... dan aku menulis untuk diri sendiri

Happy Birthday to you
Happy Birthday to you
Happy Birthday to Abam Kie
Happy Birthday to youuuu....

Firstly aku nak ucapkan ucapan Selamat Hari Lahir kepada Abam Kie. Semoga beliau dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusannya, dikuriakan kesihatan dan kebahagiaan rumah tangga dan sentiasa di bawah lindungan Allah s.w.t. Amiin.

Secondly, ini merupakan program GiveAway yang ketiga aku join pada tahun ini malah yang ketiga sepanjang aku mengenali dunia blog ni. Terima kasih kepada Abam Kie kerana sudi menjemput aku menyertainya. Kalau tak jemput, mungkin saya tak join kerana M.A.L.A.S.. hahaha, teruk betul.

Kepada sesiapa yang ingin menyertai GiveAway ni dan menerima hadiah dari Birthday Boy ni, boleh klik gambar di atas untuk syarat-syarat penyertaan yang telah ditetapkan oleh si Birthday Boy.

Kepada yang teklah menyertai GiveAway ni, good luck dan selamat berjaya aku ucapkan. Moga-moga saya yang menang... Hahaha... OK bye...

  • 24 Comments

Di pagi yang mulia ini, pada jam 3:40 pagi, disebabkan aku tak boleh nak tido, aku pon mengambil peluang ini untuk menyertai satu jemputan GiveAway. Nasib baiklah esok work-from-home, kalau mengantuk, bole curi-curi tidor.

Ini merupakan kali kedua aku menyertai GiveAway yang dianjurkan oleh kawan-kawan blog. Kali ini aku telah dijemput oleh tuan punya blog itu sendiri, Cik Siti Yang Menaip (bukan nama sebenar) untuk menyertai NZ Souvenirs Giveaway by SitiYangMenaip. Ada tiga kategori giveaway yang dipertandingkan tetapi aku telah memutuskan untuk menyertai Kategori Satu, kerana aku akan mempunyai 5 peluang untuk menang berbanding kategori lain yang hanya ada 1 peluang sahaja. Haha!!

Syarat-syarat dan peraturannya amat mudah bagi semua kategori. Boleh click banner di atas untuk terus ke syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. 

Selamat berjaya saya ucapkan kepada semua peserta. Semoga saya yang menang.. Hahaha...


  • 24 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pejam celik, pejam celik, pejam dan celik kembali, kita sudah memasuki hari ke 7 di bulan Syawal. Masih belum terlewat rasanya kalau saya mengucapkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung blog saya yang hidup segan mati tak mahu ni. Mohon maaf lahir dan batin. Ada yang dah start puasa enam untuk tahun ni ke? Atau ada yang masih menjalankan amalan kunjung-mengunjung sanak saudara, sahabat handai dan jiran tetangga? Silalah jaga SOP masing-masing. Kalau kene saman tu sila tanggung sendiri la ye. 

Gambar hiasan


Malas rasanya nak cerita pasal raya tahun ni sebab rasanya semua orang pon tahu kenapa. Dua tahun dah kita tidak dibenarkan menyambut hari raya dengan riang dan gumbira. Sekurang-kurangnya tahun lepas dapatlah juga kunjung mengunjung walaupon sehari. Tahun ini langsung tidak dibenarkan. Dah la tak boleh, ade ke patut mereka suruh kita menziarahi rumah sendiri sahaja. Tak tahu lah aku nak gelak ke nak nangis.

Walau bagaimanapun, persiapan aku untuk menyambut Syawal boleh dikatakan hebat juga. Aku telah berjaya menyediakan 5 jenis kuih raya iaitu Biskut Sarang Semut, Biskut Cornflakes Madu, Biskut Chocolate Chips, Biskut Badam dan yang terakhir Kuih Gunting. Aku juga sempat membeli sejenis kuih lain iaitu Maruku. 

Kuih-kuih raya yang aku buat sedia telah dimasukkan ke dalam balang


Menjelang 1 Syawal (Rabu)

Sehari sebelum Hari Raya, aku telah memohon Cuti Tahunan. Pada hari cuti itu aku telah menyediakan 2 jenis kek iaitu Kek Buah dan Kek Chocolate Chips. Walau bagaimanapun, kedua-dua kek aku tu tak berapa nak cantik kejadiannya walaupon rasanya sedap. Ingatkan nak buat Agar-Agar Santan Gula Merah juga, tapi tak berkesempatan pulak (malas sebenarnya).

