... dan aku menulis untuk diri sendiri
Episod sebelumnya (Episod 5)

7 Oktober 2019 (Isnin)

Hari kelima kami di bumi Seoul. Alhamdulillah kami masih dikurniakan peluang untuk menikmati bumi bertuah ini. Perancangannya, hari ini jauh juga perjalanan kami. Walau bagaimanapun, cuaca hari ini tidak seindah semalam. Langit bermuram durja. Suria juga bermuram durja mengundang gerimis di pagi hari itu. Tetapi hati-hati kami tetap ceria seperti hari-hari sebelumnya, mengharapkan hujan tidak sampai ke petang, timbullah cerah di tengahari.

Hari ini destinasi kami adalah Pulau Nami, salah sebuah kawasan wisata terkenal di Korea Selatan. Terkenal kerana sebuah drama bertajuk Winter Sonata. Katanya digambarkan di kawasan pulau itu, tapi aku tak tahu dan malas nak ambil tahu. Memandangkan aku ni bukan peminat drama-drama pukul 7 TV3, telenovela mahupon sinetron, maka aku tak ambil pusing benda-benda itu semua. Yang penting, aku ke sana untuk menikmati keindahannya.



Keindahan Pulau Nami

Kami meninggalkan rumah kecil tiang seribu kami di Cheongpadong 2-ga itu tatkala ayam masih lagi belum berkokok. Kami menuju ke Seoul Station dan seterusnya ke Yongsan Station. Dari Yongsan Station itu kami akan menaiki keretapi ITX Cheongchun 2003 untuk ke Gapyeong Station untuk ke Pulau Nami. Waktu perjalanan train kami adalah pada pukul 7.00 pagi waktu tempatan, pukul 6.00 pagi waktu di Malaysia.  Tiket ITX itu telah kami beli di Malaysia pada harga KRW5,900 kalau diconvertkan ke RM dapatlah dalam RM21.20 sahaja. Boleh sahaja kalau nak beli terus di Yongsan Station, harganya tetap sama.

Tiket ITX yang dibeli di Malaysia.

Stesen Yongsan sangat besar rupanya, lebih kurang macam KL Sentral kalau boleh aku buat perbandingan. Orang sudah mula ramai menuju ke destinasi masing-masing walaupon baru pukul 6.30 pagi tatkala kami tiba di situ. Cetakan tiket train ITX yang aku print menggunakan printer pejabat secara haram itu tidak perlu ditukarkan ke actual ticket, boleh guna yang itu sahaja. Train kami berlepas mengikut jadual. Tenang sahaja sepanjang perjalanan dan sempat juga kawan-kawan yang lain berdengkur. Di luar, hujan masih lagi turun.

Yongsan Station

Permandangan di Stesen Yongsan pagi tu. Orang sudah mula ramai
menuju tujuan masing-masing

Laluan turun ke platform untuk menaiki
keretapi ITX Cheongchun ke Gapyeong

Di dalam ITX yang selesa dan bersih

Kami tiba di Stesen Gapyeong sebelum pukul 8.00 pagi. Stesen Gapyeong ini merupakan stesen yang paling hampir untuk ke Pulau Nami. Memang sengaja kami ambil tiket awal supaya kami boleh sampai awal dan tak perlu berebut-rebut untuk menaiki feri dengan pengunjung yang lain. Hujan di luar makin lebat nampaknya.


Permandangan di hadapan Stesen Gapyeong. 
Hujan agak lebat di Gapyeong pagi itu 

Kami berlari-lari anak meredah hujan ke perhentian bas di hadapan stesen itu. Payung cuma ada dua kaki sahaja, itu pon pinjam dari rumah penginapan kami. Kami menaiki teksi setelah bas yang kami tahan tidak berhenti, mungkin bas itu bukan menuju ke terminal feri Pulau Nami kot, maka tak perlulah nak marah-marah. Tambang teksi dari Stesen Gapyeong ke Terminal Feri Pulau Nami tak sampai KRW5,000 yang dishare bersama dengan tiga orang sahabat yang lain. Makanya, tambang teksi itu lebih murah dari tambang bas, lebih cepat dan lebih selesa. Oleh yang demikian, kalau korang nak ke Pulau Nami ni, ambil sahajalah teksi yang telah sedia beratur di hentian teksi di hadapan stesen itu. Perjalanan rasanya tak sampai 10 minit.

