... dan aku menulis untuk diri sendiri

Sekali lagi di akhir-akhir tahun ni mood untuk menulis rasanya sudah hanyut dibawa banjir. Nak membuka dan menjengah blog sendiri pon malas apatah lagi blog kawan-kawan. Nak menulis apetah lagi. Mohon maaf ku pinta ye kawan kawan semua, bukan ku sengaja, cuma malas jer. Hehehe

Gambar hiasan

Di kesempatan ini, aku ingin menulis untuk posting yang terakhir tahun 2021 (yang ditulis pada tahun 2022). Pada 22 Disember 2021 yang lepas, telah diumumkan melalui posting berjudul Keputusan Pengomen Tegar Blog Abam Kie 2021 di Blog Abam Kie, aku telah dinobatkan sebagai pemenang Pengomen Tegar Blog Abam Kie bagi tahun 2021 dengan berjaya mengutip 85 mata jauh meninggalkan pemenang tempat kedua dan ketiga dengan 71 mata dan 33 mata masing-masing. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan mata seperti yang pernah tuan punya blog ceritakan, tetapi aku dah lupa macam mana sistemnye. 

Apa-apa pon keputusan ini sangat mengembangkan hidungku dan bolehlah aku untuk membanggakan diri sekejap. Di blog ni lah aku boleh cari makan sikit sebab blog-blog lain nampaknya persaingan sangat sengit. Mungkin sistem yang digunakan oleh tuan punya blog yang berbeza itu membolehkan aku menjadi pemenang, hehehe... jangan marah semua.

Sebagai salah seorang pemenang, Abam Kie telah bermurah hati untuk memberikan aku cenderahati penghargaan. Pada hari yang sama juga, aku menerima screenshot di whatsapp yang hadiah aku telah diposkan dan pada 24 Disember aku menerima bungkusannya. Oleh kerana aku sudah terima screenshot dan aku sudah tahu apa isinya, maka tak perlulah tergesa-gesa membukanya. Macam terima Christmas presents plak rasanya.

Aku ingin mengucapkan kepada Abam Kie atas pemberian hadiah tersebut. Memang ada hajat dihati masa jalan-jalan di Ikea nak beli benda seumpama itu, tapi since dah dapat hadiah, tak perlulah beli yang lain. Dan kusangkakan yang biase-biase jer, tapi tebal dan bersaiz besar rupanya. Kalau nak guna terpaksalah on air-con sampai ke pagi. Barulah sedap tido, berselubung selimut baru. Jangan termimpi Abam Kie udah ler... hehehehe

Bungkusan yang diterima pada 24 Disember tahun lepas.
Terima kasih kepada yang sudi memberi

Pada 26 Disember 2021 baru bukak hadiah tu
Inilah dia hadiah itu. Cantikkan warnanya

Ingatkan bersaiz single mingle, sebab aku pon singlekan,
rupanya saiz besar dan agak tebal juga. On aircon kuat-kuat
sampai pagi, tidor berselubung dengan selimut ni mesti best..

  • 14 Comments
Gambar hiasan

Sedang aku stress menguruskan masalah pendaftaran pelajar semalam yang disebabkan oleh pelajar degil tidak melakukan pendaftaran ditambah pula dengan kerenah-kerenah birokrasi lain, seorang teman sepejabat menghulurkan aku sepucuk sampul surat. Aku mengambilnya dan melihat nama penerimanya. Ya.. memang betul nama aku. Melihatkan pula kepada tulisan GKK Fasa 3 | Julai, Ogos, Sept 2021, aku sudah tahu siapa pengirimnya. Siapa lagi kalau bukan Kak Shida Radzuan kita. Aku tersenyum, hilang sekejap stress di benak kepala.

Surat Cinta yang diterima

Semasa pengumuman untuk pemenang Geng Kuat Komen September 2021 dibuat, aku telah ketinggalan keretapi, sehinggalah kak Shida sendiri menghubungi aku melalui IG dan FB untuk memaklumkan perkara ini dan meminta butir-butir diri aku. Maaf ye kak, tak tau la apa masalah masa tu sampai tak perasan nama naik sebagai pemenang.

