... dan aku menulis untuk diri sendiri

Pusat Pembedahan Harian, Pusat Perubatan Universiti Malaya

20 Julai 2026 yang lepas sepatutnya aku menjalani satu pembedahan kecil di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Temujanji untuk pembedahan ini telah diberikan setelah aku dirujuk oleh Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Presint 18 Putrajaya. Aku boleh saja ke mana-mana hospital kerajaan terutamanya ke Hospital Putrajaya kerana berhampiran dengan kediaman aku, tetapi aku memilih untuk berjumpa pakar di PPUM memandangkan ia lebih hampir dengan tempat kerja aku, kemudahan pakar yang lebih baik dan mudah untuk aku berurusan. Setelah 2 kali konsultasi dengan pakar di PPUM, tarikh pembedahan telah ditetapkan pada 20 Julai 2026. 

Pada hari kejadian, aku dengan bantuan seorang sahabat telah ke PPUM untuk temujanji pembedahan itu pada pukul 8.00 pagi. Malangnya, aku telah gagal saringan awal apabila Jururawat bertugas telah mengesan jangkitan kulit di pangkal hidung di antara kedua-dua mata aku. Setelah berbincang dengan  Pegawai Perubatan bertugas, banyak risiko boleh terjadi jika pembedahan diteruskan. Oleh itu, beliau telah menunda pembedahan aku ke tarikh yang belum ditentukan bergantung kepada pengesahan 2 pakar yang lain yang aku akan temui pada bulan Oktober 2026 dan November 2026 akan datang. Aku juga telah diberi temujanji yang lain untuk bertemu Pegawai Perubatan di Bahagian Rawatan Utama, PPUM pada keesokan harinya. 

Sejujurnya aku terasa sedikit kecewa kerana pembedahan ini ditangguhkan. Aku juga berasa sakit ini sedikit sebanyak mengganggu kehidupan seharian dan tugas-tugas aku di pejabat. Sehingga ke tarikh itu, aku terpaksa membiasakan diri dengan keadaan ini. Insyaallah, semuanya akan dipermudahkan. Amiinn...

  • 6 Comments

 


Dikesempatan berkunjung ke Georgia tahun lepas, sempat juga kami mengikuti perjalanan sehari ke negara jiran Armenia. Kami menggunakan agen pelancongan tempatan yang menyediakan sebuah kenderaan MPV, seorang pemandu pelancong dan seorang pemandu. Kami dibawa ke beberapa tempat tumpuan pelancong di kawasan Lori Region, bahagian utara Armenia yang bersempadan dengan Georgia.

Gambar di atas diambil di Haghpat Monastery Complex (Õ€Õ¡Õ²ÕºÕ¡Õ¿Õ¡Õ¾Õ¡Õ¶Ö„) yang terletak di kawasan Haghpat menghadap Sungai Debed. Struktur terbesar di dalam kompleks ini adalah Cathedral of Surb Nshan yang dikatakan dibina pada tahun 967 - 976 oleh Queen Khosrovanuysh dan siap pada tahun 991. Terdapat juga struktur-struktur lain seperti Church of Sourb Grigor (Saint Gregory) dan Chapel of South Astvatsatsin. 

Di kawasan monasery ini kami telah dibawa ke sebuah kawasan penghasilan wine secara tradisional di mana wine-wine ini diperam di dalam lubang-lubang di bawah tanah di kawasan khas di monastery tersebut. Dan jangan pula terkejut jika kita akan memijak kubur-kubur lama yang ada di kawasan monastery itu untuk memasuki gereja-gereja di sana. Dikatakan, itu adalah satu penghormatan kepada si mati.


  • 10 Comments

 

Malang tidak berbau. Walaupun sudah berhati-hati, bak kata pepatah Melayu, kalau dah nak kene akan kene juga..

Kejadian berlaku pada 31 Ogos 2023 di Persiaran Utara, Putrajaya berhampiran IOI City Mall Putrajaya. Tatkala itu aku dan beberapa orang sahabat dalam perjalanan dari Cuberjaya ke Kajang  Jalan agak sesak di Persiaran Utara itu disebabkan ramai yang baru pulang dari menyaksikan Perbarisan Hari Kebangsaan di Putrajaya. Trafik bergerak sangat perlahan.

