... dan aku menulis untuk diri sendiri
... sambungannya

Bas meneruskan perjalanannya ke Pulau Sentosa di mana terletaknya Universal Studios Singapura. Di sana ahli-ahli kumpulan yang ingin ke USS akan turun dan yang selebihnya akan meneruskan perjalanan mereka ke tempat-tempat menarik lain di Singapura. Dan aku turun di sini. Teruja rasa hati nak masuk USS. Nak tau aper yang ade kat dalam sana.

Sebelum kami dibenarkan masuk, kami dimintak untuk bergambar secara berkumpulan di globe di pintu masuk USS. Selepas itu kami membawa haluan masing-masing di dalam USS. Melintasi pintu masuk USS kami melalui satu kawasan yang dinamakan Hollywood. Di Hollywood ini kebanyakkannya adalah untuk shopping sahaja. Memandangkan kami ni pelancong bajet, maka kami hanya lalu saja sambil snap-snap gambar. Dalam masa kami lalu itu, sempat juga kami bergambar dengan karekter-karekter seperti Woody Woodpacker, Cookie Monster dan perempuan-perempuan penari yang seksi. Kemudian kami memasuki pula kawasan yang dinamakan New York. Senibina di sini direka macam dekat New York sana. Ada 2-3 attraction di sini yang tak berapa menarik pada pandangan kami, so kami hanya lalu sahaja sambil bergambar dan berselfie.


Melewati New York kami memasuki pula Sci-Fi City. Aku ada membaca beberapa buah blog yang mengatakan di Sci-Fi ni ada attraction yang best iaitu Transformer (Transformers The Ride : The Ultimate 3D Battle), so kami teruja nak naek ride itu. Satu tip yang diberikan kepada kami adalah untuk menggunakan 'Single Rider Lane' supaya kami tidak perlu beratur panjang dan membuang masa menunggu giliran di line biasa. Walaupon akan terpisah dengan kawan-kawan, janji kami dapat maen dan tidak perlu menunggu lama. Kami beratur menunggu giliran lebih kurang 15 minit. Berdebar-debar menunggu apakah kejutan yang akan diterima nanti. Dan ini lah attraction yang paling best, sampai kami sanggup beratur lagi untuk naek lagi sekali. Nak tau ride dia macam mana? Kene la datang dan experience sendiri...

Berpuas hati dengan ride tadi, kami bergerak pula ke satu lagi attraction di Sci-Fi City iaitu Accelerator. Tapi memandangkan ride Accelerator ni ala-ala cawan berpusing-pusing tu, maka kami decided takmo membuang masa dan meneruskan perjalanan kami ke Ancient Egypt pula.

Katanya kat Ancient Egypt ni pon ade ride yang best. Tapi sebelum itu kami berhenti rehat dan solat memandangkan satu-satunya tempat solat di USS terletak di sini. Walaupon USS ni lebih kebaratan dan terletak di Singapura yang bukan sebuah negara Islam, mereka tetap menyediakan satu tempat untuk pengunjungnya bersolat, tabik kepada pihak pengurusan USS. Usai berehat dan bersolat, perut pon sudah berasa lapar. Kami bercadang untuk makan di Oasis Spice Cafe yang terletak di Ancient Egypt yang menyediakan makanan halal. Tabik sekali lagi kepada USS kerana menyediakan beberapa tempat makan halal, perhatikan logo halal sebelum memasuki premis makan tersebut. Tetapi sebelum makan, kami decided untuk menaiki ride 'Revenge of the Mummy' dulu. Sekali lagi kami menggunakan 'Single Rider Lane' dan kami beratur menunggu dalam 30 minit sahaja.


Keluar saja dari 'Revenge of the Mummy', semua mengatakan bahawa mereka takut, seram, cuak, tercabut jantung, menjerit-jerit macam orang gila, rasa macam nak mati dan sebagainya. Begitulah takutnya menaiki ride ni. Kene datang dan experience sendiri lah kalau nak tau. Nasib baik kami tak makan dulu, kalau tak, mau keluar semula aper yg kami makan tadi. Hahaha...

Kemudian, barulah kami ke Oasis Spice Cafe untuk makan tengahari. Alhamdulillah, tiket masuk kami datang bersama baucer makan percuma sempena Krismas, jadi dah save duit makan di situ. Untuk tengahari itu kami makan nasi beriyani dengan ayam dan kentang masak aper ntah (Indian style) yang berharga $13.80. Tak berapa sedap tapi jadilah untuk mengalas perut untuk hari itu. Kami cume tambah, set chicken nugget and wedges yang berharga $10.00. Untuk minuman, kami minum air yang kami bawa dari Malaysia. Semasa kami tengah syok-syok makan, ada parade plak kat luar sana, tak dpt nak tengok, dapat tengok sipi-sipi jer dari dalam restoran.. uhuks...

Selesai makan, kami meneruskan perjalanan kami ke The Lost World. Ada beberapa attraction di sini dan kami memilih untuk menaiki 'Jurassic Park Rapid Adventure' yang katanya pemain akan basah kene simbah dengan air. Kami beratur di 'Single Rider Lane' sekali lagi dan terus membawa kami ke hadapan. Setelah menunggu lebih kurang 20 minit, kami dimaklumkan bahawa berlaku masalah teknikal yang menyebabkan ride ini terpaksa di'delay'kan sehingga diberitahu kelak. Frust kami sekejap. Tidak mahu membuang masa kerana masih banyak tempat dan attraction untuk dilawati, kami keluar dari situ. Kami menuju ke attraction berikutnya, WaterWorld. Ramai pengunjung sudah berkumpul di pintu masuk, katanya pintu masuk akan dibuka pada pukul 4.00 petang. Makanya, kami pon turut serta berkumpul di situ di tengah panas. 

Pukul 4.00 petang, pintu dibuka dan pengunjung meluru menuju ke panggung WaterWorld. Yang aku geram, pintu masuk ke panggung yang dibuka adalah pintu yang paling belakang, dah tu satu pintu jer yang dibuka. Makanya, berlaku kesesakan di situ. Kami memilih lokasi tempat duduk yang paling strategik. Kalau duduk depan sekali, kemungkinan akan basah kena air adalah tinggi, maka kami pilih tempat di tengah-tengah, kalau kene air pon takde la basah sangat kan. Pertunjukan dimulakan dengan aktiviti pelakon beramah mesra dengan penonton dan ada yang basah lencun kene siram air dengan pelakon tu. Area tempat aku duduk pon ade kene simbah, sib baek aku tak kene.. hehehe... Pertunjukan sebenar bermula dengan bunga api, jet ski dan bot memasuki pentas berair itu. Tapi, tak sampai 10 minit kami dimaklumkan bahawa pertujukkan terpaksa dihentikan kerana cuaca kurang baik. Aler.. belum hujan pon, renyai-renyai pon tidak. Tensen aku sekejap. Tanpa membuang masa, kami keluar dari situ dengan perasaan tak puas hati. Hujan pon mula turun.

Kami berlindung dari hujan di Far Far Away Castle. Kami menonton Shrek 4-D Adventure. Ala-ala tengok wayang gitu, dapat gak berehat setelah penat berjalan. Selesai menonton Shrek 4-D Adventure kami keluar sambil bercerita bagaimana sakitnya badan menaiki kereta kuda bersama Shrek, kene sembur dengan Donkey dan geli labah-labah berjalan kat kaki. Di luar hujan masih lebat.

Memandangkan hujan hampir reda, kami berlari-lari menuju Madagascar. Kami singgah sebentar di King Julien's Beach Party-Go-Round memandangkan tak ramai orang yang beratur. Saja jer naek walaupon ia cuma Marry-Go-Round yang tak berapa best pada kite yang telah dewasa ni. Selesai itu, kami beratur untuk Madagascar : A Crate Adventure plak. Ride ni kita akan naek bot dan bergerak memasuki gua yang dalamnya banyak karekter Madagascar. Sesuai untuk merehatkan diri setelah penat seharian berjalan dan berseronok.

Memandangkan kami masih mempunyai masa lagi sebelum berkumpul semula pada pukul 8.00 malam, kami bercadang untuk naek Transformers the Ride : The Ultimate 3D Battle sekali lagi. Kemudian kami mengambil masa untuk cari cenderahati sedikit sebelum keluar. Pukul 8.15 malam, kami sudah pon berada ditempat berkumpul.

Lebih kurang pukul 8.30 malam, bas bergerak meninggalkan Kota Singa dan kami tiba di KL lebih kurang pukul 2.00 pagi.

Best giler USS, rasa tak puas pasal tak dapat explore semuanya. Nak pegi lagi ...


#SalamSayang

  • 0 Comments
20 Disember 2014 yang lalu aku bekesempatan untuk bercuti ke Singapura. Walaupun hanya untuk satu hari, ianya cukup memuaskan dan memenatkan. Tujuan utama aku ke Singapura itu adalah untuk berhibur di Universal Studios Singapura.

Awal pagi 20 Disember itu, seawal 12.30 pagi, bas bertolak dari KL Sentral menuju selatan tanah air. Bas membuat beberapa persinggahan untuk mengambil beberapa orang ahli kumpulan yang lain di Hentian R&R Nilai dan Senawang. Bas kemudiannya berhenti untuk berehat di Yong Peng sekitar pukul 4.00 pagi. Setengah jam kemudian, bas meneruskan perjalanan ke hentian terakhir di R&R Gelang Patah lebih kurang pukul 6.00 pagi. Kami berhenti di sini untuk mandi, solat dan sarapan pagi. Aku tak mandi pon, cuma membuang air, membasuh muka dan gosok gigi, kemudian, sembur minyak wangi banyak-banyak. Sarapan pagi itu adalah nasi lemak telur dadar dan nescafe o ais.

Pukul 7.00 pagi kami berkumpul semula di dalam bas dan diberi taklimat sedikit sebelum berhenti di imigresen kedua-dua buah negara dan kemudian memasuki Singapura. Berlaku sedikit kelewatan di Imigresen Singapura memandangkan banyak kenderaan yang ingin memasuki negara itu. Lebih kurang pukul 9.00 pagi, kami telah memasuki Singapura. Ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki di sini. Happy nyer....

