951 : Daging Harimau Menangis
Sebelum ni memang viral pasal Daging Harimau Menangis ni. Pada mulanya aku tak pasti apa dia Daging Harimau Menangis tu, daging harimau betul kah? Masakan boleh jual daging harimau di pasaran terbuka.
Daripada pembacaan aku di google yang kadang-kadang tidak boleh dipercayai itu, Harimau Menangis adalah bahagian daging paling lembut dan mungkin sangat mudah empuk bila di masak. Nama Harimau Menangis adalah kerana bahagian itu tidak boleh dicapai oleh mulut atau gigi harimau disebabkan kedudukannya di celah tulang belakang lembu. Jadi, harimau tidak boleh memakannya dan akan menangis. Sebab itulah bahagian daging itu dinamakan Daging Harimau Menangis. Sekian.
Oleh kerana telah viral akan kesedapannya itu, pucuk yang dicita ulam pula mendatang, seorang sahabat telah datang ke rumah aku membawa daging tersebut. Jangan katakan harimau, aku pon menangis, tak sangka ada orang belanja daging mahal ni. Tapi bukan daging mentah lah, daging yang telah diperap dengan rempah-rempah terpilih dan lada hitam. Produk tempatan, Aunty Tini Kitchen.
Harganya lumayan mahal juga untuk satu peket seberat 250g (rasanya lah). Satu peket ini datang bersama sos pencicah nya sekali. Cara penyediaanya agak mudah, cuma perlu bakar di atas pemanggang selama 10 minit atau sehingga masak mengikut cita rasa masing-masing, nak medium rare ke atau raw sahaja.
14 comments
Yang mahal x semestinya sedap.
ReplyDeleteNak sedap x semestinya yang mahal...
setuju... kadang2 makan nasi lauk telur goreng dengan kicap pon sgt sedap
Deletebestnya rezeki tu!
ReplyDeletealhamdulillah, ada org bawa rezeki. dapat gak merasa
DeleteYang aunty tini ni sS tak pernah beli lagi. kalau dpat yang fresh gerenti jauh lebih sedap.
ReplyDeletesemut penah makan yang fresh punye ke? selalunya kalau daging yg fresh memang lain rasanya
Deletesedpnya, jrg mkn daging skrg
ReplyDeletesy pon tak berapa gemar makan daging, tapi ada org bawak dtg umah kan, kita makan la. rezeki jangan ditolak
Deleteorang kata boleh buat sendiri hehe.. tapi teringin jugak nak rasa mak nelopa punya ni :)
ReplyDeletenak buat sendiri tak pandai nak masak. kang beli mahal2 masak tak jd dan tak sedap, kan dah rugi...
DeleteMrs. A suka lunch set daging harimau menangis di @patinlimbongz hiks!
ReplyDeletepatinlimbongz tu restoran ke aper? share location pls..
DeleteSambil makan daging harimau menangis, poket pun turut menangis.
ReplyDeletehahaha... sekali sekala makan tak menangis kot poket tuh
Delete