952 : Hadiah Kedua Tahun 2021 - Komentor Bertuah Syazni Rahim Blog

Terima kasih aku ucapkan kepada tuan punya blog Syazni Rahim Blog, Kak Syaz kerana telah memilih aku sebagai salah seorang Komentor Bertuah blog beliau.


Aku mengikuti blog beliau tidak lama, rasanya pada akhir tahun lepas. Apa yang membuatkan aku menjadi pengikut blog beliau adalah kerana catatan ataupon posting-posting di blog beliau sangat menarik, berceritakan tentang perkara-perkara yang berlaku di sekeliling beliau. Posting-postingnya pula ringkas dan padat dan enjoyable untuk di baca. Blog juga sangat aktif dan banyak posting-posting yang terkini sehinggakan setiap kali aku singgah, banyak posting-posting lama yang belum dibaca dan dikomen oleh aku. Beliau juga rajin membalas komen-komen yang ditinggalkan. Syabbaz bette. Kipidap the good work.

Seperti yang dijanjikan, pada 4 Mac yang lepas, aku menerima hadiahnya.

Sup Game Box. 400 in 1. Larat ke nak main sampai 400 games?

Memula tak reti nak onkan camne. Picit-picit tak on jugak.
Lepas refer manual baru jumpe button on nye.

Stress main 1901 Tank ni. Sampai ke sudah
stage 1 pon tak lepas-lepas.

Seronok aku dapat game ni, teringat zaman kecik-kecik dulu aku selalu main game macam ni. Ayah belikan untuk adik guna duit pencen dia. Aku share maen jer ngan dia. Boleh kira hebat jugak lah aku masa tu. Tapi sekarang, bila main, kadang-kadang sampai stress dibuatnya. Nak lepas stage pertama pon susah. Super Mario jer pon...

Apa-apa pon, terima kasih daun keladi, bulan depan nak lagi....

You Might Also Like

18 comments

  1. tahniah. bila x de benda nak buat di rumah tu boleh la main games ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih abe kie. mmg maen pon kalau bosan2 kat umah, tp stress, susah nak menang..

      Delete
  2. hehe aduh ingat sebagai pengubat stress, tapi makin stress ni, next menang bagi panadol la hahaha :P
    tq afeezz selalu berkunjung!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... terima kasih kak atas hadiah tu. bila dah terer nanti ok lah tu. prektis make perfect kan..

      Delete
  3. wak punye gameboy tak smpi lagi nih., hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wak mungkin dapat hadiah lain kot. klu bagi game ni nnt berebut plak ngan anak.. hahaha

      Delete
  4. Wah! bestnya dapat hadiah game

    ReplyDelete
    Replies
    1. best sgt2. dah lama tak main game2 retro mcm ni...

      Delete
  5. Replies
    1. kalau nak kene la mintak kat kak syazni rahim

      Delete
  6. wah... tahniah... best hadiah tu

    ReplyDelete
  7. Tahniah atas kemenangan ini. ����

    ReplyDelete
  8. tahniah . hai sy rabia sy singgah sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai rabia, terima kasih kerana sudi singgah

      Delete