... dan aku menulis untuk diri sendiri
Minggu lepas aku telah menerima dua undangan sambutan hari lahir keluarga dan sahabat. Undangan yang pertama adalah 'prank' birthday party kepada seorang sahabat bernama Fred yang telah dirancang oleh mastermind, Ed pada 26 April 2012. Perancangan yang hanya dibuat melalui aplikasi whatsapp telah berjaya mengumpulkan pelakon2 handalan seramai 4 orang yang lain. Perjumpaan telah diadakan di sebuah restoran di TTDI.
Lakonan bermula apabila pemegang watak utama, Fai telah dengan sengaja menjatuhkan kek birthday Fred itu. Lakonan yang berkesan bukan sahaja kami terkejut malah pelanggang2 laen juga terkejut dan ade yang mula mengata2. Tapi lebih ramai yang mentertawakan kami terutama pelanggan meja sebelah. Hehehe... Kami tak tau nak wat aper lagi, tutup muka dan gelak sampai ke sudah. Akhinya, terpaksa la si Fred meniup lilin pada kek yang dah jatuh itu.


(1) Fred sedang meniup lilin pada kek yang dah penyek tuh ..
(2) Begitu lah rupe kek yg penyek itu.. tahniah Fai..



Fred memotong kek untuk dibahagikan kepada kami semua

Kami pon terpaksa lah makan kek yang dah jatuh itu untuk menyambung drama kami itu. Setelah semuanya selesai dan kami pon dah kenyang makan malam pada hari itu yang dibelanja oleh birthday boy, baru la kami surprise Fred lagi dengan kek birthday yang sebenar. Makanya malam itu, 2 kali lah si Fred tiup lilin dan buat wish... Happy Birthday Fred.


(1) Kek Birthday yang sebenar...
(2) Geng2 yang hadir...


Kemudian pada 28 April 2012 aku sekali lagi telah diundang ke majlis sambutan hari lahir anak buah aku yang diadalah di Subang Parade. Sambutan diadakah kecil-kecilan dan hanya keluarga sahaja yang dijemput.


(1) Birthday Girl dengan hadiah yang diterima
(2) Sport shoe ni pemberian ibu



(1) Color pencils ni pemberian nenek
(2) Baju ni pemberian uchus



Ini merangkap birthday cake.. nyam3...


Yeah.... ramai2 serang ais krim itu !!! Saper lambat tak dapat

Happy Birthday pada Leia.... Muah...


~Salam Sayang~
  • 8 Comments
Sabtu lepas sekali lagi aku turun untuk Pesta Sukan Staf Universiti Malaya 2012 dalam acara Catur Campuran. Pada tahun ini aku telah dilantik sebagai Pengurus Pasukan Catur Campuran untuk Zon 6. Aku turun sebagai pemain dan juga pengurus pada hari semalam tetapi aku telah serahkan semua perlawanan kepada pesarta2 lain. Bagi peluang mereka bertanding untuk pertandingan ini.

Pasukan Catur Zon 6 telah menurunkan 4 orang peserta daripada 5 orang yang diperlukan dan hanya 3 orang sahaja diperlukan untuk pertandingan yang terdiri daripada 2 orang peserta lelaki untuk board pertama dan kedua dan seorang peserta wanita untuk board ketiga.

Untuk Pusingan Pertama, Zon 6 telah berjumpa dengan Zon 7. Tetapi peserta2 Zon 7 telah tiba lewat dan telah memberikan 3 mata penuh kepada Zon 6. Maknanya kami menang tanpa bertanding untuk Pusingan Pertama ni. Pusingan Kedua pula kami telah menentang Zon 2 di mana kami hanya mendapat 1 kemenangan sahaja dan 2 kekalahan. Pusingan Ketiga pula kami menentang Zon 3 dan keputusannya kami mendapat 1 kemenangan, 1 seri dan 1 kalah. Pada kala ini, mengikutkan pungutan mata, kami berkongsi mata dengan Zon 3 di tempat kedua.