Untuk hadiah Geng Kuat Komen - Julai, Ogos, September 2021 itu, aku telah berjaya mendapat tempat ke 4 daripada 10 orang pemenang. Tahniah kepada diri aku sendiri, dan juga kepada semua pemenang yang lain. Hadiah yang dierima berupa sekeping Bioaqua Vitamin C Rejuvenating Mask dan sekeping face mask Jovian. Aku ni bukan seorang lelaki metrosexual, nak cuci-cuci muka pon selalunya malas tetapi aku akan pakai nanti Bioaqua Vitamin C Rejuvenating Mask pemberian kak Shida itu, agar terrejuvenated wajah aku nanti macam wajah Muhammad Sajad. Face mask Jovian tu aku simpanlah dulu, sebab banyak lagi face mask yang tak digunakan lagi.

Barangan yang diterima kecuali laptop tuh. Terima kasih kak Shida

Terima kasih juga kepada kak Shida Radzuan kerana sudi memberikan cenderahati kepada semua blogger yang berjaya.

Terima kasih ikan tenggiri
Next time, saya nak hadiah lagi.

  • 20 Comments

Dah lama rasanya tidak menjalankan apa-apa aktiviti riadah untuk kesihatan diri sendiri. Dulu di antara PKP1 dan PKP2 ada juga menjalankan aktiviti riadah dan mengeluarkan peluh. Hampir setiap petang aku akan keluar ke taman berhampiran, untuk beriadah walaupon sekadar brisk walk sahaja yang aku termampu. Aku ni sejak azali memang tak larat untuk berlari jauh, short distance tu boleh lah jugak sikit-sikit. Jadinya, untuk mengeluarkan peluh aku akan brisk walk. Jarak paling jauh yang pernah aku berjalan adalah lebih kurang 9km. Kalau tak brisk walk aku akan melakukan senaman ringan di rumah, janji keluar peluh. Bab pemakanan juga ketika itu aku jaga. Aku memantau pengambilan kalori aku setiap hari. Hasilnya, berat badan aku susut lebih kurang 6kg. Masih jauh lagi untuk mencapai berat badan unggul dan BMI yang sepatutnya.

Bila PKP3 melanda, aktiviti riadah yang giat aku lakukan hanyalah baring, tidor dan makan sahaja. Memang tinggal terus segala aktiviti riadah yang pernah aku jalankan sebelum itu. Disebabkan itu, berat badan pon naik semula.

Gambar hiasan

Sekarang, setelah sekatan-sekatan terdahulu dilonggarkan, aku dan seorang sahabat mencuba satu lagi aktiviti riadah yang agak popular sekarang ni iaitu berbasikal. Langkah pertama untuk aktiviti ini adalah untuk mendapatkan basikal. Memang banyak jenama basikal di pasaran dari yang semurah-murahnya hinggalah ke semahal-mahal basikal Datuk Azizul Hasni Awang. Sebagai seorang yang baru di dalam aktiviti ini, memang tak pandai untuk memilih basikal mana yang bagus. Apa yang penting bagi kami hanyalah harga yang mampu milik. Bila dah pro nanti bolehlah beli basikal yang lebih baik.

Kami survey jenis dan harga basikal di beberapa kedai basikal berhampiran dan juga secara online. Beli secara online memang boleh dapat harga yang lebih murah, tetapi kene pasang sendiri. Bagi yang pro, pasang sendiri ni mungkin tidak menjadi masalah, tetapi bagi beginners macam kami, kalau salah pasang, tak jalan pulak basikal tu nanti. Tambahan lagi, bila baca ruangan komen, ramai yang mengatakan basikal yang diterima mengalami calar dan kemek di sana-sini tidak kurang juga yang bengkok rim tayarnya. Aku sudah was-was untuk membeli secara online walaupon harganya murah.

Pada Cuti Hari Malaysia tempoh hari, kami ke sebuah kedai basikal di Putrajaya. Banyak model basikal yang dijual di sini dengan harga yang mampu milik. Aku mula gelap mata nak pilih model yang mana. Hasrat di hati nak beli folding roadbike, sebab mudah untuk di bawa ke mana-mana, tapi bila sampai di kedai ini, terpikat pula pada folding bike. Rasanya popular juga folding bike sekarang ni. Akhirnya, setelah membuat penilaian dan pengiraan kos melepas, akhirnya aku memilih sebuah folding bike Gomax Space 10, 20 inci kerana design yang menarik dan harga yang mampu milik. Tak mampu lagi nak beli yang jenama Dahon. Aku mengambil basikal pada hari itu juga tetapi sahabat terpaksa ambil keesokan harinya kerana basikal beliau perlu di pasang terlebih dahulu. 

Gomax Space 10, 20 inch. Ini lah basikal aku tu. Comel kan.