Terkedek-kedek berjalan kaki dari hentian teksi ke terminal feri
di dalam hujan yang kadang-kala lebat itu

Pada yang berjiwa kental bole ke Pulau Nami menggunakan zip line ni.
Tak sure pulak harga dia berapa untuk sekali naik


Pose menarik kami. Happy dah sampai Pulau Nami.

Oleh kerana teruja dan sibuk bergambar, kami terlepas feri yang lebih awal. Makanya, terpaksa menunggu feri seterusnya lebih kurang 30 minit lagi. Tiket masuk berserta visa dan tambang feri ke Republic Naminara berharga KRW13,000. Walaupon memerlukan visa masuk, tak perlu pon nak cop-cop pasport dan melalui temuduga pegawai imigresen. Aku rasa ini sekadar tarikan perlancongan je di Pulau Nami ni, tapi ia sangat menarik. Menunggu kan waktu feri kami, kami lepak di sebuah cafe berhampiran.

Tiket masuk ke Pulau Nami berharga KRW13,000 
termasuk tambang feri pergi dan balik

Lepak di sebuah cafe berhampiran sambil 
menikmati permandangan Pulau Nami

Melalui imigresen Pulau Nami. Tapi takde pegawai pon yang jaga.
tak perlu check dan cop passport pon. Jadi tak perlu risau jika tidak
 dibenarkan masuk dan diarahkan pulang ke Malaysia serta merta. 

Feri tiba dan berlepas mengikut jadual. Nampaknya dalam feri itu hanya kami sahaja dengan beberapa orang pengunjung yang lain. Kami berlabuh di Pulau Nami lebih kurang 10 minit kemudian. Pulau Nami masih dibasahi hujan yang turun bagaikan mutiara. Walau bagaimanapun, kami tetap teruja. Pengunjung masih tidak ramai, mungkin kerana masih awal atau kerana hujan. Pulau Nami kami yang punya ketika itu.

Feri kami sudah sampai. Masih tenang kerana pengunjung masih belum ramai.

Sebab orang tak ramai, dapatlah bergambar depan feri macam ni.

Kosong. Pagi itu, feri ini kami yang punya... hahaha

Jalur Gemilang berkibar di Pulau Nami

Cuaca pagi itu, mendung, muram dan hujan.. tapi kami tetap ceria

Pulau Nami

Kami berhenti di sebuah gazebo ditepian kali yang disediakan untuk bersarapan pagi memandangkan kami masih lagi belum bersarapan. Menu kami pagi itu hanyalah nasi putih, sambal ikan bilis, telur rebus dan potongan timun. Kalau dapat buat nasi lemak mesti lagi sedap kan, hehehe. Apa-apa pun, Alhamdulillah, kenyang perut suka hati. Perjalanan kami di Pulau Nami diteruskan selepas itu.

Di pondok ini lah kami bersarapan pagi dengan berseleranya

Jemput makan semua. Kalau dapat nasi lemak ke roti canai 
ke pagi itu mesti lebih berselera makan.

Desserts. Entah apa nama manisan ni. Di beli di Namdaemun Market semalam

Lepas bersarapan kami sambung jalan-jalan sekitar pulai itu. Tenang sahaja pagi itu kerana masih tidak ramai pengunjung. Nak amik gambar pon cantik tanpa gangguan pengunjung yang lain.

Wajah-wajah ceria kami



Sekitar Pulau Nami yang masih hijau. Walaupon telah masuk musim luruh, 
pokok-pokok masih baru nak menguning. Permandangan tenang dan damai.


