... dan aku menulis untuk diri sendiri
Tadi aku ada survey youtube, entah macam mana, terjumpa satu videoclip yang membuatkan aku terkenang zaman-zaman aku di tahun 1994 - 1997. Masa tu tengah belajar kat ITM. Zaman tu masih lagi 'I', belum 'U' lagi. Apa-apa pun bagi aku, it the best three years of my life. Walaupon hidup tak lah berapa mewah masa tuh, tapi kenangan-kenangan masa tu memang aku hargai. Rasa nak balik semula ke zaman tu, tapi ape kan daya, semuanya dah berlalu.

Classmates aku masa Part 6. Ada jugak yg aku masih contact, dan mostly aku dengar cerita dari kawan-kawan jer. Alhamdulillah, semua dah berjaya, dah kawen dah ade anak. Aku jugak yg masih single. Gambar ni kalau tak silap diambil masa ade Kursus Operasi Perbankan (kalau tak silap lah).

Ni classmates aku jugak. Gambar diambil kat Tasik Elham. Tak ingat ni part berapa. Rasa-rasanya masa ni baru balik dari bercuti raya, ade jamuan raya lah konon-kononnya.

Ni plak gambar the boys dalam class aku. Tak ingat part berapa. Masa ni tengah gap antara kelas dan tengah tunggu masa untuk the next class. Gambar ni diambil kat BK, depan Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan (wah... igt lagi tuh). Yang tengah pegang kepala kat tepi tu adalah roommate aku.

Ni dia tempat di mana kebanyakan kenangan-kenangan itu terjadi. Kolej Kediaman Halban, Bilik 224, selama 1 1/2 tahun aku tinggal kat kolej ni. Banyak kenangan manis dan pahit dan kenangan-kenangan yang tak senonoh menjadi memori indah bagi aku. Kawan-kawan semua best. Bilik 224 selalu menjadi lokasi skodeng Asrama Teja. Bilik 224 juga selalu menjadi lokasi aktiviti lepak-lepak sehingga ada satu masa aku terpaksa kunci pintu dan bubuh notis - malam ni bilik dikunci sebab kami nak study untuk exam. Katil aku menjadi pilihan untuk aktiviti baring-baring dibandingkan dengan katil roomy aku, walaupon telah patah dan tanpa cadar, ia tetap menjadi pilihan. Ada satu ketika, sehingga 5 orang rakan duduk melepak atas katil aku (sabar je lah). Roomy aku kuat tidor, selalu sangat dia tertidor kat meja study. Sometimes dia pesan kat aku suruh kejutkan dia lepas 10 minit, tp aku lanjutkan ke 1/2 jam, baru kejut dia. Tapi dia suruh kejutkan lagi 10 minit. Aku lanjutkan lagi 1/2 jam, baru kejut dia. Still tak bangun2. Akhirnya, dia tido sampai ke pagi. Walau pon dia macam tu, result exam dia lagi bagus dari aku. Pengunjung tetap bilik aku adalah Zam, Ayie dan Awie. Sometimes ade gak kawan2 laen dtg bertandang. Waktu study aku selalunya dari kol 8.30 malam sampai kol 10.00 atau 11.00 malam jer. Lepas tu aku akan melepak sorang2 kat balcony selang sebilik dari bilik aku. Melayan perasaan sorang2, then Zam mesti datang lepak ngan aku. Dia macam dah tau time2 macam tu aku selalu lepak kat situ. Borak punya borak kadang2 sampai pukul 1.00 - 2.00 pagi.

Tak tau camner nak discribe perasaan aku sekarang ni. Sedih nak nangis pon ade.

Aku rindu zaman tuh..


Love



*** Gambar-gambar diambil dari www.dib9497.blogspot.com dan Diploma in Banking 94-97 Arauzona Alumni @ facebook
  • 2 Comments
Dah lama dah birthday aku lepas. Tapi masih ada orang yang sudi bagi aku birthday present. Happy Belated Birthday la ni. Anyway.. aku dapat Calvin Klein Eternity For Men Deodorant. Harga pon bole tahan lah, klu aku mmg tak beli, but since orang dah bagi, aku terima jer.

Terima kasih kepada orang yang sudi memberi. Katanya, hadiah ni untuk aku nyer belated belated belated birthday yang dah tertunggak beberapa tahun.