Tiba-tiba terdengar bunyi dentuman dari belakang diikuti dengan dentuman kedua yang menyebabkan kenderaan kami tersentak ke hadapan dengan kasar, Kami tidak panik dan menyedari bahawa kenderaan kami telah dilanggar dari belakang. Kami keluar untuk menganalisa keadaan, ku sangkakan satu rupa-rupanya dua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu di belakang kami. Melihat ke hadapan pula, kenderaan kami ala-ala tercium manja dengan kenderaan hadapan. Dalam masa yang sama juga, ada sebuah lagi kenderaan yang telah terlibat dengan kemalangan lebih awal di kawasan itu. Tak tahu pula kenderaan tu terlibat dengan kenderaan mana.

Tiada sebarang pergaduhan atau pertengkaran yang berlaku. Kenderaan yang mengakibatkan kemalangan dipandu oleh sepasang remaja yang beru pulang dari menyaksikan Perbarisan Hari Kebangsaan di Putrajaya. Disebabkan telah berjaga sepanjang malam, katanya beliau telah mengalami micro sleep dan melanggar kenderaan di hadapannya yang terdiri dari sebuah keluarga. Kenderaan keluarga itu pula telah terlanggar kenderaan kami dan kenderaan kami melanggar kenderaan hadapan yang juga sebuah keluarga. Alhamdulillah tidak sebarang kecedaraan berlaku kepada semua pihak.

Pihak polis yang telah berada di tempat kejadian kerana kemalangan yang lebih awal meminta kami untuk berbincang dan membuat laporan di IPD Sepang di Bandar Baru Salak Tinggi. Lari-lori tunda juga telah berada di kawasan kejadian. 

Kami telah memilih perkhidmatan lori tunda yang mengatakan bahawa mereka adalah panel Honda dan akan membawa kenderaan kami ke bengkel yang juga panel Honda. Tiada caj bayaran yang dikenakan atas khidmat tunda tersebut. Kami menaiki lori tunda itu menuju ke IPD Sepang untuk membuat laporan tetapi kami telah dibawa oleh pemandu lori tunda ke Balai Polis Kampung Dato' Abu Bakar Baginda, Kajang. Katanya boleh untuk membuat laporan di situ. Malangnya, anggota yang bertugas mengatakan adalah lebih baik membuat laporan di IPD Kajang, kerana jika di buat di situ, kami terpaksa juga untuk ke IPD Kajang untuk membuat laporan sekali dan mengambil gambar kenderaan (macam tu lah apa yang aku faham dengan penerangan anggota yang bertugas itu)

Seronok dapat naik lori tunda... hahaha

Kemudian kami telah menaiki satu kenderaan lain untuk IPD Kajang dan lori tunda yang membawa kenderaan kami bergerak terus menuju bengkel. Di IPD Kajang, aku telah memberi keterangan kepada dua orang anggota yang bertugas. Urusan kami dipermudahkan dan selesai selepas itu.

Lebih kurang satu minggu kenderaan aku di bawa ke bengkel, aku telah menerima panggilan telefon yang memaklumkan bahawa kenderaan aku telah siap diperbaiki dan boleh diambil. Aku dan seorang rakan terus ke bengkel tersebut yang aku dah lupa kat mana. Tiada bayaran yang dikenakan kerana telah dicaj kepada syarikat insuran kenderaan yang telah menyebabkan kemalangan. 

Kenderaan aku kelihatan seperti baru, kerana sisa-sisa kemalangan yang lama juga turut diperbaiki. Hehehe....
 
