950 : Wishing Myself A Happy Birthday (Episod 4)

Happy birthday to me

Seperti biasa, tanggal 25 Februari setiap tahun adalah tanggal ulang tahun kelahiran aku. Seperti biasa, seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun ini aku berusia 21 tahun. Seperti biasa lagi, tarikh yang sepatutnya istimewa ni, tidak bermakna apa-apa bagi aku, cuma umur sahaja yang meningkat setahun lagi. 

Pada tanggal 25 Februari tahun ini, kantorku ditutup selama satu setengah hari untuk proses sanitasi, makanya semalam aku telah diarahkan untuk bekerja dari rumah sahaja, dan hari ini pula memang aku telah dijadualkan untuk bekerja dari rumah. Memandangkan sistem emel di tempat kerja aku down hari ini, maka tiada apa-apa yang dapat dilakukan oleh aku. Kita enjoy sahaja bekerja dari rumah sambil goyang kaki.

Tiada juga apa-apa celebration atau party buih yang diadakan sempena hari lahir aku. Aku cuma duduk sorang-sorang di rumah berangan-angan adalah orang ketuk pintu rumah aku dan SURPRISE!!!!..... namun itu hanyalah angan-angan sahaja.

Walau apa pun, aku ingin mengucapkan ucapan terima kasih kepada ahli keluarga dan sahabat handai yang sudi memberikan kata-kata ucapan dan selamat untuk aku di FB mahupun di Whatapps. Seronok jugak lah aku setidak-tidaknya hari ini. 

Dan dengan tidak disangka-sangka, kakakku yang tersayang sudi mengirim kepada aku birthday cake untuk aku celebrate sorang-sorang. Terharu sangat-sangat... auwww... 

Sedap kek tu. Tornado cake ke ape namenye.

Thanks sis. Love u much...

Age is an issue of mind over matter. If you don't mind, it doesn't matter - Mark Twain

You Might Also Like

12 comments