1006 : Ayam Goreng McD Extra Spicy
Minggu lepas aku ada tonton satu posting di youtube pasal orang review pasal Ayam Goreng McD Extra Spicy, 3x pedas ni. Aku tak teringin pon sebenarnya, tetapi seorang sahabat beriya-iya mengajak aku ke Restoran McD berhampiran untuk merasanya. Tanpa menghampakan permintaan beliau, aku turutkan sahaja walaupon aku kene pow dengan dia. Damn...
Kami pon pesanlah Ayam Goreng McD Extra Pedas 2 Ketul set medium yang datang bersama ketang goreng ape ntah dan minuman. Beli dua ketul jer, seketul untuk sahabat dan seketul lagi untuk aku. Disamping itu, ada gak kami pesan makanan yang lain.
Sekali pandang ayam goreng itu, nampak warnanya lebih menyala dari ayam goreng spicy yang biasa. Suapan pertama aku dah tersedak dan terbatuk-batuk, nasib baik tak jalan terus. Mungkin kerana serbuk cilinya yang menyengat itu. Suapan kedua masih ok dan tidak terasa pedasnya lagi. Bahagian kulitnya sahaja yang terasa pedas dan dagingnya biasa sahaja. Belum sempat habis satu ketul bahagian thigh itu, mulut sudah mula terasa pedas dan pijar. Memang berulam air nak menghabiskan seketul itu. Habis seketul itu, habis juga air segelas.
Bagi sesiapa yang belum rasa, dan nak cuba rasa, eat at your own risk. Memang pedas giler. Bagi aku, aku tak akan mencuba lagi Ayam Goreng McD Extra Spicy ni sebab aku tak suka akan kadar kepedasannya yang membuat aku tak selesa dan hilang selera makan untuk makan makanan yang lain. Sudahnya, makanan yang lain itu ditapau sahaja bawak balik.
Lagi satu yang aku tak suka, bila pedas sangat kita akan makan berulam air. Bila dah makan berulam air, perut akan jadi kembung. Lagi satu ketidakselesaan di situ.
Apa-apa pon, korang boleh lah cuba sendiri.
24 comments
Sy pun pernah cuba dulu. Mmg pedas la. Mkn seketul je. Faktor penuaan ni. Huhuhu... Dpn UM ada mekdi kan?
ReplyDeletehahaha.. betul tu, bole tahan pedasnye, saya pon makan seketul jer. depan UM mane ade McD abe. dulu ade la ura2 nak bukak McD tapi tak jadi...
Deletecukuplah sekali dulu penah cuba... xyah lah nk mkn mknn super pedas mcm ni.. trending je ni nnt merosakkan perut pulak
ReplyDeletesetuju.. saya pon mungkin takkan makan lagi.
DeleteTobat memang tak makan dah ayam ni. Dulu makan masa awal-awal promo, terasa panas kat dada. Lepas tu terus masuk jamban. 😌
ReplyDeletesib baek lah saya tak masuk jamban...
Deletetengok gambar dia pun dah seram, saya tak suka sangat pedas2, tak reti nak menikmati
ReplyDeletesaya suke pedas, tapi yg ni melampau pedasnya.
Deletedah cuba . memang 3x ganda pedasnya .
ReplyDeletesaya kalau sahabat tu tak ajak, tak merasa gak...
DeletePedas biasa pun dah pedas. Inikan lagi extra spicy. Betul, ayam McD memang luar je ada rasa. Isi dalam biasa je. Yang terbaru ni tak teringin pulak nak cuba. Tak syok gak tu berulam air je. hilang nikmat makan ayam.
ReplyDeleteayam goreng yg spicy tu masih boleh tahan lg kepedasannya. yg ni melampau sangat. smpi tertutup terus selera makan nak makan bende lain...
DeleteMakanan ni Etuza still boleh lah makan..,memang menjilat jari hehehe
ReplyDeletewow... tahan pedas ye.. pada yang tahan pedas tu mesti suka ayam goreng ni
DeleteTerima kasih letak dalam bloglist ya
ReplyDeletesama-sama . semoga ukhwah terus terjalin
DeleteMinggu lepas sempat sekeluarga singgah McD di Puncak Alam.
ReplyDeleteMemang pedaslah Afeezz.... Encik Suami, Fairuz dan Firdaus jew yang order ayam goreng. Encik Suami tak habis makan seketul. Pedas sangat katanya.
Yang lain order burger.
saya hari tu pon beli 2 ketul jer, itu pon share ngan member. kalau nak habiskan dua2 ketul tu rasanya mmg tak terhabis.
Deletesaya memang tidak sanggup...
ReplyDeletelidah sangat manja dengan kepedasan cili ini
hehehe... klu tak tahan pedas, jangan la mencuba, nanti menyesal...
Deleteayam goreng kat mcd yg ori pun bagi saya dah pedas... yang spicy tu memang tak tahan.. yang extra spicy ni memang tak sanggup lah nak try
ReplyDeletehehehe.. mmg tak kuat pedas puan ni...
DeleteBeli KFC je baru2 ni
ReplyDeleteKFC pon ade yang pedas macam ni ke Rabia?
Delete