Di Pusingan Keempat kami menentang Zon 5 dan keputusannya kami hanya menang 1 dan 2 kekalahan. Kedudukan pungutan mata telah berubah dan kami sekarang menduduki tangga ketiga. Pertandingan diteruskan dan di Pusingan Terakhir kami telah menentang Zon 1. Kami memerlukan 3 kemenangan di pusingan ini untuk sekurang2nya menjamin tempat ketiga dan jika bernasib baik berada di tempat kedua. Zon di tangga pertama telah selesa di tangga pertama walaupon mereka kalah ketiga2 perlawanan di pusingan ini.

Kami telah menang bergaya di pusingan terakhir ini dengan 3 kemenangan. Tempat ketiga pasti dalam tangan cume perlu lihat keputusan perlawanan pusingan Zon yang sedang menduduki tempat kedua. Keputusan dikeluarkan dan Zon 6 telah berkongsi mata dengan Zon 3 untuk tempat kedua. Penganjur berbincangan untuk menentukan keputusan untuk tempat kedua dan ketiga. Dan keputusannya, tempat kedua jatuh kepada Zon 3 dan Zon 6 di tempat ke tiga.

Ape2 pon, syukur kepada Allah kerana kami berjaya berada di tempat ketiga. Tahniah kepada semua pemain, Encik Khairul, Encik Mazlan dan Cik Ellyna. Good job. Next year kite juara pulak... Tahniah !!!


~Salam Sayang~
  • 2 Comments
Perjuangan aku bersama team Bola Jaring Lelaki Zon 6 telah selesai. Kami telah tewas dan menduduki tangga tercorot di peringkat kumpulan setelah menerima dua kekalahan. Zon 6 telah diletakkan dalam Kumpulan A bersama dengan Zon 5 dan Zon 2.

Perlawanan pertama kami adalah pada 18 April 2012 menentang Zon 5. Permainan kami yang sangat tidak baik pada hari itu telah menyebabkan kami menerima kekalahan 3-15 kepada pihak lawan.

Perlawanan kedua pula pada 19 April 2012 menentang Zon 2. Kami bermain dengan baik pada hari itu tetapi nasib tidak menyebelahi kami di mana kami telah ditewaskan dengan 7-10.

Ape2 pon tahniah dan terima kasih kepada semua player. Next year kite cube lagi...


~Salam Sayang~
  • 2 Comments
Dalam minggu ni jer dah tiga kali berpeluang menonton wayang. Menonton dua buah filem terbaru di pawagam.

Filem pertama yang telah ditonton sebanyak dua kali adalah filem Battleship. Filem ni terbaru di panggung tapi aku tak penah tgk pon preview filem ni di mana2. Tibe2 ade member ajak tengok, maka aku pon follow je lah. Aku tonton filem ni pertama kali pada 12 April 2012 di Wangsa Walk dan kali kedua pada 13 April 2012 di AEON Cheras Selatan.

Battleship mengisahkan bagaimana sekumpulan anggota tentera laut terpaksa berdepan dengan angkatan makhluk asing yang telah datang ke bumi setelah para saintis bumi menghantar gelombang komunikasi ke arah sebuah planet asing. Makhluk2 asing ini kemudiannya berjaya menewaskan angkatan tentera laut bumi dan cube untuk menguasai satelit pemancar bumi untuk menghantar gelombang komunikasi balik ke planet asal mereka.

Dapatkah pasukan tentera laut itu menewaskan angkatan makhluk asing itu daripada menguasai bumi setelah armada mereka ditewaskan? Jawapannya boleh... tetapi bagaimana? Saksikan di pawagam2 berhampiran anda.

Bagi aku, teknologi pembikinan filem untuk filem ini sangat baek sehebat filem seperti Transformers dan filem2 fiksyen yang lain dewasa ini. Jalan cerita yang tidak kurang hebat diselitkan dengan adegan2 lucu dan separa lucah. Sesuai untuk tuntunan kanak2 dengan bimbingan orang dewasa.


