... dan aku menulis untuk diri sendiri

AIDILFITRI 1430 / 2009
Gambar Keluarga Haji Affal
Aidilfitri 1430 / 2009
Kg. Selayang Indah
Selayang Bharu


Salam Aidilfitri...

  • 16 Comments
Terliur bila dengar kawan2 kat Pantai Timur sana, juadah hari raya diaorang nasi dagang ngan gulai ikan tongkol. Mengidam rasanya nak makan nasi dagang bile kawan kat Kuantan cerita dia masak nasi dagang untuk hari raya. Meleleh air liur bila kawan kat Kota Bharu cerita dia nak ke pasar nak cari ikan tongkol untuk dibuat gulai lawan ngan nasi dagang. Terbau2 aroma nasi dagang bila kawan kat Terengganu cerita yg dia masak lima kilo nasi dagang tapi habis semuanya dihidang pada para tetamu.

Masa zaman sekolah dulu, ade sorang kawan, tiap2 tahun rumah dia mesti buat nasi dagang kalau hari raya. Dan tiap2 tahun lah aku ngan kawan2 aku akan pi beraya rumah dia, tak penah miss punya. Dan aku akan pulun nasi dagang dia sepuas2nya. Sekarang ni, tak takde dah, zaman2 tu dah berakhir. Entah mane lah kawan aku tuh...

Nasi dagang oh.. nasi dagang .. kenapa tiba2 aku terangau padamu?


Salam Aidilfitri ...
  • 12 Comments
Aidilfitri Ketiga

Macam biasa, raya ketiga ni tak ke mana2. Duduk rumah layan tv smpi nak muntah, layan tenet smpi rasa macam dah nak mengandung. Makan.. makan.. dan makan lagi.. Petang tu, sorang member sms, dia kata dia ade kat Selayang. Aku ajak beraya rumah aku, dia taknak.. alasannya takde kenderaan. Ermm.. ade2 jer mamat sorang ni, nak kene belasah le tu. Last2, dia ajak kuar. Perancangan awalnya nak ke Kolam Air Panas Selayang, lepak2 kat situ (ade ke hari2 raya macam ni lepak kolam air panas?). Aku pon on je lah since aku pon dah takde nak wat aper.

Lepas maghrib, aku naek kapcai aku ke rumah dia, takde le jauh sgt pon, dalam 10 minit merempit. Smpi jer aku call dia, tapi... cis.. dia tak siap lagi! Penat2 jer aku merempit. Macam anak dara betul lah mamat ni, anak dara pon tak macam ni. Siap berkemas2 rumah lagi tuh. Dia ajak aku naek sementara tunggu dia bersiap2. Lepas dia siap, dan lagi dia bawak aku tour rumah dia, ala2 salesman nak jual rumah plak. Tunjuk bilik, ruang tamu, ruang makan, dapur, pantry dan sebagainya. Lepas tu dia bawak aku ke roof top, ade taman kat atas tu dan kiteorg lepak2 smbl menikmati permandangan KL waktu malam. Puas dah lepak kat situ dia bawak plak ke kolam renang dan pi naik ke roof top satu lagi. Roof top ni cantik sikit, siap ada air terjun lagi. View dia still sama, KL waktu malam dan kawasan2 sekitarnya. Pastu kiteorg turun lepak kat umah dia plak smbl layan cite Cermin.

Lepas habis cite Cermin tu, kiteorang merempit pi ke Uptown Bandar Utama, kawan aku ni nak makan kuetiaw goreng. Klu igtkan perancangan asal, nak pi awal lagi, tapi terlayan plak cite Cermin tu, terus lah terlewat. Pukul 11.30 malam baru nak pi. Punya le jauh nak makan kuetiaw goreng, macam kat Selayang ni takde.. haha.. Kiteorg smpi saner dalam kol 12.00, nak order carrot cake, tp dah habis plak, ni semua gara2 Cermin... Lepak2 dan borak2 smpi le kol 1.00 lebih, then kiteorg merempit balik...


Aidilfitri Keempat

Raya keempat aku beraya kat opis. Dah mula keja dah tatkala orang laen masih lagi berhari raya. Kat opis tak ramai yg keje, ade 8 orang jer, dan muka2 ni lah yg bakal dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun depan. Dan semua macam malas2 nak buat keje. Memang, sepanjang semalam, satu keje pon tak buat. Lepak seadanya.. memandangkan boss pon takde, nak risau aper. Boss cuti seminggu walaupon dia bukannya puasa dan sambut raya pon, tp dia plak yg lebih2 nak bercuti..