Sebuah arca pelik di Pulau Nami. 
Entah apa lah maksud arca itu

Arca Winter Sonata. Tak kenal pon saper pelakon dia.
 Tak pernah tengok pon drama ni.


Arca-arca tak senonoh. Agaknya orang Korea memang suka ukiran macam ni kot.
 Kat KFV semalam pon ada arca macam ni. Hahaha... lucah!!

Lebih kurang pukul 12.00 tengahari kami singgah di sebuah restoran untuk makan tengahari. Asian Family Restaurant Dongmoon adalah sebuah restoran halal di Pulau Nami yang menyediakan masakan Asia dan Korea. Ada dua tiga lagi restoran di sini, pilih sajalah yang mana satu yang anda suka. Memandangkan seorang sahabat telah melantak spegetti tanpa pengetahuan kami, maka hanya kami bertiga sahaja yang menjamu selera di situ. Ramai juga nampaknya orang Malaysia yang makan di sini. Alhamdulillah, sedap makanan di situ dan porsi nya juga agak lumayan. Nyam... (kenapa aku tak boleh justify perenggan ni?)

Makan tengahari di Asian Family Restaurant Dongmoon. 

Spicy Grilled Chicken (Dakgalbi) with Vegetables pilihan ku. 
Hidangan aku ni berharga KRW13,000

Chicken Cutlet with Rice pilihan sahabat. 
Hidangan ini juga berharga KRW13,000

Spicy Seafood Noodle Soup pilihan sahabat yang sorang lagi. 

Hidangan ni datang bersama gunting ye. Memula tu terpikir gak 
kenapa dia bagi gunting ni. Mungkin untuk potong mee tu kot..

Rupa-rupanya dalam mee ni ada seekor octopus. 
Gunting tu untuk potong octopus tu rupenye. Ngeri plak aku tengok octopus itu. 
Hahaha... Harga hidangan ini berserta octopus itu adalah KRW13,000

Makanan Korea tak sah kalau takde benda-benda sampingan ni
termasuklah kimchi

Bil untuk makan tengahari kami berjumlah KRW39,000

Setelah selesai menjamu selera, kami sambung penjelajahan kami di sekitar pulau itu. Memandangkan hujan tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti, lebih kurang pukul 2.00 petang, kami memutuskan untuk pulang sahaja. Plan untuk ke Petite France atau ke Garden of Morning Calm nampaknya terpaksa ditunda ke lain lawatan, InsyaAllah kalau ke Seoul lagi.

Laluan terakhir kami hari itu. Banyak lagi tempat menarik kat Pulau Nami ni, tapi memandangkan hujan masih tiada tanda-tanda untuk berhenti, kami terpaksa mengundur diri dahulu. Insya Allah, ade rezeki di mana-mana nanti kita bertemu lagi.

Kami mengambil teksi untuk ke Gapyeong Station semula dan mengambil ITX untuk pulang ke Seoul. Tambang teksi lebih murah nampaknya dari tambang pergi pagi tadi dan tambang ITX ke Seoul masih berharga KRW5,900. Perancangan awalnya, kami ingin pulang ke Seoul dengan menaiki metro, tetapi terpaksa ditukar kerana Plan B bagi menggantikan masa terluang kerana tidak pergi ke Petite France dan The Garden of Morning Calm itu adalah untuk ke Namdaemun Market sekali lagi. Misinya adalah untuk sampai di sana sebelum jam 5.00 petang.