Kek Buah dan Kek chocolate Chips yang berjaya aku buat,
walau pon kejadiannya tak berapa nak cantik

Petang itu, aku telah ke rumah kakak yang terletak hanya sebatang rokok dari rumah aku. Tidak juga merentas daerah mahupon negeri, tetapi aku tetap berhati-hati dan menggunakan applikasi waze kot-kot ade sekatan jalan raya di hari raya ni. Alhamdulillah, takde. Sampai di rumah kakak, kakak telah siap menyediakan juadah untuk hari raya - Nasi Impit, Rendang Ayam dan Lemang segera. Aku juga datang bukan dengan tangan kosong. Sahabat ada bekalkan aku dengan Nasi Impit, Kuah Lodeh, Sambal Goreng Jawa, Kuah Kacang dan Ayam Masak Merah. Aku bawa semuanya ke rumah kakak memandangkan kalau aku makan sorang pon tak abis nanti. Buat pertama kalinya di bulan Ramadhan tahun ini aku berbuka bersama keluarga. Pada malam itu, kami 4 beradik telah mengadakan video call sempena tidak dapat beraya bersama. Cuma abang sulung yang berada di Johor tak dapat join video call kami kali ni.

1 Syawal (Khamis)

Aku bangkit lewat pagi ini memandangkan aku tidak mendapat tempat untuk bersolat Sunat Aidilfitri di masjid berhampiran. Masjid punyalah besar tetapi cuma 50 jemaah sahaja dibenarkan untuk bersolat Sunat Aidilfitri. Takpelah, InsyaAllah nanti dapatlah solat Sunat Aidiladha.

Sarapan aku di pagi raya - Nasi Impit, Kuah Lodeh 
Sambal Goreng Jawa dan Ayam Masak Merah. Menu semalam.

Lebih kurang pukul 12.00 tengahari aku ke rumah kakak lagi. Cuma aku dah keluarga kakak sahaja yang menyambul Aidilfitri kali ini nampaknya. Aktiviti utama di Aidilfitri tahun ini hanyalah makan dan layan drama di Youtube sampai malam. 

Juadah Hari Raya yang disediakan oleh kakak - Nasi Impit, Kuah Lodeh,
Rendang Ayam, Ayam Masak Kurma dan Kuah Kacang. Ada juga kuih-kuih 
raya dan birthday cake - Terima kasih kakak kerana sediakan semua 
juadah ini, love you sis..


2 Syawal (Jumaat)

Sahabat berkunjung ke rumah aku. Sahabat tidak merentas daerah pon, kami ni dalam kejiranan yang sama, rumah sebumbung. Aktiviti hari ni, main games sampai lebam.

Makan tengahari aku di Syawal ke dua.
Sahabat datang rumah bawa Soto Ayam.
Terima  kasih kepada sahabat

Rezeki lagi di Syawal ke dua. Seorang teman
menghulurkan juadah untuk makan malam.
Nasi Ayam. Terima kasih teman yang memberi


3 Syawal (Sabtu)

Aku rasa sambutan hari raya aku tamat di sini sahaja. 

Hari Isnin aku dah start puasa enam. Wish me luck untuk berpuasa selama enam hari di bulan Syawal secara berturut-turut. Ahad depan, kita raya semula. InsyaAllah.

Aidilfitri 2021 Family Portrait
  • 24 Comments
Gambar hiasan - google

Terima kasih daun keladi ingin aku ucapkan kepada tuan punya blog Amie's Little Kitchen, Kak Amie kerana telah sudi memilih aku sebagai salah seorang pengomen bertuah blog beliau. Sebenarnya, nama aku tersenarai di tempat ketiga carta Top10 Komentator April 2021 blog beliau. Memandangkan ini merupakan julung-julung kalinya nama aku tersenarai di dalam carta tersebut, Kak Amie telah sudi memilih aku sebagai salah seorang dari empat orang pengomen bertuah  yang bakal menerima duit raya dari beliau pada tahun ini.

