956 : Tertunai Sudah Tanggungjawab (Episod 7) - Nak Buat Apa Dengan Lebihan Bayaran Itu?
Peringatan Mesra : Jangan kita lupa untuk menunaikan tanggungjawab kita yang satu ni, tanggungjawab kepada negara. Jika gagal melaksanakan tanggungjawab ini, maka kita akan dilabel sebagai pengkhianat negara, begitulah kata-kata mantan Perdana Menteri Malaysia yang kita sayangi suatu ketika dahulu (sekarang dah tak sayang dah). Tanggungjawab yang dimaksudkan itu adalah tanggungjawab mengisytihar dah membayar cukai pendapatan.
Aku telah menunaikan tanggungjawab ini pada 13 Mac 2021 yang lepas. Tak sanggup rasanya dilabel sebagai pengkhianat negara. Pada tahun ini, jumlah pelepasan yang aku tuntut agak lumayan banyak nye. Berbanding tahun lepas, tahun ini aku dapat menuntut pelepasan untuk gaya hidup, di mana pada tahun lepas aku mula melanggan perkhidmatan jalur lebar untuk kegunaan peribadi. Agak lumayan jugaklah tuntutan itu. Yang lain-lain adalah tuntutan biasa sahaja.
Setelah dihitung semuanya, terdapat sedikit lebihan bayaran tahun taksiran 2020. Semuanya sudah selesai dan hanya menunggu pihak LHDM mem'bank-in'kan wang tersebut.
Setelah difikir-fikir apakah yang akan aku lakukan dengan lebihan wang itu, aku putuskan untuk simpan sahaja untuk kegunaan hari tua untuk mencapai wawasan aku 'Retire@50'.
22 comments
Alhamdulillah. kakak pun dah tunaikan kewajipan itu.
ReplyDeleteBagusnya, ada wawasan begitu.
Tahniah kak... akak bukan pengkhianat negara...
Deleteabam kie pun dah bayar seminggu lepas. harap dpt refund tu sblom puasa ni...Aamiin...
ReplyDeleteTahniah abe kie.. abe bukan pengkhianat negara
DeleteNice :)
ReplyDeletehehehe.. tahnks
DeleteTahniah! Antara insan yang membangunkan negara.
ReplyDeletedemi negara yang tercinta
Deleteku curahkan bakti penuh setia...
Bagus menyimpan untuk masa depan.
ReplyDeleteSekarang ramai orang buat pelaburan emas
nak pencen awal kak, kene la menyimpan untuk hari tua. hehehe
Deletedone juga ! hehehe lagi tak buat lagi tu kawan2 office bising haha
ReplyDeletetahniah, kalau kawan2 tak bising rasanya tak buat lagi la tu...
Deletetau xpa.. hahaha
Deletehahaha... tahun depan saya pon nak bising2 gak
DeleteAlhamdulillah Thaniah!
ReplyDeletealhamdulillah, dah dapat pon duit lebihan tuh...
Deletedh nk masuk ramadhan ni bro., lebihan tu leh byr zakat fitrah je., hehehe
ReplyDeletebetukl juga tuh... lebihkan amalan di bulan ramadhan
Deletealhamdulillah... tahniah afeez... kakmim dh habis pun buat shopping bj raya... hahaha
ReplyDeletehahaha... saya tahu ni xde baju raya. recycle yg lama2 punya jer
DeleteAlhamdulillah..tanggungjawab dilaksanakan :)
ReplyDeletealhamdulillah, dah dapat pon lebihan itu...
Delete