... dan aku menulis untuk diri sendiri

 ... Episod sebelumnya (Episod 2)

Hari kedua kami di bumi Georgia. Pagi itu kami bersarapan di hotel. Penginapan di hotel ini datang beserta dengan sarapan pagi. Walau bagaimanapun, menu sarapan di hotel ini tidaklah semewah menu sarapan pagi di hotel-hotel Malaysia. Takda nasi lemak, takde bihun atau mee goreng apetah lagi roti canai. Menu yang disediakan cuma menu-menu yang standard untuk orang-orang putih yang ada di antaranya yang tidak halal. Maka setiap hari kami cuma bersarapan pagi dengan roti, cereal, telur rebus atau buah-buahan. Sampai jemu juga la sehingga ke akhirnya.

Semangkuk buah-buahan pelbagai jenis disediakan setiap
pagi untuk tetamu. Kami selalu seludup keluar dua-tiga 
biji untuk bekalan kami especially pisang

Pelbagai jenis cheese, salami, pickled vege and fruit 
dan yogurt disediakan setiap pagi. Aku sebagai seorang 
yang tak minat cheese, memang rugi lah

Tak tahu lah roti ape yang aku amik ni, nampak macam sedap 
tapi tak sedap pon... hahaha. Yang lain tu ada jem nenas dan jem strawberi, 
dried aprikot dan manisan tradisional Georgia bernama Churchkhela

Second round, amik kekacang dan kismis, 
kek vegan (katanya vegan dan tak sedap) dan buah avokado kot yang tu, 
amik jer tapi tak makan...

Pelan aktiviti kami pagi itu adalah ke monumen Mother of Georgia. Kami telah berjalan kaki menyusuri tebing Sungai Kura hingga ke Vakhtang Gorgasali Square, melintasi Metekhi Bridge dan menuju ke Rike Park. Dari Rike Park kami akan menaiki Mother of Georgia Tramway untuk ke puncak Sololaki Hill. Ini adalah cara mudah untuk ke monumen Mother of Georgia yang terletak di puncak Sololaki Hill. Bayaran untuk Tramway adalah sebanyak GEL12 pergi balik untuk 2 orang. Perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 5 minit dari Lower Station ke Upper Station.

Salah satu permandangan ikonik di bandar Tbilisi. 
Metekhi Church of Nativiti of the Mother of God 
dan Statue of King Vakhtang Gorgasali

Seorang rakan sedang berbual-bual dengan seorang warga tempatan 
yang akhirnya kami mengambil package river cruise yang 
ditawarkan untuk ride sebelah petang

Kucing Tbilisi - Si Belang

Kucing Tbilisi - Si Hitam

Di sebuah taman berhampiran Mother of Georgia Tramway 
terdapat sebuah taman kecil yang menempatkan 
seketul batu yang dikatakan serpihan dari Tembok Berlin

Mother of Georgia Tramway Entrance 

Suasana di dalam stesen tramway. Lebih kurang macam 
kat Langkawi atau Genting

Suasana pagi itu di Mother of Georgia Tramway
Ramai juga pengunjung

Perjalanan dari Lower Station ke Upper Station tak
sampai pon 5 minit. Dapat lihat permandangan Tbilisi Old Town
dah sebahagian Tbilisi New Town dari atas

Dari puncak kita akan dapat menyaksikan permandangan bandar Tbilisi yang dibatasi pergunungan. Ramai pengunjung pagi tu, mungkin kerana cuti hujung minggu. Kehadiran kami disambut oleh seorang pemuzik jalanan yang mendendangkan lagu Negaraku dengan menggunakan arkodion setelah mengetahui kami dari Malaysia. Agak bangga jugalah bila mana lagu Negaraku berkumandang di bumi Georgia. Kami menderma seikhlas hati kepada pemuzik itu sebagai tanda penghargaan. Kami menyusuri jalan berliku yang dipenuhi dengan gerai-gerai pedagang tempatan menjual cenderahati, pakaian dan makanan menuju ke monumen Mother of Georgia. Sangat meriah di sini dengan pengunjung dan aktiviti menjual beli. Barangan cenderahati di sini juga amat menaik dan cantik tetapi kami tidak membeli apa-apa, sekadar membeli belah tingkap sahaja. 

