... dan aku menulis untuk diri sendiri

Tahun 2020 akan meninggalkan kita tidak berapa lama lagi. Terasa begitu singkat tahun 2020 ini. Tahun 2020 banyak betul dugaan yang melanda bukan sahaja pada Malaysia malah pada seluruh dunia. Tahun 2020 juga banyak memberi pengajaran kepada kita, mengajar kita untuk menjadi lebih tabah. Sebagai seorang penjawat awam, boleh aku katakan yang aku tidak teruk terkesan dengan pandemik ini. Aku masih lagi mempunyai kerja dan gaji tetap diperolehi tepat pada masanya. 

Azam Tahun 2020

Seperti tahun-tahun sebelumnya, untuk tahun 2020 ni, aku berazam untuk tidak berazam. Alhamdulillah, azam aku itu tercapai.

Kehidupan Pada Tahun 2020

Kehidupan aku pada tahun 2020 ni pada awalnya berjalan seperti biasa. Pagi pergi kerja, petang balik umah, esok pagi pergi kerja semula dan petang balik umah semula. Amat membosankan rutin harianku. Tiba-tiba kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan. Semua pergerakkan rakyat dikawal, rakyat tidak dibenarkan keluar tanpa  sebarang sebab. Rakyat disuruh bekerja dari rumah. Jujur aku katakan yang aku gembira bila kerajaan mengumumkan PKP. Bukan sebab apa, sebab tak perlu pergi bekerja di pejabat. Pada awal-awal PKP itu memang heaven, goyang kaki sahaja di rumah. Pagi buka laptop, check emel, kalau tiada apa-apa yang memerlukan maklumbalas, bermaksud tiada kerja yang perlu dilakukan pada hari itu. Sepanjang hari kita goyang kaki dan goyang apa sahaja yang boleh digoyangkan. Lama-kelamaan, baru terasa susahnya bekerja dari rumah bila mana tak semua kerja boleh dilakukan di rumah especially tugas-tugas yang memerlukan tindakan segera. Terpaksa juga ke pejabat beberapa kali semasa tempoh PKP terpaksa menggunakan sistem yang hanya boleh digunakan di PC pejabat, itupon hanya dihadkan untuk 2 jam sahaja. Terpaksalah bertungkus lumus cuma menyelesaikan tugas dalam masa 2 jam itu. 

Bila keadaan sudah reda, aku diarahkan untuk bertugas seperti biasa sebelum kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat pula. Sekali lagi aku terpaksa bertugas dari rumah. Jauh di sudut hati, aku gembira, hahaha. Walau bagaimanapun, banyak kali juga aku bertugas di pejabat sepanjang PKPB ini, sebab aku yang mohon untuk bertugas di pejabat. Satu perkara yang best bertugas semasa PKPB ini adalah waktu clock-in dan clock-out. Aku selalunya akan clock-in di rumah sebagai work-from-home. Kemudian aku akan ke pejabat, sampai dalam pukul 9.00 lebih macam tu. Dalam pukul 4.00 petang aku akan balik dan bila sampai di rumah baru aku akan clock-out.

Pada awal bulan November lepas, keistimewaan untuk work-from-home telah ditarik balik, dan semua kakitangan di tempat aku bekerja terpaksa bertugas di pejabat seperti biasa.

Tugas-tugas aku di pejabat nampaknya tiada perubahan. Aku masih melakukan tugas-tugas dan tanggungajawab yang sama. Aku suka, sebab bila usia dan meningkat ni, aku dah malas nak membebankan fikiran dan tenaga aku dengan kerja-kerja di pejabat. Aku nak pergi kerja sampai masa aku balik. Tapi tak dinafikan, masalah-masalah tugas itu sentiasa ada.

Dalam tempoh PKP dahulu, oleh kerana terlalu banyak masa yang terluang, aku cuba mengasah bakat memasak aku. Banyak resepi-resepi yang telah aku cuba dari kuih-muih hinggalah ke lauk pauk. Alhamdulillah, berbakat juga aku sebenarnya walaupon kadang-kadang ada yang rasanya tidaklah berapa nak sedap pada tekak aku.

Pada tahun ini juga aku lebih komited untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat. Selepas PKP ditamatkan, aku mula melakukan aktiviti-aktiviti sihat seperti melakukan brisk-walking hampir setiap petang. Aku juga menjaga pemakanan aku  dan menghitung bilangan kalori yang aku ambil. Alhamdulillah, usaha aku membuahkan hasil dan berat badan aku juga telah turun hampir 6kg. Usaha aku terbantut setelah PKPB diumumkan. Tak dapat aku beriadah seperti selalu di taman-taman berhampiran. Bagi menggantikan aktiviti yang tidak dapat dilakukan itu, aku melakukan senaman ringan di rumah sahaja. Kemuncak kepada segala penghalang usaha aku itu, bila kesihatan aku tidak mengizinkan. Hampir 4 minggu aku tidak dapat melakukan aktiviti-aktiviti riadah ini samada di luar atau di rumah. Yang menyedihkan, nak mulakan balik punya la malas. Sekarang dah naik balik hampir 3kg. Ahakz...

Liburan Tahun 2020

Tahun ini aktiviti liburan amat terhad. Pintu sempadan ditutup makanya, liburan international tidak dapat dilakukan. Kalau tidak sure kami dah sampai ke mana-mana. Wishlist, insyaAllah nak ke Jepun lagi, kali ni nak main salji di Saporro. Tapi apakan daya, kita merancanglah saja. Ada rezeki, kita pergi.

Walau bagaimanapun, awal tahun dahulu sebelum PKP diumumkan, aku dan sahabat sempat juga Bercuti-Cuti Malaysia di Pulau Pangkor selama 3 hari 2 malan. Kemudian, dari Pangkor, kami singgah pula ke Cameron Highlands dan bermalam semalam di sana. 

Pada bulan Ogos 2020 pula, aku juga sempat join satu perkhemahan bersama kawan-kawan di Ulu Yam, selama 2 hari 1 malam. 

Tragedi Tahun 2020

Pada bulan Oktober, ayah aku dikejarkan di hospital kerana sesak nafas. Kami adik-beradik segera ke hospital tetapi memandangkan keadaan pandemik sekarang ni, kami tidak dibenarkan masuk untuk melawat ayah. Kami hanya akan dimaklumkan keadaan ayah oleh kakitangan Unit Kecemasan yang bertugas. Namun sehingga ke sudah tiada apa-apa perkembangan mengenai ayah yang kami terima. Nasib baiklah, adik kepada adik ipar aku merupakan seorang Pegawai Perubatan di hospital itu. Apa-apa maklumat mengenai ayah semuanya kami dapat dari dia. Alhamdulillah, ayah tidak dijangkiti Covid, cuma ada masalah dengan pernafasan dia. Alhamdulillah, ayah semakin sihat, sihat bagi orang yang berumur 80an.

Pengakhir Oktober pula kami dikejutkan pula dengan kes pecah rumah kami di Selayang. Kes telah dilaporkan kepada pihak polis, siasatan telah dijalankan dan tiada bahan-bahan bukti yng dijumpai untuk melanjutkan kes itu. Kes telah ditutup. Sehingga sekarang, kami masih belum sempat untuk melihat keadaan rumah itu dan mengenalpasti barang-barang yang hilang. Abang juga telah mengemas rumah itu beberapa minggu lepas.

Klimak kepada tragedi-tragedi di tahun 2020 ini adalah apabila aku hampir disabitkan dengan kes kesalahan gangguan seksual. Data aku telah digunakan oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab untuk melakukan gangguan seksual kepada seorang wanita. Kes ini telah aku laporkan kepada pihak polis dan juga pihak SKMM. Sehinnga kini, aku masih belum menerima apa-apa maklumbalas mengenai kes ini dari pihak polis dan aduan di SKMM masih berstatus 'New'. Akaun FB yang digunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab itu juga masih aktif dengan 4,823 teman. Aku tak tahu samada dia masih lagi menggunakan identiti aku untuk melakukan kejahatan. Harap-harap tidak..


Sama-samalah kita berdoa agar tahun 2021 yang bakal menjelang akan lebih baik dari tahun ini untuk kita semua. InsyaAllah, amin.

  • 12 Comments

Al-kisahnya bermula pada 14 Disember 2020. Pagi itu aku telah menerima panggilan telefon dari Unit Integriti tempat aku bekerja, memaklumkan kepada aku bahawa unit itu telah menerima satu aduan mengenai aku dan aku diminta untuk hadir ke unit tersebut untuk diambil keterangan. Aku agak terkejut tetapi tetap tenang dan kami telah menetapkan 15 Disember 2020 pada pukul 3.00 petang untuk sesi mengambil keterangan itu.

Aku resah dan tidak tenang sepanjang pagi itu memikirkan mengenai aduan yang aku terima. Kalau kes itu sudah sampai ke Unit Integriti, pasti itu satu kes yang besar. Fikiran terus berfikir kesalahan-kesalahan yang telah aku lakukan sepanjang aku berkhidmat. Kalau ada pon, cuma masalah-masalah kecil dan boleh diselesaikan di peringkat jabatan, tidak perlu sampai ke Unit Integriti. Geram pulak hati kepada si pengadu itu. Aku duduk diam-diam, buat kerja sendiri, tak kacau orang lain pon kene komplen. Celaka sungguh.

Sehingga keesokan harinya aku masih memikirkan dosa apakah yang telah aku lakukan sehingga mendapat aduan di Unit Integriti. Walaupun hati tak tenang, aku rasa malam itu aku telah tidor dengan amat lena, tanpa sebarang gangguan atau mimpi ngeri.