Tiket balik menggunakan ITX. Beli di mesin layan diri sahaja. 
Harga tetap sama, KRW5,900

Stesen Gapyeong. Menunggu train untuk pulang ke Seoul

Akhirnya kami berjaya sampai di Namdaenum Market lebih kurang pukul 4.30 petang. Misi di sini pula adalah untuk mencari kedai menjual brooch yang dikatakan murah itu. Setelah berpusing-pusing akhirnya kami berada di bangunan yang benar. Sekali lagi kami berpusing-pusing di dalam bangunan itu mencari kedai yang dimaksudkan. Di dalam bangunan itu cukup padat sehinggakan nak jalan pun kena berhati-hati agar tidak terlanggar barang pameran penjual. Bangunan itu dikhaskan untuk penjual-penjual aksoseri terutama barangan kemas wanita. Akhirnya sampai juga kami ditempat yang dituju yang terletak di tingkat dua bangunan itu. Terdapat tiga kedai yang menjual brooch yang pada masa itu sibuk dengan pelanggan masing-masing, dari Malaysia. Harga brooch yang dijual adalah berharga semurah KRW1,000 hinggalah ke yang paling mahal yang aku tanya berharga KRW25,000 bertatahkan berlian swaroski. Yang aku tak tanya tu mungkin lebih mahal.

Sebahagian dari barang yang didagangkan. 
Boleh rambang mata dibuatnya. Aku yang lelaki ni pon boleh terrambang.

Koleksi wang kertas yang diberikan oleh pengunjung dari Malaysia. 
Memang popular kedai di dikalangan rakyat kita.
Kalau kalian nampak koleksi duit Malaysia tergantung-gantung depan kedai,
maka kalian telah berada di kedai yang benar lah tu. Ajoomma tu boleh berbahasa Melayu..

Sahabat semua sibuk memilih brooch yang berkenan di hati mereka, manakala aku ke hulu ke hilir tak tahu nak beli apa di situ. Bukan tempat aku untuk bershopping agaknya. Tetapi akhirnya aku juga terbeli beberapa ketul brooch itu untuk orang tersayang yang aku tinggalkan di Malaya. Habis jugaklah beberapa puluh ribu Won di kedai ajoomma itu.

Selepas menghabiskan beberapa puluh ribu Won, kami segera keluar dan berjalan-jalan di kawasan persekitaran market itu pula. Masih ada lagi kedai yang masih belum ditutup dan suasana agak meriah dengan urusan jual beli. Kami berhenti di sebuah kedai menjual cenderahati dan t-shirt Korea. Harga yang ditawarkan juga agak murah. Bagi t-shirt biasa pelbagai warna dan design dijual dengan harga KRW4,000 sehelai. Kalau saiz lebih besar, XXL dan ke atas harganya mahal sedikit. Design yang agak special lebih mahal. Rasanya di kedai itu t-shirt dijual dengan harga yang lebih murah. Sahabat memborong agak banyak jugalah t-shirt di kedai ajoomma itu sementara aku hanya membeli sehelai sahaja untuk diri sendiri. Disamping itu, kami juga ada membeli beberapa cenderahati lain dari kedai yang sama.

Penat aku dipaksa jadi model kat Starbuck ni...

Sebelum kami pulang ke rumah penginapan, kami singgah di sebuah Starbuck berhampiran untuk menikmati kopi dan berehat.















... bersambung (Episod 7)

  • 12 Comments

Search This Blog

About Me

My photo
afeezz
Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
'afeezz tu memang cukup indah untuk dicintai tapi cukup susah untuk dimiliki' - anonymous 2010
View my complete profile

Total Pageviews (since July 2008)

Follow Me

  • instagram
  • facebook
  • Twitter

My Followers (Thank You)