Seorang pemuzik jalanan yang memainkan lagu
Negaraku untuk kami. Ramai juga rakyat Malaysia
yang ke Georgia agaknya sampat dia tahu lagu
Negaraku

Permandangan bandar Tbilisi dari puncak Sololaki Hill

Mother of Georgia atau Mother of Kartii adalah simbol bagi bandar Tbilisi yang dibina pada tahun 1958 sempena sambutan ke 1,500 tahun bandar itu. Monumen ini adalah seorang wanita yang secang memegang gelas berisi wine di tangan kirinya. Dikatakan wine ini adalah untuk tetamu dan sahabat yang datang dengan niat baik manakala di tangan kanannya memegang sebilah pedang untuk melawan musuh atau sesiapa sahaja yang datang dengan niat tidak baik. Monumen ini setinggi 20 meter dan diperbuat daripada aluminium dan berwarna perak..


Mother of Georgia dari kejauhan

Up close. Dapat gambar dari belakang jer, 
sebab belah depan dia tu jurang..

Berlatar belakangkan Mother of Georgia

Disamping monumen Mother of Georgia di atas bukit ini juga terdapat sebuah Botanical Garden. Kalau tak silap ada bayaran lain yang dikenekan untuk memasuki Botanical Garden ini. Dari sini juga kita boleh menuju ke Narikala Fortress. Menurut lagenda, kubu ini telah dibina oleh King Vakhtang I Gosgasali dari Kingdom of Iberia sekitar abad ke 4. Kubu ini telah ditakluk oleh beberapa kerajaan sepanjang kewujudannya termasuk Kerajaan Persia, Mongol dan Umayyah. Malangnya semasa kami di sana, kubu Narikala ini ditutup untuk kerja-kerja renovasi.

Narikala Fortress dari kejauhan

Selepas penat berjalan, kami lepak dan berehat sebentar di sebuah gerai menjual jus delima dan snack tempatan. Kawan-kawan lain sudah hilang entah ke mana, maka kami berdua ambil keputusan untuk lepak di sini sambil memerhatikan pengunjung yang lalu lalang. Harga segelas kecil jus delima yang baru diperah agal lumayan mahal iaitu sebanyak GEL20 dan segelas buah-buahan seperti strawberri dan anggur juga berharga GEL20. 


Menikmati segelas jus delima yang segar dan segelas buah-buahan
tempatan sambil melihat orang yang lalu lalang


... bersambung (Episod 4)

  • 4 Comments

 ... Episod sebelumnya (Episod 1)

Selesai urusan check-in di hotel penginapan, kami mengambil masa untuk berehat seketika memandangkan perjalanan panjang yang telah kami tempuhi dari malam tadi hingga ke petang itu merentas beberapa zon masa. Mercure Hotel Tbilisi Old Town adalah sebuah hotel bertaraf bintang (tak tau berapa bintang), yang disponser untuk kami, terletak di Tbilisi Old Town (Kala) menghadap Sungai Kura yang membelah bandar Tbilisi. Bilik yang akan kami inapi selama 8 malam (1 malam lagi bayar sendiri) ini lengkap dengan semua kemudahan asas, selesa dan dibersihkan setiap hari. Dan yang penting, tandas ada bidet untuk mencuci selepas uuk uuk.

Kami berjanji untuk berkumpul semula di lobi hotel pada pukul 5.00 petang. Kami berjalan kaki beramai-ramai menuju ke Tbilisi Old Town yang terletak tidak jauh dari hotel penginapan kami, yang tidak sampai 1km jaraknya. Suhu nyaman sahaja petang itu, tidak panas dan tidak terlalu sejuk. Tbilisi Old Town adalah satu kawasan di bandar Tbilisi yang menjadi tumpuan pelancong. Senibina bangunan yang unik dan menarik menjadi tumpuan pelancong ke kawasan ini disamping banyak tarikan lain seperti makanan dan tempat-tempat sejarah. Atmospere pon macam sedang berada di zaman dahulu sebelum zaman AI sekarang.

