1015 : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 38) - Siakap Masak Tiga Rasa (Bukan Siakap Kayangan)
Sejak-sejak telah kembali bertugas sepenuhnya di pejabat, dapur rumah aku dah lama tak berasap, kalau ada pon sekadar masak maggi je. Kalau weekdays tu memang malas nak masak, dah balik keje penat rasa badan, kalau boleh nak terus tidor je. Selalunya kalau weekdays tu, aku akan makan kat kedai je lepas balik keje, makan je lah ape yang ada, aku tak memilih tak banyak songeh. Kalau weekend plak, tengok mood, selalunya malas, so samada makan di luar atau order online je.
Jumaat lepas aku dan sahabat telah ke Pasar Malam di Putrajaya. Si sahabat nak mencari stok bahan mentah untuk rumahnya, bekalan untuk seminggu katanya. Sedang membelek-belek ikan, terpandang pula ikan siakap. Harga bukan harga golongan kayangan nampaknye dan sesuai untuk rakyat jelata seperti saya. Kami ambillah seekor, sederhana besar dan harganya RM12. Makanya, Sabtu lepas berasap juga dapur aku. Aku dan sahabat bergotong royong memasak untuk makan tengahari.
Plannya, ikan siakap itu kami nak Masak Tiga Rasa. Walaupon bergotong-royong, aku hanya siapkan telur dadar dan minuman sahaja, sahabat yang siapkan Siakap Masak Tiga Rasa itu, tak tahulah dia dapat resepi dari mana. Menu-menu lain adalah Kailan Ikan Masin dan ulam Timun Jepun.
22 comments
Adoi! Siapa edit gambar Lang tu...? huhuhuhu
ReplyDeletehahaha.. tak tau la saper nyer keje. saya jumpe kat google...
DeleteSiakap masak lemak cili api pun sodap...letak daun kunyit sehelai dua...perghhhh.....
ReplyDeleteikan siakap saya suke, masak lemak cili api pon saya suka, kalau siakap masak lemak cili api, lagi lah suke...
DeleteSekala-sekala masak sendiri puas hati makan juga kan..hehe
ReplyDeletebetul.. betul.. betul..
Deletemakan siakap sedap kenyang perut senang hati laa.. 😅😅
ReplyDeletepuas hati, senang hati... lepas tu terus tidor
DeleteWah! Nampak sedap tu. Puas hati dpt mkn masakan sendiri. Janji x kena pau rm1K..
ReplyDeletearea saya ni kalau makan kat kedai ikan siakap tu, mahal jugak harganya.. mau 2-3 kali ganda dari kos masak sendiri..
DeleteUntung penggemar siakap. Masak sendiri lagi puas.
ReplyDeleteikan siakap ni kadang2 ade gak yg jual ikut kilo.. kalau jual ekor harganya lagi murah. masak sendiri lagi puas makan
DeleteRajin beli siakap ni. JB masih murah 8 ringgit je sekor. Tiap minggu pekena stim (tak letak lemon - letak cuka je)
ReplyDeleteRM8 seekor tu mmg kira murah lah. kat sini pernah juga nampak orang jual RM8 seekor. Saya jarang beli siakap, kalau teringin jer beli dan masak sendiri. selalunya makan kat kedai jer... hehehe
DeleteHebat memasak ..menggoda juga gambar tu hehehe
ReplyDeletetu sahabat yg masak... menggoda jugak kan. selalu kalau beli di kedai lain rupanye
DeleteEloklah dapur berasap. Ada aroma sesekali kat dapur. Nampaknya macam setiap minggu berikan siakap nih.
ReplyDeletehehehe... tu lah, lama dah tak berasap dan beraroma dapor ni. kalau ade yg murah lagi nnt bole la beli
DeleteIkan siakap ni kalau dapat yang fresh dari laut lagi sedap.
ReplyDeleteYang banyak kat pasaran tu siakap ternak
macam mana nak tau ikan tu ternak atau dari laut wak?
DeleteTeringin nak makan siakap goreng garing tuang sos cili Thai...waduh waduh enak banget! Kita tiga rasa jugalah tu hihihii.
ReplyDeletesiakap ni ikan fevret saya gak. rasanya tuang sos cili thai pon sedap gak tuh, tp tak pernah mencuba lagi..
Delete