1062 : Sakit Itu Rahmat dan Penghapus Dosa
Sampai sudah kita dipenghujung bulan November 2026. Tinggal lebih kurang satu bulan sahaja kita akan meninggalkan tahun 2026. Dah ada perancangan ke untuk tahun 2027? Bagi saya masih tiada apa-apa perancangan, kita hidup mengikut arah angin sahaja, angin bertiup ke kanan, kite pon pergilah ke kanan dan begitulah sebaliknya. Angin tak bertiup, kite duduk diam-diam.
Hari Isnin dan Selasa minggu ni rasa agak letih badan. Bukan sebab kerja tapi terpaksa menghadiri appointment di PPUM untuk kedua-dua hari itu. Kalau dah terpaksa menghadiri appointment, bukannya sekejap boleh selesai, mau setengah hari juga. Pembedahan aku yang dahulunya ditunda (link), kini telah mendapat tarikh baharu iaitu pada 23 Disember 2026. Semoga tiada sebab lagi yang boleh menyebabkan ia ditunda lagi kali ini, InsyaAllah. Sebelum pembedahan, aku terpaksa menjalani ujian echocardiogram. Terpaksa membuat ujian echo sekali lagi kerana keputusan ujian terdahulu hanya valid untuk 3 bulan sahaja,
Maka terpaksalah aku berjalan kaki dari Menara Utama PPUM ke Menara Selatan PPUM dan naik ke Aras 7. Nasib baiklah PPUM ni tak sebesar macam HKL, dari satu klinik ke klinik yang lain boleh jalan kaki sahaja. Alhamdulillah, result echo ok dan pembedahan pon ditetapkan pada tarikh di atas.
Hari Selasa pula aku ada 2 appointment lain. Yang pertama, tak sampai 1 jam telah selesai semuanya. Appointment kedua yang memakan masa yang agak lama. Darah aku diambil sebanyak 6-7 tube untuk pelbagai ujian sampai urat pon dah tak mampu nak mengeluarkan darah. Aku juga telah menjalani beberapa ujian lain termasuk ujian DASS. Untuk ujian DASS telah didapati bahawa score aku menunjukkan bahawa aku berada di tahap mild to moderate level of depression, anxiety and stress. Aku termenung sekejap, nak tergelak pon ade, tapi.... whatever lah. Doktor kata dia nak bagi Referral Letter. Aku terima jer. Bole la jumpe psychologist nanti. Hehehe
Keesokan paginya (Rabu) aku rasa macam tak larat nak bangun. Malam sebelumnya aku tak berapa lena nak tidur (malam-malam sebelum tu pon sama jugak) sebab batuk dan selsema yang teruk. Badan pon rasa seram sejuk, kadang-kadang sejuk, kadang-kadang panas sampai terpaksa on aircon. Bangun je macam rasa ting-tong kepala. Aku message boss mengatakan aku nak ambil Cuti Kecemasan hari itu dan terus sambung tidur semula dengan harapan semuanya akan beransur lega. Malangnya tidak.
Keesokkannya pula aku rasa macam tiada perubahan. Selsema macam dah berkurang tapi batuk macam makin menjadi-jadi. Aku message seorang sahabat untuk minta bantuan beliau membawakan aku ke klinik panel. Setelah konsultasi, selain batuk dan selsema, aku juga didapati demam (37.7), Doktor mengatakan ada dua kemungkinan samada Covid 19 atau Influenza A. Doktor juga ada memberitahu bahawa jumlah kes memang meningkat akhir-akhir ini. Doktor menyarankan aku untuk membuat swab test.
Sejak wabak Covid 19, aku berjaya menghindarkan diri dari terkena wabak ini. Tapi akhirnya terkena juga. Ntah dari mana aku dapat aku pon tak pasti. Terpaksalah menyerahkan diri untuk dicucuk hidung buat pertama kalinya.
Result swab test tidak lama, selesai Doktor tu merawat seorang pesakit lain, nombor aku dipanggil semula. Masuk-masuk bilik, Doktor tu terus jerit... 'Haaa Pasitif!!!'. Dia punya gembira tu macam aku positif urine pregnancy test plak. Aku pon gembira juga terus tanya Doktor tu, 'Positif yang mana Doktor?' 'Influenza A' jawabnya ringkas.
Aku diberikan ubat untuk rawatan Influenza A iaitu Oseltamivir 75mg, ubat selsema, paracetamol dan juga ubat batuk. Doktor juga memberikan aku 2 hari Cuti Sakit untuk Khamsi dan Jumaat. (kedekut doktor ni, MC 2 hari jer.... aku nak setahun)


0 comments