954 : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 31) - Agar-Agar Buah-Buahan Cocktail

Kadang-kadang tekak ni terasa nak makan sesuatu walaupon perut sebenarnya dah kenyang. Buka peti sejuk tiada apa yang boleh dimakan. Nak beli di luar, malas pulak nak start enjin kereta dan drive mencari makanan. Nak order melalu Grabfood atau Food Panda rasanya tak berbaloi, derivery charges mahal, lagi pon, makanan yang available sekitar Cyberjaya ni tak berkenan di hati pulak. 

Ni cerita lama, pada 21 Februari yang lepas, aku ada mencuba resepi Agar-Agar Buah-Buahan Cocktail. Sebenarnya aku pernah buat agar-agar ni dahulu tapi tak berapa menjadi, walaupon rasanya sedap. Rupanya pon tak berapa cantik. Kali ni aku mencuba lagi dengan harapan ia menjadi lebih baik dari dahulu. 

Sekadar gambar hiasan

Seperti biasa, resepi untuk agar-agar ni aku dapat dari IG. Kali ini dari IG foxycosmetics_hq. Boleh la cube-cube stalk IG tersebut untuk lebih banyak resepi, tips dan produk-produk kecantikan. Di sini aku sharekan resepi untuk Agar-Agar Buah-Buahan Cocktail tersebut.

Bahan-bahan

1 bungkus atau 20g agar-agar bertali

900ml air

1 tin koktel buah-buahan

1 tin susu cair

1 1/2 cawan gula pasir (ini aku kurangkan - kurangkan manis dalam makanan, lebihkan manis dalam senyuman)

1 helai daun pandan (tak letak sebab daun pandan takde)

Cara-cara

Basuh agar-agar dan rebus bersama air sehingga larut.

Setelah agar-agar larut, masukkan gula pasir, daun pandan dan buah-buahan koktel beserta airnya.

Masukkan susu cair dan masak di atas api yang perlahan selama 2-3 minit

Tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan

Setelah agar-agar tersebut sejuk dan mengeras, boleh lah di potong dan dihidangkan. Sedap di makan ketika sejuk.


Ini lah hasilnya. Agar-Agar Buah-Buahan Cocktail
Sedap dimakan ketika sejuk

Kesilapan yang aku kenal pasti masa pertama kali aku mencuba agar-agar ini dahulu adalah aku merebusnya terlalu lama setelah aku memasukkan susu cair. Kalau terlalu lama, susu itu akan mula berketul-ketul dan agar-agar akan menjadi tidak cantik.

Alhamdulillah, kali ini agar-agar aku menjadi. Rasanya juga sedap dan rupanya juga cantik. Aku sedekahkan sedikit kepada jiran-jiran tetangga.

Selamat mencuba kepada yang berminat.


You Might Also Like

20 comments

  1. Replies
    1. cube la abe kie.. wat makan2 bersama keluarga

      Delete
  2. rajin n pandai masak.. πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. masak ikut mood jer wak, tak rajin mane pon. pandai tu takde la... sekadar utk makan sendiri bole la

      Delete
  3. kalau tekak berbicara, mmg takleh nak bawa berbincang kan..walau perut dah kembung huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. kadang2 tak bole nak ikut cakap tekak

      Delete
  4. Replies
    1. sedap tu sedap jugak, pandai tu sekadar cube2 jer, janji bole makan

      Delete
  5. Oh! simple aje caranya. Mrs. A suka agar-agar buah cenggini.
    Nanti nak try buat sendiri jugaklah

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. Bagus bersedekah bersama jiran tetangga.. Tak banyak, sedikit pun cukup. Pastinya dia akan mengenang jasa baik orang yang memberi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. lagi pon kalau makan sorang, mesti tak habis.

      Delete
  7. Sedap tu agar-agar buah-buahan cocktail. nak buatpun mudah. Alhamdulillah rezeki dikongsi bersama jiran jiran :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab mudah dan sedap la saya rajin buat. kongsi dengan jiran tu sebab klu makan sorang takut tak habis..

      Delete
  8. Tangan ada seni ni... hantar la kat uncle yg pau seni makan je! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau uncle jiran saya ofkos saya akan hantar

      Delete