953 : Menuju Ke Arah Gaya Hidup Yang Lebih Sihat (Episod 10) - Entitlements Virtual Half Marathon Sudah Diterima

Seperti yang pernah aku ceritakan dulu, aku ada mendaftar untuk dua sesi Virtual Half Marathon pada tahun lepas. Memandangkan PKP, PKPP, PKPB dan ntah apa ke jadah PKP lagi yang berlanjutan, larian yang sepatutnya tamat pada bulan November tahun lepas, dilanjutkan sehingga Februari tahun ini. Makanya banyak masa bagi aku untuk menyelesaikan larian ini.

Oleh kerana tempoh masa larian hampir due bagi kedua-dua sesi, hendak tak hendak aku terpaksa menyelesaikan larian itu (aku tengok hari ini, larian dilanjutkan lagi ke 30 April 2021, hahaha). Dah bayar mahal kan, rugi pulak kalau tak dapat entitlement yang disediakan. Pada 13 Februari 2021, aku berjaya menyelesaikan larian aku sejauh 5km sahaja untuk larian Tokyo Virtual Half Marathon. Dengan menggunakan apps yang disediakan, maklumat larian aku terus dihantar kepada pihak penganjur secara online. Senang.

Entitlements untuk larian ini yang berupa sehelai dry fit t-shirt dan finisher medal telah aku terima pada 17 Februari by post ke alamat pejabat aku. Katanya ada e-certificate, tapi sampai sekarang tak dapat pon, sudah lupe ke? Hehehe

Finisher Medal Tokyo Virtual Half Marathon. Comel medal dia,
sebab tu aku join larian ni.

Runner T-Shirt

Dan pada 14 Februari, tatkala orang di luar sana sibuk berkasih sayang, aku berjaya pula menamatkan larian aku sejauh 5km juga untuk London Virtual Half Marathon. Entitlements untuk larian ini pula telah aku terima pada 18 Februari 2021.

Finisher Medal London Virtual Half Marathon
Cantik kan, macam fridge magnet London plak

Kat belakang aku engraved nama aku. 
Caj tambahan RM10.00 (mahal!!)

Runner T-Shirt

Aku ade juga register satu lagi larian secara virtual ni untuk larian bulan April nanti (ehhh... April dah puasa kan??? camne ni???)

You Might Also Like

12 comments

  1. wahh larian virtual tu camane erk? ada apps nk kena install ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg saya join ni kene install apps JomRun. pastu dia akan bagi tempoh untuk selesaikan larian, biasanya 1 bulan. bila dah selesai jarak automatik dia akan submit larian kita tu.

      Delete
  2. Tahniah krn berjaya menamatkan larian. Wah! Kerlazz gitew masuk marathon Tokyo dan London. Sy lari di atas batas sawah padi je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... saya join yang medal dan t-shirt cantik jer, klu ade Sawah Padi Virtual Run yg offer medal dan t-shirt cantik ofkoz saya akan join juge.

      Delete
  3. cantiknya medal dia... vitual run ni mmg not me sbb p jogginh pun tak suka bawa phone hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik kan, sebab tu i join. i klu ke mana-mana wajib bawak hp, dah jd macam wajib plak kecuali klu ke tandas di rumah..

      Delete
  4. Comel medal Tokyo Run sebab ada gambar kucen eh!
    Apps jomrun dah lama install nak joinnya ntah bila huhuhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh! lupa pulak nak ucap Tahniah Afeezz berjaya menamatkan larian

      Delete
    2. sebab medal dia comel la saya join run tu. hehehe...

      Delete
  5. Sebelum PKP dulu rajin juga collect medal. Bukan berlari tapi berbasikal. Sekarang dah lama sangat tak berbasikal, kembali sibuk dengan pelbagai perkara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila lama dah tinggal mmg susah nak mulakan semula...

      Delete
  6. wahhh bestnyaa.. sy masi on off running haha sejak pkp jadi malas :D

    ReplyDelete