995 : Menuju Ke Arah Gaya Hidup Yang Lebih Sihat (Episod 12) - Gomax Space 10

Dah lama rasanya tidak menjalankan apa-apa aktiviti riadah untuk kesihatan diri sendiri. Dulu di antara PKP1 dan PKP2 ada juga menjalankan aktiviti riadah dan mengeluarkan peluh. Hampir setiap petang aku akan keluar ke taman berhampiran, untuk beriadah walaupon sekadar brisk walk sahaja yang aku termampu. Aku ni sejak azali memang tak larat untuk berlari jauh, short distance tu boleh lah jugak sikit-sikit. Jadinya, untuk mengeluarkan peluh aku akan brisk walk. Jarak paling jauh yang pernah aku berjalan adalah lebih kurang 9km. Kalau tak brisk walk aku akan melakukan senaman ringan di rumah, janji keluar peluh. Bab pemakanan juga ketika itu aku jaga. Aku memantau pengambilan kalori aku setiap hari. Hasilnya, berat badan aku susut lebih kurang 6kg. Masih jauh lagi untuk mencapai berat badan unggul dan BMI yang sepatutnya.

Bila PKP3 melanda, aktiviti riadah yang giat aku lakukan hanyalah baring, tidor dan makan sahaja. Memang tinggal terus segala aktiviti riadah yang pernah aku jalankan sebelum itu. Disebabkan itu, berat badan pon naik semula.

Gambar hiasan

Sekarang, setelah sekatan-sekatan terdahulu dilonggarkan, aku dan seorang sahabat mencuba satu lagi aktiviti riadah yang agak popular sekarang ni iaitu berbasikal. Langkah pertama untuk aktiviti ini adalah untuk mendapatkan basikal. Memang banyak jenama basikal di pasaran dari yang semurah-murahnya hinggalah ke semahal-mahal basikal Datuk Azizul Hasni Awang. Sebagai seorang yang baru di dalam aktiviti ini, memang tak pandai untuk memilih basikal mana yang bagus. Apa yang penting bagi kami hanyalah harga yang mampu milik. Bila dah pro nanti bolehlah beli basikal yang lebih baik.

Kami survey jenis dan harga basikal di beberapa kedai basikal berhampiran dan juga secara online. Beli secara online memang boleh dapat harga yang lebih murah, tetapi kene pasang sendiri. Bagi yang pro, pasang sendiri ni mungkin tidak menjadi masalah, tetapi bagi beginners macam kami, kalau salah pasang, tak jalan pulak basikal tu nanti. Tambahan lagi, bila baca ruangan komen, ramai yang mengatakan basikal yang diterima mengalami calar dan kemek di sana-sini tidak kurang juga yang bengkok rim tayarnya. Aku sudah was-was untuk membeli secara online walaupon harganya murah.

Pada Cuti Hari Malaysia tempoh hari, kami ke sebuah kedai basikal di Putrajaya. Banyak model basikal yang dijual di sini dengan harga yang mampu milik. Aku mula gelap mata nak pilih model yang mana. Hasrat di hati nak beli folding roadbike, sebab mudah untuk di bawa ke mana-mana, tapi bila sampai di kedai ini, terpikat pula pada folding bike. Rasanya popular juga folding bike sekarang ni. Akhirnya, setelah membuat penilaian dan pengiraan kos melepas, akhirnya aku memilih sebuah folding bike Gomax Space 10, 20 inci kerana design yang menarik dan harga yang mampu milik. Tak mampu lagi nak beli yang jenama Dahon. Aku mengambil basikal pada hari itu juga tetapi sahabat terpaksa ambil keesokan harinya kerana basikal beliau perlu di pasang terlebih dahulu. 

Gomax Space 10, 20 inch. Ini lah basikal aku tu. Comel kan.

Pada 17 September 2021, kami memulakan aktiviti berbasikal sulung kami. Bermula dari rumah kakak sahabat di Presint 18 Putrajaya, kami melalui laluan riadah tepian tasik, melintasi Jambatan Seri Setia dan Jambatan Seri Ehsan terus ke Dataran Gemilang, Anjung Floria, Masjid Tuanku Mizan hingga ke McDonald's Putrajaya. Jarak lebih kurang 6km dan kami berpatah semula melalui laluan yang sama pulang ke Presint 18. Total jarak yang dilalui adalah lebih kurang 12km. First time berbasikal sehingga 12km memang pancit aku dibuatnya, banyak kali juga berhenti untuk berehat dan menarik nafas. Apa-apa pon matlamat hari itu tercapai.