  • 16 Comments

Beberapa hari lepas, semasa membelek-belek emel lama, aku terjumpa satu emel yang aku hantar kepada diri sendiri. Emel ini adalah tugasan yang diberikan kepada aku untuk kelas Certificate of English Proficiency Course, Level Upper Intermediate yang diwajibkan kepada Kakitangan Sokongan sekitar tahun 2013. Kami diberi tajuk tugasan bebas dan perlu untuk membuat presentation dihadapan tenaga pengajar dan pelajar-pelajar yang lain. Begitulah aktiviti sepanjang kelas berlangsung selama 3 bulan kalau tak silap aku. Setiap kelas pasti ada presentation, perbualan, bacaan dan sebagainya.

Ini adalah salah satu presentation aku. Amacam, ok tak Cikgu Abam Kie...


Snowdon Mountain Railway

The picture was taken by my brother-in-law
It is when I visiting my sister who lived in the UK in Spring 2008
This picture was taken in Snowdonia National Park in North Wales, United Kingdom
Snowdon mountain was the highest peak in Wales that stand at 1,085m above sea level
To reach the top of the mountain, we can hike along the hiking trail available or take the Snowdon Mountain Railway
If you wish to travel on the Snowdon Mountain Railway, we can start our journey from the Llanberis Station.
The ticket price for the service is around £20
The journey from Llanberis Station will take you through the magical land and crosses two amazing viaducts to Hebron Station.
Along the journey between Hebron to Halfway Station we can see an open treeless countryside. We can see many sheep eating grass freely. We also can sees, old houses that had been deserted for a long time.
The journey continues through Rocky Valley where the panorama has change from open treeless grassland countryside to open space with lot of rocks. Very little vegetation can be seen and the temperature was getting cold. We can also see snow in this area.


  • 14 Comments

Masak apa hari ni? Kadang-kadang tak tahu nak masak apa. Selain dari mengalami masalah nak makan apa dan makan di mana, nak masak apa pon satu masalah bagi orang yang berapa nak pandai masak macam aku ni. Siapa selalu ada masalah macam ni? 

Walau apa pon masalahnya, hidup terpaksa diteruskan. Dapur perlu berasap, perut perlu diisi. Berikut ni adalah makanan-makanan yang berjaya aku masak. Yang tak jadi tu, takde lah aku nak letak di sini. Sedap tak sedap tu belakang kira, sebab aku yang makan sendiri. Kalau habis aku makan, sedap la tu.

14/08/2021 : Masa shopping-shopping barang dapur di satu pasaraya di sini,
ternampak loggokan pisang yang dijual pada harga diskaun. Terus teringat Cekodok Pisang.
Kalau buat Cekodok Pisang sedap jugak, lagipon dah lama tak makan Cekodok Pisang. 
Ambil lah sesikat pisang emas dibawa belayar yang dah terlebih ranum, 
kalau tak silap lebih kurang RM5.00 harganya selepas diskaun. 
Esoknya, jadilah Cekodok Pisang ni untuk minum petang.

21/08/2021 : Sekali lagi, ketika sedang shopping barang dapur di salah sebuah pasaraya
di sini, ternampak longgokan Cempedak. Tiba-tiba terfikir, sedap jugak kalau buat Cempedak
Goreng. Lagipun dah lama tak makan Cempedak Goreng. Nak beli tak mampu sebab ada seorang
kawan beli sehingga RM1.00 seulas. Dah macam harga Durian Musang King, Yahudi sungguh.
Aku ambillah sebiji, dan hambik ko, RM9.00 sekilo harganya. Patut lah Cempedak Goreng mahal.

Apa-apa pon, isinya agak lumayan. Berbaloi jugaklah membeli. Petang terus goreng
untuk dibuat minum petang. Habis sekali hadap...

31/08/2021 : Pada suatu hari, ketika shopping-shoping barang dapur di sebuah pasaraya 
yang lain di sini, mata terpandang bungkusan Kacang Kuda. Hati berkata, lama sudah tak
makan Kacang Kuda sejak-sejak pasar malam tidak dibenarkan beroperasi. Selalunya beli
kat pasar malam jer. Aku ambillah sepeket 500g. Sempena Cuti Hari Kemerdekaan Malaysia
yang ke 64 lepas, aku pon rebuslah kacang ini untuk minum petang sambil layan drama di tv.
Habis sebungkus sekali hadap.