Hari dan masanya pon tiba jua. Aku ke Unit Integriti dengan tenang. Tiga orang pegawai duduk dihadapan aku untuk mengendalikan kes aku. Sebuah fail kes yang agak tebal berada di hadapan salah seorang pegawai itu. Semua mata tertumpu pada aku. Aku cuak. Pegawai itu memulakan bicara dengan sesi perkenalan. Pegawai itu tenang dan ceria, tiada tanda-tanda tertekan atau hendak memarahi aku. 

Fail berwarna oren dihadapannya dibuka. Terpampang gambar satu profil facebook yang tidak aku kenali, gambar kad pekerja aku dan satu slide powerpoint yang aku tidak ketahui isinya. Pegawai itu bertanyakan sama ada aku kenal atau tidak gambar-gambar di helaian pertama fail itu. Aku berkara yang gambar kad pekerja itu adalah gambar kad pekerja aku, tetapi profil facebook itu bukan facebook aku. Kemudian, pegawai tu terus memaklumkan kepada aku mengenai aduan yang aku terima itu.

Rupa-rupanya ada seorang individu yang tidak aku kenali telah menggunakan gambar kad pekerja aku itu  tanpa pengetahuan dan kebenaran aku untuk menjalankan satu 'kaji selidik' mengenai seks. Individu itu yang mengatakan bahawa beliau merupakan seorang pelajar telah menggunakan gambar kad pekerja aku itu sebagai pengenalan dirinya. Dengan menggunakan aplikasi Facebook Messenger, individu itu telah menjalankan 'kaji selidik' itu ke atas seorang wanita yang juga tidak aku kenali. Perbualan individu itu akhirnya berbaur seks dan lucah, dan beberapa klip video seks lagi lucah juga turut dihantar kepada wanita itu. Wanita itu yang merasakan dirinya telah diganggu secara seksual akhirnya telah melaporkan perkara ini kepada pihak pengurusan tempat aku bekerja.

Sesi soal jawab dan mengambil keterangan berjalan dengan baik.

Setelah keterangan aku diambil, pegawai itu menasihatkan aku untuk membuat laporan polis dan juga laporan SKMM untuk menafikan perkara ini dilakukan oleh aku dan juga sebagai perlindungan kepada diri aku dari perkara-perkara lain yang mungkin boleh terjadi.

Aku memang terkejut dengan perkara ini tapi tidak menafikan ada salah aku juga mengapa perkara ini boleh terjadi kepada aku. Aku pernah memuat naik gambar kad pekerja aku itu di blog ini sebelum ini. Aku tak pasti pada tahun bila, tapi aku rasa sekitar tahun 2012-2014 (malas nak check posting-posting lama). Dan gambar dalam kes ini memang sebijik dengan gambar yang aku pernah muat naik itu. Pada masa itu, aku tidak menggunakan apa-apa watermark ke atas gambar itu, kerana pada masa itu aku tak tahu macam mana nak buat watermark itu. As we grow old, kite belajar, sekarang aku telah meletakkan watermark ke atas gambar-gambar yang aku postkan di blog ini sebagai satu ciri-ciri keselamatan. Pernah juga sebelum ini gambar dari blog aku ni digunakan tanpa kebenaran oleh laman web lain iaitu says.com/malaysia dan ohbulan.com.

Di sini juga aku nak nasihatkan supaya kita lebih berhati-hati dengan apa yang kita postkan dalam blog atau di media sosial yang lain. Yang penting bagi aku dan yang tidak akan aku dedahkan sama sekali selain butir-butir peribadi adalah alamat rumah di mana aku tinggal dan nombor telefon aku. Tempat aku bekerja, tapi pernah juga terlepas beberapa kali di blog ini walaupon aku tidak mendedahkan secara jelas. Nama penuh aku juga aku tidak akan dedahkan di sini walaupon aku rasa pernah juga terlepas beberapa kali (kene check balik ni). Dan satu lagi yang aku rasa tidak patut kita dedahkan kepada umum adalah nombor pendaftaran kenderaan kita walaupon aku pernah juga terlepas di dalam blog ini. Apa-apa pon kita jaga diri kita sendiri. Dunia siber ni makin hari makin canggih, dan akal manusia makin lama makin maju. Mungkin apa yang tidak pernah kita fikir sebelum ini boleh terjadi sekarang.

Lanjutan dari kes ini, aku telah membuat laporan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan laporan polis pada 17 Disember 2020. Aku kemudiannya telah dipanggil oleh seorang inspektor untuk datang memberikan keterangan lanjut di IPD Brickfields pada tarikh yang sama. Aku tiba di IPD Brickfields pada pukul 10.00 malam. Sesi memberi keterangan itu berjalan dengan baik dan selesai lebih kurang pukul 11.00 malam.

Aku berharap agar perkara ini dapat diselesaikan oleh pihak polis dan pihak SKMM dan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas individu yang tidak bertanggungjawab itu. Dan aku berharap juga agak identiti aku tidak lagi digunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk melakukan aktiviti yang salah.


  • 10 Comments

Lepas-lepas kerajaan mengumumkan kebenaran untuk merentas negeri, aku dengan kadar segera mengemas beg pakaian, ambil sahaja apa yang tercapai oleh tangan dan segera memandu kereta ke selatan tanah air. Pulang ke kampung adalah aktiviti pilihan ramai pada bulan ini, termasuklah aku walaupon bukan pulang ke kampung halaman sendiri. 

Pulang dari kampung selalunya mesti ada bawa buah tangan hasil kampung. Kalau musim durian, bole lah bawak balik durian barang sebakul dua. Tapi kampung aku tu takde durian, makanya tak dapatlah bawak balik durian sebakul. Rezeki dari kampung aku kali ni adalah ubi kayu dan serai. Ramai pulak rakan-rakan di KL yang minta sedikit ubi kayu aku tu namun tidak dapat aku tunai memandangkan aku cuma cabut dua pokok sahaja. Tak larat nak cabut lagi sebab kesuntukan masa dan kekurangan tenaga kerja. Dua orang cabut dua pokok pon dah tak larat, orang bandar sangat kan. Untuk rakan-rakan yang minta ubi tu, insyaAllah, next trip ke kampung akan aku usahakan cabut lagi.

Ubi kayu hasil dari kebun di kampung. Banyak ni jer yang
sempat dicabut. Baru cabut dua pokok dah tak larat rasanya

Hasil serai. Ini baru setengah rumpun, dah calar balar tangan.

Ubi yang ada itu dibahagi dua, sahabat ambil banyak sebab pokok dia, aku amik secukupnya sahaja. Pikir-pikir apa nak buat dengan ubi yang ada tu. Memula perancangannya nak buat bingka ubi sahaja. Sedap juga bingka ubi, lama tak makan. Entah macam mana, keluar pulak cerita pasal ubi getuk. Macam sedap juga ubi getuk, dah lama tak makan juga. Tapi si sahabat ni dok bercerita pasal ubi getuk versi lain pulak, yang tak pernah aku nengok dan rasa. Tahu pasal kewujudannya pon tidak. Search punya search, rupanya nama versi ubi getuk itu adalah Ubi Getuk Jawa. Maklumlah, sahabat tu pon ada darah-darah Jawa. Melihatkan resepinya pon agak mudah. Maka aku putuskan untuk mencuba Ubi Getuk Jawa ni

Di sini aku nak sharekan resepinya. Resepi aku dapat dari laman web myresepi.com. Boleh klik link itu untuk mendapatkan lebih banyak resepi menarik.

Bahan-bahannya

1. 1kg ubi kayu (aku rasa aku tak guna pon sampai 1kg)

2. 150g gula melaka (tapi aku guna gula merah pasal gula melaka takde)

3. 50g gula merah (aku gunakan 150g sebab takde gula melaka seperti di atas)

4. 10g gula pasir

5. 1/2 sudu teh garam

6. Air secukupnya

7. 1/2 biji kelapa parut (ambil putihnya sahaja)

8. 1 helai daun pandan

9. Loyang yang telah disapu mentega (aku tak sapu pon)

Cara-caranya

1. Kupaskan ubi kayu itu dan potong kecil-kecil supaya cepat empuk bila direbus nanti. Sebelum rebus tu, basuhlah beberapa kali untuk menghilangkan getahnya.

2. Masukkan ke dalam periuk atau kuali yang bersesuaian dan rebus ubi tersebut sehingga empuk. Masukkan sedikit garam ke dalam air rebusan itu (dalam resepi takde plak bubuh garam, tapi aku gatal plak pi letak). Nak kukus pon boleh ubi tersebut.

Ubi yang sedang direbus. Masih belum empuk lagi

3. Potong gula melaka kecil-kecil dan dijerang bersama gula-gula yang lain dan garam sehingga larut (bahagian ni aku cuma larutkan gula-gula itu bersama sedikit air panas jer).

4. Apabila ubi telah empuk, lecekkan sehingga lumat. Masukkan air gula tadi sedikit demi sedikit (tapis tau air gula itu) sehingga rata dan mendapat consistency yang tidak berapa keras dan tidak berapa lembek. 