Destinasi pertama kami hari itu adalah ke Merlion Park lebih kurang pukul 9.30 pagi. Merlion Park adalah satu kawasan wajib kunjung bila berada di Singapura. Di kawasan ini lah terletaknya patung Merlion, mercu tanda negara Singapura, haiwan berkepala singa dan berbadan ikan. Di kawasan ini juga kita dapat menikmati permandangan indah kota Singapura dan bangunan hotel yang tersohor di Termasik iaitu Marina Bay Sands. Aktiviti utama kami di kawasan ini hanyalah bergambar dan berselfie. Di masa kami tiba, memang sudah ramai pelancong lain, makanya, kawasan ini agak sesak dan kalau berangan nak amik gambar seorang diri tanpa gangguan itu amatlah sukar. Kami menghabiskan masa lebih kurang 30 minit di kawasan ini.


Destinasi kami seterusnya adalah ke Chinatown Street Market yang terletak di Pagoda St. (kalau tak silap) untuk aktiviti shopping cenderahati. Aku dah target nak cari satu cenderahati untuk menambah koleksi cenderahati antarabangsa aku yang tak seberapa itu. Memang banyak cenderahati yang dijual di sini dan pada aku harganya agak murah (kalau kita tak fikir pasal tukaran kadar matawang). Aku dan sahabat aku singgah di satu kedai dan kami memborong di kedai itu saja. Aku dapat apa yang aku cari dengan harga $2.90 disamping aku membeli fridge magnet, 3 bijik untuk $5.00. Sahabat aku plak membeli t-shirt Singapore kanak-kanak pada harga 4 helai untuk $10.00 dan sebijik brooch dengan harga $2.00. Masa yang diperuntukkan hanya 30 minit saja. Tak puas jalan kat sini, tak sempat nak singgah semua kedai. Kami perlukan lebih masa di sini !!!


Seterusnya kami ke Kampung Gelam berhampiran dengan Masjid Sultan Kampung Gelam. Tujuan utama ke sini adalah untuk merasa Murtabak Singapura yang popular itu walaupon aku pon tak pernah tahu aper istimewanya murtabak ini. Kepada sesiapa yang nak merasanya, kami diminta untuk tapau sahaja dan makan kemudian semasa waktu lunch. Aku tak beli pon kerana aku akan masuk USS dan tiket masuk yang aku dapat adalah bersama dengan baucer makanan. Tetapi semerbak sedap sungguh bau bila orang yang beli murtabak tu bawak masuk ke dalam bas. Tiba-tiba rasa lapar plak... Kami tidak diperuntukkan banyak masa di sini dan aku pun tak turun dari bas. Masjid Sultan juga sedang dalam proses renovasi, makanya tak dapat nak berselfie dengan Masjid Sultan.

Bas meneruskan perjalanannya ke Pulau Sentosa.

... bersambung

  • 0 Comments
Seawal pukul 6.30 pagi ada yang telah bangkit dari tidor. Selesa sungguh tidor di rumah itu walaupon hanya bertilamkan toto. Sejuk terasa suasana. 

Plan hari ini untuk ke Bukit Bendera. Tapi sebelum itu kite sarapan nasi kandar dulu. Lebih kurang pukul 8.00 pagi, kami telah check-out dan terus menuju ke Ayer Hitam. Tempat yang kami tuju adalah ke Kedai Kopi Kampung Melayu yang menghidangkan nasi kandar sebagai sarapan pagi. Sesampai saja kami di sana, orang ramai sudah pon beratur untuk mendapatkan nasi kandar. Ingatkan kat Nasi Kandar Beratur jer kene beratur, kat sini pon kene beratur jugak. Selain nasi kandar, aku lihat ada juga roti canai di jual di sana. Untuk pagi itu, nasi kandar aku hanya berlaukkan ayam kari dan telur rebus di samping ambil sedikit papedom orang sebelah dan air nescafe ais. Harga sasi kandar sahaja adalah RM6.50. 

Sarapan Nasi Kandar di Kedai Kopi Kampung Melayu, Ayer Hitam

Lebih kurang pukul 10.00 pagi, kami semua menuju ke Bukit Bendera yang terletak tidak jauh dari kedai kopi ini. Tetapi oleh kerana kami mengikut GPS berjenama Waze, peranti ini telah membawa kami ke pintu lain Bukit Bendera, kalau tak silap aku Taman Botani. Kami yang follow kenderaan hadapan tertanya-tanya ke mana arah tuju mereka, kata nak ke Bukit Bendera, tapi kenapa ikut jalan lain. Akhirnya, barulah kami tahu yang mereka telah mengikut GPS dan GPS telah membawa kami ke sana. Kami berpatah balik dan selamat tiba di tempat yang dituju lebih kurang satu jam kemudian.

Banyak sudah perubahan yang berlaku sejak kali terakhir aku ke sini lebih kurang 2 tahun lepas. Bayaran naik masih lagi RM8 kepada rakyat Malaysia dengan MyKad. Sampai di atas sana, kami menyewa buggy untuk pusing keliling (tak keliling pon) Bukit Bendera. Buggy berhenti di beberapa tempat untuk kami mengambil gambar dan menikmati permandangan sekeliling.Kami menghabiskan masa lebih kurang 2 jam di atas Bukit Bendera. Sebelum turun, kami singgah di cafe untuk minum.

Bukit Bendera

Destinasi seterusnya adalah ke Rumah P. Ramlee. Kami tiba lebih kurang pukul 2.30 petang dan disambut dengan hujan yang lebat. Disebabkan hujan lebat itu, kami lepak di dalam galeri dan melihat semua pameran tentang P. Ramlee yang di pamerkan. Apabila hujan telah reda, kami bergerak pula ke Rumah P. Ramlee yang terletak bersebelahan sahaja dengan galeri itu. Kami meninggalkan Rumah P. Ramlee lebih kurang pukul 3.30 petang dan terus ke jeti untuk mengambil feri ke tanah besar. 

Destinasi kami seterusnya adalah untuk makan tengahari cum minum petang di Sungai Dua. Matlamat kami untuk makan char koay teow. Kehadiran kami di Sungai Dua disambut dengan hujan yang amat lebat. Sesampai saja tempat yang dituju, kedai itu nampaknya tutup. Kecewa sekejap. Kami dimaklumkan bahawa kedai itu hanya akan dibuka pada pukul 6.00 petang. Untuk mengisi masa yang terluang dan perut yang sudah berkeroncong minta diisi, kami singgah di Restoran Ida Mee Udang yang terletak tidak jauh dari situ. Pekene mee udang dulu. Katanya sedap, tak tahu lah kan. Kami semua order mee udang semangkuk seorang. Mee udang di sini biasa saja, takde la sedap mane pon. Disebabkan perut sudah lapar, makan je lah. Kami lepak di kedai itu sehingga pukul 6.00 petang dan kemudian kami terus ke Restoran Sg. Dua Char Koay Teow untuk makan char koay teow plak.

Walaupon baru bukak, telah ramai pelanggan yang datang. Memang sedap lah kot char koay teow di sini. Kami order sepinggan sorang. Ermmm... sedap nyer, terasa segala-galanya, terasa hangus nyer. Memang aku rekomen makan kat sini. InsyaAllah akan datang lagi. 

Selesai makan, kami pon bergerak balik ke KL. Sampai di Selayang lebih kurang pukul 12.00 malam...



#SalamSayang

  • 0 Comments
Seawal pukul 4.30 pagi kami sudah bergerak keluar menuju ke utara tanah air dari Selayang. Kami berhenti seketika untuk berehat, solat subuh dan bersarapan di R&R Tapah sebelum meneruskan perjalanan kami. Kami memilih untuk menggunakan Jambatan Pulau Pinang ke-2 untuk ke pulau. Kami tiba di destinasi pertama kami untuk trip ini, Muzium Perang Pulau Pinang lebih kurang pukul 9.00 pagi. Lokasi muzium ini di kawasan Batu Maung adalah tidak jauh jika kita menggunakan jambatan ke-2. Ikut saja signboard dan anda akan tiba di destinasi yang agak terpencil. Bayaran masuk adalah sebanyak RM20 seorang dan RM5 untuk kamera. Jangan lupa bawa kad pengenalan, kalau tak kite akan kene bayar lebih. 

Banyak bangunan ketenteraan yang dibina di sini. Banyak juga peralatan dan barang-barang tinggalan perang dipamerkan di sini. Ada beberapa binaan di sini agak 'scary' juga. Oleh itu berhati-hati lah. 

Muzium Perang Pulau Pinang

Kawasan muzium ini agak luas. Penat jugalah menjelajah keseluruhan kawasan muzium ini. Walau bagaimanapun, amat berbaloi.

Kami meninggalkan Muzium Perang lebih kurang pukul 11.00 pagi dan menuju ke sebuah restoran nasi kandar yang aku pon dah lupa kat area maner, kalau tak salah Teluk Kumbar, untuk makan tengahari. Lalu saja di hadapan restoran itu, pelanggannya sudah ramai dan disebabkan kami tak dapat mencari parking, kami kensel saja hasrat murni kami untuk makan di situ. 

Kami seterusnya menuju ke Georgetown. Untuk makan tengahari, kami telah singgah di Medan Selera Padang Kota Lama. Kami order pelbagai mengikut selera masing-masing. Aku makan pasembor dan air lai chi kang yang tidak sedap. Ape-ape pon, kenyang juga perut untuk tengahari itu.

Selepas makan tengahari, kami menuju pula ke sebuah lagi muzium iaitu Made In Penang Interactive Muzium. Bayaran masuk muzium ini adalah RM15 seorang. Kami tidak masuk pon sekadar mengambil gambar di bahagian luar sahaja.

Makan tengahari di Medan Selera Padang Kota Lama dan lawatan ke Made In Penang Interactive Museum


Kemudian kami bergerak menuju ke Batu Feringgi untuk ke homestay kediaman kami di Delima Kondominium. Rumah 3 bilik 2 bilik air agak selesa lengkap dengan kemudahan asas dengan bayaran yang berpatutan. Kami akan tinggal di situ selama tempoh trip kami selama 2 hari 1 malam sahaja. Dek kerana kepenatan kerana bergerak awal pagi, semuanya tertidor.

Dalam pukul 5.00 petang, kami keluar semula untuk makan malam, tetapi kami singgah sebentar di Pantai Miami untuk menikmati keindahan pantai itu. Pastu ada orang kata nak mandi pantai, tapi tak mandi pon. Ada beberapa orang daripada kami yang sangat lapar dan mereka pon dok makan di deretan kadai yang terdapat di pantai itu. Order char koay teow tapi yang datang macam koay teow goreng jer. Kecewa pada mulanya, tetapi disebabkan koay teow itu sedap, hilang rasa kecewa itu. 