Gambar hiasan - Amie's Little Kitchen


Aku baru sahaja mengikuti blog Kak Amie ni, kalau tak silap aku pada akhir tahun lepas atau awal tahun ini. Apa yang menariknya blog beliau bagi aku adalah, beliau memperkenalkan kita dengan resepi masakan dan makanan khas masyarakat Sabah yang kebanyakkannya bagi aku agak asing. Kalau tidak mengikuti blog beliau, mungkin sehingga sekarang aku tidak tahu apa itu Nasi Linopot, Kuih Gandos dan kewujudan nasi pandan hitam dan macam-macam lagi lah. Aku harap Kak Amie akan terus membuat posting-posting yang menarik seperti ini untuk pengetahuan pembaca-pembaca yang lain.

Untuk hadiah duit raya itu, aku telah menerimanya. Agak lumayan jugalah jumlahnya. 

Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Kak Amie.

  • 16 Comments

"Berlalulah sudah Ramadhan, sebulan tak puasa
Tiba Syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semua tak pulang ke desa
Ibu dan ayah kesedihan, menangis tak terkira"

Gambar hiasan


Setiap kali tibanya Syawal aku akan bersemangat dan rasa sangat teruja. Aku buat kuih raya, aku buat kek raya. Aku beli baju baru untuk Hari Raya. Aku kemas rumah supaya bersih dan cantik. Walaupon aku tahu, tiada siapa yang akan menyambut hari raya bersama aku.

Kepada mereka yang mengeluh tidak dapat menyambut hari raya bersama keluarga di kampung, setidak-tidaknya kalian masih ada seseorang untuk menyambut hari raya bersama kalian. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin



  • 18 Comments

Assalamualaikum dan salam 26 Ramadhan. Semoga puasa dan semua amalan kita di bulan Ramadhan ini diterima dah dikurniakan rahmat yang berlipat ganda oleh Allah swt. 

Gambar Hiasan


Tahun ini merupakan tahun ke empat aku dah sahabat mengusahakan projek kuih raya sendiri. Bermula dari tahun 2017 sehingga ke tahun 2020 aku dah sahabat membuat kuih raya sendiri. Hasilnya dikongsi bersama. Tahun ini juga kami tidak ketinggalan untuk menjayakan Projek Kuih Raya 2021. Projek ini telah dimulakan pada 29 April sehingga 2 Mei 2021 yang lepas. Bahan-bahan semua telah kami beli minggu lepas.

Pada 29 April sempena cuti Nuzul Al-Quran, kami telah memulakan projek kami yang pertama iaitu Projek Sarang Semut. Kuih tradisional Biskut Sarang Semut ini pertama kali aku cuba membuatnya pada tahun lepas. Memandangkan mendapat sambutan yang hangat, makanya pada tahun ini, projek pertama adalah Projek Sarang Semut. Aku juga turut untuk mengambil order dari rakan-rakan sahabat handai dan teman kalau-kalau ada yang berminat. Alhamdulillah, ada juga yang berminat. Makanya pada hari Khamis itu, aku dah sahabat membanting tulang untuk menyiapkan order yang diterima. Alhamdulillah, dapat disiapkan. Untuk diri sendiri jer yang tak buat lagi.

Biskut Sarang Semut

Keesokan harinya aku memulakan projek yang kedua iaitu Projek Coklat. Sengaja aku mengambil Cuti Rehat pada hari ini semata-mata untuk projek ini. Kuih raya yang telah disiapkan pada hari itu adalah Chocolate Chips and Almonds Cookies. Aku telah membuat sebanyak dua adunan yang aku sangkakan pada mulanya satu adunan tidak mencukupi. Tengok-tengok dua adunan sangatlah banyak, sampai malam aku mengentel dibuatnya. Lagi pon aku memulakan projek selepas Solat Jumaat secara solo. Sempat juga berhenti sekejap untuk keluar membeli juadah berbuka puasa.

Chocolate Chips and Almonds Cookies. Bentuknya
macam tak cantik jer. Leper sangat. Nasib baik sedap

Keesokan harinya, hari Sabtu kami memulakan projek seterusnya iaitu Projek Madu. Kali ini kami telah menyediakan Crunchy Honey Cornflakes with Cherries and Almonds a.k.a Cornflakes Madu. Saje jer bagi nama omputeh biar nampak canggih sikit. Kami telah menggunakan sebanyak 600 grams cornflakes. Hasilnya dapatlah sorang sebalang besar lebih sikit.