Blog Lists

  • Syazni Rahim Blog
    Apa Itu Google Search Console
    23 minutes ago
  • Blog Begins At Forty
    March 24, 2023
    3 hours ago
  • Aiman Abdullah
    Siaran Langsung Live Malaysia B-22 Merlion Cup 2023
    4 hours ago
  • CikCappuccinoLatte
    Menu Berbuka Khairulaming : Ayam Gepuk Sambal & Kicap
    5 hours ago
  • AMIE'S LITTLE KITCHEN
    Tiru Macam Saya!
    6 hours ago
  • Blog Sihatimerahjambu
    4 Menu Air Berbuka Puasa Khairul Aming 2023
    9 hours ago
  • As Samsudin
    Ramadan Kareem 1444H
    10 hours ago
  • ABAM KIE : Man of The House
    Kes remeh hingga bercerai
    11 hours ago
  • BLOG RABIA ADAWIYAH
    Hadiah untuk Raydah Blogger
    14 hours ago
  • Monolog Kakmim
    Throwback Thursday - 1 Ramadhan Zaman PKP
    1 day ago
  • KomenSen
    KENAPA SAYA DAH MALAS NAK PERGI HYPERMARKET?
    1 day ago
  • Bola Katok
    Review filem anime The First Slam Dunk.
    2 days ago
  • MRS.A my blog my stori
    Potluck Pra-Ramadhan 1444H
    3 days ago
  • AMMI
    Aku takut
    4 days ago
  • Warisan Petani
    'Yut' Hanyut Buat Selama-lamanya
    5 days ago
  • cikguzim
    Lancarkan kencing dengan air barli
    3 weeks ago
  • fairus.com
    Sehari di Pekan Baru, Riau, Indonesia
    4 weeks ago
  • SEMUT SENYUM
    Tenang Lubuk Jiwa
    5 weeks ago
  • SITI.YANG.MENAIP
    Happy New Year 2023 | SitiYangMenaip Masih Ada
    2 months ago
  • LADY LIKE ME !
    HAPPY 2023 !!
    2 months ago
  • ixa-rism
    One Hundred Nine One
    4 months ago
  • PESONA ETUZA
    Johor Kami Datang Dengan Hati Girang
    6 months ago
  • Tiga Lalat 2021
    NEW BLOG I AM
    6 months ago
  • Shida Radzuan Blog
    Susahnya untuk konsisten
    7 months ago
  • Adinda Baizura Mazlan
    Tenang. Kamu Mampu.
    7 months ago
  • ! acuyuhan
    Nineteen61 Cafe Kuantan
    1 year ago
  • Dunhill guy
    Handmade Design Phone Case
    1 year ago
Show 10 Show All

Blog Archive

  • ►  2023 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2022 (3)
    • ►  December (1)
    • ►  June (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2021 (77)
    • ►  December (7)
    • ►  November (8)
    • ►  October (7)
    • ►  September (8)
    • ►  August (6)
    • ►  July (7)
    • ►  June (5)
    • ►  May (8)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (5)
    • ►  January (4)
  • ►  2020 (40)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (1)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (2)
  • ▼  2019 (36)
    • ►  December (3)
    • ▼  November (3)
      • 898 : Catatan Perjalanan - Seoul, Korea Selatan (E...
      • 897 : Catatan Perjalanan - Seoul, Korea Selatan (E...
      • 896 : Catatan Perjalanan - Seoul, Korea Selatan (E...
    • ►  October (4)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (2)
    • ►  March (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2018 (28)
    • ►  December (4)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (29)
    • ►  December (1)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (4)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (37)
    • ►  December (2)
    • ►  November (3)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2015 (50)
    • ►  December (6)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (6)
    • ►  August (4)
    • ►  July (4)
    • ►  June (4)
    • ►  May (3)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  February (6)
    • ►  January (3)
  • ►  2014 (50)
    • ►  December (3)
    • ►  November (4)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (4)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (1)
    • ►  March (4)
    • ►  February (5)
    • ►  January (5)
  • ►  2013 (106)
    • ►  December (6)
    • ►  November (7)
    • ►  October (6)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (10)
    • ►  June (9)
    • ►  May (10)
    • ►  April (10)
    • ►  March (10)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2012 (117)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (9)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (8)
    • ►  May (9)
    • ►  April (10)
    • ►  March (10)
    • ►  February (9)
    • ►  January (10)
  • ►  2011 (124)
    • ►  December (13)
    • ►  November (10)
    • ►  October (8)
    • ►  September (9)
    • ►  August (12)
    • ►  July (10)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (10)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (10)
  • ►  2010 (132)
    • ►  December (11)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (11)
    • ►  August (13)
    • ►  July (14)
    • ►  June (8)
    • ►  May (9)
    • ►  April (15)
    • ►  March (9)
    • ►  February (11)
    • ►  January (9)
  • ►  2009 (146)
    • ►  December (9)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (14)
    • ►  August (18)
    • ►  July (19)
    • ►  June (16)
    • ►  May (9)
    • ►  April (13)
    • ►  March (7)
    • ►  February (13)
    • ►  January (6)
  • ►  2008 (45)
    • ►  December (2)
    • ►  November (7)
    • ►  October (7)
    • ►  September (12)
    • ►  August (9)
    • ►  July (8)