Dalam pukul 6.30 petang kami menuju ke Georgetown untuk makan malam dan tempat pilihan kami adalah Pusat Penjaja Anjung Gurney. Kalau malam-malam minggu macam ni memang ramai orang dan amat susah untuk mendapatkan pakir. Di sana kami telah makan mengikut selera masing-masing. Ada yang order char koay teow, nasi goreng ayam kunyit, oyster omelette dan yang spesial dan first time aku makan - siput cungkil. Menarik sangat siput cungkil ni, rasa dia takde la sedap mana pon, kenyal-kenyal tapi layan jer bila makan. Hehehe.. Char koay teow dia tak sedap, rasa kecewa sangat pasal masih tak dapat rasa char koay teow yang sedap. 

Sepetang di Pantai Miami dan makan malam di Anjung Gurney

Selesai makan malam, kami menuju balik ke Batu Feringgi. Kami singgah di Pasar Malam Batu Feringgi pula. Ada kawan-kawan yang membeli itu dan ini, tapi aku sekadar jalan-jalan sahaja. Memang takde niat nak membeli ape-ape. 

Lebih kurang pukul 10.00 malam, kami sudah kembali ke kediaman kami. Dek kerana penat dan letih, aku merupakan orang pertama yang terlelap dengan lenanya.


... bersambung
  • 0 Comments
15 November 2014

Genap 13 tahun aku berkhidmat dengan perkhidmatan awam di Universiti Malaya. Sepanjang 13 tahun itu lah aku menimba pengalaman, mencari ilmu dan mencari rezeki di sana. Walaupon sudah 13 tahun aku berkhidmat di Universiti Malaya, aku hanya dapat menimba pengalaman kerja di dua jabatan sahaja - Klinik Kesihatan Pelajar, Universiti Malaya (15/11/2001 - 1/6/2014) dan Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya (2/6/2014 - sekarang). InsyaAllah aku akan terus melimpahkan kudrat dan bakti aku kepada Universiti Malaya sehingga aku bersara paksa pada usiaku 60 tahun (adooiii.... lamanya lagi!!).


16 November 2014

Genap 2 tahun ibu meninggalkan kami. Pada pagi Jumaat, 16 November 2012, ibu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumah dengan tenang. Kami redha pemergian ibu. Doa dah kasih kami sentiasa bersama ibu. Al-Fatihah.


#SalamSayang

  • 0 Comments
Dua Jumaat lepas aku menerima pesanan ringkas melalui Whatapps dari anak buah aku yang tinggal di rumah, 'Pakcik ~~~ rumah masuk air. Hujan lebat. Habis banjir'. Terkejut jugak aku pada mulanya. Seumur hidup aku tinggal di rumah itu, tidak sekali pon pernah berlaku kejadian banjir walau selebat mana pon hujan. Aku terus bertanya lagi untuk mendapatkan kisah sebenar mengenai kejadian itu. Tepat pukul 5.00 petang hari itu, aku bergegas pulang ke rumah. Malangnya aku terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas disebabkan jalan yang ditutup akibat pokok tumbang. Aku berpatah balik dan terpaksa mencari jalan alternatif lain untuk sampai ke rumah secepat mungkin. Aku sampai di rumah kira-kira pukul 7.00 malam, lewat 1 jam dari biasa.

Damage analysis melalui pemerhatian aku lakukan. Keseluruhan rumah dimasuki air kecuali bilik belakang dan bilik aku yang terletak di ruang hadapan rumah. Disebabkan rumah aku diliputi dengan lebih kurang 75% karpet, maka semua karpet dan permaidani telah basah dan menakung air. Tiada ape yang dapat kami lakukan melainkan cuba mengeringkan air-air yang bertakung di dalam rumah. 

Punca kejadian dikenalpasti. Disebabkan lokasi rumah aku agak rendah di kawasan itu, hujan yang extra lebat petang itu telah menyebabkan longkang-longkang kawasan sekitar itu tidak dapat menampung kuantiti air yang banyak. Masalah longkang tersumbat juga boleh menyumbang kepada kejadian ini. Disebabkan ini, air yang banyak itu juga cuba mencari alternatif lain untuk mengalir dan ia telah mengalir dari belakang rumah dan terus masuk ke rumah melalui dua pintu tanpa disedari. Apabila disedari, ia sudah pon terlewat. 

Keesokan harinya, kami berkumpul adik-beradik bergotong-royong membersihkan rumah. Karpet di bahagian ruang tamu terpaksa dibuang. Isnin lepas kami telah memanggil perkhidmatan pembersihan untuk membersihkan karpet di dalam rumah dan tiga helai permaidani. Walaupon telah dibersihkan, tiga helai permaidani itu masih berbau kurang enak.

Gambar-gambar pada hari kejadian dan sehari selepasnya.


#SalamSayang


  • 0 Comments

Alhamdulillah.. kebutuhan aku untuk berlibur dapat juga dipenuhi, walau pon tak seberapa. Yang penting dapat merehatkan diri dan minda dari tugas-tugas harian yang kadang-kadang amat membebankan. 

#SalamSayang

  • 0 Comments
Tahun ni tak dapat bercuti ke mana-mana tempat yang best. Hasrat untuk berlibur ke Vietnam atau Cambodia masih lagi terpendam yang entah bila akan dapat terlaksana. Kini satu lagi tempat yang telah masuk ke dalam senarai hati aku sebagai tempat yang ingin aku lawati, Surabaya dan Gunung Bromo di Indonesia. InsyaAllah, tahun depan, tak pon tahun berikutnya.. Hehehe...

Tahun ini cuma bercuti-cuti Malaysia sahaja. Dimulain dengan aktiviti berkhemah di Sungai Chiling, Kuala Kubu Baru pada akhir bulan Jun lepas, diikuti pula dengan aktiviti berkhemah sekali lagi di Sungai Lepoh, daerah Hulu Langat pada akhir bulan Ogos dan kemudian program Kenduri Kahwin cum jalan-jalan ke Kedah pada bulan September lepas. Masih tidak cukup rasanya KPI percutian aku pada tahun ini. Hehehe...

InsyaAllah jika tiada aral melintang di mana-mana, akan bercuti di Pulau Pinang pada bulan November nanti. Untuk tahun depan pula, telah dirancang percutian ke Pulau Langkawi pula.


#SalamSayang

  • 5 Comments
Dah lama rasanya tak cabut gigi. Seingat-ingat aku, last cabut gigi masa sekolah rendah, darjah enam. Lepas tu, tak pernah pergi klinik gigi untuk cabut gigi. Kalau ada pon, untuk tampal dan buat scaling sahaja. 

Nak dijadikan cerita, masa bulan puasa lepas, punya lah pulun makan karipap masa berbuka puasa, aku tergigit bahagian keras pada karipap itu dan membuatkan tampalan gigi aku tercabut. Melihatkan tak berapa serius, dan tak rasa sakit, aku menangguhkan langkah kaki aku ke klinik gigi. 

Setelah beberapa lama, kerosakan pada gigi aku tu menjadi bertambah serius walaupon tidak aku merasa sakit. Gigi itu telah bergoyang, yang aku agak, ia telah patah pada bahagian akarnya. Nak tak nak, semalam aku gagahi juga ke klinik gigi. Melihat keadaan gigi aku itu, doktor gigi mengesahkan bahawa gigi itu telah rosak dan menyebabkan ia patah di bahagian dalam. Hanya gusi saja yang memegang gigi itu. Gigi itu tidak dapat diselamatkan lagi kerana aku tidak mendapatkan rawatan awal. Doktor kemudiannya menerangkan prosedur yang akan dilakukan. Beliau akan melakukan pembedahan disebelah kiri dan kanan serta depan gigi tersebut. Dari situ beliau akan cuba mencabutnya, jika gagal beliau akan membedah lebih dalam lagi. Bla.. bla.. bla.. (panjang lagi penerangannya). Macam kompleks jer prosedur yang akan dijalankan itu. Aku siap tanya lagi, "sakit tak doktor?"

Mendengarkan penjelasan itu, aku merasa sedikit cuak dan serah diri saja kepada kepakaran doktor itu. Lebih mencuakkan aku bila doktor tu suruh aku membaca bismillah dan bersalawat tiga kali. Gusi aku dibius. Sakit terasa semasa beliau mencucuk bius itu. Dalam 5 minit kemudian, bila mulut aku terasa kebas, doktor itu memulakan prosedurnya. Aku dapat rasa beliau, cungkil sebelah kiri, kemudian kanan kemudian ntah aper yang beliau buat lagi. Kemudian beliau suruh aku berkumur dan meletakkan gauze di dalam mulut aku. "OK.. dah siap", jelas doktor itu. Aku terkejut, "aiik... dah siap ke?" Doktor itu kemudian menunjukkan aku gigi yang telah dicabutnya itu. Katanya, takda masalah dalam prosedur mencabut itu, pasal tu lah cepat jer.

Sebelum pulang, aku diberi MC selama 2 hari, semalam dan hari ini. Tapi rugilah, sebab semalam aku dah bekerja setengah hari. Kalau tau, aku datang hari rabu. Hehehe ...

#SalamSayang

  • 0 Comments

Untuk jamuan mata sahaja. Jemput makan semua. Bismillah...

  1. Nyonya Fried Noodles - Food Court Mid Valley
  2. Chicken Bulgogi (bukan nama sebenar) - Dubu Dubu Restaurant
  3. Grilled Chicken With Cheese - Bandar Baru Selayang (nama kedai tak tau)
  4. Choc Galore Waffle - Waffles Stop, Alamanda
  5. Prawn Curry Noodles - Rasa Utara Restaurant
  6. Cheesy Special Chicken Burger - Bandar Baru Selayang (nama kedai tak tau)
  7. ABC Special - Kedai Ali Manap, Pantai Merdeka, Kedah
  8. Tuna Cheese Toast - Old Town White Coffee Restaurant


#SalamSayang

  • 2 Comments
... sambungannya

Di hari ketiga kami di bumi Kedah Darul Aman. Hari ini merupakan hari majlis persandingan sebelah lelaki dan kami menuju ke majlis lebih kurang pukul 12.00 tengahari. Majlis diadakan di rumah orang tua pengantin lelaki di Guar Chempedak tidak berapa jauh dari homestay kediaman kami. Setibanya kami dan pasangan mempelai, tetamu tengah ramai dan sebagai tetamu terhormat, kami dapat makan di meja yang disediakan khas untuk kami. Selepas makan, kami dijemput masuk untuk berehat sebentar. Lebih kurang pukul 2.00 petang kami meminta diri.