**************************************************************

Filem kedua yg berpeluang aku menontonnya adalah filem Mirror Mirror lakonan pelakon handalan Julia Roberts sebagai seorang permaisuri yang jahat dan Lily Collins yg sangat cute. Aku menonton filem ini pada 16 April 2012 yang lepas di Alamanda.

Filem Mirror Mirror mengisahkan bagaimana seorang puteri raja bernama Snow White terpaksa hidup sebatang kara dan dijaga oleh ibu tirinya, permaisuri yang jahat itu di dalam istana. Pada suatu hari, Snow White telah menyelinap keluar dari istana dan mendapati rakyat jelatanya hidup melarat tidak seperti semasa pemerintahan ayahnya. Snow White kemudiannya berdepan dengan ibu tirinya dan meminta agar ibu tirinya itu melakukan sesuatu untuk mengembalikan keamanan negaranya. Ibu tirinya menjadi murka dan mengarahkan agar Snow White dibunuh. Tetapi, Snow White tidak dibunuh sebaliknya ditinggalkan di dalam hutan dan kemudiannya Snow White telah bertemu dengan 7 orang kerdil. Bagaimanakah kisah seterusnya? Dapatkan Snow White merampas kembali negaranya dari permaisuri yang jahat itu. Saksikan di pawagam2 berhampiran anda.

Kisah Snow White ini tak sama macam cerita2 Snow White yang kite pernah tahu. Walaupon ade kesamaannya, tetapi perbezaannya membuatkan cerita ini lebih menarik. Terdapat juga unsur2 lucuh yang membuatkan filem ini tidak membosankan, disamping Snow White itu yang sgt2 cute....

Rating aku untuk filem2 ini.. 3.5/5 untuk Battleship dan 3/5 untuk Mirror Mirror.


~Salam Sayang~
  • 2 Comments
Sabtu lepas bersama kawan-kawan telah pergi menikmati grilled lamb and chicken steak di Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak, Rawang. Walaupon takde la berapa jauh dari tmpt aku bersemayam ni, tapi inilah kali pertama aku datang ke kedai Pak Ngah Hilmi dan Mak Ngah Shami. Tak susah mencari kedainya, walaupon Rawang tu agak asing bagi diri aku. Tetapi dengan direction2 yang ade, kami berjaya ke kedai Kak Shami tanpa kesesatan.


Menu Utama - Grilled Chicken Steak and Grilled Lamb Steak


Kawan-kawan gumbira menikmati hidangan masing-masing

Kak Shami melayan kami dengan baik walaupon sibuk menguruskan perniagaannya. Alhamdulillah, panjang juga kami berbual malam itu dan Kak Shami tak lokek berkongsi pengalaman dan nasihat buat adik2 dia ni.


~Salam Sayang~
  • 7 Comments

"Aku mati setiap hari menantimu
Sayangku jangan kau takut
Aku telah mencintaimu
Untuk seribu tahun
Dan akan mencintaimu untuk seribu tahun lagi"

"Dan selama ini aku percaya aku telah menjumpaimu
Masa telah membawa hatimu kepadaku
Aku telah mencintaimu
Untuk seribu tahun
Dan akan mencintaimu untuk seribu tahun lagi"


Untuk dia yang berjaya mengusik hatiku
Maafkan aku sekiranya aku menyebabkan kau bersedih hari ini..


~Salam Sayang~
  • 6 Comments
Cerita Pertama : Say HALLO To Samsung Galaxy S2

Seperti yang telah diketahui sebelum ni, aku telah mempunyai sebuah henset yang baru setelah enam tahun menggunakan henset jenis Motorola L7. Rasanya dah takde lagi dalam pasaran henset lama aku tu.

