... dan aku menulis untuk diri sendiri

Assalamualaikum...

Dalam bulan Oktober 2026 ini, dua perpisahan yang tidak dapat dielakkan telah berlaku pada aku. Pertama dulu dan telah aku ceritakan mengenai motorsikal kesayangan aku yang telah aku jual kepada kakak aku. Kedua, satu-satunya kereta aku juga telah bertukar tangan walaupon masih tidak bertukar hak milik. Kereta itu juga telah bertukar tangan kepada kakak aku juga. Kali ini bukan aku jual tetapi hanya memberikan kepada kakak aku untuk digunakan memandangkan aku juga sudah tidak boleh memandu kereta.

Abang WoTonG di Kuala Kemaman, Terengganu

Kereta itu dari jenis Honda City telah aku beli pada Disember 2009. Keadaannya masih lagi elok walaupon sudah tua. Banyak kenangan manis dah pahit sepanjang kami bersama. Seluruh negeri di Semenanjung Malaysia telah dijejaki dan pernah juga dipandu sehingga ke Krabi, Thailand. 

Abang WoTonG di Kuala Kangsar, Perak

Abang WoTonG di Bukit Fraser

Sejak aku membeli motorsikal Yamaha LC 135 aku pada Julai 2023, aku sudah jarang menggunakan kereta aku itu yang aku beri nama Abang WoTonG. Dan Abang WoTonG terus ditinggalkan semasa aku jatuh sakit sehingga ia tidak dapat dihidupkan lagi. Niat di hati memang ingin memberi kepada ahli keluarga lain yang mahu menggunakannya tetapi sehingga ke sudah tiada siapa yang sudi. Sedih juga melihat keadaannya sehingga ada juga terlintas di hati untuk menjualnya sahaja.

Abang WoTonG atas feri Pulau Pinang

Abang WoTonG di Pantai Merdeka, Kedah

Tiba-tiba pada suatu hari, kakak aku menghantar pesanan ringkas bertanyakan tentang kereta itu dan memohon kebenaran untuk menggunakannya. Aku bersetuju dan memaklumkan keadaan kereta itu di mana ia perlu diperbaiki dan bersetuju untuk berkongsi jumlah pembayarannya. Pada 4 Oktober 2026 percubaan untuk 'jump start' enjinnya berjaya, bermakna enjinnya masih baik cuma baterinya yang sudah kong. 

Abang WoTonG di Jeli, Kelantan

Keesokkann harinya kakak dan suaminya datang mengambil kereta itu dan dibawa untuk ditukar baterinya dan terus dibawa ke bengkel untuk pemeriksaan seterusnya. Dan sekarang ia telah mendapat tuan yang baru untuk memberikan khidmatnya selagi diperlukan. 

Gambar terakhir Abang WoTonG semasa percubaan 'jump-start'

  • 1 Comments

 


Ini adalah motor aku, kalau diikutkan motor kedua aku. Motor pertama atas nama aku dah lama tersadai di kampung, takda siapa yang nak guna. Kesian dia.

Motor kedua ni aku beli pada Julai 2023. Aku beli motor ni kerana aku dah tak tahan lagi nak drive kereta hari-hari ke tempat kerja. Semua orang pon tahu macam mana tahap kesesakan lalu lintas di KL ni pada setiap waktu puncak. Jarak dari rumah aku ke tempat kerja, kalau tak jem dalam 30 - 40 minit saja boleh sampai. Tapi kalau waktu puncak boleh mencapai 1 jam 30 minit ke 2 jam. Memang tua aku di jalan raya hari-hari macam ni. Tak larat dah kalau tiap-tiap hari terpaksa meluangkan masa 3 - 4 jam terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Lalu aku pon mengambil keputusan untuk membeli sebuah motor baru saja untuk ke tempat kerja. Aku dan dua orang rakan telah ke sebuah kedai motorsikal di Puchong Utama memandangkan tiada kedai motorsikal yang best sekitar tempat aku ni. Aku telah mengambil sebuah motorsikal Yamaha LC 135 berwarna merah. Aku siap beli nombor plat khas yang agak mahal juga la untuk motor ni, dan siap pasang box dibelakangnya untuk simpanan topi keledar. 

Malangnya, pada bulan April 2024 aku telah jatuh sakit dan menyebabkan aku bercuti sakit hampir satu tahun. Dan setelah sembuh, aku tidak lagi boleh menggunakan motorsikal itu. Maka tersadailah ia sehingga aku terpaksa membeli sebuah lagi motorsikal lain semata-mata untuk membolehkan aku bergerak ke tempat kerja. Pelan asal untuk menolak motor itu ke kedai motorsikal dan mengambil motor baru tidak kesampaian apabila sahabat baik aku berniat untuk membeli motor itu dari aku. Aku pon setuju kerana aku masih lagi sayang motor itu. 

Pada Februari 2025, motor itu pon bertukar tuan walaupon tidak bertukar hak milik. Walaupon telah bertukar tuan, aku masih lagi boleh melihatnya kerana ia diletakkan di kawasan parkiran yang sama dengan aku. Setelah bertukar tuan, ia masih lagi tersadai tidak bergerak walaupon dijaga dengan baik. Sahabat yang membelinya pon tidak menggunakannya. 

Pada Oktober 2026, akhirnya motor itu bertukar tuan sekali lagi walaupon hak milik masih nama aku. Motor itu dibeli pula oleh kakak aku sendiri setelah mengetahui yang motrsikal itu hanya tersadai tidak bergerak. Keadaan masih tip-top dan mileage baru melepas 10,000km dan kakak aku juga memang berniat untuk membeli sebuah motrsikal untuk kegunaan mereka sekeluarga. Kalau ikutkan standard kedai, itu consider masih baru. Setelah berbincang dengan sahabat baik aku tu, dia bersetuju tanpa banyak bicara. 