Pada 17 September 2021, kami memulakan aktiviti berbasikal sulung kami. Bermula dari rumah kakak sahabat di Presint 18 Putrajaya, kami melalui laluan riadah tepian tasik, melintasi Jambatan Seri Setia dan Jambatan Seri Ehsan terus ke Dataran Gemilang, Anjung Floria, Masjid Tuanku Mizan hingga ke McDonald's Putrajaya. Jarak lebih kurang 6km dan kami berpatah semula melalui laluan yang sama pulang ke Presint 18. Total jarak yang dilalui adalah lebih kurang 12km. First time berbasikal sehingga 12km memang pancit aku dibuatnya, banyak kali juga berhenti untuk berehat dan menarik nafas. Apa-apa pon matlamat hari itu tercapai.

Untuk hari-hari berikutnya, kami meneruskan aktiviti kami. Kami berbasikal di sekitar kawasan Putrajaya dan juga Cyberjaya. Jarak perjalanan masih lagi tahap beginner kerana kekangan masa untuk berbasikal lebih jauh. Bagi sedikit masa dahulu, insyaAllah jarak itu akn ditambah sedikit demi sedikit. 

  • 24 Comments

Harap-harap ini menjadi yang terakhir. Cukuplah buat masa ni, next time kite tambah lagi untuk mencapai matlamat Projek Taman Dalam Rumah. Sejak-sejak aku beli Raksasa Sedap (Monstera Deliciosa) beberapa minggu lalu melalui Shopee, aku makin giat untuk surf pokok-pokok hidup yang diiklankan di Shopee. Ada beberapa yang aku berkenan dan terus simpan dalam Shopee Shopping Cart. Masa Shopee 9.9 tempoh hari, aku terus check-out dua spesis indoor plant yang aku dah lama berkenan. Dapatlah juga diskaun untuk pokok dan juga kos penghantaran. Tapi walaupon ada voucher Free Delivery With No Minimum Spend, tapi masih juga kene bayar delivery free sedikit, tipu jer Shopee kan...

Gambar Hiasan

Pada 11 September 2021 yang lepas, aku menerima pembelian aku. Seronoknya tak terhingga. Pokok dibungkus dengan baik dan pokok juga diterima dalam keadaan baik dan sihat walafiat. Aku beli dari penjual yang sama aku beli pokok Monstera tu. Delivery pon cepat.

Golden Pothos Money Plant

Besar juga pokok yang diterima. Harga selepas
diskaun pon berpatutan dan mampu milik.
Yang panjang-panjang tu nanti boleh potong dan
buat water propagation untuk mendapatkan
lebih banyak pokok.

Fiddle Leaf Fig Tree

Masa dapat pokok ni, alahai comelnye.
Sebab aku beli yang saiz S. Saiz lain dah out of stock,
cume yang ade saiz XL jer. Rugi plak tak amik yang Saiz XL.

Nak jaga pokok ini juga agak mudah. Melalui pembacaan aku di google dan youtube, pokok-pokok ini tidak memerlukan cahaya matahari terus. Cukuplah sekadar diletakkan di tepi-tepi tingkap yang boleh ditembusi cahaya matahari. Tidak memerlukan air yang banyak, sekadar boleh disiram seminggu sekali atau bila perlu. InsyaAllah, diharap pokok-pokok baru aku ni membesar bagai johan. Wish me luck guys.

(Gambar Hiasan) Harap-harap pokok Fiddle Leaf Fig aku
boleh membesar macam ni. Cantik kan..

(Gambar Hiasan) Diharap juga Golden Pothos aku boleh membesar
dan menjalar macam ni..

  • 38 Comments

Pada 11 September 2021 yang lepas, tatkala aku sedang seronok menikmati makan tengahari berlaukkan Ayam Masak Serai Ala Thai dan Telur Goreng bersama nasi panas, kedengaran macam ada orang di muka pintu hadapan rumah kecilku. Tapi aku membiarkannya sahaja kerana kalau orang yang dikenali mesti dia akan bagi salam, tak pon telefon. Tambahan lagi, laluan depan rumah aku tu memang laluan utama penghuni menuju ke Multi Level Car Park A. Oleh yang demikian, memang selalu sahaja akan dengar orang lalu lalang. 

Gambar Hiasan

Usai makan, aku pon pergi mengendap. Owh... abang delivery rupanya, ade parcel untuk aku. Diletakkannya di rak kasut di hadapan rumah aku. Memang macam tu lah kalau ada parcel delivery, kalau muat dimasukkan melalui celah-celah grille, akan diletakkan sahaja di atas rak kasut, kalau tak muat akan ditinggalkan dihadapan pintu grille. Selalu jugak aku tak dengar mereka ni datang, tengok-tengok dah ada barang depan pintu. So far, memang tak pernah lagi ada aduan barang hilang kerana dicuri whatsoever di perumahan aku ni. Harap-harap begitulah selama-lamanya. 