02/09/2021 : Ketika sedang melepak-lepak sambil berfikir nak makan apa, 
hati terlintas nak makan Sate. Terus capai Ipad dan search resepi Sate Ayam.
Dah jumpa satu resepi yang mudah kita save dulu, buat kemudian. Memula buat
resepi ni aku menggunakan chicken breast, dan masak menggunakan kuali jer
sebab takde pemanggang. Hasilnya sedap jugak tetapi ayamnya agak dry. Disebabkan
marinate ayam yang aku buat tu masih berbaki, untuk mengelakkan pembaziran, 
aku pon campakkan beberapa ketul ayam ke dalamnya dan simpan di dalam kulkas. 
Beberapa hari jugaklah aku biarkan ayam tu termarinated sebab malas nak masak. 
Pada 02/09/2021 baru aku panggang di dalam oven.

Hasilnya lagi sedap dari yang aku bakar menggunakan kuali tu.
Dimakan pula dengan salad segera yang aku beli. Aku ni bukan peminat
sayur-sayuran lebih-lebih lagi daun-daun hijau ni. Tetapi salad ni
sedap giler bagi aku. Aku rasa salad dressing dia yang buat salad
ni sedap. Habis lah aku makan, tanpa berlaku pembaziran.
Next time boleh cari salad dressing tu, rasanya macam pernah nampak
jual kat pasaraya.

04/09/2021 : Hari ini aku try satu resepi yang aku jumpe kat IG,
Ayam Masak Serai Ala Thai. Tang mana yang Thai nye tu, tak tahu lah.
Sedap juga Ayam Masak Serai Ala Thai ni, next time boleh cuba lagi.
Makan bersama Nasi Putih, Telur Goreng dan Salad bersama dressing 
yang sedap tu.

Makan sambil bertemankan Monster Sedap 
sambil menikmati permandangan rumah jiran depan.

05/09/2021 : Hari ini tak tahu nak masak apa, nak beli pon tak tahu
nak beli apa. Last-last kita masak Ayam Masak Kicap je lah, taruk
kentang. Makan bersama Nasi Putih, Telur Goreng dan daun salad serta timun.

Makan sambil layan drama kat laptop.

ergggkkk.... Alhamdulillah, kenyang.

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.

  • 20 Comments


Pada hari ini (7 Oktober) pada tahun 2019, aku berjaya menjejakkan kaki ke Pulau Nami, Korea Selatan. Hujan turun membasahi bumi pada pagi musim luruh itu, tetapi hati-hati kami tetap ceria seceria dedaunan hijau pokok-pokok di pulau itu. Dalam kebasahan, kami meneroka Pulau Nami sambil menikmati keindahnnya. 

Hati sudah rindu untuk terbang dan menjenguk negara orang. Korea Selatan adalah yang terakhir tetapi bukan pengakhirannya. Hanya untuk sementara sehingga kita diizinkan semula.

Jemput baca - Catatan Perjalanan - Seoul, Korea Selatan (Episod 6) : Pulau Nami

  • 20 Comments
Older Posts Home

Search This Blog

About Me

My photo
afeezz
Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
'afeezz tu memang cukup indah untuk dicintai tapi cukup susah untuk dimiliki' - anonymous 2010
View my complete profile

Total Pageviews (since July 2008)

Follow Me

  • instagram
  • facebook
  • Twitter

My Followers (Thank You)