Dan petang semalam, dengan sesedap rasanya, kami semua pakat2 balik awal...


Salam Aidilfitri
  • 3 Comments
Aidilfitri Pertama

Seawal pukul 7.30 pagi, aku dah bangkit tido. Bersiap2 untuk pergi solat sunat Aidilfitri. Aku mengenakan baju melayu berwarna ungu digandingkan dengan sampin songket jalur ungu dan kuning. Tidak lupa songkok di kepala. Aku berjalan kaki ke surau berhampiran, dari jauh kedengaran orang bertakbir. Madrasah Al-Hidayah, Kampung Selayang Indah yang hanya boleh memuatkan lebih kurang 500 orang jemaah, melimpah ruah dengan jemaah sehingga khemah didirikan di jalan bagi menampung kesemua jemaah. Masih ramai lagi penduduk kampung ini yang menyambut hari raya di sini. Meriah rasanya melihat semua jemaah, pelbagai bangsa bukan sahaja melayu, bahkan Indon dan juga masyarakat Bangla yang mencari rezki di sini. Solat Sunat Aidilfitri didirikan diikuti dengan khutbah Aidilfitri.

Selesai bersolat, kami berkumpul sekeluarga, menikmati sarapan pagi bersama-sama. Meriah rasa raya tahun ni memandangkan kakak dan adik sekeluarga berhari raya di rumah. Keluarga abang pulak akan tiba kemudian. Kemudian ade sesi fotografi, bergambar sempena hari raya tahun ni. Tema raya keluarga kami tahun ni adalah Warna Warni, kami pakai pelbagai warna baju, ade biru, ade kuning, coklat, ungu, pink dan sebagainya. Hihihi...

Selesai sesi fotografi ade plak sesi bermaaf2an dan sesi memberi duit raya kepada sesiapa yang berkelayakan menerimanya. Lawak gak sesi ni, semua macam malu2 plak nak cium tangan ngan peluk mak bapak sendiri, hahha...

Tahun tak ramai plak budak2 yang datang, tak macam tahun2 lepas. Ade le dalam 3-4 kumpulan jer. Apa2 pun, dapat berkumpul satu keluarga itu yang lebih penting...


Aidilfitri Kedua

Raya kedua kami akan berhari raya di rumah kakak di Puchong. Pagi2 lagi aku dah menolong kakak aku prepare juadah untuk berhari raya kat umah dia. Entah kenapa agaknyer aku terrajin plak nak turun membantu di dapur. Macam biasa aku membantu menggoreng ayam jer untuk dibuat ayam masak merah. Kakak aku plak sibuk menyediakan rempah2nya dan bersedia untuk menyediakan nasi minyak.

Pukul 3 petang, aku dah bertolak ke rumah kakak aku. Smpi kat sane, aku sekali lagi membantu apa2 yg patut sebelum tetamu datang. Dalam pukul 6 tetamu datang, takde le ramai sangat, sekadar dua bijik kereta jer...


Salam Aidilfitri...
  • 4 Comments
Semalam tersangat lah sibuk nya kat rumah buat persiapan untuk hari raya. Banyak juadah yang nak disiapkan. Tukang masak pon ramai. Kakak ngan adik sebelum tengahari dah sampai rumah. Mak pulak pagi2 dan siap rebus ketupat (ketupat segera jer). Menu untuk hari raya, nasi impit, rendang daging, kurma ayam dengan kuah kacang.

Aku cume membantu ala kadar sahaja memandangkan memasak bukan bidang aku. Aku cume menumbuk kacang untuk kuah kacang, kemudian aku mengupas bawang merah, bawang putih, halia dan juga kentang untuk rendang, kurma ayam dan kuah kacang. Menjelang petang aku menggoreng ayam untuk dijadikan kurma ayam.

Seperti biasa mak akan mengetuai program masakan hari raya. Mak menyediakan rempah2 yang sepatutnya dan menyelia penyediaan rendang daging. Kurma ayam disediakan oleh kakak dan mak sekali lagi memasak kuah kacang. Dan keputusan nya, semuanya... errmmmm.... sedappppp.....