Love
  • 0 Comments


Gambar Hiasan

Semalam aku ngan kakak aku dan tiga orang anak buah aku pergi ke Taman Metropolitan Kepong. Baru le aku tau nama tempat tu Taman Metropolitan Kepong, sebelum ni aku panggil tempat tu tempat main layang-layang jer. Tujuan pi situ, sajer jer untuk mengisi masa lapang petang semalam dan nak tengok orang main layang-layang. Kitaorang bertolak dari rumah dalam pukul 5.30 petang. Takde le jauh sangat tempat tu, dalam 10 minit jer. Tapi orang punyalah ramai orang sampai jem jalan nak ke situ. Nak parking jangan cakap ler, nak masuk ke kawasan parking pon tak boleh. So, kitorang decided nak buat u-turn dan parking kat area seberang jalan dan naik jejantas ke taman tu.

Memang ramai orang kat taman ni. Rasanya ade le dekat 200 bijik layang-layang yang tengah terbang kat kawasan tu jer, kawasan laen aku tak tau lah. Ni tak masuk orang yang saja jalan2 bawak anak, orang yg jogging, orang yang tengah memancing, penjual2 layang-layang, penjual ais krim, perghh... memang meriah. Tak pernah aku tengok taman yang seramai ini pengunjung nyer. Anyway... taman ni memang best... kalau nak berendek, kene le pegi ke seberang tasik saner, rasanya kat saner line clear. Hahah... (jangan ikut nasihat aku).

Hari Sabtu lepas aku pegi ke Ikea. Sajer jer, dok rumah pon bukan wat aper, just follow kakak ngan mak aku dan anak2 buah aku ke saner. Takde intention pon nak membeli belah, just cuci2 mata, try2 duduk kat sofa2, kerusi2, katil2 dia jer. Nak beli kurang mampu, bukan kurang mampu, nak wat per, laen le kalau aku dah ade rumah sendiri.

At the end of the day, terbang gak duit aku RM300++ pasal aku dah berkenan kat sebuah executive chair ni. Beli je lah, since kerusi komputer kat rumah aku tu pon, pakai kerusi dining table rumah aku jer, keras dan sakit bontot aku klu dok lama2. Memandangkan aku mmg takde intention nak beli aper2, aku takde le bawak duit sebanyak itu. So, aper lagi, swipe je ler... hilang dara kredit kad (first time gune), haha....

Kerusi yang aku beli ni memang best, bukan sahaja empuk, malah setiap kali duduk, mesti mengantuk.

Love,

  • 0 Comments
Which part of my word that you don't understand when i said no?

This morning one staff came to me and asked for something, 'en. apis, boleh mintak tolong tak?'
I simply answered, 'tak boleh'.
Then she said, 'ala... boleh la... sikit jer....'.

Kenapalah diaorang ni tak boleh nak paham bende yang senang? Aku jawab senang jer... itu pon tak paham. Tak paham ke taknak paham.

Dah le tu, pastu paksa2 aku suruh buat. Kacau aku pagi, time lunch pon kacau, lepas lunch pon tanyer lagi. Aku ni kalau ikutkan perangai aku yg ntahapeapentah tu, lagi orang paksa2 aku, lagi malas aku nak buat. Last2 bile dah sakit hati aku ni, aku pon maki le dia ala kadar jer, 'eh... u ni nak mintak tolong dari i, pastu u paksa2 plak.....'. 'Aler... ok2... tolong yer....'

Dah2.... malas dah aku nak tolong2 kalau camni....

  • 0 Comments


Gambar Hiasan

What will you do if you want to watch EPL Manchester United vs Arsenal and the rest of the family members want to watch Final Akademi Fantasia?

I'm not a fan of MU and I'm not the fan of Arsengal either, but since most of my friends are the supporters of MU, it's make me hate MU so much and the reason i want to watch the match is just to find a reason to create comtroversy between me and my friends. Haha... macam ni nyer orang pon ade.

In the other side, i hate AF also. I used to be a fan of AF, i don't know why... nowadays i hate AF. I never watch a single episode of AF this season. For me, AF students is just a piece of crap (teruk nyer aku) and not at that standard i wish they could be. Who are those stupid Malaysian wasting a lot of their money to vote for those students? And who are those peoples said to be fanatics, yelling like lunatics to the student like they are some sort of gods? Frankly, i used to vote also, like.. 5 times just because i don't want Mawi to win. I hate Mawi that time, the same reason I hate MU, hahah....

