989 : #TEAMASTRAZENECA (Episod 2)
Alhamdulillah, pada 1 September 2021 yang lepas, aku telah menerima suntikan kedua vaksin Covid-19. Untuk dos pertama aku telah menerima suntikan pada 30 Jun 2021 yang lepas di PPV AZ UM. Aku telah dijadual untuk mendapatkan suntikan dos kedua ini pada pukul 5.30 petang, tapi memandangkan aku perlu untuk ke Putrajaya pada petang itu, aku telah mengambil suntikan pada pukul 1.30 petang.
Pada pagi itu, aku seperti biasa akan on laptop untuk melakukan tugas-tugas harian. Aku telah merancang untuk menyelesaikan laporan yang perlu dihantar ke Putrajaya pada hari ini. Sebenarnya laporan itu aku telah siapkan pada hari Isnin lepas, hari ini aku cuma mengemaskini mana-mana yang patut. Sedang aku menyelesaikan tugas aku itu, aku terfikir, jika laporan ini perlu dihantar secara emel ke Putrajaya hari ini, bila pula aku perlu menghantar dokumen-dokumen pelajar yang dilaporkan di dalam laporan yang aku sedang buat ni?
Aku memeriksa semua emel mengenai perkara tersebut, waduh!!... dokumen pelajar perlu dihantar hari ini juga (1 September 2021). Terpaksalah aku ke pejabat kerana dokumen-dokumen itu ada di pejabat. Aku terus WhatsApp pegawai aku mengatakan yang aku perlu datang ke pejabat atas urusan ini. Pegawai aku macam serba salah, kerana tak sempat untuk membuat surat kebenaran hadir ke pejabat. Surat Kebenaran itu memerlukan sekurang-kurangnya 3 hari untuk diluluskan. Tetapi aku maklumkan aku terpaksa datang juga. Kepala mula terfikir-fikir aktiviti untuk hari ini, mula-mula aku akan ke pejabat, kemudian kene pula ke Putrajaya dan kembali semula ke pejabat untuk mengambil vaksin pada pukul 5.30 nanti. Banyak pulak tugas aku hari ini.
Aku tiba di pejabat lebih kurang pukul 10.45 pagi dan terus melakukan tugas-tugas aku. Dalam aku menyelesaikan tugas-tugas itu, sempat juga aku berbual dengan seorang rakan sekerja yang kebetulan hadir juga ke pejabat waktu itu. Aku pon ceritalah pasal aku terpaksa ke hulu ke hilir hari ini. Rakan sekerja aku itu memaklumkan kepada aku yang pengambilan vaksin tidak perlu mengikut masa, janji hadir pada tarikh yang ditetapkan. Wah.. kalau macam itu sudah bagus, tak perlulah aku balik semula ke pejabat petang nanti untuk mengambil vaksin. Lepas selesai urusan di Putrajaya, boleh terus balik ke rumah.
Menjelang tengahari tugas aku selesai. Aku segera ke PPV AZ UM untuk mengambil vaksin. Aku mengambil nombor giliran dan menuju ke tempat menunggu. Belum aku sempat ke tempat menunggu, seorang petugas telah memanggil aku, meminta aku mengeluarkan kad pengenalan. Kemudian disuruhnya aku ke kaunter seterusnya. Tak sempat aku menghilangkan lelah sebentar.
Di Kaunter Kedua aku mengisi borang yang disediakan dan ditanya dengan soalan-soalan lazim pengambilan vaksin. Kemudian aku diminta ke kawasan menunggu untuk disuntik. Belum aku sempat duduk, nombor aku sudah tertera di papan nombor giliran untuk mengambil vaksin. Aku memasuki bilik suntikan dan disuntik oleh Pegawai Perubatan yang bertugas. Keluar dari bilik suntikan, belum sempat aku duduk, sorang petugas telah memanggil aku untuk ke kaunter seterusnya. Kad Vaksinasi aku dikemaskini dan selesai urusan vaksinasi aku hari itu. Cepat sungguh, aku rasa tidak sampai 10 minit pon. Jumlah rakyat yang mengambil vaksinasi juga tidak ramai. Syukurlah
Aku terus meninggal PPZ AZ UM itu tanpa menunggu untuk pemantauan. Aku segera ke Putrajaya. Cepat urusan aku diselesaikan, cepat lah aku boleh balik ke rumah.
Alhamdulillah, sehingga kini, aku tidak mengalami apa-apa kesan sampingan yang serius. Macam kata orang, lepas divaksin mesti lapar, itu jer kesan sampingan yang aku alami. Selepas membelasah satu Subway Sandwich, aku masih lagi kebuluran. Tidak tahan keadaan itu, aku terus order melalui Food Panda dan melantak pula satu Garlic Naan bersama Ayam Tandoori dan Mee Goreng Mamak. Tak pernah aku makan sebanyak itu dalam satu masa. Alhamdulillah, hari ini (2 September 2021), tahap kelaparan aku kembali normal.