Rendang daging mak, menunggu kering sedikit lagi


Ayam goreng untuk dijadikan kurma ayam..
aku yang goreng ni....

Menjelang lewat petang, semuanya telah selesai. Petang tu aku keluar dangan kakak aku untuk membeli sedikit kuih-muih untuk berbuka puasa. Sebelum itu kami telah singgah ke klinik. Tiba2 semalam aku tak sihat plak, hari ni makin menjadi2, so.. terpaksa lah pergi klinik, takut plak aku tak dpt pi semayang raya esok. Semuanya ok, kene satu suntikan kat montot pastu dapat beberapa jenis ubat.

Malam tu kami berbuka puasa dengan juadah hari raya yang telah kami sediakan. Memang dah macam tradisi plak, makan juadah raya menjelang hari raya..

Malam plak, kami menyediakan ape2 yang patut untuk menerima kunjungan ahli surau untuk bertakbir. Dah menjadi adat kat Kampung Selayang Indah ni, menjelang Aidilfitri dan Aidiladha, mesti ade aktiviti bertakbir dari rumah ke rumah oleh ahli2 jemaah surau kariah ini. Ini lah kemeriahan berhari raya di sini. Seperti yg aku dengar, tak banyak tempat yang menjalankan aktiviti macam ni. Jadi aku bersyukur, aktiviti ini masih dapat dirasakan di kampung aku ni, walaupon kampung aku ni boleh dianggap berada di kawasan bandar. Semasa menunggu jemaah surau tu, sempat gak le aku melayan anak2 buah maen bunga api dan sempat gak aku menggegarkan kampung dengan letupan mercun bola aku... hahha..

Jemaah surau tak ramai yang datang, ade lah dalam 10 orang, yg meramaikan hanyalah kanak2. Tapi masih terasa kemeriahannya. Mereka tak lama dalam 15 minit sahaja memandangkan masih ada rumah lain yang akan dikunjungi. Seperti tahun2 lalu, selepas takbir, jiran2 terdekat plak datang bertandang, dan selepas itu kami plak bertandang ke rumah mereka. Aku hanya tumpang sekaki, bukan makan pon, hanya suka2 nak berkujung jer.. hahah...

Dalam pukul 1 kami semua dah ade kat umah semua, ramai gak lah yg tidor kat umah ayah malam ni...


Salam Aidilfitri...
  • 4 Comments

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin


Sempena kedatangan Syawal dan Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan serta ampun dan maaf daripada ayahanda dan bonda serta keluarga tersayang. Kepada sesiapa yang mengenali, sahabat-sahabat tak kira di mana jua anda berada . Semoga kalian semua bergembira di hari yang mulia ini. Semoga keeratan dan persahabatan kita berkekalan selama mana yang mungkin, InsyaAllah.


Salam Aidilfitri...

  • 7 Comments
Semasa aku masih keletihan baru tiba di rumah selepas perjalanan pulang dari tempat kerja, mata terpandang sesuatu di atas meja ruang tamu rumahku. Tanpa ku sedari, aku tersenyum. Hati berasa sangat gembira. Aku tahu, bungkusan itu untuk aku. Memang aku tertunggu2 akan bungkusan itu.


Inilah bungkusan yg aku tunggu-tunggu..

Aku ambil bungkusan itu, melihat nama dan alamat tuan empunya bungkusan itu. Sah, memang untuk aku. Aku belek pengirimnya, dari Cameron Highlands. Senyumanku makin lebar. Aku tahu isi kandungannya. Jadi tak perlulah aku tergesa2 membukanya. Aku berehat sebentar, cuba untuk melelapkan mata, tetapi hati masih terbayang bungkusan itu. Angaukah aku? Akhirnya aku terlelap.

Aku terjaga setengah jam kemudian. Bungkusan itu masih di situ. Aku mencapai tuala dan terus ke bilik air untuk mandi. Selesai mandi, aku menunaikan tanggungjawabku kepada Yang Maha Esa. Selesai kemudian, aku mencapai gunting dan mengoyakkan bungkusan itu. Aku tak tahu kenapa, aku mengguntingnya dengan berhati2. Aku tersenyum melihat kandungannya. Wah... dapat hadiah le plak....


Selepas sampul luarnya dikoyakkan...

Aku koyak pula sampul hadiah itu dan akhirnya terlihatlah kandungannya. Kuih raya, Cornflakes Madu. Yang istimewanya, buatan si dia...