Tujuan pertama kami petang itu adalah untuk menukar wang. Tiada sekeping pon wang Georgia (Georgian Lari (GEL)) di dalam poket masing-masing. Kami membawa USD memandangkan penerimaan USD yang meluas di mana-mana dan mudah untuk membuat pertukaran asing. Penggunaan kad debit/kredit mahupon QR adalah amat terhad. Pengurup wang di kawasan sini hanyalah kedai-kedai kecil dan kadar tukaran yang berbeza di antara satu pengurup dengan pengurup yang lain. Terpaksa buat perbandingan untuk mendapatkan kadar yang terbaik. Aku menukar sekitar USD700 dan dapatlah lebih kurang GEL1,700. Seperti biasa, dapatkan harga tukaran dahulu sebelum bersetuju.

Abano St. Di sini kami menukarkan wang USD kami kepada GEL.
Banyak juga pengurup wang yang menawarkan perkhidmatan.
Banyak juga restoran makanan halal di sini terutama makanan dari
Timur Tengah seperti Turkiye. Kedai cenderahati pon banyak.

Suasana petang di Tbilisi. Selalu juga jem di sini kalau hari weekdays. 
Jem di Tbilisi dah macam jem kat Malaysia jugak..

Berjalan kaki menuju Tbilisi Old Town sambil menikmati
permandangan Sungai Kura di seberang jalan itu.

Monumen Heydar Aliyev, Presiden ke tiga Republic of Azerbaijan.
Tak pasti kenapa monumen ini ditempatkan di sebuah
taman yang juga dinamakan sempena nama beliau,
Hari-hari lalu sini, tak ambil tahu pon tentang sejarahnya.

Kemudian kami berjalan sepanjang Abano St. Kawasan ini adalah salah satu kawasan tumpuan pelancong. Terdapat banyak restoran makanan timur tengah dan makanan tempatan. Terdapat juga banyak kedai cenderahari dan juga banyak bath houses kepada sesiapa yang berminat untuk mandi air panas bersulfur. Bau sulfur dikawasan ini agak kuat dan kadang-kadang menyakitkan hidung. Aku berminat juga untuk mandi air panas tu tapi nampaknya takde sahabat yang berminat nak join, hahaha. 




Beberapa permandangan sepnjang Abano St. 
yang menjadi tumpuan pelancong 


Beberapa bath house yang terdapat do Abano St.
Tak sure harganya berapa. tapi pada yang malu-malu tu
bole booking private room

Kemudian kami bergerak menyusuri jalan-jalan kecil yang dipenuhi dengan pelbagai jenis perniagaan masyarakat tempatan hingga ke Vakhtang Gorgasali Square, sebuah persimpangan jalan raya yang agak sibuk di sini. 

Pintu dengan lukisan yang menarik

Berjalan tanpa arah sehingga membawa kami ke
Vakhtang Gorgasali Square. Banyak cafe-cafe
sepanjang lorong ini.

Perut sudah terasa lapar dan kami merancang untuk makan malam di sebuah restoran Azerbaijan yang dicadangkan oleh pemandu Bolt kami tadi. Malangnya, tidak seorang pon dari kami yang ingat nama restoran itu dan main agak-agak je di mana restoran tersebut. Disebabkan aku mengalami kekurangan gula dalam darah ketika itu, aku tidak dapat bersama mereka. Aku dan seorang rakan duduk lepak di sebuah kedai di pinggir Vakhtang Gorgasali Square itu sambil menikmati Chimney Cake bersama aiskrim sambil menikmati permandangan malam Old Town Tbilisi.

Menikmati Pistachio Chimney Cake sambil menikmati 
suasana malam Old Town Tbilisi

Chimney Cake atau Trdelnik (თბილისი) dalam bahasa tempatan adalah sejenis sweet pastry yang dikatakan berasal dari Hungary dan popular di sini. Kalau korang pernah merasa pastri Auntie Anne, lebih kurang macam tu lah rasa pastrinya dan dimakan dengan pelbagai jenis aiskrim dan topping. Harga yang aku ambil ini adalah GEL15, beli satu share makan berdua, itupon tak habis kerana pastrinya yang agak memuakkan bila makan banyak. Aiskrim dan topping buah-buahan di dalamnya itu sedap dan manis,



Liel Chimney and Coffee adalah salah satu restoran
Chimney Cake yang popular di Tbilisi. Terletak di kawasan
Vakhtang Gorgasali Square berhampiran Metekhi Bridge.
Restoran ini dikatakan Halal

Permandangan malam di kawasan Vakhtang Gorgasali Square.
Pada masa ini, pukul 6.00 petang sudah beransur gelap dan 
pukul 7.30 pagi baru matahari nak naik.

