... dan aku menulis untuk diri sendiri

Setelah sekian lama dapur tidak berasap dengan hidangan-hidangan masak sendiri makan sendiri, akhirnya berasap juga dapurku minggu lepas. 

Pada hari Jumaat minggu lepas sengaja aku mengambil cuti tahunan sekadar untuk merehatkan diri. Lagi pon cuti rehat tahunan masih banyak lagi berbaki. Tengah-tengah cuti macam ni, teringin pula nak makan makanan hasil air tangan sendiri. Jemu sudah makan makanan yang dibeli.

Keesokan harinya, aku dan seorang sahabat telah pergi ke sebuah pasaraya kecil berhampiran untuk membeli barang dapur. Niat di hati nak beli sekadar barang basah untuk buat kari atau kurma telur seperti bawang merah, bawang putih, cili, kentang dan sebagainya tetapi terpandang pula longgokan buah cempedak di luar pagar, masak sebiji di atas peti. Maka kami pon ambillah sebiji bersaiz sederhana besar untuk digoreng petang itu sebagai menu minum petang. Harga pon agak lumayan, RM21 sebiji dan tak pasti pula berapa kilo beratnya.

Petang itu sahabat dah bertinggung membelah cempedak itu. Isinya kecil-kecil sahaja tapi agak banyak. Kalau jual seulas singgit pon bole balik modal, tapi takde untung. Sahabat sediakan juga tepung gorengannya, cara tradisional sahaja, tepung gandum, garam sikit, air sejuk dan sedikit serbuk kunyit untuk warna. Tukang gorengnya adalah aku.

Cempedak Goreng untuk minum petang hari itu. 
Makan Cempedak Goreng tapi minum air kosong je ye, 
nak jaga kesihatan kononnya (sebenarnya malas nak bancuh teh)

Keesokan harinya pula, hari ahad, aku memulakan projek masak Kari Telur. Mula-mula ingat nak buat Kurma Telur, tapi memandangkan serbuk kari yang ada dah nak expired, kita buat kari sahaja. Main campak-campak sahaja asalkan ada rupa dan rasa kari. 

Kari Telur dengan Kentang dan Lobak Merah. Masak sekali senang 
nak makan. Tak perlu susah-susah nak masak sayur

Alhamdulillah ada rupa dan rasa kari. Sedap di tekak aku. Jadilah untuk makan tengahari dan makan malam untuk hari itu. 

p/s : korang masak kari ada masuk gula tak?

  • 2 Comments


16 November 2026 maka genaplah 14 tahun ibu meninggalkan kami. Selama 14 tahun itu juga tiada sehari pun yang berlalu tanpa kami merindui ibu. Tiada sehari pun yang berlalu tanpa kami mendoakan kesejahteraan ibu. Bicara kita hanyalah dalam doa yang dipanjatkan pada Yang Esa. Damailah ibu di sana, sehingga kita dipertemukan semula nanti. Hingga itu, ku mohon agar Kau jagalah dirinya.

Amiin.

  • 7 Comments

Assalamualaikum

Beberapa minggu yang lepas aku telah meneman seorang sahabat ke Alamanda Shopping Centre kerana sahabat hendak menukar telefon bimbitnya ke sebuah telefon bimbit yang baru. Dapat sponser dari majikan tempat dia bekerja katanya, huntong la.. Aku hanya mampu jeles sahaja. 

Tetapi sebelum kami pergi ke tempat yang dituju, kami telah singgah makan dulu di Cili Kampung. Sahabat yang ajak makan di sana sebab tak tahu nak makan apa malam itu. Awal-awal lagi sahabat dah warning, harga makanan kat sana mahal dan aku dengan selamba pergi pecah rahsia yang gaji aku dah masuk.. hahaha.. Tambahan lagi aku pon tak pernah makan di sana.

Sesampai sahaja di sana, masih tidak ramai pelanggan tetapi ada meja-meja yang sudah dibooking. Restorannya agak cantik dan cozy dengan dekorasi ala kampung. Melihat menu, memamg harganya agak mahal. Takpelah, sekali sekala nak makan sedap (pujuk hati). 

Sebahagian deko di dalam restoran. Tenang dan damai. 
Lighting juga sesuai dengan dekonya. Restoran juga agak luas.

Pilihan minuman kami, Lychee Lime and Rose dan Rambutan Lengkong Cincau.
Air Rambutan Lengkong Cincau tu tak manis sesuai untuk mereka 
yang sedang cut sugar

Nama menu ini Cili Api Squid. Sesuai dengan namanya, ia sangat pedas.

Ayam Bakar Lomak Pucuk Paku

Bagi aku, aku amat berpuas hati dengan makanan di sini. Portion makanan juga besar dan satu portion boleh dimakan 2-3 orang. Ayam Bakar Lomak Pucuk Paku itu juga ada 3 ketul ayam bakar di dalamnya. Selain itu juga kami ada pesan Telur Dadar yang besar dan tebal. Ayam Bakar Lomak Pucuk Paku adalah favorite aku, sampai sekarang tak bole move on, sebab tak pernah rasa Masak Lomak Pucuk Paku sebelum ni. Sangat recommended. 