Tupperware pink, macam baru jer...


Cornflakes Madu

Terima kasih cikgu...


Salam sayang
  • 11 Comments
Gambar2 berbuka puasa pada 14 September 2009, Bukit Bintang Kuala Lumpur


Berbuka Puasa di Hainan Chicken Rice Shop


Menunggu juadah berbuka puasa


Juadah berbuka - Fried and stim chicken dan kangkong belacan


Minuman - Jus Epal Asam Boi


Lepak-Lepak Starbuck Times Square


Pelakon-pelakon utama


(1) Alim dan aku (2) Aku memotong kek sambil kontrol hensem


(1) Kak Bib menanyang minumannya (2) Frappuchino Mocha


Blue Berry Cheesecake... nalarekek.....

p/s : sumber gambar, henpon kak bib


Salam Sayang...
  • 11 Comments
Semalam aku ke Bukit Bintang, KL berbuka puasa bersama kawan2. Aku bersama dua orang kawan yang lain, kami telah merancang untuk berbuka Nasi Ayam Hainan. Kedai ni agak popular gak lah, masa kami berbuka, penuh satu kedai sampai ade meja yang diaturkan di luar kedai. Kami bernasib baik dapat makan di dalam kerana kami telah membuat tempahan meja awal.

Sementara menunggu waktu berbuka, kami telah pergi berjalan2 di Pavillion. Sekadar berjalan2 sahaja, tiada niat untuk bershopping. Cukup2 lah shopping, dah nak naik muflis dah asik shopping jer. Then kami pi test perfume, banyak gak kami test dari Burberry, Hugo hingga ke Versace, tapi tak beli pon, sekadar mewangikan diri jer... hahah

Lepas berbuka, kami lepak2 di Times Square plak. Kali lepak di Starbuck, pekena mocha freppurchino (camtu ke ejaannyer?), smpi le ke pukul 9.30 malam.

Termasuk semalam, dah 5 kali aku berbuka puasa di luar tahun ni.
  1. Berbuka bersama seorang kawan bernama Ed Eron kat One Utama.
  2. Berbuka bersama group 4th Miles kat Crystal Crown, Jalan Kepong
  3. Berbuka dengan kawan baek aku, Zam kat Madam Kwan, Mid Valley
  4. Berbuka dengan Zam lagi kat Maju Junction, Jalan TAR
  5. Berbuka dengan Alim dan Kak Bib di Hainan Chicken Rice, Jalan Bukit Bintang

Lepas ni rasanya dah takde rancangan lagi nak berbuka di luar. Tapi tak tau lah kan, klu tiba2 ade rakan yang mengajak...


Salam Ramadhan ...

  • 12 Comments
Kuih Raya.

Rindu rasanya pada kuih2 raya yang mak biasa buat menjelang hari raya masa aku kecik2 dulu. Sekarang mak dan tua, tak larat dah nak membuat kuih2 raya macam dulu. Buku resepi mak yg buruk tu dah lama terperuk dalam laci. Takde saper yg berminat nak belajar wat kuih raya ngan mak. Nak tak nak, beli je lah jawab nya. Dulu selalu tanya kat mak, bile nak buat kuih raya? Pastu paksa mak buat kuih yang sedap2. Anak nyer pasal, mak kene gak buat. Kawan2 selalu tanya, berapa banyak dah kuih raya mak ko buat? Bangga betul kalau mak dah buat banyak kuih.

Sekarang, pertanyaan2 macam tu dah tiada. Mak pulak yang tanya kite, ko order banyak ke kuih tahun ni? Kawan2 plak tanya, banyak ko dah beli kuih raya ke? Tak pon, ko order kuih raya kat mane?

Kalau nak dibandingkan, kuih mak buat lagi sedap. Kadang2 mak terpaksa sorok, pasal takut tak dan smpi ke hari raya, anak2 dah belasah dulu. Kadang2 mak kene asingkan, mana untuk raya dan yang mana boleh dimakan. Memang kuih yang dibeli tak setanding dengan kuih raya mak, mungkin berkat air tangan mak, aper2 yang mak masak, hatta telur goreng bubuh kicap pon bole jadi sedap. Mungkin gak pasal mak masak dengan penuh kasih dan sayang (ayat ni aku selalu guna klu nak bandingkan masakan mak ngan masakan kakak aku).