... bersambung (Episod 3)


  • 8 Comments

 Assalamualaikum semua.

Bertemu sekali lagi dalam blog aku yang tak seberapa ini, hidup segan mati tak mahu. Sepeninggalan aku dari dunia maya sejak posting terakhir aku pada bulan Julai 2025 lepas, sempat jugalah aku berkunjung ke sebuah negara yang rasanya tak terlintas pon di fikiranku untuk menjejakkan kaki ke sana, iaitu ke negara Georgia. Ada yang menyangkakan bahawa aku ke Georgia State, US dan ade juga yang beranggapan aku ke Jogja, sebab sebutan Georgia tu kalau dengar-dengar memang seakan-akan Jogja.

"I would like to travel the world with you twice. Once, to see the world.
Twice to see the way you see the world." — Anonymous

Georgia adalah salah satu dari tiga negara yang terletak di Banjaran Caucasus bersempadan dengan Armenia di selatan dan Azerbaijan di timur dan tenggara. Banjaran Causasus pula terletak di antara Laut Hitam dan Laut Kaspia yang membentuk sempadan Eurasia. Georgia merupakan salah sebuah negara yang terbentuk hasil dari keruntuhan kerajaan Soviet Union pada tahun 1991.

Tiada perancangan sangat untuk trip ini memandangkan aku hanya mengikuti beberapa orang rakan yang akan menghadiri sesi training di sana. Tempoh training mereka adalah pada 27 hingga 29 Oktober 2025 dan kami akan berada di Georgia dari 25 Oktober hingga 2 November 2025. Kami akan menginap di Mercure Hotel Old Tbilisi sepanjang tempoh tersebut dan rakan-rakan juga akan bertraining di hotel yang sama. 

Penerbangan kami ke Tbilisi telah dijadualkan pada hari Sabtu, 25 Oktober 2025 pada pukul 02.55 pagi. Aku bersama lima orang rakan yang lain akan menggunakan perkhidmatan Qatar Airways penerbangan QR4992 tetapi akan menaiki pesawat Malaysia Airlines. Penerbangan kami akan mengambil masa lebih kurang 7 jam 20 minit ke Hamad International Airport, Doha, Qatar dan kami akan dijangka tiba lebih kurang pukul 05.15 pagi waktu Qatar (GMT +3). Kami akan transit di Hamad International Airport lebih kurang 3 jam sebelum menaiki penerbangan seterusnya pada pukul 08.20 pagi menggunakan Qatar Airways penerbangan QR0255 dan dijangka tiba di destinasi akhir, Shota Rustaveli International Airport, Tbilisi, Georgia pada pukul 12.40 tengahari waktu Georgia (GMT +4). Ini merupakan pernerbangan pertama aku yang ada transit, sebelum ni semua direct flight sahaja walaupon penerbangan selama 12 jam. 

Pada 25 Oktober itu aku bekerja seperti biasa walaupon hati dan fikiran telah lama berada di Georgia. Aku telah mengambil Cuti Separuh Hari Petang pada petang itu memandangkan beg dan bagasi yang hendak dibawa masih belum siap dikemas sepenuhnya. Bila dah lama tak travel, skill nak packing beg pon hilang. Selesai berkemas apa-apa yang patut, aku berehat sebentar. Aku hanya membawa sebuah bagasi (luggage) dan satu beg sandang. Memandangkan sekarang di Georgia sudah menghampiri musim dingin, aku tidak membawa banyak baju dan seluar. Kita recycle je lah baju dan seluar yang dibawa kerana musim dingin ni kita tak akan berpeluh sangat. Yang penting bawa winter coat. 