Lebih kurang pukul 5.00 petang, kami beramai-ramai menuju ke Puncak Gunung Jerai untuk sesi photoshoot pengantin. Perjalanan dari kaki ke puncak akan memakan masa lebih kurang 30 minit. Jarak dari kaki ke puncak pula lebih kurang 11 kilometer. Jalan menuju puncak agak kecil dengan selekoh tajam memerlukan kecekapan pemandu. Ramai juga pengunjung yang aku lihat berjogging dan ada yang berbasikal menuju ke puncak.

Setibanya kami di atas, agak ramai juga pengunjung dan suhu agak sejuk berbanding di bawah. Pasangan pengantin meneruskan agenda photoshoot mereka manakala kami pula menikmati permandangan indah di puncak Gunung Jerai.

Beberapa permandangan di Puncak Gunung Jerai

Lebih kurang pukul 7.30 malam kami turun dan keadaan telah pun gelap. Kami terus bergerak pulang ke Kuala Lumpur malam itu juga dan tiba di Selayang lebih kurang pukul 1.00 pagi.


#SalamSayang


  • 0 Comments

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. Esok semua umat Islam di Malaysia akan menyambut Idul Adha 2014. Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan ucapan Selamat Hari Raya Idul Adha kepada semua rakyat Malaysia yang berada di Tanah Suci, semoga ibadah dan amalan diberkati Allah swt dan semoga mendapat haji yang mabrur. Ucapan ini juag ditujukan kepada semua ahli keluarga jauh dan dekat dan kepada semua yang mengenali saya tak kira di mana saja kalian berada, mohon ampun dan maaf semua kesalahan dan kesilapan yang pernah berlaku antara kita. Semoga ukhwah kita berpanjangan, InsyaAllah.

SELAMAT HARI RAYA IDUL ADHA


#SalamSayang

  • 0 Comments
... sambungannya

Selepas menikmati laksa kedah dengan ABC special itu, kami semua bergerak ke sebuah lokasi makan yang lain. Semasa di homestay pagi tadi, tuan punya homestay ade memberitahu bahawa terdapat restoran mee udang yang sedap terletak di Pulau Sayak. Maka kami semua menuju ke Pulau Sayak untuk menikmati mee udang yang dimaksudkan. Pulau Sayak bukan lah sebuah pulau seperti yang digambarkan pada namanya. Ia macam sebuah perkampungan di tepi pantai.

Semasa kami tiba, restoran tepi pantai itu penuh sesak dengan pelanggan. Tetapi nasib kami baik kerana kami dapat port yang sangat baik over looking the beach yang tengah sunset masa tu. Menu kami malam itu ranging from mee udang hinggalah ke mee udang dan ketam. Sambil menunggu hidangan kami dihidangkan, kami menikmati permandangan indah dan pantai yang bersih di situ.

 Permandangan matahari terbenam di pantai Pulau Sayak

Mee Udang dan Ketam, Restoran Usop Mee Udang Laut Pulau Sayak, Kedah Darul Aman 


Selesai menjamu selera, kami meninggalkan Pulau Sayak dan menuju ke penginapan homestay kami di Gurun.

bersambung ...

  • 6 Comments
... sambungnnya

Seawal pukul 6.30 pagi, kebanyakkan dari kami telah bangkit dari tidor. Sejuk terasa malam semalam kerana hujan turun sepanjang malam. Semua yang bangkit awal itu semata-mata untuk melihat permandangan pagi di Pantai Merdeka. Memang cantik permandangan matahari terbit yang dihidangkan betul-betul di muka pintu homestay kami. 

Permandanan pagi di Pantai Merdeka dari muka pintu homestay

Pagi itu sebahagian dari kami telah pergi ke pasar pagi berdekatan untuk mencari sarapan pagi dan sekadar berjalan-jalan melihat tempat orang. Pagi itu kami telah bersarapan roti canai sahaja memandangkan itu saja yang didapat di kawasan pasar itu. Mungkin itu kawasan kampung maka tidak banyak jenis sarapan yang dijual. Orang kampung buat sarapan sendiri di rumah, tak beli di gerai kot.

Lebih kurang pukul 1.00 petang, kami check-out dan menuju ke Pantai Merdeka untuk menaiki bot ke Tanjung Dawai. Itu adalah mod transpotasi paling cepat untuk ke Tanjung Dawai dan dari Tanjung Dawai ke Pantai Merdeka. Bayaran RM2 seorang dikenakan untuk perkhidmatan ini. Perjalanan tidak sampai 5 minit pon dengan bot laju. Keadaan laut yang bergelora membuatkan kami teruja menaiki bot tersebut.

Permandangan Pantai Merdeka

Tanjung Dawai adalah sebuah pekan kecil yang terkenal dengan hasil lautnya seperti ikan masin, sotong kering, keropok dan sebagainya. Kami telah makan tengahari di sebuah kedai makan di sana. Agak popular kedai itu memandangkan semasa kami datang ia penuh dengan pengunjung sampai kami terpaksa menunggu untuk mendapatkan meja. Menu utama di sini adalah ikan bakar. Ada juga nampak udang bakar dan belangkas. Kami cuma amik ikan bakar - siakap, kembung dan pari dan beberapa lauk kampung yang lain. Udang semasa itu telah kehabisan stok. Sob.. sob.. sob

Permandangan Tanjung Dawai

Selesai menjamu selera makan tengahari, kami terus ke tempat kedai-kedai yang menjual hasil laut seperti ikan kering, ikan bilis, sotong kering dan semua yang kering-kering. Aku sekadar membeli-belah tingkap sahaja, tak berhasrat untuk beli ape-ape, sebab kalau beli pon takde saper nak masak dan nak memakannya nanti. Dalam pukul 4.00 petang kami menaiki bot semula balik ke Pantai Merdeka.

Kami menghabiskan masa petang itu dengan bersantai di tepi pantai. Ada yang memancing dan ada yang sekadar melepak-lepak. Masa terasa lambat bergerak di sini, dah terasa lama duduk di sana tetapi jam masih menunjukkan baru pukul 5.00 petang. Bila tekak terasa kering, kami singgah di sebuah gerai penjaja di situ dan pekena ABC dan Laksa Kedah.

ABC Special Kedai Ali Manap, Pantai Merdeka

... bersambung

  • 2 Comments
12 hingga 16 September 2014 yang lepas merupakan minggu yang sangat sibuk bagi aku. Aku telah dijemput untuk menghadiri kenduri kahwin adik kepada seorang sahabat. Majlis pernikahan diadakan pada malam 12 September dan kerja kahwin diadakan pada 13 September 2014. Pada 14 September kami beramai-ramai telah menuju ke utara tanah air untuk majlis di rumah pengantin lelaki pula yang akan diadakan pada 16 September 2014. Dalam kesempatan yang ada itu, sempat juga kami pergi ke beberapa tempat menarik di kawasan sekitar sana.

Mengikut perancangan awal, kami akan bergerak ke utara pada 15 September memandangkan penginapan kami di sana hanya untuk 15 September sahaja. Tetapi kami ingin menggunakan cuti tersebut sebaiknya dan kami menukar plan untuk bertolak sehari lebih awal. Pada pagi 12 September itu, sebelum aku ke mesyuarat, aku telah surf internet untuk mencari penginapan homestay di sekitar kawasan Gurun Kedah. Banyak juga yang aku dapat dan aku telah forwardkan kepada sahabat aku untuk menguruskan urusan booking dan sebagainya. Ada satu homestay itu amat menarik perhatian aku, Joran Homestay di Pantai Merdeka dan sabahat aku juga berpendapat sedemikian. Pada aku, biarlah mereka yang buat keputusan. Beberapa jam kemudian, sahabat aku memaklumkan bahawa dia telah booking sebuah homestay di Gurun. Tetapi pada malam itu pula, sahabat aku memaklumkan pula bahawa keluarganya berminat untuk bermalam di Pantai Merdeka pula memandangkan homestay tersebut betul-betul di tepi laut. Yesszza...

Kami bertolak dari Bandar Baru Selayang ke Pantai Merdeka pada 14 September lebih kurang pukul 3.00 petang dan tiba di Pantai Merdeka lebih kurang pukul 9.00 malam. Kami makan malam dahulu di deretan kedai makan di Pantai Merdeka sebelum ke homestay. Semasa kami sedang makan, hujan turun dengan lebatnya. Lebih kurang pukul 10.00 malam kami menuju ke homestay yang tidak jauh dari situ. Homestaynya biasa sahaja, 2 bilik dan 1 bilik air, lengkap dengan kemudahan asas. Yang penting menghadap ke laut, tapi nak nampak ape-ape lah sebab hari dah malam.

Permandangan di Pantai Merdeka dari homestay pada siang hari

... bersambung

  • 0 Comments
... sambungannya


Pagi itu kami dikejutkan dengan bunyi dentuman seperti nangka busuk jatuh. Terkejut jugak semua yang sedang beradu di dalam khemah masing-masing. Disebabkan hujan semalam dan keadaan tanah yang agak licin, kami sangkakan Fred yang terjatuh, rupa-rupanya Daus. Nasib baik takde ape-ape. Hehehe... Kami mulakan pagi itu dengan sarapan pagi. Sarapan pagi kami di hari ketiga itu agak berat kerana kami akan terus bergerak turun menjelang tengahari. Tiada lunch yang akan disediakan. Menu pagi itu adalah nasi goreng cina dan sup sayur fucuk dengan cendawan. 

Selepas bersarapan, kami berkemas-kemas tapak perkhemahan itu. Semua sampah dikumpulkan dan apa yang boleh dibakar kami bakar. Kebersihan kawasan hutan itu adalah tanggungjawab bersama. Dua buah khemah diturunkan dan semua rakan mula mengemas barang dan beg masing-masing. Sebelum bergerak turun, kami mandi manda sekali lagi dikawasan air terjun itu. Pengunjung juga agak ramai pagi iru. 

Lebih kurang pukul 12.00 tengahari kami mula menyiapkan diri untuk turun. Semua barang dipastikan tiada yang tertinggal. Lebih kurang pukul 1.00 petang kami bergerak turun. Perjalanan turun tidak sesukar perjalanan naik bagi aku. Tapi aku terpaksa juga merehatkan diri beberapa puluh kali kerana terasa sakit bahagian belakang. Petang itu barulah aku nampak jalan yang kami lalui untuk naik tempoh hari. Memang sukar dan mencabar bagi orang macam aku ni. Taubat takmo naik lagi. Hehehe.

Aku sampai di bawah lebih kurang pukul 3.30 petang. Kawan yang lain sudah menunggu kehadiran aku. Sorry guys, aku lambat sket. Sebelum pulang ke rumah masing-masing, kami telah berhenti makan di sebuah kedai di kawasan pekan berhampiran.