Naluri membuak2 untuk memperolehi henset yang baru. Hati sudah tergoda pada Encik Samsul a.k.a Samsung Galaxy S2. Makanya, sabtu lepas bersamaan 30 April 2012, aku telah memaksa seorang sahabat aku untuk ke Subang Jaya. Meneman aku untuk membeli henset baru dan mencari kedai yang telah dicadangkan oleh Cik Miss Sinomosa. Berpusing2 jugaklah 2-3 kali mencari kedai yang dimaksudkan, akhirnya berjumpa juga. Memang harga yang ditawarkan agak murah, berbanding beberapa kedai lain yang aku tengok sebelum ini. Sekarang aku sudah ade henset yang baru... best nyer....


Cerita Kedua : Say HALLO To Astro Beyond

Pada hari selasa 3 April 2012 aku telah dihubungi oleh seorang aweks dari Astro. Membuat promosi kepada aku tentang Astro Beyond. Katanya, memandangkan aku telah melanggan Astro sejak tahun 2002, maka dia hendak membuat promosi untuk menukar dari Astro biasa ke Astro Beyond secara percuma (kene bayar ke kalau nak tukar).

Pok pek pok pek... aku pon bersetuju dengan terma dan syarat yang telah dinyatakan dan bayaran bulanan yang dikenakan cuma extra RM20 lebih dari caj bulanan yang dikenakan sebelum ini. Dan dapat juga tambahan cenel2 yang sebelum ini aku tidak nikmati.

Pada hari khamis, aku menerima satu panggilan untuk membuat temujanji pemasangan Astro Beyond pada hari jumaat. Pada hari jumaat itu, selepas maghrin tatkala aku nak keluar untuk bermain badminton, si Astro ni telefon untuk membuat pemasangan. Terus lah aku menyebabkan kelewatan kepada permainan badminton kami malam itu.


Cerita Ketiga : Setelah Sekian Lama Tidak Bermain Badminton

Malam semalam bersama dengan 4 orang kawan yang laen telah ke PJ untuk bermain badminton. Lama bebenor rasanya tak maen badminton ni. Tak ingat last maen bila.

Aku bukan terer maner pon maen badminton ni. Sekadar maen2 bole lah, kalau nak masuk pertandingan tu, sure akan kalah dengan mudah. Ape2 pon seronok dapat bersukan semalam. InsyaAllah... hari selasa ni diaorang ajak lagi maen kat Wangsa Maju.
  • 9 Comments
Perjuangan aku bersama team bola tampar lelaki Zon 6 telah berakhir semalam setelah menerima kekalahan ke tiga berturut-turut di peringkat kumpulan. Perlawanan pertama adalah pada hari Isnin minggu ini. Aku tak dpt turun pada hari pertandingan itu memandangkan aku cuti dan ade urusan yang tidak dapat dielakkan. Tetapi perjuangan pada hari pertama itu diteruskan oleh rakan2 yang laen. Dan kami menerima kekalahan pertama.

Kami turun ke gelanggang kemudiannya pada hari Selasa untuk perlawanan kedua dan pada hari Rabu untuk perlawanan ke tiga. Kami sekali lagi menerima kekalahan untuk kedua2 perlawanan ini.

Kekalahan adalah dijangkakan. Pada peringkat awal, Zon 6 tidak menghantar pasukan untuk Bola Tampar Lelaki. Tetapi setelah menerima permohonan dan ade kakitangan yang sanggup menguruskan pasukan, maka permohonan untuk menyertai pertandingan ini dihantar walaupon telah lewat. Tiada latihan yang dibuat sebelum pertandingan, masing2 tidak mengenali sesama ahli pasukan. Maka dengan itu, tiada komunikasi semasa pertandingan. Walau bagaimanapun, kami bermain dengan baik dan kami kalah dengan memberikan cabaran kepada pihak lawan. Pihak lawan tidak menang mudah.

Apa2 pon, tahniah kepada pasukan Bola Tampar Lelaki Zon 6.


~Salam Sayang~
  • 6 Comments
Setelah menunggu hampir 4 hari selepas aduan dibuat, akhirnya seseorang dari Unifi telah menelefon aku untuk menetapkan tarikh temujanji pemasangan yang berikutnya. Memandangkan tiada kekosongan untuk hujung minggu, aku terpaksa bercuti pada hari Isnin untuk pemasangan ini.