Blog Lists

  • AMIE'S LITTLE KITCHEN
    Doa Yang Baik-Baik Untuk Jusna di Hari Ulang Tahun
    1 hour ago
  • Blog Sihatimerahjambu
    Big Ass Softy (BAS) Cookies Lembut Dan Chewy All About Chew
    1 hour ago
  • Blog Begins At Forty
    September 18, 2026
    16 hours ago
  • BLOG RABIA ADAWIYAH
    Ootd hari ini
    1 day ago
  • ABAM KIE : Man of The House
    10 Jenis Guru Dalam Bilik Guru
    1 day ago
  • CikCappuccinoLatte
    Juara Ruang Komen Ogos 2026 | Blogger Syaz Rahim
    2 days ago
  • Warisan Petani
    Kau Tahu Aku Siapa?
    2 days ago
  • Syazni Rahim Blog
    Dating Berdua di Para Thai
    2 days ago
  • Bola Katok
    Order air teh susu Coolblog.
    3 days ago
  • Travel My Way
    Hong Kong & Macau Part 6 : Midnight Walk Around Senado Square & St. Augustine's Square
    4 days ago
  • PESONA ETUZA
    Meriah Majlis Penutupan Rasmi Bulan Kebangsaan, SK.Penagatan, Keningau.
    1 week ago
  • cikguzim
    Cerita Asal Usul Anak Gunung Krakatau
    1 week ago
  • AMMI
    Angin kus-kus
    1 week ago
  • Monolog Kakmim
    Karektor Haiwan Anda Berdasarkan Tanggapan ChatGPT
    1 week ago
  • KomenSen
    KANTOI BERSALAH.
    2 weeks ago
  • ixa-rism
    Two Hundred
    1 month ago
  • fairus.com
    Pelanduk Putih: Simbol Penubuhan Kerajaan dalam Tradisi Kesusasteraan Melayu
    2 months ago
  • MRS.A my blog my stori
    Sambung Belajar Di Kolej Komuniti Jelebu
    2 months ago
  • Aiman Abdullah
    Cara Mendaftar Sebagai Seller Shopee
    8 months ago
  • 🌷Rasyidasheresimpleblog🌷
    Tutorial remove background! di GOOGLE_ FREE ONLINE_
    8 months ago
  • As Samsudin
    Pelari Misteri vs Turtle Runner
    2 years ago
Show 10 Show All

Blog Archive

  • ▼  2026 (17)
    • ▼  September (2)
      • 1055 : Throwback Thursday (Episod 6) - September 2026
      • 1054 : Rezeki Jangan Ditolak, Musuh Jangan Dicari
    • ►  August (5)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (3)
    • ►  April (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2025 (15)
    • ►  July (4)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
  • ►  2024 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2023 (2)
    • ►  December (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2022 (3)
    • ►  December (1)
    • ►  June (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2021 (77)
    • ►  December (7)
    • ►  November (8)
    • ►  October (7)
    • ►  September (8)
    • ►  August (6)
    • ►  July (7)
    • ►  June (5)
    • ►  May (8)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (5)
    • ►  January (4)
  • ►  2020 (40)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (1)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (36)
    • ►  December (3)
    • ►  November (3)
    • ►  October (4)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (2)
    • ►  March (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2018 (28)
    • ►  December (4)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (29)
    • ►  December (1)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (4)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (37)
    • ►  December (2)
    • ►  November (3)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2015 (50)
    • ►  December (6)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (6)
    • ►  August (4)
    • ►  July (4)
    • ►  June (4)
    • ►  May (3)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  February (6)
    • ►  January (3)
  • ►  2014 (50)
    • ►  December (3)
    • ►  November (4)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (4)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (1)
    • ►  March (4)
    • ►  February (5)
    • ►  January (5)
  • ►  2013 (106)
    • ►  December (6)
    • ►  November (7)
    • ►  October (6)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (10)
    • ►  June (9)
    • ►  May (10)
    • ►  April (10)
    • ►  March (10)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2012 (117)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (9)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (8)
    • ►  May (9)
    • ►  April (10)
    • ►  March (10)
    • ►  February (9)
    • ►  January (10)
  • ►  2011 (124)
    • ►  December (13)
    • ►  November (10)
    • ►  October (8)
    • ►  September (9)
    • ►  August (12)
    • ►  July (10)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (10)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (10)
  • ►  2010 (132)
    • ►  December (11)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (11)
    • ►  August (13)
    • ►  July (14)
    • ►  June (8)
    • ►  May (9)
    • ►  April (15)
    • ►  March (9)
    • ►  February (11)
    • ►  January (9)
  • ►  2009 (146)
    • ►  December (9)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (14)
    • ►  August (18)
    • ►  July (19)
    • ►  June (16)
    • ►  May (9)
    • ►  April (13)
    • ►  March (7)
    • ►  February (13)
    • ►  January (6)
  • ►  2008 (45)
    • ►  December (2)
    • ►  November (7)
    • ►  October (7)
    • ►  September (12)
    • ►  August (9)
    • ►  July (8)