Best sangat dapat camping macam ni sekali sekala. Terima kasih kepada kawan-kawan yang join program kali ni - Fred, Daus, Ted, Kyle dan Syah. Apa-apa pon, kagum dengan kehebatan Ted, walaupon kaki terseliuh, mampu turun lagi cepat dari aku. Malangnya, kami ingatkan terseliuh, rupa-rupanya retak tulang metatarsal yang menyebabkan dia MC selama 6 minggu. Get well soon Teddy.


#SalamSayang
  • 2 Comments
... Sambungannya

Malam tadi tidor tak lena, pertama sebab tempat baru biasalah mesti susah nak tidor. Kedua, keadaan muka bumi yang tidak rata (tanah tinggi sebelah) menyebabkan bila tidor asik nak bergolek ke sebelah. Tak boleh nak buat aper, pasal itu sahaja kawasan yang ada dan itu saja kawasan yang terbaik. Rasanya malam itu hanya kami berenam yang bermalam di atas sana. Lebih kurang pukul 7 pagi aku dah bangun, sakit rasa badan. Dah kedengaran ada kumpulan lain yang telah tiba (pukul berapa agaknye mereka sampai). Cuaca ketika itu baik dan amat sejuk.

Pagi itu giliran aku dan seorang sahabat untuk menyediakan sarapan pagi. Sebelum memulakan penyediaan sarapan pagi, aku turun ke sungai untuk membersihkan peralatan memasak yang digunakan semalam. Sejuk air sungai pagi itu, sejuk-sejuk macam tu pon dah ada sekumpulan pengunjung yang mandi manda. Tak kecut ke dot dot dot korang? Menu kami pagi itu simple sahaja, roti cicah sambal sardin dan makanan sampingan kentang rebus yang digoreng dengan serbuk lada hitam. Habis sebuku roti gardinia saiz jumbo tu.

Selesai masak, makan dan membersihkan ape-ape yang patut, kami beramai-ramai pegi ke kawasan air terjun dan mandi. Masih tidak ada pengunjung pagi itu lebih kurang pukul 10.00 pagi. Makanya, air terjun itu kami yang punya. Mandi sepuasnya dan bermain gelungsur air. Apabila hari mula meninggi, pengunjung pon makin ramai. Dalam tengahari kami naik semula untuk berehat dan menyediakan makan tengahari. Makan tengahari kami disediakan oleh dua orang kawan yang lain. Menu yang mereka sediakan cuma nasi dan sambal ikan bilis. Sementara menunggu makanan masak, aku beserta dua orang kawan yang lain pergi mencari kayu api untuk bon fire malam nanti. Tak susah untuk mencari kayu api memandangkan ada sebatang pokok besar yang tumbang berhampiran tapak perkhemahan kami. Dari pokok itu kami mendapat bekalan kayu api kami. Bila kayu sudah dikumpulkan, unggun api pon terus dinyalakan.

Selesai makan tengahari dan membersihkan apa-apa yang patut kami berehat dan berbual sesama sendiri. Lebih kurang pukul 3.00 petang, kami pergi ke kawasan air terjun lagi untuk mandi manda. Pengunjung sudah pon beransur turun, dan sekali lagi kawasan air terjun itu kami yang punya.

Sejam kemudian kami naik semula dan seorang rakan bersedia untuk menyediakan minum petang pula. Menu untuk minum petang cuma cucur bawang dan teh dan kami minum berhampiran unggun api yang dinyalakan tadi. 

Petang lebih kurang pukul 5.00 petang cuaca mulai mendung dan kedengaran sudah bunyi guruh di langit. Hari nak hujan nampaknya dan hujan turun renyai-renyai. Hujan renyai-renyai dan panjang membawa ke malam itu telah menyebabkan tapak perkhemahan kami menjadi becak. Khemah aku yang tidak mempunyai bumbung kalis air nampaknya telah dimasuki air. Nasib baik hujan hanya renyai-renyai, jika lebat rasanya terpaksalah kami bermalam berbumbungkan langit saja malam itu. Apabila hujan mulai reda malam itu, terpaksalah kami mengemas khemah kami untuk membolehkan kami tidur pada malam itu. 

Walaupon hujan, persediaan untuk makan malam tetap disediakan. Malam itu kami makan nasi berlaukkan ikan sardin masak lemak cili api. Semerbak bau masak lemak cili api kami dalam hutan malam itu. Berselera masing-masing makan dalam keadaan yang sejuk dalam hutan selepas hujan itu. Selepas makan dan membersihkan apa-apa yang patut kami duduk-duduk sahaja sambil berbual-bual kosong. 

Aktiviti makan-makan kami tidak terhenti di situ sahaja, seorang rakan bersedia pulak untuk menyediakan supper untuk malam itu. Supper kami adalah chocolate fondue, epal dan pisang serta biskut dan mashmellow dicicah dengan coklat cair. Rasanya inilah kali pertama aku makan coklat fondue dan tambah istimewa, makan pula di dalam hutan.
Hehehe.

Lebih kurang pukul 11.00 malam, masing-masing dah nak tido...



... bersambung
  • 0 Comments
Sempena cuti panjang Hari Kebangsaan tempoh hari, beberapa orang rakan telah merancang untuk bercuti dan akhirnya kami telah memilih untuk camping di Air Terjun Sungai Lepoh di daerah Hulu Langat, Selangor. Kami telah bersetuju untuk bercuti di sana untuk tiga hari dua malam. Perancangan asalnya kami seramai lapan orang, tetapi hanya enam orang saja yang turut serta.

Kami berjanji untuk berjumpa pada pukul 2.30 petang di kawasan Hulu Langat pada hari sabtu itu. Memandangkan aku dah biasa dengan area Hulu Langat tu, maka tak susah lah nak mencari kawan-kawan yang telah sedia menunggu di sana. Sebanyak tiga buat kereta bergerak menuju ke destinasi.

Kami tiba di tempat yang dituju lebih kurang pukul 3.15 petang. Setelah membuat persiapan apa-apa yang patut kami memulakan perjalanan kami meredah denai dan hutan untuk ke kawasan Air Terjun Sungai Lepoh itu lebih kurang pukul 3.45 petang. Perjalanan peringkat pertama agak santai meredah denai kampung dan denai yang nampaknya banyak dilalui oleh motorsikal penduduk tempatan. Perjalanan peringkat pertama ini saja kami telah mula mendaki dan disebabkan aku ni tak berapa nak cergas, aku mula merasakan kepenatan di peringkat ini. Perjalanan selepas itu agak landai dan sekala sekali melakukan pendakian. Aku terpaksa berhenti beberapa kali untuk berehat dan mengambil nafas menyebabkan perjalanan kami tergendala sebentar. Mohon maaf kepada kawan-kawan yang terpaksa menunggu aku. Walaupon kepenatan yang amat sangat, perjalanan harus diteruskan.

Perjalanan diteruskan melalui ladang-ladang getah dan kebun-kebun penduduk tempatan. Tatkala ini cuaca sudah pun menunjukkan tanda-tanda untuk hujan. Hujan turun sepanjang baki perjalanan kami. Di dalam hujan dan kepenatan itu kami tersalah jalan yang membawa kami ke satu kawasan bukit yang tiada tanda-tanda ada orang pernah melalui kawasan itu. Salah seorang rakan mendaki bukit itu untuk membuat kepastian dan ternyata kami telah tersalah jalan. Kami berpatah balik dan berjaya melalui jalan yang benar.

Perjalanan kami menjadi makin mencabar apabila kami tiba di kawasan yang mendaki. Sangat tinggi pendakian yang terpaksa kami lakukan. Di sini lah aku merasa seperti nak hilang nyawa, tak cukup nafas, nak pitam dan sebagainya. Setiap sepuluh langkah aku akan berhenti berehat. Sabar jer lah kawan-kawan aku yang lain tu. Ketika itu hari semakin gelap. Belum pon sampai ke puncak, hari telah pon gelap. Bekalan lampu di buka dan kami meneruskan perjalanan kami berbekalkan cahaya lampu. Pada masa itu kami berjalan melalui lereng-lereng bukit, kalau tersilap langkah mungkin kami boleh jatuh ke gaung di sebelah kiri. Alhamdulillah, perjalanan kami selamat.

Perjalanan selepas pendakian itu agak selesa dan aku tetap meneruskan perjalanan aku. Rasa nak give up pon ada, tetapi memandangkan kawan-kawan dan tempat yang dituju semakin hampir, aku gagahkan diri untuk terus berjalan. Akhirnya kami berjaya juga sampai ke tempat yang dituju selepas lebih kurang lima setengah jam berjalan. Tiga orang kawan yang tiba awal telah pon mendirikan khemah dan membuat persiapan yang patut untuk malam itu.

Kami mendirikan khemah kami sesegera yang mungkin kerana hari telah pon gelap. Selepas berehat sebentar aku terus turun ke sungai memandangkan aku sudah berasa tidak selesa dengan badan yang letih, berpeluh dan berbau agak kurang enak. Selepas dapat mandi, barulah aku merasa segar kembali. Untuk malam itu, makan malam kami agak sedap. Semuanya bakar-bakar. Ada ayam, ikan, jagung, kentang dan sosej. Kenyang makan malam itu, berselera sungguh kerana telah banyak tenaga digunakan semasa perjalanan tadi. Waktu malam itu dihabiskan dengan berbual dan berehat.

... bersambung
  • 0 Comments

#SalamSayang
  • 2 Comments

Bulan Syawal masih berbaki beberapa hari lagi. Jemputan ke rumah-rumah terbuka masih lagi diterima setiap minggu sehingga menyebabkan berlakunya kesesakan lalulintas sekitar Kuala Lumpur hatta pada hujung minggu. Setiap jemputan harus dipenuhi kerana rugi kalau tak pergi. Makanan yang dihidangkan semuanya hebat-hebat belaka. Memang tak kuar duit belanja makan setiap hujung minggu sepanjang Syawal ini, cume perlu keluar duit minyak ngan duit tol sahaja.


Aku menerima undangan ke majlis rumah terbuka seawal minggu kedua lagi. Rumah seorang bekas teman sepejabat di Salak Tinggi dan ada juga jemputan di Cheras. Aku juga menerima jemputan ke rumah keluarga mertua adik aku di Bangi. Malangnya, aku tidak dapat memenuhi kesemua undangan memandangkan aku terpaksa mengikuti satu kursus anjuran jabatan di Melaka. Time-time macam ni lah diaorang nak wat kursus. Tapi aku akur kerana saya yang menurut perintah.

