1009 : Sarapan Di Mana? Nasi Lemak Bungkus dan Roti Jiwa Kacau

Sekali lagi kemalasan melanda. Nak jenguk blog sendiri pon malas apatah lagi nak jalan-jalan ke blog kawan-kawan yang lain. Nak balas komen-komen yang ditinggalkan kawan-kawan pon malas, apatah lagi nak mengomen di blog kawan-kawan. Bukannya takda masa dan takde cerita, boleh jer kalau nak curi-curi masa di pejabat buat posting dan melawat blog kawan-kawan. Kalau dah ada di rumah pula, laptop memang campak ke tepi dah, kalau cuti dua hari, dua harilah laptop tu berada dalam beg, kalau tiga hari, tiga harilah tak berjenguk.

Sekarang ni, ketika semua bos sedang bermeeting, aku curi masa sikit nak update, hehehe...

Isnin lepas sengaja aku mengambil cuti tahunan tanpa sebab. Baki cuti pon masih berbaki 20 hari walaupon dah hampir ke hujung tahun. Plannya, nak tukar 15 hari ke GCR dan baki 5 hari di bawa ke tahun hadapan, mengikut keadaan lah. Best tak? Hehehe..

Gambar hiasan

Isnin lepas aku telah mencuba satu port makan baru yang aku terjumpa di IG. Dekat jer dengan rumah aku rupanye, lebih kurang 20 minit perjalanan dengan kereta pada kelajuan 80km/j. Nama tempat tu adalah Warung Bunian. Macam scary jer nak pegi, takut plak kalau kene kidnap dan dipaksa kawen ngan dengan puteri bunian. Walau bagaimanapun, kalau kita guna applikasi waze nak ke sana, tak jumpa pulak Warung Bunian, kita akan jumpa Warung Tapak Sulaiman. Mungkin owner dia Patrick Starr, kawan si Spongebob tu. Hahaha.. Bye the way, warung ni terletak di Kampung Sungai Merab, Kajang, Selangor Darul Ehsan. Memang dalam kawasan kampung dan terlindung dari pandangan umum dari jalan raya. Memang style warung lah. Menu warung ni yang membuatkan aku tertarik untuk berkunjung adalah Nasi Lemak Bungkus.

Pelanggan dah mula beratur semasa kami tiba lebih kurang pukul 8.30 pagi.
Ni permandangan hari Isnin, tak tau lah kalau weekend macam mana.

Nasi Lemak Bungkus ni adalah Nasi Lemak yang dibungkus dengan telur, ala-ala Nasi Goreng Pataya gitu. Nasi Lemak Bungkus ni dihidang bersama sambal (banyak bawang sambal dia), hirisan timun dan ikan masin. Tak pernah pulak aku makan Nasi Lemak dengan ikan masin, ni la first time tengok dan makan. Disamping itu, kita boleh order juga Sambal Sotong. Menu lain yang aku order adalah Roti Jiwa Kacau disebabkan rare dan aku curious nak tau Roti Jiwa Kacau ni ape.

Menu utama, Nasi Lemak Bungkus

Nasi Lemak Bungkus yang dimakan bersama
sambal, hirisan timun dan ikan masin

Roti Jiwa Kacau ni katanya, adalah Roti Canai biasa yang dicarik-carik, dicampur dengan bawang dan telur serta bahan-bahan lain kemudian dimasak sekali lagi, dihidangkan dengan kuah kari.

Roti Jiwa Kacau. Lepas makan gerenti jiwa tak kacau lagi

Roti Jiwa Kacau dan Sambal Sotong.
Sambal Sotong tu satu porsi, cukup untuk dua orang makan

Disamping itu ade juga menu lain seperti Nasi Lemak Telur Mata, Roti Canai dan Roti Telur. Kalau datang weekend ada menu special iaitu Nasi Lemak Bunian, ayam goreng, sambal udang sekadar menyenaraikan yang aku ingat jer.

At the end, bagi aku, Nasi Lemak Bungkus dia sedap dan boleh dikatakan sama jer macam nasi lemak yang lain, sambal dia OK tetapi makan dengan ikan masin tu agak pelik. Aku prefer lagi ikan bilis goreng dengan kacang goreng. Sambal sotong dia sedap, sotong tidak liat dan agak pedas. Roti Jiwa Kacau sedap, nak kata rasa dia macam roti telur tak jugak, nak kata macam murtabak pon tak jugak. Sebab tu lah jiwa kacau kot.