Aku ambik bungkusan itu, tengok nama penerima, memang nama dan alamat aku. Tengok pulak nama pengirim, owh... dia ni, memang aku tunggu-tunggu bungkusan dari beliau. Aku ramas-ramas bungkusan tersebut, katanya nak beri satu barang jer, tapi rasa macam ada banyak jer ni.

Aku pon buka bungkusannya.....

Dah buka bungkusan GDEX (GDEX ke? Lupe plak)
dapatlah bungkusan ni pulak. Berat plak tu.
Ada apa di dalamnya?

OK... Inilah barang-barangnya. Suka sangat aku.
Terima kasih yang sudi memberi.
Kecil tapak tangan, Gunung Kinabalu saya tadahkan.

Butang Baju Melayu. Boleh la pakai untuk 
raya tahun depan. Harap-harap boleh raya lah..
Dah 2 tahun kite tak beraya kan.

Fridge Magnet Sabah. Peta Negeri Sabah dengan
tempat-tempat pelancongan menarik di Sabah.
Tambah lagi koleksi fridge magnet saya yang tak 
berapa nak ada itu. Teringin nak travel satu Sabah.

Wang syiling negara asing. Tambah koleksi wang syiling asing 
saya yang juga tak berapa nak ada itu. Dapat syiling Australia, 
Turki, Indonesia dan Thailand. Tak ingat pulak sebab aku dah
campur dengan syiling-syiling lain.

Wang kertas asing. Katanya dia nak bagi yang ini sahaja. Tetapi
dia beri juga hadiah-hadiah yang lain. Bertambah lagi koleksi
wang kertas asing aku. Boleh tahan banyak juga yang diberinya.
Semuanya aku dah masukkan ke dalam Money Collection Album aku.

Wang Kertas Indonesia (Indonesian Rupiah)
IDR2000. Aku dah ada IDR2000, tapi ini
nampaknya macam keluaran yang lain.
Anyways... I like..

Wang Kertas Indonesia (Indonesian Rupiah)
IDR50000. Wow!! Pakcik kayo.. Kalau RM50000 kan best..

Wang Kertas Thailand (Thai Baht)
THB100. Ada dua keluaran, kurang pasti 
yang mana yang terkini. Sawadee kap

Wang Kertas India (Indian Rupee)
INR10 dan INR20. Tak pernah sampai lagi India. Memang ada keinginan 
nak ke India satu hari nanti. Bohot-bohot syukria bete..

Wang Kertas Republik Rakyat China (Chinese Yuan Reminbi)
CNY1 dan CNY10. Dulu pernah plan nak ke China, tapi tak jadi.
Rugi plak rasanya tak pergi masa tu. Xie xie ni, wo ai ni.

Wang Kertas Republik Rakyat China (Chinese Yuan Reminbi) - CNY100
Wang Kertas Vietnam (Vietnamese Dong) - VND1000
Wang Kertas Vietnam VND1000 pon ade dua versi.
Rasanya yang atas tu yang terkini. Aku tak sampai Vietnam lagi.

Pemberian ini bukan kerana aku telah memenangi apa-apa pertandingan yang dianjurkan. Pemberi ini mungkin memberikannya untuk menambah koleksi wang kertas asing yang aku ada. Blog Post ini aku tujukan khas kepada rakan blogger KAK AMIE kerana sudi menghadiahkan aku dengan pemberian ini. Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan. Terima kasih yang tak terhingga sekali lagi saya ucapkan kepada Kak Amie. Saya akan simpan pemberian ini sebaik mungkin. InsyaAllah... Muahh...

  • 34 Comments

Alhamdulillah, pada bulan ini aku telah tersenarai sebagai pemenang dan penerima hadiah dari dua orang rakan blogger yang aku senangi. 

Gambar hiasan


Pertamanya, aku telah tersenarai sebagai salah seorang penerima hadiah Top 10 Komentator August 2021 Blog Sihatimerahjambu. Aku berjaya tersenarai di Tangga Ke Sembilan daripada sepuluh orang yang tersenarai. Terima kasih ingin aku ucapkan kepada Kak Fiza, tuan punya Blog Sihatimerahjambu. Sebagai tanda penghargaan, tuan punya blog telah menghadiahkan sebuah header blog yang direka secara eksklusif kepada kesemua pemenang. Header ini boleh juga digunakan sebagai watermark. 