Pada minggu ketiga bulan Syawal baru aku dapat memenuhi semua undangan. Undangan pertama aku telah ke Beranang ke rumah seorang kawan atas kawan. Aku pergi bersama dua orang sahabat yang lain. Di sana, kami telah dijamu dengan nasi minyak dan laksa sebagai menu utama. Aku cuma menjamu nasi minyak sahaja memandangkan laksa bukan feveret aku. Destinasi kedua pula adalah ke rumah boss seorang sahabat aku di Nilai. Boleh dikatakan, tiap-tiap tahun aku pergi rumah boss dia ni. Di rumah boss, kami dijamu pula dengan sate dan nasi hujan panas (kot). Aku cuma makan sate dan juga pulut dengan kuah durian. Tak larat rasanya untuk merasa hidangan-hidangan yang lain. Kenyang makan di Beranang masih belum hilang lagi. Padat sudah perut rasanya. Kemudian kami ke destinasi seterusnya, ke rumah boss sahabat yang sorang lagi di Nusa Putra, Puchong. Macam pernah ku dengar nama tempat ini, tapi di mana ya? Tuju punya tuju rupanya dekat dengan rumah kakak aku ler. Di Nusa Putra, tuan rumah telah menyediakan nasi ape ntah dan soto sebagai menu utama. Tak larat dah nak tengok makanan, aku cume menjamah tembikai sahaja. Sedap-sedap roti bom panas baru di masak pon aku dah tak larat nak makan. Terfikir jugak aku macam mana orang bole tahan pergi sampai 5-6 rumah. Aku yg baru pergi 3 pon dah tak larat nak makan. Keras dah perut. Destinasi terakhir kami pada hari itu, memandangkan aku dah dekat sangat dengan rumah kakak aku, aku pergi la singgah sekejap. Di rumah kakak juga kami dihidang dengan nasi impit, kurma ayam dengan sambal sotong. Sorry sis... dah tak larat nak makan...

Di minggu keempat ini pula, hari Jumaat lepas aku telah dijemput ke rumah terbuka seorang bekas teman sepejabat berhampiran dengan Universiti Malaya. Kami di jamu dengan nasi aper ntah, mee kari dan sate. Aku belasah semuanya. Hari Ahad pula aku dijemput ke rumah seorang lagi bekas kawan sepejabat di Segambut.

Buat masa sekarang, aku belum mendapat undangan ke rumah terbuka untuk minggu depan, minggu terakhir bulan Syawal. Kalau ada pon, aku tidak dapat memenuhi undangan tersebut kerana aku telah ada satu program perkhemahan yang telah dirancang.


#SalamSayang
  • 0 Comments

Aidilfitri 2014 telah lama berlalu bagi aku. Baru sekarang aku mempunyai tahap kerajinan yang tinggi dan masa terluang untuk update blog aku ni dengan cerita pasal hari raya. Tahun ini aku mengambil cuti panjang sempena hari raya, sekadar hendak bercuti walaupon takde plan nak ke mana-mana. Tahun ni aku berhari raya di Kuala Lumpur sahaja seperti tahun-tahun sebelumnya.

27 Julai 2014 (Sehari sebelum Aidilfitri)
Rumah pusaka ini telah dipenuhi dengan anak-anak yang balik berhari raya membawa bersama anak-anak mereka. Sangat meriah suasana rumah tua ini. Selalunya aku berdua dengan ayah dan seorang anak buah sahaja yang ada. Persiapan menyiapkan juadah hari raya rancak dijalankan diketuai oleh kakak. Menu tradisi rumah ini disediakan - nasi impit, kurma ayam, rendang daging dan kuah kacang. Menjelang waktu berbuka semuanya telah disiapkan kecuali rendang daging. Kami berbuka dengan menu ini untuk berbuka, macam biasa. 

Waktu malam kami bersedia menunggu jemaah surau berdekatan untuk bertakbir di rumah. Di sini masih lagi dijalankan aktiviti bertakbir dari rumah ke rumah sempena Aidilfitri dan Aidiladha oleh kariah. Lebih kurang pukul 10.00 malam, rombongan jemaah pon sampai dan mula bertakbir dan berdoa. Hidangan hari raya dihidangkan kepada mereka. Selepas rombongan jemaah meninggalkan rumah kami, kami terus bertandang ke rumah jiran hadapan untuk merasai juadah istimewa setiap tahun jiran itu - paru masak ape ntah. Tamat aktiviti kami pada hari itu lebih kurang pukul 12.00 malam. Esok hari raya!! Yeay...

28 Julai 2014 (Hari Raya Aidilfitri)
Lebih kurang pukul 9.30 pagi semuanya telah selesai bersolat sunat Aidilftri dan berkumpul di rumah. Lebih kurang pukul 11.00 pagi, kami semua keluar untuk menziarahi kubur ibu. Kawasan perkuburan pagi itu penuh sesak dengan pengunjung sehingga kami tidak boleh masuk dari arah Selayang Baru. Kami terpaksa masuk melalui pintu Sungai Tua. Bacaan Al-Fatihah, bacaan Yasin dan doa dihadiahkan kepada ruh ibu. Semoga ibu berbahagia di sana disamping Maha Pencipta. Lebih kurang pukul 1.00 petang kami berkumpul semua di rumah. Bermulalah sesi bermaaf-maafan dan pemberian duit raya kepada yang layak menerima sahaja dan sesi bergambar sekeluarga.

Lebih kurang pukul 3.00 petang, tiga orang kawan aku sampai. Inilah kali pertama mereka sampai dah beraya di rumah aku ni. Happy sangat, ada gak kawan aku datang beraya tahun ni. Malam pula ada kawan sape ntah datang, tak ingat plak aku. Hehehe.. Tahun ni takde plak budak-budak yang datang beraya. Dah takde budak-budak ke kat kampung aku ni atau budak-budak dah tak mengamalkan amalan kunjung mengunjung. Taknak duit raya ke?

29 Julai 2014 (Raya kedua)
Oleh kerana tak tau aper nak buat di hari raya kedua ni, aku mengajak kakak pergi serang umah abang di Jalan Duta. Kami sampai lebih kurang pukul 5.00 petang. Abang telah menjamu adik-adik dan anak-anak buahnya dengan jamuan istimewa hari raya beliau - pizza. Hahaha...

30 Julai 2014 (Raya ketiga)
Di hari ketiga ni aku telah pegi ke kedai tayar untuk tukar tayar kereta aku yang dah bengkak sebelah. Takut pulak kalau ape-ape terjadi nanti, sebelum berlaku kita tukar lah dulu. Melayang RM250++ aku pagi itu. Kemudian, memandangkan kereta aku dah kotor gila sampai aku pon malu nak drive, aku pegi lah cuci kat kedai feveret aku, RM8 sahaja. Kemudian aku bergerak menuju opis lama aku di PPUM. Sebelum tu aku singgah KFC pasal aku dah janji dengan kawan-kawan di opis lama yang bekerja hari ni nak belanja diaorang KFC. Sampai di opis ngam-ngam waktu lunch hour, bukan main suka lagi diaorang ada orang belanja lunch tengahari itu. 

Sebelah petang lebih kurang pukul 2.00 petang, aku menapak ke Farmasi, RUKA PPUM untuk mengambil bekalan ubat aku yang telah kehabisan. Memandangkan ramai yang masih bercuti raya, maka tak ramai lah patients di PPUM itu, maka tak sampai setengah jam, semua urusan aku selesai. Aku balik ke opis lama, lepak-lepak sampai la tamat waktu bertugas mereka pukul 5.00 petang.

31 Julai 2014 (Raya Keempat)
Di hari raya keempat ini dua orang sahabat baik aku berkunjung ke rumah. Seorang datang solo, seorang lagi datang membawa keluarga dia bersama. Memang tiap-tiap tahun mereka tidak pernah miss berkunjung ke rumah aku, dari mereka bujang sampai lah dah kawen. Aku jer yang selalu miss pergi ke rumah mereka. Hehehe

1 Ogos 2014 dan seterusnya
Lepak rumah sahaja menghabiskan baki cuti yang ada.

4 Ogos 2014
Dah mula kerja dengan perasaan malasnya.


#SalamSayang
  • 0 Comments
Biar hati sejernih air,
jangan pula dipenuhi lumpur
kalau salah saya belum berakhir
harap diampun dengan rasa syukur

Jika budi dipenuhi ikhlas
jangan ia disulam tuba
jika ada salah yang belum dibalas
harap diampun di hari raya

Biar amarah disunting senyum
ibarat pekerti disulam kasih
diharap dihalal makan dan minum
ibarat rezeki yg tidak disisih

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN




#SalamSayang - afeezz
  • 8 Comments
Hari ni sudah hujung hari Jumaat, esok Sabtu dan lusa Ahad. InsyaAllah umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Isnin nanti. Rasa tak sabar nak tunggu hari raya, bukan sebab aku nak raya bagai, tapi aku nak cuti sakan. Permohonan cuti raya aku telah diluluskan untuk hari Rabu sampai Jumaat minggu depan. Campur Cuti Hari Raya dua hari ngan Sabtu Ahad, makanya aku akan bercuti selama sembilan hari.. syok nyer!!. Aku yakin ramai yang mengambil cuti rehat sedemikian rupa.

Tahun ni rasanya persediaan aku untuk menyambut raya amat sempoi sekali. Aku cume beli sehelai baju untuk hari raya yang murah sahaja. Hajat di hati nak cari gak baju t-shirt barang sehelai dua, tapi dua tiga kali round-round dua tiga shopping complex takde sehelai pon yang aku berkenan. Makanya tak beli lah aku, pakai baju-baju lama sahaja nampaknya. 

Ada gak aku order kuih raya, malangnya tengahari tadi aku dimaklumkan yang kuih aku tak dapat disiapkan. Kecewa rasa hati, tiap-tiap tahun order dari orang yang sama, dah bole kira regular customer, tapi tahun ni tak dapat. Makanya, tahun depan aku nak boikot. Cari penjual lain plak. Sib baek juga aku ade order dari seorang yang lain. Dapat la dua jenis. Raya tahun ini nampaknya, takde kuih raya yang canggih-canggih.

Duit raya pon aku takde tukar, nasib la kalau dapat duit yang renyuk.

Meriahnya raya tahun ni. Hehehe...


