1002 : Hadiah Ke Tujuh Tahun 2021 : Geng Kuat Komen - Julai, Ogos, September 2021 Blog Shida Radzuan

Gambar hiasan

Sedang aku stress menguruskan masalah pendaftaran pelajar semalam yang disebabkan oleh pelajar degil tidak melakukan pendaftaran ditambah pula dengan kerenah-kerenah birokrasi lain, seorang teman sepejabat menghulurkan aku sepucuk sampul surat. Aku mengambilnya dan melihat nama penerimanya. Ya.. memang betul nama aku. Melihatkan pula kepada tulisan GKK Fasa 3 | Julai, Ogos, Sept 2021, aku sudah tahu siapa pengirimnya. Siapa lagi kalau bukan Kak Shida Radzuan kita. Aku tersenyum, hilang sekejap stress di benak kepala.

Surat Cinta yang diterima

Semasa pengumuman untuk pemenang Geng Kuat Komen September 2021 dibuat, aku telah ketinggalan keretapi, sehinggalah kak Shida sendiri menghubungi aku melalui IG dan FB untuk memaklumkan perkara ini dan meminta butir-butir diri aku. Maaf ye kak, tak tau la apa masalah masa tu sampai tak perasan nama naik sebagai pemenang.

Untuk hadiah Geng Kuat Komen - Julai, Ogos, September 2021 itu, aku telah berjaya mendapat tempat ke 4 daripada 10 orang pemenang. Tahniah kepada diri aku sendiri, dan juga kepada semua pemenang yang lain. Hadiah yang dierima berupa sekeping Bioaqua Vitamin C Rejuvenating Mask dan sekeping face mask Jovian. Aku ni bukan seorang lelaki metrosexual, nak cuci-cuci muka pon selalunya malas tetapi aku akan pakai nanti Bioaqua Vitamin C Rejuvenating Mask pemberian kak Shida itu, agar terrejuvenated wajah aku nanti macam wajah Muhammad Sajad. Face mask Jovian tu aku simpanlah dulu, sebab banyak lagi face mask yang tak digunakan lagi.

Barangan yang diterima kecuali laptop tuh. Terima kasih kak Shida

Terima kasih juga kepada kak Shida Radzuan kerana sudi memberikan cenderahati kepada semua blogger yang berjaya.

Terima kasih ikan tenggiri
Next time, saya nak hadiah lagi.

You Might Also Like

20 comments

  1. Tahniahhh
    Rabia pun dapat jugak hadiah dari kak shida
    nanti komen byk2 blog rabia tau
    next month nak bagi hadiah header blog
    rabia design kan sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih rabia dan tahniah juga dapat hadiah dari kak shida. InsyaAllah saya akan sentiasa menyokong blog rabia. yg lepas saya dah dapat, klu bole nak dapat lagi... hehehehe

      Delete
  2. Hal pelajar ni macam macam kan. Sabar je lah. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Aaminn...
    tak perasan mungkin sibuk kot masa tu. Apa apapun tahniah dapat hadiah dari blogger Shida.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah selesai masalah tu, stress hari2 selagi tak selesai, semua kerja bole tertangguh. tau la ape yg sibuknye tu sampai tak perasan perkara tu, mungkin mood ke laut kot masa tu..

      Delete
  3. Hahahaha.. Nak macam Muhammad sajad juga. Biar muka flawless.. Yg lain2 biar kekal lelaki ye dik haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang lain kekal tulen kak, takmo saya lari ke thailand kemudian ke australia pada kes yang bukan2. Nape saya yak bole nak view blog akak guna laptop ye?

      Delete
  4. Tahniah! Bukan senang nak dapat hadiah dalam dunia Blogger ni. 👍

    ReplyDelete
  5. Waaahhh.. tahniah. rezeki..

    Saya pun terlibat dngan pendaftaran pelajar. Macam2 hal dorang ni. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih SS. Wah.. terlibat jugak ke? Mmg macam2 hal kan budak2 ni, kalau ade masalah tu senyap jer, bukan nak bgtau...

      Delete
  6. tahniah afeez!! lama x jenguk sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak. saya pon rasanya dekat 2 minggu kot mood ke laut...

      Delete
  7. tahniah kerana selalu je bertuah. keep up the good work!

    ReplyDelete