Ramai orang kata, selepas 14 hari nanti boleh la dine in makan di kedai. Tapi pada aku, dine in di kedai itu bukan matlamat aku. Selagi kes masih lagi ribu-ribu, malah ratus-ratus sekali pon di kawasan Selangor dan Lembah Kelang, aku tidak akan dine in jika tiada keperluan malah melakukan perkara-perkara yang dibolehkan. Kita bersabar dahulu, sudah divaksin bukan bermakna kita kebal.
29 comments
jom abe, kita mengeteh gan si Shah. lama x mengumpat
ReplyDeletehahaha... sila baca perenggan terakhir cerita aku tu ye abe..
DeleteKak Amie teringat selepas dos kedua, punyalah lapar perut sampai sanggup turun ke dapur tengah malam cari baki nasi! Tanya kawan-kawan, memang ada yang lapar teruk. Tapi tak lamalah lapar tu, beberapa hari saja.
ReplyDeleteHahaha... lagi dahsyat tu kak, malam2 bangun cari makan. Saya atleast petang tu jer lapor. Malam sib baek dapat tidor lena
DeleteSy x de kesan apa2 pun slps ambik dos kedua tu. Cuma sengal2 di lengan je. Bangun pagi esoknya dah hilang...
ReplyDeleteAlhamdulillah, sengal2 lengan tu biasa lah...
Deletealhamdulillah dah terpanggil
ReplyDeleteterpanggil aper tu kak syaz?
Deleteterpanggil untuk divaksin laaa..ishhh afeezz ni hahahaa
Deletehahaha... laen kali cakap bior penuh. kite ni lurus orang nyer
DeleteMemang PPVUM sangat efisyen... laju je...
ReplyDeleteP/S Garlic Naan bersama Ayam Tandoori tu tak menahan okey...
peminat garlic naan ngan ayam tandoori ke uncle.. saya first time cube garlic naan tu...
DeleteAlhamdulillah dah cukup 2 dos ya... sabar tunggu lagi 14 hari hehhehee...
ReplyDeleteMrs. A dah balik kampung (rentas daerah) minggu lepas dengan kuasa 2 dos yang dah cukup 14 hari gittewww...
masih kene tunggu 14 hari, tapi bila dah cukup masa pon rasanya saya tidak kot nak dine in bagai tu.
DeleteAlhamdulillah..cepat urusan second dose. Mudah sebab boleh pergi anytime asalkan date betul. Saya pun sekali dengan husband walaupun waktu berbeza. Tahap lapar tu betul sangat. Dah makan pun boleh bedal makanan lain lagi. Setuju, dine in bukan matlamat.
ReplyDeleteAlhamdulillah..cepat urusan second dose. Mudah sebab boleh pergi anytime asalkan date betul. Saya pun sekali dengan husband walaupun waktu berbeza. Tahap lapar tu betul sangat. Dah makan pun boleh bedal makanan lain lagi. Setuju, dine in bukan matlamat.
ReplyDeletesaya tak tahu pon pasal bole pergi bila2 masa asalkan tarikh betul, nasib baik ada kawan yg bagitau... klu tak penat juga ke hulu ke hilir hari tu
DeleteSaya pun tahu, lepas post kat ig story masa lain lain tu. Yang dah ada pengalaman pergi dorang kata boleh pergi sekali je. Senanglah macam tu kan tak payah nak pergi ulang alik. Mujur jugaklah afeezz ke office jumpa kawan bgtahu. kalau tidak memang buang masa ke sana kemari je lah kan.
Deleteitu lah pasal, mujur rajin bercerita ngan kawan tu. klu tak terpaksa la dr cyberjaya ke KL ke Putrajaya dan balik ke KL semula. Dr KL ke putrajaya tu mau 30 minit gak, tol rm3.50 sehala...
DeleteSemoga sihat-sihat sahaja selepas divaksin ni..
ReplyDeleteInsyaAllah makin sihat
DeleteAlhamdulillah dah lengkap dua dos vaksinasi
ReplyDeleteTunggu 14hari untuk stabilkan immuniti
Dah dapat 2 dos tapi SOP jangan lupa, masih perlu dipatuhi
DeleteTahniah Afeezz,kita geng AZClan hahahaa ^_^
ReplyDeleteyeah!!.. kamon geng...
DeleteAlhamdulillah . Semuanya berjalan dengan lancar tanpa perlu tunggu lama .. Sama la di PPV ttlempat ccl dapatkan suntikan .. 20 minit je selesai
ReplyDeleterasanya dose kedua ni memang cepat kot urusan nya. apa2 pon kite dah selesai 2 dose... lepas ni bole la bebas sikit klu nak
DeleteAlhamdulillah betul even dah second dose fully vaccinated still takut kes still banyak
ReplyDeletetunggu kes turun dan keadaan dah benar2 selamat barulah boleh bergembira sikit, jalan2 ke
Delete