#SalamSayang
  • 2 Comments
Alhamdulillah. Ramadhan 2014 akan melabuhkan tirainya kurang satu minggu lagi. Sepanjang Ramadhan ini, puasa aku masih terpelihara. Alhamdulillah. InsyaAllah, hari Isnin depan kita akan menyambut Hari Kemenangan, Hari Raya Aidilfitri, Syawal 2014.

Kenangan menyambut Aidilfitri diabadikan di dalam foto-foto ini.

Aidilfitri 2008

Aidilfitri 2011

Aidilfitri 2013

Aidilfitri 2013. Tahun pertama berhari raya tanpa ibu tersayang


#SalamSayang
  • 2 Comments
Selamat berpuasa semua. Hari ini sudah masuk hari ke enam kita berpuasa di bulan Ramadhan tahun ini. Alhamdulillah, puasa aku masih terpelihara, cuma amalan baik itu terserahlah kepada Yang Maha Kuasa untuk menilaikannya. Yang penting aku tidak berbuat jahat dan dosa. InsyaAllah. Hari-hari di bulan Ramadhan ini sama sahaja. Menjalani kehidupan harian yang kadang-kadang membosankan.

Sehari sebelum puasa hari tu, tiba-tiba ada orang nak sponser aku hadiah hari lahir walaupon hari lahir aku sudah lepas lebih kurang lima bulan lalu. Tapi, kecil tapak tangan nyiru hamba tadahkan. RM100 bertukar tangan. Terima kasih kepada yang sudi memberi hadiah. Pada hari yang sama juga aku menerima sedikit cenderahati dari teman-teman sepejabat lama yang sudi membuat collection sempena perpindahan aku ke jabatan baru. Cuma wang ringgit sahaja yang dapat diberikan. Tetapi i like, sebab aku boleh beli ape yang aku suka. RM318 bertukar tangan. Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi memberinya. Kalian adalah teman sepejabat paling best sepanjang usia aku di alam pekerjaan.

Berbekalkan RM100 dan RM318 itu aku ke Mid Valley.


Niat dihati memang nak mencari minyak wangi berjenama. Alhamdulillah.. ini yang telah aku berkenan. Bvalgari Aqva. Harga promosi, RM301. Ada belen dalam RM100++ rasanya akan cari satu benda lain yang dah lama aku usha. Hopefully dapat.

Happy Birthday to me.


#SalamSayang
  • 2 Comments

Alhamdulillah, umat Islam di Malaysia akan menyambut 1 Ramadhan 1435 pada hari Ahad ini, 29 Jun 2014. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerna kita dipertemukan dengan Ramadhan tahun ini. Dikesempatan ini aku ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada (memang ada) salah dan silap aku di sini atau di mana-mana sahaja, sengaja atau tidak. Semoga kita semua dilimpahkan rahmat, kurnia dan kenikmatanNya sempena bulan yang mulia ini. Selamat berpuasa semua.


#SalamSayang

  • 2 Comments
Isnin lepas ada seorang sahabat mengwhatapps aku. Diberinya satu gambar. Gambar adalah seperti di bawah.


Hahaha.. tergelak aku sekejap. Memula aku ingatkan ada orang dah jumpa semula kad pekerja aku yang hilang, dan pihak Pejabat Keselamatan terus upload kat portal mencari tuannya, rupa-rupanya tekaan aku meleset sama sekali. Ia hanyalah notis pemberitahuan bahawa kad pekerja sekarang boleh dibuat di Pejabat Keselamatan. Tapi kenapa dia pakai gambar kad aku? Macam tau jer kad aku tu dah hilang. 

Terglemer aku sekejap seantero UM...


#SalamSayang
  • 2 Comments
Minggu lepas aku dijemput untuk menghadiri satu kenduri arwah keluarga kepada seorang sahabat aku di Muar, Johor. Hidangan istimewa yang disediakan tuan rumah kepada para jemputan adalah Nasi Ambeng, sejenis hidangan tradisional masyarakat Jawa yang terkenal di Johor. Sebelum ini aku memang pernah merasa nasi ambeng ni, tapi takde lah sesedap apa yang aku rasa minggu itu. Sehingga saat aku menulis entry ini, aku masih lagi meleleh air liur dek kepenakan hidangan itu. Susah nak cari nasi ambeng yang sesedap itu especially kat KL ni.

Gambar hiasan ehsan Google.com

Nasi ambeng hari itu disediakan secara gotong royong oleh ahli keluarga sahabat. Antara lauk nasi ambeng itu adalah ayam masak kicap, sambal goreng, bihun goreng, mee goreng, serunding kelapa dan ikan masin. Dihidangkan di dalam talam seperti gambar di atas tu. Satu talam makan empat orang kalau larat.

Malam itu juga merupakan malam pertama (wow!!) aku menghadiri kenduri yang menghidangkan nasi ambeng. Secara tradisinya kalau tak salah aku, para jemputan akan menjamah sedikit nasi ambeng yang dihidangkan dan selebihnya akan diagihkan sama rata kepada empat orang (setalam) untuk dibawa pulang. Malam itu, rata-rata aku lihat, jemputan begitu gembira mengaihkan nasi sesama sendiri dan kemudian meminta diri. Aku pula, terus menjamah nasi yang dihidangkan itu bersama dengan empat orang lain. Pembaziran berlaku, walaupon makan berlima, kami tak mampu nak habiskan, yang habis lauk sahaja. Hehehe... Alhamdulillah.

Tak sabar nak tunggu sahabat tu menjemput pi kenduri makan nasi ambeng lagi. Hehehe


#SalamSayang
  • 2 Comments
Walau pun ia bakal menyusahkan aku, tetapi aku tetap tenang menghadapi perkara ini. Tak tahu lah bagaimana aku bole setenang itu.

Hujung minggu lepas aku telah ke Muar, Johor untuk memenuhi jemputan ke kenduri keluarga seorang sahabat. Kami tiba di Muar pada hari Sabtu dan bergerak pulang ke Kuala Lumpur lebih kurang pada pukul 10.30 pagi pada hari Ahad. Dalam perjalanan pulang kami telah singgah di Parit Jawa untuk makan tengahari dan menikmati asam pedas di Medan Asam Pedas MPM Parit Jawa. Lebih kurang pukul 12.30 tengahari kami meneruskan perjalanan kami. Kami singgah pula di Air Terjun Gunung Ledang di Tangkak sekadar untuk berehat. Ramai sungguh manusia dan binatang serta tumbuh-tumbuhan di sini mungkin kerana Johor bercuti pada hari Ahad itu. Nak mandi-manda pon tak berapa syok adanya tambahan pula cuaca yang agak panas di Johor hujung minggu itu.

Kami bergerak meninggalkan Gunung Ledang lebih kurang pukul 4.00 petang. Kami berhenti seketika di Restoran Jejantas Air Keroh Melaka sekadar untuk berehat dan membuang air. Aku yang dari pagi tadi terasa sebu perut terus ke tandas untuk menunaikan hajat. Selesai menunaikan hajat, aku keluar dan perasan dompet aku tidak ada di dalam poket. Seingat aku, aku membawa keluar dompet aku tadi semasa keluar dari kereta. Aku kembali ke kereta dan mendapati dompet itu tiada di situ. Aku masih lagi tenang dan kepala hotak masih dan hati masih percaya bahawa aku membawa dompet aku keluar kerana handfon aku ada di dalam dashboard. Aku berjalan mengikut arah aku pergi ke tandas awal tadi, mane la tau dompet itu terjatuh. Dalam hari berkata, kalau dompet tu jatuh, sure dah kene ambik orang. Malangnya tiada, aku check semula dalam tandas, juga tiada.

Aku kembali kepada sahabat aku yang lain dan menceritakan kejadian itu. Seorang sahabat memberitahu mungkin ada seseorang yang telah mengambilnya semasa aku sedang menunaikan hajat, kerana dia perasan yang penyangkut seluar di dalam tandas itu ada di belakang dan bukannya di pintu seperti sepatutnya. Ada orang yang telah menyeluk poket seluar aku dari tandas belakang. Kes macam ni memang pernah terjadi. Sahabat lain pula memaksa aku menelefon bank untuk menyekat kad-kad bank aku sebelum apa-apa terjadi. Aku terus menelefon dan menyekat kad ATM dan kad kredit aku.

Perancangan dibuat kemudiannya untuk cuba memerangkap orang yang bertanggungjawab itu. Manalah tau dia masih menjalankan aktiviti tersebut ketika itu. Malangnya rancangan itu gagal kerana yang keluar masuk tandas itu adalah orang yang berlainan. Pada ketika itu, aku telah menerima hakikat bahawa dompet aku dan segala yang ada di dalamnya sudah dicuri.

Perjalanan pulang diteruskan dan kami tiba di KL lebih kurang pukul 8.30 malam. Aku terus membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Tun Hussein Onn Cheras.

Apabila hilangnya dompet aku pada hari itu, tiada satu sen pon wang yang ada pada aku. Aku terpaksa meminjam dari sahabat sebanyak RM50 untuk belanja sebelum kad ATM baru diperolehi. Aku terpaksa meminjam lagi sebanyak RM50 untuk membayar denda kehilangan kad pengenalan. Aku juga terpaksa menggunakan duit tabung aku untuk urusan lain.

Kerugian : Sebuah dompet, kad pengenalan, lesen memandu, kad ATM CIMB Bank, kad kredit CIMB Bank, kad pekerja Universiti Malaya, kad pekerja Pusat Perubatan Universiti Malaya, kad Miles Petron dan wang tunai. Paling terkilan adalah kehilangan kad pekerja PPUM, susah nak dapat tu.

Sehingga kini, aku telah mendapatkan semula Kad Pengenalan dan kad ATM CIMB Bank. Urusan penggunaan CIMBClicks juga telah diperbaharui. Masih menunggu kad kredit CIMB Banks dan esok siang akan mendapatkan gantian Lesen Memandu.


#SalamSayang
  • 7 Comments
Beberapa minggu lepas aku berkesempatan untuk menonton secara live perlumbaan kapal terbang Red Bull Air Race. Sebelum ini aku hanya pernah menontonnya di televisyen saja. Menontonnya secara live nampaknya lebih keterujaannya. Terima kasih kepada seorang sahabat yang sudi sponser tiket masuk ke perlumbaan ini. Kami menonton dari Race Club iaitu kawasan menonton paling best dan paling mahal di antara kawasan-kawasan menonton yang lain. Disamping kami dapat menonton keseluruhan litar perlumbaan, kami juga mendapat makanan dan minuman tanpa henti secara percuma. Terima kasih kepasa sahabat itu yang sudi sponser kami.