5. Apabila sudah mendapat consistency yang diinginkan, boleh masukkan ke dalam loyang yang diingini, rata dan tekan sehingga padat. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Ubi Getuk Jawa in the making. Tunggu sejuk sebelum dipotong
dan dihidangkan

6. Kukuskan kelapa parut bersama sedikit garam dan daun pandan. Kukus selama lebih kurang 15 minit atau sehingga naik bau

7. Bila ubi telah sejuk, boleh dipotong dan dihidangkan bersama kelapa.


Ubi Getuk Jawa yang telah dihidangkan bersama kelapa.
Sesuai dimakan pada bila-bila masa bersama orang yang tersayang

Disebabkan ini merupakan kali pertama aku mencuba resepi ini, aku tak berapa pasti akan consistency adunan ubi itu. Tapi bagi aku, adunan yang aku buat itu sedikit lembik dan tak cantik apabila dipotong.

Dari segi rasa pula, memandangkan ini merupakan kali pertama aku merasa Ubi Getuk Jawa ini, aku tak pasti akan rasa yang sepatutnya, tapi bagi aku rasanya lebih kurang macam ubi getuk goreng yang selalu kita makan tu.

Apa-apa pun percubaan aku untuk membuat Ubi Getuk Jawa ini boleh aku anggap sebagai sukses.

Bagi aku, ini merupakan versi ubi getuk yang lebih sihat kerana tidak perlu digoreng. Sesuai untuk orang yang sedang berdiet.

  • 10 Comments

Hampir enam tahun sudah berlalu namun peluang, pengalaman dan kenangan semasa berada di Siem Reap, Kemboja masih tidak dapat dilupakan. Kemboja merupakan negara ke lima yang aku diberi peluang untuk menjejakkan kakiku untuk menikmati keindahan alam dan rakyatnya. Ternyata Kemboja memberi pengalaman yang lain daripada negara-negara yang pernah aku lawati. Namun, disebalik keindahan itu, ada beberapa perkara yang agak pahit untuk dihadam. Walaupon pahit, ia akan tetap menjadi manis apabila dikenang semula. Itulah namanya pengalaman.

1. Percubaan Mengepow Oleh Pegawai Imigresen

Sesampai sahaja di sesebuah lapangan terbang, untuk penerbangan antarabangsa, wajib kita akan melalui bahagian imigresen. Sampai sahaja di bahagian imigresen Kemboja itu, seperti biasa aku akan memberikan senyuman yang paling manis dan akan berkelakuan yang paling sopan kepada pegawai yang bertugas. Setelah diambil dan diperiksa Arrival Card dan passport aku, pegawai lelaki itu terus berkata, 'Tip...tip...'. Aku pada awalnya, tidak faham apa yang dimahukan pegawai itu, dua tiga kali jugaklah aku minta dia ulang apa yang dia katakan. Akhirnya baru aku fahami, dia nak mintak tip. Aku pon macam, WTF dalam hati, dan terus berkata, 'I don't have small change'. Patut lah aku nampak sahabat aku menghulurkan USD1 pada dia sebelum tu. 

Setelah gagal mendapatkan tip dari aku, dia terus sahaja cop passport aku, dan aku terus berlalu meninggalkan pegawai itu. Boleh pulak nak mintak-mintak tip, engkau kan seorang Pegawai Kerajaan, mane bole nak mintak tip (minta rasuah bole la).

2. Pemandu Tuk-Tuk Yang Dibooking Tidak Kelihatan

Untuk perjalanan kami sepanjang empat hari kami di Siem Reap, kami telah booking servis seorang pemandu tuk-tuk melalui hotel penginapan kami. Butir-butir penerbangan telah kami berikan kepada pihak hotel sebelum kami berlepas lagi. Melewati Pintu Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap itu, kami lihat ramai orang yang telah menunggu dengan name card ditangan masing-masing. Aku dan sahabat perhatikan satu per satu mencari nama aku (sebab aku yang buat booking), namun tiada. 

Kami terus berpeleseran di hadapan lapangan terbang itu dengan harapan pemandu kami akan datang. Beberapa orang pemandu lain dan ejen pelancongan menghampiri kami dan kami tolak dengan baik. Dari kejauhan ternampak seorang lelaki tergesa-gesa berjalan di tengah panas dan ternampak juga satu name card ditangannya. Lelaki itu melewati kami dan aku sempat menjeling ke name card yang dipegangnya. Ternyata name card itu dari hotel yang kami booking. Kami menghampiri lelaki itu dan memang nama aku tertera di name card yang dipegangnya. Sebenarnya bukan nama aku, tapi nama bapa aku yang salah dieja, nasib baik ada nama hotel, kalau tak, memang tak tahu lah lelaki itu pemandu kami. Pemandu itu memohon maaf kerana terlewat. Beliau terpaksa pakir tuk-tuk beliau agak jauh, di luar lapangan terbang itu. Tak kisah la uncle, janji u datang.

3. Macam Kena Pow Jer Beli Beras Itu

Hari ketiga kami di Siem Reap, kami telah ke Tasik Tonle Sap. Kami telah menaiki bot dan menuju ke sebuah perkampungan terapung di tasik tersebut. Kami dibawa ke beberapa buah binaan di perkampungan itu termasuklah sebuah sekolah. Pemandu bot itu kemudiannya bertanya samada kami sudi untuk membuat amal di sekolah itu dengan membuat permberian berbentuk makanan. Dalam keadaan serba salah, kami bersetuju. Selepas itu kami di bawa ke sebuah kedai serbaneka di perkampungan itu untuk membeli barang makanan, tapi hanya barang-barang tertentu sahaja yang diminta seperti beras, sardin, sayur-sayuran (sebut yang ingat jer). Pada mulanya aku nak beli sardin jer (satu pack ada enam tin besar), pastu pemandu bot tu macam tak setuju plak (ehh.. bole plak macam tu, sukati saya lah). Last-last kami terpaksa belikan beras jer. Bukan sikit tau, satu guni. Harganya kalau tak silap aku dalam USD50, sila lah convert sendiri berapa harganya dalam  RM. Memandangkan bagi tujuan amal, aku tutup mata je lah walaupon sebenarnya hati tu berat jer.  

4. Sandal Tercabut Tapaknya

Kejadian berlaku di Tasik Tonle Sap. Selepas kami naik ke daratan semula selepas mengunjungi perkampungan terapung itu, aku rasa kaki aku macam berat sebelah. Setelah diperiksa, aku sedar bahawa tapak sandal yang aku pakai itu telah tercabut tapaknya, terkapai-kapai bila berjalan. Nak tak hendak, aku cabut terus tapak itu dan tinggalkan sahaja ia di Tasik Tonle Sap itu. Tetapi tidak lah pula aku membeli kasut baru sebagai ganti. Boleh pulak aku gunakan sandal itu sehingga balik ke KL semula. 

5. Matawang Kemboja Adalah Dollar Amerika

Bagi yang tak tahu, di Kemboja mereka lebih senang berurusniaga menggunakan Dollar Amerika. Oleh itu, barang-barang dan makanan di sana juga agak mahal. Jika kita beli sesuatu barang dan membayar menggunakan USD, ada kalanya mereka akan pulangkan bakinya menggunakan wang Riel Cambodia. Oleh yang demikian, kita tak tahu samada nilai baki yang kita terima itu adalah nilai yang sepatutnya. Dan kalau kita dah kumpul duit Riel banyak-banyak, ada kalanya peniaga taknak terima pulak. Oleh yang demikian, cuba tanya dahulu peniaga itu samada terima atau tidak wang Riel itu. Kalau mereka terima, mereka akan berikan harga dalam Riel yang jumlahnya akan menjadi beribu-ribu. Congaklah sendiri kalau anda bijak matematik untuk tukaran wangnya. (Ini bukan kenangan pahit, sekadar berkongsi tips. Berhati-hati semasa berjual beli)

6. Delayed Selama 3 Jam

Hari terakhir di Kemboja. Pesawat kami telah delayed sebanyak dua kali. Tak berapa nak ingat pukul berapa sepatutnya pesawat kami berlepas dari Siem Reap tetapi penerbangan kami telah di'delayed'kan kali pertama ke pukul 4.45 petang. Terpaksalah kami menunggu di ruang menunggu balai berlepas itu. Kemudian, penerbangan kami delayed sekali lagi ke pukul 6.00 petang. Nak mengeluh pon sudah tidak berguna lagi. Takde pulak penumpang yang marah-marah masa tu, kalau ada boleh gak join marah sekali. Disebabkan kelewatan itu, kami tiba di Kuala Lumpur pada pukul 9.00 malam.

7. Kehabisan Makan Dalam Penerbangan

Oleh kerana kelewatan selama tiga jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap itu, perut tiba-tiba terasa lapar. Kalau ikutkan jadualnya, memang kami tidak pre-order apa-apa makanan memandangkan penerbangannya hanya dua jam sahaja. Tetapi apabila telah delayed, perut pon terus lapar. Rata-rata penumpang di dalam pesawat itu membeli makanan kerana kelaparan sehingga terdengar berita yang makanan di dalam pesawat telah kehabisan, yang tinggal hanya mee segera sahaja. Sehingga pesawat hampir mendarat, Flight Attendant masih lagi sibuk bertugas untuk menyediakan makanan untuk penumpang. 

Tetapi nasib kami agak baik, entah macam mana kami telah diberikan Hot Seat, oleh itu kami akan dilayan dahulu oleh Flight Attendant yang bertugas. Makanya, kami dapat membeli makanan berat walaupon makanan yang aku dapat itu adalah yang terakhir.


'There's no place like home but that's no reason to stay'

  • 6 Comments

Pada minggu lepas kakak aku telah menjemput aku ke rumahnya pada hari Ahad untuk meraikan majlis hari lahir anak bongsunya. Majlis secara kecil-kecilan, cuma ahli keluarga kakak aku tu dan aku sahaja. Tak bole nak buat besar-besaran takut nanti pak polisi juga akan turut serta tanpa diundang.