Rindu sungguh nak rasa kuih tat nenas, samprit, rempeyek, biskot mazola dan ntah aper lagi nama biskut yg selalu mak buat masa raya. Lama dah tak rasa kek yg selalu mak buat. Ntah bila lah agaknya dapat merasa lagi?


Salam Sayang ...
  • 17 Comments
4th Miles 1st Official Gathering

Tarikh : 6 September 2009 (Ahad)
Tempat : Crystal Crown, Kuala Lumpur
Masa : Berbuka puasa
Kehadiran : Sharis, Zainal, Afeezz, Nahrin, Abdal dan Phui Si juga suami kepada Sharis

Semalam merupakan pertemuan rasmi pertama 4th Miles. Walaupon kami hanya berjaya mengumpul 6 orang sahaja, tapi perjumpaan tersebut amat meriah dan bermakna. Setelah lebih 20 tahun tidak berjumpa dan berkumpul, akhirnya kami dapat bertemu dan berbuka puasa bersama. Terima kasih kepada Sharis yang organize perjumpaan ini. Terima kasih kepada semua kerana sudi hadir ke majlis kita yang tak seberapa ini.


Wajah2 yang sekian lama tidak bertemu


Wajah2 yang kekenyangan selepas berbuka


Gambar terakhir sebelum berakhir pertemuan

p/s : jangan lupa kawan2, next time kat Le Meridian, Bedal organize....

gambar sumbangan Nahrin diambil dari 4th Miles @ facebook


Salam Sayang ...
  • 11 Comments
Assalamualaikum semua pengunjung2 (jika ada pengunjung). Tanpa kita sedari, hari ini telah masuk hari ke-16 kita berpuasa. Begitu cepat masa berlalu, terlalu pantas sehingga tidak terasa kita telah hampir ke penghujung Ramadhan tahun ini. Mungkin kite terlalu sibuk dengan urusan duniawi sehingga Ramadhan ini melintas di hadapan kita tanpa kita sedari.

Apa2 pon itu terserah kepada hak individu untuk mempergunakan rahmat Ramadhan yg telah dianugerahkan. Kepada yg tahu akan rahmatnya, pasti berkejar2 mengutip semua rahmat yg dilimpahkan, kepada yg tudak, kehidupan diteruskan seperti biasa cume kita tak makan dan minum di siang hari. Malam hari kita balas dendam, makan smpi dah tak boleh masuk ke mulut (bukan tak boleh masuk ke perut).

Bagi aku, alhamdulillah. Sepanjang Ramadhan ini aku telah..

1. Alhamdulillah, masih terpelihara puasa ku. Tidak lagi sekali2 terkantoi mahupon sengaja mengantoikannya.

2. Terawikh, masa minggu pertama jer bersungguh2, sekarang... byk terkantoi plak..

3. Zakat, belum bayar lagi

4. Baru sekali berbuka puasa di luar. InsyaAllah, malam ni akan berbuka bersama kawan2 lama di Crystal Crowne

5. Baju raya, tak beli lagi. Rasanya pakai baju lama jer...

6. Kuih raya, order jer.. mak aku dah tak larat nak buat. Byk gak lah yang telah ditempah tp dalam kuantiti yg sedikit. Takut membazir plak macam tahun2 yang lepas.


Salam Rahmat ...
  • 6 Comments

THE SATURDAYS - UP

[Una]
Go, go, go,
It's time to make a move and we both know,
It's time to step it up a notch,
I'm ready to lose touch,
Baby boy,
Go, go, go.

[Vanessa]
This is the crossing at the main intersection,
Up is where we go from here,
Finest selection,
This could take us anywhere,
I don't want protection,
Life is better of the line, ine, ine...

[All]
I'm ready for the lift up,
Keep steady beat,
'Cus I'm ready for the big jump,
Keep up with me,
If you lose me then you know, you're just a bit too slow,
I only go up, up.
I'm ready to be in control and the ground isn't good enough for me,
I know where to find what I want and I'm gonna keep on,
Keep on, up, up

[Una]
No turns now,
We're going straight,
You better hold on tight,
'Cus if you fall you're on your own,
'Cus I'm gonna go on,
No, no, no turns now.

[Vanessa]
This is the final call for all destinations,
This is were you're in or out,
No hesitation, this is not the time for doubts,
Make your decision,
Are you on or off the line, ine, ine... ?