Sekarang motor itu telah berpindah kediaman. Semoga ia lebih berguna bersama tuan barunya. Bak kata Eomer son of Eomund dalam The Lord of the Rings: The Two Towers, 'may these horses bear you to better fortune then their former masters'.

  • 8 Comments

Kotornye 

Ini kereta aku. Kereta pertama aku dan satu-satunya kereta aku. Sejak-sejak aku dah tidak boleh memandu kereta, kereta ku ni terbiar tidak terjaga. Nak dijual, tapi sayang.

Keadaan masih elok walaupun sudah berusia 16 tahun. Hanya kadang-kadang ada kerosakan sini sikit sana sikit, bukan kerosakan yang serius. Buat masa sekarang ni, ada masalah dengan air-con dia, dah tak sejuk. Pernah diperbaiki satu masa dahulu dengan belanja hampir RM1,500. Sekarang ada masalah lagi, tunggulah masa yang sesuai untuk diperbaiki semula. 

Sebelum ni ada masalah juga dengan kuncinya. Mungkin kerana bateri dah low, dan tidak boleh dibuka secara remote. Kalau buka secara manual, akan menjerit alarmnya. Nasib baik juga lah alarmnya bunyi merdu jer, takda la sakit telinga mendengar.

Oleh kerana ada masalah dengan kuncinya, maka dah lama juga tidak di start dan bergerak. Maka sekarang ni bateri pon dah kong. Nak panggil Bateriku dari minggu ke minggu tidak terpanggil. Akhirnya terbiar lagi. 

Disebabkan di sekeliling kawasan perumahan aku ni pembangunan sedang rancak dijalankan, maka berdebu kawasan ni. Ditambah lagi dengan jerebu, makin bertambah parah kualiti udara. Kereta-kereta yang letak diluar, seminggu sahaja dah macam setahun tak dicuci. Sabar je lah.

Sedang menunggu masa yang sesuai untuk panggil pihak Bateriku untuk ditukar baterinya. Kemudian akan dibawa untuk dicuci. Kesian sangat tengok keadaannya sekarang. Then, InsyaAllah, kalau ade rezeki lebih akan baiki air-connya.

Dan oleh kerana aku pon dah tak boleh memandu lagi, mungkin aku akan bagi kereta ni pada anak buah aku yang dah start bekerja. Senang la sikit dia nak pergi dan balik kerja nanti. Daripada terbiar begitu saja. Ini perancangannya, InsyaAllah.

  • 12 Comments

Buah ni pernah viral beberapa tahun dahulu. Tak pasti dari mana asal-usulnya, tiba-tiba sahaja boleh viral. Pada masa mula-mula viral dahulu, aku hanya dengar cerita-cerita orang tanpa ingin mengambil tahu apakah itu Donut Peach. Sebenarnya tak tahu pon ianya sejenis buah. Pada pendapat aku Donut Peach ni adalah sejenis Donut dengan toping buah Peach. Sehinggalah jadi satu kes di mana ada seseorang yang diserang alergik sebab makan buah ni. Aku pon terfikir, macam mana la makan donut pon bole kene alergik, bak kata Uncle Roger… sooo weak!.

Akhirnya, setelah mengambil tahu, baru lah aku tahu yang Donut Peach ni adalah sejenis buah. Dan pertama kali aku lihat adalah semasa percutian aku ke Cameron Highlands pada bulan Julai 2023. Kerana penesaran dengan rasanya aku pon beli 2 pack pada harga RM55. Harga untuk satu pack dengan 6 biji isinya adalah RM30, tapi kalau beli 2 pack dia kira RM55 sahaja. Aku pon share dengan sahabat, ambil 2 pack, sambil membantu merancakkan ekonomi peniaga-peniaga bumiputera tempatan. 

Dan benarlah kata orang, rasanya memang sedap dan manis yang amat. Patut la boleh viral. Itulah kali pertama dan terakhir aku membeli dan merasa Donut Peach ni. Bukannya tak teringin nak rasa lagi, cuma harganya yang menghalang untuk aku membelinya lagi, masih mahal macam dulu… hahaha…


  • 20 Comments

Simpan punya simpan last-last masa nak guna, masa tu lah tak jumpa.

Beberapa minggu yang lalu, setelah beberapa hari melakukan proses mencari dan terus mencari, akhirnya aku mengalah dan mengisytiharkan bahawa Sijil Kelahiran atau Surat Beranak aku yang telah berusia xx tahun itu telah hilang. Mungkin berada di rumah lama, tetapi memandangkan rumah lama itu tidak boleh  dimasuki atas sebab tertentu, maka proses nak mencari di rumah lama juga tidak dapat dilakukan.

Memandangkan aku memerlukan Sijil Kelahiran itu dengan segera untuk urusan penting, terpaksalah aku membuat Permohonan Daftar Semula Kelahiran bagi mereka yang Sijil Kelahirannya telah hilang atau musnah. 

Hari itu, aku telah ke Ibu Pejabat, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya untuk melakukan permohonan ini. Di sana aku perlu naik ke tingkat 3 ke Bahagian Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat. Di kaunter pengambilan nombor panggilan, aku diberi satu borang, Borang Daftar Kelahiran untuk diisi sebelum nombor panggilan diberi. Terasa macam nak register kelahiran anak sendiri plak... hehehe. Untuk warga OKU dan warga Emas, nombor panggilan khas boleh diberikan untuk mengelakkan dari mereka menunggu lama. Boleh minta dari pegawai yang bertugas di kaunter nombor panggilan itu.

Selepas borang lengkap diisi (aku isi tak lengkap pon, ade beberapa maklumat yang aku tak dapat seperti nombor kad pengenalan ibu dan bapa), satu salinan kad pengenalan juga perlu disertakan bersama borang. Kepada yang tidak bawa salinan kad pengenalan seperti aku, boleh ke Kaunter 1, ada perkhidmatan fotokopi di situ dengan bayaran 50 sen sekeping. 