Ok... back to the question, last saturday night, i'm watching EPL and the rest of the family want to watch AF. The best thing is, i have the power to control the TV. My two nieces begging me to switch the channel and i just buat bodoh. They keep on begging and begging till finally i told them, 'kalau nak tengok AF, bayar dulu RM10'. The two girls ran to the kitchen and a moment later one of them gave me the RM10 note. I just grabbed the money, switched the channel, hand over the remote and i went over to the kitchen to have some dinner. I don't know where they get the money, it's either my mom or my sister's. I don't care, i got what i asked for, hahaha...

I sat with my mom and she then asked me, 'apasal ko malam ni buat perangai?' 'Tak suke AF, benci AF', this is my simple answer. I can't remember the rest of the conversation, but i do remember saying that i cannot watch my programme and that i paid every month nearly RM100 for Astro. I spend the rest of the evening wasting my time in my bedroom.

This morning, i don't know why, suddenly my mood is gone (moody lah senang kata). I not talking to anyone, i just simply turned off the CD player while my three nieces is still watching and turned to my favorite programme, i just ignored my sister calling for opinion, i'm not eating my breakfast and lunch, i just watched TV and sleep. I had my lunch at 6pm.

I wanna say sorry what just happen today, it not my intention to hurt anybody feeling. It's just me. Nothing to do with what happen yesterday.

:(
  • 0 Comments


Semalam Hari Jururawat Sedunia. Tak tau plak aku hari tu semalam. Memandangkan aku bekerja di sektor kesihatan, maka jururawat2 di tempat kerja aku merancang untuk menyambut hari tersebut. So.. tanpa dirancang mereka telah membuat sambutan tu semalam. Ada lah aktiviti makan2 ala kadar jer ngan aktiviti potong kek. Ape2 pon Selamat Hari Jururawat.

Untuk melihat lebih banyak gambar aktiviti tersebut, klik SINI


Love,

  • 0 Comments
Jom buat tag.... tag ini adalah dari luvmeteddy. Saje je nak wat since dah takde cerita nak dituliskan dalam blog aku ni. Ok.. this is it...

1. 3 NAMES IN YOUR INBOX CELLPHONE ?
---- Hana, Firdaus, Alangs

2. YOUR MAIN RINGTONE ?
---- Lissa by Hossam Habib (Artis Arab)

3. WHAT U DID AT 12 LAST NIGHT ?
---- entertaining myself, u know what i mean...

4 . WHO WAS THE LAST PERSON U WENT OUT WITH? WHERE ?
---- My sister and her 2 daughters, we went to Giant Selayang Mall