[All]
I'm ready for the lift up, keep steady beat,
'Cus I'm ready for the big jump, keep up with me,
If you lose me then you know, you're just a bit too slow,
I only go up, up.
I'm ready to be in control and the ground isn't good enough for me,
I know where to find what I want and I'm gonna keep on,
Keep on, up, up

[Vanessa]
This is the crossing at the main intersection,
Up is where we go from here,
Finest selection,
This could take us anywhere,
I don't want protection,
Life is better of the line, I, I...
(Ooh)

[All]
I'm ready for the lift up, keep steady beat,
'Cus I'm ready for the big jump, keep up with me,
If you lose me then you know, you're just a bit too slow,
I only go up, up.
I'm ready to be in control and the ground isn't good enough for me,
I know where to find what I want and I'm gonna keep on,
Keep on, up, up


Sekadar Hiburan...

  • 8 Comments
Pagi tadi macam biasa aku melawat rumah2 kawan aku di alam maya ni. Aku singgah di rumah bernama ixa-rism dan membaca entry beliau. Beliau telah ditag oleh salah seorang rakan beliau. Tapi diakhir entry beliau, dia telah mengtag aku plak, alahai... terpaksa buat nampak nyer, nyesal singgah di rumah dia.. hahah... aper2 pon bende ni untuk suka2 jer kan...

So.. inilah soalan2nya;

1. Kekasih saya adalah :
Masih mencari, mencari dan terus mencari...

2. Saya sedang mendengar :
Perbualan di radio RMKL, perbualan rakan sepejabat berbual di telefon dalam bahasa tamil

3. Saya patut :
Buat kerja, tapi saya malas sekarang ni...

4. Saya suka :
RM (tiru izzah) saper yg tak suka duit??...

5. Sahabat-sahabat baik saya :
Semua dah kawen, tinggal saya seorang diri....

6. Saya tak faham :
Mengapa orang sanggup membawa kereta sedangkan jalan raya jem giler?

7. Saya kehilangan :
Keterunaan saya pada ... eh!! tak2... /me berfikir aper bende yg aku penah hilang?

8. Ramai yang berkata :
Saya dah kurus (bukan tiru Izzah, tp kenyataan)

9. Makna nama saya :
Hafizan = Maha Pemelihara (Wallahualam)

10. Cinta itu adalah :
Anugerah

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
Menunggu giliran berjumpa doktor

12. Saya akan cuba :
Kumpul duit banyak2, beli kereta, beli rumah, kawen...

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
Forever and ever

14. Saya paling meluat apabila :
Orang pinjam barang kite tapi tak reti nak pulang balik.. nak kene maki le ni...

15. Pesta / Parti adalah :
Orgy... !!! hahah...

16. Haiwan yang paling comel yang pernah anda temui adalah :
Kucing... bersepah2 kat sini..

17. peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
Umur masa kat ITM dulu.... best nyer..

18. Hari ini :
Hari Selasa, seronok dpt bekerja semua selepas lama bercuti...

19. Malam ini saya akan :
Pergi terawikh, kalau rajin...

20. Esok pula saya akan :
Datang bekerja seperti selalu...

21. Saya betul-betul inginkan :
Seorang ratu dalam hidupku

22. Ketika anda lihat wajah anda di cermin pagi ini :
takde pikir ape2 pon

23. Pusat membeli-belah atau arked permainan :
Shopping mall ler...

24. Makanan barat atau Jepun :
Belasah jer dua2

25. Bilik yang terang atau gelap :
Samar2.. tidak begitu terang dan tidak begitu gelap. ala2 romantik gitu

26. Bestfriend ever :
My bestfriend is ....

27. saya nak tag :
Kak Mas
Hanis
Che`Pit
Madey


Salam Tag...
  • 12 Comments

Search This Blog

About Me

My photo
afeezz
Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
'afeezz tu memang cukup indah untuk dicintai tapi cukup susah untuk dimiliki' - anonymous 2010
View my complete profile

Total Pageviews (since July 2008)

Follow Me

  • instagram
  • facebook
  • Twitter

My Followers (Thank You)