#SalamSayang

  • 0 Comments

Search This Blog

About Me

My photo
afeezz
Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
'afeezz tu memang cukup indah untuk dicintai tapi cukup susah untuk dimiliki' - anonymous 2010
View my complete profile

Total Pageviews (since July 2008)

Follow Me

  • instagram
  • facebook
  • Twitter

My Followers (Thank You)

Blog Lists

  • Blog Begins At Forty
    March 24, 2023
    1 hour ago
  • Aiman Abdullah
    Siaran Langsung Live Malaysia B-22 Merlion Cup 2023
    3 hours ago
  • CikCappuccinoLatte
    Menu Berbuka Khairulaming : Ayam Gepuk Sambal & Kicap
    3 hours ago
  • AMIE'S LITTLE KITCHEN
    Tiru Macam Saya!
    4 hours ago
  • Blog Sihatimerahjambu
    4 Menu Air Berbuka Puasa Khairul Aming 2023
    7 hours ago
  • As Samsudin
    Ramadan Kareem 1444H
    8 hours ago
  • ABAM KIE : Man of The House
    Kes remeh hingga bercerai
    10 hours ago
  • BLOG RABIA ADAWIYAH
    Hadiah untuk Raydah Blogger
    12 hours ago
  • Syazni Rahim Blog
    Makanan Yang Tidak Sesuai Untuk Berbuka Puasa
    23 hours ago
  • Monolog Kakmim
    Throwback Thursday - 1 Ramadhan Zaman PKP
    1 day ago
  • KomenSen
    KENAPA SAYA DAH MALAS NAK PERGI HYPERMARKET?
    1 day ago
  • Bola Katok
    Review filem anime The First Slam Dunk.
    2 days ago
  • MRS.A my blog my stori
    Potluck Pra-Ramadhan 1444H
    3 days ago
  • AMMI
    Aku takut
    4 days ago
  • Warisan Petani
    'Yut' Hanyut Buat Selama-lamanya
    5 days ago
  • cikguzim
    Lancarkan kencing dengan air barli
    2 weeks ago
  • fairus.com
    Sehari di Pekan Baru, Riau, Indonesia
    4 weeks ago
  • SEMUT SENYUM
    Tenang Lubuk Jiwa
    5 weeks ago
  • SITI.YANG.MENAIP
    Happy New Year 2023 | SitiYangMenaip Masih Ada
    2 months ago
  • LADY LIKE ME !
    HAPPY 2023 !!
    2 months ago
  • ixa-rism
    One Hundred Nine One
    4 months ago
  • PESONA ETUZA
    Johor Kami Datang Dengan Hati Girang
    6 months ago
  • Tiga Lalat 2021
    NEW BLOG I AM
    6 months ago
  • Shida Radzuan Blog
    Susahnya untuk konsisten
    7 months ago
  • Adinda Baizura Mazlan
    Tenang. Kamu Mampu.
    7 months ago
  • ! acuyuhan
    Nineteen61 Cafe Kuantan
    1 year ago
  • Dunhill guy
    Handmade Design Phone Case
    1 year ago
Show 10 Show All

Blog Archive

  • ►  2023 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2022 (3)
    • ►  December (1)
    • ►  June (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2021 (77)
    • ►  December (7)
    • ►  November (8)
    • ►  October (7)
    • ►  September (8)
    • ►  August (6)
    • ►  July (7)
    • ►  June (5)
    • ►  May (8)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (5)
    • ►  January (4)
  • ►  2020 (40)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (1)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (36)
    • ►  December (3)
    • ►  November (3)
    • ►  October (4)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (2)
    • ►  March (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2018 (28)
    • ►  December (4)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (29)
    • ►  December (1)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (4)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (37)
    • ►  December (2)
    • ►  November (3)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2015 (50)
    • ►  December (6)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (6)
    • ►  August (4)
    • ►  July (4)
    • ►  June (4)
    • ►  May (3)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  February (6)
    • ►  January (3)
  • ▼  2014 (50)
    • ▼  December (3)
      • 721 : Singapore Day Trip - Universal Studios Singa...
      • 720 : Singapore Day Trip - Universal Studios Singa...
      • 719 : Trip Kengkawan Ke Penang (Hari Kedua)
    • ►  November (4)
      • 718 : Trip Kengkawan Ke Penang (Hari Pertama)
      • 717 : 15 & 16 November Dalam Kenangan
      • 716 : Ambil Iktibar Atas Apa Yang Telah Berlaku (E...
      • 715 : Butuh Lebih Sering Liburan (Episod 5)
    • ►  October (6)
      • 714 : Butuh Lebih Sering Liburan (Episod 4)
      • 713 : Lawatan Ke Klinik Pergigian
      • 712 : Untuk Jamuan Mata Sahaja (Episod Dua)
      • 711 : Cinta Pantai Merdeka (Episod Akhir) - Ku Uki...
      • 710 : Selamat Hari Raya Idul Adha 2014
      • 709 : Cinta Pantai Merdeka (Episod 3) - Mentari da...
    • ►  September (5)
      • 708 : Cinta Pantai Merdeka (Episod 2) - Jauh Panda...
      • 707 : Cinta Pantai Merdeka (Episod Pertama)
      • 706 : Camping @ Air Terjun Sungai Lepoh (Hari Tera...
      • 705 : Camping @ Air Terjun Sungai Lepoh (Hari Kedua)
      • 704 : Camping @ Air Terjun Sungai Lepoh (Hari Pert...
    • ►  August (3)
      • 703 : Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ...
      • 702 : Riang Ria Aidilfitri 2014 (Part II)
      • 701 : Riang Ria Aidilfitri 2014
    • ►  July (4)
      • 700 : Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014
      • 699 : Persiapan Menyambut Hari Lebaran
      • 698 : Foto Famili Sempena Hari Raya
      • 697 : Bvalgari Aqva - Hadiah Hari Lahir Dan Hadiah...
    • ►  June (6)
      • 696 : Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
      • 695 : Glemer Aku Sekejap
      • 694 : Kenduri Makan Nasi Ambeng
      • 693 : Ambil Iktibar Atas Apa Yang Telah Berlaku (E...
      • 692 : Red Bull Air Race World Championship Putrajaya
    • ►  May (4)
    • ►  April (1)
    • ►  March (4)
    • ►  February (5)
    • ►  January (5)
  • ►  2013 (106)
    • ►  December (6)
    • ►  November (7)
    • ►  October (6)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (10)
    • ►  June (9)
    • ►  May (10)
    • ►  April (10)
    • ►  March (10)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2012 (117)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (9)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (8)
    • ►  May (9)
    • ►  April (10)
    • ►  March (10)
    • ►  February (9)
    • ►  January (10)
  • ►  2011 (124)
    • ►  December (13)
    • ►  November (10)
    • ►  October (8)
    • ►  September (9)
    • ►  August (12)
    • ►  July (10)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (10)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (10)
  • ►  2010 (132)
    • ►  December (11)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (11)
    • ►  August (13)
    • ►  July (14)
    • ►  June (8)
    • ►  May (9)
    • ►  April (15)
    • ►  March (9)
    • ►  February (11)
    • ►  January (9)
  • ►  2009 (146)
    • ►  December (9)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (14)
    • ►  August (18)
    • ►  July (19)
    • ►  June (16)
    • ►  May (9)
    • ►  April (13)
    • ►  March (7)
    • ►  February (13)
    • ►  January (6)
  • ►  2008 (45)
    • ►  December (2)
    • ►  November (7)
    • ►  October (7)
    • ►  September (12)
    • ►  August (9)
    • ►  July (8)

My Travel Story - To Infinity and Beyond

  • 2008 : United Kingdom (1)
  • 2011 : Indonesia - Medan (8)
  • 2013 : Indonesia - Bandung (6)
  • 2014 : Singapura (2)
  • 2015 : Kemboja - Siem Reap (6)
  • 2016 : Thailand - Krabi (5)
  • 2017 : Jepun - Tokyo (10)
  • 2019 : Korea Selatan - Seoul (10)

My Travel Story - Malaysia

  • 2009 : Pulau Pinang (1)
  • 2011 : Kedah - Pulau Langkawi (4)
  • 2011 : Sabah - Kota Kinabalu (6)
  • 2012 : Road Trip 1.0 (3)
  • 2012 : Sarawak - Kuching (6)
  • 2013 : Road Trip 2.0 (3)
  • 2014 : Pulau Pinang (2)
  • 2015 : Kedah - Pulau Langkawi (4)
  • 2018 : Pahang - Cherating (3)
  • 2020 : Pahang - Cameron Highlands (2)
  • 2020 : Perak - Pulau Pangkor (3)

Top 5 Weekly Popular Posts

  • 1000 : Bila Lampu Brek Menyala Tak Padam-Padam
    Korang pernah ada pengalaman tak, bila lampu brek kereta korang termasuk lampu brek ketiga menyala tapi tak mahu padam? Macam ada satu entit...
  • 999 : Throwback Thursday - October 2021
    Pada hari ini (7 Oktober) pada tahun 2019, aku berjaya menjejakkan kaki ke Pulau Nami, Korea Selatan. Hujan turun membasahi bumi pada pagi ...
  • 1001 : Satu Ribu Satu Cerita Aku
    Perasan atau tidak, jumlah post di dalam blog aku yang tak seberapa ni sudah mencapai ke angka 1001 termasuk post ini. Tak pernah ku sangka ...
  • 812 : Big Home Expo 2017
    Poster Big Home Expo 2017 Big Home Expo 2017 telah diadakan dari 16 hingga 19 Februari 2017 bertempat di Stadium Bukit Jalil. Ini ada...
  • 813 : Wishing Myself A Happy Birthday (Episod 2)
    Tanggal 25 Februari yang lepas adalah hari ulang tahun kelahiran aku. Seperti tahun-tahun sebelumnya, pada tahun ni aku masih berusia 21 t...

Labels

Hanya Nak Cerita (298) Jalan-Jalan (145) Makan-Makan (90) Cuti - Cuti Malaysia (82) Ucapan Dari Hati (80) Hiburan (79) Saje Nak Tayang (73) Gambar (46) Cuti - Cuti Luar Negara (43) Masak Sendiri Makan Sendiri (35) Sukan (30) Kerja (26) Luahan Perasaan (24) Kerinduan (21) Takde Idea Nak Menulis (17) Famili (10) Pengetahuan Bersama (8) Wordless Wednesday (8) GiveAway (3)

Mereka Yang Rajin Memberi Komen

instagram

Template Created By : ThemeXpose . All Rights Reserved.

Back to top