Kedua, aku juga telah tersenarai sebagai salah seorang pemenang Top Pengomen September 2021 Di Blog Rabia, di mana aku telah berjaya mendapat tempat ke lima daripada lima orang yang tersenarai. Tuan punya blog, Cik Rabiatul Adawiyah telah bermurah hati untuk menghadiahkan kepada lima orang pemenang sebuah header blog yang direka khas oleh beliau. Terima kasih aku ucapkan kepada Cik Rabiatul Adawiyah.

Untuk melihat design header oleh mereka, boleh klik link yang diberi seperti di atas. Cube lah ampu-ampu sikit, manelah tau mereka boleh buatkan untuk korang jugak. Hehehe...

Gambar Hiasan

Terima kasih daun padi
Bulan depan saya nak menang lagi

  • 23 Comments

Aku adalah salah seorang pengguna platform membeli-belah Shopee. Sudah lama aku menggunakan platform Shopee ini untuk mendapatkan barang dari yang semahal-mahal RM399.00 sehinggalah ke semurah-murah 50 sen. Pembelian pertama aku mengikut sejarah pembelian di Shopee adalah pada bulan Oktober 2018 sehinggalah yang terkini pada 30 Ogos 2021 yang lepas.

Gambar Hiasan

Untuk pembelian pada 30 Ogos lepas, buat pertama kalinya aku telah membeli pokok hidup. Aku ni gemar bercucuk tanam tetapi lebih kepada tanaman hiasan. Tinggal di atas angin ni, kawasan untuk bercucuk tanam itu amatlah terhad, maka aku memaksimakan sebaik mungkin ruang yang ada itu untuk menghijaukan permandangan. Banyak juga pokok yang aku cuba tanam, namun kebanyakkan darinya tidak membesar seperti yang diharapkan dan akhirnya mati. Tak tahulah kenapa, tanah tak sesuaikah, terlebih siramkah, terkurang siramkah, terkurang atau terlebih pengcahayaankah? Malas nak pikirkan kadang-kadang. 

Pokok yang aku beli melalui Shopee itu adalah jenis Monstera Deliciosa, tak tahulah nama Melayu dia apa. Pokok itu sampai dalam keadaan yang elok dan sihat walafiat. Dibungkus dengan cermat di dalam bubble warp dan dimasukkan ke dalam kotak. Bahagian tanahnya pula dibungkus dengan plastik agar tidak tertumpah atau pokoknya tercabut semasa penghantaran. Diletakkan juga secebis suratkhabar basah di tanah pokok agar pokok tidak layu semasa penghantaran. Semasa penerimaan, kotak pokok itu diterima dalam keadaan terbalik. Oleh kerana pembungkusan dilakukan dengan cermat, maka pokok tersebut tidak cedera dan tanahnya tidak tumpah walaupon dalam keadaan terbalik. Tahniah kepada seller.

Pokok yang aku beli - Monstera Deliciosa
Nama Melayu dia Raksasa Sedap kot

Diletakkan ditepi tingkap untuk pengcahayaan
yang secukupnya


Pokok yang diterima itu setinggi lebih kurang 1 kaki, mempunyai empat daun, dua daripadanya daun yang koyak-koyak dan dua lagi tidak koyak. Hasil pembacaan aku, pokok ini tidak memerlukan penjagaan rapi. Sebagai pokok indoor, ia tidak memerlukan direct sunlight, cukuplah sekadar diletakkan di tepi-tepi tingkap untuk mendapatkan sedikit sahaya dan tidak memerlukan air yang banyak, cukuplah disiram seminggu sekali. 

Close-up daun

Diharap pokok ni dapat membesar dengan sihat. Sayang aku dengan pokok ni. Ada lagi pokok yang aku dah simpan dalam Shopee Shopping Cart aku untuk projek Taman Dalam Rumah aku. Doa-doakan projek aku ni berjaya ye...

Harap pokok aku dapat membesar macam ni..
  • 22 Comments

Minggu lepas, semasa aku sedang window shopping di Shopee, aku came across dengan Paper Money Album. Paper Money Album ni adalah sebuah album macam album gambar tetapi untuk menyimpan wang kertas. Since aku pon ada sedikit koleksi wang kertas ni, aku pon membelek dengan lebih lanjut. Dan akhirnya aku terberkenan dan terus rembat sebuah. Dalam banyak-banyak yang aku dah masukkan dalam aku punya Shopee Shopping Cart, akhirnya aku check out dengan KuDa Money Collection Album (Red) sebab ia nampak lebih baik dari yang lain. Design juga sangat menarik bagi aku. Harga agak mahal kerana aku ambil yang mempunyai bilangan 90 pockets dengan harapan koleksi aku akan bertambah.