Blog Lists

  • Syazni Rahim Blog
    Apa Itu Google Search Console
    29 minutes ago
  • Blog Begins At Forty
    March 24, 2023
    3 hours ago
  • Aiman Abdullah
    Siaran Langsung Live Malaysia B-22 Merlion Cup 2023
    4 hours ago
  • CikCappuccinoLatte
    Menu Berbuka Khairulaming : Ayam Gepuk Sambal & Kicap
    5 hours ago
  • AMIE'S LITTLE KITCHEN
    Tiru Macam Saya!
    6 hours ago
  • Blog Sihatimerahjambu
    4 Menu Air Berbuka Puasa Khairul Aming 2023
    9 hours ago
  • As Samsudin
    Ramadan Kareem 1444H
    10 hours ago
  • ABAM KIE : Man of The House
    Kes remeh hingga bercerai
    11 hours ago
  • BLOG RABIA ADAWIYAH
    Hadiah untuk Raydah Blogger
    14 hours ago
  • Monolog Kakmim
    Throwback Thursday - 1 Ramadhan Zaman PKP
    1 day ago
  • KomenSen
    KENAPA SAYA DAH MALAS NAK PERGI HYPERMARKET?
    1 day ago
  • Bola Katok
    Review filem anime The First Slam Dunk.
    2 days ago
  • MRS.A my blog my stori
    Potluck Pra-Ramadhan 1444H
    3 days ago
  • AMMI
    Aku takut
    4 days ago
  • Warisan Petani
    'Yut' Hanyut Buat Selama-lamanya
    5 days ago
  • cikguzim
    Lancarkan kencing dengan air barli
    3 weeks ago
  • fairus.com
    Sehari di Pekan Baru, Riau, Indonesia
    4 weeks ago
  • SEMUT SENYUM
    Tenang Lubuk Jiwa
    5 weeks ago
  • SITI.YANG.MENAIP
    Happy New Year 2023 | SitiYangMenaip Masih Ada
    2 months ago
  • LADY LIKE ME !
    HAPPY 2023 !!
    2 months ago
  • ixa-rism
    One Hundred Nine One
    4 months ago
  • PESONA ETUZA
    Johor Kami Datang Dengan Hati Girang
    6 months ago
  • Tiga Lalat 2021
    NEW BLOG I AM
    6 months ago
  • Shida Radzuan Blog
    Susahnya untuk konsisten
    7 months ago
  • Adinda Baizura Mazlan
    Tenang. Kamu Mampu.
    7 months ago
  • ! acuyuhan
    Nineteen61 Cafe Kuantan
    1 year ago
  • Dunhill guy
    Handmade Design Phone Case
    1 year ago
Show 10 Show All

Blog Archive

  • ►  2023 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2022 (3)
    • ►  December (1)
    • ►  June (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2021 (77)
    • ►  December (7)
    • ►  November (8)
    • ►  October (7)
    • ►  September (8)
    • ►  August (6)
    • ►  July (7)
    • ►  June (5)
    • ►  May (8)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (5)
    • ►  January (4)
  • ►  2020 (40)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (1)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (36)
    • ►  December (3)
    • ►  November (3)
    • ►  October (4)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (2)
    • ►  March (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2018 (28)
    • ►  December (4)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (29)
    • ►  December (1)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (4)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (37)
    • ►  December (2)
    • ►  November (3)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2015 (50)
    • ►  December (6)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (6)
    • ►  August (4)
    • ►  July (4)
    • ►  June (4)
    • ►  May (3)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  February (6)
    • ►  January (3)
  • ►  2014 (50)
    • ►  December (3)
    • ►  November (4)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (4)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (1)
    • ►  March (4)
    • ►  February (5)
    • ►  January (5)
  • ►  2013 (106)
    • ►  December (6)
    • ►  November (7)
    • ►  October (6)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (10)
    • ►  June (9)
    • ►  May (10)
    • ►  April (10)
    • ►  March (10)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2012 (117)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (9)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (8)
    • ►  May (9)
    • ►  April (10)
    • ►  March (10)
    • ►  February (9)
    • ►  January (10)
  • ►  2011 (124)
    • ►  December (13)
    • ►  November (10)
    • ►  October (8)
    • ►  September (9)
    • ►  August (12)
    • ►  July (10)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (10)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (10)
  • ►  2010 (132)
    • ►  December (11)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (11)
    • ►  August (13)
    • ►  July (14)
    • ►  June (8)
    • ►  May (9)
    • ►  April (15)
    • ►  March (9)
    • ►  February (11)
    • ►  January (9)
  • ▼  2009 (146)
    • ►  December (9)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ▼  September (14)
      • Posting No. 160 : Selamat Hari Raya 4
      • Posting No. 159 : Selamat Hari Raya 3
      • Posting No. 158 : Selamat Hari Raya 2
      • Posting No. 157 : Selamat Hari Raya
      • Posting No. 156 : Menjelang Hari Raya 6
      • Posting No. 155 : Menjelang Hari Raya 5
      • Posting No. 154 : Menjelang Hari Raya 4
      • Posting No. 153 : Menjelang Hari Raya 3
      • Posting No. 152 : Menjelang Hari Raya 2
      • Posting No. 151 : Menjelang Hari Raya
      • Posting No. 150 : 4th Miles 1st Official Gathering...
      • Posting No. 149 : Selamat Berpuasa
      • Posting No. 148 : Mari Berhibur
      • Posting No. 147 : Blogger Tag By Ixa-rism
    • ►  August (18)
    • ►  July (19)
    • ►  June (16)
    • ►  May (9)
    • ►  April (13)
    • ►  March (7)
    • ►  February (13)
    • ►  January (6)
  • ►  2008 (45)
    • ►  December (2)
    • ►  November (7)
    • ►  October (7)
    • ►  September (12)
    • ►  August (9)
    • ►  July (8)