Untuk hari-hari berikutnya, kami meneruskan aktiviti kami. Kami berbasikal di sekitar kawasan Putrajaya dan juga Cyberjaya. Jarak perjalanan masih lagi tahap beginner kerana kekangan masa untuk berbasikal lebih jauh. Bagi sedikit masa dahulu, insyaAllah jarak itu akn ditambah sedikit demi sedikit. 

You Might Also Like

24 comments

  1. Semoga kekal fit. Ammi belum mula briskwalk lagi. Next week lah kot sambil2 teman misi anak join "1murid 1sukan"

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, slow2 kak. Bila dah mula nanti, mesti nak teruskan

      Delete
  2. Sambil beriadah sambil sihatkan badan. 👍

    ReplyDelete
  3. Fuhhh..hobi mahal ni. Boleh tahan gak harga folding bike Gomax Space 10 ni. Seronok berbasikal di Putrajaya tu, view cantik. Semoga terus istiqomah beriadah dan jaga kesihatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memula ni mula dengan yg murah jer kak, asalkan boleh kayuh pelan2. Putrajaya ok sebab jalan dia besar dan kendaraan pon tak banyak.. jadi selamat la sikit

      Delete
  4. Selalu nampak gang basikal ni lalu-lalang kat rumah Mrs. A.
    Baharu tahu namanya Gomax Space 10, 20 inch.
    Itulah bebiras dan anak-anak sedara Mrs. A pun dah main basikal. Itu yang anak-anak Mrs. A pun dah mintak basikal. Tapi Mrs. A masih setia berlari ngeh! ngeh! ngeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu modelnye kak, banyak model lain basikal macam ni. Gomex tu namanya, Space 10 tu speed nyer - 10 kelajuan dan 20 inci tu saiz tayarnya...

      Delete
  5. Abe kie mmg dah ada basikal tp jrg guna. Skrg ni sakit kaki jd tunggulah bulan dpn utk mengayuh kembali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayamh tu ader basikal tapi tak digunakan. kalau kaki tu dah ok, mengayuh lah semula untuk kesihatan

      Delete
  6. Oh... dulu basikal ni memang jadi kenderaan rasmi uncle ke pejabat setiap hari... Zaman tu nak selisih dengan orang berbasikal atas jalan pun susah... Sekarang tidak lagi... Sakit bahu! huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow hebat uncle, hari2 berbasikal ke pejabat. sekarang ni mmg ramai dah org berbasikal. pergi ke mana2 pon mesti ade jumpe geng basikal

      Delete
  7. Ramai dah orang guna basikal lipat sekarang...Mudah nak dibawa ke sana ke mari. Boleh masukkan dalam kereta juga. Dulu saya pakai basikal lipat juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salah satu sebab beli basikal lipat ni adalah kerana senang nak di bawa ke mana2. muat masuk dalam bonet kereta

      Delete
  8. baguslah exercise basikal utk kesihatan diri., aminn

    ReplyDelete
  9. Bagus aktiviti berbasikal ni.
    Zaman sekolah dahulu Kak Amie naik basikal sampailah Tingkatan 3.
    Eh! Tiba-tiba teringat novelog Ustazah Basikal!

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman saya sekolah dulu pon ade naek basikal, tapi tingkatan satu jer lah, lepas tu jalan kaki jer. ape cerita novelog ustazah basikal tu?

      Delete
    2. Kak Amie dah baca dua buah buku travelog : Ustazah Basikal. Siri 1 setebal 700++ halaman. Siri 2 ada 1000++ halaman. Buku ini merupakan catatan perjalanan selama 14 bulan sepasang suami isteri muda naik basikal dari Kuala Lumpur merentas banyak negara untuk sampai ke Mekah. Siang malam Kak Amie baca sebab kisahnya sangat menarik, seolah-olah terikut-ikut kayuh basikal bersama mereka.

      Delete
    3. tebal juga bukunya, mesti banyak kisah sepanjang perjalanan mereka tu. mesti menarik pengalaman2 tuh

      Delete