Gambar hiasan


Selepas menunggu lebih dari seminggu kerana barang aku tu diperam oleh syarikat penghantaran, akhirnya sampai juga album itu. Aku berpuas hati dengan pembelian aku itu. 

KuDa Money Collection Album (Red). Ada juga kaler-kaler lain
seperti biru dan hijau. Aku berkenan yang hitam, tapi takde stok plak.
Amik saja lah yang ini. Cun jugak kan..

Ini merupakan koleksi aku yang tak berapa nak ada. Bilalah boleh tambah koleksi aku ni.

Helaian 1 : Koleksi Wang Kertas Lama Malaysia (Ringgit Malaysia) - RM1 dan RM2
Masih belum sempat untuk mengkaji sejarah wang-wang ini.

Helaian 2 : Koleksi Wang Kertas Lama Malaysia (Ringgit Malaysia)
RM5 dan RM10

Helaian 3 : Wang Kertas Indonesia (Indonesian Rupiah)
IDR1000, IDR2000 dan IDR5000

Helaian 4 : Wang Kertas Indonesia (Indonesian Rupiah) - IDR10000 
Wang Kertas Cambodia (Cambodian Riel) - KHR100 dan KHR500

Helaian 5 : Wang Kertas Cambodia (Cambodian Riel) - KHR1000
Wang Kertas Thailand (Thai Baht) - THB20

Helaian 6 : Wang Kertas Singapura (Singaporean Dollar)
SGD2 (wang lama), SGD2 dan SGD10

Helaian 7 : Wang Kertas Brunei Darussalam (Brunei Dollar) - BND1 (wang lama agaknya)
Wang Kertas Republik Rakyat China (Chinese Yuan Renminbi) - CNY20
Wang Kertas Arab Saudi (Saudi Arabian Riyal) - SAR10

Helaian 8 : Wang Kertas Republik Islam Iran (Iranian Rial) - IRR1000
Wang Kertas India (Indian Rupee) - INR100

Helaian 9 : Wang Kertas Korea Selatan (Korean Won)
KRW1000, KRW5000 dan KRW10000

Helaian 10 : Wang Kertas Jepun (Japanese Yen) - JPY1000


Helaian 11 dan 13 : Wang Kertas Amerika Syarikat (US Dollar)
USD1, USD5 dan USD20

Helaian 14 : Wang Kertas Lama
10 cent, Board of Commissioners of Currency Malaya
100 Dollars, Japanese Government

Buat masa sekarang ini sahaja koleksi Wang Kertas Asing dan Lama yang aku ada. Memang kayangan dan orang ada-ada sangat nak buat koleksi macam ni. Sebenarnya bukan aku nak buat koleksi pon dan bukannya hobi aku juga. Ada yang orang dan kawan bagi kat aku dan ada juga yang aku sendiri ke negara-negara tersebut. Sikit-sikit lama-lama jadi banyak macam tu. Bila dah banyak, sayang pulak nak bagi kepada orang lain. 

Sebelum beli album ni, wang-wang itu aku simpan dalam sampul surat yang dah nak lusuh dan letak bawah tilam. Bila dah ada album ni, terjaga jugak lah koleksi aku yang tak berapa nak ada tu. Aku ada juga koleksi syiling yang dikumpul oleh ayah aku semasa mudanya. Malangnya koleksi syiling tersebut ada di rumah kampung aku. Tak tahu sama ada masih ada di sana atau dah kene rembat oleh si perampok bedebah yang memecah masuk rumah aku suatu masa dahulu. Harap-harap masih ada dan si perampok itu tidak berminat dengan syiling. Suatu hari nanti jika sudah boleh balik ke kampung, aku akan ambil syiling-syiling itu. Doa-doakanlah masih ada lagi.

Kepada kawan-kawan yang ada menyimpan wang kertas lama atau wang kertas asing atau syiling yang rasa-rasa macam nak let go, boleh la sekiranya sedekah kepada aku. Nak trade atau jual mengikut kadar semasa pon boleh dirunding. Bukan nak cari untung atau menjadi penyangak mata wang, cuma nak tambah koleksi sahaja.

