain di dalam binaan The Chronicle of Georgia

 
 
Tbilisi Sea. Walaupun namanya Tbilisi Sea tetapi ia bukan sebuah laut. 
Tbilisi Sea adalah satu kawasan tadahan air / reservoir seluas 11.6 km persegi
yang membekalkan air ke kawasan sekitar

The Church of the Annunciation yang dibina di kawasan 
The Chronicle of Georgia untuk memperingat jasa St. Nino

Setelah meluangkan masa yang agak lama di sana, kami bergerak menuju ke destinasi kami yang seterusnya iaitu bandar Mtskheta. Bandar ini terletak kira-kira 20km dari The Chronicle of Georgia dan memakan masa lebih kurang 30 minit untuk sampai. 

Bandar Mtskheta (მცხეთა) terletak di pertemuan antara dua sungai iaitu Sungai Kura dan Sungai Aragvi. Menurut penemuan arkeologi, bandar ini dikatakan antara bandar tertua yang masih didiami oleh manusia di dunia sejak antara abad kedua sebelum masihi dan pertama masihi. Menurut The Georgian Chronicles (Himpunan utama teks sejarah Georgia dari Zaman Pertengahan) pula, Mtskheta telah diasaskan oleh Mtskhetos, anak kepada Kartlos (Georgian Mythology). Mtskheta juga pernah menjadi pusat kepada Georgian Kingdom of Iberia dari tahun ke tiga sebelum masihi hingga tahun ke lima masihi. Bandar ini juga dikatakan pernah ditawan oleh Iskandar Zulkarnain. Bandar Mtskheta juga telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1994.

Mtskheta Market Street. Banyak kedai-kedia menjual cenderahati 
di sepanjang jalan ini. Terdapat juga banyak cafe dan restoran.

Sebuah bandar yang bersejarah dan cantik dan aktiviti utama kami di sini adalah membeli belah. Terdapat banyak kedai-kedai menjual cenderahati pelbagai jenis sepanjang jalan utama di situ. Bagi aku, kalau nak mencari cenderahati, lebih baik di sini kerana terdapat lebih banyak peniaga, oleh itu banyak pilihan dan boleh juga untuk tawar menawar. 

Lepak-lepak di satu kedai sambil menunggu rakan-rakan lain yang masih 
lagi membeli-belah. Dapat free Turkish Coffee sebab kami banyak 
memborong dekat kedai kakak ni. 

Turkish Coffee. Siapa yang suka kopi pahit bole la cube. 

Mostly peniaga di sini agak ramah dan mesra. Keramahan seorang pemilik kedai di sini menyebabkan kami memborong banyak cenderahati di kedainya sehingga kehabisan stok, menyebabkan kakak itu terpaksa mencari di kedai lain. Kerana kami memborong di kedainya, maka di'offer'nya kami Turkish Coffee sorang secawan. Akibat keramahan ini juga, tak tahu apa puncanya, kami telah menemui seorang rakan kami sedang lawan main dam/catur (aku pon tak ingat dah lawan ape) dengan tokey kedai. Akhirnya, tokey kedai kalah dan terpaksa memberi hadiah kepada kami berupa fridge magnet sorang satu. 

Ada sorang pakcik Georgia tu tegur aku, tapi aku tak paham dia cakap apa. Pastu dia tunjuk-tunjuk kat kopiah aku tu. Mungkin dia puji kopiah aku tu cantik kot, pastu terus dia nak kawinkan aku ngan anak dia.. hahaha... Aku beli kopiah tu dekat kedai kakak ni, susah betul nak cari yang takde lambang salib, ini salah satu di antara dua yang meyakinkan takde lambang salib atau yang seumpama dengannya.

Svetitskhoveli Cathedral berhampiran Mtskheta Square. Dekat dengan kedai kakak. Kopiah aku tu bukan pakcik Georgia tu sorang je yang tegur, pemandu Bolt kami pon tegur gak, pastu ada seorang di hotel pon tegur. Diaorang tak pernah tengok orang pakai kopiah ke? Hehehe...

Setelah menghabiskan beberapa ratus GEL dan berpuas hati dengan apa yang kami dapat, kami meminta diri untuk destinasi seterusnya. Di dalam perjalanan, Arasthun telah berhenti di sebuah tempat meletak kenderaan overlooking sebuah kubu di atas bukit bernama Bebris Tsikhe. Kubu ini telah dibina untuk melindungi Mtskheta dan Tbilisi dari musuh di utara. Salah satu menara di kubu ini telah dikatakan telah roboh dan dibina semula pada abad ke 18. Dari kejauhan kubu ini nampak menarik tetapi kami tidak dibawa ke sana untuk melihat lebih lanjut. 

Bebris Tsikhe Fort dari kejauhan

Kenderaan dan pemandu kami sepanjang hari ini. Pemandu kami seorang 
yang sudah berusia maka dia tidak bole berbahasa Inggeris, j
adinya komunikasi kami macam ayam itik, sorang cakap Georgia 
sorang lagi cakap Kelantan.