5. THE COLOR OF THE T'SHIRT YOU'RE WEARING? NOW ?
---- Erm... look like yellow to me

6. THE LAST THING U DID?
---- Eating

7. 3 OF YOUR EVERYDAY FAVORITE ITEMS?
---- My computer, my Astro, my bed

8. THE COLOR OF YOUR BEDROOM?
---- white.. or pink... eh.. tak perasan plak

9. HOW MUCH MONEY IN YOUR WALLET NOW?
---- RM100++

10. HOW'S LIFE?
---- work.. work.. work.. boringg.....

11. YOUR FAVORITE SONG?
---- I'm yours by Jason Mraz (terpaksa tiru luvmeteddy, pasal aku suka lagu ni gak)

12. WHAT WILL U DO NEXT WEEKEND?
---- nothing in my plan

13. WHEN WAS THE LAST TIME U SAW UR MOM?
---- this morning

14. WHERE IS SHE NOW?
---- at her house

15. WHEN WAS THE LAST TIME YOU TALKED TO YOUR PARENTS?
---- this morning

16. WHO IS THE LAST PERSON THAT TEXTED U?
---- hana

17. WHERE DID U HAVE UR DINNER LASTNIGHT?
---- at home

18. THE LAST SURPRISE YOU GOT?
---- can't recall

19. LAST THING U BORROWED FROM UR FRIENDS?
---- stapler

21. WHO IS UR BF/GF OR HUSBAND/WIFE?
---- when i know who she is, i will tell you

22. WHAT DO YOU FEEL NOW?
---- lapar... tapi sangat malas untuk makan

23. WANNA SHARE WITH WHO?
---- share aper?

24. WHO KNOWS UR SECRET?
---- what secret? i don't think that i told any of my secret (if any) to anybody

25 . THEY KEEP UR SECRET?
---- trust no one

27. ARE YOU ANGRY WITH SOMEONE?
---- nope...

28. WHAT DO YOU ORDER AT MCD?
---- Big Mac (yesterday... orang belanja)

29. THE LAST TIME YOU FELT SO SAD?
---- can't remember lah..

30. WHAT IS UR WISH FOR TOMORROW?
---- Today is better then yesterday dan tomorrow will be better then today

who'll be tagged...EVERYBODY ON MY FRIEND LIST..mesti ok... :) (tiru lagik)


Love,
  • 1 Comments
Sejak2 dah habis sukan ni, rasa banyak masa terbuang. Balik rumah awal, tak tau ape nak buat dan akhirnya aku tidor. Kata orang tak elok tidor lepas asar atau time2 nak maghrib, tp time tulah aku tertidor ketika lepak2 menonton tv. Lantak lah, bukan niat aku nak tidor time tu, tertidor.

Hari isnin lepas aku cuti, selasa aku kerja macam biasa. Setelah sebulan bersukan, hari selasa lepas aku balik awal. Terasa kekok plak bawak motor petang tu. Selalunya balik dah gelap, tp hari tu balik ketika hari masih terang, rasa laen macam jer.

Berat pon dah macam naek jer... hwaaaa... tidak....


  • 1 Comments

Gambar Hiasan

Perjuangan telah selesai. Zon 6 hanya berjaya menduduki tempat ke-4 daripada tujuh pasukan yang bertanding. Kami berpuas hati dengan pencapaian kami, first time mencuba kami telah berjaya menduduki tempat ke-4. Next year kita akan cuba lagi.

Hari Jumaat lepas team kami turun menentang Zon 1 di peringkat semi-final. Tak tau lah aper yg jadi masa tu, semuanya serba tak menjadi. Team kami dibelasah 8-3. First-half jer, kami dah dibelasah 6-0. Second-half kami try bangkit, walaupun dan jauh ketinggalan, as a result, keputusan full-time, kami ditewaskan dengan 8-3.

Hari Jumaat jugak team kami turun untuk penentuan kedudukan ke-3-ke-4. Perlawanan penentuan tempat ke-3 dan ke-4 ni, kami menentang Zon 5. Rasanya perlawanan ni paling best. First-half kedudukan amat baik. Kami mendahului Zon 5 dengan 4-1. Tapi untuk second-half, banyak kesilapan dilakukan di pihak kami dan Zon 5 berjaya mengalahkan kami dengan jaringan 6-5. Kecewa.... !!! Tapi pasukan kami memang bermain dengan baik dalam perlawanan ni. Ape-ape pon, dikhabarkan, tmpat ke-4 pon ade hadiah, hahaha... tu yang penting.

Pastu, lepas game tamat, salah sorang umpire dari Pusat Sukan tanya aku, 'penah main netball ke sebelum ni?' Aku honestly pon bgtau lah, 'Tak pernah pon, ni lah first time'. Umpire tu tanya lagi, 'tapi u main oklah, stepping takde masalah, except yg last tadi tu, bola laju sgt. Sape coach u?'. Aku pun terus menunjuk pada coach aku,'tuu.... kak baya'. Umpire tu terus cakap lagi,'tapi betullah, u nampak macam penah main. U jabatan mana yer?' Aku jawab jer, 'Klinik Pelajar'. Umpire tu, 'oooo.... ok'. Conversation kami tamat kat situ. Dalam hati aku, 'wah2.. ade can nak maen untuk universiti ni, hahaha....'.

Apa-apa pun, tahniah pada teammate aku semua - Firdaus, Azmi, Syed, Naim, Amin, Tahir, Wan (agaknye lah nama budak tuh), Derus, Zainorin dan sorang lagi yg tak sempat aku nak berkenalan...... Tahun depan kita cuba lagi...

Terima kasih pada coach yang telah mengajar kami from zero to hero, Kak Baya dan Kak Nor.


