Korang pernah ada pengalaman tak, bila lampu brek kereta korang termasuk lampu brek ketiga menyala tapi tak mahu padam? Macam ada satu entiti yang tekan brek tak nak lepas-lepas?
Kejadian ini terjadi kepada aku semalam. Tiba-tiba ada seorang rakan sepejabat menegur aku, 'Piz.. kete ko tak tutup lampu ke? Aku nampak lampu belakang menyala. Aku intai-intai takde orang plak'.
Aku pon konfius, sebab aku takde pon on kan lampu semasa keluar membeli makan tengahari tadi. Tanpa banyak bicara, aku pon pergi lah check. Memang lampu brek kereta aku tu termasuk lampu brek ketiga menyala macam ada orang memijak brek dari dalam. Aku start enjin, lampu itu masih menyala. Aku tekan-tekan brek beberapa kali, masih begitu juga. Aku pon bawa la pusing-pusing bangunan pejabat aku, tetap macam tu juga.
Takut pulak kalau berlaku litar pitas ke apa. Tak boleh dibiarkan lama, kalau dibiarkan lama takut kong plak bateri nanti. Ada sahabat menghantarkan youtube video pasal masalah ni, katanya masalah switch. Kalau nak tukar kene buka board bawah steering dan tukarkan switchnya. Aku nak tukar sendiri tak pandai, kita hantar kedai aje lah.
Aku mengambil Cuti Separuh Hari Petang dan terus ke bengkel berhampiran rumah aku. Sampai di bengkel pertama, setelah memaklumkan masalah yang dihadapi, segera mekanik itu menonggeng masuk ke bahagian driver seat untuk check brake pad. Kemudian dia menunjukkan sesuatu. Katanya stopper sudah rosak, tetapi mereka tiada stok. Dia memaklumkan lagi, stopper saja rosak, switch masih ok.
Aku ke sebuah lagi bengkel yang berhampiran. Seperti tadi, mekanik segera menonggeng untuk check brake pad dan memaklumkan stopper brek rosak. Dia segera masuk semula ke dalam bengkel dan menunjukkan stopper tersebut. 'RM20 je bang'...
Aku pon OK jer lah, kalau RM200 untuk bende kecik tu mmg terpikir-pikir gak aku...
