Lebih kurang pukul 10.00 malam, aku dan seorang rakan mengambil Grab dari Cyberjaya ke KLIA Terminal 1. Yang lain bergerak ke KLIA dari rumah masing-masing. Bersidailah kami berenam di KLIA menunggu waktu penerbangan pada pukul 02.55 pagi nanti. Niat di hati nak masuk dalam mana-mana waiting lounge di KLIA nampaknya tak kesampaian kerana kami hanya pemegang tiket kelas ekonomi, mereka hanya layan pelanggan yang kelas ada-ada sahaja. Takpelah, tak sudi nak terima kami.... hahaha. Makanya, kami berpeleseran sahaja di sebuah cafe di sana. 

Bersidai lama di KLIA menunggu waktu boarding.
Pasport dah lama tak digunakan. Nasib baik masih sah. 
Expired Ogos 2026

Lebih kurang pukul 02.00 pagi, kami masuk ke dewan menunggu untuk proses boarding. Malangnya, penerbangan kami telah delay ke pukul 03.30 pagi. Mata dah lama koyak, dah tak tertahan nak tidor. Ingat kalau dah masuk ke pesawat, bole la rehat dan melelapkan mata, ini kene tunggu lagi lebih kurang 1/2 jam. Bertabahlah...

Penerbangan QR4992 akhirnya berlepas meninggalkan Kuala Lumpur. Aku melelapkan mata dan berharap untuk tidor, tetapi dalam keadaan ini, memang susah untuk melelapkan mata apatah lagi lena. 

 
Snek yang dihidangkan untuk penumpang, 
kalau tak silap aku isinya Karipap Ayam.
Dan paling famous Kacang Masin MAS

Menu sarapan pagi, Scramble Eggs and Chicken Sausage.
Tak berapa nak sedap, rugi tak amik Nasi Lemak

Lebih kurang 7 jam kemudian, pesawat mula untuk melakukan pendaratan. Permandangan negara padang pasir dapat dilihat dari jendela pesawat. Pesawat mendarat dengan baik dan telah parkir agak jauh dari terminal dan kami terpaksa menaiki bas yang disediakan untuk ke terminal. Keluar sahaja dari perut pesawat, telah terasa bahang dan panas padang pasir walaupon tatkala itu baru sahaja lebih kurang pukil 6.00 pagi. Rasanya matahari macam dah tegak di kepala.

Bangga dapat terbang bersama Malaysia Airlines.
Pesawat parkir jauh, terpaksa turun guna tangga dan kemudian
naik bas untuk ke terminal

Sempat amik gambar Malaysia Airlines 
semasa dalam bas ke terminal.

Melintasi pintu kawalan keselamatan, aku telah ditahan memandangkan pintu keselamatan itu telah berbunyi. Aku telah diperiksa oleh pegawai yang bertugas dan telah diminta untuk duduk di sebuah bangku yang disediakan untuk pemeriksaan selanjutnya oleh seorang pegawai yang lain. Aku tidak risau kerana aku tahu mengapa pintu itu berbunyi. Ini merupakan pengalaman pertama aku ditahan sebegini di lapangan terbang. Seorang pegawai yang lain datang dan telah mengambil 'swab' di bahagian kaki kanan aku. Memandangkan aku sering menonton siri 'Border Security' di Youtube, aku tahu, 'swab' itu adalah untuk mengesan kehadiran bahan narkotik. Tapi nak risau kenapa, aku tak sentuh pon benda tu. Kurang 5 minit kemudian aku dilepaskan, menandakan ujian aku negatif. Rakan-rakan lain yang telah lepas berasa cuak kerana aku ditahan dan bersyukur kerana tiada apa yang serius berlaku.

Ramai sungguh orang di lapangan terbang ini walaupon di waktu pagi. Tiada apa yang kami lakukan, sekadar mengambil beberapa gambar di port OOTD popular di sini iaitu di patung teddybear sebesar alam tu. Lapangan terbang ni sangat besar dan sibuk, lebih besar dan lebih sibuk dari KLIA kite. Kami terus ke dewan menunggu untuk menunggu penerbangan kami yang selanjutnya.

Port OOTD paling popular di Hamad International Airport.
Ramai betul orang pagi tu, dah macam pasar borong, hahaha...