Kemudian aku diminta menunggu dan nombor panggilan akan di panggil di Kaunter 4 atau Kaunter 5 atau Kaunter 6. Tidak menunggu lama, nombor aku dipanggil di Kaunter 4, Borang Daftar Kelahiran, salinan kad pengenalan dan kad pengenalan asli diserahkan pada pegawai yang bertugas. Tidak banyak yang berlaku di sini, sekadar merenung kakak kaunter itu menjalankan tugasnya. Urusan selesai dan bayaran sebanyak RM5.00 dikenakan. Mod pembayaran secara elektronik sahaja. Kemudian aku disuruh menunggu di Kaunter 6 dan nama akan dipanggil. 

Tidak menunggu lama, nama aku dipanggil di Kaunter 6. Sijil Kelahiran baru yang bersaiz kertas A4 itu bertukar tangan. Wah.. terasa seperti dilahirkan semula. Setelah disemak didapati nama aku di Sijil Kelahiran tersebut tidak sama dengan nama di dalam Kad Pengenalan. Aku tak pasti samada nama itu sama atau tidak dengan  nama di dalam Sijil Kelahiran aku yang asal. Aku pon tiada simpan sebarang fotokopi atau gambar Sijil Kelahiran aku itu. Oleh kerana itu, untuk mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari, aku perlu untuk membuat Permohonan Pembetulan. Aku diminta untuk ke Kaunter 10.

Nombor Panggilan baru diambil dan sebentar kemudian dipanggil di Kaunter 10. Penerangan diberikan kepada pegawai yang bertugas dan satu borang perlu untuk diisikan. Pegawai bertugas mengatakan bahawa semakan perlu dibuat terlebih dahulu dengan pejabat di mana kelahiran aku dahulu didaftarkan. Aku mengiyakan sahaja kata-kata pegawai itu dan diminta untuk menunggu lagi. Borang Pembetulan Maklumat dan satu salinan kad pengenalan perlu diserahkan untuk semakan itu.

Dalam 10 minit kemudian, Sijil Kelahiran dengan nama yang betul diserahkan kepada aku.

Urusan sangat mudah dan pantas. Walaupon nampaknya ramai yang berurusan, tetapi semua urusan dapat diselesaikan dengan cepat. Tidak sampai 2 jam aku di sana dan urusan aku dapat diselesaikan. Alhamdulillah, dipermudahkan. Jika tiada masalah nama tadi mungkin dapat diselesaikan dengan lebih cepat.

Seronok tengok pasangan pengantin berbangsa Cina mendaftar perkahwinan mereka di JPN ni. Siap pakai baju kawin. Tiba-tiba terasa macam nak kawin....


  • 12 Comments

Sedih rasa hati bila angan-angan tidak kesampaian. Perancangan awal telah dibuat, tiket penerbangan juga telah dibeli. Malangnya, permohonan untuk Cuti Rehat Luar Negara tidak diluluskan atas sebab tugas dan kekurangan staf.. Sebelum ni kalau melihat kepada jadual yang ade, memang free masa tu, tiada apa-apa program yang telah dijadualkan. Malangnya, selepas permohonan dibuat, tiba-tiba ade satu program pulak yang akan dijalankan. Entah bila diaorang rancang pon aku tidak pasti, bos pon takde cakap. Dari apa yang aku dengar dari mulut bos sendiri, katanya tiba-tiba diaorang nak buat program tu. 

Setelah berbincang dengan bos-bos yang ada dan semua salah ditujukan kepada aku, aku akur. Takde rezeki aku kali ini dan peluang macam ni tidak mungkin datang lagi. Mana taknya, ada orang nak sponser penginapan dan makan sepanjang di sana. Destinasi pon bukan kaleng-kaleng. Itu yang membuatkan aku kecewa sangat-sangat.

Disebabkan kecewa dan sedih, semalam aku ambil Cuti Kecemasan. Hari ini aku masuk pejabat semula, aku tak bercakap dengan sesiapa pon (masih lagi sedih dan nak merajuk la kunun-kununnya). Aku batalkan permohonan Cuti Rehat Luar Negara aku dan aku mohon Cuti Rehat untuk 1 Ramadhan nanti.

Flight ticket pon aku belum batalkan lagi. Sedih bila tak bole dapat refund.

Ingatkan boleh guna tahun ni, nampaknya angan-angan tak kesampaian
terpaksa simpan semula dan peram sampai jadi pekasam atau tukun tiruan



  • 16 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sudah lama aku meninggalkan blog aku ini. Perancangan awal dulu, konon-kononnya cuma nak berehat dalam sebulan macam tu, tengok-tengok... tanpa disedari sampai setahun aku berehat, dah macam amik cuti tanpa gaji plak. Blog kawan-kawan pon aku tak singgah dan jengah apatah lagi nak meninggalkan komen. Masih ingat tak lagi kalian kat aku ni.

Banyak perkara boleh ditulis dan diceritakan sepanjang tahun ni, cume aku sekarang ni banyak sangat kekangan masa yang menghalang aku daripada menulis cerita aku. Kepada yang nak tahu, dalam bulan April 2022, beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri, aku telah ditukar ke jabatan baru. Bukan aku minta, bukan kerana aku bermasalah, itu cuma eksesais pertukaran biasa katanya yang mana staf bergred N yang telah berkhidmat di satu-satu jabatan selama lebih 7 tahun akan ditukarkan ke jabatan yang baru. Eksesais pertukaran jabatan besar-besaran ini dilakukan sebanyak 4 fasa dari April 2022 hingga Disember 2022 dan aku termasuk dalam fasa yang pertama. 

Empat orang rakan sekerja aku di jabatan lama telah ditukarkan ke lain-lain jabatan untuk fasa pertama ini. Perasaan aku sebenarnya bercampur baur, tak tahu nak gembira ke nak sedih, aku aku terima sahaja pertukaran itu.

