1003 : Anak-Anak Ikan Ku (Episod 4)
Aku mempunyai dua buah akuarium. Satu bersaiz dua setengah kaki dan satu lagi bersaiz satu kaki. Buat masa itu, hanya sebuah sahaja yang berpenghuni iaitu yang bersaiz satu kaki. Yang satu lagi aku biarkan kosong. Aku cuma memelihara ikan gapi. Ikan gapi ni senang dipelihara dan senang juga membiak.Seingat aku, aku mula memelihara ikan gapi yang aku ada sekarang sejak tahun 2019, apabila sahabat aku memberikan beberapa ekor ikan itu kepada aku untuk dipelihara. Beranak - mati - beranak - mati aku rasa sekarang ni ada dalam 20 ekor ikan gapi dewasa dalam akuarium itu, yang masih anak-anak tu tak pasti pulak berapa ekor, tapi agak banyak juga lah.
Setelah beberapa lama kosong, aku bercadang untuk memelihara ikan lain di dalam akuarium dua setengah kaki tu. Ada satu hari dulu, semasa aku dan kakak aku serta anaknya jalan-jalan di sebuah shopping kompleks, kami ada singgah di sebuah pet store, aku berkenan plak kepada satu spesis ikan koi ni. Tapi aku tak beli sebab akuarium aku tu aku tak cuci lagi. So aku hold dulu hasrat aku tu.
Awal Oktober hari tu, aku bercadang nak ke pet store yang sama. Terfikir-fikir samada nak beli ikan koi itu atau ikan kelisa. Tapi rasanya pet store itu takde ikan kelisa, kalau nak ikan kelisa kene ke sebuah pet store lain di Shah Alam. Jauh pulak lah nak pegi. Takpelah kite ke pet store yang dekat tu je lah.
Akhirnya, aku telah mendapatkan 3 ekor ikan koi jenis Long Fins Koi pada harga RM30 (buy 2 free 1). Saiz kecil sahaja lebih kurang 4 inci panjang setiap seekor. Dikatakan, ikan ini boleh membesar dengan saiz gergasi jika dijaga dan diberi makan dengan betul dan penuh kasih sayang.
Tidak cukup dengan itu, aku merasakan 3 ekor ikan yang ada tu macam masih kosong akuarium aku tu. Makanya, dua hari selepas itu aku ke pet store yang sama dan membeli lagi 3 ekor ikan jenis koi pada harga promosi yang sama (buy 2 free 1). Kali ini aku membeli ikan jenis koi biasa.
Dengan adanya 6 ekor ikan koi tersebut, barulah nampak meriah di dalam akuarium itu. Harap-harap anak-anak ikan aku ni dapat hidup lama dan membesar seperti yang diharapkan. Menurut fakta yang dibaca di pet store tersebut, ikan ini boleh hidup selama 6 tahun jika dijaga dengan penuh kasih dan sayang.
12 comments
Ikan koi kena bekalkan oksigen 24 jam
ReplyDeletekalau karen blackout kena ada standby pam oksigen bateri
Owh… ye ke. Thank for the info wak. Kene beli lah nnt..
DeleteSemoga anak2 ikan itu membesar dgn jayanya. Bila besar buleh min ke buat asam pedas?
ReplyDeleteHahaha… ikan koi bole makan ke? Dah dah bela sampai besar sayang plak nak di makan
DeleteAda Aquarium besar memang eloklah meriah ikan banyak. Wow! kagum dengan fakta tu. Macam menarik boleh bela sampai 6 tahun lamanya. Dulu bela ikan asyik beli mati beli mati je. giveup terus. Kesian kat ikan dapat tuan tak pandai bela.huhu..cantik ikan koi ni. Ada kolam landskap besar tu memang syoklah membela.
ReplyDeleteikan ni ade yg senang jaga dan ade jugak yang manja. kalau ikan gapi tu senang nak jaga dan tak mengada2.. senang plak membiak. ikan koi ni first time saya bela, tak pasti lagi jenis manja ke atau tidak.
DeleteDulu bela ikan puyu pun dia boleh melompat pulak. Pagi pagi tengok dah kat lantai. Apapun nak membela ikan ni kena kaji dulu dan sediakan apa yang perlu. Ikan koi cantik :)
Deleteowh.. ye ke. sian ikan puyu tu.. nak bela apa2 ni kene jugak tau cara2 nak menjaganye. tak bole nak hentam jer... saya dulu tanam pokok banyak mati, last2 baru tau terlebih siram
DeleteIkan gapi dgn ikan koi, dua2 nie cantik.
ReplyDeletebetul. ikan gapi kalau baka yang cantik lagi mahal harganya. warna-warna pon menarik. sama juga macam ikan koi
Deletex senang nk jaga ikan aquarium camnih.. 😅
ReplyDeletebetul tu, mcm jaga anak sendiri..
Delete