Walau apa pon, aku suka cara operasi warung tu. Walaupon semasa kami tiba, pelanggan dah mula beratur, operasi warung nampak smooth jer. Pelanggan akan order makan dahulu, buat pembayaran dan duduk di meja yang telah kosong. Kemudian, tunggulah makanan sampai. Masa menunggu pon tidak lama. Tak perlu lah kite tertunggu-tunggu pekerja nak amik order... Harga pon berpatutan, 3 orang makan cuma RM23.00 bersama minuman.

Lepas bersarapan di Warung Bunian ni, kami bergerak pula ke Genting Premium Outlet.. ini untuk cerita lain yer

You Might Also Like

26 comments

  1. semuanya nampak selera. kalo suruh pilih memang tak boleh pilih ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak banyak menu sarapan kat warung ni tuan, jadi tak susah lah nak pilih. saya dah target mmg nak makan nasi lemak bungkus tu...

      Delete
    2. Tmpt saya ramai juga mula jual nasi lemak bungkus tapi belum try lagi

      Delete
    3. Owh… dah ade juga ye yg buat style mcm ni..

      Delete
  2. cuti saya pun banyak lagi, hikmah pkp kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hikmah lama berPKP, dapat kumpul cuti banyak. boleh carry forward ke tahun depan atau tukar ke GCR

      Delete
  3. nasi lemak bungkus tu yg power 😅

    ReplyDelete
  4. Kadang-kadang begitulah Afeezz, Kak Amie rasa benda yang sama sekarang ni. Mahu tak mahu jew jenguk blog. Tapi ada rasa rindu pula bila beberapa hari tak ziarah blog kawan-kawan.
    Nasi lemak lauk ikan masin tu memang rare tapi itulah keunikan makanan di negara kita. Roti canai jiwa kacau tu memang kacau sungguh ye. Yang penting lepas makan jiwa tak kacau lagi. Lain kali kalau jiwa kacau bolehlah makan lagi di sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe… blogging pon ade pasang surut nya kan. Susah nak amik mood balik klu dah ke laut tu.

      Nasi lemak makan dengan ikan masin tu mmg rare. Tak penah jumpe lagi sebelum ni. Makanan style mane pon x tau

      Delete
  5. Teringin jugak nak makan kat sini seebab viral nasi lemak bungkus telur tu. Tapi memikirkan jauh dan macam hari hari ramai orang, terpaksa cancel lah. Melainkan kalau ada staycation atau urusan berdekatan boleh lah merasa jugak nasi lemak dan roti jiwa kacau tu. Menarik, yang rare tu lah macam tertarik nak cuba rasa kan. Harga pun tak mahal kira okaylah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu kak fiza tersesat kat sini nanti, koling2 lah, bole saya belanja makan kat situ…

      Delete
  6. makan nasi lemak bersama ikan masin memang biasa lagi saya..

    cuma tidak selalu kerana makanan ini kurang sihat jika diamalkan selalu sangaf

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah… sudah biasa ke tuan. Sy first time nampak makan nasi lemak mcm ni…

      Delete
  7. Roti Jiwa Kacau? Roti depresi le tu.... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tuan punya kedai cipta roti dia tgh depresi kot. Sebab tu nama dia mcm tu. klu makan insyaallah tak depress

      Delete
  8. dkt dgn umah kakak iaitu Sg Merab Dalam. terasa suasana kampung bila berkunjung ke sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu abe kie berkunjung lg nnt, koling2 lah, bole saya pow abe kie makan kat sana… hahahah

      Delete
  9. Nasi lemak bungkus tu macam nasi pataya pun ada jugak Mrs. A tengok.
    Eh! biasa je makan nasi lemak dengan ikan masin kat Seremban banyak kedai jual

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, mcm nasi pataya tp dalam dia nasi lemak. Wah… sudah biasa ke? Mungkin style org seremban kot makan mcm ni…

      Delete
  10. Ammi pernah cuba untuk pergi sini during weekend... Panjang sungguh queue dan tka kuasa nak beratur. Dr rumah ammi ke sini mau 30 minit juga. Sudahnya makan aja di kedai berhampiran

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum subuh kene sampai kak, baru tak perlu beratur... hehehehe

      Delete
  11. Huntungla cuti boleh disimpan dan dibawa ke hadapan.
    Wak kalau cuti, income pun cuti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keje makan gaji tu lah keistimewaannye… sebab pkp byk le cuti yg tinggal, klu tak habis gak sy gunakan

      Delete