Technician Unifi datang bukan pada masa yang dijanjikan. Tak kesah lah, janji mereka datang. Aku dimaklumkan bahawa kotak Unifi yang sepatutnya dipasangkan di tiang telefon depan rumah aku masih belum dialihkan oleh mereka yang bertanggungjawab. Disebabkan itu, mereka terpaksa menarik kabel dari tiang yang selang 2 rumah dari umah aku tuh. Pemasangan berjalan lancar dan selesai dalam pukul 3.00 petang. Semuanya berfungsi dengan baek, internet, tv dan juga telefon. Aku sangat ceria dan teruja. Tak sabar nak gunakan internet berkelajuan tinggi tu.

Tetapi... dalam pukul 4.00 petang, talian terputus. Aku cube sambungkan kembali talian tetapi tidak berjaya. WTF? Aku cube on off kan modem beberapa kali, masih tidak berjaya. Aku menelefon Bahagian Perkhidmatan Pelanggan Unifi untuk mendapatkan bantuan. Pok pek pok pek... aweks tu kata mungkin ada kabel yang sudah patah memadangkan ade 2 lampu pada modem itu yang sepatutnya menyala tetapi tidak. Laporan dibuat dan aku terpaksa menunggu dalam 24 jam untuk tindakan diambil.

Ermmm... terpaksa lah tunggu lagi nampak nyer.....


~Salam Sayang~
  • 12 Comments
Setelah enam tahun bersama dan selama enam tahun itu jugalah ko telah memberikan perkhidmatan yang sangat cemerlang kepada aku. Maka dengan ini, aku rehatkan engkau sehingga khidmat engkau diperlukan semula.

Terima kasih kepada handset lamaku yang aku dah gunakan selama enam tahun sejak tahun 2006. Masih dalam keadaan baik, masih dalam keadaan cantik cume telah ketinggalan dalam arus kemodenan teknologi. Masih ingat lagi, aku beli dengan harga dalam RM600 daripada seorang kawan yang telah membelikan untuk aku di Kelang. Ade dua orang kawan laen yang turut membeli model handset yang sama, tetapi mereka telah lama beralih ke handset yang lebih terkini dan canggih. Aku jer lah masa tu masih lagi menggunakan handset tersebut.

Sepanjang aku menggunakan handset tu, tak pernah rosak, tak pernah mendatangkan masalah. Walaupon kadang kala ade masalah, itu cume masalah takde kredit sebab tuannya malas nak topup. Jatuh pon dan beberapa kali jatuh, tapi masih dalam bentuk asal, tak macam ade satu model tu, kalau jatuh sure barai. Hehehehe....

Oklah... saya dah ada handset baru sebenarnya. Sekian, terima kasih.


~Salam Sayang~
  • 6 Comments

Search This Blog

About Me

My photo
afeezz
Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
'afeezz tu memang cukup indah untuk dicintai tapi cukup susah untuk dimiliki' - anonymous 2010
View my complete profile

Total Pageviews (since July 2008)

Follow Me

  • instagram
  • facebook
  • Twitter

My Followers (Thank You)