Terfikir-fikir apa yang aku nak bawak. Walaupon ke rumah kakak sendiri, malu pulak kalau datang bawak perut sahaja. Pada mulanya, aku nak buat dan bawa Agar-Agar Santan Gula Merah sahaja, bahan-bahannya pon dah ada dalam stok di rumah. Kemudian, teringat plak yang sahabat ada mengajak aku membuat karipap tak berapa lama dulu, makanya aku putuskan untuk membuat karipap sahaja. Aku terus mengajak sahabat dan beliau bersetuju. Oleh yang demikian, pada malam Khamis itu, kami memulakan projek karipap kami.

Karipap Kentang, hasil usaha aku dan sahabat. Isi penuh, 
bukan karipap oksigen. Kalau berniaga mesti laku ni.

Resepi karipap ini adalah resepi turun temurun bapa kepada sahabat. Diturunkan kepada ibu sahabat dan kemudian diturunkan pula kepada sahabat dan isterinya. Kemudian diturunkan kepada aku pula. Pada hari Khamis malam Jumaat itu, kami bergotong royong menyediakan intinya.

Oleh kerana resepi ini resepi turun temurun, makan tiada rekod bertulis mengenai resepinya. Semuanya diturunkan secara praktikal dan menggunakan konsep 'agak-agak'.

Bahan-bahan untuk intinya

1. Ubi kentang (agak-agak kami gunakan dalam 4 kilo)

2. Bawang besar (agak-agak kami gunakan dalam 5 biji)

3. Bawang putih (agak-agak kami gunakan dalam 5 - 8 ulas)

4. Serbuk kari (agak-agak dalam 1 peket 250g)

5. Ikan bilis (agak-agak dalam 1 genggam)

6. Garam (agak-agak secukup rasa)

7. Gula (agak-agak secukup rasa)

8. Pak Aji (agak-agak secukup rasa)

9. Daun sup (agak-agak dalam 4 - 5 pokok)

Cara-cara membuat intinya

1. Ubi kentang dikupas kulitnya dan dipotong dadu. Tidak terlalu besar dan tidak terlampau kecil. Kalau besar takut lambat pulak empuknya dan kalau kecik sangat takut pula hancur nanti bila di masak. Basuh dan toskan airnya. 

2. Bawang merah, bawang putih dan ikan bilis dikisar menggunakan blender. Nak guna lesung batu atau batu giling pon boleh.

3. Tumiskan bahan-bahan kisar tadi sehingga naik bau. 

4. Masukkan serbuk kari yang telah dicampur air ke dalam bahan tumisan tadi dan tumis sehingga pecah minyak.

5. Masukkan pula ubi kentang dan masak sehingga kentang menjadi empuk dan bahan-bahan tadi menjadi sedikit kering. 

6. Masukkan garam, gula dan Pak Aji secukup rasa dan masakkan lagi sehingga kering.

7. Apabila kentang telah empuk dan kering, boleh masukkan daun sup dan kacau sebati.

8. Siap.

Bahan-bahan inti yang sedang dimasak menggunakan kuali
Tefal baru yang dibeli di JPO sebelum PKPB diisytiharkan dahulu.

Kentang akan mengeluarkan air yang banyak, makanya tak perlu
tambah air lagi. Masak sehingga kering airnya itu

Inti karipap yang siapm di masak. Pada mulanya, rasanya agak kurang,
tapi bila dah buat karipap, boleh tahan sedap jugak

Malam itu, kami hanya membuat intinya sahaja. Sudah terlalu lewat dan penat untuk meneruskan projek itu. Kita tidur dulu, sambung esok sahaja.

Keesokan harinya, kami bergotong-royong lagi untuk membuat kulit karipap dan menyiapkan karipapnya.

Bahan-bahan untuk kulitnya

1. 1 kilo tepung gandum

2. Garam secukup rasa

3. Minyak masak (agak-agak dalam 3 senduk)

4. Air secukupnya

Cara-cara membuat kulitnya

1. Panaskan minyak masak.

2. Sediakan tepung gandum dan garam. Gaul sebati.

3. Tuangkan minyak masak yang masih panas sedikit demi sedikit dan gaul rata. Gaul dengan berhati-hati kerana minyak itu panas.

4. Tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang sempurna.

Simple doh yang sedia untuk dicanai. Terlebih air sikit doh ni.

Setelah siap, boleh lah mula untuk assemble karipap tersebut. Tugas aku adalah mencanai doh untuk mendapatkan ketebalan sekata yang dikehendaki. Doh yang dicanai hendaklah tidak terlalu tebal (lambat nak masak nanti) dan tidak terlalu nipis (takut karipap meletup di dalam kuali). Sahabat pula menjalankan tugas-tugas menyediakan karipap itu, kerana beliau lebih pakar dalam tugas-tugas kelim tepi karipap itu.

Karipap yang telah siap. Cantik sahabat yang mengelim tepi 
karipap tu.

Untuk 4 kilo kentang itu, sepatutnya memerlukan 2 kilo tepung gandum. Oleh kerana kami buat 1 kilo sahaja, maka ada inti yang berlebihan. Boleh freeze kan sahaja inti itu untuk membuat karipap di lain kali.

Walaupun karipap yang kami hasilkan ini ada kurang sedikit dari segi rasa, tapi bagi aku ia tetap sedap. 

Sedang digoreng

Sedia untuk dimakan untuk minum petang hari berikutnya.

Sekarang baru lah aku sedar betapa susah dan lecehnya membuat karipap ini. Oleh yang demikian, jangan kita mengeluh kalau makcik-makcik jual kuih di luar sana menjual dengan harga yang mahal. Sesungguhnya memang tidak berbaloi untung yang dapat dengan tenaga yang dikeluarkan untuk menyediakan kuih-kuih itu.

  • 4 Comments

Awal bulan ini, abang aku telah membuat video call kepada semua adik-adiknya dan menyampaikan sebuah khabar buruk. Dalam keadaan tenang dan masih mampu tersenyum dia mengatakan bahawa rumah ayah yang telah lama ditinggalkan telah diceroboh dan telah berlaku kecurian. Rumah itu memang telah lama ditinggalkan setelah ayah tidak lagi sihat untuk tinggal di situ. Adik beradik yang lain juga tidak lagi tinggal di situ dan masing-masing telah mempunyai rumah sendiri.

Permandangan hadapan rumah suatu ketika dahulu

Rumah itu yang seusia aku itu juga telah uzur dan banyak yang rosak dan memerlukan perhatian. Ini adalah sebab mengapa rumah itu ditinggalkan sepi tidak berpenghuni. Hendak disewakan kepada orang pon rasa macam tak sampai hati kerana keadaannya. Pernah juga aku mengutarakan cadangan aku untuk memohon pinjaman kerajaan untuk membuat rumah (aku tak ingat apa nama program ni) tetapi cadangan aku itu dipandang sepi oleh adik-beradik yang lain. Dan akhirnya cadangan aku itu dilupakan begitu sahaja. 

Dalam kejadian yang tidak tahu bila kejadiannya itu, keadaan dalam rumah sangat bersepah dari bahagian dapur sehingga ke bahagian ruang tamu dan semua bilik. Point of entry penceroboh adalah melalui pintu belakang kerana terdapat tanda-tanda rosak pada tombol pintu itu. 

Point of entry si pencuri. Pintu belakang yang agak tersorok 
dari pandangan umum.

Oleh kerana PKPB masih lagi berkuatkuasa di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur, kami adik-beradik masih lagi tidak dapat pulang ke rumah itu untuk memastikan barangan yang hilang. Mengikut pengamatan abang yang berada di rumah ketika itu, hanya sebuah set radio dan kamera lama yang agak retro yang telah hilang. Kalau dijual pada pembeli yang betul aku agak harganya tentu lumayan. Barang lain yang hilang masih tidak dapat dipastikan. Yang pasti si pencuri itu nampaknye mencari barang-barang yang mudah di bawa keluar, kerana Smart TV aku yang berjenama Samsung bersaiz 45 inci itu tidak diambilnya. Mungkin selepas tamatnya PKPB nanti, kami akan berkumpul untuk membersihkan rumah itu dan mengenalpasti barang-barang yang hilang.

Keadaan bilik no. 3 setelah digeledah si pencuri

Keadaan bilik belakang. Set radio lama yang agak retro sudah hilang

Keadaan bilik no. 2. Paling teruk kene geledah

Keadaan bilik utama. Habis semua baju-baju dalam almari tu
dia geledah

Ruang tamu

Beberapa langkah telah diambil oleh abang untuk mencegah perkara ini berlaku seperti sentiasa menyalakan lampu dalam rumah dan membenarkan jiran rumah depan memakirkan kenderaannya di dalam kawasan rumah itu. Disamping itu, abang juga telah meminta bantuan jiran depan rumah itu untuk memerhatikan keadaan rumah itu. Tetapi bak kata orang, perkara dah nak jadi. 

Abang juga telah membuat laporan polis dan pihak polis juga telah datang ke rumah untuk melakukan pemeriksaan. Maklumbalas dari pihak polis juga telah diterima yang memaklumkan bahawa pihak polis tidak menjumpai apa-apa petunjuk yang membolehkan siasatan lanjut dilakukan. Walau bagaimanapun, laporan kami itu akan diambil perhatian dan rondaan akan dibuat di kawasan perubahan itu dari masa ke semasa. Abang juga tidak luma memaklumkan kepada Ketua Kampung mengenai kejadian itu agar penduduk lain lebih berwaspada.

