1017 : KFC (Part 2)

Lanjutan dari adegan drama swasta dengan restoran-restoran KFC pada Ahad lepas seperti yang telah ku ceritakan dalam posting semalam (klik sini), memang aku telah berazam untuk 'ban' KFC dari diari hatiku selama setahun. Tak mahu lagi aku menikmati KFC itu. Hahaha...

Gambar hiasan

Selepas aku pos posting aku semalam, seorang rakan sekerja telah menyerahkan aku sekepung surat. Aku belek-belek surat itu, sekeping surat dari luar, memang betul nama dan alamat aku. Aku belek-belek lagi, pengirimnya dari Muadzam Shah, Pahang. Siap bagi nama, alamat dan nombor telefon bimbit lagi. Suratnya nipis sahaja, mungkin nak minta derma atau sedekah kot, getus hatiku.

Aku buka dengan cermat, intai ke dalam sampul itu, ade sekeping kertas. Aku tarik kertas itu, dan... 



Huh... siapa pulak yang bari aku voucher KFC bernilai RM20 ni? Aku tengok semula pengirimnya dan berkerut-kerut dahi memikirkan siapa tuan empunya nama tu. Tiada siapa yang mampir di benakku. Terfikir jugak, aku ade menang apa-apa GA atau pertandingan di blog ke, tak pon menang Top 10 Commentators? Rasanya macam tak ada.

Sampai sekarang masih tertanya-tanya siapakah empunya nama Siti Norhidayah binti Toolib dari Muadzan Shah, Pahang itu.

Nama pengirim. Nak telefon malu la plak.. hehehe

Ada seorang sahabat juga beritahu aku yang dia juga pernah menerima perkara yang sama juga dari orang yang sama. Kite husnuzon sahaja, mungkin orang itu ingin bersedekah atau berkongsi rezeki. Terima kasih kepada Siti Norhidayah binti Toolib dari Muadzan Shah, Pahang atas pemberian voucher KFC itu. Muah-muah...

Berbalik kepada drama KFC semalam, nampaknya aku terpaksa batalkan niat aku untuk mem'ban' KFC selama setahun itu. Kalau tak, rugi jer voucher itu tidak digunakan. Hehehe...

Adakah KFC ingin memohon maaf dari aku atas kejadian yang berlaku kepada aku tu? Errmm.. ntah lah.

You Might Also Like

18 comments

  1. rezeki jgn ditolak, maut jgn dicari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... tak pernah tolak rezeki, tak pernah mencari maut..

      Delete
  2. Tersenyum baca komen Abam Kie... hehehe

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. orang kata KFC sekarang dah tak sedap. betul ke awak?

      Delete
  4. Macam tahu tahu je kan. Semoga ada rezeki menjamu selera ayam KFC yang diidamkan. Haa jangan sebut ban, kan dah memakan diri. Ehhh...
    Semoga dilimpahi rezeki si dia yang belanja. Aamin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya nak ban jepun dan london lah, untung2 ade orang nak bagi tiket flight plak...

      Delete
  5. Hehehee... silent readers agaknya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... tak mungkin tu. kalau silent readers mane tau alamat saya plak...

      Delete
  6. Kfc sedapnya
    Rindu nk makan kfc di mekah lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... mane sedap kfc sini ngan kfc mekah?

      Delete
  7. pernah dapat voucher gini dulu. best makan free! jimat giler :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh, penah dapat juga ke? siapa yang beri. apa2 pon yang penting dapat makan free atau dpt harga murah kan

      Delete
  8. Alhamdulillah. Rezeki untuk Afeezz terus datang ikut alamat yang betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, semoga banyak lagi rezeki macam ni. murah rezeki juga kepada yang memberi

      Delete