Blog Lists

  • Blog Begins At Forty
    March 24, 2023
    1 hour ago
  • Aiman Abdullah
    Siaran Langsung Live Malaysia B-22 Merlion Cup 2023
    2 hours ago
  • CikCappuccinoLatte
    Menu Berbuka Khairulaming : Ayam Gepuk Sambal & Kicap
    3 hours ago
  • AMIE'S LITTLE KITCHEN
    Tiru Macam Saya!
    4 hours ago
  • Blog Sihatimerahjambu
    4 Menu Air Berbuka Puasa Khairul Aming 2023
    7 hours ago
  • As Samsudin
    Ramadan Kareem 1444H
    8 hours ago
  • ABAM KIE : Man of The House
    Kes remeh hingga bercerai
    10 hours ago
  • BLOG RABIA ADAWIYAH
    Hadiah untuk Raydah Blogger
    12 hours ago
  • Syazni Rahim Blog
    Makanan Yang Tidak Sesuai Untuk Berbuka Puasa
    23 hours ago
  • Monolog Kakmim
    Throwback Thursday - 1 Ramadhan Zaman PKP
    1 day ago
  • KomenSen
    KENAPA SAYA DAH MALAS NAK PERGI HYPERMARKET?
    1 day ago
  • Bola Katok
    Review filem anime The First Slam Dunk.
    2 days ago
  • MRS.A my blog my stori
    Potluck Pra-Ramadhan 1444H
    3 days ago
  • AMMI
    Aku takut
    4 days ago
  • Warisan Petani
    'Yut' Hanyut Buat Selama-lamanya
    5 days ago
  • cikguzim
    Lancarkan kencing dengan air barli
    2 weeks ago
  • fairus.com
    Sehari di Pekan Baru, Riau, Indonesia
    4 weeks ago
  • SEMUT SENYUM
    Tenang Lubuk Jiwa
    5 weeks ago
  • SITI.YANG.MENAIP
    Happy New Year 2023 | SitiYangMenaip Masih Ada
    2 months ago
  • LADY LIKE ME !
    HAPPY 2023 !!
    2 months ago
  • ixa-rism
    One Hundred Nine One
    4 months ago
  • PESONA ETUZA
    Johor Kami Datang Dengan Hati Girang
    6 months ago
  • Tiga Lalat 2021
    NEW BLOG I AM
    6 months ago
  • Shida Radzuan Blog
    Susahnya untuk konsisten
    7 months ago
  • Adinda Baizura Mazlan
    Tenang. Kamu Mampu.
    7 months ago
  • ! acuyuhan
    Nineteen61 Cafe Kuantan
    1 year ago
  • Dunhill guy
    Handmade Design Phone Case
    1 year ago
Show 10 Show All

Blog Archive

  • ►  2023 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2022 (3)
    • ►  December (1)
    • ►  June (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2021 (77)
    • ►  December (7)
    • ►  November (8)
    • ►  October (7)
    • ►  September (8)
    • ►  August (6)
    • ►  July (7)
    • ►  June (5)
    • ►  May (8)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (5)
    • ►  January (4)
  • ►  2020 (40)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (1)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (36)
    • ►  December (3)
    • ►  November (3)
    • ►  October (4)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (2)
    • ►  March (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2018 (28)
    • ►  December (4)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (29)
    • ►  December (1)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (4)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (37)
    • ►  December (2)
    • ►  November (3)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2015 (50)
    • ►  December (6)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (6)
    • ►  August (4)
    • ►  July (4)
    • ►  June (4)
    • ►  May (3)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  February (6)
    • ►  January (3)
  • ►  2014 (50)
    • ►  December (3)
    • ►  November (4)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (4)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (1)
    • ►  March (4)
    • ►  February (5)
    • ►  January (5)
  • ►  2013 (106)
    • ►  December (6)
    • ►  November (7)
    • ►  October (6)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (10)
    • ►  June (9)
    • ►  May (10)
    • ►  April (10)
    • ►  March (10)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ▼  2012 (117)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (9)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (8)
    • ►  May (9)
    • ▼  April (10)
      • 486 : Happy Birthday To You
      • 485 : Perjuangan Telah Selesai Di Arena Catur Camp...
      • 484 : Perjuangan Telah Selesai Di Arena Bola Jarin...
      • 483 : Mari Menonton - 2 Filem Dalam 1 Minggu
      • 482 : Makan Malam Di Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb S...
      • 481 : Aku Mencintaimu Untuk Seribu Tahun Dan Akan ...
      • 480 : Tiga Cerita Yang Sekadar Nak Menunjuk-Nunjuk
      • 479 : Perjuangan Telah Selesai Di Arena Bola Tampa...
      • 478 : Say HALLO to UNiFi :( (Part II)
      • 477 : Terima Kasih Atas Perkhidmatan Yang Cemerlan...
    • ►  March (10)
    • ►  February (9)
    • ►  January (10)
  • ►  2011 (124)
    • ►  December (13)
    • ►  November (10)
    • ►  October (8)
    • ►  September (9)
    • ►  August (12)
    • ►  July (10)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (10)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (10)
  • ►  2010 (132)
    • ►  December (11)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (11)
    • ►  August (13)
    • ►  July (14)
    • ►  June (8)
    • ►  May (9)
    • ►  April (15)
    • ►  March (9)
    • ►  February (11)
    • ►  January (9)
  • ►  2009 (146)
    • ►  December (9)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (14)
    • ►  August (18)
    • ►  July (19)
    • ►  June (16)
    • ►  May (9)
    • ►  April (13)
    • ►  March (7)
    • ►  February (13)
    • ►  January (6)
  • ►  2008 (45)
    • ►  December (2)
    • ►  November (7)
    • ►  October (7)
    • ►  September (12)
    • ►  August (9)
    • ►  July (8)