Satu permandangan lain di Hamad International Airport
Dalam airport ada aerotrain. Kalau kat KLIA asik rosak jer
Tapi tak berkesempatan naik pasal tak sampai Gate kami

Penerbangan QR0225 terbang meninggalkan Doha tanpa sebarang masalah. Penerbangan juga nampaknya full-booked dengan rakyat Georgia yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing. Ini merupakan pengalaman pertama aku menaiki maskapai selain Penerbangan Malaysia dan Air Asia. Penerbangan selamat mendarat di Shota Rustaveli International Airport lebih kurang pukul 1.00 petang. Shota Rustaveli International Airport nampaknya tidak sebesar KLIA apatah lagi Hamad, tapi tidak kurang meriahnya. Barisan yang beratus untuk pemeriksaan pasport nampaknya panjang walaupon banyak kaunter pemeriksaan yang beroperasi. Mungkin banyak penerbangan yang tiba ketika itu. Tidak banyak soalan yang ditanya oleh pegawai yang bertugas, setelah selesai diperiksa dan diambil gambar, 'Welcome to Georgia', katanya tanpa senyuman. Semua rakan juga berjaya melepasi pemeriksaan pasport. Aku lihat barisan yang beratur masih lagi panjang. 

Mendarat di Tbilisi

Menu makanan yang aku pilih semasa penerbangan dari 
DOH ke TBS. First meal dari Qatar Airways.
Yang bestnye, cutlery Qatar Airways besi,
rasa macam nak rembat jer as souvenir 

Di sini sekali lagi aku kantoi untuk melepasi pintu keselamatan. Pintu itu berbunyi sekali lagi. Kali ini aku dibawa masuk ke sebuah bilik kecil bersama-sama dua orang pegawai bertugas. Sekali lagi pemeriksaan dilakukan. Tak sampai 5 minit, aku dilepaskan. Alhamdulillah. Tiada masalah lain selepas itu dan kami telah berjaya memasuki Georgia secara sah.



Beberapa permandangan di hadapan Arrival Hall
Shota Rustaveli International Airport (TBS)

Dari lapangan terbang, kami telah menggunakan applikasi Bolt (semacam Grab Car) untuk ke hotel kediaman. Kami telah menempah 2 buah kereta memandangkan kami berenam tidak termasuk bagasi masing-masing. Bayaran untuk servis Bolt dari lapangan terbang ke hotel kediaman kami di Old Town Tbilisi lebih kurang GEL30 (30 Lari). Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit bergantung kepada keadaan jalan. 

Di Georgia, pemanduan adalah disebelah kiri. Keadaan jalan raya lebih kurang sama macam di Malaysia, macet hampir di semua jalan di waktu puncak. Dan benarlah kata orang, orang Georgia kalau memandu, kebanyakkannya berani mati, bawak kereta macam orang gila... hahahah....

Alhamdulillah, kami selamat tiba di hotel kediaman kami, Mercure Hotel Old Town Tbilisi lebih kurang pukul 03.00 petang. Selesai urusan check-in, kami berehat dahulu sebelum keluar semula melihat-lihat bandar Old Tbilisi.

Mercure Hotel Old Town Tbilisi.
Kami berkampung di sini selama sembilan hari


...bersambung (Episod 2)

  • 8 Comments

Search This Blog

About Me

My photo
afeezz
Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
'afeezz tu memang cukup indah untuk dicintai tapi cukup susah untuk dimiliki' - anonymous 2010
View my complete profile

Total Pageviews (since July 2008)

Follow Me

  • instagram
  • facebook
  • Twitter

My Followers (Thank You)