Crunchy Cornflakes with Cherries and Almonds. Kuih raya
fevret, dah empat tahun berturut-turut buat biskut ni.

Projek seterusnya adalah Projek Badam dan biskut raya seterusnya Biskut Badam. Ada dapat resepi biskut ini di internet. Biskut ini selalu dibuat oleh arwah ibu aku setiap kali raya. Tapi masa tu aku jadi pengacau jer, tak membantu pon. Bila ibu pergi, resepinya pon turut pergi bersamanya. Tak sempat nak berguru. Walau bagaimanapun, semalam aku berjaya membuat biskut ini dan rasanya sebijik macam yang ibu pernah buat dulu. Tibe-tibe rasa sedih plak.

Almonds Cookies sebelum dibakar

Almonds Cookies fresh from the oven. Makan biskut ni 
teringat biskut yang dibuat oleh arwah ibu masa kecik-kecik dulu

InsyaAllah, kalau takde aral melintang di mana-mana, hujung minggu ni ada lagi projek yang akan dilakukan dan masih ada order untuk dipenuhi. Masih ada yang berminat nampaknye. Alhamdulillah, rezeki. Walaupon aku ni sebatang kara dan kita berhari raya dalam PKP dan SOP bagai, tapi aku tetap bersemangat untuk menyambut 1 Syawal. 

Sesiapa yang kata raya sorang tu tak best adalah penipu sahaja, kita yang menjadikan dia best atau tidak. Kalau kita rasa dia tak best maka tak best lah dia bagi ko. Kalau kita rasa best maka hatta berhari raya di planet Neptune juga akan menjadi best.


  • 30 Comments

Assalamualaikum dan salam 23 Ramadhan. Semoga Ramadhan kita pada tahun ini lebih baik dari Ramadhan-Ramadhan sebelumnya dan semoga kita akan dipertemukan dengan Ramadhan yang akan datang, InsyaAllah.

Terima kasih tidak terhingga aku ucapkan kepada semua teman-teman blog yang sudi singgah di blog aku yang tak seberapa ini. Kehadiran teman-teman semua sekali lagi menceria dan memeriahkan blog aku ini setelah mengalami zaman suram yang agak lama. Blog aku ini pernah meriah dengan kunjungan dan celoteh teman-teman suatu ketika dahulu. Tetapi ramai teman-teman blog ketika itu mula meninggalkan blog masing-masing dan berpindah ke medium media sosial yang lain. Akhirnya blog mereka bukan sahaja telah bersawang, malah ada yang sudah berpenunggu kerana telah lama ditinggalkan. Tinggallah aku seorang diri, berbicara sendirian tidak berteman, menghiburkan hati sendiri.

Sejak akhir-akhir ini blog suram aku ni kembali ceria dengan kunjungan dan komen-komen teman-teman. Aku gumbira. Aku lebih bersemangat untuk terus menulis. 

Terima kasih aku ucapkan kepada teman-teman yang sudi memeriahkan blog ni. Terima kasih yang tidak terhingga dari lubuk hatiku kepada Top10 Commentator blog ini bagi bulan April 2021. Sokongan kalian amat aku hargai. Maaf, tiada hadiah yang dapat aku berikan kali ini, cuma aku akan abadikan nama kalian di sini. InsyaAllah, ada rezeki nanti aku bagi lah seposen dua kepada top commentator akan datang. Hehehe...

Gambar Hiasan


TOP 10 COMMENTATORS - APRIL 2021

1. AZHAFIZAH - Blog Sihatimerahjambu

2. FAIRUS - fairus.com

3. AMIE - Amie's Little Kitchen

3. UNCLE GEDEK - Blog Begin At Forty

3. WAK LAT - Tiga Lalat 2021

6. ABAM KIE - Abam Kie : The Man of the House

6. KAKMIM - Monolog Kakmim

8. ATIE ZIEYA - Lady Like Me !

8. MRS. A - Mrs. A My Blog My Stori

10. SITI YANG MENAIP - Siti.Yang.Menaip


  • 28 Comments

Assalamualaikum dan salam 20 Ramadhan kepada semua. Semoga kita semua dilimpahkan kesihatan yang baik agar dapat terus menjalani ibadah puasa dengan sempurna, InsyaAllah. Amat sekejap terasa, sudah masuk kita ke hari ke 20 Ramadhan.