Apa-apa pon aku tetap bersyukur kerana tiada perkara yang lebih buruk berlaku. Jumlah kerugian aku rasa tidak lah begitu banyak kerana pada pendapat aku tiada barang berharga yang ditinggalkan di rumah itu. Tapi kalau si perompak itu merompak style Kassim Baba, mau kaya gak penyamun tu.


  • 14 Comments

Musim-musim PKP ni takde aktiviti lain dah yang boleh dilakukan. Bekerja dari rumah pon macam nak tak hendak jer, ikut mood, kalau nak buat kerja kita buat kalau tak kita tenung je lah laptop tu dengan harapan takde keje yang masuk.

Sorry la ye, posting kali ni pon pasal masakan. Itu je lah yang boleh dibuat di rumah time-time macam ni. Lagi pon aku ni bukan pandai memasak pon, tapi kalau menjadi masakan yang aku buat tu, gembira sungguh rasanya, bangga rasa hati ni.

Beberapa minggu lepas (19 Oktober 2020) aku telah mencuba satu lagi resepi baru yang aku tak pernah cuba. Kali ini aku mencuba pula buat Ayam Panggang ala Kenny Rogers. Resepi untuk Ayam Panggang Ala Kenny Rogers ni aku dapat dari website rasa.my.

Walau bagaimanapun, Ayam Panggang Ala Kenny Rogers aku tu telah menjadi Ayam Panggang Ala Negro. Kenapa? Sila scroll sampai abis. Di sini aku nak sharekan resepi Ayam Panggang Ala Negro aku tu kepada sesiapa yang berminat untuk mencubanya.

Bahan-bahan

1 ekor ayam - dipotong 4 bahagian (tapi aku gunakan ayam bahagian thigh sahaja)

Bahan-bahan A (dikisar)

2 biji bawang besar

4 ulas bawang putih

1 inci halia

1 kiub ayam Knorr

2 sudu serbuk lada hitam

1 senduk kecil sos black pepper

1 sudu teh garam

1 sudu makan gula

100ml air

Bahan-bahan B

2 sudu madu

2 sudu minyak zaitun

2 sudu mixed herbs @ daun oregano (aku masukkan kedua-duamya)

Cara-cara

Campurkan semua Bahan-bahan A dan Bahan-bahan B dan lumurkan pada ayam anda. Balut bekas dengan plastic wrap dan perap selama 1 atau 2 jam di dalam chiller. Kalau perap lebih lama adalah lebih baik dan lebih sedap.

Bakar dalam ketuhar pada suhu 220 darjah selama 1 jam atau sehingga masak.

Setelah masak, bolehlah dinikmati bersama dengan orang yang tersayang.

Aku perap ayam ni hampir 24 jam. Kerana ingatkan nak masak untuk lunch keesokkan hari nya, 
tapi tiba-tiba terpaksa ke hospital, makanya aku masak untuk dinner keesokkan harinya.

Oleh kerana terlalu mengikut arahan tanpa mengikut budi bicara, Ayam Panggang Ala Kenny Rogers aku tu transform menjadi Ayam Panggang Ala Negro.  Hahaha...

Ayam Panggang Ala Negro. Apa kata anda?

Bak kata bidalan, hitam itu menawan dan don't judge book by it's cover. Walau pon diluarnya boleh dikatakan rentung, tetapi isi di dalamnya cantik, moist dan juicy. Sedap pada tekak aku. Cume kulitnya tu yang pahit nak mampos dan tak boleh dimakan. Apa-apa pon aku kategorikan masakan aku ni separa berjaya. Boleh cuba lagi, #dongibab

Oleh kerana tidak berpuas hati dengan hasil masakan tempoh hari, aku mencuba sekali lagi resepi Ayam Panggang ini dengan menggunakan resepi yang sama. Aku membakar dengan suhu yang sedikit rendah iaitu pada suhu 200 darjah selama 30 minit dan aku rendahkan lagi kepada 180 darjah dan sambung membakar selama 30 minit lagi. Hasilnya tidak mengecewakan..

Kali ini ayam diperap selama lebih kurang 12 jam sahaja.

Ayam yang telah sedia untuk dibakar. Aku kurangkan suhu oven ke 200 darjah
dan bakar selama 30 minit. Kemudian suhu diturunkan lagi ke 180 darjah
dan sambung bakar selama 30 minit lagi atau sehingga masak. Aku tak mahu
jadi negro lagi ayam aku kali ni. Hehehe...

Dalam menunggu ayam tu masak, aku cuba pula resepi untuk membuat Black Pepper Sauce. Resepi ni pulak aku dari dari laman web bidadari.my. Kepada sesiapa yang nak mencuba Black Pepper Sauce Bidadari ni, aku sharekan resepinya di sini.

Bahan-bahan

500ml susu segar (oleh kerana bekalan susu segar aku dah expired, aku mintak dari jiran, sib baek dia ade, malas tol nak turun pi beli kat kedai)

4 hingga 5 sudu butter

2 sudu tepung gandum

3 biji tomato dipotong dadu (aku guna 2 biji jer)

2 biji bawang besar dipotong dadu (aku guna bawang Holland)

3 hingga 4 sudu lada hitam

3 sudu kicap manis

Chicken stock atau kiub daging (aku tak letak)

Cara-Cara

Panaskan butter kemudian masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati

Masukkan tomato dan bawang dan kacau sehingga sebati

Masukkan susu dan lada hitam kemudian kicap manis

Masukkan garam, chicken stock atau kiub daging mengikut citarasa masing-masing

Kacau sehingga sebati dan kisar untuk mendapatkan tekstur yang lebih halus

Siap, bolehlah dihidangkan bersama ayam panggang nanti. Nak makan dengan benda lain pon boleh. Tiada masalah.

Bahan-bahan untuk Balck Pepper Sauce yang sedia untuk dikisar.

Hasil hari ini. Nampak lebih baik dari sebelumnya.

Hidangkan dalam pinggan dan dimakan bersama Sos Lada Hitam dan salad. 
Nampak menyelerakan untuk makan tengahari hari itu.

Alhamdulillah, menjadi juga ayam panggang aku kali ini. Lebih baik dari sebelumnya dan rasanya tetap sedap. Kepada yang ingin mencuba, silakan dan good luck.

  • 16 Comments

Hari pertama PKPB diisytiharkan di seluruh Selangor beberapa minggu lalu, aku memang tidak bersedia. Oleh itu, untuk makan hari itu aku hanya order sahaja di Grabfood dan Food Panda memandangkan aku memang tidak membuat apa-apa pembelian panik sebelum itu. Oleh kerana itu, aku telah membelanjakan lebih RM30 untuk makan tengahari dan makam malam hari itu. Tersentak dengan itu, aku mula berfikir, kalau sehari RM30, seminggu sudah RM210, sebulan akan jadi berapa pulak, malas aku nak kira. Kalau di pejabat, selalunya aku akan berbelanja paling banyak pon RM10 untuk makan pagi dan tengahari, kadang-kadang terlebih ada kalanya terkurang.

Kalau macam ni hari-hari sepanjang PKPB ini, mau cepat kering poket aku nanti, dah la tak dapat BPN, hahaha. Keesokan harinya aku mengajak seorang sahabat untuk teman aku membeli barang-barang dapur untuk dijadikan lauk pauk untuk hari-hari mendatang. Ambik itu ambik ini, jumlah kerugian aku hari tu sebanyak RM120++. 

Pikir-pikir nak masak apa untuk perut sendiri. Tekak teringin nak makan ikan bakar. Seperti biasa aku mencari resepi ikan bakar di FB dan IG. Kalau boleh nak resepi yang senang-senang jer. And then aku terjumpa resepi Ikan Bakar Portugis, macam best jer ni kata hatiku. Aku pon survey lagi untuk mencari resepi Ikan Bakar Portugis yang senang dan akhirnya aku jumpe di Youtube. Sesiapa yang berminat boleh lah ke youtube channel ini, Geng Makan. 

Di sini aku nak sharekan resepinya.

Bahan-bahan.

2 ekor ikan cencaru yang dibelah tengah (aku guna ikan merah. Satu potong RM18.00, mahal giler)
1/3 cawan air asam jawa
1/4 cawan minyak masak
1 sudu makan gula
Daun kesum (aku tak letak, daun kesum pon aku tak kenal)
Daun limau purut
Bacang bendi (yang ni aku tak letak, pasal tak suke bendi)
Garam secukup rasa
Serbuk perasa (aku tak letak)
Pembalut aluminium

Bahan-bahan kisar

1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci belacan yang telah dibakar
1 genggam cili kering direbus (aku rendam dengan air panas jer)
1 inci lengkuas
1 batang serai
Air secukupnya.

Cara-caranya

Kisarkan bahan-bahan kisar yang tersebut di atas sehingga cantik kejadiannya.

Kemudian tumiskan bahan kisar tersebut sehingga pecah minyak.

Masukkan air asam jawa, gula, garam dan serbuk perasa mengikut citarasa masing-masing dan tumiskan sehingga masak.

Setelah masak, lumurkan bahan-bahan tersebut kepada ikan. Boleh letakkan bahan-bahan lain yang disukai seperti daun kesum, daun limau purut dan bendi. Dalam kes aku, aku letakkan petai.

Bakar di dalam oven pada suhu 180 darjah selama 15 minit atau sehingga ikan itu masak.

Setelah masak, boleh lah dihidangkan.


Bahan-bahan kisar yang telah dilumurkan ke atas ikan.
Aku taburkan sedikit petai, malangnya petai tu macam tak fresh jer.