As for pencuci mulut, kami telah order Pisang Goreng Gula Hangus Aiskrim sebab dalam gambar nampak sedap. Dan ianya memang sedap cuma batter pisang gorengnya aku tak berapa suka yang jenis crunchy macam ni. Aku lebih suka yang style orang lama. Portionnya juga besar boleh makan 2 orang sebab pisangnya yang agak tembam.


Pisang Goreng Gula Hangus Aiskrim

Selesai bersantap, masih ada baki yang tidak dapat dihabiskan. Kami minta di tapau, boleh buat makan esok.







  • 12 Comments

Search This Blog

About Me

My photo
afeezz
Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
'afeezz tu memang cukup indah untuk dicintai tapi cukup susah untuk dimiliki' - anonymous 2010
View my complete profile

Total Pageviews (since July 2008)

Follow Me

  • instagram
  • facebook
  • Twitter

My Followers (Thank You)

Blog Lists

  • SURIA AMANDA
    WW~Sarapan SA Pagi Ini..
    1 hour ago
  • CikCappuccinoLatte
    Segmen | Kenapa Ada Blog By Mulan
    6 hours ago
  • ABAM KIE : Man of The House
    Apa Itu Lelaki Dad Bod?
    6 hours ago
  • Monolog Kakmim
    SPM 2026: Hari ke-3, Kertas ke-3
    7 hours ago
  • Syazni Rahim Blog
    Terima Kasih Untuk 3 Tahun | Wordless Wednesday
    12 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    November 24, 2026
    15 hours ago
  • BLOG RABIA ADAWIYAH
    Makan makan
    18 hours ago
  • AMMI
    Cubaan ringan minggu 2
    1 day ago
  • PESONA ETUZA
    TakdirNya Menemukan Kami Semua, Kadangkala Gerak Mata Itu Ada Maksud Tersirat.
    2 days ago
  • Warisan Petani
    Melantai Reban Ayam
    2 days ago
  • AMIE'S LITTLE KITCHEN
    Makan-Makan di Hometown Hainan Coffee KLIA2 Sebelum ke Ipoh
    2 days ago
  • Travel My Way
    Hong Kong & Macau Part 15 : Morning Walk At Kowloon Park - Bird Lake - HK Avenue of Comic Stars
    4 days ago
  • ixa-rism
    Two Hundred One
    3 weeks ago
  • Blog Sihatimerahjambu
    Makan Malam di Gastrohub Nilai
    1 month ago
  • Bola Katok
    Singgah ZUS lagi beli air ube.
    2 months ago
  • cikguzim
    Cerita Asal Usul Anak Gunung Krakatau
    2 months ago
  • fairus.com
    Pelanduk Putih: Simbol Penubuhan Kerajaan dalam Tradisi Kesusasteraan Melayu
    4 months ago
  • MRS.A my blog my stori
    Sambung Belajar Di Kolej Komuniti Jelebu
    4 months ago
  • KomenSen
    GAJI TAKKAN PERNAH CUKUP.
    4 months ago
  • Aiman Abdullah
    Cara Mendaftar Sebagai Seller Shopee
    10 months ago
  • 🌷Rasyidasheresimpleblog🌷
    Tutorial remove background! di GOOGLE_ FREE ONLINE_
    11 months ago
  • As Samsudin
    Pelari Misteri vs Turtle Runner
    3 years ago
Show 10 Show All

