997 : Menuju Ke Arah Gaya Hidup Yang Lebih Sihat (Episod 13) - Korea Virtual Half Marathon (Part 2)

Beberapa bulan yang lepas aku ada bercerita tentang satu larian yang akan aku sertai (klik SINI). Beberapa kali tempoh larian telah ditunda oleh pihak penganjur sehingga yang terakhir ke tarikh 30 September 2021. Pada 16 September 2021, sempena cuti Hari Malaysia, barulah aku mempunyai kesempatan dan kerajinan untuk menyelesaikan larian tersebut.

Korea Virtual Half Marathon

Runner's Bib Number


Jarak larian itu hanya 5km sahaja tetapi jarak yang telah aku hantar kepada pihak penganjur adalah larian sejauh 8km lebih. Sebenarnya, aku tak lari pon, aku menunggang basikal. Hahaha.. jangan pulak ade yang pecah rahsia dan repot penipuan aku kepada pihak penganjur. Takut dibatalkan pula penyertaan dan diklasifikasikan sebagai DNS. Ditarik semula pingat aku nanti. Macam pernah dengar pulak cerita ni. Hehehe..

Walau bagaimanapun, penyertaan aku telah diterima oleh pihak penganjur dan entitlements berupa t-shirt penyertaan dan medal telah diterima.

Finisher Medal. Cantik design medal dia

Runner's T-Shirt bahagian depan. Cantik juga design t-shirt dia.

Runner's T-Shirt bahagian belakang. Tak tau lah kenapa dia bagi
t-shirt untuk 21km finisher. Tapi takpelah, bangga gak kalau
orang tengok aku ni finisher 21km. hehehe

InsyaAllah kalau ade larian yang menarik lagi, aku akan sertai, tapi aku akan menunggang basikal lah, nak lari-lari ni tak larat. Hehehe...

You Might Also Like

24 comments

  1. x baik ngilat ye... apa2 pun tahniah kerana telah menamatkan acara. Bukannya DNS... hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... sekali sekala ngelat, takpe kot. bohong sunat

      Delete
  2. wak nk tau gak berapa kena bayaran erk? murah ke ? bank online je kann ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ini kalau tak silap, RM38 jer.. semua bayaran secara online

      Delete
  3. naik basikal tu kita anggap lari juga lah hahahaha,

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... anggap jer lah berlari, lagi pon kite bike bukan laju pon...

      Delete
  4. Ammi br je nak try. Tapi taktau nak guna dari website mana. Smlm br ternampak masa dok teman anak berlari utk sukan sekolah

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya guna app JomRun.. macam2 larian ade kat situ, skrg ni mostly larian virtual jer

      Delete
  5. Replies
    1. kannn... sebab tu lah join larian ni, nak medal yang cantik jer

      Delete
  6. Ngelat ni. hihihi...Ngelat boleh diterima kot kan, kira bersenam melangkah jugak tu.
    Apapun tahniah Afeezz. Dari 5km jadi 21km. Kira boleh berbangga sangat lah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... jangan pecah rahsia yer. Bangga dapat baju finisher 21km tu, bukan senang kan nak berlari 21kim ni..

      Delete
    2. hahaha..4 dari 5km, lebih 1km..Kira sebagai pembakar semangat tu :)

      Delete
  7. Kalau lagi tak larat... upah orang lain lari... hehehehe

    ReplyDelete
  8. Orang muda macam Afeezz memang boleh lari sampai 21KM ke atas.
    Dah tua macam Kak Amie ni paling kauh pun takat 6KM saja...tu pun lari-lari anak jew hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah.. akak bole lari 6km tu kire power la kak..

      Delete
  9. Replies
    1. hahaha... biar pecah di blog jangan pecah di mulut...

      Delete
  10. best juga..kak shida nk juga join tapi asyik ngelat xjoin jer hurmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... register je dulu kak, pastu cari2 lah masa untuk selesaikannya.. saya selalunya dah nak due date baru buat

      Delete
  11. Ishh!!! tak acilah macam ni hahahaa...
    Afeezz masuklah yang kategori ride bukankah kita boleh pilih samada nak run, walk or ride eh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa register dulu takde basikal lagi, lepas dah ade basikal malas plak nak berlari, itu yg ngelat sikit... next tiem boleh lah register untuk berbasikal punya

      Delete