Tutup kemas setiap sisi aluminium foil itu agar bahan-bahan yang dilumurkan ka atas 
ikan itu tidak terkeluar. Sedia untuk dibakar di dalam oven.

Hasilnya. Cantik kejadiannya. Jemput makam semua.

Alhamdulillah, menjadi Ikan Bakar Portugis aku tu walaupon rasanya tidak seperti Ikan-ikan Bakar Portugis yang aku pernak rasa. Sekurang-kurangnya sedap jugak bagi aku. Habis juga tiada pembaziran. Next time boleh cuba lagi. Cume, ikan tu agak tawar pasal terlupa nak letak garam. Hahaha.... apa-apa pon, mantapp...

Kepada yang berminat, boleh lah mencuba resepi ini.

  • 10 Comments

Awal bulan ini, sewaktu aku sedang berbosan-bosan keseorangan tanpa berteman di rumah, aku pun terajin nak cuba buat satu cookies yang aku jumpa resepinya di IG. Sebenarnya, bahan-bahan untuk membuat cookies ini semuanya sudah ada cuma aku perlukan butter sahaja. Bila butter sudah dibeli, kita  menunggu pula mood untuk membuatnya datang. Kalau takde mood, memang tak buat lah jawabnya. 

Cornflakes Crunchy Chocolate Chips Cookies yang enak.

Berikut adalah resepi untuk Cornflakes Crunchy Chocolate Chips Cookies kepada sesiapa yang berminat. Aku dapat resepinya dari IG resepiorangkita. Boleh lawat IG tersebut untuk lebih banyak resepi.

Bahan-Bahan

250g Buttercup atau Planta yang mana suka (aku gunakan brand Emborg sahaja pasal dia tengah murah masa tu).

1 cawan gula aising (aku guna gula biasa ajer, boleh kurangkan sebab cookies tu agak manis pada taste aku)

1 sudu kecil esen vanilla

3/4 cawan tepung jagung

2 cawan tepung gandum

Cornflakes (terpulang la nak guna brand ape, aku guna yang beli kat kedai bakery jer, itu pon lebihan hari raya dulu)

Chocolate chips (ni aku tak masuk pasal masa tu aku terkonfius antara chocolate chips dengan chocolate rice)

Chocolate rice (optional, tapi aku letak, pasal ada dalam stok, lebihan raya dulu)

Almond cincang (optional juga dan aku letak pasal ada dalam stok, lebihan raya jugak ni)

Cara-Cara

Kacau sebati butter, gula aising dan esen vanilla. Guna tenaga diri sendiri, tak perlu kacau sampai kembang.

Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati. Resepi ni kata tak payah ayak tepung tu pon takpe, tapi aku ayak gak sebab terlebih rajin dan sebab ada pengayak baru. Bila dah sebati adunan ni akan lembik sedikit, makanya jangan panik.

Kemudian boleh lah masukkan cornflakes yang telah dihancurkan dengan cara meramas-ramas sahaja, chocolate chips, chocolate rice, almond dan apa-apa bahan lain yang disukai anda.

Sudukan adunan ke atas loyang yang telah disapu butter/planta. Aku guna baking paper jer sebab malas nak basuh loyang tu nanti. Nak guna style cubit-cubit pon boleh ikut kekrevitian masing-masing. Lepas tu kalau korang nak golek-golekkan aduan tu dalam lebihan cornflakes yang telah diramas-ramas itu pon bisa. Tiada masalah.

Cookies sebelum dimasukkan ke dalam oven. Pastikan penjarakkan
sosial antara cookies itu mematuhi SOP

Cookies yang baru dikeluarkan dari oven. Takdelah kembang 
sangat cookies dia sebenarnya.

Pastikan penjarakan sosial antara adunan tersebut dipatuhi sebab aduan itu akan kembang sedikit.

Kemudian masukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 20 minit atau sehingga masak. Api atas bawah katanya.

Bila dah confident masak, boleh dikeluarkan. Biarkan di atas loyang sehingga sejuk. Lepas dikeluarkan dari oven, biskut ni agak lembik, bila dah sejuk baru ia mengeras.

Sebelum makan, jangan lupa baca Bismillah.

Selamat mencuba, anda mampu melakukannya.

  • 10 Comments

Semua orang berdoa untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Sama seperti kebanyakkan orang diluar sana, aku juga sering berdoa agar dikurniakan kesihatan yang baik. Walau bagaimanapun, berdoa sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkan kesihatan yang baik itu tidaklah berguna. Maka tak perlulah kita berdoa kalau macam tu. 

Kali terakhir aku berusaha je arah kesihatan dan cara hidup yang lebih baik adalah lebih kurang dua bulan sebelum ke aku Korea pada tahun lepas. Di mana pada masa itu, boleh dikatakan aku amat komited untuk mendapatkan berat badan unggul. Maka aku pon berusaha mengamalkan diet sihat dengan mengawal pemakanan dan juga membuat beberapa senaman ringan. Keputusannya, aku berjaya menurutkan berat badan hampir empat kilogram. Alhamdulillah. 

Malangnya, selepas kembali ke tanah air yang tercinta, habis punah program diet aku. Aku kembali makan apa yang aku hendak mengikut selera. Selera pulak menjadi-jadi masa tu. Senaman memang tak buat dah. Sehingga berat badan aku kembali ke berat asal mungkin lebih. Takut nak timbang masa tu.. hahaha.

Nampak sedap burger ni kan. Cobaannnn.... (gambar google)

Tersentak dengan berat badan yang sudah berlebihan itu, aku sekali lagi berusaha untuk mengamalkan cara hidup yang sihat. Kali ini aku lebih komited. Sehingga ke hari ini, sudah masuk bulan kedua aku mengamalkan pemakanan dan diet secara sihat. Aku tidak mengambil apa-apa produk pelangsing atau pil menurunkan berat badan malah apa-apa jua bentuk supplement lain. Apa yang aku amalkan hanya pemakanan yang seimbang dan mengurangkan pengambilan karbohidrat, gula dan makanan yang berminyak. Kadang-kadang ada juga tercheat day, macam semalam, aku termakan McD.

Sebelum ini selalunya on weekdays, aku akan bersarapan pagi dengan mengambil sama ada nasi goreng, mee goreng atau bihun goreng bersama dengan telur goreng atau telur rebus sambal. Kadang-kadang aku akan ambil nasi lemak juga. Kadang-kadang siap beli kuih lagi. Untuk tengahari pula, aku akan makan nasi, beserta lauk utama samada ayam atau ikan, satu jenis sayur dan satu lauk lain. Malam pula aku akan makan nasi sekali lagi dan selalunya nasi goreng. Aku akan makan lebih banyak on weekend. Ermmm....

Sejak mengamalkan pemakanan sihat ni, untuk sarapan pagi aku akan mengambil overnight oats dengan buah pisang (selalunya), dan aku akan selang-selikan dengan roti wholemeal bersama telur rebus. Untuk makan tengahari, aku akan mengambil nasi, bersama lauk utama samada ikan atau ayam, sayur dan lauk sampingan lain. Sebelum ini, kalau amik nasi selalunya aku akan amik satu bungkus penuh, kemudian aku kurang kepada 1/2 bungkus dan sekarang aku sudah boleh ambil 1/4 bungkus sahaja. Lauk utama pula aku akan amik yang kurang berminyak dan kurang berlemak. Sebelum ini aku memang suka sangat kari dan masak lemak, sekarang, rasanya dah lama aku tak ambil kari dan juga masak lemak itu. Untuk cukupkan satu bungkusan itu, aku akan ambil banyak sayuran, selalunya sayur kobis lah sebab itu jer yang ada kat sini (asik-asik kobis, asik-asik kobis, takde sayur lain ke diaorang ni). Malam pula aku akan makan yang paling minima. Selalunya aku akan ambil buah-buahan sahaja atau minum susu Omaega Plus secawan. Aku juga sudah meminimakan pengambilan gula tambahan atau sebarang makanan atau minuman manis. Aku cuba untuk mengambil minuman yang manis sekurang-kurangnya 1 atau 2 kali seminggu sahaja. 

Aku juga menggunakan applikasi MyFitnessPal oleh Under Armour untuk aku menghitung jumlah pengambilan kalori setiap hari. Sebagai seorang lelaki dewasa seperti aku, jumlah kalori yang disyorkan setiap hari adalah sebanyak lebih kurang 2,200cal/day. Untuk menurunkan berat badan yang telah disasarkan, pengambilan kalori yang disarankan oleh apps itu untuk aku adalah sebanyak 1,500cal/day dan aku boleh mencapai berat badan yang aku sasarkan itu dalam tempoh lima hingga enam bulan. Untuk mencapai sasaran itu, pengambilan kalori aku setiap hari aku tetapkan pada kadar lebih kurang 1,200cal sahaja. Aku juga cuba untuk meminimakan cheat day aku. Aku penah terbaca somewhere, semasa kita sedang diet, kita boleh sahaja untuk makan burger McD, tapi pastikan jumlah kalori harian kira adalah pada kadar yang telah kita sasarkan. Ini yang aku amalkan.