My Travel Story - To Infinity and Beyond

  • 2008 : United Kingdom (1)
  • 2011 : Indonesia - Medan (8)
  • 2013 : Indonesia - Bandung (6)
  • 2014 : Singapura (2)
  • 2015 : Kemboja - Siem Reap (6)
  • 2016 : Thailand - Krabi (5)
  • 2017 : Jepun - Tokyo (10)
  • 2019 : Korea Selatan - Seoul (10)

My Travel Story - Malaysia

  • 2009 : Pulau Pinang (1)
  • 2011 : Kedah - Pulau Langkawi (4)
  • 2011 : Sabah - Kota Kinabalu (6)
  • 2012 : Road Trip 1.0 (3)
  • 2012 : Sarawak - Kuching (6)
  • 2013 : Road Trip 2.0 (3)
  • 2014 : Pulau Pinang (2)
  • 2015 : Kedah - Pulau Langkawi (4)
  • 2018 : Pahang - Cherating (3)
  • 2020 : Pahang - Cameron Highlands (2)
  • 2020 : Perak - Pulau Pangkor (3)

Top 5 Weekly Popular Posts

  • 1000 : Bila Lampu Brek Menyala Tak Padam-Padam
    Korang pernah ada pengalaman tak, bila lampu brek kereta korang termasuk lampu brek ketiga menyala tapi tak mahu padam? Macam ada satu entit...
  • 999 : Throwback Thursday - October 2021
    Pada hari ini (7 Oktober) pada tahun 2019, aku berjaya menjejakkan kaki ke Pulau Nami, Korea Selatan. Hujan turun membasahi bumi pada pagi ...
  • 1001 : Satu Ribu Satu Cerita Aku
    Perasan atau tidak, jumlah post di dalam blog aku yang tak seberapa ni sudah mencapai ke angka 1001 termasuk post ini. Tak pernah ku sangka ...
  • 812 : Big Home Expo 2017
    Poster Big Home Expo 2017 Big Home Expo 2017 telah diadakan dari 16 hingga 19 Februari 2017 bertempat di Stadium Bukit Jalil. Ini ada...
  • 813 : Wishing Myself A Happy Birthday (Episod 2)
    Tanggal 25 Februari yang lepas adalah hari ulang tahun kelahiran aku. Seperti tahun-tahun sebelumnya, pada tahun ni aku masih berusia 21 t...

Labels

Hanya Nak Cerita (298) Jalan-Jalan (145) Makan-Makan (90) Cuti - Cuti Malaysia (82) Ucapan Dari Hati (80) Hiburan (79) Saje Nak Tayang (73) Gambar (46) Cuti - Cuti Luar Negara (43) Masak Sendiri Makan Sendiri (35) Sukan (30) Kerja (26) Luahan Perasaan (24) Kerinduan (21) Takde Idea Nak Menulis (17) Famili (10) Pengetahuan Bersama (8) Wordless Wednesday (8) GiveAway (3)

Mereka Yang Rajin Memberi Komen

instagram

Template Created By : ThemeXpose . All Rights Reserved.

Back to top