Hujung minggu beberapa minggu yang lepas aku berpeluang untuk mencuba satu resepi baru yang aku jumpa di FB tetapi menggunakan resepi yang aku dapat di IG. Actually bukan resepi baru pon, cuma kuih tradisional yang baru jer aku cuba iaitu Bingka Pandan. Sebelum ni aku pernah mencuba Bingka Ubi dan juga Bingka Jagung.

Daun Pandan - Gambar hiasan

Hari Jumaat itu aku mengambil Cuti Tahunan. Saja jer nak bercuti rehat, lagipon tiada tugas-tugas penting yang perlu dilangsaikan segera di kantor. Pulang dari solat Jumaat di sebuah masjid berhampiran, aku singgah di sebuah kedai runcit Acheh, kononnya nak beli daun pandan dan santan. Malangnya tutup pulak kedai tu, mungkin pekedainya pergi solat jumaat kot. Takpelah, aku datang kemudian. Usai solat Jumaat tadi ada terpandang pokok-pokok pandan di masjid, tapi segan pulak nak merembatnya, bukannya ape, kawasan masjidkan, berdosa nanti, dah la aku puasa hari tu. Nak taknak, pukul 3.00 petang, aku ke kedai Acheh sekali lagi. Nasib baik dah di buka. Ntah berapa la dia caj untuk 5 helai daun pandan yang aku ambil tu.

Di sini aku nak share resepi mudah Bingka Pandan atau Bengkang Pandan yang aku dapat dari IG resepiibu.my

Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum

1 cawan air pandan

1 kotak kecil santan Kara (apa-apa brand pon bole sebenarnye)

1/2 cawan gula pasir

2 biji telur 

1 sudu teh garam halus

1 sudu besar marjerin (yang ni aku tak pasti kene masukkan dalam aduan atau untuk dioles di loyang)

Sedikit pewarna hijau

Cara-cara

Blendkan semua bahan-bahan di atas kecuali kulit telur dan kotak santan.

Panaskan loyang dan sapu sedikit margerin atau minyak (ermm... kene panaskan loyang dulu ke? Aku tak baca pon step ni. Aku terus jer masukkan adunan dan terus bakar)

Tuangkan adunan dan bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 45 minit atau sehingga masak. Gunakan api atas dan bawah.

Apabila telah masak, sejukkan dahulu sebelum dipotong. Boleh lah makan semasa berbuka puasa nanti. 

Adunan yang sedia untuk dibakar

Bingka Pandan yang telah dibakar. Semerbak bau pandan
Atas dia tu macam tak berapa nak cantik

Sedia untuk dimakan untuk berbuka puasa
bersama keluarga tersayang. Tapi aku berbuka
sorang-sorang jer... Sedih kan...


Alhamdulillah, sukses. Rasanya sedap dan tidak begitu manis. Semerbak bau pandan satu rumah. 

Seperti biasa, bila aku mencuba resepi-resepi ni, aku akan postkan gambar di FB dan  IG aku. Tiba-tiba ada seorang kawan nak order plak. Nak tak nak terpaksalah aku buatkan untuk beliau pada minggu berikutnya. Alhamdulillah, menepati  citarasa pembeli itu. Aku juga ada lebih dan berikan kepada jiran. Alhamdulillah, jiran juga memberi komen yang baik.


