... dan aku menulis untuk diri sendiri
Time-time macam ni ramai yang sibuk wat e-filing. Esok sudah dateline dia. Aku pon sibuk gak, sib baek semuanya dipermudahkan. Tiada masalah dengan sistem atau ape-ape jua masalah. Ini merupakan tahun pertama aku wat secara e-filing. Tahun lepas aku wat secara manual sahaja memandangkan tahun lepas adalah tahun pertama aku membayar cukai pendapatan ini. 

Tahun lepas pon takde masalah walaupon first time dan wat secara manual. Pengiraan aku betul dan potongan PCB tiap-tiap bulan sudah terlebih bayar. Makanya, beberapa minggu selepas menghantar borang tu, aku dapatlah cek dari LHDN bernilai RM100++, pulangan pembayaran yang terlebih itu.

Tahun ni aku wat secara e-filing. Memula tu aku wat secara manual gak, pasal takut termasuk salah jumlah. Setelah dicampur dan ditolak itu dan ini, makanya aku terpaksa membayar lagi sebanyak RM400++. Terkedu aku seketika melihat jumlah yang kene bayar itu. Kenapa banyak sangat, macam tak logik. Gaji pon takde la naek banyak mane pon. Isk.. Isk.. Isk.. terus aku bermuram durja dan tak lalu makan tengahari itu. Setelah mendapatkan pendapat seorang kakak yang lebih berpengalaman, beliau suruh aku masukkan jer nilai-nilai tu ke dalam sistem e-filing, pasal sistem akan tolong kirakan nanti. Aku pon menurut sahaja nasihat kakak itu. Bila sudah memasukkan semua data yang ada.... Aku hanya perlu membayar RM11.11 sahaja. Fuh... lega rasanya... 

Dan baru sebentar tadi aku membuat pembayaran secara atas talian sahaja. Sekarang ni dah senang... semuanya Online...

Selamat Membayar Cukai Pendapatan kepada semua.


#SalamSayang

  • 1 Comments
Sebelum ini aku verangan sahaja untuk memilikinya. Setelah melihat semakin hari harganya semakin mahal, aku pendamkan sajalah hasrat itu. Tak mampu rasanya dari segi kewangan untuk memilikinya. Oleh itu, aku hanya mengambil langkah pertama saja iaitu verangan.

Lebih kurang pada bulan Oktober 2014, kawan-kawan kat satu group whatapps sibuk memperkatakan tentang satu kawasan perumahan baru yang menawarkan harga yang agak murah. Tambahan pula lokasinya yang strategik dan mempunyai potensi untuk dibangunkan di masa hadapan. Aku pon jadi berminat dan terus mengajak seorang sahabat untuk survey pejabat developer itu yang terletak di Cyberjaya. Setelah melihat rumah contoh dan bertanyakan itu dan ini, kami pon terus mendaftar dengan syarikat tersebut.

Rumah Contoh 

Pulang sahaja dari lawatan kami itu, kami terus mendaftar pula secara online dengan Syarikat Perumahan dan Harta Selangor. Upload semua butir dan dokumen yang diperlukan. Kemudian, apa yang kami boleh buat, hanyalah menunggu jawapan.

Awal bulan ni, setelah hampir 6 bulan kemudian, sahabat aku tu menerima jemputan ke Majlis Cabutan Undi untuk perumahan itu. Jelesnya aku pada dia ketika itu kerana dia berjaya dan aku tidak. Sedey pon ade, uhuks. Apa-apa pon aku gembira untuk dia. Rezeki dia...

Kemudian, pada pagi 17 April 2015, aku pula menerima pesanan ringkas yang menjemput aku ke Majlis Cabutan Undi untuk kawasan perumahan itu juga. Suka dan gembiranya aku tak terhingga, berjaya juga aku akhirnya. Tak sabar rasanya menunggu hari cabutan undi tu. 

Pada hari yang ditetapkan, aku mengambil time-off. Petang itu aku terus ke pejabat developer itu yang terletak di Cyberjaya. Cabutan undi dibuat dan Alhamdulillah, aku mendapat unit yang agak best, overlooking the garden dan tingkat yang rendah. Semua urusan berkaitan dapat diselesaikan pada petang itu. Dan sekarang, hanya menunggu loan diluluskan sahaja. 

Langkah Pertama - Berangan, telah berjaya, kini kite teruskan dengan Langkah Kedua pula - Teruskan Berangan


#SalamSayang

  • 3 Comments
Dah lama rasanya tidak sakit. Minggu lepas, Allah tarik sikit nikmat sihat aku, sakit kan aku. Mungkin dosa aku dah banyak sangat kot, jadi ditimpakan aku kesakitan, kan sakit itu penghapus dosa. Alhamdulillah, nikmat itu ditarik sekejap sahaja. Khamis lepas aku rasa tak sedap badan, tak sedap perut. Aku ingat rasa biasa-biasa jer, makanya aku biarkan, aku amik Cuti Kecemasan dan berehat di rumah sahaja. 