Applikasi MyFitnessPal by Under Armour
Boleh mengira dan merekod pemakanan 
kita setiap hari

Aku juga sekarang sedang mengamalkan senaman ringan dan senaman yang aku jalankan hanyalah brisk walking. Untuk orang macam aku dengan lemak berlebihan, senaman berjalan kaki ada yang terbaik dengan risiko untuk mendapat kecederaan yang rendah. Sekurang-kurangnya enam kali seminggu aku akan brisk walking di taman-taman berhampiran kediaman aku. Pada mulanya, setakat 3km hingga 4km sahaja dan sehingga hari ini, jarak paling jauh aku pernah brisk walking adalah sejauh hampir 9km. Walau bagaimanapun, memandangkan PKPP sedang dijalankan di Selangor, maka aktiviti brisk walking aku tidak dapat dilakukan. Aku perlu mencari alternatif senaman lain agar program aku ni tidak terjejas.

Untuk aktiviti brisk walking ini, aku menggunakan applikasi MapMyWalk by Under Armour. Apps ini akan mencatat dan menyimpan rekod jarak, masa, kelajuan, purata kelajuan dan jumlah kalori yang dibakar untuk aktiviti yang dilakukan samada berjalan, berlari atau berbasikal. Ia juga merekod dan menyimpan data laluan aktiviti yang kita lakukan itu. 

Applikasi MapMyWalk. Mengira dan merekod aktiviti 
riadah kita setiap hari. Yang best nye boleh tengok
map perjalanan kita sepanjang aktiviti itu

Ini rekod aktiviti brisk walking aku yang terakhir sebelum
Selangor dan Putrajaya dikenakan PKPB. Berjalan dari
Cyberjaya ke Putrajaya

Sehingga ke hari ini, Alhamdulillah sehingga ke hari ini nampaknya usaha aku membuahkan hasil. Doakan semoga aku terus komited dan istikomah untuk meneruskan usaha ini. Wiah me luck guys...

  • 6 Comments

Selama aku travel ke beberapa destinasi antarabangsa ni, jujur aku katakan yang aku tidak pernah mengambil travel insurance. Bukannya sebab aku ni jenis berani mati atau hati kering, tetapi sebenarnya aku tak tahu pon wujudnya travel insurance ni ketika aku mula-mula belajar travel dulu. Tambahan pula aku hanya ke destinasi yang dekat-dekat jer sekitar Asia Tenggara, maka aku fikir, tak mengapa lah. 

Aku mula membeli travel insurance untuk melindungi diri aku sejak aku ke Tokyo, Jepun pada tahun 2017. Masa itu aku hanya menggunakan polisi insuran yang ditawarkan di jabatan aku, maka ianya percuma sahaja dan coverage dia aku tak berapa pasti sebab takde lah nak baca sangat polisinya. Aku terlintas untuk mendapatkan travel insurance semasa ke Jepun adalah kerana aku akan berada di Jepun bagi tempoh 7 hari dan aku akan menggunakan kenderaan awam. Tambahan lagi, perancangan perjalanan ke Jepun itu dirancang sendiri dan aku tidak menggunakan apa-apa khidmat travel agency. Tambahan lagi, aku mula terbaca kisah-kisah traveller yang ditimpa kesusahan semasa berada di luar negara. Belanja terutamanya belanja perubatan di luar negara adalah sangat mahal bagi orang-orang asing.

Untuk perjalanan ke Korea Selatan pada 2019, sekali lagi perancangan perjalanannya dirancang sendiri oleh kami dan kami tidak menggunakan khidmat mana-mana travel agency.  Untuk travel kali ini aku telah mendapatkan perkhidmatan travel insurance dari Etiqa. Aku telah memilih plan Trip Care 360 pada kadar premium RM48.70. Apa yang menarik tentang plan ini adalah faedah Cashless Overseas Medical Care yang diberikan yang mana ia bermaksud semua perbelanjaan perubatan yang berlaku di luar negara itu akan ditanggung oleh pihak syarikat penanggung dan kita tidak perlu membayar dahulu kemudian claim dengan syarikat insuran. Jika sebarang musibah berlaku, kita hanya perlu call Etiqa Travel and Medical Assistance Helpline yang dibuka 24 jam sehari, dan pihak Etiqa akan menguruskan semuanya.

Tidak banyak syarikat insuran yang aku survey yang menawarkan faedah seperti ini. Kebanyakannya, menawarkan pembayar balik sebarang tuntutan yang dibuat. Ini bermakna, jika sebarang musibah berlaku ke atas diri kita di luar negara, kita perlu membayar dahulu perbelanjaan perubatan tersebut, dan membuat tuntutan semula perbelanjaan tersebut. Kalau dalam RM100 - RM200 mungkin boleh didahulukan, kalau kene RM10,000, mana nak cari duit masa tu. Takkan nak menjual tubuh plak, hahaha...

Bagasi aku setibanya di Incheon International Airport

Alhamdulillah, tiada apa-apa musibah yang berlaku kepada aku dan juga sahabat-sahabat aku sepanjang kami di Korea. Malangnya, setibanya aku di KLIA2, sahabat menyedari yang bagasi aku telah mengalami kerosakkan. Satu dari empat rodanya telah hilang dan bahagian roda itu juga telah terkopak. Memandangkan travel insurance yang aku beli juga melindungi kerosakkan dan kehilangan harta, maka ianya boleh dituntut dari syarikat insuran tersebut.

Bagasi aku yang mengalami kerosakkan setibanya di KLIA2

Sebelum membuat tuntutan, kita perlu mendapatkan laporan dari pihak penerbangan. Kalau anda naik Air Asia seperti aku, kena mendapatkan laporan dari pihak Air Asia. Untuk KLIA2 dan Air Asia, laporan boleh dibuat di Pejabat Lost and Found (MLO) di lantai Ketibaan berhampiran bahagian Tuntutan Bagasi. Pejabat ini terletak berhampiran conveyor belt No. 10 (atau J, kalau tak silap). Setelah laporan dibuat, pihak Air Asia akan mengeluarkan Property Irregularity Report dan laporan ini perlu dihantar kepada syarikat insuran semasa membuat tuntutan. Jika bernasib baik seperti aku, pihak Air Asia akan bermurah hati untuk memberikan sebuah bagasi sebagai ganti kepada bagasi yang rosak itu. Tetapi dengarnya, jika kita ambil beg itu maka kita tidak boleh membuat tuntutan insuran dan laporan juga tidak akan dikeluarkan. Macam kes aku, pegawai tu siap cakap, 'Encik ambil jer beg ni kemudian buatlah tuntutan insuran'. Terima kasih aku ucapkan kepada dua orang pegawai yang bertugas ketika itu

Property Irregularity Report yang dikeluarkan.

Bagasi-bagasi yang dibawa pulang ke Malaya
1. Bagasi Hitam Besar adalah bagasi yang diberi oleh Air Asia sebagai ganti bagasi yang rosak itu
2. Bagasi Pepel adalah bagasi yang rosak itu
3. Bagasi Hitam Kecil adalah bagasi yang dibeli di Korea tatkala bagasi sedia ada ada
tidak mencukupi untuk memuatkan hasil tangkapan di Korea.
4. Bagpack Hitam pon penuh jugak untuk perjalanan pulang.

Untuk membuat tuntutan pula, pada mulanya aku menggunakan Live Chat dari website Etiqa untuk bertanya bagaimana untuk membuat tuntutan. Aku kemudiannya diberikan satu nambor telefon dan diminta untuk membuat tuntutan tersebut dengan menghantar laporan dan juga gambar bagasi yang rosak itu. Nanum, setelah 4 hari laporan dihantar melalui applikasi WhatsApps, dan hampir setiap hari juga aku menghantar peringatan, aku masih belum menerima apa-apa maklumbalas dari pihak Etiqa. Pada hari ke-5 barulah aku menerima jawapan dan pihak Etiqa telah meminta nombor akaun bank aku untuk tujuan pembayaran. Tiga hari kemudian aku mendapat message mengatakan bahawa tuntutan aku akan diproses oleh pihak Etiqa. 

Kemudian ......

Setelah dua minggu menunggu tanpa apa-apa makluman, aku menghantar message sekali lagi. Malangnya, nombor tersebut tidak lagi digunakan dan meminta aku untuk menghubungi satu nombor yang lain. Aku segera menghantar message kepada nombor yang baru itu, tetapi seakan mesin pulak yang menjawabnya, 'Type 1 for English, Balas 2 untuk Bahasa Malaysia'. Aku pon macam bodoh ikut lah arah mesin tu sehingga sampai ke satu ketika, mesin tu balas 'Maaf, kami tidak menerima sebarang jawapan. Sesi perbualan telah berakhir'... Ahh.. sialan, getus hatiku. 

Aku mencuba lagi. Sampai ke suatu ketika mesin tu menjawab, 'Terima kasih atas maklum balas anda. Waktu operasi kami adalah... blah.. blah.. blah..'. Aku yang dah sakit hati ni terus saja memaki, 'Apa status claim saya? Saya bukan nak tau waktu operasi'. Dengan serta merta, ada orang pulak yang menjawab dan memaklumkan bahawa tuntutan aku sekarang sedang dalam proses pembayaran. Dan pada 5 November 2019, setelah hampir sebulan menunggu dan berusaha, aku telah berjaya mendapat tuntutan ke atas kerosakan bagasi aku itu sebanyak RM700.00. 

Dalam marah-marah tu bahasa aku masih lagi berlapis. 
Sib baek dia jawab sebelum aku maki secukupnya.

Dalam kes tuntutan ini, aku rasa aku memang untung besar. Sebab apa? Pertama, berjaya menuntut sebanyak RM700.00. Kedua, aku juga telah mendapat sebuah bagasi baru untuk menggantikan bagasi aku yang rosak itu. Ketiga, bagasi aku yang rosak itu sebenarnya aku dapat free jer. Dan jumlah premium insuran yang aku bayar hanya RM48.70.