Bertugas di jabatan baru ini sangat berbeza. Skop tugas yang diamanahkan nampaknya lebih besar dan mencabar. Pada awalnya, dalam dua bulan pertama, memang aku tak buat apa kerja pon, datang kerja goyang kaki, sampai masa balik. Masa itu sebenarnya aku memang tak tahu apa job scope aku, tiada hitam putih, yang ada cakap-cakap mulut je, buat itu dan buat ini. Masuk bulan ke tiga, selepas fasa kedua pertukaran besar-besaran dilaksanakan, aku mula sibuk mengambil tugas staf-staf yang ditukarkan itu. Masa itulah aku rasa beban tugas yang sebenar. Aku terlalu sibuk sehingga ada satu ketika aku merasa amat tertekan. Apa tidaknya, nak menguruskan orang bukan senang dengan perangai masing-masing. Ditambah pula dengan aktiviti-aktiviti jabatan yang terlalu banyak. Aktiviti dan event terlalu banyak, tapi muka-muka yang sama je yang terpaksa menguruskannya, termasuklah muka aku ni. Apa-apa pun, Alhamdulillah, ada teman-teman sepejabat yang sering membantu.

Sekarang, Alhamdulillah aku sudah boleh menguruskan tugas aku dengan baik, walaupon kadang-kadang stress juga. Kerja apa yang takde stress kan. Kerja sekarang juga jarang-jarang dapat curi masa untuk baca blog kawan-kawan yang lain, apatah lagi nak update blog sendiri.

InsyaAllah, tahun 2023 ni aku akan cuba menulis kembali, dengan cerita-cerita aku. Harap-harap adalah yang sudi membacanya. Hehehe...

  • 16 Comments

Lanjutan dari adegan drama swasta dengan restoran-restoran KFC pada Ahad lepas seperti yang telah ku ceritakan dalam posting semalam (klik sini), memang aku telah berazam untuk 'ban' KFC dari diari hatiku selama setahun. Tak mahu lagi aku menikmati KFC itu. Hahaha...

Gambar hiasan

Selepas aku pos posting aku semalam, seorang rakan sekerja telah menyerahkan aku sekepung surat. Aku belek-belek surat itu, sekeping surat dari luar, memang betul nama dan alamat aku. Aku belek-belek lagi, pengirimnya dari Muadzam Shah, Pahang. Siap bagi nama, alamat dan nombor telefon bimbit lagi. Suratnya nipis sahaja, mungkin nak minta derma atau sedekah kot, getus hatiku.

Aku buka dengan cermat, intai ke dalam sampul itu, ade sekeping kertas. Aku tarik kertas itu, dan... 



Huh... siapa pulak yang bari aku voucher KFC bernilai RM20 ni? Aku tengok semula pengirimnya dan berkerut-kerut dahi memikirkan siapa tuan empunya nama tu. Tiada siapa yang mampir di benakku. Terfikir jugak, aku ade menang apa-apa GA atau pertandingan di blog ke, tak pon menang Top 10 Commentators? Rasanya macam tak ada.

Sampai sekarang masih tertanya-tanya siapakah empunya nama Siti Norhidayah binti Toolib dari Muadzan Shah, Pahang itu.

Nama pengirim. Nak telefon malu la plak.. hehehe

Ada seorang sahabat juga beritahu aku yang dia juga pernah menerima perkara yang sama juga dari orang yang sama. Kite husnuzon sahaja, mungkin orang itu ingin bersedekah atau berkongsi rezeki. Terima kasih kepada Siti Norhidayah binti Toolib dari Muadzan Shah, Pahang atas pemberian voucher KFC itu. Muah-muah...

Berbalik kepada drama KFC semalam, nampaknya aku terpaksa batalkan niat aku untuk mem'ban' KFC selama setahun itu. Kalau tak, rugi jer voucher itu tidak digunakan. Hehehe...

Adakah KFC ingin memohon maaf dari aku atas kejadian yang berlaku kepada aku tu? Errmm.. ntah lah.

  • 18 Comments

Kejadian ni berlaku semalam. Entah tak tau lah kenapa macam bad luck sangat semalam.

Semalam sahabat kata nak makan KFC. Mungkin sebab dia tengok satu bucket ayam goreng KFC atas meja juri Final Maharaja Lawak Mega kelmarin, terus dia mengidam nak makan KFC. Makanya kami pon pergilah ke Alamanda, Putrajaya untuk mendapatkan ayam goreng KFC tersebut.

Gambar hiasan


Sesampai sahaja di Restoran KFC Alamanda, Putrajaya, barisan rakyat yang beratur sudah panjang. Adalah dalam 6 - 7 orang lagi dihadapan kami. Kaunter yang dibuka pula hanya satu. Kadang-kadang aku tak paham dengan sistem yang digunakan oleh kebanyakkan restoran makan segera sekarang ni, pelanggan yang beratur dah ramai, tapi kaunter yang dibuka hanya satu. Diaorang ni memang suka tengok orang beratur panjang ke? Lepas tu boleh pulak staf kaunter yang sorang tu masuk ke dapur amik ape ntah dan membiarkan kaunter kosong. 

Yang pelanggan pon satu perangai. Tengok menu punya lama, ko mengeja ke? Nak buat keputusan nak makan ape pon slow. KFC tu jual ayam jer. Lagi satu perangai, dah sampai kaunter baru terpikir-pikir nak makan apa, selama ko beratur ko pikir ape?

Dan lagi satu, KFC Alamanda ni memang tak kasi orang dine-in ke? Restoran lain aku tengok dah mula susun meja dan memaksimakan jumlah pelanggan walaupon masih mengikut SOP. KFC Alamanda ni masih ditakuk lama kah? Masih menjaga penjarakan sosial satu meja 2 orang jer? Dan sebesar-besar restoran KFC tu cuma menempatkan dalam 6 - 7 meja sahaja, itu pon semua dah occupied. Meja pula jangan cakap lah, tak berkemas langsung.

Melihatkan keadaan itu, kami pon blah mencari KFC lain.

