­
­

1026 : Catatan Perjalanan - Krabi, Thailand (Episod 1) : Dari KUL Ke KBV

Assalamualaikum semua. Lama sudah aku tidak bersiaran. Bila dah terlalu lama meninggalkan blog aku yang tak seberapa ni, memang susah untuk start semula. InsyaAllah, di tahun 2025 ini aku akan cuba aktif kembali. 

Do you remember those days we can travel 
the world without fear?

Pada akhir tahun lepas (2022 sebenarnya) aku berpeluang untuk bercuti ke negara jiran. Dah lama rasanya tidak dapat bercuti ke luar negara. Kali terakhir adalah pada tahun 2019, sebelum Covid19 melanda dunia. Aku telah ke Krabi, Thailand pada 21 hingga 24 Disember 2022 bersama 4 orang rakan yang lain. Ini merupakan kali kedua aku ke Krabi dan kali keempat ke negara Thailand. Masih banyak tempat yang belum lagi di lawati di Thailand. Bangkok pon tak sampai lagi.

The Boys

Penerbangan kami delayed selama 1 jam di KLIA2. Penerbangan dari KL ke Krabi mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Penerbangan tenang sahaja dan cuaca sangat baik sepanjang penerbangan. Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Krabi lebih kurang pukul 4.00 petang waktu Thailand. Pemeriksaan pihak imigresen dan kastam Thai berjalan dengan lancar dan tiada sebarang masalah.

Touchdown at Krabi International Airport (KBV)

Kami singgah di sebuah booth menjual sim card Thai yang ada di lapangan terbang itu. Kami memilih sim card AIS pada harga THB200. Perkhidmatan baik sepanjang aku menggunakan sim card AIS ni. Disamping itu kami juga turut mengambil pakej ground di sini sebab malas nak mencari-cari di Ao Nang nanti. Lagi pon pakej-pakej yang ditawarkan di sini agak menarik. Akhirnya kami telah mengambil pakej ke Phi Phi Island dan Emerald Pool pada harga THB2,800 seorang. Pakej Phi Phi Island untuk 1 hari ke beberapa lokasi terpilih di Phi Phi Don Island, Phi Phi Leh Island dan Bamboo Island, termasuk transfer dari dan ke hotel, speedboat, makan tengahari dan bottomless minuman di atas speedboat. Pakej ke Emerald Pool pula untuk 1/2 hari ke Hot Stream dan Emerald Pool menaiki private van. Pakej-pakej ini termasuk juga airport transfer untuk ke hotel penginapan dan ke lapangan terbang. So untuk ke hotel petang itu sudah pon diuruskan, tak perlu dah nak susah-susah cari transport tau mencari teksi atau tuk tuk. Kalau di Ao Nang lebih banyak pilihan dan harga mungkin ada yang murah, rajin tak rajin je lah survey.

Pakej ground di Krabi yang ditawarkan oleh company ini.
Ambil di airpirt sahaja

Van untuk transfer ke hotel kediaman di Ao Nang.
Sangat selesa, kami-kami jer

Perjalanan dari lapangan terbang ke pekan Ao Nang mengambil masa lebih kurang 30 minit. Untuk malam itu dan malam-malam berikutnya kami akan bermalam di Marina Express Fisherman Hotel, sebuah hotel di pekan Ao Nang, lebih kurang 10-15 minit berjalan kaki ke pantai Ao Nang. Itu je hotel yang boleh dikatakan murah yang memenuhi standard kami. Marina Express Fisherman Hotel adalah sebuah hotel kecil yang dari luarannya nampak biasa-biasa saja. Lobbynya pula adalah open style di bawah pokok besar. Tetapi bilik hotelnya sangat cantik dan bersih dengan dekorasi bertemakan nelayan. Biliknya juga dilengkapi dengan kemudahan asas yang lain seperti tuala-tuala mandi, sabun dan syampu, air minuman botol, kettle dan hair dryer. Stafnya juga sangat mesra dan ramah pengguna. Hotel ini juga terletak berhampiran dengan Masjid Ao Nang Al-Munawwarah dan tempat-tempat makan halal. Selepas check-in kami berehat sebentar dengan kit-kat sebelum keluar semula pada pukul 6.00 petang waktu Thailand.


Keadaan bilik semasa kami check in. Bersih dan selesa


Permandangan hotel kediaman tatkala matahari sedang terbenam

Untuk makan malam kami untuk malam pertama itu, kami singgah di sebuah restoran halal berhampiran dengan hotel kediaman kami. Kami memilih makanan yang biasa-biasa saja mengikut selera masing-masing. Malam itu aku telah order Nasi Pad Krapow Daging, Telur Dadar dan Thai Ice Tea. Kawan-kawan yang lain ada yang order Nasi Goreng Ayam, Nasi dengan Kari Ayam Thai dan sebagainya. Nasi Pad Krapow Daging dia sedap dan kene dengan selera aku. Telur Dadar dia aku ingatkan untuk makan seorang, tapi bila sampai, tu dia.. bole makan untuk 4 orang nampaknya. Apa-apa pon,  Alhamdulillah, kenyang perut yang sejak tengahari tadi tidak diisi.  Harga makanan aku malam itu berjumlah lebih kurang TBH100, malangnya aku terlupa nak bayar untuk Telor Dadar tu. Dah keluar kedai baru teringat, tetapi bos kata dia dah bayarkan Telor Dadar tu dan itu dia belanja. Hahaha... Terima kasih bos, lap u.