Blog Lists

  • AMIE'S LITTLE KITCHEN
    Cerita Hujung Minggu
    2 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    April 19, 2026
    2 hours ago
  • CikCappuccinoLatte
    Lirik Lagu Risk It All | Bruno Mars
    9 hours ago
  • Bola Katok
    Raya ke-29: Hasil pusing bandar 10 jam di akhir Syawal.
    19 hours ago
  • Monolog Kakmim
    Makan Apa Hari Ini?
    1 day ago
  • BLOG RABIA ADAWIYAH
    Simpanan duit syiling
    1 day ago
  • cikguzim
    Nama penuh selebriti/influencer di Malaysia
    1 day ago
  • Syazni Rahim Blog
    Percutian Keluarga ke KL: Panduan Bajet 3 Hari 2 Malam untuk 5 Beranak
    2 days ago
  • AMMI
    Makan stimbot di Sirip Steamboat and Grill
    2 days ago
  • Travel My Way
    Bulgaria Part 7 : Free Walking Tour Sofia City - My Last Moment (Final)
    2 days ago
  • ABAM KIE : Man of The House
    Shopee dan Abe Kie: VIP Buyer
    2 days ago
  • PESONA ETUZA
    Majlis Dua Dalam Satu
    3 days ago
  • Warisan Petani
    Baraan Raya
    1 week ago
  • Blog Sihatimerahjambu
    Bab 4 : April 2026
    2 weeks ago
  • MRS.A my blog my stori
    Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H
    3 weeks ago
  • fairus.com
    Layang-layang dari Pandangan Munsyi Abdullah
    5 weeks ago
  • ixa-rism
    One Hundred Ninety Seven
    1 month ago
  • SEMUT SENYUM
    Mencari Gembira Dalam Kerjaya.
    3 months ago
  • Aiman Abdullah
    Cara Mendaftar Sebagai Seller Shopee
    3 months ago
  • 🌷Rasyidasheresimpleblog🌷
    Tutorial remove background! di GOOGLE_ FREE ONLINE_
    3 months ago
  • KomenSen
    SAYA TAK SUKA DI PAKSA-PAKSA.
    4 months ago
  • LADY LIKE ME !
    Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️
    2 years ago
  • As Samsudin
    Pelari Misteri vs Turtle Runner
    2 years ago
  • SITI.YANG.MENAIP
    Salam Dari Tanah Suci
    2 years ago
  • Shida Radzuan Blog
    Aku Masih Ingin Menaip
    2 years ago
  • Tiga Lalat 2021
    NEW BLOG I AM
    2 years ago
  • ! acuyuhan
    Nineteen61 Cafe Kuantan
    4 years ago
  • Adinda Baizura Mazlan
    Training ESQ Angkatan 112 : Comeback!
    6 years ago
  • Dunhill guy
    Seketika di bangi
    11 years ago
Show 10 Show All

Blog Archive

  • ▼  2026 (3)
    • ▼  April (2)
      • 1042 : Catatan Perjalanan - Tbilisi, Georgia (Epis...
      • 1041 : Catatan Perjalanan - Tbilisi, Georgia (Epis...
    • ►  January (1)
      • 1040 : Catatan Perjalanan - Tbilisi, Georgia (Epis...
  • ►  2025 (15)
    • ►  July (4)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
  • ►  2024 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2023 (2)
    • ►  December (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2022 (3)
    • ►  December (1)
    • ►  June (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2021 (77)
    • ►  December (7)
    • ►  November (8)
    • ►  October (7)
    • ►  September (8)
    • ►  August (6)
    • ►  July (7)
    • ►  June (5)
    • ►  May (8)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (5)
    • ►  January (4)
  • ►  2020 (40)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (1)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (36)
    • ►  December (3)
    • ►  November (3)
    • ►  October (4)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (2)
    • ►  March (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2018 (28)
    • ►  December (4)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (29)
    • ►  December (1)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (4)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (37)
    • ►  December (2)
    • ►  November (3)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2015 (50)
    • ►  December (6)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (6)
    • ►  August (4)
    • ►  July (4)
    • ►  June (4)
    • ►  May (3)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  February (6)
    • ►  January (3)
  • ►  2014 (50)
    • ►  December (3)
    • ►  November (4)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (4)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (1)
    • ►  March (4)
    • ►  February (5)
    • ►  January (5)
  • ►  2013 (106)
    • ►  December (6)
    • ►  November (7)
    • ►  October (6)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (10)
    • ►  June (9)
    • ►  May (10)
    • ►  April (10)
    • ►  March (10)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2012 (117)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (9)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (8)
    • ►  May (9)
    • ►  April (10)
    • ►  March (10)
    • ►  February (9)
    • ►  January (10)
  • ►  2011 (124)
    • ►  December (13)
    • ►  November (10)
    • ►  October (8)
    • ►  September (9)
    • ►  August (12)
    • ►  July (10)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (10)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (10)
  • ►  2010 (132)
    • ►  December (11)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (11)
    • ►  August (13)
    • ►  July (14)
    • ►  June (8)
    • ►  May (9)
    • ►  April (15)
    • ►  March (9)
    • ►  February (11)
    • ►  January (9)
  • ►  2009 (146)
    • ►  December (9)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (14)
    • ►  August (18)
    • ►  July (19)
    • ►  June (16)
    • ►  May (9)
    • ►  April (13)
    • ►  March (7)
    • ►  February (13)
    • ►  January (6)
  • ►  2008 (45)
    • ►  December (2)
    • ►  November (7)
    • ►  October (7)
    • ►  September (12)
    • ►  August (9)
    • ►  July (8)