Jadi kepada sesiapa yang nak travel jauh selepas musim Covid19 ni, aku syorkan untuk ambil sahaja travel insurance ni. Tak mahal mana pon tapi perlindungannya amat berbaloi sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku.

Till then, travel safe, stay safe.

(disclaimer : jalan cerita ini dan cara tuntutan dari syarikat insuran tersebut adalah benar pada hari kejadian. Jika tidak sama sekarang, mungkin prosedurnya telah berubah)

  • 14 Comments

Search This Blog

About Me

My photo
afeezz
Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
'afeezz tu memang cukup indah untuk dicintai tapi cukup susah untuk dimiliki' - anonymous 2010
View my complete profile

Total Pageviews (since July 2008)

Follow Me

  • instagram
  • facebook
  • Twitter

My Followers (Thank You)

Blog Lists

  • Syazni Rahim Blog
    Apa Itu Google Search Console
    43 minutes ago
  • Blog Begins At Forty
    March 24, 2023
    3 hours ago
  • Aiman Abdullah
    Siaran Langsung Live Malaysia B-22 Merlion Cup 2023
    4 hours ago
  • CikCappuccinoLatte
    Menu Berbuka Khairulaming : Ayam Gepuk Sambal & Kicap
    5 hours ago
  • AMIE'S LITTLE KITCHEN
    Tiru Macam Saya!
    6 hours ago
  • Blog Sihatimerahjambu
    4 Menu Air Berbuka Puasa Khairul Aming 2023
    9 hours ago
  • As Samsudin
    Ramadan Kareem 1444H
    10 hours ago
  • ABAM KIE : Man of The House
    Kes remeh hingga bercerai
    12 hours ago
  • BLOG RABIA ADAWIYAH
    Hadiah untuk Raydah Blogger
    14 hours ago
  • Monolog Kakmim
    Throwback Thursday - 1 Ramadhan Zaman PKP
    1 day ago
  • KomenSen
    KENAPA SAYA DAH MALAS NAK PERGI HYPERMARKET?
    1 day ago
  • Bola Katok
    Review filem anime The First Slam Dunk.
    2 days ago
  • MRS.A my blog my stori
    Potluck Pra-Ramadhan 1444H
    3 days ago
  • AMMI
    Aku takut
    4 days ago
  • Warisan Petani
    'Yut' Hanyut Buat Selama-lamanya
    5 days ago
  • cikguzim
    Lancarkan kencing dengan air barli
    3 weeks ago
  • fairus.com
    Sehari di Pekan Baru, Riau, Indonesia
    4 weeks ago
  • SEMUT SENYUM
    Tenang Lubuk Jiwa
    5 weeks ago
  • SITI.YANG.MENAIP
    Happy New Year 2023 | SitiYangMenaip Masih Ada
    2 months ago
  • LADY LIKE ME !
    HAPPY 2023 !!
    2 months ago
  • ixa-rism
    One Hundred Nine One
    4 months ago
  • PESONA ETUZA
    Johor Kami Datang Dengan Hati Girang
    6 months ago
  • Tiga Lalat 2021
    NEW BLOG I AM
    6 months ago
  • Shida Radzuan Blog
    Susahnya untuk konsisten
    7 months ago
  • Adinda Baizura Mazlan
    Tenang. Kamu Mampu.
    7 months ago
  • ! acuyuhan
    Nineteen61 Cafe Kuantan
    1 year ago
  • Dunhill guy
    Handmade Design Phone Case
    1 year ago
Show 10 Show All

Blog Archive

  • ►  2023 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2022 (3)
    • ►  December (1)
    • ►  June (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2021 (77)
    • ►  December (7)
    • ►  November (8)
    • ►  October (7)
    • ►  September (8)
    • ►  August (6)
    • ►  July (7)
    • ►  June (5)
    • ►  May (8)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (5)
    • ►  January (4)
  • ▼  2020 (40)
    • ▼  December (5)
      • 941 : Catatan Terakhir 2020
      • 940 : Ambil Iktibar Atas Apa Yang Telah Berlaku (E...
      • 939 : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 28) - Ub...
      • 938 : Catatan Perjalanan - Siem Reap, Cambodia (Sa...
      • 937 : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 27) - Ka...
    • ►  November (3)
      • 936 : Ambil Iktibar Dengan Apa Yang Telah Berlaku ...
      • 935 : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 26) - Ay...
      • 934 : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 25) - Ik...
    • ►  October (5)
      • 933 : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 24) - Co...
      • 932 : Menuju Ke Arah Gaya Hidup Yang Lebih Sihat (...
      • 931 : Catatan Perjalanan - Seoul, Korea Selatan (E...
    • ►  September (4)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (1)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (36)
    • ►  December (3)
    • ►  November (3)
    • ►  October (4)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (2)
    • ►  March (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2018 (28)
    • ►  December (4)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (29)
    • ►  December (1)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (4)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (37)
    • ►  December (2)
    • ►  November (3)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2015 (50)
    • ►  December (6)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (6)
    • ►  August (4)
    • ►  July (4)
    • ►  June (4)
    • ►  May (3)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  February (6)
    • ►  January (3)
  • ►  2014 (50)
    • ►  December (3)
    • ►  November (4)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (4)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (1)
    • ►  March (4)
    • ►  February (5)
    • ►  January (5)
  • ►  2013 (106)
    • ►  December (6)
    • ►  November (7)
    • ►  October (6)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (10)
    • ►  June (9)
    • ►  May (10)
    • ►  April (10)
    • ►  March (10)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2012 (117)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (9)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (8)
    • ►  May (9)
    • ►  April (10)
    • ►  March (10)
    • ►  February (9)
    • ►  January (10)
  • ►  2011 (124)
    • ►  December (13)
    • ►  November (10)
    • ►  October (8)
    • ►  September (9)
    • ►  August (12)
    • ►  July (10)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (10)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (10)
  • ►  2010 (132)
    • ►  December (11)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (11)
    • ►  August (13)
    • ►  July (14)
    • ►  June (8)
    • ►  May (9)
    • ►  April (15)
    • ►  March (9)
    • ►  February (11)
    • ►  January (9)
  • ►  2009 (146)
    • ►  December (9)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (14)
    • ►  August (18)
    • ►  July (19)
    • ►  June (16)
    • ►  May (9)
    • ►  April (13)
    • ►  March (7)
    • ►  February (13)
    • ►  January (6)
  • ►  2008 (45)
    • ►  December (2)
    • ►  November (7)
    • ►  October (7)
    • ►  September (12)
    • ►  August (9)
    • ►  July (8)

My Travel Story - To Infinity and Beyond

  • 2008 : United Kingdom (1)
  • 2011 : Indonesia - Medan (8)
  • 2013 : Indonesia - Bandung (6)
  • 2014 : Singapura (2)
  • 2015 : Kemboja - Siem Reap (6)
  • 2016 : Thailand - Krabi (5)
  • 2017 : Jepun - Tokyo (10)
  • 2019 : Korea Selatan - Seoul (10)

My Travel Story - Malaysia

  • 2009 : Pulau Pinang (1)
  • 2011 : Kedah - Pulau Langkawi (4)
  • 2011 : Sabah - Kota Kinabalu (6)
  • 2012 : Road Trip 1.0 (3)
  • 2012 : Sarawak - Kuching (6)
  • 2013 : Road Trip 2.0 (3)
  • 2014 : Pulau Pinang (2)
  • 2015 : Kedah - Pulau Langkawi (4)
  • 2018 : Pahang - Cherating (3)
  • 2020 : Pahang - Cameron Highlands (2)
  • 2020 : Perak - Pulau Pangkor (3)

Top 5 Weekly Popular Posts

  • 1000 : Bila Lampu Brek Menyala Tak Padam-Padam
    Korang pernah ada pengalaman tak, bila lampu brek kereta korang termasuk lampu brek ketiga menyala tapi tak mahu padam? Macam ada satu entit...
  • 999 : Throwback Thursday - October 2021
    Pada hari ini (7 Oktober) pada tahun 2019, aku berjaya menjejakkan kaki ke Pulau Nami, Korea Selatan. Hujan turun membasahi bumi pada pagi ...
  • 1001 : Satu Ribu Satu Cerita Aku
    Perasan atau tidak, jumlah post di dalam blog aku yang tak seberapa ni sudah mencapai ke angka 1001 termasuk post ini. Tak pernah ku sangka ...
  • 812 : Big Home Expo 2017
    Poster Big Home Expo 2017 Big Home Expo 2017 telah diadakan dari 16 hingga 19 Februari 2017 bertempat di Stadium Bukit Jalil. Ini ada...
  • 813 : Wishing Myself A Happy Birthday (Episod 2)
    Tanggal 25 Februari yang lepas adalah hari ulang tahun kelahiran aku. Seperti tahun-tahun sebelumnya, pada tahun ni aku masih berusia 21 t...

Labels

Hanya Nak Cerita (298) Jalan-Jalan (145) Makan-Makan (90) Cuti - Cuti Malaysia (82) Ucapan Dari Hati (80) Hiburan (79) Saje Nak Tayang (73) Gambar (46) Cuti - Cuti Luar Negara (43) Masak Sendiri Makan Sendiri (35) Sukan (30) Kerja (26) Luahan Perasaan (24) Kerinduan (21) Takde Idea Nak Menulis (17) Famili (10) Pengetahuan Bersama (8) Wordless Wednesday (8) GiveAway (3)

Mereka Yang Rajin Memberi Komen

instagram

Template Created By : ThemeXpose . All Rights Reserved.

Back to top