Kami menuju pula ke KFC Presint 15 Putrajaya. Kawasan ni memang hazab kalau nak cari pakir, tapi kami husnuzon sahaja akan ade pakir untuk kami. Doa makan dibaca. Alhamdulillah, dapat pakir dekat sangat dengan KFC Presint 15 Putrajaya itu. 

Belum sempat kami menolak pintu untuk masuk, seorang pekerja di situ memaklumkan kepada seorang pelanggan lain yang ayam sudah habis. Aku pon macam 'WHAT!!!". Belum pukul 7.00 petang ayam dah habis? Menu korang jual ayam jer kot, takkan ayam boleh abis. Nasib baik lah mood aku masih baik masa tu, kalau tidak mahu je aku suruh pekerja tu pergi beli ayam kat pasaraya Mydin berhampiran, tak pon tutup sahaja kedai kalau ayam dah habis.

Aku pernah bekerja di sebuah fast food restaurant di KL suatu masa dahulu. Pada masa itu, istilah 'Habis' atau 'Tak Ada' tiada dalam pekerjaan kami. Kalau sesuatu barang itu sudah kehabisan, manager bertugas dengan apa cara sekali pon perlu mengadakannya. Pernah suatu ketika dahulu semasa aku bekerja di restoran itu, ada pelanggan order Tuna Sandwich. Memandangkan tuna sudah habis dan kami kitchen staff malas nak buat yang lain, kami pon kelentong cashier mengatakan tuna tu mengambil masa 2 jam untuk disediakan. Masa itu sudah pukul 9.00 malam kalau tak silap dan restoran akan ditutup pada pukul 10.00 malam. Cashier tu terkejut beruk mendengar tuna tu perlu 2 jam untuk disediakan. Beberapa minit selepas itu, manager bertugas meluru masuk ke dapur dan mengarahkan kami menyediakan tuna itu dengan segera sambil membebel-bebel pasal penipuan tuna perlu masa 2 jam untuk disediakan tu. Hehehe...

Lagi satu kes, seorang manager bertugas yang lain telah mengajak aku untuk ke sebuah restoran lain yang berhampiran. Memandangkan roti bun untuk burger di restoran aku telah berkurangan dan stok tidak dapat dihantar dalam masa terdekat, kami terpaksa meminjam (atau membeli) roti bun burger dari restoran berhampiran itu. Agak banyak jugaklah kami bawa roti bun itu menaiki teksi balik ke restoran.

So, agak berbezalah cara kerja dahulu dengan cara kerja sekarang. Sekarang ni kalau tengok, memanjang jer dah habis atau tak ada. Kadang-kadang tu, baru tengahari dah habis. Kalau mood aku tak baik masa tu, memang kene makilah pekerja itu.

Oleh kerana ayam dah habis di restoran itu dek kerana si manager yang bijak mengurus itu, kami menuju pula ke IOI City Mall. Malangnya, Restoran KFC IOI City Mall ditutup sebab kerja-kerja renovasi. Memang takde rezeki nak makan KFC hari itu.

Oleh kerana malas dah nak ke satu lagi KFC berhampiran yang kami tahu, kami decided untuk makan A&W sahaja. Katanya, A&W ada ayan goreng perasa baru, Cheesy Golden Egg. Ayam Goreng yang disaluti cheese dan telur masin. Penah tengok seorang youtuber review ayam goreng ni, katanya sedap, makanya aku order yang itu saja lah. Satu set regular RM19.90.


Gambar hiasan

Review aku mengenai A&W Cheesy Golden Egg - masin sehingga menutup selera nak habiskan 2 ketul ayam tu. Sekian.

  • 16 Comments

Aku mempunyai dua buah akuarium. Satu bersaiz dua setengah kaki dan satu lagi bersaiz satu kaki. Buat masa itu, hanya sebuah sahaja yang berpenghuni iaitu yang bersaiz satu kaki. Yang satu lagi aku biarkan kosong. Aku cuma memelihara ikan gapi. Ikan gapi ni senang dipelihara dan senang juga membiak.Seingat aku, aku mula memelihara ikan gapi yang aku ada sekarang sejak tahun 2019, apabila sahabat aku memberikan beberapa ekor ikan itu kepada aku untuk dipelihara. Beranak - mati - beranak - mati aku rasa sekarang ni ada dalam 20 ekor ikan gapi dewasa dalam akuarium itu, yang masih anak-anak tu tak pasti pulak berapa ekor, tapi agak banyak juga lah. 

Setelah beberapa lama kosong, aku bercadang untuk memelihara ikan lain di dalam akuarium dua setengah kaki tu. Ada satu hari dulu, semasa aku dan kakak aku serta anaknya jalan-jalan di sebuah shopping kompleks, kami ada singgah di sebuah pet store, aku berkenan plak kepada satu spesis ikan koi ni. Tapi aku tak beli sebab akuarium aku tu aku tak cuci lagi. So aku hold dulu hasrat aku tu.

Gambar Hiasan

Awal Oktober hari tu, aku bercadang nak ke pet store yang sama. Terfikir-fikir samada nak beli ikan koi itu atau ikan kelisa. Tapi rasanya pet store itu takde ikan kelisa, kalau nak ikan kelisa kene ke sebuah pet store lain di Shah Alam. Jauh pulak lah nak pegi. Takpelah kite ke pet store yang dekat tu je lah.

Akhirnya, aku telah mendapatkan 3 ekor ikan koi jenis Long Fins Koi pada harga RM30 (buy 2 free 1). Saiz kecil sahaja lebih kurang 4 inci panjang setiap seekor. Dikatakan, ikan ini boleh membesar dengan saiz gergasi jika dijaga dan diberi makan dengan betul dan penuh kasih sayang.

Fakta menarik mengenai Long Fins Koi

Gambar Hiasan - Beginilah lebih kurang Long Fins Koi yang aku beli.
2 ekor berwarna gold dan seekor lagi berwarna oren kemerah-merahan.
Pelvic dan anal fins yang panjang dan juga tail fins yang panjang dan cantik.