Hari Jumaat, aku masih rasa tidak sihat, tak sedap rasa badan rasa perut. Aku decided untuk bercuti lagi hari ini dan berehat di rumah. Tetapi pagi-pagi lagi aku dah terima whatapps dari boss suruh aku wakilkan dia dalam meeting pagi dan petang itu pasal dia pon amik Cuti Kecemasan. Dengan berat hati dan kaki, aku pon melangkah ke opis dan masuk meeting pukul 11.00 pagi itu. Selepas solat Jumaat petang itu, aku rasa lain macam. Rasa macam nak pitam, tambahan pula cuaca sangat terik petang itu. Tak larat rasanya aku nak melangkah menuju tempat aku meletakkan kereta aku. Aku duduk sebentar di kaki lima jalan, tanpa memperdulikan orang lain yang lalu lalang. Bila aku rasa dah ok sikit, aku berjalan semula. Terasa jauh sangat aku berjalan. Aku gagahkan juga pasal kalau aku tergolek kat situ pasti takde saper nak tolong pasal dah takde orang. Aku kuatkan diri memandu balik ke opis. Sampai di opis, aku masuk pantry dan tergolek atas sofa. Tak larat sudah badan. Kakak-kakak yang melepak dalam pantry tu siap marahkan aku kerana aku datang ke opis walaupon tak sihat. Aku makan sedikit biskut untuk mengalas perut dan akhirnya aku tertidor. Meeting petang itu aku tak masuk. Dalam pukul 4.00 petang, aku pulang ke rumah. Singgah di klinik untuk mengambil ubat. Malam itu, aku mengalami muntah-muntah yang teruk. Hatta jika aku minum air kosong pon aku akan muntahkan air kosong itu kembali. Tak ingat, kali terakhir aku muntah hari itu pada pukul 5.00 pagi.

Hari Sabtu aku tak bermaya untuk berbuat ape-ape. Aku hanya terbaring sepanjang hari. Nak bangun dan berjalan pon aku tak larat. Aku tak sentuh makanan pon pada hari itu. Makan cume sesuap dua kerana tiada selera itu pon aku gagahkan jer. Alhamdulillah kakak aku datang pada hari itu. Macam-macam la dia masak untuk orang sakit ni, tapi orang sakit ni tak makan pon. Hari Ahad aku masih begitu tapi rasanya lebih baik dari semalam. Aku sudah boleh berjalan dan makan sedikit.

Malangnya, hari Isnin aku muntah-muntah kembali dari pagi sampai ke tengahari. Tengahari itu juga aku dibawa ke klinik. Seperti biasa aku tidak mampu untuk makan apa-apa walaupon semua makanan yang aku nampak sedap-sedap belaka. Hari Isnin itu, aku hanya terbaring sahaja untuk hari ketiga berturut-turut. Menjelang makan, aku dah rasa kebah sedikit.

Hari Selasa aku masih tidak pergi kerja. Badan sudah rasa ok, perut juga sudah rasa ok sedikit. Aku perlukan rehat hari ini secukupnya untuk mengembalikan tenaga. Boss sudah whatapps, esok aku kene datang kerja untuk wakilkan dia di dalam satu bengkel kerana beliau bercuti. 

Hari Rabu hendak tak hendak aku terpaksa ke opis walaupon pagi itu aku masih terasa lemah. Mungkin badan dna perut ini sudah tidak boleh lagi mengikut cara lama dan perlukan lebih perhatian. Perut orang dah tua, macam tu lah. Dalam minggu ini memang aku terpaksa menjaga perut. Lambat makan sikit akan mula bergolak dan as a result aku akan muntah-muntah semua. 

Alhamdulillah, selepas seminggu Allah menarik nikmat sihat aku, Dia pinjamkan semula nikmat itu kepada aku. 


#SalamSayang

  • 0 Comments

Lagi entry pasal makan pasal itu jer aktiviti yang semakin aktif dilakukan kebelakangan ini. Ini semua gambar makanan yang diambil sebelum perlaksanaan GST. Tapi mostly makanan di dalam gambar di atas di makan di tempat yang rasanya tidak mengenakan GST secara langsung (tak tau lah kalau depa caj GST secara sembunyi-sembunyi). Lepas ni rasanya makin kurang lah aktiviti makan luar untuk mengurangkan kos diri sendiri.