Love You All,
  • 0 Comments

Search This Blog

About Me

My photo
afeezz
Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
'afeezz tu memang cukup indah untuk dicintai tapi cukup susah untuk dimiliki' - anonymous 2010
View my complete profile

Total Pageviews (since July 2008)

Follow Me

  • instagram
  • facebook
  • Twitter

My Followers (Thank You)

Blog Lists

  • Syazni Rahim Blog
    Apa Itu Google Search Console
    48 minutes ago
  • Blog Begins At Forty
    March 24, 2023
    3 hours ago
  • Aiman Abdullah
    Siaran Langsung Live Malaysia B-22 Merlion Cup 2023
    5 hours ago
  • CikCappuccinoLatte
    Menu Berbuka Khairulaming : Ayam Gepuk Sambal & Kicap
    5 hours ago
  • AMIE'S LITTLE KITCHEN
    Tiru Macam Saya!
    6 hours ago
  • Blog Sihatimerahjambu
    4 Menu Air Berbuka Puasa Khairul Aming 2023
    9 hours ago
  • As Samsudin
    Ramadan Kareem 1444H
    10 hours ago
  • ABAM KIE : Man of The House
    Kes remeh hingga bercerai
    12 hours ago
  • BLOG RABIA ADAWIYAH
    Hadiah untuk Raydah Blogger
    14 hours ago
  • Monolog Kakmim
    Throwback Thursday - 1 Ramadhan Zaman PKP
    1 day ago
  • KomenSen
    KENAPA SAYA DAH MALAS NAK PERGI HYPERMARKET?
    1 day ago
  • Bola Katok
    Review filem anime The First Slam Dunk.
    2 days ago
  • MRS.A my blog my stori
    Potluck Pra-Ramadhan 1444H
    3 days ago
  • AMMI
    Aku takut
    4 days ago
  • Warisan Petani
    'Yut' Hanyut Buat Selama-lamanya
    5 days ago
  • cikguzim
    Lancarkan kencing dengan air barli
    3 weeks ago
  • fairus.com
    Sehari di Pekan Baru, Riau, Indonesia
    4 weeks ago
  • SEMUT SENYUM
    Tenang Lubuk Jiwa
    5 weeks ago
  • SITI.YANG.MENAIP
    Happy New Year 2023 | SitiYangMenaip Masih Ada
    2 months ago
  • LADY LIKE ME !
    HAPPY 2023 !!
    2 months ago
  • ixa-rism
    One Hundred Nine One
    4 months ago
  • PESONA ETUZA
    Johor Kami Datang Dengan Hati Girang
    6 months ago
  • Tiga Lalat 2021
    NEW BLOG I AM
    6 months ago
  • Shida Radzuan Blog
    Susahnya untuk konsisten
    7 months ago
  • Adinda Baizura Mazlan
    Tenang. Kamu Mampu.
    7 months ago
  • ! acuyuhan
    Nineteen61 Cafe Kuantan
    1 year ago
  • Dunhill guy
    Handmade Design Phone Case
    1 year ago
Show 10 Show All

Blog Archive

  • ►  2023 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2022 (3)
    • ►  December (1)
    • ►  June (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2021 (77)
    • ►  December (7)
    • ►  November (8)
    • ►  October (7)
    • ►  September (8)
    • ►  August (6)
    • ►  July (7)
    • ►  June (5)
    • ►  May (8)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (5)
    • ►  January (4)
  • ►  2020 (40)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (1)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (36)
    • ►  December (3)
    • ►  November (3)
    • ►  October (4)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (2)
    • ►  March (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2018 (28)
    • ►  December (4)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (29)
    • ►  December (1)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (4)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (37)
    • ►  December (2)
    • ►  November (3)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2015 (50)
    • ►  December (6)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (6)
    • ►  August (4)
    • ►  July (4)
    • ►  June (4)
    • ►  May (3)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  February (6)
    • ►  January (3)
  • ►  2014 (50)
    • ►  December (3)
    • ►  November (4)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (4)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (1)
    • ►  March (4)
    • ►  February (5)
    • ►  January (5)
  • ►  2013 (106)
    • ►  December (6)
    • ►  November (7)
    • ►  October (6)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (10)
    • ►  June (9)
    • ►  May (10)
    • ►  April (10)
    • ►  March (10)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2012 (117)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (9)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (8)
    • ►  May (9)
    • ►  April (10)
    • ►  March (10)
    • ►  February (9)
    • ►  January (10)
  • ►  2011 (124)
    • ►  December (13)
    • ►  November (10)
    • ►  October (8)
    • ►  September (9)
    • ►  August (12)
    • ►  July (10)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (10)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (10)
  • ►  2010 (132)
    • ►  December (11)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (11)
    • ►  August (13)
    • ►  July (14)
    • ►  June (8)
    • ►  May (9)
    • ►  April (15)
    • ►  March (9)
    • ►  February (11)
    • ►  January (9)
  • ▼  2009 (146)
    • ►  December (9)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (14)
    • ►  August (18)
    • ►  July (19)
    • ►  June (16)
    • ▼  May (9)
      • 93rd ENTRY
      • 92nd ENTRY
      • 91st ENTRY
      • 90th ENTRY
      • 89th ENTRY
      • 88th ENTRY
      • 87th ENTRY
      • 86th ENTRY
      • 85th ENTRY
    • ►  April (13)
    • ►  March (7)
    • ►  February (13)
    • ►  January (6)
  • ►  2008 (45)
    • ►  December (2)
    • ►  November (7)
    • ►  October (7)
    • ►  September (12)
    • ►  August (9)
    • ►  July (8)

