­
­

1008 : 16 November 2012 - 16 November 2021

16 November 2021 maka genaplah 9 tahun ibu meninggalkan kami. Masih segar dalam ingatan, ibu menderita sakit agak lama. Keluar dan masuk ke hospital beberapa kali, di masukkan ke wad ICU juga pernah. Akhirnya ibu meminta agar di bawa pulang. Mungkin ibu tahu, nyawa yang dipinjamkan sudah tidak lama. Ibu mahu menghembuskan nafas terakhirnya di rumah. Kami akur permintaan ibu itu.

Gambar Ibu bersama bakal-bakal menantu. Hari semasa gambar
ini diambil, aku membawa pulang 4 orang anak dara dan meminta 
ibu memilih calon menantunya. Ibu hanya tersenyum. Sehingga 
sekarang ibu masih belum membuat keputusannya. Hehehe...

Masih segar dalam ingatan aku pada pagi jumaat itu. Disebabkan kakak dan adik ada di rumah menjaga ibu, aku bekerja seperti biasa. Lebih kurang pukul 10.00 pagi, kakak menelefon aku meminta aku pulang ke rumah dengan segera. Sampai di rumah, ibu sudah tiada. Tapi aku tidak terkilan, kerana sepanjang sakitnya, aku yang banyak menjaganya, membantu dan membawa ibu pergi dan balik dari hospital mendapatkan rawatan. Aku juga tidak menangis, kerana aku telah redha pemergian ibu. Aku telah banyak melihat keadaan ibu ketika sakitnya. Daripada ibu terus tersiksa dengan sakitnya itu, adalah lebih baik Allah menjemput ibu menemuiNya. Ibu menghembuskan nafasnya dengan tenang pagi jumaat yang indah itu. 

Damailah ibu di sana sehingga kita dipertemukan semula. Bicara kita hanyalah di dalam doa yang ku panjatkan pada pada Yang Maha Esa. Al-Fatihah

You Might Also Like

24 comments

  1. Semoga ibu tenang dan dicucuri rahmat keatasnya.. Aamiin

    ReplyDelete
  2. اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا

    ReplyDelete
  3. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un
    Semoga ibu tenang di sana.
    Al-Fatihah

    ReplyDelete
  4. اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا

    Al-fatihah khususan arwah ibu afezz

    ReplyDelete
  5. Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali....

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga ibu ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. amiinn

      Delete
  6. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un
    Semoga ibu tenang di sana.
    Al-Fatihah

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih wak.. semoga ibu ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. amiinn

      Delete
  7. اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا

    ReplyDelete
  8. Innalillahiwainnailaihirajiuun. Ibu saya telah meninggal dunia pd 2002. Bapa pula menyusul pd 4 Nov lalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Innalillahiwainnailaihirajiuun. semoga ruh mereka yang kita sayang ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. amiinn

      Delete
  9. Ya Allah
    ampunilah dosa2nya
    luaskan kuburnya
    tempatkan ia dalam kalangan orang2 yang beriman
    Aamiin

    ReplyDelete
  10. Innalillahiwainnailaihirajiuun .. aminn

    salam bro, wak dh jawap comment awk psl 10 riyal tu berapa hinggit ye..
    https://tigalalat.blogspot.com/2021/11/10-riyal-tu-agak2-berapa-rm.html

    ReplyDelete
  11. Moga roh ibu tenang di sana, Allah tempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal Soleh. Suatu hari nanti kita akan menyusul jua.
    Tarikh 16 NOV itu juga tarikh kelahiran Kak Amie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas doa kak ami.

      Wah… happy belated birthday kak amie.

      Delete
  12. اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَ

    ReplyDelete