1005 : Throwback Thursday : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 37) - Masak Apa Hari Ini?
Masak apa hari ni? Kadang-kadang tak tahu nak masak apa. Selain dari mengalami masalah nak makan apa dan makan di mana, nak masak apa pon satu masalah bagi orang yang berapa nak pandai masak macam aku ni. Siapa selalu ada masalah macam ni?
Walau apa pon masalahnya, hidup terpaksa diteruskan. Dapur perlu berasap, perut perlu diisi. Berikut ni adalah makanan-makanan yang berjaya aku masak. Yang tak jadi tu, takde lah aku nak letak di sini. Sedap tak sedap tu belakang kira, sebab aku yang makan sendiri. Kalau habis aku makan, sedap la tu.
14/08/2021 : Masa shopping-shopping barang dapur di satu pasaraya di sini,
ternampak loggokan pisang yang dijual pada harga diskaun. Terus teringat Cekodok Pisang.
Kalau buat Cekodok Pisang sedap jugak, lagipon dah lama tak makan Cekodok Pisang.
Ambil lah sesikat pisang emas dibawa belayar yang dah terlebih ranum,
kalau tak silap lebih kurang RM5.00 harganya selepas diskaun.
Esoknya, jadilah Cekodok Pisang ni untuk minum petang.
21/08/2021 : Sekali lagi, ketika sedang shopping barang dapur di salah sebuah pasaraya
di sini, ternampak longgokan Cempedak. Tiba-tiba terfikir, sedap jugak kalau buat Cempedak
Goreng. Lagipun dah lama tak makan Cempedak Goreng. Nak beli tak mampu sebab ada seorang
kawan beli sehingga RM1.00 seulas. Dah macam harga Durian Musang King, Yahudi sungguh.
Aku ambillah sebiji, dan hambik ko, RM9.00 sekilo harganya. Patut lah Cempedak Goreng mahal.
Apa-apa pon, isinya agak lumayan. Berbaloi jugaklah membeli. Petang terus goreng
untuk dibuat minum petang. Habis sekali hadap...
31/08/2021 : Pada suatu hari, ketika shopping-shoping barang dapur di sebuah pasaraya
yang lain di sini, mata terpandang bungkusan Kacang Kuda. Hati berkata, lama sudah tak
makan Kacang Kuda sejak-sejak pasar malam tidak dibenarkan beroperasi. Selalunya beli
kat pasar malam jer. Aku ambillah sepeket 500g. Sempena Cuti Hari Kemerdekaan Malaysia
yang ke 64 lepas, aku pon rebuslah kacang ini untuk minum petang sambil layan drama di tv.
Habis sebungkus sekali hadap.
02/09/2021 : Ketika sedang melepak-lepak sambil berfikir nak makan apa,
hati terlintas nak makan Sate. Terus capai Ipad dan search resepi Sate Ayam.
Dah jumpa satu resepi yang mudah kita save dulu, buat kemudian. Memula buat
resepi ni aku menggunakan chicken breast, dan masak menggunakan kuali jer
sebab takde pemanggang. Hasilnya sedap jugak tetapi ayamnya agak dry. Disebabkan
marinate ayam yang aku buat tu masih berbaki, untuk mengelakkan pembaziran,
aku pon campakkan beberapa ketul ayam ke dalamnya dan simpan di dalam kulkas.
Beberapa hari jugaklah aku biarkan ayam tu termarinated sebab malas nak masak.
Pada 02/09/2021 baru aku panggang di dalam oven.
Hasilnya lagi sedap dari yang aku bakar menggunakan kuali tu.
Dimakan pula dengan salad segera yang aku beli. Aku ni bukan peminat
sayur-sayuran lebih-lebih lagi daun-daun hijau ni. Tetapi salad ni
sedap giler bagi aku. Aku rasa salad dressing dia yang buat salad
ni sedap. Habis lah aku makan, tanpa berlaku pembaziran.
Next time boleh cari salad dressing tu, rasanya macam pernah nampak
jual kat pasaraya.
04/09/2021 : Hari ini aku try satu resepi yang aku jumpe kat IG,
Ayam Masak Serai Ala Thai. Tang mana yang Thai nye tu, tak tahu lah.
Sedap juga Ayam Masak Serai Ala Thai ni, next time boleh cuba lagi.
Makan bersama Nasi Putih, Telur Goreng dan Salad bersama dressing
yang sedap tu.
Makan sambil bertemankan Monster Sedap
sambil menikmati permandangan rumah jiran depan.
05/09/2021 : Hari ini tak tahu nak masak apa, nak beli pon tak tahu
nak beli apa. Last-last kita masak Ayam Masak Kicap je lah, taruk
kentang. Makan bersama Nasi Putih, Telur Goreng dan daun salad serta timun.
Makan sambil layan drama kat laptop.
ergggkkk.... Alhamdulillah, kenyang.
Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.
20 comments
Wowweeeee.. Impressed!
ReplyDeleteAmmi tak pernah buat cekodok pisang.
Laa… ye ke. Xkan la tak pernah kak…
DeleteTak tahu nak masak apa hari ni tu masalah berbangkit setiap hari. Tak pernah hilang masalah tu. Hihi..Dalam tak tahu nak masak apa, banyak jugak sajian makanan sedap sedap tu. Wahh saya nampak pokok monstera sedang elok membesar. Banyak dah bertambah pokok bunga di belakang. Lari topik cakap pasal bunga pulak kan.
ReplyDeleteKalau jumpe resepi baru tu rajin jugak la cube. Tapi itu pon masa pkp dulu. Skrg ni dah start keje di opis jarang dah masak. Klu masak pon hujung minggu je…
DeletePokok monstera tu mcm x membesar je. Mungkin kurang cahaya kot, kene letak luar lah biar dapat membesar…
Mungkin kena terdedah lebih pada cahaya matahari dan letak baja kot tu.
Deletedah letak luar dah pokok tu. harap dapat membesar bagai johan.. hehehe
DeleteSelamat menjamu selera
ReplyDeleteTerima kasih, alhamdulillah kenyang
DeleteWah pandai masuk dapur rupanya!
ReplyDeleteSekali sekala kene masuk dapur gak. Bosan dah dengan makan beli…
Deletemacam² dia masak.. yg paling best.. inovasi sate tu.. hihihi.. janji kenyang alhamdulillah
ReplyDeleteKalau rajin dan mood masak tu ade mcm tu lah kak. Mcm2 nak try…
Deletekata x reti masak? alih2 mcm2 resepi yg dimasak tu!
ReplyDeleteHehehe… x reti sgt pon, itu semua cube2 jer, sib baek menjadi
DeleteOrang kata Kacang kuda ni rebus dia laaaaaaaama kan?
ReplyDeletebetul uncle. lama nak merebusnya. tapi sebelum rebus kene rendam semalaman dulu
Deleteselamat menjamu selera
ReplyDeletealhamdulillah, kenyang
DeleteCantik & kemas gambar masakan.
ReplyDeleteSedap mata memandang. Makanan pun sedap semuanya.
hehehe... maen ambik je kak, pakai honfon cap ayam jer...
Delete