My Travel Story - To Infinity and Beyond

  • 2008 : United Kingdom (1)
  • 2011 : Indonesia - Medan (8)
  • 2013 : Indonesia - Bandung (6)
  • 2014 : Singapura (2)
  • 2015 : Kemboja - Siem Reap (6)
  • 2016 : Thailand - Krabi (5)
  • 2017 : Jepun - Tokyo (10)
  • 2019 : Korea Selatan - Seoul (10)
  • 2022 : Thailand - Krabi (4)
  • 2025 : Armenia - Lori Region (3)
  • 2025 : Georgia - Tbilisi (9)

My Travel Story - Malaysia

  • 2009 : Pulau Pinang (1)
  • 2011 : Kedah - Pulau Langkawi (4)
  • 2011 : Sabah - Kota Kinabalu (6)
  • 2012 : Road Trip 1.0 (3)
  • 2012 : Sarawak - Kuching (6)
  • 2013 : Road Trip 2.0 (3)
  • 2014 : Pulau Pinang (2)
  • 2015 : Kedah - Pulau Langkawi (4)
  • 2018 : Pahang - Cherating (3)
  • 2020 : Pahang - Cameron Highlands (2)
  • 2020 : Perak - Pulau Pangkor (3)
  • 2023 : Kedah - Pulau Langkawi (2)

Top 5 Weekly Popular Posts

  • 1054 : Rezeki Jangan Ditolak, Musuh Jangan Dicari
      Assalamualaikum Bila bekerja di sektor awam ni, aktiviti makan free ni memang tidak dapat dipisahkan. Pejabat lain tak tahu lah, tapi di p...
  • 1055 : Throwback Thursday (Episod 6) - September 2026
    Pusat Pembedahan Harian, Pusat Perubatan Universiti Malaya 20 Julai 2026 yang lepas sepatutnya aku menjalani satu pembedahan kecil di Pusat ...
  • 1013 : Cute Foods - Nak Makan Ke Tak?
    Kalau makanan macam ni punya kiut, sayang nak makan. Tapi kalau tak makan, nanti membazir pulak. Membazir kan amalan syaitan. Baik di makan ...
  • Posting No. 181 : Stop!... Stop Asking...
    BILA NAK KAWEN?... Malas betul aku nak menjawab soalan yang Maha Bodoh ni. Dah naik sebu telinga mendengar dan naik bernanah hati menahan be...
  • 1015 : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 38) - Siakap Masak Tiga Rasa (Bukan Siakap Kayangan)
    Sejak-sejak telah kembali bertugas sepenuhnya di pejabat, dapur rumah aku dah lama tak berasap, kalau ada pon sekadar masak maggi je. Kalau ...

Labels

  • Hanya Nak Cerita (302)
  • Jalan-Jalan (145)
  • Makan-Makan (91)
  • Cuti - Cuti Malaysia (83)
  • Ucapan Dari Hati (80)
  • Hiburan (79)
  • Saje Nak Tayang (73)
  • Cuti - Cuti Luar Negara (50)
  • Gambar (46)
  • Masak Sendiri Makan Sendiri (36)
  • Sukan (30)
  • Kerja (26)
  • Luahan Perasaan (24)
  • Kerinduan (21)
  • Takde Idea Nak Menulis (18)
  • Wordless Wednesday (12)
  • Famili (10)
  • Pengetahuan Bersama (8)
  • Throwback Thursday (6)
  • GiveAway (3)
  • Orang Berbudi Kita Berbahasa (2)

Mereka Yang Rajin Memberi Komen

instagram

Template Created By : ThemeXpose . All Rights Reserved.

Back to top