My Travel Story - To Infinity and Beyond

  • 2008 : United Kingdom (1)
  • 2011 : Indonesia - Medan (8)
  • 2013 : Indonesia - Bandung (6)
  • 2014 : Singapura (2)
  • 2015 : Kemboja - Siem Reap (6)
  • 2016 : Thailand - Krabi (5)
  • 2017 : Jepun - Tokyo (10)
  • 2019 : Korea Selatan - Seoul (10)

My Travel Story - Malaysia

  • 2009 : Pulau Pinang (1)
  • 2011 : Kedah - Pulau Langkawi (4)
  • 2011 : Sabah - Kota Kinabalu (6)
  • 2012 : Road Trip 1.0 (3)
  • 2012 : Sarawak - Kuching (6)
  • 2013 : Road Trip 2.0 (3)
  • 2014 : Pulau Pinang (2)
  • 2015 : Kedah - Pulau Langkawi (4)
  • 2018 : Pahang - Cherating (3)
  • 2020 : Pahang - Cameron Highlands (2)
  • 2020 : Perak - Pulau Pangkor (3)

Top 5 Weekly Popular Posts

  • 1000 : Bila Lampu Brek Menyala Tak Padam-Padam
    Korang pernah ada pengalaman tak, bila lampu brek kereta korang termasuk lampu brek ketiga menyala tapi tak mahu padam? Macam ada satu entit...
  • 999 : Throwback Thursday - October 2021
    Pada hari ini (7 Oktober) pada tahun 2019, aku berjaya menjejakkan kaki ke Pulau Nami, Korea Selatan. Hujan turun membasahi bumi pada pagi ...
  • 1001 : Satu Ribu Satu Cerita Aku
    Perasan atau tidak, jumlah post di dalam blog aku yang tak seberapa ni sudah mencapai ke angka 1001 termasuk post ini. Tak pernah ku sangka ...
  • 812 : Big Home Expo 2017
    Poster Big Home Expo 2017 Big Home Expo 2017 telah diadakan dari 16 hingga 19 Februari 2017 bertempat di Stadium Bukit Jalil. Ini ada...
  • 813 : Wishing Myself A Happy Birthday (Episod 2)
    Tanggal 25 Februari yang lepas adalah hari ulang tahun kelahiran aku. Seperti tahun-tahun sebelumnya, pada tahun ni aku masih berusia 21 t...

Labels

Hanya Nak Cerita (298) Jalan-Jalan (145) Makan-Makan (90) Cuti - Cuti Malaysia (82) Ucapan Dari Hati (80) Hiburan (79) Saje Nak Tayang (73) Gambar (46) Cuti - Cuti Luar Negara (43) Masak Sendiri Makan Sendiri (35) Sukan (30) Kerja (26) Luahan Perasaan (24) Kerinduan (21) Takde Idea Nak Menulis (17) Famili (10) Pengetahuan Bersama (8) Wordless Wednesday (8) GiveAway (3)

Mereka Yang Rajin Memberi Komen

instagram

Template Created By : ThemeXpose . All Rights Reserved.

Back to top