Makan malam di sini 
Tak ingat nama restoran dia

Usai makan malam, kami berjalan sehingga ke pantai Ao Nang sambil menikmati suasana malam di pekan Ao Nang yang nampaknya ramai pelancong berkulit putih...

... bersambung (episod 2)

You Might Also Like

26 comments

  1. Waalaikumussalam.
    Seronok rasanya dapat baca coretan dari seorang Afeez yang lama dinanti-nantikan. Walapun sudah lama berlalu, tentu tetap segara dalam ingatan. Itulah istimewanya kalau kita berjalan. Melihat gambar kenangan, terus terbayang segala yang dilalui.
    Kalau Afeez sudah kali keempat ke Thailand, Kak Amie baru dua kali ke sana, Hatyai dan Bangkok. Balik dari Bangkok memang tragedi sungguh. Mendarat di KLIA1 pada 17 Mac 2019, 18 Mac PKP seluruh negara. Memang huru-hara jadinya kami terperangkap di KLIA1! Covid oh Covid19!

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua catatan sy kat sini adalah untuk saya tak lupe. kadang2 bila baca semua, teringat kenangan saat itu, tersenyum sendiri. masa PKP tu sempat ke balik ke sabah?

      Delete
    2. Sebenarnya 18 Mac 2020 tu kami nak sambung travel terbang ke Kuala Terengganu. Tak lepas sebab sekatan perjalanan. Patutnya balik 21 Mac, tapi dah tak boleh ke mana-mana redha sajalah semua 3 tiket hangus. Satu malam tak tidur sampai pagi urus beli tiket baru untuk terbang ke Sabah 18 Mac.

      Delete
    3. owh... mcm tu ke kisahnye...

      Delete
  2. Uncle teringin jugak nak ke krabi.... Takpe, simpan cita2 dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah 2 kali ke krabi. insyaAllah next time ke tmpt lain plak di Thailand... Chiang Mai ke?

      Delete
    2. BTW Jom baca blog uncle tarikh 21 April 2025... Ada sikit pencapaian peribadi uncle nak kongsi... JOM?

      Delete
    3. baik... saya baca sekarang... WOW!!!

      Delete
  3. Selamat kembali menulis dan terus menulis. Tak sampai lagi Krabi, setakat Hatyai dan Danok tu je lah. Itu pun by car je. Seronoklah dapat ke negara jiran lagi. Semoga ada rezeki ke tempat-tempat yang ingin dilawati.

    Walaupun hotel murah tapi cantik betul eh. Selesa. Tak macam hotel murah pun. Seni bina bangunan pun menarik cuma filter gambar tu nampak macam seram pula rupa dia.

    Hihi..mujur juga dah dibayarkan. Risau betul kalau makan ni kita lupa bayar kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pernah sekali drive ke krabi, satu pengalaman yang tak dpt dilupakan memandu di Thailand.

      gambar hotel tu bukan filter kak, mmg kejadiannya macam tu, amik pon time2 maghrib... saya pon tgk mcm scary

      Delete
  4. x pernah sampai ke Krabi...Cuma pernah gi berurut di kampung seberang sempadan Thai je. Pi pun secara haram. Mujur x ditangkap oleh imigresen. Tpi tu citer lama. Skrg ni x akan buat lagi. Ya Ampun!

    ReplyDelete
  5. Saya belum berkesempatan pergi ke negara utara sebelah malaysia. Negara-negara di Selaran dah biasa juga. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, saya pernah la juga melawat beberapa negara di utara dan selatan...

      Delete
  6. Best dapat travel bila ada geng. Teringin jugak nak ke sana bila tengok cerita Thai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dapat geng yang sekepala tu yang best...

      Delete
  7. Sy pernah sampai padang besar je... ahahaha.. ok next... nk lagi cerita krabi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Padang Besar tu selangkah je nak masuk ke Thailand... hehehe

      Delete
  8. Hi new follower here. Tertekan post randomn ni. Syok jugak gi Krabi ngan member ye. Doakan juga syidah dan member2 dapat travel sama2 huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome Rasyidah ke blog saya yang tak seberapa ni. InsyaAllah ada rezeki awak nanti untuk ke Krabi..

      Delete
  9. Salam Kenal... maaf baru nak follow blog ini dan syukur dah jadi follower ke 175... Best baca travel ke negara jiran.. by the way suka dgn ayat tu.. "travel the world without fear... "

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh silap.. dah jadi follower ke 153 :D

      Delete
    2. Ayat tu sy dpt dari quote mane ntah, lupe plak siapa yg quote. Masa tu zaman COVID, org takut nak travel...

      Delete
  10. AA kalau tak delayed mmg tak sah hehehe...

    best tu dekat dengan masjid...
    kalau dtg hari jumaat and sampai awal boleh tu solat jumaat dan dgr khutbah dlm bahasa thai ;-)

    ReplyDelete