1010 : Jalan-Jalan Genting Premium Outlet (GPO)
Setelah menikmati sarapan Nasi Lemak Bungkus dan Roti Jiwa Kacau di Warung Bunian, kami memanjangkan langkah merentas sempadan ke Genting Premium Outlet. Alang-alang sudah bercuti kan, kita gunakan cuti yang diambil itu sebaik mungkin. Ini merupakan kali pertama aku berjalan-jalan selepas merentas negeri dibenarkan. Sebenarnya, tiada tujuan pon untuk ke GPO tu, sekadang berjalan-jalan sahaja, lagipon memang tak pernah sampai ke GPO.
Perjalanan dari tempat tinggal aku ke GPO memakan masa lebih kurang 1 jam melalui Lebuhraya MEX, Jalan Tun Razak, Lebuhraya DUKE dan Lebuhraya Karak terus ke Genting Highlands. Bayaran tol pon agak lumayan, tetapi jalan smooth sahaja tanpa kemacetan. Kami bertolak dari Cyberjaya lebih kurang pukul 10.30 pagi dan sampai kira-kira pukul 11.30 pagi. Keadaan di GPO ketika itu tidak sesak dan pengunjung masih belum ramai. Tiada masalah mencari pakir kerana kawasan pakir bertingkat itu boleh menempatkan beribu-ribu lemon kenderaan. Kepada sesiapa yang nak naik Genting, boleh juga pakir kenderaan di sini, kerana Stesen Awana Skyway terletak di bangunan sebelah jer.
Masih belum ramai pengunjung ketika kami sampai. Sekali pandang, design GPO ni lebih kurang JPO. Kepada sesiapa yang pernah ke JPO mesti tau. Open concept, dan GPO ni rasanya sedikit kecil dari JPO. Cuma yang bestnye, kat sini sejuk sedikit berbanding JPO yang panas giler.
Kami hanya membeli belah tingkap sahaja. Mampir di sebuah kedai coklat, tengok-tengok harganya hanya mampu tengok sahaja. Harga coklat yang sama boleh dibeli dengan harga yang lebih murah di sebuah kedai coklat fofular di Putrajaya. Singgah pula di kiosk Boost. Beli air kerana tekak dah kering. Memang menjadi tradisi kot, setiap kali ke PO samada JPO atau GPO mesti kene singgah Boost. Watermelon Lychee menjadi kegemaran saya. Yumm…
Jalan-jalan lagi ternampak butik Sketchers, ok nak masuklah nanti. Kemudian nampak pulak butik Adidas, nak masuk jugak nanti. Tiba-tiba rasa nak beli kasut plak. Kemudian sahabat cadangkan untuk masuk butik Nike sebab barisan yang beratur tidak panjang. Lagi pon tak pernah masuk butik Nike. Semasa ke JPO dulu, line terlalu panjang gile, terus tak jadi nak masuk. Tengok-tengok, terbekenan plak kat satu kasut tu. Rembat jer lah, sebab harga pon mampu milik dan tak pernah ada kasut Nike sebelum ni, asik beli Adidas jer. Terbeli gak tiga helai stokin Nike. Dah terbeli kasut Nike tu, tak jadi lah nak masuk ke Sketchers dan Adidas. Laen kali lah ye.
Selesai melakukan Tawaf Qudum di GPO, perut perlu diisi. Ade beberapa tempat makan di GPO ni mcm Marrybrown dan The Chicken Rice Shop dan beberapa tempat makan lagi. Kat bangunan Awana Skyway pon ade beberapa lagi tempat makan. Jadi tak susah mencari makan di sini. Cuma harga yang menjadi persoalannya.
Setelah pusing dua tiga kali, kami singgah di sebuah restoran untuk makan tengahari. Memandangkan aku dah melantka Nasi Lemak Bungkus pagi tadi, makanya aku tak mahu makan nasi untuk tengahari itu.
Harga di restoran tu aku rasa agak mahal sebab kat Genting kan. Apa-apa yang dibawa naik ke Genting akan jadi mahal. Untuk makan bertiga di restoran itu, harganya adalah RM93.00. Apa-apa pun, makanan yang kami order boleh dikatakan sedap.
Selepas selesai makan, kami decided untuk naik ke Genting Highlands pula.
... bersambung
12 comments
Usia dah 48 tp belum sampai lagi ke tempat ini. Lalu nak ke KL je tp x pernah singgah...
ReplyDeletesekali sekala singgah la, tak jauh pon dari KL. klu dari highway karak tu lg dekat
DeleteUncle belum pernah jejak kaki ke sana... huhuhu
ReplyDeletekene la pergi sekali sekala uncle.. bawak aunty jalan2
DeleteBlom try lagi jpo genting ni. Padahal tiap² bulan naik ke kuantan & ganu urusan kerja haha
ReplyDeletesesekali singgah lah tuan, tak jauh pon
DeleteLast Ammi ke genting tahun 2010..lepas tu mimpi ajalah labu.
ReplyDeletesaya tak igt last naek ke genting bila, bile pergi hari tu dah berubah sangat.. sampai sesat kat atas tu
DeleteTempat2 macam ni harga barang jauh lebih mahal
ReplyDeleteMungkin barang2 standard/branded agaknya
Kat sana banyak butik2 brand yg mahal2. Harga pon bole tahan, tapi ramai yg kata murah, tak pasti plak saya pasal sy ni jenis yg pakai brg cap ayam jer
DeleteTak pernah jejak lagi GPO ke JPO. Mitsui Outlet je lah pernah. Selagi boleh rentas, kita rentas. Tempat macam ni dah tentu barangan mahal mahal. Ada sale tu berbaloilah membeli.
ReplyDeleteMitsui pon saya pernah sampai. Tapi suasana Mitsui tu berbeza dengan JPO dan GPO.. kat sini kalau ade sales pon harganya tetap mahal bg orang2 macam kite ni...
Delete