  • 16 Comments

Search This Blog

About Me

My photo
afeezz
Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
'afeezz tu memang cukup indah untuk dicintai tapi cukup susah untuk dimiliki' - anonymous 2010
View my complete profile

Total Pageviews (since July 2008)

Follow Me

  • instagram
  • facebook
  • Twitter

My Followers (Thank You)

Blog Lists

  • Blog Begins At Forty
    March 24, 2023
    3 hours ago
  • Aiman Abdullah
    Siaran Langsung Live Malaysia B-22 Merlion Cup 2023
    4 hours ago
  • CikCappuccinoLatte
    Menu Berbuka Khairulaming : Ayam Gepuk Sambal & Kicap
    5 hours ago
  • AMIE'S LITTLE KITCHEN
    Tiru Macam Saya!
    5 hours ago
  • Blog Sihatimerahjambu
    4 Menu Air Berbuka Puasa Khairul Aming 2023
    9 hours ago
  • As Samsudin
    Ramadan Kareem 1444H
    10 hours ago
  • ABAM KIE : Man of The House
    Kes remeh hingga bercerai
    11 hours ago
  • BLOG RABIA ADAWIYAH
    Hadiah untuk Raydah Blogger
    14 hours ago
  • Syazni Rahim Blog
    Makanan Yang Tidak Sesuai Untuk Berbuka Puasa
    1 day ago
  • Monolog Kakmim
    Throwback Thursday - 1 Ramadhan Zaman PKP
    1 day ago
  • KomenSen
    KENAPA SAYA DAH MALAS NAK PERGI HYPERMARKET?
    1 day ago
  • Bola Katok
    Review filem anime The First Slam Dunk.
    2 days ago
  • MRS.A my blog my stori
    Potluck Pra-Ramadhan 1444H
    3 days ago
  • AMMI
    Aku takut
    4 days ago
  • Warisan Petani
    'Yut' Hanyut Buat Selama-lamanya
    5 days ago
  • cikguzim
    Lancarkan kencing dengan air barli
    2 weeks ago
  • fairus.com
    Sehari di Pekan Baru, Riau, Indonesia
    4 weeks ago
  • SEMUT SENYUM
    Tenang Lubuk Jiwa
    5 weeks ago
  • SITI.YANG.MENAIP
    Happy New Year 2023 | SitiYangMenaip Masih Ada
    2 months ago
  • LADY LIKE ME !
    HAPPY 2023 !!
    2 months ago
  • ixa-rism
    One Hundred Nine One
    4 months ago
  • PESONA ETUZA
    Johor Kami Datang Dengan Hati Girang
    6 months ago
  • Tiga Lalat 2021
    NEW BLOG I AM
    6 months ago
  • Shida Radzuan Blog
    Susahnya untuk konsisten
    7 months ago
  • Adinda Baizura Mazlan
    Tenang. Kamu Mampu.
    7 months ago
  • ! acuyuhan
    Nineteen61 Cafe Kuantan
    1 year ago
  • Dunhill guy
    Handmade Design Phone Case
    1 year ago
Show 10 Show All

Blog Archive

  • ►  2023 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2022 (3)
    • ►  December (1)
    • ►  June (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2021 (77)
    • ►  December (7)
    • ►  November (8)
    • ►  October (7)
    • ►  September (8)
    • ►  August (6)
    • ►  July (7)
    • ►  June (5)
    • ▼  May (8)
      • 970 : Happy Birthday Giveaway by Abam Kie
      • 969 : NZ Souvenirs Giveaway by SitiYangMenaip
      • 968 : Selamat Hari Raya Aidilfitri 1442H/2021M - T...
      • 967 : Hadiah Ketiga Tahun 2021 - Duit Raya Untuk P...
      • 966 : Berlalulah Sudah Ramadhan, Sebulan Tak Puasa
      • 965 : Projek Kuih Raya 2021
      • 964 : Top 10 Commentators - April 2021
      • 963 : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 32) : Bi...
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (5)
    • ►  January (4)
  • ►  2020 (40)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (1)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (36)
    • ►  December (3)
    • ►  November (3)
    • ►  October (4)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (2)
    • ►  March (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2018 (28)
    • ►  December (4)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (29)
    • ►  December (1)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (4)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (37)
    • ►  December (2)
    • ►  November (3)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2015 (50)
    • ►  December (6)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (6)
    • ►  August (4)
    • ►  July (4)
    • ►  June (4)
    • ►  May (3)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  February (6)
    • ►  January (3)
  • ►  2014 (50)
    • ►  December (3)
    • ►  November (4)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (4)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (1)
    • ►  March (4)
    • ►  February (5)
    • ►  January (5)
  • ►  2013 (106)
    • ►  December (6)
    • ►  November (7)
    • ►  October (6)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (10)
    • ►  June (9)
    • ►  May (10)
    • ►  April (10)
    • ►  March (10)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2012 (117)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (9)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (8)
    • ►  May (9)
    • ►  April (10)
    • ►  March (10)
    • ►  February (9)
    • ►  January (10)
  • ►  2011 (124)
    • ►  December (13)
    • ►  November (10)
    • ►  October (8)
    • ►  September (9)
    • ►  August (12)
    • ►  July (10)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (10)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (10)
  • ►  2010 (132)
    • ►  December (11)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (11)
    • ►  August (13)
    • ►  July (14)
    • ►  June (8)
    • ►  May (9)
    • ►  April (15)
    • ►  March (9)
    • ►  February (11)
    • ►  January (9)
  • ►  2009 (146)
    • ►  December (9)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (14)
    • ►  August (18)
    • ►  July (19)
    • ►  June (16)
    • ►  May (9)
    • ►  April (13)
    • ►  March (7)
    • ►  February (13)
    • ►  January (6)
  • ►  2008 (45)
    • ►  December (2)
    • ►  November (7)
    • ►  October (7)
    • ►  September (12)
    • ►  August (9)
    • ►  July (8)