  1. Bihun Sup - Restoran Umi Bandar Tun Hussein Onn, Cheras
  2. Macadamia Cheese Cake - Padi House, Galleria, Putrajaya
  3. Fry Roll Maki - Sushi King, Selayang Mall, Selayang
  4. Sate Muar - Bandar Muar, Johor
  5. Nyonya Pai Tee - The Chicken Rice Shop
  6. Laksa Kaw Ikan Sekoq - Gerai Tepi Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi

Bismillah...


#SalamSayang

  • 0 Comments

Search This Blog

About Me

My photo
afeezz
Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
'afeezz tu memang cukup indah untuk dicintai tapi cukup susah untuk dimiliki' - anonymous 2010
View my complete profile

Total Pageviews (since July 2008)

Follow Me

  • instagram
  • facebook
  • Twitter

My Followers (Thank You)

Blog Lists

  • AMMI
    Salam Zulhijjah
    3 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    July 1, 2022
    5 hours ago
  • CikCappuccinoLatte
    Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia Melalui MyEzyCover
    8 hours ago
  • MRS.A my blog my stori
    Salam Jumaat: 10 Amalan Pada Awal Zulhijjah
    9 hours ago
  • Aiman Abdullah
    Senarai Harga Ayam Terkini Tahun 2022 (Termasuk Sabah & Sarawak)
    10 hours ago
  • ABAM KIE : Man of The House
    Bleak situation for Malaysian bookstores
    12 hours ago
  • Monolog Kakmim
    Promosi Batik Raifili Setiap Hari Khamis
    12 hours ago
  • Blog Sihatimerahjambu
    Awal Zulhijjah 2022
    21 hours ago
  • AMIE'S LITTLE KITCHEN
    Nexus Resort & Spa Karambunai
    1 day ago
  • Bola Katok
    Siri animasi Lawak Kampus yang ditunggu-tunggu kipas-susah-mati.
    1 day ago
  • SEMUT SENYUM
    Melepaskan atau Pertahankan ?
    1 day ago
  • Warisan Petani
    WW 246 : Minum Petang Rabu
    1 day ago
  • Syazni Rahim Blog
    Homework Kacang Hijau | Wordless Wednesday
    2 days ago
  • cikguzim
    Cara renew kad debit/ATM Maybank expired
    3 days ago
  • BLOG RABIA ADAWIYAH
    Beruang cafe
    5 days ago
  • Adinda Baizura Mazlan
    Limited Edition
    6 days ago
  • Tiga Lalat 2021
    WEDNESDAY MORNING
    1 week ago
  • As Samsudin
    Sesi Meet and Greet Antologi Jodoh Cinta
    3 weeks ago
  • fairus.com
    Melaka Mula Rancak Tetapi Tak Berdosa
    3 weeks ago
  • KomenSen
    MENGAPA SAYA MALAS PERGI REUNION.
    4 weeks ago
  • Shida Radzuan Blog
    'Nak Bina Perniagaan Perlu Ada Ilmu' Ujar Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman
    4 months ago
  • ! acuyuhan
    Nineteen61 Cafe Kuantan
    4 months ago
  • PESONA ETUZA
    Juara GV Musim Ke 8
    5 months ago
  • LADY LIKE ME !
    Wordless Wednesday : A Farewell gift
    5 months ago
  • SITI.YANG.MENAIP
    I Am Here
    6 months ago
  • Dunhill guy
    Handmade Design Phone Case
    10 months ago
  • ixa-rism
    One Hundred Ninety
    1 year ago
Show 10 Show All