My Travel Story - To Infinity and Beyond

  • 2008 : United Kingdom (1)
  • 2011 : Indonesia - Medan (8)
  • 2013 : Indonesia - Bandung (6)
  • 2014 : Singapura (2)
  • 2015 : Kemboja - Siem Reap (6)
  • 2016 : Thailand - Krabi (5)
  • 2017 : Jepun - Tokyo (10)
  • 2019 : Korea Selatan - Seoul (10)

My Travel Story - Malaysia

  • 2009 : Pulau Pinang (1)
  • 2011 : Kedah - Pulau Langkawi (4)
  • 2011 : Sabah - Kota Kinabalu (6)
  • 2012 : Road Trip 1.0 (3)
  • 2012 : Sarawak - Kuching (6)
  • 2013 : Road Trip 2.0 (3)
  • 2014 : Pulau Pinang (2)
  • 2015 : Kedah - Pulau Langkawi (4)
  • 2018 : Pahang - Cherating (3)
  • 2020 : Pahang - Cameron Highlands (2)
  • 2020 : Perak - Pulau Pangkor (3)

Top 5 Weekly Popular Posts

  • 1000 : Bila Lampu Brek Menyala Tak Padam-Padam
    Korang pernah ada pengalaman tak, bila lampu brek kereta korang termasuk lampu brek ketiga menyala tapi tak mahu padam? Macam ada satu entit...
  • 999 : Throwback Thursday - October 2021
    Pada hari ini (7 Oktober) pada tahun 2019, aku berjaya menjejakkan kaki ke Pulau Nami, Korea Selatan. Hujan turun membasahi bumi pada pagi ...
  • 1001 : Satu Ribu Satu Cerita Aku
    Perasan atau tidak, jumlah post di dalam blog aku yang tak seberapa ni sudah mencapai ke angka 1001 termasuk post ini. Tak pernah ku sangka ...
  • 812 : Big Home Expo 2017
    Poster Big Home Expo 2017 Big Home Expo 2017 telah diadakan dari 16 hingga 19 Februari 2017 bertempat di Stadium Bukit Jalil. Ini ada...
  • 813 : Wishing Myself A Happy Birthday (Episod 2)
    Tanggal 25 Februari yang lepas adalah hari ulang tahun kelahiran aku. Seperti tahun-tahun sebelumnya, pada tahun ni aku masih berusia 21 t...

Labels

Hanya Nak Cerita (298) Jalan-Jalan (145) Makan-Makan (90) Cuti - Cuti Malaysia (82) Ucapan Dari Hati (80) Hiburan (79) Saje Nak Tayang (73) Gambar (46) Cuti - Cuti Luar Negara (43) Masak Sendiri Makan Sendiri (35) Sukan (30) Kerja (26) Luahan Perasaan (24) Kerinduan (21) Takde Idea Nak Menulis (17) Famili (10) Pengetahuan Bersama (8) Wordless Wednesday (8) GiveAway (3)

Mereka Yang Rajin Memberi Komen

instagram

Template Created By : ThemeXpose . All Rights Reserved.

Back to top