My Travel Story - To Infinity and Beyond

  • 2008 : United Kingdom (1)
  • 2011 : Indonesia - Medan (8)
  • 2013 : Indonesia - Bandung (6)
  • 2014 : Singapura (2)
  • 2015 : Kemboja - Siem Reap (6)
  • 2016 : Thailand - Krabi (5)
  • 2017 : Jepun - Tokyo (10)
  • 2019 : Korea Selatan - Seoul (10)
  • 2022 : Thailand - Krabi (4)
  • 2025 : Georgia - Tbilisi (3)

My Travel Story - Malaysia

  • 2009 : Pulau Pinang (1)
  • 2011 : Kedah - Pulau Langkawi (4)
  • 2011 : Sabah - Kota Kinabalu (6)
  • 2012 : Road Trip 1.0 (3)
  • 2012 : Sarawak - Kuching (6)
  • 2013 : Road Trip 2.0 (3)
  • 2014 : Pulau Pinang (2)
  • 2015 : Kedah - Pulau Langkawi (4)
  • 2018 : Pahang - Cherating (3)
  • 2020 : Pahang - Cameron Highlands (2)
  • 2020 : Perak - Pulau Pangkor (3)
  • 2023 : Kedah - Pulau Langkawi (2)

Top 5 Weekly Popular Posts

  • 1041 : Catatan Perjalanan - Tbilisi, Georgia (Episod 2) : Permandangan Pertama Tbilisi Old Town
     ... Episod sebelumnya (Episod 1) Selesai urusan check-in di hotel penginapan, kami mengambil masa untuk berehat seketika memandangkan perja...
  • 1042 : Catatan Perjalanan - Tbilisi, Georgia (Episod 3) : The Mother of Georgia
     ... Episod sebelumnya (Episod 2) Hari kedua kami di bumi Georgia. Pagi itu kami bersarapan di hotel. Penginapan di hotel ini datang beserta...
  • 1040 : Catatan Perjalanan - Tbilisi, Georgia (Episod 1) : Dari KUL ke DOH dan TBS
      Assalamualaikum semua. Bertemu sekali lagi dalam blog aku yang tak seberapa ini, hidup segan mati tak mahu. Sepeninggalan aku dari dunia m...
  • 1023 : Kenapa Kopi Ini Pahit?
    Kenapa kopi ni pahit? Baruku tahu bukan gula dimasukkan,  tapi kisah cinta kita  Assalamualaikum semua. Pejam celik pejam celik dah hampir d...
  • 553 : Tahniah
      Tahniah kepada Encik Hafizan bin Pal @ Affal di atas penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 Universiti Malaya. Segala jasa ...

Labels

Hanya Nak Cerita (302) Jalan-Jalan (145) Makan-Makan (90) Cuti - Cuti Malaysia (83) Ucapan Dari Hati (80) Hiburan (79) Saje Nak Tayang (73) Cuti - Cuti Luar Negara (48) Gambar (46) Masak Sendiri Makan Sendiri (35) Sukan (30) Kerja (26) Luahan Perasaan (24) Kerinduan (21) Takde Idea Nak Menulis (18) Famili (10) Wordless Wednesday (10) Pengetahuan Bersama (8) GiveAway (3)

Mereka Yang Rajin Memberi Komen

instagram

Template Created By : ThemeXpose . All Rights Reserved.

Back to top