Perjalanan kami bersambung melalui jalan berliku yang sunyi mendaki bukit ke Jvari Monastery (ჯვრის მონასტერი). Monastery ini terletak kira-kira 16km dari Mtskheta di atas Jvari Mount. Biara ini adalah sebuah Georgian Orthodox Monastery yang dibina sekitar abad ke enam. Biara ini juga telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1994.

Jvari Monastery dari Bandar Mtskheta 

Nak naik ke monastery ini pon nak kene naik bukit. Tak larat dah aku nak naik. 

Oleh kerana aku sudah kepenatan dan tidak larat rasanya nak mendaki bukit untuk ke biara itu, aku hanya lepak di kawasan parkir sahaja. Kawan-kawan lain semua mengambil peluang untuk naik. Bila tengok gambar-gambar yang cantik, rugi pula tak naik ke atas..

gambar Google

... bersambung (Episod 9)

  • 10 Comments
Older Posts Home

Search This Blog

About Me

My photo
afeezz
Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
'afeezz tu memang cukup indah untuk dicintai tapi cukup susah untuk dimiliki' - anonymous 2010
View my complete profile

Total Pageviews (since July 2008)

Follow Me

  • instagram
  • facebook
  • Twitter

My Followers (Thank You)

Blog Lists

  • Blog Begins At Forty
    October 28, 2026
    12 hours ago
  • SURIA AMANDA
    WW ~ Mahal Ke Murah?
    13 hours ago
  • Syazni Rahim Blog
    Kenapa Telur Burung Ada Macam-Macam Warna?
    17 hours ago
  • AMIE'S LITTLE KITCHEN
    Temankan Anak Menantu & Cucu Makan Malam di Nando's KLIA2
    20 hours ago
  • ABAM KIE : Man of The House
    Dua Barang Elektrik Berjaya Dijual
    22 hours ago
  • Monolog Kakmim
    Wordless Wednesday: UBBM SPM 2026
    22 hours ago
  • CikCappuccinoLatte
    Astro Prima | Drama Menantu Tanpa Reda
    1 day ago
  • AMMI
    Hadiah dari Shuhaida Saad
    1 day ago
  • PESONA ETUZA
    Kejutan Istemewa Pada Hari Ke 10 Travel Ketika Menikmati Sajian Lazat.
    1 day ago
  • BLOG RABIA ADAWIYAH
    Mewarna
    3 days ago
  • Travel My Way
    Im Taking Short Break For A While
    6 days ago
  • Warisan Petani
    Buat Jalan Kebun Sawit
    1 week ago
  • Blog Sihatimerahjambu
    Makan Malam di Gastrohub Nilai
    3 weeks ago
  • Bola Katok
    Singgah ZUS lagi beli air ube.
    5 weeks ago
  • cikguzim
    Cerita Asal Usul Anak Gunung Krakatau
    1 month ago
  • KomenSen
    KANTOI BERSALAH.
    1 month ago
  • ixa-rism
    Two Hundred
    3 months ago
  • fairus.com
    Pelanduk Putih: Simbol Penubuhan Kerajaan dalam Tradisi Kesusasteraan Melayu
    3 months ago
  • MRS.A my blog my stori
    Sambung Belajar Di Kolej Komuniti Jelebu
    3 months ago
  • Aiman Abdullah
    Cara Mendaftar Sebagai Seller Shopee
    9 months ago
  • 🌷Rasyidasheresimpleblog🌷
    Tutorial remove background! di GOOGLE_ FREE ONLINE_
    10 months ago
  • As Samsudin
    Pelari Misteri vs Turtle Runner
    3 years ago
Show 10 Show All