Blog Archive

  • ►  2022 (2)
    • ►  June (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2021 (77)
    • ►  December (7)
    • ►  November (8)
    • ►  October (7)
    • ►  September (8)
    • ►  August (6)
    • ►  July (7)
    • ►  June (5)
    • ►  May (8)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (5)
    • ►  January (4)
  • ►  2020 (40)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (1)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (36)
    • ►  December (3)
    • ►  November (3)
    • ►  October (4)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (2)
    • ►  March (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2018 (28)
    • ►  December (4)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (29)
    • ►  December (1)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (4)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (37)
    • ►  December (2)
    • ►  November (3)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ▼  2015 (50)
    • ►  December (6)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (6)
    • ►  August (4)
    • ►  July (4)
    • ►  June (4)
    • ►  May (3)
    • ▼  April (4)
      • 736 : Tertunai Sudah Tanggungjawab
      • 735 : Angan - Angan Akhirnya Menjadi Kenyataan
      • 734 : Sakitnya Tuh Di Sini
      • 733 : Untuk Jamuan Mata Sahaja (Episod Empat) - Ma...
    • ►  March (2)
    • ►  February (6)
    • ►  January (3)
  • ►  2014 (50)
    • ►  December (3)
    • ►  November (4)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (4)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (1)
    • ►  March (4)
    • ►  February (5)
    • ►  January (5)
  • ►  2013 (106)
    • ►  December (6)
    • ►  November (7)
    • ►  October (6)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (10)
    • ►  June (9)
    • ►  May (10)
    • ►  April (10)
    • ►  March (10)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2012 (117)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (9)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (8)
    • ►  May (9)
    • ►  April (10)
    • ►  March (10)
    • ►  February (9)
    • ►  January (10)
  • ►  2011 (124)
    • ►  December (13)
    • ►  November (10)
    • ►  October (8)
    • ►  September (9)
    • ►  August (12)
    • ►  July (10)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (10)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (10)
  • ►  2010 (132)
    • ►  December (11)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (11)
    • ►  August (13)
    • ►  July (14)
    • ►  June (8)
    • ►  May (9)
    • ►  April (15)
    • ►  March (9)
    • ►  February (11)
    • ►  January (9)
  • ►  2009 (146)
    • ►  December (9)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (14)
    • ►  August (18)
    • ►  July (19)
    • ►  June (16)
    • ►  May (9)
    • ►  April (13)
    • ►  March (7)
    • ►  February (13)
    • ►  January (6)
  • ►  2008 (45)
    • ►  December (2)
    • ►  November (7)
    • ►  October (7)
    • ►  September (12)
    • ►  August (9)
    • ►  July (8)

My Travel Story - To Infinity and Beyond

  • 2008 : United Kingdom (1)
  • 2011 : Indonesia - Medan (8)
  • 2013 : Indonesia - Bandung (6)
  • 2014 : Singapura (2)
  • 2015 : Kemboja - Siem Reap (6)
  • 2016 : Thailand - Krabi (5)
  • 2017 : Jepun - Tokyo (10)
  • 2019 : Korea Selatan - Seoul (10)

My Travel Story - Malaysia

  • 2009 : Pulau Pinang (1)
  • 2011 : Kedah - Pulau Langkawi (4)
  • 2011 : Sabah - Kota Kinabalu (6)
  • 2012 : Road Trip 1.0 (3)
  • 2012 : Sarawak - Kuching (6)
  • 2013 : Road Trip 2.0 (3)
  • 2014 : Pulau Pinang (2)
  • 2015 : Kedah - Pulau Langkawi (4)
  • 2018 : Pahang - Cherating (3)
  • 2020 : Pahang - Cameron Highlands (2)
  • 2020 : Perak - Pulau Pangkor (3)

Top 5 Weekly Popular Posts

  • 1020 : Taking A Break... But Too Long
     Assalamualaikum dan salam sejahtera Hai semua. Ada lagi ni, tak ke mana pun. Diam tak diam, kononnya nak berehat sekejab, tengok-tengok sud...
  • 911 : Catatan Perjalanan Cuti-Cuti Malaysia - Pulau Pangkor, Perak (Episod 3) : Dari Pulau Pangkor Ke Cameron Highlands
    Episod sebelumnya (Episod 2) Hari ketiga kami di Pulau Pangkor (1 Mac 2020). Cuaca pagi itu juga sangat baik seperti hari-hari sebelumn...
  • 910 : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 20) - Perintah Kawalan Pergerakan
    Hari ini dah masuk hari ke-6 Perintah Kawalan Pergerakan Fasa ke-2. Sepanjang PKP ini dijalankan, aku hanya berkurung di rumah sahaja menur...
  • 912 : Catatan Perjalanan Cuti-Cuti Malaysia - Cameron Highlands, Pahang
    ... episod sebelumnya (Episod 3) Hari terakhir percutian kami dan kini kami berada di Cameron Highlands. Cuaca sangat baik semalam dan pa...
  • 1000 : Bila Lampu Brek Menyala Tak Padam-Padam
    Korang pernah ada pengalaman tak, bila lampu brek kereta korang termasuk lampu brek ketiga menyala tapi tak mahu padam? Macam ada satu entit...

Labels

Hanya Nak Cerita (297) Jalan-Jalan (145) Makan-Makan (90) Cuti - Cuti Malaysia (82) Ucapan Dari Hati (80) Hiburan (79) Saje Nak Tayang (73) Gambar (46) Cuti - Cuti Luar Negara (43) Masak Sendiri Makan Sendiri (35) Sukan (30) Kerja (26) Luahan Perasaan (24) Kerinduan (21) Takde Idea Nak Menulis (17) Famili (10) Pengetahuan Bersama (8) Wordless Wednesday (8) GiveAway (3)

Mereka Yang Rajin Memberi Komen

instagram

Template Created By : ThemeXpose . All Rights Reserved.

Back to top