  • 38 Comments
Older Posts Home

Search This Blog

About Me

My photo
afeezz
Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
'afeezz tu memang cukup indah untuk dicintai tapi cukup susah untuk dimiliki' - anonymous 2010
View my complete profile

Total Pageviews (since July 2008)

Follow Me

  • instagram
  • facebook
  • Twitter

My Followers (Thank You)

Blog Lists

  • AMIE'S LITTLE KITCHEN
    Ikan di Laut Ayam di Darat, di Meja Hidangan Bertemu Jua!
    1 minute ago
  • Bola Katok
    Tumis sayur guna serbuk perasa MySuka dari Bon Chef.
    2 hours ago
  • AMMI
    Eh ada lagi rupanya
    3 hours ago
  • Blog Sihatimerahjambu
    Ride To Bentong Pahang
    8 hours ago
  • CikCappuccinoLatte
    Working Mode On! Lepas Cuti Panjang Sebab Demam
    8 hours ago
  • Syazni Rahim Blog
    Maksud Flotilla
    8 hours ago
  • ABAM KIE : Man of The House
    Langkah Strategik Untuk Memajukan Pelancongan di Kelantan
    11 hours ago
  • PESONA ETUZA
    Cabaran Masa Menyiapkan Artikal Berkualiti Di Blog.
    17 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    September 9, 2025
    21 hours ago
  • Monolog Kakmim
    Adil Ke?
    1 day ago
  • Warisan Petani
    Rezeki Itu Hak Allah
    1 day ago
  • BLOG RABIA ADAWIYAH
    Barang dibeli di shopee
    2 days ago
  • Travel My Way
    Salam Merdeka.. Salam Maulidur Rasul..
    2 days ago
  • KomenSen
    JANGAN TIMBULKAN FITNAH.
    3 days ago
  • fairus.com
    Menjamu Selera di Restoran TOP D' Alor Setar
    1 month ago
  • MRS.A my blog my stori
    Kursus Ahsan Madani Di Pusat Latihan DRB-HICOM Port Dickson
    1 month ago
  • SEMUT SENYUM
    Cottage Pie Idea Untuk Port Luck
    1 month ago
  • 🌷Rasyidasheresimpleblog🌷
    Busy siapkan FYP_Kerja Kursus
    2 months ago
  • Aiman Abdullah
    Itinerari Trip Mount Fuji 3H2M - Nikmat Keindahan Alam Di Lake Yamanaka Jepun
    6 months ago
  • cikguzim
    Petua & Cara Membersihkan Hati
    7 months ago
  • LADY LIKE ME !
    Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️
    1 year ago
  • As Samsudin
    Pelari Misteri vs Turtle Runner
    1 year ago
  • SITI.YANG.MENAIP
    Salam Dari Tanah Suci
    2 years ago
  • Shida Radzuan Blog
    Aku Masih Ingin Menaip
    2 years ago
  • Tiga Lalat 2021
    NEW BLOG I AM
    2 years ago
  • Adinda Baizura Mazlan
    Tenang. Kamu Mampu.
    3 years ago
  • ! acuyuhan
    Nineteen61 Cafe Kuantan
    3 years ago
  • ixa-rism
    One Hundred Eighty Seven
    6 years ago
  • Dunhill guy
    Seketika di bangi
    10 years ago
Show 10 Show All