Tidak cukup dengan itu, aku merasakan 3 ekor ikan yang ada tu macam masih kosong akuarium aku tu. Makanya, dua hari selepas itu aku ke pet store yang sama dan membeli lagi 3 ekor ikan jenis koi pada harga promosi yang sama (buy 2 free 1). Kali ini aku membeli ikan jenis koi biasa.

Sedikit fakta mengenai ikan koi

Gambar Hiasan - Ini pula lebih kurang ikan koi yang aku beli untuk
kali kedua. Seekor aku beli berwarna merah dan putih, seekor lagi 
putih dan hitam dan seekor lagi tiga warna - putih, hitam dan merah.
Fins nya pendek sahaja tetapi mempunyai warna yang menarik.

Dengan adanya 6 ekor ikan koi tersebut, barulah nampak meriah di dalam akuarium itu. Harap-harap anak-anak ikan aku ni dapat hidup lama dan membesar seperti yang diharapkan. Menurut fakta yang dibaca di pet store tersebut, ikan ini boleh hidup selama 6 tahun jika dijaga dengan penuh kasih dan sayang.

Gambar Hiasan - Harap-harap ikan koi belaan aku dapat membesar 
macam ni. Mesti best kan... huhu...

  • 12 Comments

Harap-harap ini menjadi yang terakhir. Cukuplah buat masa ni, next time kite tambah lagi untuk mencapai matlamat Projek Taman Dalam Rumah. Sejak-sejak aku beli Raksasa Sedap (Monstera Deliciosa) beberapa minggu lalu melalui Shopee, aku makin giat untuk surf pokok-pokok hidup yang diiklankan di Shopee. Ada beberapa yang aku berkenan dan terus simpan dalam Shopee Shopping Cart. Masa Shopee 9.9 tempoh hari, aku terus check-out dua spesis indoor plant yang aku dah lama berkenan. Dapatlah juga diskaun untuk pokok dan juga kos penghantaran. Tapi walaupon ada voucher Free Delivery With No Minimum Spend, tapi masih juga kene bayar delivery free sedikit, tipu jer Shopee kan...

Gambar Hiasan

Pada 11 September 2021 yang lepas, aku menerima pembelian aku. Seronoknya tak terhingga. Pokok dibungkus dengan baik dan pokok juga diterima dalam keadaan baik dan sihat walafiat. Aku beli dari penjual yang sama aku beli pokok Monstera tu. Delivery pon cepat.

Golden Pothos Money Plant

Besar juga pokok yang diterima. Harga selepas
diskaun pon berpatutan dan mampu milik.
Yang panjang-panjang tu nanti boleh potong dan
buat water propagation untuk mendapatkan
lebih banyak pokok.

Fiddle Leaf Fig Tree

Masa dapat pokok ni, alahai comelnye.
Sebab aku beli yang saiz S. Saiz lain dah out of stock,
cume yang ade saiz XL jer. Rugi plak tak amik yang Saiz XL.

Nak jaga pokok ini juga agak mudah. Melalui pembacaan aku di google dan youtube, pokok-pokok ini tidak memerlukan cahaya matahari terus. Cukuplah sekadar diletakkan di tepi-tepi tingkap yang boleh ditembusi cahaya matahari. Tidak memerlukan air yang banyak, sekadar boleh disiram seminggu sekali atau bila perlu. InsyaAllah, diharap pokok-pokok baru aku ni membesar bagai johan. Wish me luck guys.

(Gambar Hiasan) Harap-harap pokok Fiddle Leaf Fig aku
boleh membesar macam ni. Cantik kan..

(Gambar Hiasan) Diharap juga Golden Pothos aku boleh membesar
dan menjalar macam ni..

  • 38 Comments

Pada 11 September 2021 yang lepas, tatkala aku sedang seronok menikmati makan tengahari berlaukkan Ayam Masak Serai Ala Thai dan Telur Goreng bersama nasi panas, kedengaran macam ada orang di muka pintu hadapan rumah kecilku. Tapi aku membiarkannya sahaja kerana kalau orang yang dikenali mesti dia akan bagi salam, tak pon telefon. Tambahan lagi, laluan depan rumah aku tu memang laluan utama penghuni menuju ke Multi Level Car Park A. Oleh yang demikian, memang selalu sahaja akan dengar orang lalu lalang. 

Gambar Hiasan

Usai makan, aku pon pergi mengendap. Owh... abang delivery rupanya, ade parcel untuk aku. Diletakkannya di rak kasut di hadapan rumah aku. Memang macam tu lah kalau ada parcel delivery, kalau muat dimasukkan melalui celah-celah grille, akan diletakkan sahaja di atas rak kasut, kalau tak muat akan ditinggalkan dihadapan pintu grille. Selalu jugak aku tak dengar mereka ni datang, tengok-tengok dah ada barang depan pintu. So far, memang tak pernah lagi ada aduan barang hilang kerana dicuri whatsoever di perumahan aku ni. Harap-harap begitulah selama-lamanya. 

Aku ambik bungkusan itu, tengok nama penerima, memang nama dan alamat aku. Tengok pulak nama pengirim, owh... dia ni, memang aku tunggu-tunggu bungkusan dari beliau. Aku ramas-ramas bungkusan tersebut, katanya nak beri satu barang jer, tapi rasa macam ada banyak jer ni.

Aku pon buka bungkusannya.....

Dah buka bungkusan GDEX (GDEX ke? Lupe plak)
dapatlah bungkusan ni pulak. Berat plak tu.
Ada apa di dalamnya?

OK... Inilah barang-barangnya. Suka sangat aku.
Terima kasih yang sudi memberi.
Kecil tapak tangan, Gunung Kinabalu saya tadahkan.

Butang Baju Melayu. Boleh la pakai untuk 
raya tahun depan. Harap-harap boleh raya lah..
Dah 2 tahun kite tak beraya kan.