Blog Archive

  • ▼  2026 (20)
    • ▼  October (2)
      • 1058 : Jodoh Tidak Berpanjangan, Berpisah Jua Akhi...
      • 1057 : Jodoh Tidak Berpanjangan, Berpisah Jua Akhi...
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (3)
    • ►  April (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2025 (15)
    • ►  July (4)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
  • ►  2024 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2023 (2)
    • ►  December (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2022 (3)
    • ►  December (1)
    • ►  June (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2021 (77)
    • ►  December (7)
    • ►  November (8)
    • ►  October (7)
    • ►  September (8)
    • ►  August (6)
    • ►  July (7)
    • ►  June (5)
    • ►  May (8)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (5)
    • ►  January (4)
  • ►  2020 (40)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (1)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (36)
    • ►  December (3)
    • ►  November (3)
    • ►  October (4)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (2)
    • ►  March (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2018 (28)
    • ►  December (4)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (29)
    • ►  December (1)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (4)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (37)
    • ►  December (2)
    • ►  November (3)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2015 (50)
    • ►  December (6)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (6)
    • ►  August (4)
    • ►  July (4)
    • ►  June (4)
    • ►  May (3)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  February (6)
    • ►  January (3)
  • ►  2014 (50)
    • ►  December (3)
    • ►  November (4)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (4)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (1)
    • ►  March (4)
    • ►  February (5)
    • ►  January (5)
  • ►  2013 (106)
    • ►  December (6)
    • ►  November (7)
    • ►  October (6)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (10)
    • ►  June (9)
    • ►  May (10)
    • ►  April (10)
    • ►  March (10)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2012 (117)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (9)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (8)
    • ►  May (9)
    • ►  April (10)
    • ►  March (10)
    • ►  February (9)
    • ►  January (10)
  • ►  2011 (124)
    • ►  December (13)
    • ►  November (10)
    • ►  October (8)
    • ►  September (9)
    • ►  August (12)
    • ►  July (10)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (10)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (10)
  • ►  2010 (132)
    • ►  December (11)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (11)
    • ►  August (13)
    • ►  July (14)
    • ►  June (8)
    • ►  May (9)
    • ►  April (15)
    • ►  March (9)
    • ►  February (11)
    • ►  January (9)
  • ►  2009 (146)
    • ►  December (9)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (14)
    • ►  August (18)
    • ►  July (19)
    • ►  June (16)
    • ►  May (9)
    • ►  April (13)
    • ►  March (7)
    • ►  February (13)
    • ►  January (6)
  • ►  2008 (45)
    • ►  December (2)
    • ►  November (7)
    • ►  October (7)
    • ►  September (12)
    • ►  August (9)
    • ►  July (8)

My Travel Story - To Infinity and Beyond

  • 2008 : United Kingdom (1)
  • 2011 : Indonesia - Medan (8)
  • 2013 : Indonesia - Bandung (6)
  • 2014 : Singapura (2)
  • 2015 : Kemboja - Siem Reap (6)
  • 2016 : Thailand - Krabi (5)
  • 2017 : Jepun - Tokyo (10)
  • 2019 : Korea Selatan - Seoul (10)
  • 2022 : Thailand - Krabi (4)
  • 2025 : Armenia - Lori Region (3)
  • 2025 : Georgia - Tbilisi (9)

My Travel Story - Malaysia

  • 2009 : Pulau Pinang (1)
  • 2011 : Kedah - Pulau Langkawi (4)
  • 2011 : Sabah - Kota Kinabalu (6)
  • 2012 : Road Trip 1.0 (3)
  • 2012 : Sarawak - Kuching (6)
  • 2013 : Road Trip 2.0 (3)
  • 2014 : Pulau Pinang (2)
  • 2015 : Kedah - Pulau Langkawi (4)
  • 2018 : Pahang - Cherating (3)
  • 2020 : Pahang - Cameron Highlands (2)
  • 2020 : Perak - Pulau Pangkor (3)
  • 2023 : Kedah - Pulau Langkawi (2)

Top 5 Weekly Popular Posts

  • 1057 : Jodoh Tidak Berpanjangan, Berpisah Jua Akhirnya
      Ini adalah motor aku, kalau diikutkan motor kedua aku. Motor pertama atas nama aku dah lama tersadai di kampung, takda siapa yang nak guna...
  • 1055 : Throwback Thursday (Episod 6) - September 2026
    Pusat Pembedahan Harian, Pusat Perubatan Universiti Malaya 20 Julai 2026 yang lepas sepatutnya aku menjalani satu pembedahan kecil di Pusat ...
  • 1058 : Jodoh Tidak Berpanjangan, Berpisah Jua Akhirnya (Episod 2)
    Assalamualaikum... Dalam bulan Oktober 2026 ini, dua perpisahan yang tidak dapat dielakkan telah berlaku pada aku. Pertama dulu dan telah ak...
  • 1056 : Tiga Budak Hitam
     Assalamualaikum Sejak-sejak ada tiga budak hitam ni, group family whatsapp banyak je cerita dan gambar pasal mereka.  Semuanya bermula deng...
  • 1054 : Rezeki Jangan Ditolak, Musuh Jangan Dicari
      Assalamualaikum Bila bekerja di sektor awam ni, aktiviti makan free ni memang tidak dapat dipisahkan. Pejabat lain tak tahu lah, tapi di p...

Labels

  • Hanya Nak Cerita (304)
  • Jalan-Jalan (145)
  • Makan-Makan (91)
  • Cuti - Cuti Malaysia (83)
  • Ucapan Dari Hati (80)
  • Hiburan (79)
  • Saje Nak Tayang (73)
  • Cuti - Cuti Luar Negara (50)
  • Gambar (46)
  • Masak Sendiri Makan Sendiri (36)
  • Sukan (30)
  • Kerja (26)
  • Luahan Perasaan (24)
  • Kerinduan (21)
  • Takde Idea Nak Menulis (18)
  • Wordless Wednesday (12)
  • Famili (11)
  • Pengetahuan Bersama (8)
  • Throwback Thursday (6)
  • GiveAway (3)
  • Orang Berbudi Kita Berbahasa (2)

Mereka Yang Rajin Memberi Komen

instagram

Template Created By : ThemeXpose . All Rights Reserved.

Back to top