Blog Archive

  • ▼  2025 (15)
    • ▼  July (4)
      • 1039 : Orang Berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi...
      • 1038 : Terbiar
      • 1037 : Throwback Thursday (Episod 5) - Donut Peach...
      • 1036 : Catatan Perjalanan Cuti-Cuti Malaysia : Pul...
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
  • ►  2024 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2023 (2)
    • ►  December (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2022 (3)
    • ►  December (1)
    • ►  June (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2021 (77)
    • ►  December (7)
    • ►  November (8)
    • ►  October (7)
    • ►  September (8)
    • ►  August (6)
    • ►  July (7)
    • ►  June (5)
    • ►  May (8)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (5)
    • ►  January (4)
  • ►  2020 (40)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (1)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (36)
    • ►  December (3)
    • ►  November (3)
    • ►  October (4)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (2)
    • ►  March (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2018 (28)
    • ►  December (4)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (29)
    • ►  December (1)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (4)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (37)
    • ►  December (2)
    • ►  November (3)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2015 (50)
    • ►  December (6)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (6)
    • ►  August (4)
    • ►  July (4)
    • ►  June (4)
    • ►  May (3)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  February (6)
    • ►  January (3)
  • ►  2014 (50)
    • ►  December (3)
    • ►  November (4)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (4)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (1)
    • ►  March (4)
    • ►  February (5)
    • ►  January (5)
  • ►  2013 (106)
    • ►  December (6)
    • ►  November (7)
    • ►  October (6)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (10)
    • ►  June (9)
    • ►  May (10)
    • ►  April (10)
    • ►  March (10)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2012 (117)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (9)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (8)
    • ►  May (9)
    • ►  April (10)
    • ►  March (10)
    • ►  February (9)
    • ►  January (10)
  • ►  2011 (124)
    • ►  December (13)
    • ►  November (10)
    • ►  October (8)
    • ►  September (9)
    • ►  August (12)
    • ►  July (10)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (10)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (10)
  • ►  2010 (132)
    • ►  December (11)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (11)
    • ►  August (13)
    • ►  July (14)
    • ►  June (8)
    • ►  May (9)
    • ►  April (15)
    • ►  March (9)
    • ►  February (11)
    • ►  January (9)
  • ►  2009 (146)
    • ►  December (9)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (14)
    • ►  August (18)
    • ►  July (19)
    • ►  June (16)
    • ►  May (9)
    • ►  April (13)
    • ►  March (7)
    • ►  February (13)
    • ►  January (6)
  • ►  2008 (45)
    • ►  December (2)
    • ►  November (7)
    • ►  October (7)
    • ►  September (12)
    • ►  August (9)
    • ►  July (8)

My Travel Story - To Infinity and Beyond

  • 2008 : United Kingdom (1)
  • 2011 : Indonesia - Medan (8)
  • 2013 : Indonesia - Bandung (6)
  • 2014 : Singapura (2)
  • 2015 : Kemboja - Siem Reap (6)
  • 2016 : Thailand - Krabi (5)
  • 2017 : Jepun - Tokyo (10)
  • 2019 : Korea Selatan - Seoul (10)
  • 2022 : Thailand - Krabi (4)

My Travel Story - Malaysia

  • 2009 : Pulau Pinang (1)
  • 2011 : Kedah - Pulau Langkawi (4)
  • 2011 : Sabah - Kota Kinabalu (6)
  • 2012 : Road Trip 1.0 (3)
  • 2012 : Sarawak - Kuching (6)
  • 2013 : Road Trip 2.0 (3)
  • 2014 : Pulau Pinang (2)
  • 2015 : Kedah - Pulau Langkawi (4)
  • 2018 : Pahang - Cherating (3)
  • 2020 : Pahang - Cameron Highlands (2)
  • 2020 : Perak - Pulau Pangkor (3)
  • 2023 : Kedah - Pulau Langkawi (2)

Top 5 Weekly Popular Posts

  • 1039 : Orang Berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Merasa - Rendang Daging Landak
      Rendang Daging Landak  Selasa lepas ada seorang sahabat singgah ke rumah, nak beri lauk katanya untuk makan malam. Kecil tapak tangan nyir...
  • 986 : Money Collection Album dan Koleksi Yang Tak Berapa Nak Ada
    Minggu lepas, semasa aku sedang window shopping di Shopee, aku came across dengan Paper Money Album. Paper Money Album ni adalah sebuah albu...
  • 988 : Top 10 Commentators - July 2021
    Sudah tiba masanya sekali lagi untuk aku menghargai semua pengunjung setia blog aku yang sentiasa memberi sokongan kepada aku untuk terus be...
  • 294 : Jalan-Jalan Hujung Minggu
    Hari ahad lepas pi melepak2 sambil mandi-manda di Taman Negeri Selangor di Hulu Yam daerah Gombak Negeri Selangor Darul Ehsan. Sebelum puasa...
  • 978 : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 33) : Pad Kra Pao Ayam
    Soal makan masa musim-musim PKP-PKPD ni kadang kala menjadi satu isu yang rumit, terutama kepada orang yang hidup sebatang kara di kota raya...

Labels

Hanya Nak Cerita (302) Jalan-Jalan (145) Makan-Makan (90) Cuti - Cuti Malaysia (83) Ucapan Dari Hati (80) Hiburan (79) Saje Nak Tayang (73) Gambar (46) Cuti - Cuti Luar Negara (45) Masak Sendiri Makan Sendiri (35) Sukan (30) Kerja (26) Luahan Perasaan (24) Kerinduan (21) Takde Idea Nak Menulis (18) Famili (10) Wordless Wednesday (10) Pengetahuan Bersama (8) GiveAway (3)

Mereka Yang Rajin Memberi Komen

instagram

Template Created By : ThemeXpose . All Rights Reserved.

Back to top