Fridge Magnet Sabah. Peta Negeri Sabah dengan
tempat-tempat pelancongan menarik di Sabah.
Tambah lagi koleksi fridge magnet saya yang tak 
berapa nak ada itu. Teringin nak travel satu Sabah.

Wang syiling negara asing. Tambah koleksi wang syiling asing 
saya yang juga tak berapa nak ada itu. Dapat syiling Australia, 
Turki, Indonesia dan Thailand. Tak ingat pulak sebab aku dah
campur dengan syiling-syiling lain.

Wang kertas asing. Katanya dia nak bagi yang ini sahaja. Tetapi
dia beri juga hadiah-hadiah yang lain. Bertambah lagi koleksi
wang kertas asing aku. Boleh tahan banyak juga yang diberinya.
Semuanya aku dah masukkan ke dalam Money Collection Album aku.

Wang Kertas Indonesia (Indonesian Rupiah)
IDR2000. Aku dah ada IDR2000, tapi ini
nampaknya macam keluaran yang lain.
Anyways... I like..

Wang Kertas Indonesia (Indonesian Rupiah)
IDR50000. Wow!! Pakcik kayo.. Kalau RM50000 kan best..

Wang Kertas Thailand (Thai Baht)
THB100. Ada dua keluaran, kurang pasti 
yang mana yang terkini. Sawadee kap

Wang Kertas India (Indian Rupee)
INR10 dan INR20. Tak pernah sampai lagi India. Memang ada keinginan 
nak ke India satu hari nanti. Bohot-bohot syukria bete..

Wang Kertas Republik Rakyat China (Chinese Yuan Reminbi)
CNY1 dan CNY10. Dulu pernah plan nak ke China, tapi tak jadi.
Rugi plak rasanya tak pergi masa tu. Xie xie ni, wo ai ni.

Wang Kertas Republik Rakyat China (Chinese Yuan Reminbi) - CNY100
Wang Kertas Vietnam (Vietnamese Dong) - VND1000
Wang Kertas Vietnam VND1000 pon ade dua versi.
Rasanya yang atas tu yang terkini. Aku tak sampai Vietnam lagi.

Pemberian ini bukan kerana aku telah memenangi apa-apa pertandingan yang dianjurkan. Pemberi ini mungkin memberikannya untuk menambah koleksi wang kertas asing yang aku ada. Blog Post ini aku tujukan khas kepada rakan blogger KAK AMIE kerana sudi menghadiahkan aku dengan pemberian ini. Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan. Terima kasih yang tak terhingga sekali lagi saya ucapkan kepada Kak Amie. Saya akan simpan pemberian ini sebaik mungkin. InsyaAllah... Muahh...

  • 34 Comments
Older Posts Home

Search This Blog

About Me

My photo
afeezz
Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
'afeezz tu memang cukup indah untuk dicintai tapi cukup susah untuk dimiliki' - anonymous 2010
View my complete profile

Total Pageviews (since July 2008)

Follow Me

  • instagram
  • facebook
  • Twitter

My Followers (Thank You)

Blog Lists

  • AMIE'S LITTLE KITCHEN
    Cerita Dari Sana & Cerita Dari Sini
    3 hours ago
  • SURIA AMANDA
    Berkumpul Dan Makan Tengahari Ramai-Ramai....
    6 hours ago
  • PESONA ETUZA
    Memahami & Menikmati Jenis Juadah Sarapan Pagi Di Relex Hotel, Marocco.
    9 hours ago
  • Syazni Rahim Blog
    Hujan Pagi, Tenangnya Rasa!
    12 hours ago
  • BLOG RABIA ADAWIYAH
    Traffic light
    22 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    October 24, 2026
    22 hours ago
  • CikCappuccinoLatte
    Bekal Hari Ni | Pasta Goreng , Ikan Masak Cuka & Kerabu
    1 day ago
  • ABAM KIE : Man of The House
    Segmen Pencarian Bloglist Aktif - Jom Penuhkan Sidebar Blog Sharhanah!
    1 day ago
  • Monolog Kakmim
    Bagaimana Nak Update Blog Apabila Ketandusan Idea?
    1 day ago
  • Travel My Way
    Im Taking Short Break For A While
    3 days ago
  • AMMI
    Masak apa hari Ahad
    3 days ago
  • Warisan Petani
    Buat Jalan Kebun Sawit
    5 days ago
  • Blog Sihatimerahjambu
    Makan Malam di Gastrohub Nilai
    2 weeks ago
  • Bola Katok
    Singgah ZUS lagi beli air ube.
    4 weeks ago
  • cikguzim
    Cerita Asal Usul Anak Gunung Krakatau
    1 month ago
  • KomenSen
    KANTOI BERSALAH.
    1 month ago
  • ixa-rism
    Two Hundred
    3 months ago
  • fairus.com
    Pelanduk Putih: Simbol Penubuhan Kerajaan dalam Tradisi Kesusasteraan Melayu
    3 months ago
  • MRS.A my blog my stori
    Sambung Belajar Di Kolej Komuniti Jelebu
    3 months ago
  • Aiman Abdullah
    Cara Mendaftar Sebagai Seller Shopee
    9 months ago
  • 🌷Rasyidasheresimpleblog🌷
    Tutorial remove background! di GOOGLE_ FREE ONLINE_
    10 months ago
  • As Samsudin
    Pelari Misteri vs Turtle Runner
    2 years ago
Show 10 Show All