Blog Archive

  • ▼  2026 (23)
    • ▼  November (3)
      • 1061 : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 40) - C...
      • 1060 : 16 November 2012 - 16 November 2026
      • 1059 : Makan Malam Di Cili Kampung, Alamanda Shopp...
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (3)
    • ►  April (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2025 (15)
    • ►  July (4)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
  • ►  2024 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2023 (2)
    • ►  December (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2022 (3)
    • ►  December (1)
    • ►  June (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2021 (77)
    • ►  December (7)
    • ►  November (8)
    • ►  October (7)
    • ►  September (8)
    • ►  August (6)
    • ►  July (7)
    • ►  June (5)
    • ►  May (8)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (5)
    • ►  January (4)
  • ►  2020 (40)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (1)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (36)
    • ►  December (3)
    • ►  November (3)
    • ►  October (4)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (2)
    • ►  March (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2018 (28)
    • ►  December (4)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (29)
    • ►  December (1)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (4)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (37)
    • ►  December (2)
    • ►  November (3)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2015 (50)
    • ►  December (6)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (6)
    • ►  August (4)
    • ►  July (4)
    • ►  June (4)
    • ►  May (3)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  February (6)
    • ►  January (3)
  • ►  2014 (50)
    • ►  December (3)
    • ►  November (4)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (4)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (1)
    • ►  March (4)
    • ►  February (5)
    • ►  January (5)
  • ►  2013 (106)
    • ►  December (6)
    • ►  November (7)
    • ►  October (6)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (10)
    • ►  June (9)
    • ►  May (10)
    • ►  April (10)
    • ►  March (10)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2012 (117)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (9)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (8)
    • ►  May (9)
    • ►  April (10)
    • ►  March (10)
    • ►  February (9)
    • ►  January (10)
  • ►  2011 (124)
    • ►  December (13)
    • ►  November (10)
    • ►  October (8)
    • ►  September (9)
    • ►  August (12)
    • ►  July (10)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (10)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (10)
  • ►  2010 (132)
    • ►  December (11)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (11)
    • ►  August (13)
    • ►  July (14)
    • ►  June (8)
    • ►  May (9)
    • ►  April (15)
    • ►  March (9)
    • ►  February (11)
    • ►  January (9)
  • ►  2009 (146)
    • ►  December (9)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (14)
    • ►  August (18)
    • ►  July (19)
    • ►  June (16)
    • ►  May (9)
    • ►  April (13)
    • ►  March (7)
    • ►  February (13)
    • ►  January (6)
  • ►  2008 (45)
    • ►  December (2)
    • ►  November (7)
    • ►  October (7)
    • ►  September (12)
    • ►  August (9)
    • ►  July (8)

My Travel Story - To Infinity and Beyond

  • 2008 : United Kingdom (1)
  • 2011 : Indonesia - Medan (8)
  • 2013 : Indonesia - Bandung (6)
  • 2014 : Singapura (2)
  • 2015 : Kemboja - Siem Reap (6)
  • 2016 : Thailand - Krabi (5)
  • 2017 : Jepun - Tokyo (10)
  • 2019 : Korea Selatan - Seoul (10)
  • 2022 : Thailand - Krabi (4)
  • 2025 : Armenia - Lori Region (3)
  • 2025 : Georgia - Tbilisi (9)

My Travel Story - Malaysia

  • 2009 : Pulau Pinang (1)
  • 2011 : Kedah - Pulau Langkawi (4)
  • 2011 : Sabah - Kota Kinabalu (6)
  • 2012 : Road Trip 1.0 (3)
  • 2012 : Sarawak - Kuching (6)
  • 2013 : Road Trip 2.0 (3)
  • 2014 : Pulau Pinang (2)
  • 2015 : Kedah - Pulau Langkawi (4)
  • 2018 : Pahang - Cherating (3)
  • 2020 : Pahang - Cameron Highlands (2)
  • 2020 : Perak - Pulau Pangkor (3)
  • 2023 : Kedah - Pulau Langkawi (2)

Top 5 Weekly Popular Posts

  • 1060 : 16 November 2012 - 16 November 2026
    16 November 2026 maka genaplah 14 tahun ibu meninggalkan kami. Selama 14 tahun itu juga tiada sehari pun yang berlalu tanpa kami merindui ib...
  • 1061 : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 40) - Cempedak Goreng dan Kari Telur
    Setelah sekian lama dapur tidak berasap dengan hidangan-hidangan masak sendiri makan sendiri, akhirnya berasap juga dapurku minggu lepas.  P...
  • 194 : Lipasophobia
    Adakah anda seorang Lipasophobia ? Apakah itu Lipasophobia ? Senang kata Lipasophobia tu adalah Fear of Cockroaches atau dalam bahasa sain...
  • Posting No. 127 : Dari KL ke KB ke CH ke KL dan ke KL Semula
    Catatan Perjalanan Seperti yang telah dimaklumkan di dalam entry sebelum ini, saya telah bercuti di Kelantan pada 24 hingga 27 Julai 2009. B...
  • 258 : 14 Julai 2008 - 14 Julai 2010
    Aku hampir terlupa, nyaris terlupa akan tarikh hari ini. Hari ini genaplah Aku Menulis Untuk Diri Sendiri berusia 2 tahun. Aku akan terus me...

Labels

  • Hanya Nak Cerita (304)
  • Jalan-Jalan (145)
  • Makan-Makan (92)
  • Cuti - Cuti Malaysia (83)
  • Ucapan Dari Hati (80)
  • Hiburan (79)
  • Saje Nak Tayang (73)
  • Cuti - Cuti Luar Negara (50)
  • Gambar (46)
  • Masak Sendiri Makan Sendiri (37)
  • Sukan (30)
  • Kerja (26)
  • Luahan Perasaan (24)
  • Kerinduan (22)
  • Takde Idea Nak Menulis (18)
  • Wordless Wednesday (12)
  • Famili (11)
  • Pengetahuan Bersama (8)
  • Throwback Thursday (6)
  • GiveAway (3)
  • Orang Berbudi Kita Berbahasa (2)

Mereka Yang Rajin Memberi Komen

instagram

Template Created By : ThemeXpose . All Rights Reserved.

Back to top