1018 : Hadiah Terakhir Tahun 2021 : Pengomen Tegar Blog Abam Kie 2021

Sekali lagi di akhir-akhir tahun ni mood untuk menulis rasanya sudah hanyut dibawa banjir. Nak membuka dan menjengah blog sendiri pon malas apatah lagi blog kawan-kawan. Nak menulis apetah lagi. Mohon maaf ku pinta ye kawan kawan semua, bukan ku sengaja, cuma malas jer. Hehehe

Gambar hiasan

Di kesempatan ini, aku ingin menulis untuk posting yang terakhir tahun 2021 (yang ditulis pada tahun 2022). Pada 22 Disember 2021 yang lepas, telah diumumkan melalui posting berjudul Keputusan Pengomen Tegar Blog Abam Kie 2021 di Blog Abam Kie, aku telah dinobatkan sebagai pemenang Pengomen Tegar Blog Abam Kie bagi tahun 2021 dengan berjaya mengutip 85 mata jauh meninggalkan pemenang tempat kedua dan ketiga dengan 71 mata dan 33 mata masing-masing. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan mata seperti yang pernah tuan punya blog ceritakan, tetapi aku dah lupa macam mana sistemnye. 

Apa-apa pon keputusan ini sangat mengembangkan hidungku dan bolehlah aku untuk membanggakan diri sekejap. Di blog ni lah aku boleh cari makan sikit sebab blog-blog lain nampaknya persaingan sangat sengit. Mungkin sistem yang digunakan oleh tuan punya blog yang berbeza itu membolehkan aku menjadi pemenang, hehehe... jangan marah semua.

Sebagai salah seorang pemenang, Abam Kie telah bermurah hati untuk memberikan aku cenderahati penghargaan. Pada hari yang sama juga, aku menerima screenshot di whatsapp yang hadiah aku telah diposkan dan pada 24 Disember aku menerima bungkusannya. Oleh kerana aku sudah terima screenshot dan aku sudah tahu apa isinya, maka tak perlulah tergesa-gesa membukanya. Macam terima Christmas presents plak rasanya.

Aku ingin mengucapkan kepada Abam Kie atas pemberian hadiah tersebut. Memang ada hajat dihati masa jalan-jalan di Ikea nak beli benda seumpama itu, tapi since dah dapat hadiah, tak perlulah beli yang lain. Dan kusangkakan yang biase-biase jer, tapi tebal dan bersaiz besar rupanya. Kalau nak guna terpaksalah on air-con sampai ke pagi. Barulah sedap tido, berselubung selimut baru. Jangan termimpi Abam Kie udah ler... hehehehe

Bungkusan yang diterima pada 24 Disember tahun lepas.
Terima kasih kepada yang sudi memberi

Pada 26 Disember 2021 baru bukak hadiah tu
Inilah dia hadiah itu. Cantikkan warnanya

Ingatkan bersaiz single mingle, sebab aku pon singlekan,
rupanya saiz besar dan agak tebal juga. On aircon kuat-kuat
sampai pagi, tidor berselubung dengan selimut ni mesti best..

You Might Also Like

14 comments

  1. Kenalah cepat cari teman nampak gayanya ni. Hahahaha

    Apa pun tahniah afeezz..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. alhamdulillah, mmg suke juga bw baca cerita kawan2

      Delete
  3. Nyaman sungguh tidur berselimut cantik dan beraircond pula. Moga beradu lena ke pagi, cukup tidur, mimpi indah dan sihat cergas selalu. Jangan lupa terus berblogging.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takut tak bangun solat subuh plak nanti, syok sgt tido... hehehe

      Delete
  4. lama tak tgk adik singgah blog kak rabia
    nnti singgah ye
    mana tahu ada rezeki menang header blog dari kak rabia

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... macam salah orang jer rabia ni... panggil kite adik plak? hehehe

      Delete
  5. Maaf lama tak singgah sini. Tahniah Afeezz jadi top top meletop komentator blog Abam Kie. Best betul dapat hadiah comforter tebal. Kalau On air cond berlamaan lah tidurnya. Untunglah tu dapat yang saiz besar. Boleh guna bila dah kahwin nanti :)

    ReplyDelete
  6. Tahniah afeez... masih x terlambat lg kakmim nk wish selamat tahun baru 2022.. hehehe

    ReplyDelete
  7. terima kasih kak mim, selamat tahun baru juga

    ReplyDelete