994 : Golden Pothos Money Plant Dan Fiddle Leaf Fig Tree

Harap-harap ini menjadi yang terakhir. Cukuplah buat masa ni, next time kite tambah lagi untuk mencapai matlamat Projek Taman Dalam Rumah. Sejak-sejak aku beli Raksasa Sedap (Monstera Deliciosa) beberapa minggu lalu melalui Shopee, aku makin giat untuk surf pokok-pokok hidup yang diiklankan di Shopee. Ada beberapa yang aku berkenan dan terus simpan dalam Shopee Shopping Cart. Masa Shopee 9.9 tempoh hari, aku terus check-out dua spesis indoor plant yang aku dah lama berkenan. Dapatlah juga diskaun untuk pokok dan juga kos penghantaran. Tapi walaupon ada voucher Free Delivery With No Minimum Spend, tapi masih juga kene bayar delivery free sedikit, tipu jer Shopee kan...

Gambar Hiasan

Pada 11 September 2021 yang lepas, aku menerima pembelian aku. Seronoknya tak terhingga. Pokok dibungkus dengan baik dan pokok juga diterima dalam keadaan baik dan sihat walafiat. Aku beli dari penjual yang sama aku beli pokok Monstera tu. Delivery pon cepat.

Golden Pothos Money Plant

Besar juga pokok yang diterima. Harga selepas
diskaun pon berpatutan dan mampu milik.
Yang panjang-panjang tu nanti boleh potong dan
buat water propagation untuk mendapatkan
lebih banyak pokok.

Fiddle Leaf Fig Tree

Masa dapat pokok ni, alahai comelnye.
Sebab aku beli yang saiz S. Saiz lain dah out of stock,
cume yang ade saiz XL jer. Rugi plak tak amik yang Saiz XL.

Nak jaga pokok ini juga agak mudah. Melalui pembacaan aku di google dan youtube, pokok-pokok ini tidak memerlukan cahaya matahari terus. Cukuplah sekadar diletakkan di tepi-tepi tingkap yang boleh ditembusi cahaya matahari. Tidak memerlukan air yang banyak, sekadar boleh disiram seminggu sekali atau bila perlu. InsyaAllah, diharap pokok-pokok baru aku ni membesar bagai johan. Wish me luck guys.

(Gambar Hiasan) Harap-harap pokok Fiddle Leaf Fig aku
boleh membesar macam ni. Cantik kan..

(Gambar Hiasan) Diharap juga Golden Pothos aku boleh membesar
dan menjalar macam ni..

You Might Also Like

38 comments

  1. Wah! Menjadi petani moden skrg. Berbudi pada tanah pasti ada hasilnya. Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni tanam pokok hiasan jer abe kie, takde hasilnya. cume untuk kepuasan diri sendiri jer

      Delete
  2. Bagusnya suka ada pokok2 dlm rumah. Takde nyampuk ye?

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. untuk damaikan mata memandang.. duduk kat bandar ni susah nak nampak kehijauan alam..

      Delete
  4. Oooo... bila translate jadi Raksasa Sedap pulak? hahaha

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. saya pon baru-baru belajar beli dari shopee. skrg dah lengkap 2 dos bole la cari nurseri plak

      Delete
  6. beli kat nurseri lagi banyk pilihan abe. tp cantik la yg fiddle leaf fig tu kalau dah beso. ok nnt nak masukkan dlm pilihan untuk resort aku tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu abe, beli kat nurseri lagi puas hati bole tengok bole pegang2 dan banyak lagi pilihan. jom.. ajak aku kalau nak pegi beli untuk resort ko nanti. btw.. resort nanti kat mane? nak datang

      Delete
    2. still dalam perbincangan etc2 pasal resort tu. first mungkin beach resort first. tp skrg ni tengah belajar mix and match design dalam rumah. nak tengok kesesuaian konsep rumah tersebut.

      Delete
    3. ok... nanti update la perkembangan..

      Delete
  7. bagus bro dpt berbakti pd kehijauan 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru nak berjinak2 je wak. harap2 menjadi projek taman dalam rumah saya nanti

      Delete
  8. nampak cantik pokok-pokok tu .semoga terus membesar dengan sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2nya lah, dapat membesar dengan sihat bagai johan

      Delete
  9. Pothos memang mudah nak jaga. Tak siram lama pun still boleh hidup jugak. Saya punya pothos tu dah menjalar banyak dah. Fiddle fig kalau nak besar lagi kena tukar pasu besar. Kalau tidak tumbesaran dia lambat sikit. Saya letak fiddle fig kat luar sebab indoor kurang cahaya. Dah terjebaka ni mesti akan menambah lagi, percayalah. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. best tu kalau pothos dah menjalar banyak. rumah saya tingkat 2, klu dah menjalar banyak nanti biarkan menjalar smpi rumah bawah... hahaha... fiddle tu takde pasu besar llagi, nantilah kita pindahkan ke pasu yg lebih besar

      tengoklah nanti, insyaAllah akan tambah lagi.. hehehe

      Delete
    2. Hahaha..melampau sangat tu nak sampai rumah bawah. Baiklah, selamat berkebun :)

      Delete
    3. hahaha... baru lah cantik nanti

      Delete
  10. Syu pun suka jugak letak pokok dalam rumah.Tapi yang plastik jelah. Kucing dalam rumah ni nakal. Suka kunyah pokok🤣. Terpaksalah ganti kan dengan yang plastik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak dikunyah, mesti diterbalikkan pasunya...

      Delete
  11. Tenang je bila tengok warna hijau pokok tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tambah lagi kehijauan itu nanti supaya lebih tenang

      Delete
  12. Tengok orang punya suka dan sedap mata memandang.
    Mrs. A selalu tanam tak menjadi lagipun takleh nak tanam pokok dalam rumah sebab kucing-kucing Mrs.A suka main lari-lari huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kucing-kucing memang mcm tu, kalau tak digigitnya pokok tu, dijatuhkan pasunya.. saya takde bela kucing bole la letak pokok dalam rumah

      Delete
  13. Wah! Kulihat hijau!
    Orang kata, kalau gemarkan kehijauan, orangnya adalah seorang yang suka berfikir.
    Entah betul entah tidak ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kehijauan itu memberi ketenangan... saya ni suka berfikir? tak kot... hahaha

      Delete
  14. Saya suka fiddle fig dan monstera ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya baru nak berjinak2.. dua2 pokok ni memang cantik. kalau kawasan rumah luas, dah lama jadi garden

      Delete
  15. Cantik sebagai hiasan landskap dalaman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu tuan, kalau ada banyak lagi meriah dan cantik

      Delete
  16. Fiddle fig pokok pertama saya beli masa nak berjinak2 dgn pokok...jun haritu. Alahai dah nyawa2 ikan. Ke saya yang tak pandai jaga ni. Sedih nengoknye, berlebam daun semua...Nangis jap T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh... ye ke, sayangnya. bole search google kot untuk cari apa masalahnya. kadang2 terlebih air pon menjadi masalah jugak tuh.

      Delete