My Travel Story - To Infinity and Beyond

  • 2008 : United Kingdom (1)
  • 2011 : Indonesia - Medan (8)
  • 2013 : Indonesia - Bandung (6)
  • 2014 : Singapura (2)
  • 2015 : Kemboja - Siem Reap (6)
  • 2016 : Thailand - Krabi (5)
  • 2017 : Jepun - Tokyo (10)
  • 2019 : Korea Selatan - Seoul (10)

My Travel Story - Malaysia

  • 2009 : Pulau Pinang (1)
  • 2011 : Kedah - Pulau Langkawi (4)
  • 2011 : Sabah - Kota Kinabalu (6)
  • 2012 : Road Trip 1.0 (3)
  • 2012 : Sarawak - Kuching (6)
  • 2013 : Road Trip 2.0 (3)
  • 2014 : Pulau Pinang (2)
  • 2015 : Kedah - Pulau Langkawi (4)
  • 2018 : Pahang - Cherating (3)
  • 2020 : Pahang - Cameron Highlands (2)
  • 2020 : Perak - Pulau Pangkor (3)

Top 5 Weekly Popular Posts

  • 1000 : Bila Lampu Brek Menyala Tak Padam-Padam
    Korang pernah ada pengalaman tak, bila lampu brek kereta korang termasuk lampu brek ketiga menyala tapi tak mahu padam? Macam ada satu entit...
  • 999 : Throwback Thursday - October 2021
    Pada hari ini (7 Oktober) pada tahun 2019, aku berjaya menjejakkan kaki ke Pulau Nami, Korea Selatan. Hujan turun membasahi bumi pada pagi ...
  • 1001 : Satu Ribu Satu Cerita Aku
    Perasan atau tidak, jumlah post di dalam blog aku yang tak seberapa ni sudah mencapai ke angka 1001 termasuk post ini. Tak pernah ku sangka ...
  • 812 : Big Home Expo 2017
    Poster Big Home Expo 2017 Big Home Expo 2017 telah diadakan dari 16 hingga 19 Februari 2017 bertempat di Stadium Bukit Jalil. Ini ada...
  • 813 : Wishing Myself A Happy Birthday (Episod 2)
    Tanggal 25 Februari yang lepas adalah hari ulang tahun kelahiran aku. Seperti tahun-tahun sebelumnya, pada tahun ni aku masih berusia 21 t...

Labels

Hanya Nak Cerita (298) Jalan-Jalan (145) Makan-Makan (90) Cuti - Cuti Malaysia (82) Ucapan Dari Hati (80) Hiburan (79) Saje Nak Tayang (73) Gambar (46) Cuti - Cuti Luar Negara (43) Masak Sendiri Makan Sendiri (35) Sukan (30) Kerja (26) Luahan Perasaan (24) Kerinduan (21) Takde Idea Nak Menulis (17) Famili (10) Pengetahuan Bersama (8) Wordless Wednesday (8) GiveAway (3)

Mereka Yang Rajin Memberi Komen

instagram

Template Created By : ThemeXpose . All Rights Reserved.

Back to top