Blog Archive

  • ▼  2026 (20)
    • ▼  October (2)
      • 1058 : Jodoh Tidak Berpanjangan, Berpisah Jua Akhi...
      • 1057 : Jodoh Tidak Berpanjangan, Berpisah Jua Akhi...
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (3)
    • ►  April (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2025 (15)
    • ►  July (4)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
  • ►  2024 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2023 (2)
    • ►  December (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2022 (3)
    • ►  December (1)
    • ►  June (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2021 (77)
    • ►  December (7)
    • ►  November (8)
    • ►  October (7)
    • ►  September (8)
    • ►  August (6)
    • ►  July (7)
    • ►  June (5)
    • ►  May (8)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (5)
    • ►  January (4)
  • ►  2020 (40)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (1)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (36)
    • ►  December (3)
    • ►  November (3)
    • ►  October (4)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (2)
    • ►  March (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2018 (28)
    • ►  December (4)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (29)
    • ►  December (1)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (4)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (37)
    • ►  December (2)
    • ►  November (3)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2015 (50)
    • ►  December (6)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (6)
    • ►  August (4)
    • ►  July (4)
    • ►  June (4)
    • ►  May (3)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  February (6)
    • ►  January (3)
  • ►  2014 (50)
    • ►  December (3)
    • ►  November (4)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (4)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (1)
    • ►  March (4)
    • ►  February (5)
    • ►  January (5)
  • ►  2013 (106)
    • ►  December (6)
    • ►  November (7)
    • ►  October (6)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (10)
    • ►  June (9)
    • ►  May (10)
    • ►  April (10)
    • ►  March (10)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2012 (117)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (9)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (8)
    • ►  May (9)
    • ►  April (10)
    • ►  March (10)
    • ►  February (9)
    • ►  January (10)
  • ►  2011 (124)
    • ►  December (13)
    • ►  November (10)
    • ►  October (8)
    • ►  September (9)
    • ►  August (12)
    • ►  July (10)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (10)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (10)
  • ►  2010 (132)
    • ►  December (11)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (11)
    • ►  August (13)
    • ►  July (14)
    • ►  June (8)
    • ►  May (9)
    • ►  April (15)
    • ►  March (9)
    • ►  February (11)
    • ►  January (9)
  • ►  2009 (146)
    • ►  December (9)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (14)
    • ►  August (18)
    • ►  July (19)
    • ►  June (16)
    • ►  May (9)
    • ►  April (13)
    • ►  March (7)
    • ►  February (13)
    • ►  January (6)
  • ►  2008 (45)
    • ►  December (2)
    • ►  November (7)
    • ►  October (7)
    • ►  September (12)
    • ►  August (9)
    • ►  July (8)

My Travel Story - To Infinity and Beyond

  • 2008 : United Kingdom (1)
  • 2011 : Indonesia - Medan (8)
  • 2013 : Indonesia - Bandung (6)
  • 2014 : Singapura (2)
  • 2015 : Kemboja - Siem Reap (6)
  • 2016 : Thailand - Krabi (5)
  • 2017 : Jepun - Tokyo (10)
  • 2019 : Korea Selatan - Seoul (10)
  • 2022 : Thailand - Krabi (4)
  • 2025 : Armenia - Lori Region (3)
  • 2025 : Georgia - Tbilisi (9)

My Travel Story - Malaysia

  • 2009 : Pulau Pinang (1)
  • 2011 : Kedah - Pulau Langkawi (4)
  • 2011 : Sabah - Kota Kinabalu (6)
  • 2012 : Road Trip 1.0 (3)
  • 2012 : Sarawak - Kuching (6)
  • 2013 : Road Trip 2.0 (3)
  • 2014 : Pulau Pinang (2)
  • 2015 : Kedah - Pulau Langkawi (4)
  • 2018 : Pahang - Cherating (3)
  • 2020 : Pahang - Cameron Highlands (2)
  • 2020 : Perak - Pulau Pangkor (3)
  • 2023 : Kedah - Pulau Langkawi (2)

Top 5 Weekly Popular Posts

  • 1057 : Jodoh Tidak Berpanjangan, Berpisah Jua Akhirnya
      Ini adalah motor aku, kalau diikutkan motor kedua aku. Motor pertama atas nama aku dah lama tersadai di kampung, takda siapa yang nak guna...
  • 1048 : Catatan Perjalanan - Tbilisi, Georgia (Episod 6) : Dry Bridge Market, Tbilisi Outlet Village dan Gabriadze Clock Tower
     ... Episod sebelumnya ( Episod 5 ) Hari keempat kami di bumi Sakartvelo (საქართველო). Pagi ini aku bergerak solo sekali lagi memandangkan r...
  • 1056 : Tiga Budak Hitam
     Assalamualaikum Sejak-sejak ada tiga budak hitam ni, group family whatsapp banyak je cerita dan gambar pasal mereka.  Semuanya bermula deng...
  • 1049 : Wordless Wednesday (Episod 12) - Ogos 2026
      Title : Kebersihan Sebahagian Dari Iman Location : Azumabashi, Sumida City, Tokyo Date : 5th March 2017 (Sunday) Time : 1.54 pm (GMT+9) Li...
  • 955 : My 2021 Birthday Presents (Episod 2)
    Hehehe.. Alhamdulillah, birthday aku pada tahun ini ada juga sahabat yang sudi memberi aku hadiah. Terasa spesial sangat dapat hadiah sebab ...

Labels

  • Hanya Nak Cerita (304)
  • Jalan-Jalan (145)
  • Makan-Makan (91)
  • Cuti - Cuti Malaysia (83)
  • Ucapan Dari Hati (80)
  • Hiburan (79)
  • Saje Nak Tayang (73)
  • Cuti - Cuti Luar Negara (50)
  • Gambar (46)
  • Masak Sendiri Makan Sendiri (36)
  • Sukan (30)
  • Kerja (26)
  • Luahan Perasaan (24)
  • Kerinduan (21)
  • Takde Idea Nak Menulis (18)
  • Wordless Wednesday (12)
  • Famili (11)
  • Pengetahuan Bersama (8)
  • Throwback Thursday (6)
  • GiveAway (3)
  • Orang Berbudi Kita Berbahasa (2)

Mereka Yang Rajin Memberi Komen

instagram

Template Created By : ThemeXpose . All Rights Reserved.

Back to top