My Travel Story - To Infinity and Beyond

  • 2008 : United Kingdom (1)
  • 2011 : Indonesia - Medan (8)
  • 2013 : Indonesia - Bandung (6)
  • 2014 : Singapura (2)
  • 2015 : Kemboja - Siem Reap (6)
  • 2016 : Thailand - Krabi (5)
  • 2017 : Jepun - Tokyo (10)
  • 2019 : Korea Selatan - Seoul (10)

My Travel Story - Malaysia

  • 2009 : Pulau Pinang (1)
  • 2011 : Kedah - Pulau Langkawi (4)
  • 2011 : Sabah - Kota Kinabalu (6)
  • 2012 : Road Trip 1.0 (3)
  • 2012 : Sarawak - Kuching (6)
  • 2013 : Road Trip 2.0 (3)
  • 2014 : Pulau Pinang (2)
  • 2015 : Kedah - Pulau Langkawi (4)
  • 2018 : Pahang - Cherating (3)
  • 2020 : Pahang - Cameron Highlands (2)
  • 2020 : Perak - Pulau Pangkor (3)

Top 5 Weekly Popular Posts

  • 1000 : Bila Lampu Brek Menyala Tak Padam-Padam
    Korang pernah ada pengalaman tak, bila lampu brek kereta korang termasuk lampu brek ketiga menyala tapi tak mahu padam? Macam ada satu entit...
  • 999 : Throwback Thursday - October 2021
    Pada hari ini (7 Oktober) pada tahun 2019, aku berjaya menjejakkan kaki ke Pulau Nami, Korea Selatan. Hujan turun membasahi bumi pada pagi ...
  • 1001 : Satu Ribu Satu Cerita Aku
    Perasan atau tidak, jumlah post di dalam blog aku yang tak seberapa ni sudah mencapai ke angka 1001 termasuk post ini. Tak pernah ku sangka ...
  • 812 : Big Home Expo 2017
    Poster Big Home Expo 2017 Big Home Expo 2017 telah diadakan dari 16 hingga 19 Februari 2017 bertempat di Stadium Bukit Jalil. Ini ada...
  • 813 : Wishing Myself A Happy Birthday (Episod 2)
    Tanggal 25 Februari yang lepas adalah hari ulang tahun kelahiran aku. Seperti tahun-tahun sebelumnya, pada tahun ni aku masih berusia 21 t...

Labels

Hanya Nak Cerita (298) Jalan-Jalan (145) Makan-Makan (90) Cuti - Cuti Malaysia (82) Ucapan Dari Hati (80) Hiburan (79) Saje Nak Tayang (73) Gambar (46) Cuti - Cuti Luar Negara (43) Masak Sendiri Makan Sendiri (35) Sukan (30) Kerja (26) Luahan Perasaan (24) Kerinduan (21) Takde Idea Nak Menulis (17) Famili (10) Pengetahuan Bersama (8) Wordless Wednesday (8) GiveAway (3)

Mereka Yang Rajin Memberi Komen

instagram

Template Created By : ThemeXpose . All Rights Reserved.

Back to top